SEKOLAH KEBANGSAAN AYER HITAM
72120 BANDAR SERI JEMPOL, NEGERI SEMBILAN.
MINIT MESYUARAT GURU BIL 3/2021
TARIKH : 8 December 2021
HARI : Rabu
JAM : 1.30 petang
TEMPAT : DEWAN IBNU KHALDUN
KEHADIRAN : PN. HAJJAH SITI AMRAH BT ISMAIL ( GURU BESAR )
PN. SARINA BT AB SAMAT ( PK PENTADBIRAN )
PN. LATIFAH BT. MD SUJI ( PK HEM )
PN. ZUNIZA BT ZULKAPLI ( PK KOKURIKULUM )
EN. AHMAD MUSTAFA B. AHMAD MAHMUD
EN. AMZARIE B. MUHAMMAD
PN. HANITA BT. ABDULLAH
PN. INTAN NORAKMA BT. JAAFAR
PN. JULIAWATI BT. BASIRUN
PN. LAILA WATI BT. JOHARI
CIK MASTURA BT. BAHARUDIN
PN. MAZIAH BT. HAJI HASAN
EN. MUHAMMAD KAMIL B. MUHAMMAD DZILKIFLI
PN. NOOR IZWANI BT. MUSA
CIK NUR AISYAH BT. BUKHARI
CIK NURUL AMIRAH BT. KHARANI
PN. ROZANA BT. SA’DON
PN. ROZIAH BT RASID
EN. SHAMSULHILMI B. ABD.KADIR
PN. SITI KHADIJAH BT. YUSOFF
PN. SITI NOROAISAH BT DOLAH
PN. YAMKU SUZIZA BT. SAMSUDIN
PN.ZARINA BT. ARSHAD
PN. ZARINA BT. ZAKARIA
PN ZURAIMAH BT ARSHAD
PN. KAMISAH BT. MD.SAIM
PN. KHAIRUN NISA ABU ZARIN
EN. ZAABA B. TALIB
PN. MAZLIANI BT. ABD GHAPAR
PN. SITI NORAZIRA BT AARIF
PN ZURULEZA BT. NASIRAN
PN. FATHIAH BT. MJUSTAFA - SETIAUSAHA
TIDAK HADIR : EN. AHMAD IZZUDDIN B. AHMAD SANUSI ( Bersebab )
PN. JUNAIDAH BT. ISMAIL ( Bersebab )
PN. NORSIAH BT. SANIMAN ( Bersebab )
PN. ZANARIAH BT. MOHD YUS0FF ( Bersebab )
1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan doa agar semua ahli
mesyuarat dirahmati dan diberkati Allah.
1.2 Meminta En. Amzarie membaca doa bagi keberkatan majlis.
1.3 Ucapan tahniah kepada semua guru dan AKP yang hadir ke mesyuarat dan
terima kasih atas segala komitmen dalam membantu pihak pengurusan di
sepanjang tahun 2021.
1.4 Pengerusi berharap agar semua guru dan AKP menerima segala
tanggungjawab dengan rela, sentiasa menjalankan amanah dengan penuh
minat , sedia menerima teguran dari barisan pentadbir. Sentiasa melakukan
kerja tanpa menpunyai kepentingan peribadi dan elakkan diri daripada
berburuk sangka sesama sendiri, agar setiap amalan akan diberkati Allah.
- Makluman
2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
2.1 Minit Mesyuarat Guru Bil 01/2021 dibentang dan di cadangkan
pengesahannya oleh Pn. Zuraimah bt. Arshad dan disokong sebulat
suara tanpa pindaan.
3.0 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Kajian Inovasi
3.1.1 - Pra Sekolah - Puan Nur Izwani menyatakan bahawa perbentangan di
peringkat daerah Jempol telah dilaksanakan.
KPKP - Cik Amirah menjelaskan bahawa KPKP telah
menghantar 8 penyertaan, namun tidak layak untuk ke
peringkat seterusnya.
Perdana - En. Mustafa menyatakan bahawa penyertaan tidak
terpilih dalam 5 yang terbaik.
3.1.2 Puan Guru Besar mengucapkan tahniah atas penyertaan dan berharap
agar dapat diusahakan lagi untuk keputusan yang lebih baik di masa akan datang. Guru
besar juga mengucapkan tahniah kepada Puan Hanita kerana telah diberi kepercayaan
untuk membentangkan kajian tindakan di peringkat PPDJJ.
4.0 AGENDA PROFESIONAL/ PENGURUSAN PENTADBIRAN
4.1 PENGURUSAN SEKOLAH.
4.1.1 KEBERADAAN GURU DAN MURID
- 32 orang guru ( 4 pentadbir dan 6 orang AKP) kekurangan seorang
guru.
- 359 orang murid ( 322 aliran perdana, 7 MBK dan 30 Prasekolah )
4.1.2 PENGGUNAAN KAD PERAKAM WAKTU
4.1.2.1 Kehadiran guru mestilah selewat-lewatnya 7.35 pagi
berkuatkuasa 1hb Januari 2022.
4.1.2.2 Tidak perlu cetak pada kad sekiranya keluar seketika tetapi
perlu dicatat dalam rekod pergerakan.
4.1.3 IMEJ SEKOLAH
4.1.3.1 Guru disarankan untuk menjaga imej sekolah dari segi perlakuan,
percakapan dan lain-lain terutamanya di media sosial.
4.1.4 PBPPP -
4.1.4.1 Guru yang telah menyiapkan borang keberhasilan PBPPP
dikehendaki menghantarnya kepada PK Pentadbiran.
4.1.5 eOPERASI
4.1.5.1 - Guru - guru dikehendaki mengemaskini atau maklumkan
kepada PK Pentadbiran jika ada perubahan.
4.1.6 SKPMg2
4.1.6.1 Pengisian sehingga Feb 2022. Guru yang terlibat mohon ambil
tindakan segera dan kemas kini jika perlu
4.1.7 ePANGKAT
4.1.7.1 Guru yang layak dinasihatkan agar memohon untuk pengisian
GP Kanan.
4.1.7.2 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada dua orang guru yang
telah dinaikkan pangkat daripada DG44 ke DG48 iaitu Pn.
Zuraimah Arshad dan Pn.Norsiah Saniman.
4.1.8 SPLKPM
4.1.8.1 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada guru yang telah
cukup mata kredit. Guru-guru juga digalakkkan terus
mengikuti webinar dan pembacaan buku. Pn. Siti Noroaisah
menjelaskan bahawa semua guru telah capai 100% 42 mata
kredit dan minimun 5 hari kursus.
4.1.9 eG TUKAR
4.1.9.1 Permohonan Pn. Noor Izwani diluluskan dan berkuatkuasa
mulai 3hb Januari 2022.
4.1..10 CUTI
4.1.10.1 Guru Besar mengingatkan semua guru bahawa cuti adalah
kelayakan tetapi bukan hak. CRK 10 hari setahun bagi guru
dan 25 hari untuk AKP.
4.1.10.2 Pn. Kamisah (PT) menjelaskan AKP yang berkhidmat kurang
daripada 10 tahun berkelayakan CRK sebanyak 20 hari,
manakala yang lebih 10 tahun sebanyak 25 hari.
4.1.10.3 Guru Besar menyatakan bahawa guru tidak digalakkan
memohon cuti tersepit. Guru perlu mengisi HRMIS jika
hendak bercuti ( 3 hari sebelum )
4.1.10.4 Cuti Kuarantin adalah mengikut ketetapan yang disahkan
oleh doktor. Sekiranya ada tempoh menunggu keputusan
kuarantin, perlu mengambil CRK.
4.1.11 KEBERADAAN GURU, AKP DAN WARGA SEKOLAH.
4.1.11.1 Tertakhluk kepada peraturan penjawat awam pekeliling /
peraturan ASAS JPA 2016.( RUJUK GAMBAR )
4.1.11.2 Semua Guru, AKP dan Warga sekolah perlu mematuhi waktu
bekerja. Tidak hadir bekerja tanpa kebenaran bertulis
daripada Ketua Jabatan akan diambil tindakan tatatertib.
4.1.11.3 Keberadaan guru dan AKP adalah setiap masa bekerja,
pastikan mendapat kebenaran Ketua Jabatan atau pegawai
yang paling kanan jika hendak meninggalkan pejabat/tempat
kerja. Mesti mencatat waktu keluar dan masuk pejabat.
4.1.11.4 Maklumkan keberadaan sama ada cuti, cuti sakit, kursus, ke
klinik atau seumpamanya kepada PKP untuk urusan ganti
kelas. Disarankan supaya jualbeli waktu mengajar dengan
guru lain serta meninggalkan bahan pembelajaran.
-Makluman
4.2 PENGURUSAN KEWANGAN & ASET
4.2.1 Pembelian perlu mengikuti tatacara yang ditetapkan. Tidak
dibenarkan beli tunai bagi memudahkan urusan kewangan oleh PT.
4.2.2 Mohon guru menandatangani borang nota minta sebelum diserahkan
kepada PT untuk kelulusan Guru Besar. Pastikan pesanan yang
diterima, disemak dan disimpan di tempat yang betul dan selamat.
4.2.3 PT mengucapkan terima kasih kepada panitia, unit khas, KBK, PRA dan
KPKP kerana mengikut tatacara yang ditetapkan.
Walaubagaimanapun, masih ada sedikit lagi panitia yang belum
menghabiskan peruntukan. Mohon berbuat demikian dalam waktu terdekat.
4.2.4 Mohon AJK Aset menjalankan tugas, mengemaskini maklumat untuk
selenggara dan perlupusan aset.
-Makluman
4.3 PENGURUSAN GURU DAN PEMBELAJARAN
4.3.1 Fail / BRM perlu dihantar setiap minggu. Guru diminta untuk
mengemaskini maklumat, dokumen yang sepatutnya seperti rekod
PBD, sasaran dan lain-lain.
4.3.2 Guru Besar berterima kasih atas kerjasama semua guru dan warga
sekolah dalam urusan pengoperasian sekolah secara penggiliran.
4.3.3 Guru perlu peka kepada situasi dan keadaan murid semasa hadir
( murid bergejala )
4.3.4 PBD dilaksanakan berterusan, guru diminta untuk masukkan skor TP
dalam aplikasi yang telah diedarkan oleh SUP.
4.3.5 KPM Perkasaku- Mohon guru-guru baca dan fahamkan.
CUP 1 - menganalisa pencapaian.
- Merancang intervensi pengukuhan dan pengayaan.
4.3.6 Waktu tidak mengajar atau waktu terluang perlu digunakan untuk
menggantikan guru yang tidak hadir dan persediaan mengajar,
menyemak buku dan lain-lain.
- Makluman
4.4 PENGURUSAN INSFRASTRUKTUR
4.4.1 Sekolah telah mendapat peruntukan baikpulih rumah guru dan pagar.
4.4.1.2 Rumah Guru - Pn. Zarina Arshad memaklumkan bahawa
penyelenggaraan baikpulih kuarters guru sedang dilaksanakan.
4.4.2 Bilik air murid di sebelah dewan masih belum dapat digunakan.
4.3.3 Kontrak pembersihan baru Ruza Agensi Service, Seremban ( Bilangan
pekerja : 3L & 3P )
4.3.4 Cadangan untuk mengecat bangunan makmal, block C&D di bahagian
belakang. Pihak sekolah sedang berusaha untuk dapatkan peruntukan
daripada PPDJJ.
4.3.5 Warga SKAH perlu bekerjasama menjaga persekitaran. Sentiasa
menegur dan membimbing murid supaya membuang sampah dengan
cara yang betul sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
4.3.6 Tapak semaian bunga telahpun siap guru-guru digalakkan bawa atau
sumbang benih bunga jika ada.
Makluman.
4.5 HAL - HAL LAIN
4.5.1 Pengurusan masa yang berkualiti. Warga SKAH perlu memikirkan
sesuatu yang berkualiti bermula dari awal kehadiran di waktu pagi.
4.5.2 Lawatan ke Terangganu - Guru Besar menggalakkan agar semua guru
terlibat.
4.5.3 Tempahan baju koperat untuk semua ( tiada pengecualian )
4.5.4 Pengusaha kantin sesi 2021-2023 Masih kekal Pn. Nor Hafizah Abdul
Rahman. ( sokongan dan galakkan daripada PPDJJ berdasarkan
pengalaman dan prestasi ) Mohon supaya warga SKAH memberi
kerjasama yang baik.
4.5.6 En. Shamsulhilmi mohon agar pihak pembersihan menyusun jadual
pemotongan rumput dengan betul kerana kemuncup terlalu banyak di
padang. Guru Besar menyatakan bahawa perkara ini telah
dipanjangkan kepada pihak pembersihan.
- Makluman
5.0 PENANGGUHAN
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.52 petang.
Disediakan oleh,
Setiausaha,
Mesyuarat Guru 2021