AHLI KUMPULAN
NURUL NADIAH NUR SYAFIQAH BT
BT AZMI ABDUL RAHMAN
(03DAT20F1013)
(03DAT20F1019)
NURUL JANNATUL NUR FADHILAH BT FARAH NURLIYANA BT
SYUFEA BT ABD GHANI MAT SAID MOHAMAD IZI
(03DAT20F1042) (03DAT20F1031) (03DAT20F1025)
ISI KANDUNGAN
1. PENGENALAN
2. PERANAN IBU BAPA, MASYARAKAT DAN KERAJAAN
3. CABARAN MEMUPUK KEMAKMURAAN DALAM
MASYARAKAT MAJMUK
4. KEPENTINGAN MEMUPUK KEMAKMURAAN DALAM
MASYARAKAT MAJMUK
5. KESIMPULAN
PENGENALAN
Isu berkaitan hubungan pelbagai bangsa, agama dan budaya di negara ini
seperti pengenalan tulisan jawi dan ucapan sempena sambutan perayaan sedikit
sebanyak mencerminkan betapa pentingnya usaha lebih serius serta konstruktif dalam
mengurus masyarakat berbilang bangsa.
Masyarakat terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan agama memang
menjadi cabaran kepada kebanyakan negara khususnya dalam mengurus kemajmukan
social itu. Cabaran itu wujud, terutama dalam aspek membentuk keharmonian,
keamanan dan interaksi positif antara kaum, agama serta budaya sekali gus
memerlukan pendekatan berhemah serta penuh rasa hormat.
Sebagai negara moden yang melakar masa depan lebih dinamik dan berusaha
memposisikan diri sebagai negara maju, cabaran berterusan dalam arus globalisasi dan
pasca kemodenan menjadi realiti perlu ditangani sebaik mungkin.
Malaysia perlu dikenali bukan hanya Makmur dari segi ekonomi dan pembangunan,
malah menjadi negara beridentitikan kepelbagaian agama, bangsa dan budaya, sekali
gus dapat bersama dalam suasana aman serta harmoni.
Perpaduan nasdional harus menjadi misi penting bagi negara. Ia memerlukan
kerangka bersifat komprehensif yang akan mampu menterjemahkan sebaik mungkin
wajah kerencaman masyarakat majmuk Malaysia. Keadilan, penerimaan dan toleransi
perlu menjadi nilai asas kepada perpaduan nasional ini.
Sejujurnya, perlu wujud kesedaran dalam masyarakat usaha membina
peradaban dan mencapai status kemajuan bagi Malaysia, terutama dalam
merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama(WKB) 2030, seharusnya bertunjangkan
persefahaman, tolak ansur dan rasa hormat-menghormati.
Walaupun rakyat Makaysia terdiri daripada pelbagai penganut agama dan
mengamalkan budaya berbeza, sifat kebersamaan serta cintakan keharmonian dan
keamanan perlu ada bagi merealisasikan matlamat perpaduan nasional.
PERANAN IBU BAPA DALAM MEMUPUK KEMAKMURAN
DALAM MASYARAKAT
Ibu bapa wajar menunjukkan suri teladan yang baik dengan menjalinkan perhubungan yang yang erat
dan karib dengan jiran tetangga. Sempena sambutan perayaan, ibu bapa haruslah mengadakan majlis
rumah terbuka. Secara tidak langsung, amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan
memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran tetangga setempat. Justeru, perpaduan akan
bertambah utuh dan teguh.
Ibu bapa haruslah memastikan generasi muda berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara
untuk melahirkan masyarakat yang bersatu-padu dan harmoni dalam pelbagai aspek. Bertitik tolak
daripada itu, ibu bapa turut bertanggungjawab memastikan anak-anak mereka memahami dan
menghormati adat istiadat, pantang larang serta kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia demi
mengelakkan konflik antara kaum.
PERANAN IBU BAPA DALAM MEMUPUK KEMAKMURAN
DALAM MASYARAKAT
Ibu bapa juga perlulah menggalakkan anak-anak mereka menonton filem, drama dan iklan yang
bertemakan perpaduan antara kaum. Statistik yang sahih telah menunjukkan filem-filem ini memang
jauh lebih efektif dan berkesan berbanding dengan bahan bertulis kerana persembahan media
elektronik lebih menarik, kreatif dan inovatif. Maka , pelbagai iktibar dan pengajaran dapat diperoleh
oleh generasi muda melalui persembahan-persembahan elektronik ini.
PERANAN MASYARAKAT DALAM MEMUPUK KEMAKMURAN
DALAM MASYARAKAT
Antara usaha yang boleh dilakukan dalam untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan
masyarakat adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotong-royong
merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk
bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk
semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat
kediaman mereka sesuai dengan slogan “Negara Bersih Rakyat Sihat”.
Selain itu, perpaduan kaum di Malaysia boleh dicapai dengan meraikan sambutan perayaan
kaum-kaum di Malaysia secara bersama-sama. Melalui amalan kunjung-mengunjung yang
dilakukan akan dapat mengeratkan ikatan silaturahim antara jiran serta rakan daripada
pelbagai kaum. Sebagai contohnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina,
Deepavali, Hari Gawai dan Hari Krismas merupakan perayaan utama yang boleh diraikan
oleh seluruh masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Melalui kunjungan sambutan
perayaan sesuatu kaum dapat menerbitkan perasaan hormat-menghormati terhadap adat
dan kepercayaan kaum lain. Di samping itu, budaya ini dapat mengukuhkan perpaduan
apabila kurangnya syak wasangka antara kaum di Malaysia.
PERANAN MASYARAKAT DALAM MEMUPUK KEMAKMURAN
DALAM MASYARAKAT
Aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan juga boleh mewujudkan
perpaduan kaum di Malaysia. Sukan dan permainan yang dijalankan dapat
dijadikan tali penghubung atau gelanggang pertemuan pelbagai kaum di
Malaysia. Dengan bermain bersama-sama dalam sesuatu sukan dan permainan
serta seterusnya mewakili pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa,
akan dapat menanamkan semangat cinta akan negara. Usaha ini tentu dapat
mengharumkan nama negara sekali gus meningkatkan imej negara di peringkat
antarabangsa.
PERANAN KERAJAAN DALAM MEMUPUK KEMAKMURAN
DALAM MASYARAKAT
Sekolah wawasan merupakan tempat yang terbaik untuk memulakan proses integrasi
antara kaum. Sekolah wawasan menyediakan ruang dan peluang untuk murid-murid
pelbagai kaum berinteraksi secara langsung kerana mereka berkongsi kantin, padang
permainan, dewan dan kemudahan lain di sekolah. Mereka berpeluang untuk saling
mengenali dan memahami antara satu sama lain. Dengan itu, mereka akan membesar
dengan sikap toleransi dan hormat terhadap budaya dan agama kaum lain. Tegasnya,
sekolah wawasan mampu memupuk persefahaman kaum dan seterusnya
mempercepat integrasi nasional.
Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga mampu mewujudkan
keharmonian rakyat serta negara. PLKN dapat memupuk perpaduan nasional.
Melaluinya, remaja pelbagai kaum akan ditempatkan bersama di bawah satu
bumbung. Mereka akan bekerjasama untuk menjalankan aktiviti bersama-sama,
berinteraksi dan bergaul mesra. Dengan itu, mereka akan terdedah kepada corak
hidup masyarakat majmuk Malaysia secara mendalam. Persefahaman yang lebih
erat akan memupuk perasaan kekitaan.
CABARAN MEMUPUK KEMAKMURAN MASYARAKAT MAJMUK
Setiap ahli dalam masyarakat mempunyai peranan serta fungsi tertentu untuk meneruskan
kewujudan kelompok tersebut dan ciri-ciri ini berbeza dari kelompok ke kelompok lain.
Umumnya, ciri-ciri masyarakat adalah seperti hidup berkelompok,mempunyai budaya
tersendiri. Saling berinteraksi dalam dan luar kelompok. Menurut Shamsul Amri
Baharuddin (2007), konsep masyarakat perlu difahami atas beberapa sebab seperti berikut
memahami hakikat bahawa manusia, demi kelangsungan hidup, tiada pilihan lain tetapi
untuk bermasyarakat. Manusia mesti memahami sebaik mungkin cara hidup
bermasyarakat. Memahami budaya masyarakat sendiri dan masyarakat lain. Oleh
itu,terdapat pelbagai cabaran yang perlu dilalui oleh sesetangah masyarakat yang kurang
bergaul dengan kaum lain.
CABARAN MEMUPUK KEMAKMURAN MASYARAKAT MAJMUK
Perbezaan nilai dan agama setiap kumpulan etnik mempunyai agama, kebudayaan dan bahasa yang
berbeza. Orang Melayu, China dan India terus dengan sistem hidup yang berteraskan kebudayaan
dan tradisi mereka. Setiap kumpulan etnik mempertahankan kebudayaan dan adat resam mereka,
mengutamakan etnik mereka dan mungkin juga menganggap kebudayaan mereka sahaja yang
terbaik. Faktor cabaran ini merupakan satu faktor yang tidak dapat dielakkan kerana semua kaum
mempunyai kepercayaan, budaya dan agama mereka yang tersendiri. Setiap kaum mempunyai
semangat yang menebal terhadap kebudayaan mereka dan bahasa mereka. Mereka hanya ingin
menggunakan bahasa mereka dan tidak mahu membuka dunia budaya mereka kerana
beranggapan jika terdapat yang lain selain bangsa mereka, identity bangsa mereka akan hilang dan
tiada lagi keistimewaannya. Disamping itu,terdapat juga batasan dan peraturan sosial yang perlu
diambil kira kerana perbezaan budaya. Ini kerana apabila terdapatnya perbezaan ini, kita tidak tahu
apa yang diperkatakan dan apa yang menjadi dalam kalangan bangsa lain.
CABARAN MEMUPUK KEMAKMURAN MASYARAKAT MAJMUK
Globalisasi merujuk kepada dunia tanpa sempadan dimana perhubungan menjadi semakin pantas
dan cepat. Kita boleh mengetahui keadaan dunia luar dengan pantas dan cepat dan segala
maklumat boleh disalurkan tanpa ada sekatan. Globalisasi membawa masuk pengaruh dari Barat
dari segi ideologi, budaya hedonism dan nilai negatif, ekonomi bebas, sains dan teknologi yang
memusnahkan dan sistem politik yang dianggap terbaik bagi semua manusia. Melalui globalisasi,
kuasa Barat mengeksport segala macam keburukan yang merosakkan negara dan alam sekitar,
budaya hiburan dan pengeksplotasian sumber manusia dan bahan mentah. Gejala ini
mengakibatkan lenyapnya nilai luhur dan pemikiran barat diterima secara senang ke dalam
masyarakat. Kejayaan mereka ini dibantu oleh masyarakat tempatan yang menganggap segala yang
datang dari barat adalah baik dan moden. Keadaan ini akan memberi kesan kepada hubungan etnik,
intergrasi, perpaduan, mudah terjadinya konflik dan lebih parah lagi mengundang rusuhan kaum.
Secara tidak langsung, keadaan ini akan memburukan lagi hubungan etnik di Malaysia. Cabaran
globalisasi ini boleh kita rumuskan sebagai satu anasir luar yang mampu untuk memecahbelahkan
perpaduan dalam negara kita.
CABARAN MEMUPUK KEMAKMURAN MASYARAKAT MAJMUK
Cabaran seterusnya adalah dari segi perpaduan. Perpaduan merupakan matlamat yang amat penting
bagi semua negara yang merdeka. Hal ini kerana perpaduan adalah satu jaminan yang terpenting bagi
keutuhan sesebuah negara dan pentadbirannya. Di Malaysia, masalah perpaduan berlaku disebabkan
tiadanya persefahaman antara rakyat yang terdiri dari pelbagai bangsa . Hal ini kerana, masyarakat
yang pelbagai di Malaysia masih lagi berpegang teguh kepada peranan tradisional dan nilai-nilai yang
terbatas dalam kalangan kaum itu sendiri. Dalam pada itu, dasar-dasar British pada zaman kolonial
juga merupakan penyumbang kepada berlakunya masalah ini. Pada zaman penjajahan British, tidak
ada satu pun dasar yang tegas untuk menyatukan masyarakat pelbagai kaum ini, bahkan British
bertindak mengasingkan kaum-kaum ini mengikut jenis pekerjaan dan asas ekonomi yang berbeza.
Tindakan British ini mengakibatkan timbul syak wasangka dan sikap curiga antara satu sama lain dalam
kalangan orang Melayu, orang Cina dan orang India seterusnya mewujudkan jurang pemisah serta
membantutkan proses perpaduan antara etnik-etnik ini.
KEPENTINGAN MEMUPUK KEMAKMURAN DALAM MASYARAKAT MAJMUK
Negara Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya
yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa. Rakyat Malaysia
hidup bersatu padu dan aman damai tanpa sebarang pertelingkahan dan
permusuhan. Aspek perpaduan dan kemakmuran adalah sebagai tulang
belakang kepada kegemilangan Malaysia. Oleh sebab itu setiap rakyat
Malaysia perlulah sedar akan kepentingan memupuk kemakmuran kaum
kerana aspek perpaduan dan kemakmuran ini memberikan kesan yang
sangat besar kepada seluruh rakyat Malaysia.
KEPENTINGAN MEMUPUK KEMAKMURAN DALAM MASYARAKAT MAJMUK
Antara kepentingannya
✓ SIFAT SALING HORMAT- MENGHORMATI
Rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum tidak terlepas dari masalah pergaduhan dan rasa tidak
puas hati antara kaum seperti yang pernah berlaku sebelum ini. Pastinya kita semua sudah maklum
tentang rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Pada masa itu, semua pemimpin dan rakyat telah
berusaha untuk menamatkan masalah tersebut. Lantaran itu, semua penduduk di negara ini hendaklah
mengamalkan konsep perpaduan kaum dan bukan bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan
pucuk masing-masing supaya perpecahan kaum tidak akan berlaku lagi. Bahkan dengan perpaduan
kaum juga dapat menjamin keamanan negara. Hal ini demikian kerana, masyarakat yang bersatu padu
dapat hidup berbaik-baik dan menghormati kaum lain sejajar dengan dasar luar Malaysia yang digubal
selepas Perang Dunia Kedua, hal ini sekali gus dapat menjamin keamaan setempat. Peribahasa ada
menyatakan bersatu kita teguh, bercerai kita roboh dan pepatah ini hanya dapat direalisasikan melalui
kerjasama yang erat antara kaum. Sebagai contoh, orang Melayu menghormati adat dan budaya orang
Cina dan India.
KEPENTINGAN MEMUPUK KEMAKMURAN DALAM MASYARAKAT MAJMUK
✓ MENJADIKAN MALAYSIA NEGARA YANG MERDEKA
Kepentingan kemakmuranyang terakhir ialah kemakmuran dan perpaduan dapat menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau
berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat
Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak
Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya, masyarakat kini hidup
harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan
daripada warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
KEPENTINGAN MEMUPUK KEMAKMURAN DALAM MASYARAKAT MAJMUK
✓ MENGUKUHKAN EKONOMI NEGARA
Selain itu, kemakmuran kaum juga telah dapat menarik pelancong asing untuk melawat negara kita.
Dengan keunikan masyarakat majmuk yang hidup dalam keadaan harmoni, para pelancong akan
tertarik untuk mempelajari budaya rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, mereka akan lebih
selamat dan selesa apabila berada di negara ini walaupun Malaysia turut tergugat dengan kemunculan
wabak influenza H1N1 yang menjadi perbualan hangat negara-negara di dunia pada ketika dahulu,
namun industri pelancongan tetap maju dan berkembang dari tahun ke tahun kerana adanya
kemakmuran kaum. Timbalan Menteri Pelancongan ada menyatakan bahawa dengan adanya layanan
mesra yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada pelancong asing, industri pelancongan akan terus
mendapat tempat yang tertinggi walaupun agak berkurangan dengan masalah penularan wabak H1N1
tersebut. Tidak dapat dinafikan bahawa, rakyat Malaysia dapat berinteraksi dengan baik antara satu
sama lain walaupun berbeza agama dan bangsa. Sebagai contoh, di sekolah menengah, para pelajar
yang terdiri dari pelbagai kaum dapat belajar dalam satu sekolah yang sama
KEPENTINGAN MEMUPUK KEMAKMURAN DALAM MASYARAKAT MAJMUK
✓ MENINGKATKAN IMEJ NEGARA
Kemakmuran kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia juga mampu meningkatkan imej negara di
mata dunia. Memang tidak dapat dinafikan bahawa negara pada masa kini sudah berada di peta
masyarakat antarabangsa ekoran daripada usaha kerajaan yang berterusan membina negara yang
disegani di peringkat dunia. Kepimpinan yang ada pada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir
Mohamed menjadi perintis untuk meletakkan Malaysia sebaris dengan negara-negara maju yang lain.
Ketokohan yang ada pada beliau telah menjadikan negara-negara dunia ketiga sebagai model dan orang
yang boleh bersuara untuk membela nasib mereka di pentas dunia. Selain kepimpinan negara, Malaysia
juga dikenali di pentas antarabangsa adalah kerana kestabilan masyarakat yang wujud di negara kita.
Sebagai buktinya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengiktiraf Malaysia sebagai negara
yang ke-9 paling aman di dunia berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sebuah badan bebas yang
berpengkalan di Amerika Syarikat. Hal ini sangat jelas menunjukkan bahawa pengiktirafan sedemikian
adalah kerana masyarakat Malaysia hidup bersatu padu sehingga keadaan menjadi aman dan harmoni.
KESIMPULAN
RUJUKAN
❖ https://www.slideshare.net/biiey/cabaran-cabaran-dalam-mengeratkan-hubungan-etnik
❖ https://www.waktusolat.net/rosiah70.blogspot.my/2011/09/peranan-ibu-bapa-memupuk-semangat.html
❖ http://perananrakyat.blogspot.com/2016/02/apakah-maksud-dengan-masyarakat.html
❖ https://www.jobstore.com/careers-blog/2019/08/29/kepentingan-perpaduan-kaum-di-malaysia/
❖ https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2020/01/651403/harmonikan-hubungan-masyarakat-
pelbagai-kaum
❖ https://www-bharian-com-
my.cdn.ampproject.org/v/s/www.bharian.com.my/amp/rencana/komentar/2020/01/651403/harmonikan-
hubungan-masyarakat-pelbagai-kaum