MPU21032
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK: BENDERA MALAYSIA LAMBANG PERPADUAN
BANGSA DAN NEGARA.
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKASURAT
1 PENGENALAN 3
2 FASA PERUBAHAN REKA BENTUK 4
3 PERTAMA KALI BENDERA MALAYSIA 5
DIKIBARKAN 6
4 MAKSUD JALUR GEMILANG 9
5 WARNA 11
6 MAKSUD LAMBANG 13
7 TUJUAN BENDERA MALAYSIA
14
DITUBUHKAN
8 ISU-ISU BERKAITAN BENDERA
9 JALUR GEMILANG SEBAGAI 15
LAMBANG PERPADUAN
16
10 LAMPIRAN 18
11 RUMUSAN 20
12 RUJUKAN
PENGENALAN
Pada 29 November 1949, Majlis Raja-Raja dengan kerjasama Majlis
Perundangan Persekutuan telah mengadakan pertandingan untuk memilih
reka bentuk bendera bagi kerajaan yang bakal dibentuk pada Mei 1948.
Seramai 373 karyawan telah mengambil bahagian. Pada 15 November
1949 hanya tiga reka bentuk yang berjaya dipilih ke peringkat akhir ciptaan
Encik Mohamed bin Hamzah (arkitek Jabatan Kerja Raya Negeri Johor) telah
dipilih sebagai pemenang.Kemudian bendera Malaysia digelar sebagai
Jalur Gemilang.Walau bagaimanapun reka bentuk bendera tersebut telah
dibuat beberapa pindaan iaitu bulan sabit dan bintang yang pada asalnya
berwarna putih digantikan dengan warna kuning bagi melambangkan
warna Diraja dan telah diperkenankan oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja
FASA PERUBAHAN REKA BENTUK
BENDERA
Reka bentuk bendera tersebut telah dibuat beberapa pindaan
bulan sabit dan bintang yang pada asalnya berwarna putih digantikan
dengan warna kuning bagi melambangkan warna diraja.
Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George
VI pada 19 Mei 1950.
Pada 26 Mei 1950, buat pertama kalinya Bendera Persekutuan Tanah
Melayu telah dikibarkan di perkarangan Istana Sultan Selangor
dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan pegawai-pegawai King
George VI.
PERTAMA KALI BENDERA MALAYSIA
DIKIBARKAN
Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dan berkibar
secara rasmi pada 31 Ogos 1957
di Padang Kelab Selangor seiring dengan berkumandangnya lagu
Negaraku yang buat kali pertama diperdengarkan kepada umum.
Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang sebelum ini berjumlah 11
jalur melintang berwarna merah dan putih telah bertambah jalurnya
kepada 14 jalur sebaik sahaja kemasukan Sabah, Sarawak dan
Singapura dalam Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963
MAKSUD
JALUR
GEMILANG
1. Jalur
Menggambarkan Bendera yang mempunyai 14 jalur
merah dan putih
Lambang jalur pada Bendera menggambarkan satu
haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang
sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis
hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa
dan negara
2. Gemilang
Bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang
Ianya memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu
melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat
Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali
pun sama ada di dalam atau di luar negara
Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk
menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat
petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas
WARNA
Biru
Menggambarkan perpaduan rakyat yang terdiri daripada
berbilang kaum di negara ini seperti Melayu, Cina, India
Merah
Warna merah menunjukkan keberanian dan kesediaan dalam
mengharungi segala jenis cabaran demi negara yang tercinta
Putih
Melambangkan kesucian dan keluhuran hati rakyat dalam
mengangkat nama negara ke persada dunia
Kuning
Warna kuning melambangkan warna Diraja, secara khususnya
menggambarkan kedaulatan Raja-Raja Melayu yang
Berperlembagaan
MAKSUD
LAMBANG
Bulan & Bintang
Menggambarkan Agama Islam sebagai agama persekutuan negara
14 Jalur
14 jalur berwarna merah dan putih yang sama lebar
menggambarkan 13 buah negeri anggota dan sebuah Wilayah
Persekutuan yang memiliki keanggotaan yang sama dalam negara :
1) Kedah 2
) Negeri Sembilan
3) Pahang 4
) Johor
5) Terengganu 6
) Perak
7) Perlis 8
) Melaka
9) Selangor 1
0) Sabah
11) Kelantan
13) Pulau Pinang 12) Sarawak
14) Wilayah Persekutuan
TUJUAN BENDERA MALAYSIA DITUBUHKAN
1.Melahirkan rasa syukur kepada para pejuang yang telah
berjuang demi keamanan negara.
2. Membangkit semangat patriotik dalam diri masyarakat.
3. Melambangkan negara bebas dari penjajah.
4. Bendera Malaysia sebagai lambang rasmi dan identiti
sesebuah negara.
ISU-ISU BERKAITAN BENDERA MALAYSIA
1) Pemasangan bendera Jalur Gemilang dalam
kedudukan terbalik
2) Meletakkan Bendera Malaysia di atas lantai
3) Pengubahsuaian Jalur Gemilang mengikut cita rasa
sendiri
4) Pembuangan Jalur Gemilang di merata tempat
5) Mengonyakkan ,menggunting dan membakar
Bendera Malaysia
JALUR GEMILANG SEBAGAI LAMBANG
PERPADUAN
Jalur Gemilang merupakan tiang seri kepada negara Malaysia yang
boleh memperkukuhkan lagi perpaduan antara kaum kerana Jalur
Gemilang itu akan menjadi titik tumpuan setiap kali hari
Kebangsaan dijalankan. Semua rakyat Malaysia akan berkumpul
bersama-sama untuk meraikan hari kebangsaan tersebut.Hal ini
demikian kerana hari kebangsaan itu sangat penting untuk rakyat
Malaysia kerana demi hari tersebut para pejuang telah berkorban
diri untuk mempertahankan kemerdekaan dalam sesebuah
negara.Contoh aktiviti yang sering dijalankan bagi mengekalkan
perpaduan ialah sukan Sea atau Olimpik yang diwakili oleh para
atlet negara bagi menaikkan nama Malaysia ke seluruh dunia.
gambar lengkap Jalur Gemilang
gambar pereka Jalur Gemilang Jalur Gemilang
GAMBAR PERPADUAN ANTARA PELBAGAI KAUM
RUMUSAN
Rumusan yang diperoleh melalui tajuk yang disampaikan ialah
kita dapat mengetahui sejarah Bendera Malaysia dan dapat
mempelajari corak yang terdapat pada Bendera Malaysia. Hal ini
demikian kerana, Bendera Malaysia sangat penting dalam
memperkukuhkan semangat patriotik antara masyarakat. Selain
itu, dapat mengamalkan sikap bersatu padu antara masyarakat
berbilang kaum. Terdapat beberapa faedah jika kita memahami
dan mengetahui asal usul bendera malaysia yang sering
dikibarkan pada masa kini. Antara faedah tersebut adalah
keharmonian negara dapat dikekalkan seperti dapat
mengeratkan hubugan silaturrahim antara semua lapisan
masyarakat yang berbilang bangsa. Sepanjang kajian ke atas tajuk
ini dijalankan, manfaat yang dapat kami perolehi adalah dapat
mengetahui bagaimana bendera Malaysia dicipta, waktu bendera
Malaysia pertama kali dikibarkan dan maksud bendera tersebut.
RUJUKAN
https://www.mysumber.com/bendera-
malaysia-jalur-gemilang.html
https://www.mkn.gov.my/web/ms/2020/09/2
2/sejarah-penciptaan-jalur-gemilang/
https://pekhabar.com/h-i-d-s-bendera-
persekutuan-dikibarkan-buat-pertama-kali/