SEJARAH TAHUN 4 LOKASI ZAMAN PRASEJARAH DI NEGARA KITA
Lokasi Zaman Paleolitik Bukit Jawa, Lenggong, Perak Gua Niah, Sarawak
Bukit Jawa Lenggong, Perak • Bukit Jawa merupakan sebuah tapak terbuka yang membuktikan kebudayaan Paleolitik. • Tapak ini ditemui pada tahun 1987. • Ia dipenuhi dengan batuan kelikir Sungai Perak Kuno. Alat ini berketebalan 1.2 meter. • Ia digunakan untuk membuat alat batu mereka seperti kapak genggam • Warisan arkeologi di Bukit Jawa, Lenggong ini telah mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 2012
Gua Niah, Miri Sarawak • Gua Niah merupakan gua yang terbesar dan tertua di Malaysia. • Satu tengkorak manusia purba telah ditemui dalam gua ini pada tahun 1958 • Turut ditemui perkakasan batu yang membuktikan kewujudan manusia pada zaman Paleolitik dalam gua tersebut.
Lokasi Zaman Mesolitik Gua Cha, Gua Musang, Kelantan Gua Bewah, Hulu Terengganu, Terengganu
Gua Cha, Gua Musang, Kelantan • Gua Cha ditemui pada tahun 1936 sebagai tapak arkeologi kewujudan manusia zaman Mesolitik. • Rangka manusia Hobinhian iaitu rangka tulang manusia terpanjang di dunia telah ditemui Bersama mangkuk tembikar. • Terdapat juga gelang tangan seramik pada lengan manusia purba tersebut.
Gua Bewah, Hulu Terengganu, Terengganu • Pada tahun 1970-an, ahli arkeologi menemui satu rangka manusia prasejarah yang dikenali sebagai Bewah Man. • Rangka Bewah Man ditemui tertanam dalam keadaan merengkok iaitu lututnya dilipat sehingga ke bahagian dagu • Selain itu, terdapat artifak prasejarah seperti periuk, kapak dan alatan kapur ditemui dalam Gua Bewah.
Lokasi Zaman Neolitik Gua Kechil, Raub Pahang Bukit Tengkorak, Semporna, Sabah
Gua Kechil, Raub, Pahang • Merupakan tapak arkeologi lokasi zaman Neolitik yang dijumpai secara tidak sengaja sewaktu aktiviti pengorekan bagi tujuan perlombongan dijalankan. • Ia merupakan tapak gua yang menjadi penempatan manusia zaman Neolitik
Bukit Tengkorak, Semporna, Sabah • Ia dinamakan Bukit Tengkorak bersempena dengan penemuan dua buah tengkorak di bukit ini. • Kajian arkeologi yang dijalankan turut menjumpai puluhan ribu serpihan tembikar kuno.
Lokasi Zaman Logam Kampung Sungai Lang, Banting, Selangor Sungai Tembeling, Jerantut, Pahang
Kampung Sungai Lang, Banting, Selangor. • Gendang gangsa yang ditemui di kampung Sungai Lang, Banting membuktikan wujudnya manusia zaman logam di negara kita. • Zaman logam membuktikan bahawa manusia telah mencapai kemajuan dari segi cara hidup. • Gendang ini digunakan sebagai alat muzik Ketika perkahwinan, perayaan dan kematian.
Sungai Tembeling, Jerantut, Pahang • Pada zaman ini, manusia tinggal di persisiran sungai dan menjalankan kegiatan jual beli. • Disebabkan itulah, kapak bersoket dan mata lembing telah ditemui di Sungai Tembeling, Pahang.
Latihan : 1. Senaraikan lokasi-lokasi zaman prasejarah di Malaysia a)__________ b)__________ c)__________ d)__________ e)__________ f)__________ g)__________ h)__________ 2. Gua yang terbesar di Malaysia yang menjadi lokasi prasejarah zaman Paleolitik ialah __________________. 3. Rangka manusia prasejarah yang ditemui di Gua Bewah dikenali sebagai ______________. 4. Kewujudan zaman prasejarah dibuktikan dengan dengan penemuan pelbagai tinggalan kehidupan manusia seperti _______________ dan ______________. 5. Nama Bukit ___________ diberi selepas penemuan dua tengkorak manusia zaman prasejarah di situ. 6. Nyatakan dua lokasi zaman Neolitik di negara kita a)______________ b)______________