KOLEKSI
CERPEN
HASIL
NUKILAN
WARGA
SMKBBS
KOLEKSI 1
PERTANDINGAN MENULIS CERPEN KMIM:
MEMBACA ITU JAMBATAN ILMU
Oleh: Wan Nur Alyssa bt Wan Rosdy
Petang itu terasa sungguh nyaman, tenang, dan mendamaikan. Matahari sudah beransur-ansur
berhenti menebarkan cahaya teriknya ke pelosok bumi. Angin petang bertiup perlahan-lahan.
Daun pokok-pokok kelapa kelihatan bagaikan menari-nari dengan gemalai apabila disapa
angin petang. Suasana nyaman, tenang, dan mendamaikan itu benar-benar dinikmati
sehingga membuaikan fikiran ku.
Aku terfikir, pada zaman sains dan teknologi ini, masyarakat semakin taksub
mengejar arus pembangunan negara. Tidak hairanlah jika masyarakat hari ini semakin
melupakan amalan membaca. Walhal, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan
bagi membudayakan amalan membaca dalam kalangan masyarakat. Misalnya, pihak kerajaan
telah mengadakan program “Mari Membaca Bersama” sempena Hari Buku Sedunia supaya
dapat menarik minat membaca terutamanya golongan anak-anak muda.
Masih tertanya-tanya di lubuk hati ini, adakah mereka lupa akan kelebihan atau
kebaikan dengan menerapkan amalan membaca? Bukankah amalan membaca itu jambatan
ilmu? Mungkin, masyarakat telah hanyut dibawa arus hedonisme dan modenisme yang
sedang melanda dek mengejar dunia yang bergelar globalisasi dalam menuju arus perdana.
Perkara sebegini tidak boleh dibiarkan, jika dibiarkan mampu menjadi duri dalam daging
masyarakat dan seterusnya menyebabkan rakyat menjadi mundur.
Teringat kata bonda, banyak kelebihan dan kebaikan jika seseorang menjadi ulat buku
antaranya kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang sedia ada. Hal ini demikian
kerana ilmu pengetahuan merupakan asas kejayaan jika seseorang itu ingin berjaya dalam
kehidupan. Dengan mendalami ilmu juga, kita tidak akan berasa gementar atau segan apabila
berhadapan dengan dunia luar. Namun begitu, jika seseorang itu tidak mempunyai ilmu yang
secukupnya, mereka akan jauh ketinggalan sekali gus mengalami kesusahan sehingga
menelan diri sendiri. Maka, tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. Seyogianya,
membaca itu amalan mulia.
Selain itu, kita dapat meluaskan minda dan pengetahuan mengenai isu yang berlaku di
dalam negara mahupun isu yang berlaku di luar negara. Dengan demikian, kita tidak akan
mudah terpedaya oleh orang lain kerana sentiasa mengikuti perkembangan semasa. Sekiranya
tidak membaca, seseorang itu umpama hidup seperti katak di bawah tempurung. Contoh yang
terbaik ialah rakyat negara Jepun. Mereka dapat menonjolkan diri dalam bidang ekonomi
kerana semua rakyatnya telah dibudayakan untuk rajin membaca. Oleh itu, Dasar Pandang Ke
Timur yang sudah lama tidak disebut haruslah kita murnikan untuk mencapai objektif negara
maju menjelang Wawasan 2020 mengikut acuan kita sendiri.
Berikutnya, membaca merupakan satu senaman minda. Hal ini dikatakan demikian
kerana dengan membaca, kita akan melakukan satu proses mengaktifkan minda kita
menggunakan sel-sel dalam otak untuk berfikir seterusnya membuatkan minda kita berfungsi
dengan sempurna. Sebagai hasilnya, kita akan menghadapi hari-hari yang tenang kerana
dapat berfikir dengan baik oleh sebab mempunyai minda yang sihat. Menurut kajian, setiap
hari hampir 10,000 sel di otak manusia pupus selama-lamanya. Jika dianggarkan seseorang
itu mencapai umur 30 tahun, 1 billion sel otak telah pupus. Maka, semakin bertambah umur
seseorang, semakin berkurang daya ingatan seseorang itu. Oleh itu, bagi mengurangkan
gejala ini daripada berterusan, amalan membaca perlu dikekalkan sehingga hari tua.
Di samping itu, kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
Dengan demikian, segala masalah sosial dapat dielakkan sekali gus masa yang ada dapat
digunakan dengan baik. Sebagai contoh, mengisi masa pada waktu senggang dengan amalan
membaca sama ada bahan bacaan mahupun bukan bahan bacaan sangat penting kerana
sesuatu ilmu itu sungguh besar nilainya. Sehubungan dengan itu, kelebihan dan kebaikan
amalan membaca dalam menghasilkan modal insan yang dapat dijadikan aset penting kepada
pembangunan negara. Tegasnya, masa lapang perlu digunakan dengan efisien bak kata orang
tua-tua, masa itu emas.
Setelah mengimbas kembali kata-kata bonda tentang kelebihan dan kebaikan amalan
membaca, hati ku terdetik untuk mengajak semua rakan di sekolah mahupun di luar sekolah
supaya jadikan amalan membaca pada setiap hari kita membesar walau secubit ilmu pun.
Dengan demikian, kita dapat menghasilkan golongan Melayu global yang mampu bersaing
dan berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa asing yang lain sekali gus
kita mampu mengatasi negara-negara maju yang lain seperti Jepun, Amerika, dan China.
Sesungguhnya pengetahuan itu kuasa.
Tanpa aku sedari, malam semakin larut. Kedinginan terasa membungkus seluruh
suasana. Bayu yang datang dari arah laut berhembus perlahan dan nyaman. Tiba-tiba,
kedengaran suara bonda memanggilku. Tanpa berfikir panjang, lantas aku bergegas masuk ke
dalam rumah menuju ke arah panggilan suara tadi.
KOLEKSI 2
CERPEN JANJIKU…
Oleh: Muhammad Aizuddin
“Kalau aku tahu mak aku jadi begini, aku takkan buat praktikal di Pahang. Aku
boleh belajar di kawasan yang berhampiran rumah sahaja, aku boleh menjaga mak aku”. Aku
tersentak apabila Khalida mempersoal kejadian yang telah tersurat. Khalida tersengguk-
sengguk hiba di bangku hospital ini. Seketika aku memandang bilik wad yang tertera 109 itu.
“Jangan berfikir bukan-bukan, Ida. Kita belum tahu lagi keadaan mak kau dalam
wad tu macam mana.” Lafaz istighfar membasahi bibir Khalida. Menghalau prasangka
syaitan.
“Kau kena banyak-banyak bersabar, ya? Aku tahu kekuatan tu ada dalam diri kau”
Lirih aku menghadiahi Khalida sebaris pujukan. Usapan aku pada bahunya diharap
meredakan gelodak sedu yang membelit diri. Aku turut merasakan kehibaan Khalida
menerima suratan untuknya. Malah aku tidak yakin adakah aku mampu menjadi gagah
seperti kawanku ini.
Aku pandang adiknya. Aliff membalas dengan cerlungan. “Kau ni memanglah.
Kau suka sangat pengaruh kakak aku ni sampai dia tak boleh buat keputusan sendiri. Bila dah
jadi macam ni, siapa yang susah?”
Aku tersentak. Kata-kata Aliff begitu kasar menerobos telingaku. Sebelum ini Aliff
yang kukenal seorang yang baik dan mesra. Kenapa dia berubah mendadak ketika ini?
“Aliff! Kau jangan nak salahkan kawan aku ni! Tasya tak salah apa-apa pun! Aku
yang salah sebab dah lama tak berhubung dengan mak!” Khalida lontar bicara amarah.
Membela aku sewaktu menyalahkan khilaf sendiri.
Aliff berdesir. Tidak mengalah. “Kau memanglah, kak. Bela kawan kau ni, jangan
kawan kau ni naik pijak kepala kau sudah! Menyibuk hal keluarga orang lain! Tak sedar diri
punya anak yatim piatu!”
Khalida bangun. Pinggang Aliff dicapai dengan jari runcingnya.
“Kau kenapa nak kurang ajar sangat? Tasya ni selalu ambil berat tentang keluarga
kita! Masa aku tak ada dia yang tengok-tengokkan kau, mak dengan abang sekali! Kau
jangan lupa tu!”
Hatiku terasa dilapah halus. Barang kali aku hampir terlupa, status diri aku dari
Rumah Titian Kasih. Sewaktu persekolahan aku dan Khalida sangat akrab sehingga dikenali
oleh ahli keluarganya. Aku hanyut dengan kasih sayang daripada ibunya yang kupanggil
mak. Aku terdiam bersama dengan emosi yang bergenang.
“Aduh! Sakitlah kak!” Aliff cuba menepis cubitan kakaknya, tetapi Khalida terus-
terusan menukar tempat di sekitar badan Aliff. Aku lihat, riak kesakitan terpeta kemas di
wajahnya. Membiaskan rasa pedih yag bukan kepalang. Padahal Khalida hanya
menggunakan tenaga yang kecil. Lagi-lagi tiba di bahagian perut Aliff. Hairan pula aku.
“Khalida! Khalida, dahlah tu cubit si Aliff. Tak selesaikan masalah pun.” Aku toleh
ke arah suara yang mendatang dekat. Muiz, abang sulung mereka berdua munculkan diri.
Khalida berhenti. Kembali melabuhkan duduk disisiku. Masih bersisa geram yang
melimpah dari setiap hembusan. Aliff mengemaskan kembali baju T.
“Bagaimana mak boleh jatuh tangga ni? Aku tanya mereka berdua. Mereka berdua
yang bersama dengan mak di rumah tadi.” Khalida minta penjelasan yang masih samar.
Tidak mengerti perkara secara menyeluruh.
Aliff kemam bibir. Gelisah terpancar melalui bundar matanya apabila dihala
merata-rata. Bagai tercari-cari titik tenang. Curiga timbul dibenak fikiranku melihat
perlakuan Aliff yang resah.
“Mak cuba nak pergi tandas tingkat atas sebab tingkat bawah rosak air paipnya.
Selepas itu, mak tergelincir apabila ingin turun ke tingkat bawah. Kepala mak berdarah. Aku
pun cepat-cepat bawa mak ke hospital. Aku ni pun baru balik dari rumah kawan aku.. ada
hal,.” Kami di sini mengangguk faham cerita daripada Muiz.
“Aku nak balik. Apa-apa hal bagitahu. Ada mesyuarat pengawas kat sekolah ni.”
Aliff segera memberi ucapan pamit. Muiz juga beredar dari situ. Tinggal aku seorang setelah
Khalida meminta diri untuk ke tandas.
Ada lipatan kertas terdampar di lantai. Aku tak sedar pula dari tadi. Milik Muiz
rasanya.
Mata aku menari di halaman itu. Resit gadai rantai emas. Nama rantai emas ini
pernah aku lihat. Pemberian Khalida kepada mak sempena hari jadi mak tahun lepas.
Bagaimana boleh tergadai?
Seorang doktor keluar dari bilik mak. “Cik Khalida
“Ya, saya kawan dia. Ada apa doktor?” Aku bangun.
Segala penerangan doktor itu terus menyentakkan aku.
Kereta aku parkirkan di hadapan sekolah Aliff. Aku terdesak ingin berjumpa
dengan Aliff pada waktu makan tengah hari setelah perkara itu berada dalam pengetahuan
aku; melambai-lambai di legar fikiran meminta penjelasan.
Aku terjenguk ke wakaf berdekatan pagar sekolah. Kelihatan dua susuk manusia
yang tidak asing bagi diriku. Persis suasana tegang berlaku. Aku sorokkan diri di sebalik
dinding. Sepasang mata dihala ke arah mereka secara sembunyi Perlahan butir bicara mereka
menyapa gegendang.
“Bagilah aku elaun futsal aku. Aku nak pakai ni.”
“Tak bolehlah. Aku nak pakai beli kasut bola baru. Tak lama lagi ada liga.”
“Kau bagi jelah aku!” Muiz bertegas. Telunjuk diacu ke wajah Aliff.
“Aku cakap tak…” Segera rahang Aliff dicengkam kuat. Aliff terkial-kial menolak
tubuh Muiz. Sentak menampar diriku.
“Jangan macam-macam dengan aku! Aku tak kira aku nak pakai juga!” jerit Muiz
lalu menghayun kepala Aliff menimpa tiang wakaf. Aliff terpinga-pinga kepeningan. Beg
Aliff dirodok lalu sepucuk sampul diambil.
“Aku paling pantang orang melawan aku. Kau jangan melampau dengan aku. dan
kau jangan berani-berani beritahu tentang mak.” Muiz beredar dengan motosikal.
Aku mendekati Aliff yang mengurut belakang kepala dari tadi. “Aliff, kau jujur
dengan aku sekarang. Aku dah dengar semua. Apa yang kamu berdua sembunyikan?”
“Tak ada apa-apalah! Kau jangan sibuk boleh tak? Tak membantupun kalau kau
tahu!” Sudah kena penangan daripada Muiz masih tidak hilang degilnya untuk mengaku hal
sebenar. Aku tergeleng.
“Aliff, sekarang cerita kat aku? Siapa yang tolak mak hingga terjatuh tangga hari tu?”
diam.. tiada jawapan…
…………………………………………………………………………………………
Takkan tersalah rumah? Aku mengambil kesempatan memandu ke rumah sewa Muiz
yang alamatnya diberi oleh Aliff. Aku pernah mengekori Muiz hingga ke sini. Berbelas salam
aku lontar menembusi daun pintu berjeriji ini tetapi tiada balasan. Aku masih menunggu
Muiz munculkan diri kerana aku yakin dia berada di dalam. Seliparnya terdampar di hadapan
pintu. Aku berharap masa dapat aku lengahkan supaya rancangan yang aku rencanakan
semalam berhasil.
“Apa kau nak?” Susuk tubuh yang kelihatan tidak bermaya menyandari tepi pintu.
Bau sengit yang datang dari tubuhnya memaksa aku menahan nafas. Belum lagi dari ruang
tamu yang sungguh berselerakan melalui ekor mataku.
“Kau memang lelaki tak bertanggungjawab!” Usah mengatur mukadimah, aku
hamburkan amarah.
“Hah?”
“Tergamak kau tolak mak kau semata-mata untuk duit! Kau ugut adik kau sendiri!
Kau memang tak berhati perut!” Biarlah hingga pekak telinga Muiz ditikam jeritan aku,
asalkan rasa geram aku tarik semuanya ke hadapan lelaki jahat ini.
“Kau ingat aku kisah ke? Sekarang aku perlukan duit. Aku tak perlukan mereka
berdua tu. Asyik menyusahkan aku aje.” Sikap acuh tak acuh Muiz menambah geram di
perdu hati. Sedikit sahaja lagi, mungkin tangan aku akan melayang tepat ke wajah Muiz.
Bercakap umpama orang yang buta tanggungjawab.
“Khalida sekarang tengah sambung belajar. Memanglah mak dan Aliff bergantung
pada kau,” jelasku. Aku cuma ingin Muiz faham akan keadaan sekarang.
“Bukan itu masalahnya!” Aku sudah salah sangka.
“Aku sedar aku tak pandai macam adik-adik aku. Aku malas nak sambung belajar
sebab aku rasa tak ada harapan nak berjaya” Muiz kelihatan bengang dengan risikan aku yang
seolah-olah ingin membuka kekurangannya.
“Tak. Aku boleh tolong kau, Muiz. Aku cuma perlukan kerjasama kau. Untuk
kebaikan keluarga kau jugak.” Aku berdiplomasi.
Muiz diam. Tetapi aku pasti, dia langsung tidak peduli.
Tiba-tiba anggota tangan Muiz mula terketar. Begitu juga kakinya. Muiz memeluk
tubuh lalu menggosok lengannya. Nafas yang mencungap keluar bertali arus. Muiz kelihatan
„lapar‟.
Terus Muiz bergerak ke mejanya. Penuh dengan picagari dan kit perubatan yang tidak
digunakan seeloknya. Dari atas hingga bawah meja dijengulnya. Mencari sesuatu.
Sebentuk picagari yang masih terisi dengan kandungan dicucuk ke lengannya. Riak
wajah Muiz membias kelegaan yang teramat.
Hanya gelengan mampu aku beri. Tidak menyangka sejauh ini Muiz hanyut ditolak
arus dosa. Tegar membinasa diri.
“Weh, kau ada duit?” Muiz hulur tangan. Dia sudah hilang dalam khayal rasanya.
Aku keluarkan beberapa keping wang yang bernilai RM10 sebelum Muiz tariknya
kasar daripada pegangan aku. Sementara Muiz sibuk mengira, aku mendekati pagar rumah
sewa ini. Seketika meliarkan mata di jalan raya. Aku buat panggilan kepada pihak tersebut.
Hampir sampai.
“Aku tahu kau ada duit lagi!”
Belakang kepala aku merasai bucu yang panjang. Dahi aku serta-merta mencium
jaring pagar sebelum gelap melangsiri dunia.
“Tasya.” Sedaya upaya tirai mata aku buka. Aku kini terbaring di atas katil hospital
pastinya.
“Ida. Macam mana?” Aku tidak mampu toleh ke kanan akibat balutan yang agak berat
di kepala.
Khalida mengangguk. Aku tarik senyuman lega. Berhasil juga rancangan aku untuk
memerangkap Muiz. Kesakitan ini aku kira berbaloi, sekurang-kurangnya aku telah
menyelamatkan keadaan.
Aliff memasuki kamar ini. Mendekati katil aku dengan sebakul buah-buahan.
“Kak, aku nak minta maaf sebab kurang ajar dengan akak. Abang paksa aku.”
Penjelasan Aliff aku dengari. Mengenai sangkaan aku Aliff menjadi mangsa keadaan.
“Abang selama ni ambil duit kau?” Khalida menyoal Aliff sebelum aku sempat
berbuat demikian.
Anggukan lemah Aliff berikan. “Abang akan tumbuk aku kalau aku tak bagi.”
Begitulah ceritanya sewaktu mak dikejarkan ke hospital dua minggu lepas. Kasihan
aku terhadap sepasang adik-beradik ini. Terbelenggu dengan masalah keluarga.
“Muiz?” Khalida bungkam seketika menerima soalan aku.
“Dia ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak. Itu saja maklumat yang aku dapat daripada
pihak polis.”
“Mak tahu tak pasal ni?”
“Ya, kak. Mak memang sedih bila anak dia jadi mangsa najis dadah. Tetapi mak dah
pasrah. Mak akur kalau Muiz ditahan. Sekurang-kurangnya dapat menginsafkan dia,” ujar
Aliff.
“Kak, tadi aku baru lepas lawat mak. Mak cakap terima kasih sebab tolong kami. Mak
kata lagi mak bersyukur sebab ada kau sebagai anaknya.
Hatiku membungakan senyuman. Mata aku bergenang. Ternyata keluarga kecil aku
ini menerima kehadiran aku dengan tangan terbuka. Syukur.
“Tasya, terima kasih atas kebaikan kau. Aku betul-betul tak sangka kau sanggup
berkorban demi kami. Kaulah orang paling berani yang tak pernah aku jumpa. Aku gembira
kau ada di samping aku. Kau berjaya selamatkan keadilan dalam keluarga kami” Khalida
terus memeluk aku. Terluah juga esakan di bahu aku. Aku turut merasakan sebak yang sama.
Sejenak peristiwa yang membawa aku untuk menyiasat perkara yang berlaku di hadapan aku.
“Maksud doktor, mak kawan saya memang dah cedera di kepala sebelum jatuh?”
Aku menebak.
“Saya dapat kesan, itu diakibatkan oleh kesan hentakan pada permukaan atau objek
keras. Rasanya kepala beliau telah dihentak terlebih dahulu sebelum jatuh.”
Aku beristighfar menghalau rawan hati. Tidak menyangka ada manusia tidak
berhati perut sanggup memperlakukan mak seteruk itu. Tetapi siapa?
Doktor menyambung katanya lagi. Mak dipercayai dipukul pada bahagian kepala
sebelum ditolak menuruni tangga. Kesan calar pada bahagian leher juga kelihatan. Setelah
itu, aku merahsiakan perkara itu daripada Khalida. Bimbang Khalida akan beremosi
Oleh sebab aku terdesak untuk merungkaikan persoalan ini, aku berjumpa dengan
Aliff.
Aliff terdiam. Seakan-akan menunggu kekuatan untuk bercerita. Nafas ditarik
sedalamnya.
“Aliff, tolonglah. Anggaplah aku cuba nak tolong dengan kudrat aku yang tersisa.”
Aku pakukan mata yang mendambakan persoalan ini akan terhapus.
“Aku baru nak keluar dari bilik. Aku nampak abang bercakap dengan mak. Abang
menjerit dan memaki hamun kepada mak pada masa itu. Mak kata dia tak ada duit lagi.
Selepas tu abang memandang semacam dengan rantai leher mak. Abang kata dia ingin
menggadai rantai tu. Mak terus diam. Abang cuba mengejar mak. Aku terus keluar ingin
melihat apa yang terjadi. Apabila mak sedang menuruni anak tangga, abang tahan mak dan
cuba tarik rantai tu. Mak terpekik-pekik minta abang melepaskannya. Mak tendang abang
sampai abang jatuh. Abang terus menendang mak kembali. Mak tarik jugak rantai itu dan
abang pun menarik sama. Abang tak tahan, terus mengangkat mak. Abang hentak kepala mak
di dinding. Selepas tu abang menarik rantai itu dan terus menolak mak hingga terjatuh.” Aku
terbuntang besar. Sangat-sangat terkejut betapa dahsyat insiden itu.
“Apa jadi seterusnya?”
“Bila abang nampak aku melihat dari atas, abang mengugut aku supaya tidak
memberitahu sesiapa termasuk kau dengan kakak. Terutamanya kau.” Palitan sugul
mengelabui wajah Aliff tatkala menitik berat nama aku dalam ayatnya.
“Kenapa aku?”
“Kaukan rapat dengan keluarga kami. Mestilah dia tak nak kau tahu segala tindak-
tanduk jahat dia. Dia memang benci ada orang luar menyibuk keluarga kami. Risau kau cuba
menghalang perbuatan dia.”
Aku mengangguk faham. Aku mempelawa Aliff untuk menghantarnya pulang.
Aku menongkat dahi yang memberat dengan kebenaran pahit di lantai stereng.
Barang kali begitu sukar untuk aku menyelesaikan masalah ini. Risikonya boleh tahan tinggi
lagi-lagi berdepan dengan Muiz yang belum kau teliti latar belakangnya. Tetapi kalau sudah
jadi begini, takkanlah aku masih ragu-ragu yang Muiz itu putih sifatnya? Aku pun tidak
menyangka abang sulung mereka bersifat syaitan. Tidak berhati perut. Tergamak
memperlakukan ibu sendirinya begitu. Tetapi aku harus bertanggungjawab. Tanggungjawab
aku untuk tegakkan keadilan dalam keluarga Khalida. Yang telah menjadi ikrar dan tersemat
di dada. Aku tidak akan biarkan kezaliman Muiz menyemarakkan apinya, menghancurkan
ketenangan keluarga angkat aku ini.
Kini, dengan bantuan yang Allah berikan, aku telah memberi ruang untuk sinar
ketenangan dari-Nya menyuluh, menghalau segala kekusutan dalam keluarga kecil aku. Aku
berjanji kepada keluarga aku. Aku akan sentiasa bersama-sama mereka. Tidak kira tatkala
susah menimpa mahupun gembira bertandang. Jika sekali lagi aku perlu berkorban, aku
bersedia dengan jiwa dan raga ini, aku sentiasa ada untuk Khalida, Aliff dan juga mak.
Semoga Kau memberi lagi kekuatan kepada aku dan menjauhkan penderitaan daripada
keluarga aku ini. Amin Ya Rabbal Alamin.
TAN XIN LE 3M KOLEKSI 3:
心中的期盼
名列前茅的成绩、万人瞩目的才华、发达的运动神经,都是他人用以形容我的
优点。他们都渴望着能拥有我一半的才华,得到别人的仰慕。然而,又有谁知道,我
宁可失去这所有,也不愿过着我这行尸走肉的日子。我厌倦了。
父亲是位家喻户晓著名的企业家。母亲是位桃李满天下的讲师,严厉却不失名
气的她带出了一代代出色的人才。有人说:“出色的父母就该有出色的孩子。”而我就
成了他们口中出色的孩子。事业有成的父母希望他俩唯一的孩子像他们一样出人头地
。他们抛弃了我该有的自由,把我捆绑在那三层楼高豪宅。各种家教上门鞭策我,为
了达到父母的要求。我的作息除了吃、喝、学习,还是吃、喝、学习。每一天,我就
像机器人一样,做着同样的事情,毫无例外。
曾经,还小的我认为这是理所当然的。只要是父母要求的,孩子都应该做到。
我放弃了童年、放弃了玩伴、放弃了喜好、甚至放弃了自由,就为了遵循父母的意愿
。当我渐渐长大时,才清醒过来,领悟了。孩子只要活在父母的影子下便能顶天立地
吗?父母有着优秀的一面,孩子也必定跟他们一样吗?倘若真是如此,那么孩子的人
生就如同父母的复印本,失去了自己的色彩。或许有着跟他们一样辉煌的人生真是人
人求之不得的,但我心中所期盼的是这些吗?
人人都说人生就如调色盘,任我们自由发挥,在调色盘上调配颜料,让人生变
得五颜六色。我也多么期盼自己可以拥有自己的调色盘,而非与父母共用着他们的。
我想要过着一位青少年一样普通的生活,和朋友逛逛街、看电影,享受人生最高峰的
时刻。有谁愿意过着像我这样的日子,成天只会窝在家中,与书本度过青春期。难道
这期盼很过分吗?
父母是红人,自然也成了大忙人,成天都只会为工作忙得团团转,而把我留在
那冰冷的家中。早上天边都还未露出鱼肚白时,他们便已出门,晚上半夜三更才拖着
沉重的身躯回家。他们留在家中的日子时间可真是屈指可数啊!每每过节过年,我都
只得以坐在床边,用羡慕的眼神望向那热闹的大街小巷。新年时,大人带着小孩穿上
红彤彤的新衣到他人家串门。中秋时,大人都坐在亭子里有说有笑,孩子则提着灯笼
猜灯谜,好不热闹啊!我是多么地期盼我能与家人如此享受着这天伦时光。我不盼父
母可以无时无刻陪伴我,就只盼他们可以抽出一些时间,我便满足了。难道工作真的
比孩子还重要吗?
我期盼自己可以逃脱现在生活的束搏,得到自由。我不愿永远活在父母的影子
里,盲目跟从父母的要求。每个人都有自己活下去的理由,有自己的生活的色彩。我
明白父母只是希望我将来出人头地,青出于蓝。然而,这并不意味着我必定要打造出
与父母一模一样的人生啊。我期盼着哪一天可以摆脱这干燥的日子,出外闯一闯,证
明与父母不同的人生也可以活得一样精彩。
心中的期盼是美好的,同时也是很残酷的。它让我感受到了现实与期待的差异
。弱小的我,无能为力,只能把心中的期盼掩藏在心中深处的角落,继续读过着我不
愿过的日子。
HARAPAN HATIKU
Aku selalu dikatakan sebagai seorang yang serba boleh, mahir dalam sukan,
mempunyai akademik yang cemerlang dan juga mempunyai bakat yang mengagumkan orang
lain. Namun, saku berasa amat letih dengan kehidupanku yang membosankan ini.
Ayahku merupakan seorang usahawan yang termasyhur. Ibuku seorang pensyarah
yang telah membentuk beberapa generasi baharu yang berguna sekali. Pernah aku mendengar
bahawa ibu bapa yang cemerlang akan melahirkan anak-anak yang cemerlang, bak kata bapa
borek, anak rintik. akulah yang menjadi anak tersebut. Ibu bapa yang mempunyai kerjaya
yang tinggi,maka mereka juga berharap agar aku akan menjadi seorang yang cemerlang
seperti mereka kelak. Oleh itu, mereka mengongkongkan kebebasanku dan hanya
membenarkan aku belajar, makan dan minum di rumah banglo yang mewah itu sahaja. Aku
telah hilang kebebasan seperti burung di dalam sangkar, mata terlepas badan terkurung.
Ketika aku masih kecil lagi, aku berasa bahawa aku perlu mengikut sahaja apa-apa
yang diminta oleh ibu bapa kerana itu adalah wajib dan betul sekali. Namun, dari semasa ke
semasa, aku mulai sedar. Aku tidak semestinya akan berjaya seperti ibu bapaku, aku perlu
mempunyai kehidupan diri sendiri tetapi bukan asyik mengikut ibu bapa sahaja. Kehidupan
ibu bapa memang cemerlang tetapi adakah itu yang aku harapkan?
Aku inginkan kehidupan seperti remaja lain. Aku ingin menonton wayang, bersiar-
siar dengan rakan karib, menikmati puncak kehidupan saya sebagai seorang remaja.
Kehidupan aku kini yang hanya boleh terkurung di dalam rumah dan menjadi ulat buku agak
membosankan. Adakah harapan aku ini sangat melampau?
Ibu bapaku yang sibuk dengan pekerjaannya menyebabkan mereka tidak dapat
meluangkan masa untuk menemaniku. Keadaan ini juga berlaku sewaktu musim perayaan
seperti Tahun Baharu Cina. Aku hanya duduk di rumah menunggu kepulangan mereka. Jiran-
jiranku yang beraya dengan meriah sekali menyebabkan aku kesunyian dan menanggung
sedih di rumah. Pada masa itu, betapa aku berharap ibu bapa dapat berada di sisiku,
mengambil berat tentang diriku. Biarpun mereka dapat mengeluarkan sedikit masa sahaja,
aku tetap akan menghargainya. Adakah pekerjaan lebih penting daripada anakmu sendiri,
wahai mama papa?
Kehidupanku yang diaturkan oleh ibu bapa, mereka telah mengehadkan pergerakan
dan menghalangkan kebebasanku. Aku amat berharap dapat melepaskan diri daripada
kehidupan ini. Aku tidak suka hidup di bawah bayang ibu bapaku dan mengikut segala tigkah
laku mereka. Aku memahami bahawa mereka membuat sedemikian adalah untuk kebaikanku.
Namun, aku tidak semestinya mempunyai kehidupan yang seiras dengan ibuku. Aku juga
boleh berusaha dengan menggunakan cara sendiri dan mencapai kejayaan yang
membanggakan, bak kata usaha tangga kejayaan. Aku berharapkan suatu hari nanti, aku
dapatkeluar melihat dunia luar untuk membentuk kehidupan yang cemerlang dan cara
berlainan dengan ibu bapaku.
Harapan di dalam hati adalah sangat indah sekali. Walau bagaimanapun, pada masa
yang sama, harapan tersebut juga membenarkan aku untuk menyedari bahawa realiti dengan
harapan. Aku insan yang lemah ini, tidak berdaya untuk merealitikan harapanku itu. Aku
hanya boleh merahsiakan harapan itu dalam di hatiku dan teruskan kehidupan yang tidak
diharapkan.
KOLEKSI 4:
KEMBARA NAIM
DARIPADA_AIMAN_ANWAR
Ada seorang pelajar yang tidak minat untuk membaca. Sekali cikgu memaksa dia untuk
melengkapkan buku NILAM. Minta bantuan pengawas PSS???? Oh tidak. Jatuh keegoan….
“Naim, adakah awak tahu rekod NILAM awak sangat teruk? Lebih rendah berbanding semua
pelajar dalam kelas awak” Aku hanya melemparkan pandangan tidak berminat ke luar
tingkap di bilik guru. Manakan tidak aku sedia maklum tentang berita itu, hanya beberapa
buah buku yang aku capai menjadi tatapan boleh dibilang dengan jari. Itupun sekadar
memenuhi kehendak sekolah. Rasanya cikgu Bahasa Melayu aku ini akan fahami aku?
“Apa perlu saya buat, cikgu? Memang saya tidak suka membaca. Betul-betul tidak
suka buku” Barang kali Cikgu Alya sudah muak dengan jawapan aku yang sentiasa tidak
berubah apabila ditujui soalan sedemikian.
“Awak kena faham, ini merupakan arahan kementerian. Awak sebagai pelajar harus
ikuti program ini. Rekod pembacaan terkumpul awak sangat teruk. Budak kelas belakangpun,
tak seteruk awak. Merekatidak suka membaca tetapi rekod yang dicapai baik”. Tidak
terkesan rasa tersinggung di hujung hati. Tidak peduli aku akan perbandingan tersebut.
Minat membaca tidak mengira tahap kecerdikan sesiapa pun.
“Untuk apa program NILAM diadakan, cikgu?” Soalan yang aku lantunkan tidak
lebih daripada memecahkan kesunyian antara kami. Sekurang-kurangnya tidaklah cikgu
berasa bengang dengan aku yang dilihat tidak mengambil berat tentang penglibatan dalam
program ini.
“Naim, Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) ialah langkah kerajaan untuk
memartabatkan amalan membaca dalam kalangan murid sekolah seperti awak. Program
tersebut juga bertujuan untuk menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif
bagi menyemai tabiat membaca. Lagipun amalan membaca semakin lama semakin terhakis
dalam masyarakat kini. Kalau tidak dipupuk sekarang, bila lagi, Naim? Melentur buluh
biarlah dari rebungnya, faham?” Aku tersenyum nipis apabila dihentak peribahasa Melayu
itu. Hanya teringat dalam minda tanpa menghayati maksud dan mesej yang cuba disebarkan.
Penerangan panjang lebar Cikgu Alya benar-benar menusuk gegendang telingaku.
Sedar akan riak wajah aku yang tidak positif, Cikgu Alya menambah, “awak ingin
dipanggil oleh Penolong Kanan? Atas pencapaian awak dalam program ini tidak begitu
memberangsangkan?”
Keluhan tipis terpacul daripada bibir. Perlahan-lahan kepala aku gelengkan.
“Saya harap awak faham apa saya katakan ini. Untuk kebaikan awak juga. Cuba awak
pupuk minat membaca dalam diri awak. Mesti awak tidak berasa rugi”. Pesanan Cikgu Alya
diakhiri dengan ikatan senyuman yang terlakar indah di lekuk wajahnya. Aku mempamitkan
diri untuk menyambung sesi rehat aku tadi.
Bertembung pula dengan Anis di koridor bilik guru.
“Naim, aku sudah dapatkan kertas peperiksaan Matematik kelas kita daripada cikgu.
Tahniah Naim. Engkau dapat markah paling tinggi”. Aku sambut huluran Anis. Tertera angka
96 dalam bulatan merah yang dilukis spontan.
Aku terfikir idea bernas. “Anis, boleh tolong aku selepas habis waktu sekolah?”
“Kalau begitu, aku tidak setuju. Tidak halal perbuatan engkau itu”. Anis memberikan
terguran. Aku ditampar rasa bersalah.
“Tetapi cara itu sahaja yang boleh kukuhkan rekod NILAM aku.”
“Dengan cara engkau catat judul-judul buku tanpa engkau membacanya?” Sinis bicara
pengawas Pusat Sumber Sekolah itu terhadap niat aku.
“Aku tahulah engkau lebih gemar mengira berbanding membaca. Kalau setakat
mengira tanpa ada pengetahuan am pun tidak berguna juga.” Aku mengangguk janggal.
“Anis, ingin bawa aku ke mana?” Aku dari tadi mengekori langkah Anis tanpa syarat.
Akhirnya tiba di hadapan Pusat Sumber Sekolah. Aku mengerut dahi.
“Bukan engkau minta pertolongan aku tadi? Aku hendak engkau manfaatkan masa di
sini dengan membaca.” Aku mengeluh rimas. Sepanjang waktu aku bakal berada di sini?
Bosan!
Aku memasuki pintu dan mengambil tempat di salah satu meja. Buku NILAM itu
terdampar di hadapan aku.
“Selamat meneroka alam buku ya, Naim! Aku pasti engkau akan dapat pengalaman
yang menyeronokkan sepanjang berada di sini,” putus Anis sebelum beredar dari situ. Kunci
ditinggalkan kepada aku sejurus aku ingin pulang. Terasa hendak pulang sekarang!
Aku bangun dengan penuh kemalasan. Pendingin hawa yang berpusar di ruang
sebesar bilik itu cukup mencucuk sumsum tulang. Kaki menarik aku ke suatu rak buku.
Fiksyen Melayu. Aku mendarat semua tubuh dengan senaskhah buku yang tidak aku ambil
peduli judulnya lalu memejamkan mata yang kenyal.
“Leftenan!”
“Leftenan, bangun!”
Panggilan itu nyaring di sisi cuping. Tolakan dan tarikan yang mengena di tubuh
memaksa aku mengoyak mata. Kilauan mentari terasa menyimbah tepat kornea mata.
Aku terpempan ketika meluruskan pinggang. Di sebelah aku terduduk seorang lelaki
yang berpakaian tidak ubah seperti… Askar? Baju dan helmet celoreng kombinasi hijau tua
dan hijau muda. Pada wajahnya tercalit warna hijau yang mulai pudar.
Aku meliarkan pandangan ketakutan.
Aku di suasana hutan belantara? Dengan uniform askar dengan lambang dan paku
yang penuh di bahu dan di dada baju. Tidak lupa juga dengan sepucuk senapang patah di sisi
tubuh. Terdapat beberapa orang anggota askar yang bersedia di tempat masing-masing.
“Apa sudah jadi, Faiz?” Tanya aku penuh kehairanan pada lelaki dalam lingkungan
umur 30 tahun yang memegang tanda nama Faiz berserta angka pengenalan diri.
“Kubu kita diserang, Leftenan…” Belum sempat kata Faiz dihabiskan, bunyi
tembakan entah dari mana mula menjengah. Aku cepat-cepat menundukkan badan. Aku
mengintai di sebalik beg-beg pasir padat yang dijadikan tembok ini.
Segerombolan askar yang membawa panji putih dan merah membentuk pancaran
matahari kelihatan sejauh 300 meter. Bilangan anggota mereka tidak sempat aku bilang.
Lengkap bersenjata api di kiri dan di kanan. Beberapa laras meriam juga mengiringi
kemaraan mereka.
Dari khalayak itu, muncul seorang askar di hadapan yang lain. Ketua askar barang
kali. Riak wajah menjulang keangkuhan yang tidak terperi, melempar pandangan bak
menghunus senjata paling tajam. Membunuh. Membara. Melawan!
“Kalau kamu semua tidak mengalah, kami akan bakar kampung kamu!” laung pihak
musuh yang cuba-cuba mengikis keberanian kami. Namun kami tidak kan berganjak sedikit
dari benteng ini! Hatta nyawa kami tergantung di hujung mata pedang kamu!
Mula babak peperangan menuntut kesucian maruah bangsa. Trup…. kami
bertungkus-lumus melepaskan tembakan. Remington M870 milik aku terus berkhidmat. Mata
senapang mencapai sasaran, bingkas aku lepaskan peluru. Salah seorangnya tewas! Kelihatan
pihak musuh juga tidak mengalah. Segala arahan terpaksa dikuatkan di celah-celah bedilan
peluru yang bertali arus. Penghuni hutan ini tergopoh-gapah melarikan diri. Monyet, burung-
burung seta haiwan liar yang lain. Aku cekap mengelak dan berlindung lalu kembali
membedil pihak musuh yang tidak kurang juga gagahnya. Aku menjeling, kawan
seperjuangan aku ada yang tercedera dan telah mati. Tetapi semua itu hanya membakar
semangat aku! Aku seluk pinggang aku, bom jangka aku tarik picunya lalu membalingnya
jauh ke arah mereka. Bunyi ledakan berkumandang. Aku telah berjaya menumpaskan
beberapa anggota pihak lawan dengan sekali gus!
“Argh!” Peluru pihak lawan menusuk lengan kiri aku. Darah membuak lebat bersama
dengan kepedihan yang Tuhan sahaja tahu. Aku dipaut oleh Faiz.
“Leftenan, lebih baik kita berundur! Semua askar kita mula berkurangan!” Kelihatan
askar kami hanya beberapa belas sahaja jika dibandingkan dengan pihak musuh.
“Tidak! Aku tidak akan berundur! Langkah mayat aku terlebih dahulu!” Kata-kata
sakti itu terus aku sematkan di dada. Aku masih mempunyai kudrat di lengan kanan! Aku
kembali bertarung di medan peperangan. Tembakan aku mulai tidak jitu akibat rasa sakit
mencencang kudrat dan kekuatan aku.
“Leftenan, hati-hati!” Meriam gergasi sedia dinyalakan sumbunya. Aku cuba
menembak pasukan yang bergegas menyalakan meriam, tetapi pihak lawan sememangnya
bijak untuk mengalih perhatian aku. Faiz tertewas dengan tembakan di dada kiri!
“Faiz!” Aku campak senapang lalu mendekati Faiz. Kepalanya aku tinggikan
menghadap wajah aku. Nafasnya tidak sekata. Nazak perlahan-lahan meragut nafasnya. Air
mata bercucuran menuruni pipi aku. Aku memimpin lafaz syahadah
“Leftenan, berjuanglah demi maruah bangsa kita…” Sebaris kata itu mengakhiri
riwayatnya. Aku sapu telapak tangan aku menutup sepasang matanya. Semoga tenang di sisi-
Nya.
“Bam!” Aku terlempar jauh…
“Naim. Bangun, Naim. Aku suruh membaca di sini bukan tidur.” Aku lekas
mengejutkan diri. Termengah-mengah mencuri nafas. Anis dan Cikgu Alya wujud di sisi
meja.
“Awak okey, Naim?” Cikgu Alya bertanya. Aku mengangguk. Aku kemaskan rambut
yang kusut.
“Sudah dekat waktu Asar, Naim. Pelajar petang sedang rehat.” Aku terlopong. Tiga
jam aku tidur di sini.
Aku baca tajuk buku yang aku alaskan. Pewira Bangsa. Maksudnya mimpi yang aku
selusuri tadi berdasarkan kisah daripada buku ini? Sungguh ajaib!
“Anis, aku hendak pinjam buku boleh?”
“Boleh, nanti aku siapkan kad pinjaman.”
“Amboi, awak sudah merasakan pengalaman menarik daripada membaca?” Usik
Cikgu Alya.
“Ya, cikgu. Saya tidak menyangka membaca bukanlah sesuatu yang membosankan”
Daripada buku ini aku telah merasai keseronokan menghayati barisan aksara yang
bersulamkan cerita indah.
“Baguslah kalau begitu, Naim”.
KOLEKSI 5:
FANTASI AMIN
“Amin… kau insan yang terpilih. Hanya kau yang kami harapkan Amin… Hanya kau
saja yang mampu menyelamatkan kami Amin… Tolong kami Amin… ˝
“Tak mungkin. Siapa kau? Aku tak kenal kau. Aku tak kenal kau!! ˝Amin menjerit
sekuat hatinya. Nafasnya tidak teratur ketika itu.
Terdengar suara yang bising ketika itu. Batullah Amin menyedari bahawa dirinya
masih berada di dalam kelas dan dia tidak menyedari bagaimana dia boleh terlelap. Amin
bernasib baik pada hari ini kerana waktu persekolahan hampir tamat namun begitu dia tetap
dimarahi dan dirotan oleh gurunya.
Amin berjalan longlai pulang ke rumah. Fikirannya melayang memikirkan mimpi yang
dialaminya tadi, bukan kali pertama dia mengalami mimpi yang serupa. Amin memikirkan
mimpi itu sekadar mainan syaitan atau sesuatu yang bakal terjadi. Dia juga merasakan dia
pernah mendengar suara yang menyerunya tetapi tidak dapat mengingatinya. Amin hanya
berhenti di lampu isyarat menunggu lampu isyarat pejalan kaki menjadi hijau.
Amin cuba fokus untuk mengingati suara yang pernah didengarinya. Tanpa dia
sedari, dia sedang berjalan ke tengah jalan. Sebuah kereta sedang dipandu laju menuju ke
arahnya. Amin akhirnya tersedar namun terlambat untuk mengelak dan kakinya terpaku di
atas jalan.
Bamm!!
Amin merasakan dirinya sedang terbang di udara sebelum jatuh terseret sejauh lima
meter. Beberapa wanita yang melihat kejadian itu menjerit ketakutan manakala seorang
pemuda menghubungi ambulans dan yang lain sibuk melihat daripada cuba membantu.
Amin merasakan kehidupan dia hampir tamat, cuba bertahan dan memejam mata namun
gagal. Amin pasrah menerimanya.
“Adakah aku sudah mati? Suara bising apakah ini? Adakah aku berjaya melepasi
keadaan kritikal dan aku berada di hospital kini? ˝ pelbagai persoala…sambil dia cuba
mencelikkan matanya.
Amin mendapati dirinya berada di tempat asing dan melihat beberapa orang yang
berdekatan dengannya memakai pakaian yang pelik. Sebaik sahaja dia berjaya
mencelikkan matanya. Amin menjauhkan dirinya daripada kumpulan itu walaupun kepala dia
masih terasa sakit. Amin berasa waswas tentang perkara yang dialaminya. Setelah
kesakitan dikepalanya reda, salah seorang daripada kumpulan itu menceritakan semuanya.
Amin semacam tidak percaya dengan cerita yang didengarinya. Dia sedang berada
dalam satu alam: ahli sihir, raksasa dan magik wujud. Dia terasa seperti sebuah fantasi. Ya,
fantasi untuk Amin dan tidak mudah untuk dia mengakui akan kebenaran itu. Amin diberi
sepersalinan pakaian dan kemudiannya dibawa ke satu tempat.
Sepanjang perjalanan menuju ke destinasi, Amin merasakan takjub melihat
keindahan dan keunikan alam ini, Xenon. Amin terpegun melihat keunikan struktur
binaanya. Akhirnya, mereka tiba ke destinasi iaitu sebuah istana terapung yang berada kira-
kira lima kilometer dari bumi. Amin melihat diri mereka diselubungi cahaya sehingga
menyebabkan matanya menjadi silau. Apabila Amin membuka mata, dia menyedari mereka
telah berada di dalam kawasan istana.
Raja Xenon, Alfasusdispatche menyambut ketibaan mereka. Mereka kemudiannya
dibawa ke bilik rehat manakala Amin ke bilik khas. Raja Xenon ingin berbincang sesuatu
dengan Amin.
“Seperti yang kamu sudah sedia maklum, Raja Iblis, Afunricle ingin menguasai alam
ini. Hanya ini kerajaan terakhir yang tinggal setelah Afuricle Berjaya memusnahkan kerajaan
Baron dan Radon. Puteri beta, Alfusiyah telah diculik oleh Igor, orang kanan Afuricle. Hanya
kamu yang mampu membantu kami. Hanya kamu yang mampu menyelamatkan anak beta.˝
pinta Raja Alfasusdispatche.
“ Tuanku jangan khuatir. Saya akan mencuba sedaya upaya saya untuk
menyelamatkan kerajaan ini sekali gus menyelamatkan puteri tuanku. Lagipun hanya dia
yang mampu menghantar saya kembali ke dunia asal saya.˝ jawab Amin.
Tidak lama kemudian, sekumpulan jeneral dan ahli majlis tertinggi ahli sihir masuk
untuk bersama-sama merancang untuk memusnahkan Afuricle buat selama-lamanya. Amin
dibawa keluar dan menuju ke satu ruangan. Ruangan itu lebih kepada berlatih. Amin diajar
oleh dua orang guru. Guru sihir, Pandora dan guru seni mempertahankan diri, Zaski. Amin
mengambil masa selama sebulan untuk menguasai sebahagian daripada sihir dan
sebahagian lagi daripada seni mempertahankan diri. Masa yang kian suntuk menyebabkan
Amin hanya mampu menguasai sebahagian sahaja daripada itu.
Setelah Amin bersedia menghadapi Afuricle, Raja Iblis, Amin dibawa ke bilik
perancangan untuk mendengar rancangan dan juga strategi bagi mengalahkan Afuricle.
Amin mendengar dengan tekun.
“Baiklah Amin, untuk kamu mengalahkan Afuricle, kamu mesti tepat menikam
jantungnya. Had masa untuk kamu membunuhnya ialah 60 minit. Lebih daripada itu, nyawa
kamu dalam pertaruhan amatlah tinggi. Kami hanya mempunyai satu idea sahaja
bagaimana untuk cepat membunuh dia. Tapi, kepastian itu tidak dapat dipastikan kerana
Afuricle sangat licik. Kami akan menteleportasikan kamu betul- betul di belakangnya. Apa
yang akan terjadi selepas itu, hanya kamu yang mempunyai jawapan.˝
Amin menyiapkan dirinya untuk melakukan misi yang dikira misi bunuh diri agar dia
boleh pulang ke tempat asalnya.
Beberapa ahli sihir mengelilingi amin mula membacakan mantera teleportasi. Amin
menggunakan magiknya dan menghasilkan dua bilah pedang di tangannya. Sebaik sahaja
mantera habis dibacakan, amin merasakan jasadnya hilang menuju ke destinasi.
Sebaik sahaja Amin tiba ke destinasinya, Amin menghunuskan pedangnya dan
menikam objek di hadapannya sehingga tembus ke jantung Afuricle yang sedang duduk di
singgah sananya. Amin merasakan tugasnya telah selesai. Tiba-tiba terdengar suatu suara.
“Ha.. Ha.. Ha.. Kau fikir begitu mudah untuk kau membunuhku, Amin? Berani
sungguh kau datang padaku untuk membunuhku, Raja Afuricle yang agung dan ditakuti
ramai. Kau takkan terlepas Amin!!˝
Beberapa bola berapi terus menuju ke arah Amin dengan laju. Amin berjaya
mengelak bebola api tersebut namun bebola api yang terakhir tepat mengenai Amin dan
menyebabkannya terhumban ke belakang dan terhempas ke dinding. Amin menjerit
kesakitan.
Afuricle menonjolkan dirinya. Amin melihat Afuricle begitu hodoh. Afuricle menyerang
amin berterusan sehingga Amin tiada masa untuk berehat atau mengambil nafas. Amin
hanya mampu mengeluh dan bertahan. Hanya sekali sekala Amin membalas serangan
Afuricle. Pertaruhan Amin dan Afuricle mengambil masa hampir lima jam. Amin akhirnya
berjaya menewaskan Afuricle setelah menggunaka sihir pengikatnya yang terkuat dan
menikam jantung Afuricle menggunakan pedang api.
Amin meneruskan misinya untuk menyelamatkan puteri Alfusiyah.walaupun Afuricle
telah tumpas, terdapat banyak perangkap sepanjang menuju ke tempat puteri Alfusiyah
dikurung. Amin mengalami kecederaan pada seluruh badannya akibat perangkap yang
dipasang Afuricle. Akhirnya, Amin tiba di tempat puteri Alfusiyah dikurung.
Amin berhadapan dengan Igor yang menjaga pintu kurungan puteri Alfusiyah. Berkat
menggunakan akal dan kekuatan, Amin berjaya mengalahkan Igor dalam masa yang
singkat. Amin membawa puteri Alfusiyah keluar dari istana Afuricle dan menggunakan
telepati bagi menghubungi ahli sihir kerajaan Xenon bagi membawa mereka pulang. Dalam
beberapa minit kemudian, mereka sudah berada di dalam istana Alfasusdispatche.
Raja Alfasusdispatche gembira kerana puterinya pulang dengan selamat. Amin pula
sedang dirawat untuk menyembuhkan kecederaan yang dialaminya dengan menggunakan
sihir penyembuhan. Tanpa Amin menyedari, salah seorang yang sedang merawatnya
menggunakan sihir. Sihir tidur dan Amin tertidur sehingga tidak menyedari apa yang berlaku.
Amin hanya mendengar satu suara sahaja.
“Amin. Terima kasih kerana menyelamatkan beta. Bagi pihak ayahanda beta dan
kerajaan Xenon, beta akan pulangkan kamu ke dunia asal kamu. Terima kasih beta ucapkan
sekali lagi atas segalanya, Amin”.
Apabila Amin membuka matanya, dia mendapati dirinya kini berada di hospital
dikelilingi keluarganya yang menangis gembira melihat dia telah sedar. Terlihat juga
beberapa kawannya di belakang ibunya, Amin merasakan kekuatan dan tenaganya
meningkat dua atau tiga kali ganda.
Setelah seminggu berlalu, sejak dia keluar dari hospital, Amin meneruskan
kehidupannya seperti sedia kala. Amin tidak tahu sama ada perkara yang terjadi kepadanya
ialah ilusi, fantasi atau sebaliknya. Dia telah menetapkan hatinya mengatakan perkara itu
hanyalah fantasinya sendiri. Tanpa dia menyedari, sepasang mata kejam sedang
memerhatikannya dalam jarak yang jauh. Siapakah dia? Apakah kaitan dirinya dengan Amin
sehingga dia begitu marah? Adakah cerita ini telah tamat ataupun hanya permulaan?
Karya oleh amirul5M
KOLEKSI 6:
TERSISIH JAUH
Aku tekan perut aku. Tiba-tiba rasa menyengat menusuk. Aku terbongkok kesakitan.
Gigi terkancing mendesis kepedihan.
Kekuatan mulai hilang. Perlahan aku hampiri meja pantri. Pinggirnya aku pegang
menahan tubuh yang kian memberat. Aku terbatuk kuat, cairan merah mengalir.
"Mal, kenapa ni? " Suara itulah yang terakhir aku dengar.
Peristiwa yang lama berlalu dihentam masa itu, aku melipatnya penuh kepayahan.
Bukan sedikit aku kerah kekuatan jiwa, kematangan akal untuk membuang jejak kenangan
itu. Terus memburu ketenangan aku. Oleh sebab itulah, aku langsung tidak mahu sesiapa
tahu akan keresahan yang aku alami. Aku terpaksa tolak kebaikan yang aku terima. Aku
tidak mahu sesiapa terhidu akan sejarah silam aku. Aku tidak mahu kelambu yang aku
pasang, terobek gara-gara bayangan kejam; meragut lena dalam diam. Sekarang aku
mengajar diri untuk berdikari tanpa mengharapkan belas ihsan orang lain. Oleh sebab aku
tahu, suatu hari akan menjengah jua, di kala aku bakal berseorangan diri nanti. Tidaklah aku
terkial-kial mencari tongkat untuk bertatih di dunia ini.
"Semalam Reza nampak awak pengsan. Katanya awak kena gastrik. Sebab tulah
saya bawakkan mi bandung ni. Saya buat sendiri, tau. Awak jangan sakit lagi. Risau saya
nanti. "Bekas makanan berwarna merah jambu ini disua ke arah aku. Isi kandungannya
nampak menyelerakan. Setelah Ain berlalu, aku senyap-senyap berikan kepada Reza.
Aku tidak boleh nafikan, kebaikan yang dia hulurkan membuat aku tersentuh. Tetapi
aku berpegang kepada prinsip. Tidak mahu terhutang budi dengan sesiapa. Aku risau, budi
yang dihulur menuntut balasan.
Fikiran terawang ke waktu semalam.
Aku hembuskan nafas resah. Soalan itu yang kembali membentangkan kisah yang
memberi jawapan kepada doktor.
Sejak aku di bawah jagaan mak ngah, aku sering dibiarkan berlapar. Dari awal
subuh hingga matahari menginjak waktu senja. Aku terpaksa menahan perut yang mula
tidak rasa sedap. Tenaga hilang perlahan-lahan membantutkan deria. Sakit aku bertambah
perit, isi perut termuntah semula walapun aku sudah tidak makan selama dua hari. Mak
ngah hanya sediakan roti dan air botol kepada aku. Itupun dilemparkan ke dalam bilik yang
mengurung aku dari dunia luar. Sangat tidak mengasihani aku yang masih kecil. Aku,
dilayan tidak ubah seperti anak tiri, bukan anak saudaranya.
"Adah tak nak anak kak long ni, abang tau tak? Mati kering pun Adah tak kan terima
budak ni! Belum sempat abang balik sini, Adah janji akan campak budak tu masuk sungai! "
"Encik. Encik Akhmal? "
"Ya, saya. "Aku tersentak dari memori pahit yang terselam.
"Macam ni encik. Saya akan berikan ubat dan surat recommendation, encik boleh
rujuk ke hospital pakar untuk rawatan selanjutnya. "Tenang doktor itu mencatat preskripsi
ubat.
"Baiklah. Terima kasih Encik Akhmal. Sila jaga kesihatan anda. " Aku mempamitkan
diri setelah membalas senyum ramah doktor itu.
Mangga tayar aku buka dan motor dituntun ke belakang sedikit. Memberi ruang
untuk bergerak. Soalan doktor tadi berpusar dalam kepala. Sejak bila aku ada gastrik.
Rasanya dah lama berlaku sejak episod luka itu menggantikan kehidupan asal aku. Ubat
untuk perut aku sudah ada. Tetapi ubat untuk jiwa aku pula masih gagah mencari sebuah
ketenangan yang abadi.
Kenapa hati aku digaru rasa tidak enak tiba-tiba?
"Ya, nanti kamu tolong mak ambik baju dari budak tailor tu. " Butir perbualan itu jelas
menusuk gegendang. Garau suara itu memaksa aku berpusing ke belakang. Turut juga
seorang wanita berusia yang sedang bercakap dalam telefon.
Aku tajamkan pandangan aku menembusi kedutan tua wajah itu.
Aku terpampan. Mata aku terbeliak setelah melihatnya lebih jelas. Darah melimpah
hangat ke seluruh liang tubuh. Terus dada bergetar diasak debar.
Mak ngah memanggung kepala memandang hadapan. Aku buntu apabila matanya
jatuh ke arah aku.
"Hoi! " laung mak ngah, berjalan laju. Barangkali menuju diri aku. Langkah mak ngah
semakin menghampiri, sebelum menyelisih ke kedai 7E. Tidak mempedulikan aku yang
masih kaku. Mungkin mak ngah tidak ingat akan diri aku. Syukur. Aku hela nafas lega. Ekor
mata menghantar mak ngah ke muka pintu kedai itu.
Aku terduduk di bangku motosikal. Segenap perasaan kini membeku dengan rasa
sentak yang menghempas. Tiada kata yang mampu aku gambarkan, perasaan aku ketika ini
menghadap pertemuan ini. Pertemuan tidak dijangka setelah bersilih waktu yang lama. Aku
dibawa lagi ke alam kanak-kanak aku.
Setiap kali aku meminta makanan lain, tangan dan kaki mak ngah yang menjawab.
Tubuh aku ditumbuk berkali-kali. Masih segar di ingatan bagaimana ligatnya kaki mak ngah
merembat tubuh aku. Berguling-guling aku melindungi diri. Pernah satu hari aku curi-curi
keluar dari bilik. Harap ada juga sedikit lauk di dalam peti ais. Malangnya aku tersalah
percaturan, mak ngah menyedari pergerakan. Sepak terajang menujah tubuh aku sekuat
hati. Tidak cukup lagi aku diberikan kesan yang masih tidak hilang sehingga kini. Pada
lengan kiri aku menjadi mangsa. Bukti kemarahan mak ngah bersalut kebencian terhadap
aku.
Aku usap perlahan lengan kiri aku. Bahagian yang menerima padah walaupun aku
merintih minta sedikit belas. Mak ngah berpura-pura tidak mengerti permintaan aku. Dari
saat aku diberi jawapan itulah, aku memasang tekad. Yang mengubah perjalanan aku
sekarang. Buat masa ini aku tidak boleh serabutkan minda aku.
Ain diarahkan bertugas ke cawangan lain. Dia menjemput semua staf di situ
menghadiri jamuan kecil-kecilan di rumah ibunya. Aku baru tahu mengenai jemputan itu,
itupun kerana kad sebesar empat jari terdampar di atas meja aku. Tanpa membelek kad itu
aku selitkan saja di dalam laci kecil.
Bunyi mesej memasuki peti surat eletronik. Dari Ain, ditulis dengan penuh hasrat aku
bakal melunaskan jemputannya itu. Aku sekadar berkata ya. Aku tidak tahu hari minggu itu
mempunyai masa terluang kerana aku mahu melawat ayah angkat aku. Satu-satunya
manusia yang menjumpai aku di perhentian bas sejak terlepas dari lembah neraka itu.
Memberi asuhan yang mencukupi untuk membina ketabahan sehingga aku dewasa.
Mengajar aku bahawa masih ada insan yang mengambil berat terhadap aku. Aku sedar aku
sudah terhutang budi yang banyak. Mana mungkin nilai wang mampu menebus kekuatan
dan kepayahan ayah angkat aku dalam membangunkan diri daripada berduka lagi. Sudah
lama aku tidak menjenguknya kerana lambakan tuntutan kerja. Jarak antara Permatang
Pauh dengan ibu negara ini bukannya sejengkal. Bertanya khabar di atas talian tidak puas
untuk aku.
Kad sebesar empat jari itu aku baca muka depan. Tercatat tarikh jamuan itu
diadakan. Tidak bertindih dengan perancangan aku.
Aku belek muka belakang. Sekerat perenggan bertulis alamat rumah ibu Ain.
Alamat rumah itu menjentik fikiran aku. Sekali lagi aku baca. Susunan aksara itu
ibarat begitu dekat dengan aku. Aku tongkat dahi menggali semula fikiran. Tak silap alamat
ini...
Tak. Tak mungkin sama. Penafian dari lubuk akal timbul. Resah tiba-tiba. Liur ditelan
payau.
Reza yang bersebelahan meja aku tanyakan. Dia dan Ain memang kawan seasrama
lagi. Dia lebih kenal Ain berbanding aku, barangkali. Jawapan aku terima berselari dengan
persoalan yang berlegar dari tadi.
"Tak silap akulah kan. Nama mak dia. Siti Zuraida Hashim. Asal? "
--------
Hari yang dinantikan tiba.
Aku tercegat lama di hadapan porch rumah ini. Ya, aku kembali meletakkan jejak aku
di banglo ini sebagai insan yang terbuang. Tersisih dari kebebasan. Tetapi aku takkan
memasuki rumah ini lagi. Menunggu dengan perasaan berkocak. Anak jiran yang aku
arahkan untuk memanggil dia sudah memberitahu aku, dia akan turun. Nafas aku tarik
dalam-dalam, bertali arus.
Mak ngah sudah melangkah keluar. Seperti aku jangka, anaknya juga mendampingi
bersama. Mak ngah memberi pandangan hairan kepada Ain. Mereka buntu.
Aku berjalan lebih dekat. Terasa jantung semakin terjerat dengan bebenang halus;
melapah perlahan dan senyap.
Krattt!!!
Mak ngah terpegun. Ain kerutkan pandangan. Mereka terpana dengan tindakan
drastik aku. Paling aku dapat baca, riak wajah mak ngah yang pasti telah dihentak kejutan.
Tidak disangka sama sekali kebenaran menyinggah jua.
"Kenapa ni? Sampai kau nak koyak baju, perlu ke buat macam tu? " Mak ngah cuba
berlagak tenang walhal getaran dalam bicaranya dapat aku rasa.
Aku sumbing bibir sinis. Tak memberi jawapan telus. "Tak kan mak ngah lupa? Perlu
ke mak ngah tanya saya? Ya, memang perlu. Untuk ingatkan apa yang mak ngah sudah
buat kepada saya dulu. "
Kesan lecuran ini mula terasa sengal di lengan. Dahulu aku hanya mampu
mengusapnya bagi menghilangkan rasa pedih. Tetapi sudah terlalu lama tidak diubat lalu
kekal bersisik hingga sekarang. Tiada daya untuk memikirkan sakit pada tubuh, siapa lagi
yang boleh mencurah simpati pada luka di jiwa?
"Patutlah aku macam pernah tengok kau. Tak perasan pulak aku masa tu engkau.
Jadi kau datang sini nak balas dendam ? Aku rasa tak ada urusan dengan kau pun. "Penuh
angkuh mak ngah melantun kata. Sekilas mengerling anaknya yang masih memaut lengan.
"Saya cuma mahu mak ngah ingat, mak ngah takkan mampu hilangkan saya di
dunia ini dengan kudrat mak ngah yang tak segagah dulu."
"Kau ingat kau siapa? Dahlah mak kau memang kaki bodek ayah aku. Dasar
menantu tak sedar diri! Memang patutlah, aku rasuah peguam ayah aku untuk palsukan
wasiat tu. Biar tak merasa duit tanah sampai dia mati! Kau pun tak akan aku berikan satu
sen harta keluarga aku! " tempelak mak ngah geram. Persoalan mengapa semua ini terjadi
terjawab jelas. Hasad dengki memulakan kisah perit dalam hidup aku. Lohong nafas seakan
tersangkut. Sesak, berpusar di lohong dada.
Aku percaya arwah mak aku orangnya baik, masa aku kecil dapat aku saksikan
arwah mak tekun menjaga arwah datuk aku semasa sakit, mak ngah yang melepaskan
tanggungjawab sepatutnya itu. Arwah datuk yang terlentur hatinya dengan limpahan kasih
arwah mak, bukan campakan pujian tidak ikhlas seperti yang dikatakan mak ngah.
"Satu lagi aku nak kata. Kalau bukan sebab pak ngah kau tu terhegeh sangat nak
bela kau lepas mak kau kemalangan, aku sendiri tak mahu! Aku tak nak tengok keturunan
kau hidup depan mata aku! "
Pak ngah selalu bertugas di luar ketika aku dijaga mereka berdua. Kesempatan yang
terselit itulah, mak ngah menunjukkan riak bencinya kepad aku. Pandangan jelek dan kata-
kata nista bagaikan sentiasa melekat di cuping. Tidak lama kemudian, belang mak ngah
menjengah jelas.
"Saya tak luak sikit pun harta mak ngah tu. Sekali lagi mak ngah masih dengan
perangai hasad dengki mak ngah dan cuba aniaya saya lepas ni, saya laungkan kepada
satu dunia, betapa busuknya hati mak ngah ni! " Bicara bersalut keberanian yang membara
aku humban sekuat hati.
"Kurang ajar kau! Kau keluar sekarang! Aku doakan kepala kau berkecai tengah
jalan tu sama macam mak kau! Pergi! "Ain segera menahan tujahan mak ngah.
Kegelepuran panas mak ngah dalam pelukan Ain. Aku sempat lihat, Ain sudah tersedu-sedu
menenangkan ibunya.
Aku tarik semula koyakan kemeja aku lalu sarungkan jaket, beredar dengan motor.
Tunggangan motor semakin lemah. Aku berhenti di tasik berhampiran. Lutut aku
labuhkan berdekatan tebing. Kata-kata mak ngah merobek fikiran lagi. Di mana aku tekad
lari dari rumah mak ngah.
Pak ngah mula bertanya keadaan diri aku pada masa itu. Mak ngah tidak mahu lagi
berdalih, terus jujur kepada pak ngah. Perasaan takut menyelubungi aku saat mak ngah
mengugut mahu lemaskan aku dalam sungai. Malam itulah, aku membawa diri jauh. Lari
sepantas mungkin meredah pekat malam. Semakin jauh semakin kurang kebarangkalian
mak ngah menjejaki aku. Kayuhan langkah menjadi perlahan, nafas mulai surut meminta
rehat. Aku redakan lelah di bangku besi itu. Sehingga ditegur seorang pak cik berusia lanjut.
Aku bongkar seluruh kejadian. Tanpa lengah pak cik drebar itu menumpangkan aku.
Seminggu kemudian, aku menukar status aku sebagai anak angkatnya sehingga sekarang
memandangkan tiada berita pencarian diri aku. Mak ngah langsung tidak mencari jalan
untuk menemui aku. Syukur kerana berjaya membebaskan diri dari cengkaman mak ngah.
Kini, aku muak menagih kasih sayang saudara sendiri. Keteguhan aku menebas
rimbun kesusahan semata-mata meneguk kasih yang hanya igauan, hanya mempersiakan
calar-balar yang sarat ditanggung jiwa. Untuk apa lagi aku menyeksa diri?
Aku lempar mata di riak tasik. Bayu lembut tidak menghantar penawar resah ini.
Perlahan aku gelengkan kepala, mengharap peristiwa pahit ini tidak akan berlaku lagi.
Berdoa aku pada Tuhan agar tidak bertemu dengan saudara aku. Termasuk Ain, sepupu
aku.
Aku takkan kembali pada keluarga aku semula. Aku luahkan kesedihan bersaksikan
tasik berona senja agar terlepas bebanan hari ini.
Ain bertemu dengan aku secara peribadi. Meminta maaf bagi pihak mak ngah, atas
nama saudara. Katanya, dia sendiri pun tidak ingat yang dia mempunyai sepupu kerana
telah berasrama sejak berumur 13 tahun. Jauh berhubungan dengan keluarga. Menurut
cerita mak ngah lagi sepupunya meninggal dunia sejak kemalangan 10 tahun lalu. Masa itu
pun aku ingat-ingat lupa pernahkah kami bertemu dua mata. Aku perlukan masa untuk
bertenang. Ain akur.
Dua hari selepas itu, aku pulang ke Permatang Pauh. Aku ceritakan kembali
pertemuan aku dengan saudara aku semula. Ayah pun terkejut. Memujuk aku kembali
kepada mereka, aku katakan tidak dengan tegas. Mana mungkin aku mengalah semata-
mata pertalian darah?
Mak ngah menghembus nafas terakhirnya di pangkuan anaknya. Aku menyaksikan
air mata Ain turun bercurah-curah bersama esakan yang memilukan. Hati aku terlentur
dengan kehilangan yang dirasai oleh sepupu aku itu.
"Mal, ayah harap kau maafkanlah salah mak ngah kau. Berikan peluang untuk diri
kau, lepaskan beban luka kau tu. In Shaa Allah melepaskan itu kunci ketenangan. Kau
percayalah pada Dia yang berhak menurunkan ketenangan kepada hamba-Nya. " Usai
pengebumian mak ngah, ayah memberi mutiara kata. Aku tekun mendengar. Ayah aku pun
tidak mahu aku merasai keresahan sepanjang aku hidup. Dendam itu mematikan nadi
ketenangan aku sudah lama aku dambakan. Aku cuba. Aku akan tidak berputus meminta
petunjuk dari-Nya.
Bertahun aku mendidik hati, aku telah berjaya melepaskan beban itu. Ain bersyukur
atas keputusan aku memaafkan mak ngah. Arwah tetap ibu saudara aku. Ujian yang aku
tanggung, mengajar aku agar sentiasa berharap kekuatan dari-Nya. Nafas aku tidak lagi
tersangkut; jiwa tidak lagi berladung resah. Benarlah kata ayah, kemaafan itu kunci kepada
ketenangan. Aku bersyukur atas nikmat-Mu. Semoga ketenangan ini kekal menjadi milik
aku.
Karya oleh AIMAN ANUAR-4M
KOLEKSI 7:
SESAL
OLEH: ROSLIN BINTI DAUD
Zaman remaja sememangnya datang hanya sekali dalam seumur hidup kita. Oleh
sebab itu, aku tidak pernah mensia-siakan usia remajaku dengan menikmati saat-saat yang
terindah dalam hidupku. Aku senantiasa memikirkan untuk bergembira sahaja tanpa
memikirkan perasaan dan tindakanku terhadap orang lain.
Sambil membelek sampul lama, tiba-tiba terjatuh sekeping gambar .Gambar mama,
Ayah dan kami adik-beradik.Gambar itu diambil ketika kami bercuti di Cameron
Highlands.Gambar itu kutenung lama-lama.
“Ayah….” detik hatiku.
Disebabkan itu, aku teringat kembali kepada suatu peristiwa yang masih kuingat
sehingga hari ini dan tidak mungkin hal ini aku dapat lupakan.
Namaku Azra atau nama pendek dipanggil Yaya. Aku merupakan anak sulung dalam
keluargaku. Aku mempunyai 2 orang adik lelaki yang bernama Azmie dan Azrul serta
seorang adik perempuan yang diberi namaAzirah. Kami dibesarkan oleh kedua ibu bapa kami
dalam kehidupan yang sangat sederhana. Ayahku merupakan seorang pemandu lori bagi
sebuah syarikat manakala mama pula adalah seorang surirumah tangga sepenuh masa. Ayah
jarang berada di rumah kerana terpaksa menghantar barang ke luar negeri. Oleh sebab itu,
kami adik-beradik lebih rapat dengan ibu yang menjaga kami sepenuh masa semasa kami
berada di rumah.
Sewaktu aku menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah, aku merupakan seorang
pelajar yang sangat pendiam dan pemalu. Aku bersikap demikian kerana keluargaku baru
sahaja dipindahkan ke daerah lain atas sebab bapaku terpaksa mencari pekerjaan lain untuk
menyara kehidupan kami sekeluarga. Aku sememangnya begitu teruja apabila dapat
berkenalan dengan rakan-rakan baru, sekolah baru, guru baru dan suasana yang baru dalam
kehidupanku.Namun begitu, aku seringkali dipinggirkan apabila guru memberi tugasan
secara berkumpulan kerana aku bukanlah seorang pelajar yang sangat
pintar.Mamamerupakan pendengar setia segala masalahku. Aku selalu mengadu kepada
mama mengenai hal itu tetapi mama menasihatiku supaya bersabar dengan apa yang berlaku.
Oleh sebab itu, aku bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh supaya aku dapat
melanjutkan pelajaranku ke sekolah berasrama penuh pada satu hari nanti. Aku berazam agar
dapat membuktikan kepada rakan-rakan yang pernah memulaukan diriku dan menunjukkan
kepada mereka kejayaan yang akan aku kecapi nanti.
Betulah kata mama Tuhan akan memberi ganjaran jika kita tidak putus berdoa,tidak
pernah berputus asa dan tidak jemu berusaha. Akhirnya hajatku tercapai juga apabila aku
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR.
“Terima kasih Ya Alllah” detik hatiku.
Sememangnya aku merasakan usahaku amat berbaloi dengan pencapaian yang aku
peroleh. Aku juga turut berasa gembira kerana dapat memberikan contoh yang baik kepada
adik-adikku yang lain. Pada penghujung bulan Januari, aku telah mendapat tawaran untuk
menyambung pelajaran ke sekolah berasrama penuh di salah sebuah daerah
di Terengganu.Hatiku gembira dan aku sememangnya mengimpikannya. Alangkah
seronoknya!
“Yaya….Ayah tak dapat tunaikan impian kamu tu..”
Mataku bergenang.pandangankukabur seketika apabila ayahku tidak membenarkan
aku untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh kerana ayah tidak mampu
untuk membiayai segala perbelanjaan untuk ke sekolah tersebut. Hatiku luluh dan hampa
mendengar kata-kata ayah, dan air mataku menitis deras.Mama juga turut merasakan apa
yang dialami dan memahami perasaanku pada ketika itu. Sejak peristiwa itu, sikapku mula
berubah.Aku masih ditempatkan di sekolah lama bersama adikku Azmie yang pada waktu itu
beliau baru berada di tingkatan 2. Setiap hari, ayah akan menghantar kami menaiki lori yang
dipandunya untuk dibawa bekerja. Kadangkala, aku rasa begitu malu terhadap rakan-rakanku.
Mana tidaknya, rakan-rakanku yang lain semuanya datang menaiki kenderaan mewah dan
paling tidak mereka akan menaiki bas sekolah. Ayahku tidak mampu untuk berbuat
demikian.Perkara itu telah menyebabkan aku geram dan melemahkan semangatku untuk ke
sekolah. Dulu, aku sememangnya tetap rasa gembira walaupun terpaksa menaiki lori buruk
ayahku itu untuk ke sekolah demi untuk mencapai cita-citaku. Namun, perasaanku kosong
dan jiwaku hampa setelah aku menganggap impianku musnah untuk belajar di sekolah
berasrama.
Aku menjadi semakin malas untuk masuk ke dalam kelas, selalu saja ponteng kelas,
tidak menyiapkan kerja-kerja sekolah dan sebagainya.Kadangkala aku rasa malas lagi untuk
belajar sedangkan perjalanan kehidupanku masih lagi jauh.Aku tidak boleh menerima hakikat
dan kenyataan. Aku akan lakukan apa sahaja mengikut sesuka hatiku. Aku tidak lagi
mempedulikan perasaan orang laintermasuklah kata-kata kedua ibu bapaku. Kalau diikutkan
hati, mahu sahaja aku lari keluar dari rumah, tetapi aku tidak sampai hati untuk melihat mama
bersedih. Adik-adikku pula, Azmee, rajin ke sekolah dan belajar bersungguh-sungguh tidak
seperti diriku manakala Azrul pula seringkali mengusik kakak dan abangnya walaupun kami
sedang melakukan sesuatu kerja. Azrul agak nakal dan dia merupakan seorang yang sangat
hiperaktif dalam perlakuannya. Oleh sebab itu, jika emosi dan perasaanku tidak stabil, aku
akan bertindak memukul Azrul sekuat hati sehingga luka dan lebam di badannya. Azhirah
pula merupakan seorang adik yang sangat manja. Ke mana saja aku pergi, mesti dia
akanekori. Kalau aku tidak melayan karenahnya,dibiarkan, dia akan mengadu kepada ayahku
dan menangis teresak-esak. Gelagat mereka semua ini menyebabkan aku rasa semakin geram
dan benci padamereka.Kesian mereka.
Aku tahu aku bersalah. Mungkin aku tidak pernah bersyukur dengan apa yang aku ada
dan yang telah diperoleh. Aku abaikan tanggungjawabku kepada mama dan ayah untuk
belajar bersungguh-sungguh dan tidak mencuba untuk mengubah nasib kehidupan kami
sekeluarga.Pepatah melayu pernah berkata, kita tidak tahu menghargai seseorang insan itu
semasa hidup tetapi akan merasa kehilangannya apabila seseorang itu telah pergi
meninggalkan kita buat selama-lamanya. Pada suatu pagi, ayah telah menghantar kami adik-
beradik ke sekolah seperti biasa. Setelah selesai menghantar Azrul dan Azhirah ke sekolah
rendah, ayah terus menghantar aku dan Azme ke sekolah . Pagi itu, aku merasakan keadaan
yang suram dan sayu. Aku melihat sekilas wajah ayahku selepas bersalaman dan ingin keluar
dari lori tersebut. Suatu keanehan telah berlaku. Ayah memanggilku dan menahan diriku
daripada keluar dari lori tersebut.
“ Sejak ayah tak benarkan kamu masuk ke sekolah asrama tu…kamu banyak
berdiamkan diri…? ”
“ Sebenarnya, ayah bukan tak bagi . Ada sebabnya.”
“Ayah nak kamu jaga keluarga kita dengan baik. Ayah tak nak kamu yang susah di
kemudian hari. Lagipun, kejayaan itu boleh kita perolehi kalau kita inginkannya dan tak
mengira usia. Ayah pasti anak ayah ni boleh kan? Janjilah dengan ayah yang Yaya tak akan
bersikap dingin macam ni lagi. Ayah perasan...kamu tak suka. Tapi ayah lakukan semua ni
demi Yaya dan keluarga,” kata ayah sambil memegang erat tanganku.
“Ayah sayang sangat dengan Yaya. Tiada siapa pun yang boleh gantikan kasih
sayang seorang insan yang bergelar ayah ni terhadap Yaya. Ayah minta maaf pada anak
ayah ni,ya?”sambung ayah lagi.
Aku melihat mata ayah dengan tajam
“ Ayah dah maafkan segala salah dan silap yang telah anak-anak ayah lakukan
termasuklah mama kamu juga. Ayah doakan semoga anak-anak ayah akan jadi insan yang
berguna pada suatu hari nanti. Yaya jangan hampakan harapan ayah ni tau!ˮ kata ayah.
. Aku berlalu pergi tanpa memandang wajah ayahku.
Entah mengapa setiap detik yang berlalu selepas itu aku rasa sangat marah tanpa
memikirkan sejenak pun tentang kata-kata yang telah diungkapkan oleh ayah kepada aku
pada pagi tadi. Menghairankan pula..kerana seharian aku berasa sesuatu yang tidak sedap hati
akan berlaku. Aku hanya mengagak yang itu semua hanyalah mainan perasaan semata-mata.
Apabila aku dan Azme menjejakkan kaki ke halaman rumah, kami kehairanan
apabila terlihat wajah-wajah yang suram menyelubungi kawasan sekitar rumah kami. Ya
Allah! Ayah telah pergi selama-lamanya meninggalkan kami.
Aku menjerit sekuat hatiku dan tiba-tiba aku disapa oleh seseorang.Aku membuka
mata lalu memandang tepat ke arah seseorang yang amat bermakna dalam hidupku selama
ini.
“ Mama... Yaya janji akan menjaga mama dan adik-adik seperti yang pernah ayah
amanatkan kepada Yaya pada saat sebelum ayah pergi meninggalkan kita semua,” mataku
memandang ke arah mama.
Mama hanya mengangguk lalu memelukku dengan erat.
(1234 patah perkataan)