PENTING PENDIDIKAN BUDAYA Shantheeyaah A/P Karthigesu (MC230120462) Jiveaneswari A/P Nanda Kumar (MC230120239) Vinothan A/L Mahendran (MC230120807)
Isi Kandung 01 02 03 04 05 06 07 08 Pengenalan Definisi Kepelbagaian budaya di Malaysia Ciri - ciri Budaya KepentingaanPendidikan Budaya Kebaikanpendidikan Budaya Kesimpulan SumberRujukan
Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat dinafikan. Adat dan budaya yang merangkumi seluruh aspek bermula dari kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di dalam hidup semua masyarakat di Malaysia. Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut. Pengenalan
Kebudayaan di Malaysia merujuk kepada warisan budaya dan identity bangsa Malaysia yang terbentuk melalui campuran pelbagai etnik, agama, dan pengaruh sejarah yang kaya. Malaysia adalah sebuah negara multietnik dengan 3 etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India serta etnik-etnik lain seperti bumiputera sabah & Sarawak, orang asli, dan banyak lagi. Definisi
Kepelbagaian budaya di Malaysia
Bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan Malaysia, tetapi bahasabahasa lain seperti bahasa cina, tamil, dan bahasa etnik lain juga digunakan secara meluas. Bahasa
Islam adalahagama rasmi Malaysia,namunterdapat juga agama-agama lainseperti buddha,hindu, Kristian danlain-lain. Kebebasan beragama diiktiraf dalam perlembagaan Malaysia. Agama
Makanan Malaysia terkenal dengan kepelbagaian makanannya. Makanan tradisional Malaysia seperti nasi lemak, roti canai, rendang, laksa dan satay merupakan hidangan yang popular dan dihargai oleh pelbagai etnik.
Pakaian Setiap etnik di Malaysia mempunyai pakaian tradisional yang unik. Contohnya, pakaian tradisional melayu adalah baju melayu dan baju kurung,sementara cina mempunyai cheongsam, dan india mempunyaisaree
Tarian tradisionalseperti tarian joget melayu, tarian cina seperti tarian naga dan singa, dan tarian india seperti Bharatanatyam adalah sebahagian daripada warisan seni tari Malaysia. Tarian dan Seni
Perayaan Malaysia mengamalkan perayaan yang diwarnai dengan tradisi dan budaya. Contoh perayaan popular termasuk Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Merdeka.
01 02 04 03 05 Ciri-ciri Budaya Merupakan suatu perkongsian antara masyarakat Diperolehi melalui proses pembelajaran Tidak dapat berpisah dengan bahasa Wujud nilai-nilai tertentu Mengikut keadaan bentuk muka bumi
Kepentiagaan Pendidikan Kebudayaan
IDENTITI DAN PENGIKTIRAFAN Budaya membantu orang dan kumpulan sosial untuk mengenal pasti diri mereka dan mendapat pengiktirafan daripada orang lain. Budaya mencerminkan nilai, norma, tradisi dan sejarah kumpulan, dan merupakan sebahagian daripada identiti individu dan kumpulan.
WARISAN BUDAYA Kebudayaan adalah warisan yang diteruskan dari generasi ke generasi. Melalui kebudayaan, pengetahuan, tradisi, dan keterampilan dapat dipelajari dan dilestarikan. Warisan budaya meliputi bahasa, seni, tarian, cerita rakyat dan banyak lagi. Merawat dan melestarikan kebudayaan adalah penting untuk mempertahankan identitas dan warisan budaya kita..
PEMAHAMAN DAN TOLERANSI ANTARA BUDAYA Pendidikan budaya membantu membangunkan pemahaman yang lebih baik tentang budaya lain, mengurangkan stereotaip, dan menggalakkan toleransi terhadap perbezaan.
KEHARMONIAN SOSIAL DAN PENCEGAHAN KONFLIK Pemahaman yang lebih baik tentang budaya boleh membantu mencegah konflik dan menggalakkan keharmonian sosial dengan menghormati kepelbagaian dan mengatasi salah faham.
PEMBENTUKAN WARGA GLOBAL Pendidikan budaya menyokong pembentukan warga global yang boleh menyumbang secara positif dalam persekitaran yang semakin kompleks dan berhubung secara global.
Kebaikan pendidikan budaya
Pendidikan budaya membantu dalam mengekalkan dan memelihara warisan budaya, memastikan pengetahuan dan tradisi generasi terdahulu terus dipelihara dan dihargai. Menghormati warisan budaya Pemahaman antara budaya Pendidikan budaya membantu individu memahami dan menghargai kepelbagaian budaya di sekeliling mereka, yang seterusnya menggalakkan keterbukaan dan toleransi terhadap perbezaan. Pembinaan identiti dan kebanggaan: Pendidikan budaya memungkinkan individu untuk memahami akar budaya mereka sendiri, yang pada gilirannya dapat memperkuat rasa identitas dan kebanggaan akan asal usul mereka
Pendidikan budaya boleh membantu dalam membina kemahiran sosial dan komunikasi yang berkesan di kalangan individu daripada latar belakang budaya yang berbeza, yang amat penting dalam masyarakat yang semakin global. Peningkatan kreativiti Menggalakkan pembangunan sosial Pendidikan budaya boleh menggalakkan kreativiti melalui pemahaman mendalam tentang seni, muzik, tarian dan tradisi budaya lain. Ini membuka jalan untuk inovasi dan ekspresi kreatif yang unik.
Kesimpulannya, Adalah tanggungjawab setiap rakyat untuk mengenali dan mempelajari mengenai kepelbagaian budaya dalam Negara kita. Dalam hal ini apa yang penting ialah , setiap rakyat perlu memahami serta menerima kepelbagaian budaya ini secara hati terbuka. Kesudian setiap rakyat akan sentiasa mengamankan negara kita. Selain itu, sistem pendidikan merupakan titik permulaan kepada pemahaman kepelbagaian budaya. Pendidikan budaya memiliki peran yang sangat penting dalam membentuk individu dan masyarakat secara keseluruhan. Melalui pemahaman, penghargaan, dan penggalian kekayaan budaya, pendidikan budaya memberikan sejumlah manfaat yang signifikan. Kesimpulan
https://madihah9717.blogspot.com/2018/12/bab-10-pengurusan-pelbagai-budaya.html https://budaya-sekolah.blogspot.com/2011/12/kepentingan-budaya-sekolah.html https://maruwiahacis.wordpress.com/2014/12/18/kesan-dan-pengaruh-tamadun-india-dimalaysia/ https://www.coursehero.com/file/p40l3i3/Kepelbagaian-budaya-dalam-sistem-pendidikandi-Malaysia-menyebabkan-wujudnya/ SUMBER RUJUKAN