The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CHE NASHIBAH BINTI CHE HUSSIN Moe, 2021-09-02 23:08:48

BULETIN@HOME KEMERDEKAAN

BULETIN@HOME KEMERDEKAAN

BULETIN@
HOME

KEMERDEKAAN
2021

#BULAN KEMERDEKAAN NEGARA
#PSSMKBBS
#MEMBACAVAKSINMINDA

DISEDIAKAN OLEH:
PSSMKBBS

CNCH











JATA NEGARA

SEBAB
HARI
KEBANGSAAN
PERLU
DISAMBUT



• Kita perlu mengenang jasa tokoh yang telah berkorban demi mencapai

kemerdekaan untuk tanah air.
• Antara tokoh yang begitu berjasa kepada negara ialah Tunku Abdul

Rahman, Rosli Dhobi, Rentap, Kanang dan sebagainya. Mereka rela

berputih tulang daripada berputih mata melihat tanah air tempat tumpah

darah mereka dijajah oleh kuasa asing seperti British dan Jepun. Mereka

juga sanggup menggadai nyawa demi membayar harga sebuah

kemerdekaan.
• Tokoh-tokoh ini patut dijadikan pembakar semangat kepada generasi

muda untuk terus berjuang agar kemerdekaan negara tidak akan tergugat.
• Sesungguhnya, jasa-jasa pejuang kemerdekaan tidak boleh dilupakan dan

mesti dikenang terutama sekali pada ulang tahun kemerdekaan.
• Malahan tokoh-tokoh ini patut dijadikan pembakar semangat kepada

generasi muda untuk terus berjuang agar kemerdekaan negara tidak akan

tergugat.

• Negara-negara asing akan mengenali Malaysia sebagai
sebuah negara yang aman, harmoni dan sejahtera.

• Secara tidak langsung, lebih ramai pelancong asing ingin
berkunjung ke negara kita serta lebih ramai pelabur asing
ingin melabur di negara kita.

• Hal ini dapat membantu meningkatkan sumber pendapatan
negara sekali gus menjana ekonomi negara.

• Sambutan Hari Kebangsaan perlu diadakan untuk memupuk semangat

patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.
• Hal ini demikian kerana generasi muda hari ini mudah hanyut dan terikut-ikut

dengan budaya Barat. Mereka juga amat mudah meniru dan memandang tinggi

bangsa luar, khususnya bangsa Eropah.
• Ke manakah hilangnya jati diri sebagai rakyat Malaysia? Tepuk dada tanya

selera. Oleh itu, seharusnya golongan muda mempunyai semangat patriotisme

yang tinggi terhadap negara sendiri.
• Rakyat Malaysia juga sewajarnya lebih mementingkan barangan buatan negara

sendiri kerana perkara ini dapat menyumbang kepada perkembangan ekonomi

negara.
• Sudah terang lagi bersuluh bahawa menyambut Hari Kebangsaan merupakan

salah satu medium untuk mengukuhkan jati diri dan memupuk semangat cinta

akan negara.

MEMUPUK PERPADUAN KAUM

• Negara yang harmoni dan sejahtera hanya akan dapat dibentuk jika semua
kaum dapat bersatu padu, bekerjasama dan bertoleransi.

• Melalui sambutan Hari Kebangsaan, semua kaum dapat berkumpul bagi
meraikan hari kemerdekaan negara yang kita cintai ini.

• Masyarakat berbilang kaum yang saling menyayangi, saling menghormati
dan saling bekerjasama merupakan pemandangan paling indah untuk
dipertontonkan kepada masyarakat di luar negara.

• Jelaslah di sini bahawa sambutan hari kemerdekaan dapat mengekalkan
perpaduan antara kaum.



HARI MALAYSIA

• Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati
penubuhan persekutuan Malaysia iaitu tarikh yang sama pada tahun 1963.

• Menandakan penggabungan bersama TanaMelayu, Sabah, Sarawak
dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

• Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963
namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan
disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa
isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan
Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada
tahun yang sama.

• Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara
(kini Sabah ) dan Sarawak.[1]









JANGAN LUPA ISI DALAM E-NILAM

TERIMA

KASIH.


Click to View FlipBook Version