The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CHE NASHIBAH BINTI CHE HUSSIN Moe, 2021-07-18 00:55:14

LITERASI MAKLUMAT- HARI RAYA AIDILADHA

LITERASI MAKLUMAT- HARI RAYA AIDILADHA

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

SEKALUNG IKHLAS DARIPADA PSSMKBBS
JANGAN LUPA ISI IQNILAM
#KITAJAGAKITA

Kandungan

• Hari Raya Aidiladha
• Ibadah Korban
• Penukaran Kelambu Kaabah

Hari Raya Aidiladha,
Hari Raya Korban atau Hari
Raya Haji merupakan perayaan
yang disambut umat Islam di
seluruh dunia.

Hari Raya Aidiladha

Aidiladha disambut pada
hari ke-10, ke-11, ke-12 dan ke-13
bulan Zulhijjah setiap tahun.

Bermula dengan Takbir
Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah,
diikuti dengan solat sunat
Aidiladha serta khutbah Aidiladha
di pagi 10 Zulhijjah, diikuti dengan
ibadah korban yang boleh
dilakukan sama ada 10, 11, 12 atau
siang 13 Zulhijjah, semua waktu ini
dipanggil Hari Tasyrik.

• Aidiladha ialah perayaan • Selain itu, salah satu
yang istimewa. Hai ini
dikatakan demikian kerana keistimewaan Aidiladha dan
perayaan ini merupakan
hari untuk umat Islam hari Tasyrik ialah ibadat
mengingati pengorbanan
Nabi Ibrahim a.s dalam korban. Ibadat korban ini
menunaikan perintah Allah
dan kesabaran anaknya hanya boleh dilakukan pada
Nabi Ismail a.s dalam
memenuhi perintah Allah empat hari bermula waktu
SWT.
selepas khatib

menyampaikan khutbah

Aidiladha sehingga sebelum

tenggelam matahari pada

hari ke-13 Zulhijjah.

Korban bermaksud
menjalankan perintah

agama atau taat
kepada perintah Allah

kerana ingin
mendekatkan diri

kepada-Nya.

Pada hari raya, umat
Islam disunatkan mengenakan
pakaian cantik, bersih dan
mengenakan wangi-wangian. Pada
pagi Hari Raya Korban, umat
Islam menunaikan sembahyang
sunat Hari Raya sebanyak 2
rakaat dengan 7 takbir pada
rakaat pertama diikuti 5 takbir
pada rakaat kedua.

• Pada kebiasaannya solat sunat

Aidiladha dicepatkan sedikit

berbanding solat sunat Aidilfitri.

Hikmahnya adalah bagi memberi

lebih banyak masa untuk

penyembelihan korban. Hikmah

dilewatkan sedikit solat sunat

Aidilfitri adalah bagi memberi

peluang bagi mereka yang belum

membayar zakat menunaikan

kewajipan mereka dan

disunatkan makan dahulu

sebelum pergi ke masjid.

• Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah.
10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam kerana
Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan
diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar
bandar Mekah

IBADAH
KORBAN

Apa itu ibadah korban?

• Ibadah ini merupakan
penyembelihan binatang
ternakan untuk mendekatkan
diri kepada Allah Taala pada
hari Raya Haji dan 3 hari
Tasyrik.

Syarat sah sembelihan

Syarat Umur Binatang Untuk Dijadikan Korban Secara Sah
• Unta – berumur 5 tahun masuk ke 6 tahun
• Lembu/kerbau/kambing – 2 tahun masuk ke 3 tahun
• Biri-biri/kibas – setahun masuk 2 tahun atau gigi hadapan

sudah bersalin walaupun belum cukup umur TETAPI melebihi
6 bulan

Binatang yang tidak boleh
dijadikan korban

Binatang yang mempunyai kecacatan seperti:

• Tidak bertelinga atau terpotong telinga walau sedikit
• Ekor dan lidahnya terpotong
• Binatang yang kurus dan kurang dagingnya
• Buta
• Tempang
• Bunting

Tetapi SAH sekiranya kecacatan itu seperti:

• Tidak bertanduk
• Patah tanduk

• Terbelah telinga
• Berlubang telinga tetapi tidak hilang daging

• Dilahirkan tidak berekor
• Tertanggal sebahagian giginya

• Tidak mempunyai zakar

Fadhilat Ibadah
Korban

• Menebus dosa kecil
• Mendapat kebajikan (hasanah)

bagi setiap bulu binatang korban
• Kedudukan mulia di sisi Allah

Taala
• Membentuk peribadi ikhlas,

bersyukur, belas kasihan dan
tolong menolong
• Menyembuh penyakit rohani dan
sosial

Siapa yang perlu
melakukan ibadah
korban?

Golongan yang
mempunyai lebihan harta
sebanyak nilaian harga
binatang korban daripada
keperluan dan keperluan
orang di bawah
tanggungannya.

Siapakah Yang
Dituntut Untuk
Korban?

• Islam
• Merdeka
• Aqil Baligh
• Bermukim atau

bermusafir
• Berkemampuan

Apakah pembahagian
daging korban yang afdal?

Ini bagi mereka yang melakukan korban sunat:

• 1/3 untuk dimakan oleh pihak yang berkorban dan ahli
keluarganya

• 1/3 untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin
• 1/3 untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk

orang kaya atau jiran-jiran

PENUKARAN
KELAMBU KAABAH

Penukaran
Kelambu
Kaabah

Kelambu Kaabah (Kiswah)
ditukar pada 9 Zulhijjah
iaitu hari wukuf bagi
mereka yang mengerjakan
haji dan sehari sebelum
Aidiladha.

Penukaran
Kelambu Kaabah

Kain Kiswah berukuran 14 m
tinggi dan 47 m Panjang. Terdiri
daripada lima lapisan kain,
termasuk tirai yang menutup
pintu Kaabah, yang dijahit serta
disulam kainnya, yang
mengambil masa lapan hingga
sembilan bulan untuk disiapkan.

Penukaran
Kelambu Kaabah

Antara kalimah atau ayat yang
tertera pada kiswah itu ialah
kalimah syahadah, surah Ali
Imran ayat 96, al-Baqarah ayat
144, surah al-Fatihah dan surah
al-Ikhlas.

Sumber rujukan:

Berita Harian, 15 Ogos 2018
Wikipedia Bahasa Melayu,
ensiklopedia bebas
Blog : Cara Pelaksanaan
Ibadah Korban
Blog : Apakah Pembahagian
Daging Korban Yang Afdal?

Daripada: PERPUSTAKAANSMKBBS@PSSMKBBS


Click to View FlipBook Version