DISEDIAKAN OLEH : ADELIA BALQIS BINTI AMIRR ARIFF AZHAN KELAS : 6 AL FARABI
NAMA : PW1 TEMENGGUNG DATUK KANANG ANAK LANGKAU KELAHIRAN : 2 MAC 1945, JULAU, SARAWAK (SARIKEI) NAMA ISTERI : BRAWANG CHUNGGAT NAMA ANAK : KOPERAL LANGGI KANANG PERKHIDMATAN : TENTERA DARAT BRITISH/TENTERA DARAT MALAYSIA TAHUN : 1962-1983 PANGKAT : PEGAWAI WARAN 1 PERTEMPURAN : KONFRONTASI INDONESIA-MALAYSIA (1962-1966) DARURAT MALAYSIA KEDUA (1968-1983) 2 BIODATA
3 Kanang Anak Langkau dilahirkan pada 2 Mac 1945 di Julau, Sarawak di mana beliau merupakan cucu seorang ketua Iban. Kanang telah menerima pelbagai jenis pendidikan sebagai kanakkanak dari datuknya walaupun beliau membesar di sebuah kawasan terpencil di Sarawak di mana pendidikan formal adalah terhad. Kanang selalu mengikut datuknya memburu di dalam hutan dan telah belajar untuk membaca tanda-tanda tumbuh-tumbuhan, bunyi haiwan, bauan dalam angin, dan cara-cara untuk menjadi penjejak. KEHIDUPAN AWAL
“ 4 Pada tahun 1961, Kanang mendaftar untuk menyertai Sarawak Rangers, sebuah angkatan di bawah kuasa tentera British. Pada asalnya angkatan ini dibentuk oleh Brookes, dan kemudiannya menjadi askar sukarela Sarawak dalam Perang Dunia Kedua. Selepas Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963, Sarawak Rangers telah diserap sebagai sebahagian daripada tentera Malaysia, membentuk Rejimen Renjer Diraja hari ini di mana Kanang bertugas di Batalion ke-8. Kanang kemudian telah ditugaskan dalam pasukan Komando 42 yang berkhidmat semasa Pemberontakan Brunei dan semasa Konfrontasi Indonesia-Malaysia. KERJAYA KETENTERAAN
5 Dalam operasi mengesan musuh di Hutan Rizab Korbu pada 1 Jun 1979, kumpulan Sarjan Kanang menemui kem pelarian musuh sementara. Sarjan Kanang yang pada masa itu mewakili Batalion ke-8 Royal Rangers segera melancarkan serangan ke atas kem musuh yang bilangan anggotanya jauh melebihi jumlah anggota pasukan Kanang. Dalam pertarungan sengit dengan musuh, dua anggota Rangers mengalami cedera parah serta lima anggota musuh durjana terbunuh. Kelengkapan dan peralatan musuh juga berjaya dirampas. Hasil dari kejayaan pertempuran itu, Sarjan Kanang dianugerahi penghormatan kedua tertinggi, iaitu "Pingat Gagah Berani" oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. OPERASI HUTAN RIZAB KORBU
6 Mendiang sebelum ini pernah disangka meninggal dunia apabila tidak sedarkan diri selama seminggu dan terlantar di hospital selama 14 bulan akibat terkena tembakan dalam pertempuran dengan komunis di hutan Tanah Hitam, Perak pada 8 Februari 1980. Mengimbau kembali peristiwa itu, seorang anggota yang menjadi saksi paling dekat dengan Kanang waktu itu, Pegawai Waran II, S. Rajagopal berkata, kejadian serang hendap berlaku ketika pasukan 8 RRD yang diketuai oleh Kanang (Sarjan pada masa itu) mengetuai satu pasukan menjejak dan mengesan musuh dalam Ops Setia Khas. OPS SETIA KHAS
7 Sebagai renjer yang terkenal dengan moto ‘Agi idup agi ngelaban’ (Berjuang selagi masih hidup), Kanang diingati sebagai perwira negara yang unggul dan tidak takut mati demi mempertahankan negara daripada ancaman komunis, selain terbabit dalam konfrontasi dan kekacauan di Brunei ketika berkhidmat dengan Tentera British. Kanang pernah ditembak sebanyak tiga kali tetapi terselamat dan akhirnya kembali untuk meneruskan perkhidmatannya. Beliau hampir menemui ajal selepas peluru musuh mengenai jantung merosakkan satu buah pinggangnya serta menyebabkan terburai usus perut dan akibatnya terlantar di hospital selama 14 bulan. AGI IDUP AGI NGELABAN
8 Untuk keberaniannya, Kanang telah dianugerahi dua penghargaan tertinggi Sri Pahlawan Perkasa (SP) dan Panglima Gagah Berani (PGB) oleh Yang Mulia Raja Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ahmad Shah pada Jun 1981. Beliau bersara sebagai Pegawai Waran Satu (WOI) selepas berkhidmat tentera selama lebih daripada 21 tahun. Buku yang bertajuk Kanang: Cerita Seorang Pahlawan ditulis mengenai perkhidmatan ketenteraannya dan digunakan sebagai buku teks kesusasteraan di sekolah menengah kebangsaan Malaysia. Kanang bersara selepas 21 tahun perkhidmatannya sebagai Pegawai Waran Pertama. Beliau merupakan Temenggung (ketua utama) Iban di Sri Aman, tempat asal kediamannya. Beliau telah dianugerahkan Pegawai Bintang Sarawak pada 1987. PENGIKTIRAFAN DAN PENGHARGAAN
9 Pada 3 Januari 2013, beliau rebah semasa menonton televisyen di rumah di Sungai Apong, Sri Aman selepas mengadu sakit dada. Segera dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak, beliau telah diisytiharkan meninggal dunia pada pukul 1:45 pagi akibat serangan jantung pada usia 68 tahun. [9] Beliau dikebumikan pada 6 Januari dengan kepujian ketenteraan penuh di Kubur Pahlawan di Jalan Budaya, Kuching. KEMATIAN
10 Alhamdulillah, saya berjaya siapkan buku skrap digital mengenai pahlawan terbilang sempena Pertandingan Buku Skrap Digital bagi aktiviti bulan kemerdekaan SK Sulaiman. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru serta ibu bapa saya yang banyak memberikan tunjuk ajar cara mengasilkan buku skrap digital ini. Banyak ilmu baharu yang telah saya pelajari. Saya memilih Kanang Anak Langkau kerana saya kagum dengan kisah beliau yang tidak menyerah kalah kepada musuh selagi nyawa masih dikandung badan. Saya berharap agar dapat menyertai lagi pertandingan-pertandingan sebegini pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. PENGHARGAAN