MINIT MESYUARAT PELAKSANAAN HARI POTENSI TABIKA PERINGKAT DAERAH KOTA BELUD BIL. 01/2024 Tarikh : 03.04.2024 (Rabu) Masa : 1.30 Petang Tempat : Pejabat KEMAS Kota Belud KEHADIRAN 1. En. Mohd Azrul Bin Abd. Gapor (Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanak-Kanak) 2. Pn. Roslinah @ Inah Binti Kindong @ Roslan (Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanak-Kanak) 3. Pn. Siti Nurhamisah Binti Othman (Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanak-Kanak) 4. Pn. Noralifa Binti Awang - Pencatit Minit (Pendidik Masyarakat Tabika) 5. Cik. Farayani Binti Min (Pendidik Masyarakat Tabika) 6. En. Marsan Madin (Pendidik Masyarakat Tabika) 7. Pn. Lindawati Bin Abdullah Rakman (Pendidik Masyarakat Tabika) 8. Pn. Evelyn Silverius (Pendidik Masyarakat Tabika)
9. En. Mohd Bahari Bin Rajit (Pendidik Masyarakat Tabika) 10. Pn. Nurulidayah Binti Mursid (Pendidik Masyarakat Tabika) 11. Cik. Farah Azerah Binti Abdul Rahim (Pendidik Masyarakat Tabika) 12. En. Samsuddin Bin Nuin (Pendidik Masyarakat Tabika) 13. Pn. Arliana Arshad (Pendidik Masyarakat Tabika) 14. Cik. Magreta Binti Kassim (Pendidik Masyarakat Tabika) 15. Cik. Chryicilla Frolyne Denise (Pendidik Masyarakat Tabika) 16. Pn. Kasmahwati Budiman (Pendidik Masyarakat Tabika) 17. Cik. Norasiza Binti Dolkasim (Pendidik Masyarakat Tabika) 18. Pn. Imah@Animah Binti Jimin (Pendidik Masyarakat Tabika)
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI MESYUARAT 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli jawatankuasa dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran ahli untuk mesyuarat kali pertama ini Makluman 1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa Kota Belud akan menjadi tuan rumah bagi Hari Potensi Peringkat Zon 1 Tahun 2024 ini. Makluman 1.3 Pengerusi juga memaklumkan pada bulan April ini akan ada program yang akan diadakan seperti yang berikut : Mesyuarat Hari Potensi Bil 01/2024 (3.4.2024) Bengkel Saringan Pra Tahfiz (4.4.2024) Mesyuarat Jawatankuasa Hari Potensi Induk Zon 1 (23.4.2024) Mesyuarat PRN ke 17 (23.42024) Mesyuarat Hari Potensi Bil 02/2024 bersama PKD (22.4.2024) Majlis Ramah Tamah Aidilfitri (25.4.2024) Bengkel ASET 5 orang PM bagi setiap Zon (29.4.2024) Bengkel PPMS (27.4.2024) Makluman 1.4 Pengerusi juga memaklumkan cadangan perancangan lain yang akan diadakan seperti berikut : Bengkel Keibubapaan Siri 1 - Dun Tempasuk seramai 150 orang ibubapa terlibat (7.5.2024) Bengkel Keibubapaan Siri 2 – Dun Usukan seramai 150 orang ibubapa terlibat (9.5.2024) Hari Apresiasi kakitangan KEMAS Kota Belud (18.5.2024) Hari Potensi Parlimen Kota Belud (21.5.2024) Hari Potensi Zon 1 (25.6.2024) Hari Potensi Negeri (26-28.4.2024) Hari Kebangsaan (31.8.2024) Makluman
2.0 AGENDA MESYUARAT 2.1 PERBINCANGAN HARI POTENSI 2.1.1 Pengerusi memaklumkan Hari Potensi Peringkat Palimen Kota Belud akan diadakan pada 21.5.2024, Masa 7.00am sehingga selesai. Tempat pertandingan yang di cadangkan iaitu Kompleks Sukan Botung dan Padang SMK Taun Gusi 1 di mana En Samsudin telah di pertanggungjawabkan untuk bertanya tentang pengurusan tempat pertandingan Tindakan : AJK Persiapan Tempat/Peralatan 2.1.2 Berkenaan pungutan bayaran perbelanjaan Hari Potensi, terdapat dua pilihan iaitu bayaran sebanyak RM100.00 bagis setiap tabika dan taska atau mengambil kira bilangan kanak-kanak x 1 hari dari perbelanjaan PBMT tetapi bergantung pada kos perbelanjaan Hari Potensi. Makluman 2.1.3 Berkenaan Baju Hari Potensi masih dalam perbincangan Makluman 2.1.4 Pengerusi memaklumkan cadangan perasmi iaitu Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh Said Bin Tun Said Keruak dan Encik Azuwan Marjan @ Norjan (KUB) Makluman 2.1.5 Pn. Imah mencadangkan hanya 20 kouta saja dibuka bagi penyertaan perbarisan samada ingin secara perseorangan atau bergabung dengan tabika dan taska lain dan bertema serta mencipta “war cry” masing-masing Makluman
2.1.6 Pengadil bagi acara Futsal, Bola Jaring dan Gerak Kreatif dicadangkan untuk memilih pengadil dari pihak luar. Manakala bagi acara Formula One, Sprint Hurdle Relay, Rounders pula dipilih dari pihak dalaman. Mengenai acara baharu iaitu Eksplorasi Digital Cilik, pihak pengurusan masih menunggu tentang perincian acara pertandingan Makluman 2.1.7 Persiapan pentas pula dipilih samada dibuat oleh AJK Bengkel atau melantik pihak swasta yang membuatnya sekiranya bersesuaian dengan anggaran perbelanjaan. Jawatankuasa Event Manager diketuai oleh Cik Farah Azerah dipertanggungjawabkan membuat lakaran pentas. Tindakan : Event Manager 2.1.8 Pengerusi meminta semua jawatankuasa untuk mencipta logo, tema serta “war cry” sempena Hari Potensi bagi membentuk identiti Parlimen Kota Belud Makluman 2.1.9 Pengerusi juga memaklumkan syarat Hari Potensi masih menggunapakai syarat Hari Potensi Tahun 2022 dan jika ada perubahan akan dimaklumkan dari masa ke masa. Makluman 2.1.10 Pengerusi meminta semua Pengerusi Acara dan jawatankuasa terlibat untuk membuat slide pembentangan tentang kos perbelanjaan bagi setiap acara dan jawatankuasa. Tarikh akhir penghantaran slide pembentangan kepada Setiausaha pada 15.4.2024 Tindakan : Semua Ketua Acara & Jawatankuasa
2.1.11 Pengerusi mencadangkan untuk hadiah iaitu piala bagi tempat pertama, beserta medal dan goodies. Untuk sijil pula dicadangkan hanya diberi secara digital sahaja. Makluman 2.1.12 Penyertaan bagi setiap acara pertandingan dibenarkan hanya satu acara untuk satu orang kanak-kanak Makluman 2.2 AHLI JAWATANKUASA HARI POTENSI PERINGKAT UNIT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Penasihat : Mohd Tahir Bin Abdul Rahman Pengerusi 1 : Mohd Azrul Bin Abd Gapor Pengerusi 2 : Roslinah @ Inah Binti Kindong @ Roslan Pengerusi 3 : Siti Nurhamisah Binti Othman Setiausaha : Noralifa Binti Awang Bendahari : Farayani Binti Min Ketua Pengerusi Acara & AJK Media/Montaj : Marsan Madin Pengerusi acara Sprint Hurdle Relay : Lindawati Bin Abdullah Rakman Pengerusi acara Forward Squad Jump : Arliana Arshad Pengerusi acara Gerak Kreatif & Event Manager : Evelyn Silverius Pengerusi acara Bola Jaring & Event Manager : Farah Azerah Binti Abdul Rahim Pengerusi acara Futsal : Mohd Bahari Bin Rajit Pengerusi acara Vortex Throwing & AJK Aturcara : Magreta Binti Kassim Pengerusi acara Formula One : Norasiza Binti Dolkasim Pengerusi acara Eksplorasi Digital Cilik & AJK Cenderahati dan Hadiah: Chryicilla Frolyne Denise Pengerusi Rounders : Kasmahwati Budiman AJK Pendaftaran : Nurulidayah Binti Mursid AJK Persiapan PersiapanTempat/Peralatan : Samsuddin Bin Nuin AJK Perbarisan & Teknikal dan PA Sistem: Imah@Animah Binti Jimin Pengacara Majlis : Maslinah Abd Karim & Azizah binti Tamin AJK Jamuan : Jamtia Dukasi Pemilihan AJK ini telah dipersetujui ramai oleh semua ahli mesyuarat.
3.0 HAL-HAL LAIN 3.1 En. Marsan dipertanggungjawabkan membuat montaj bagi mempromosikan Hari Potensi Tahun 2024 Tindakan : AJK Media/Montaj 3.2 Cadangan Ketua Hakim dipilih daripada Ketua Unit PKEM Makluman 3.3 Tarikh akhir pendaftaran penyertaan adalah pada 6.5.2024 Makluman 3.4 En. Samsudin mencadangkan acara selingan semasa Hari Potensi iaitu lumba lari 4X100 meter (8 kumpulan) Makluman 3.5 Pn. Evelyn mencadangkan membuat senam aerobik sebelum pertandingan bermula dan bergantung kepada situasi dan masa pada hari kejadian Makluman 3.6 En. Marsan mencadangkan meminta sponsor daripada perasmi yang dijemput Makluman 3.7 Pn Siti Nurhamisah yang juga merupakan Pengerusi Acara Peringkat Kebangsaan bagi Acara Gerak Kreatif akan memperincikan lagi syarat pertandingan Gerak Kreatif kerana terdapat beberapa perubahan dan mendoakan semoga dipermudahkan segalanya. Makluman
4.0 PENANGGUHAN MESYUARAT 4.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya pada 22.4.2024 (Isnin) . Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.40pm dengan ucapan salam dan terima kasih daripada Pengerusi Mesyuarat. Disediakan oleh, ..........................................……… (NORALIFA BINTI AWANG) Setiausaha Hari Potensi Tabika / Taska KEMAS Daerah Kota Belud