The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku cerita kanak-kanak yang mengisahkan tentang seekor anak sigung yang tidak mempunyai kawan kerana kekurangan yang dimilikinya..

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 612-1-anis, 2024-02-24 05:15:18

MENCARI SAHABAT

Buku cerita kanak-kanak yang mengisahkan tentang seekor anak sigung yang tidak mempunyai kawan kerana kekurangan yang dimilikinya..

Keywords: BUKU CERITA KANAK-KANAK

MENCARI SAHABAT ANIS AZILA A LATIFF @ BMD


Pada suatu hari, di sebuah hutan yang begitu indah. Pohon dan bunga tumbuh subur, udara yang sangat bersih, burung berkicau, dan semua haiwan hidup dengan bahagia. Semua haiwan sedang berkumpul dan saling berkongsi cerita. Selain itu, terdapat juga haiwan yang sedang sibuk mengumpulkan makanan untuk persediaan semasa musim hujan.


Namun, di sebalik keriuhan dan kegembiraan haiwan yang sedang berkumpul, terdapat seekor anak sigung yang kesepian bernama Sang Tobi. Tiada seekor haiwan pun yang sudi berkawan dengannya kerana Sang Tobi mempunyai bau badan yang sangat busuk. Sang Tobi juga memiliki wajah yang menyeramkan kerana dia selalu murung dan tidak pernah senyum. Setiap hari Sang Tobi berjalan sendirian di hutan. Sang Tobi merasa sangat kesunyian dengan kehidupan yang dijalani olehnya. Oleh itu, Sang Tobi telah membuat keputusan untuk keluar dan mencari sahabat.


Semasa warga hutan sedang rancak bersembang, tibatiba mereka sedari terdapat tetamu asing yang hadir. Badannya kecil, bulunya hitam, dan lembut. Tetapi, dia memiliki bau yang menyengat, dan tiada sesiapa yang ingin berkawan dengannya kerana kekurangan yang dimiliki olehnya. Sang Tobi mempunyai bau yang sangat busuk dan tidak disenangi oleh haiwan yang lain. ‘’Eh, busuknya bau ini! Adakah kau juga menghidunya, Sang Monyet?’’, tanya Sang Arnab kepada Sang Monyet ketika menghidu bau yang kurang menyenangkan ketika mereka rancak bersembang. “’Ya, aku juga menghidu bau busuk ini. Aku rasa bau ini datangnya daripada Sang Tobi”’, jawab Sang Monyet. Sang Tobi terus menghampiri sekumpulan haiwan yang sedang berkumpul itu tanpa Sang Tobi menyedari bahawa kehadirannya tidak disenangi oleh haiwan-haiwan yang lain.


“’Hai semua, kamu semua sudah membuat persediaan untuk menghadapi musim hujan yang akan tiba tidak lama lagi?’”, sapa Sang Tobi dengan mesra kepada sekumpulan haiwan yang berada di situ. ‘’Saya tidak tahan dengan bau kamu yang busuk ini, jangan dekati kami’’, kata Sang Arnab dengan nada angkuh dan sombong. ‘’Betul kata Arnab, kami sudah tidak tahan dengan bau kamu’’, sahut Sang Tupai. Terbatal keinginan Sang Tobi yang ingin menyapa haiwan-haiwan lain apabila mendengar perbualan itu. Sang Tobi berasa dirinya disisihkan dan dipinggirkan. Haiwan di sana mengusir Sang Tobi untuk tidak berada berdekatan dengan mereka, Sang Tobi sangat sedih. Maka, Sang Tobi pun meneruskan perjalanannya seorang diri untuk mencari makanan dengan perasaan yang sedih. .


Setelah berjalan jauh, Sang Tobi pun berhenti kerana kepenatan dan berehat sebentar di bawah pokok yang sangat rendang sambil memandang langit, merenungkan nasibnya yang sangat malang. ‘’Malangnya nasib aku, tiada siapa yang sudi berkawan denganku ”’, rintih Sang Tobi. Tiba-tiba Sang Tobi merasa ada sesuatu yang jatuh dan terkena atas kepalanya. ‘’Aduh, sakitnya!’’, Sang Tobi menjerit kecil. Rupa-rupanya, itu perbuatan sekawan tupai yang berehat di dahan pokok itu. Mereka melempar kulit kacang kepada Sang Tobi dan menghalaunya untuk meninggalkan kawasan tersebut. ‘’Pergi dari sini, kamu telah membuatkan udara di kawasan ini tidak segar’’, kata Sang tupai kepada Sang Tobi.


Sang Tobi pun berlalu pergi meninggalkan kawasan itu dengan membawa hati yang lara. Si Tobi berehat di tebing sungai kerana haus setelah berjalan jauh mencari makanan. ‘’Bau apa ni, terus tiada selera aku nak minum’’. Tiba-tiba, Sang Tobi terdengar suara Sang Tapir yang juga ingin meminum air di tebing sungai. Sang Tobi yang mendengar kata-kata Sang Tapir terus berundur dari kawasan itu dan berlalu pergi. Dia berjalan untuk mencari tempat yang jauh daripada semua haiwan yang tinggal di hutan itu. ‘’Mungkin aku memang ditakdirkan untuk tidak mempunyai kawan dan hidup kesepian’’, kata Sang Tobi yang sudah putus asa dengan nasibnya yang tiada kawan.


Tiba tiba, Sang Tobi mendengar jeritan meminta tolong, Sang Tobi cepat-cepat mencari di mana punca jeritan tersebut. Rupa-rupanya, Sang Arnab sedang diserang oleh Sang Ular. ‘’Tolong !’’, jerit Sang Arnab. Haiwan-haiwan yang berhampiran di tempat kejadian tidak berani untuk menyelamatkan Sang Arnab. Mereka semua takut untuk menolong kerana bimbang menjadi mangsa Sang Ular. Namun, Sang Tobi bertindak berbeza dengan lain. Tanpa berfikir panjang Sang Tobi cepat-cepat berlari dan menolong Sang Arnab. Bau yang sangat busuk dan menyengat keluar daripada badan Sang Tobi. ‘’Pergi kamu dari sini, jangan ganggu kami lagi’’, amaran Sang Tobi kepada Sang Ular. Bau badan yang dikeluarkan oleh Sang Tobi berjaya menyelamatkan Sang Arnab dan menghalau Sang ular supaya menjauhi mereka.


Sang Tobi bahagia dapat membantu Sang Arnab, namun dia sedar bahawa kehadirannya disitu membuatkan mereka tidak selesa. Sang Tobi pun mula melangkah untuk menjauhi keluarga arnab tersebut. Namun, belum sempat Sang Tobi melangkah, Sang Arnab memanggil Sang Tobi, mereka berterima kasih kepada Sang Tobi atas pertolongan yang telah diberikan. ‘’Terima kasih Tobi, kerana telah menyelamatkanku . Aku akan kenang jasa baik kamu. Maafkan aku atas sikap dan layanan aku kepada kamu. Mulai hari ini, kamulah kawan sejatiku’’, kata Sang Arnab kepada Sang Tobi. Sang Arnab berasa menyesal dengan sikap buruknya. Sang Arnab berjanji kepada dirinya untuk membalas jasa baik. ‘’Sama-sama Sang Arnab dan aku maafkan segala sikap yang telah kamu lakukan kepadaku’’, kata Sang Tobi kepada Sang Arnab.


Haiwan-haiwan yang melihat kejadian tersebut, segera menghampiri Sang Tobi dan berasa kagum dengan keberanian dan kebaikan Sang Tobi untuk menyelamatkan Sang Arnab. ‘’Wah hebatnya kamu Tobi, kamu sungguh berani dan kuat. Aku juga ingin meminta maaf atas segala perbuatanku kepada kamu. Kami juga ingin berkawan dengan kamu, sudikah kamu berkawan dengan kami?’’, tanya Sang Tupai yang mewakili rakan-rakanya. ‘’Terima kasih semua, aku sudi berkawan dengan kalian’’, kata Sang Tobi dengan gembiranya. Setelah mendengar kata-kata dari Sang Arnab dan Sang Tupai, Sang Tobi sungguh gembira dan memaafkan atas segala kesilapan yang telah mereka lakukan. Sang Tobi sangat bahagia kerana semua haiwan ingin berkawan dengannya. Bau busuk badan Sang Tobi pun mula berkurangan, rupa-rupanya bau busuk itu berpunca daripada kesedihannya.


Sang Tobi sudah tidak murung dan kesunyian lagi. Sang Tobi menyanyi dengan hati yang gembira bersama sahabat barunya. Tajuk lagu: Hati yang gembira Sang Tobi dah dapat kawan Sang Tobi senang hati Sang Tobi terus senyum Terus senyum Tidak sedih lagi Sang Tobi terus senyum Terus senyum Hingga nampak gigi Oh gembira Oh gembira Sungguh gembira Oh gembira Oh gembira Sungguh gembira Melodi lagu 'Ibu ayam dikejar musang ' IMBAS SAYA


Tamat


Click to View FlipBook Version