The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by janfaizal90, 2022-06-23 12:05:24

PERMAINAN TRADISIONAL WAU

PERMAINAN TRADISIONAL WAU

SADN1033 MALAYSIAN NATIONHOOD STUDIES
SESI APRIL 2022/2023 (JA221)
TUGASAN BERKUMPULAN
KUMPULAN :

KUMPULAN 5 ( PUSAT : UUM SINTOK )

DISEDIAKAN UNTUK:
DR. RASHIDAH MAMAT

TARIKH PENYERAHAN:
PERTEMUAN KE 3 (24 JUN 2022)

DISEDIAKAN OLEH: NOMBOR MATRIK
NAMA 289327
1) MOHD AMINNUDIN BIN YASIN

2) MUHAMMAD SYAZWAN BI MAT ALI 283275
3) MUHAMMAD FAIZAL BIN ABDULLAH 289132

4) SITI NURHIDAYAH BIN MD ARSHAD 289218

PENDIDIKAN JARAK JAUH
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SADN 1033
KENEGARAAN MALAYSIA

TUGASAN

PERMAINAN TRADISIONAL (WAU)

PENSYARAH : DR. RASHIDAH MAMAT

Bil Gambar pelajar NAMA NO MATRIK MARKAH

1 MOHD AMINNUDIN BIN YASIN 289327

2 MUHAMMAD SYAZWAN BIN MAT ALI
283275

3 MUHAMMAD FAIZAL BIN ABDULLAH 289132

4 SITI NURHIDAYAH BINTI MD ARSHAD 289218

Tarikh Akhir Pertemuan III Tarikh

Serahan Penerimaan
24 JUN 2022 ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT
PENGENALAN 1
SEJARAH WAU 1
MITOS WAU 2
JENIS-JENIS WAU 4
MENGHASILKAN WAU 17
KOMPENEN WAU 18
TEKNIK PEMBUATAN WAU TRADISIONAL 19
PEMILIHAN BULUH 20
PENYIMPANAN BULUH 21
MERAUT BULUH 21
MEMBUAT BINGKAI 22
MELUKIS DAN MENYOBEK 24
PEMASANGAN JAMBUL ATAU RAMBU DAN BELALAI 26
MEMASANG BUSUR 27
CARA BERMAIN 28
29
LAMPIRAN 31
RUJUKAN



1.0 PENGENALAN
Budaya Malaysia kaya dengan pelbagai tradisi menarik. Warisan budaya merangkumi

makanan, adat resam dan permainan tradisional yang timbul daripada pelbagai kaum yang
telah diasimilasi di Malaysia. Permainan tradisional biasanya terdiri daripada permainan
anjung dan permainan laman. Permainan anjung termasuk batu seremban, congkak dan
banyak lagi. Manakala permainan laman adalah seperti galah panjang, wau, gasing, dan lain-
lain.

Kebanyakan permainan dimainkan secara berkumpulan akan menghasilkan interaksi
sosial dan hubungan yang lebih erat antara ahli komuniti. Suatu ketika dahulu, penduduk
kampung akan menikmati masa lapang untuk bermain dan ianya digemari oleh semua
peringkat umur penduduk kampung. Mereka akan berkumpul untuk menyertai pertandingan
atau menontonnya dari luar dalam suasana persaingan yang sihat. Permainan lama juga
memberi manfaat kepada individu dan masyarakat. Bermain permainan strategi seperti dam
dan congkak dapat membantu meningkatkan kemahiran mental, serta kebolehan fizikal
seseorang.

2.0 SEJARAH WAU
Permainan wau merupakan permainan tradisional Malaysia yang telah dimainkan

sejak ratusan tahun dahulu. Permainan ini meminjam unsur budaya Melayu asli. Corak ini
boleh dilihat dalam bentuk dan reka bentuk wau. Layang-layang adalah aktiviti yang sering
menerbangkan layang-layang diruangan udara. Perkataan “wau” adalah berasal dari
perkataan kerajaan Melayu Pattani (Thai) seperti di negeri Kelantan, Terengganu, Perlis dan
Kedah menggunakan perkataan tersebut. Kaum melayu dan Siam adalah sering kali terkenal
dengan permainan “Wau” ini. Perkataan "layang-layang" digunakan di seluruh negeri di

1

Malaysia, seperti di pantai barat dan selatan Semenanjung Malaysia iaitu Selangor, Melaka
dan Johor.

Sehingga kini asal usul permainan wau ini sukar di ketahui. Namun ramai yang
percaya permainan wau bermula dari zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah di era tahun
1488-1511. Pendapat ini berdasarkan kitab Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), yang
menceritakan tentang permainan wau. Bukti asal usul wau bersambung dalam catatan Tun
Seri Lanang yang menyatakan Raja Ahmad bermain wau dengan anak muda dan kerabat
diraja. Selain itu, bunyi nama wau juga dikaitkan dengan busur yang digunakan untuk
mengikat wau. Bunyi ‘wau’ secara berirama akan dihasilkan melalui daun ibus yang dipasang
pada busur apabila wau dinaikkan ke atas.

Seterusnya, ahli sejarah Clive Hart telah menyatakan bahawa layang-layang di
Malaysia berasal dari negara China kerana permaianan ini dikatakan mempunyai persamaan
dengan permaianan tradisional cina. Layang-layang secara sejarah menggunakan daun kayu
yang lebar. Kemungkinan evolusi wau di Malaysia turut menyerap unsur budaya dari China
yang mempunyai hubungan panjang dengan Malaysia. Ada kemungkinan perkataan wau
berasal daripada perkataan Cina Hokkien, yang dituturkan dalam Fujian. Perkataan untuk
"wau" dalam dialek Hokkien ialah "ao" di utara Malaysia.

3.0 MITOS WAU
Menurut beberapa cerita, wau bermula sebagai permainan tanpa nama. Permainan

yang dimainkan oleh kanak-kanak ini diperbuat daripada kepingan daun yang diikat
menggunakan tali kelopak batang pisang atau urat daun nenas. Wau perlu dimainkan di
tempat yang berangin dan ia menyebabkan wau berbunyi. Suatu ketika, permainan tanpa

2

nama itu terputus tali, dan budak yang sedang bermain itu menangis dan berbunyi “wa, wa,
wa, wa…”. Menurut pemilik cerita, berkemungkinan lahirnya perkataan ‘Wau’ dari sini.

Mengikut asal usul yang lain, yang lebih dekat dengan mitos, ia bermula apabila Dewi
Dewa Dani bersalinkan Dewa Muda. Bidan Ketujuh membuang tembuni Dewa Muda ke laut.
Maka Mak kepada Dewa Dewa yang bertapa di kayangan itu merasa resah duduk di
kayangan, lalu turunlah Mak Si Dewa ke Medan Kulum Laman Yang Rata. Di sana Mak si
Dewa melihat tembuni Dewa Muda terapung di sungai Nil. Mak si Dewa mengambil tembuni
tersebut dan dipulihkan menjadi seorang dewa bernama Awang si Jambul Lebat dan selaput
tembuni Dewa Muda digunakan sebagai "rangka" Wau untuk Dewa Muda.

Untuk mempersiapkan Wau, Mak si Dewa mengambil panau Dewa Muda untuk
membuat bunga Wau, tangan Dewa Muda untuk sayap Wau, laras kaki Dewa Muda menjadi
tangan dan tubuh Wau dan rambut Dewa Muda menjadi jambul Wau. Bila Wau ini dinaikkan,
maka busurnya berbunyi dua belas bahasa dan dua belas ragam. Dari bunyi busur itulah
wujudnya nama "Wau". Juga mengikut asal-usul ini, wau yang tidak mempunyai busur atau
busurnya tidak berbunyi dalam dua belas bahasa dan dua belas ragam dipanggil "layang-
layang".

Menurut sumber lain, wau mungkin berasal dari semangat padi. Pada suatu hari,
seorang petani bersama isterinya terserempak dengan seorang gadis cantik dan menjaganya.
Si suami membawakan makanan kepada anak perempuannya setiap hari di rumah padi
tempat dia bermain, yang akhirnya menimbulkan rasa cemburu di hati isterinya. Isteri petani
akhirnya memukul anak perempuan itu dan anak perempuan itu lari ke angin barat. Susulan
kejadian itu, sawah padi pasangan suami isteri itu tidak mampu mengeluarkan hasil dan
diserang penyakit. Menurut ahli nujum, anak perempuan yang dihalau sebelum ini dikaitkan

3

dengan roh padi. Untuk memohon maaf, petani itu terpaksa membuat satu Lembaga yang
menyerupai Wau Bulan sekarang dan perlu dinaikkan selepas musim menuai.

4

4.0 JENIS-JENIS WAU
Pelbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Antaranya jenis-jenis wau seperti Wau

Barat/ Wau Daun, Wau Dodo Helang, Wau Jala Budi, Wau Kapal, Wau Kucing, Wau Payuh,
Wau Seri Bulan, Wau Seri Negeri, Wau kangkang, Wau Merak dan yang sangat digemari dan
popular oleh orang Melayu ialah Wau Bulan.
Wau Bulan

Foto 1: Wau Bulan
Menurut lagenda Wau Bulan dikatakan telah bermula pada zaman kerajaan Srivijaya,
ia mula digunakan oleh seorang putera bernama Dewa Muda. Corak bunga dan daun yang
terdapat pada wau Dewa Muda dikatakan mewakili sebuah peta daerah yang telah
dikuasainya

5

Bentuk wau ini menyamai bentuk bulan sabit pada bahagian hadapannya dan separa
bulatan pada bahagian ekornya. Malah, wau ini kelihatan seakan-akan bulan yang terbit di
angkasa apabila diterbangkan. Manakala dari segi saiznya pula, wau bulan mempunyai saiz
yang lebih besar jika berbanding dengan wau lain. Bagi memastikan corak yang terdapat pada
wau bulan kelihatan jelas dan menyerlah, ia mempunyai bidang sepanjang 2.5meter dan
ketinggian 3.5 meter. Permilihan warna juga memainkan peranan bagi menyerlahkan daya
tarikan jenis wau ini, pemilihan warna yang terang dan corak yang lebih besar menjadi
pilihan pembuat wau.

Bentuk wau bulan ini menjadi lambang syarikat kepada syarikat penerbangan (MAS).
Walau bagaimanapun, sesetengah pihak mendakwa logo ini sebenarnya diilhamkan oleh wau
kucing, bukan wau bulan. Wau bulan mterupakan wau yang paling popular jika dibandingkan
dengan wau lain. Wau ini mempunyai bentuk seperti bulan sabit di bahagian hadapan dan
separa bulatan di bahagian ekor. Oleh itu wau tersebut seolah-olah kelihatan seperti bulan
yang terbit di angkasa apabila diterbangkan.

Sebagai lambang kebudayaan Melayu, gambar wau bulan telah dicetak pada wang
kertas satu ringgit Malaysia, syiling memperingati Sukan SEA-9 pada tahun 1977 dan pada
bahagian belakang wang syiling lima puluh tersebut. Keadaan ini memperlihatkan bertapa
unik dan tingginya nilai seni kebudayaaan Melayu yang telah dijadikan lambang masyarakat
Malaysia.

6

Foto 1: Syiling peringatan Malaysia seperna Foto 2: Syiling 50 sen
memperingati sukan SEA ke-9 pada tahun

1977

Foto 3: Wang kertas Malaysia menggunakan Foto 4: logo Syarikat Penerbangan Malaysia
reka bentuk wau (MAS) yang menjadikan wau sebagai
lambing penerbangan Malaysia

7

Wau Barat/Wau Daun

Foto 5: Wau Daun

Wau Daun merupakan sejenis jenis layang-layang yang popular juga dikenali sebagai
Wau Barat atau Wau Pagi. Ia merupakan salah satu wau tradisional dan telah dimainkan
semenjak turun-temurun.

Bentuknya menyerupai wau bulan tetapi Wau Daun lebih lebar dan ringan. Wau daun
juga memiliki corak-corak menarik yang dilukis guna tangan tanpa menggunakan teknik
sobek iaitu potong dan tampal, sebagaimana wau-wau yang lain. Kelainan wau ini
berbanding wau-wau tradisional yang lain ialah ia tidak memiliki pedengung.

Wau ini dapat terbang tinggi walaupun pada waktu pagi ataupun semasa angin bertiup
dengan perlahan kerana corak-corak tersebut hanya dilukis pada badan wau, dan bukannya
ditampal. Oleh kerana itu, ia dikenali sebagai wau pagi. Lukisan pada badan wau ini dilukis
oleh pelukis batik dan bukannya oleh pembuat wau kerana motif batik merupakan corak yang
popular bagi wau ini. Selain mempunyai bentuk dan rupa wau yang dinamik dan cepat
berubah, sering kali ia memaparkan reka bentuk asli dan unik serta mula diterima pakai di
dalam pertandingan.

8

Wau Dodo Helang

Foto 6: Wau Dodo Helang
Wau Dodo Helang merupakan sejenis jenis layang-layang yang popular di
Terengganu dan tergolong dalam kategori wau burung. Wau dodo helang ini mempunyai
rupa yang sama dengan wau helang kecuali hiasan pada dada layang-layangnya yang berbeza.
Kebiasaannya degung atau busur dipasang dengan pada bahagian atasnya bagi menghasilkan
bunyi berdengung yang akan terhasil apabila angin melalui tali busur yang direntang. Motif
bunga dan kelarai dipilih untuk menghiasi dada wau dodo helang dengan menggunakan
teknik sobek.

9

Wau Kucing

Foto 7: Wau Kucing
Salah satu laying-layang yang popular ialah Wau Kucing dan ia merupakan wau
tradisional yang telah dimainkan secara turun-temurun di Malaysia. Memandangkan ia
menyerupai bentuk seperti menyerupai seekor kucing yang sedang duduk dari sudut belakang,
bermula dari bahagian kepala, badan dan seterusnya ekor kucing maka wau ini diberi nama
Wau Kucing. Kebiasaannya degung atau busur dipasang dengan pada bahagian atasnya bagi
menghasilkan bunyi berdengung yang akan terhasil apabila angin melalui tali busur yang
direntang. Bunyi busur yang seakan-akan bunyi seperti kucing apabila ia diterbangkang
diudara dipercayai berfungsi bagi menakutkan roh jahat serta meramalkan keadaan cuaca
pada keesokan harinya.

10

Wau Jala Budi

Foto 8: Wau Jala Budi
Wau Jala Budi merupakan sejenis jenis layang-layang yang dimainkan secara turun-
temurun di Malaysia dan popular di negeri Kedah. Wau Jala Budi diberi nama berdasarkan
bentuknya yang menyerupai daun budi manakala perkataan jala pula wujud dari kerangka
ekor wau tersebut. Kebiasaannya degung atau busur dipasang dengan pada bahagian atasnya
bagi menghasilkan bunyi berdengung yang agak sederhana garau akan terhasil apabila angin
melalui tali busur yang direntang.

11

Wau Merak

Foto 9: Wau Merak

Wau Merak merupakan sejenis layang-layang yang dikenali dikalangan keturunan
Bugis di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Layang-Layang Kipas dan dipercayai berasal dari
Sulawesi, Indonesia. Ia memiliki reka bentuk yang bercirikan burung Merak dan tidak terikat
kepada saiz yang tertentu. Wau merak biasanya mempunyai ekor yang panjang yang
membezakannya dengan wau helang.

Kebiasaannya degung atau busur dipasang dengan pada bahagian atasnya bagi
menghasilkan bunyi berdengung yang nyaring akan terhasil apabila angin melalui tali busur
yang direntang. Busur wau Merak akan mengeluarkan bunyi yang nyaring seperti
Merak. Busurnya juga mempunyai keistimewaan iaitu boleh memainkan tujuh jenis irama
atau bunyi bunyian.

Wau merak ini pada kebiasaannya dimainkan pada waktu malam kerana ia dapat
menghasilkan bunyi yang baik. Motif tumbuhan menjalar seperti lada hitam dan gambir
menjadi pilihan untuk menghiasi dada wau ini.

12

13

Wau Kangkang

Foto 10: Wau Kangkang
Wau Kangkang merupakan wau yang popular di Kelantan, Malaysia. Wau ini
merupakan wau tradisional yang telah dimainkan secara turun-temurun di Malaysia.
Manakala di kedah wau ini dikenali segabai Wau puyuh dan merupakan wau rasmi bagi
negeri Kedah. Wau Kangkang atau Wau Puyuh ini menyerupai bentuk Wau Jala Budi tetapi
memiliki corak ekor yang mencapah.

14

Wau Kapal

Foto 11: Wau Kapal
Wau Kapal pula merupakan wau rasmi bagi negeri Selangor dan telah dimainkan
secara turun-temurun di Malaysia. Ekor Wau Kapal memiliki corak yang berbentuk seperti
kapal dan menyerupai bentuk wau bulan.

15

Wau Seri Bulan

Foto 12: Wau Seri Bulan

Wau rasmi Negeri Perak iaitu Wau Seri Bulan telah lama dimainkan oleh masyarakat
Perak, terutamanya kerabat DiRaja. Wau ini mendapat nama ketika zaman pemerintahan
Sultan Iskandar Shah dimana almarhum Sultan Iskandar Shah pada ketika itu dalam
perjalanan pulang menyelusuri Sungai Perak lalu baginda terlihat rakyat jelatanya meraikan
berakhirnya musim padi dengan menaikkan layang-layang. Keadaan yang sangat meriah itu
telah menarik perhatian baginda sultan.

Baginda pun menitahkan untuk mendarat di tebing Sungai Perak, dan bersama dengan
rakyat bermain layang-layang. Disebabkan perasaan seronok bermain layang-layang, baginda
pun bertanyakan mengenai nama layang-layang tersebut, dan salah seorang pemain
menyebutnya sebagai Layang-Layang Bulan kerana bentuknya seperti bulan.

Baginda pun memberikan nama baharu dengan menambahkan 'Seri' lalu layang-
layang tersebut dikenali sebagai Layang-Layang Seri Bulan, sesuai dengan nama lagu
kebesaran negeri Perak iaitu Terang Bulan. Permainan layang-layang di negeri Perak

16

biasanya berlaku selepas selesai musim menuai padi. Ia biasanya dimainkan di tepian sawah
dan juga sungai yang menjadi punca air untuk sawah dan bendang.
Wau Puyuh

Foto 13: Wau Puyuh
Wau Puyuh merupakan antara layang-layang yang popular di negeri Kelantan dan ia
telah dimainkan sejak turun-temurun. Bentuknya meyerupai wau bulan tetapi memiliki corak
ekor yang lebih melengkung

17

Wau Seri Negeri

Foto 14: Wau Seri Negeri
Negeri Sembilan juga mempunyai wau yang tersendiri iaitu Wau Seri Negeri.
Kebiasaannya degung atau busur dipasang dengan pada bahagian atasnya bagi menghasilkan
bunyi berdengung yang nyaring akan terhasil apabila angin melalui tali busur yang direntang.
Motif tumbuhan menjalar seperti lada hitam dan gambir menjadi pilihan untuk menghiasi
dada wau ini.

18

5.0 MENGHASILKAN WAU
Berdasarkan kajian yang telah dibuat melalui temuramah daripada pemain wau

tradisional dalam pada masa yang sama pembuat wau iaitu Samat bin Man lebih selesa
dipanggil ‘Pak Non’ mengatakan untuk menghasilkan sebuah wau yang berkualiti
memerlukan penelitian daripada peringkat awal hingga akhir prosesnya. Hal ini kerana
menurut beliau aspek pemilihan buluh amat dititik beratkan kerana buluh yang dicari perlu
mengikut aspek-aspek yang diperlukan agar memenuhi syarat.

Jika tidak memenuhi syarat dalam pemilihan buluh dikhuatiri wau tak dapat bertahan
lama dan boleh rosak dalam masa yang singkat. Hal ini kerana selepas pemilihan buluh akan
ada proses selanjutnya untuk mengekalkan kualiti buluh itu sendiri agar bertahan lebih lama.
Proses ini juga akan mengambil proses yang lama lebih kurang enam bulan ke setahun.
Bukan mudah untuk menghasilkan sesebuah wau yang berkualiti. Tanpa ilmu wau dapat
dihasilkan tetapi kualitinya tidak sehebat jika disandarkan melalui ilmu dan rujukan yang
tepat daripada proses awal hingga akhir proses.

Beliau juga menerangkan bahawa yang motif atau corak yang dihasilkan di wau
miliknya semuanya ukiran tangan. Hal ini kerana bagi beliau wau yang motif ukiran tangan
mempunyai nilai sentimental yang tinggi berbanding corak atau motif yang siap dicetak.

19

6.0 KOMPONEN WAU
Sesebuah wau yang cukup sifatnya akan mempunyai 5 komponen besar seperti kepala,

busur, sayap, pinggang dan ekor. Komponen ini akan menunjukkan identiti wau ini kerana
terdapat beberapa jenis wau tidak mempunyai komponen yang sama tetapi itu tidak
membezakan kategorinya cuma berbeza panggilan atau jenisnya sahaja.

Foto 15: Komponen asas wau

20

7.0 TEKNIK PEMBUATAN WAU TRADISIONAL

Teknik pembuatan wau yang sempurna bermula dengan kemahiran dan kreativiti
pembuat wau kerana melalui kemahiran wau yang dibuat akan memenuhi syarat iaitu dapat
tinggi dan statik di awan biru. Hal ini kerana aspek aerodinamik dititik berat dalam
pembuatan wau.

Selain itu pemilihan barang mentah dan penyediaan peralatan yang cukup perlu
diteliti. Antara contoh bahan mentah dan peralatan yang diperlukan ketika pembuatan wau
ialah seperti berikut.

Buluh Kulit rotan Papan pemotong

Alat mengukir Alat meraut Peralatan tambahan

Jadual 1: Peralatan pembuatan wau

21

8.0 PEMILIHAN BULUH
Proses pemilihan buluh amat penting dalam pembuatan dimana ketika proses akan

menentukan buluh yang terbaik untuk dibuat bingkai wau. Buluh untuk dibuat kebiasaanya
menggunakan buluh betung dan buluh duri. Hal ini kerana di negeri Kelantan pembuat wau
disana kebiasaanya menggunakan buluh betung kerana buluh betung lebih banyak disana.
Berbeza pula dengan negeri di utara Malaysia seperti Perlis, pembuat wau disana memilih
untuk menggunakan buluh duri kerana kelebihan yang ada padanya. Kedua jenis ini tidak di
nafikan mempunyai ketahanan yang amat tinggi tetapi terdapat keburukan dan kebaikan
antara dua buluh ini dimana keburukan buluh betung semakin lama disimpan ia akan
mengeluarkan debu ditengah buluh di mana ia seakan di makan oleh serangga perosak
berbanding dengan buluh duri di mana semakin lama ia disimpan semakin tinggi
ketahanannya.

Pembuat wau kebiasaannya akan mengikuti petua orang-orang tua sebelumnya di
mana mereka kebiasaannya akan keluar mencari buluh di waktu siang iaitu pada waktu
tengahari kerana cuaca yang panas dan kering sesuai untuk buluh pembuatan wau. Usia buluh
untuk dibuat wau kebiasaanya berumur pada 3 tahun tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda.
Pembuat wau biasanya akan mencari buluh pada bulan Februari hingga Mei kerana cuaca
pada waktu ini kemarau dan amat baik kualiti buluhnya berbanding pada buluh yang diambil
pada musim hujan yang senang patah dan tidak bertahan lama. Buluh yang dipilih mesti
belum dimakan serangga perosak. Seharusnya mencari buluh yang betul- betul menepati ciri-
ciri yang baik dan berkualiti.

22

9.0 PENYIMPANAN BULUH
Kaedah penyimpanan buluh bagi pembuat wau akan berkait rapat dengan petua

orang-tua di mana mereka akan menyimpan buluh di tempat tinggi agar tidak di langkah atau
dipijak oleh sesiapa. Hal ini kerana ingin mengelakkan masalah dan memastikan buluh lebih
kuat dan tahan lama untuk jangka masa yang panjang. Buluh yang disimpan sebelum diraut
menjadi bingkai akan disimpan sekurangnya enam bulan hingga setahun bagi memastikan
ketahanan buluh itu tinggi. Bagi pembuat wau negeri perlis, wau yang untuk dipertandingkan
akan merendam buluh didalam air garam selama setahun sebelum dijemur sehingga kering
agar urat buluh lebih ringan dan anjal apabila di naikkan. Keseimbangan buluh yang telah
diraut boleh diukur dengan meletakkan di atas jari menentukan seimbang atau tidak buluh
tersebut.

10.0 MERAUT BULUH
Buluh yang diraut mengikut ukuran dan saiz wau pembuat wau itu sendiri. Di mana

buluh itu akan diraut mengikut tiga jenis bahagian tulang belakang, sayap dan ekor. Pisau
yang digunakan ketika meraut buluh mestilah tajam agar lebih cepat dan mudah. Selepas
proses meraut, buluh akan digosok dengan kertas pasir supaya tekstur atau permukaan buluh
akan menjadi sekata. Ketika meraut mesti juga memikirkan faktor keselamatan dengan
memakai sarung tangan agar tangan tidak tercedera terkena pisau tajam.

23

11.0 MEMBUAT BINGKAI
Setelah proses meraut selesai maka disusuli dengan proses untuk membuat bingkai.

Proses ini tidak mengambil masa yang lama kerana buluh yang sudah mengikut ukuran yang
dikehendaki telah dibahagi kepada beberapa bahagian utama dimana pada sayap memerlukan
dua keping buluh, satu keping buluh untuk tulang belakang, dua keping untuk bahagian ekor
dan satu keping lagi untuk bahagian busur. Semua buluh yang telah diraut mestilah di
seimbangkan semasa dalam proses meraut agar tidak menjadi masalah ketika pemasangan
bingkai.
Rangka bingkai wau kemudian akan diikat:

1. Membahagi tulang belakang dan menanda kepada tiga bahagian untuk mengikat
sayap, pinggang dan ekor

2. Sebelum mengikat kepingan sayap pertama di tulang belakang mesti meninggalkan
ruang kosong di bahagian atas untuk kepala wau

3. Kepingan pertama sayap diikat terlebih dahulu pada tulang belakang mengikut ukuran
tersendiri dan cantumkan dengan kepingan kedua sayap agar menjadi bentuk sayap
wau.

24

Foto 16: Bingkai yang telah siap diikat
4. Disusuli dengan mengikat cantuman kedua-kedua kepingan bahagian ekor di tulang

belakang dengan menautkan hujung kedua-kedua bahagian ekor pada hujung
bahagian sayap
5. Ruang kosong di bahagian akan diikat dengan kepingan buluh kecik yang dibentuk
separa bulatan dan diikat dikiri dan kanan bahagian pinggang dengan mengikat di
bahagian sayap dan ekor. Seterusnya kepingan yang diraut nipis dengan bentuk
bulatan diikat di tengah pinggan wau
6. Bahagian kepala wau dibentuk menjadi tiga segi. Tali nilon yang diikat pada bahagian
tulang belakang membentuk bentuk tiga segi dan di sambung pada bahagian sayap.
Bingkai wau yang siap akan dipasangkan dengan satu lapisan kertas dipangil ‘tanah’ dimana
tanah ini kemudian akan ditampal motif-motif ketika proses mengukir dijalankan.
Pemasangan tanah:
1. Ukur kertas berdasarkan saiz bingkai
2. Lebihkan dua sentimeter agar senang ditampalkan.
3. Kertas ditampal menggunakan gam

25

12.0 MELUKIS DAN MENYOBEK
Proses melukis dan menyobek wau sudah menjadi kemestian bagi memastikan

sesebuah wau itu menjadi lengkap kerana proses ini menjadikan sesebuah itu istimewa dan
unik dengan menonjolkan ukiran-ukiran tumbuhan menjalar di sayap dan ekor wau.
Berdasarkan Dewan bahasa dan Pustaka (DBP), sobek ialah koyak sedikit atau robek.
Sinonim dalam dunia pembuatan wau sobek ini dekenali sebagai proses menebuk lubang iaitu
lebih senang difahami mengoyakkan kertas yang telah dilakar coraknya. Motif yang dilakar
tidak boleh menggunakan benda yang hidup seperti binatang atau manusia. Seperti wau
tradisional motif yang digunakan ialah tumbuhan hidup yang menjalar.

1. Lipat kertas warna kepada empat bahagian untuk bahagian sayap dan lipat dua

26

bahagian untuk bahagian ekor.
2. Lakaran motif dilukis dibahagian belakang kertas iaitu pada warna putih.

Foto 17: Belakang kertas digunakan bagi melakar corak
3. Menggunakan pisau yang tajam dan khas untuk menyobek motif atau lukisan

yang telah dilukis.

27

4. Corak yang telah siap disobek akan ditampal diatas kertas warna yang lain bagi
mendapat warna yang diinginkan.

Foto 18: Menampal kertas warna bagi mendapat warna yang pelbagai
5. Tampal ukiran yang telah disobek di tanah yang dipasangkan pada bingkai.
6. Bagi proses kekemasan untuk wau hiasan kebiasaanya akan menampal kertas

hiasan pada belakang wau untuk menutup kecacatan bergantung kepada pembuat
wau itu sendiri.

28

7. Untuk wau pertandingan akan meminimumkan lapisan kertas sobek dan tidak
ditampal kertas dibelakang wau agar wau tidak berat apabila diterbangkan dan
menggunakan kertas yang tidak menyerap air.

29

13.0 PEMASANGAN JAMBUL ATAU RAMBU DAN BELALAI
Untuk pembuatan jambul atau rambu dan belalai menggunakan kertas crepe di mana

kertas crepe akan dicampur dengan pelbagai warna akan menjadi warna warni. Setelah itu
kertas crepe akan digunting memanjang. Jambul atau rambu dipasangkan di sayap dan diekor
wau. Belalai pula dipasangkan di kepala wau.

Foto 19: Wau yang telah siap dipasang belalai dan rambu

30

14.0 MEMASANG BUSUR

Pemasangan busur di wau adalah satu kewajipan kerana busur ini akan mengeluarkan
bunyi apabila diterbangkan. Kemerduan bunyi yang dikeluarkan busur itu bergantung ketika
proses busur di buat. Kebiasaannya busur dibuat menggunakan rotan yang diraut nipis
bahagian tengah.

1. Raut kepingan rotan menjadi nipis dibahagian tengah sahaja tinggalkan
dibahagiankan hujung kedua-dua sisi.

2. Bahagian hujung yang tidak dirautkan akan di ikatkan pada buluh busur
menggunakan tali tangsi atau tali pancing yang akan membentuk lenkungan seperti
busur anak panah.

3. Setelah semua bahagian dicantumkan lekatkan busur tersebut pada kepala wau dengan
menggunakan tali tangsi juga.

Foto 20: pemasangan busur pada wau

31

15.0 CARA BERMAIN
Permainan wau biasanya di mainkan oleh dua orang. Satu orang akan memegang wau

dan seorang lagi akan memegang tali di panggil sebagai juru anjung. Juru anjung akan
mengemudi wau yang telah diterbangkan. Wau yang dinaikkan ketika angin kuat bertiup
dengan melawan arah angin disebabkan hal ini pemilihan buluh dititik beratkan agar wau
yang dinaikkan tidak terlalu berat agar tidak mengalami masalah setelah dinaikkan seperti
tidak stabil dan tidak statik. Juru anjung juga mesti bijak menggunakan teknik menarik dan
menghulur tali dan mengetahui pada waktu yang sesuai dimana perlu digunakan. Untuk
permainan wau saiz kecil atau layang-layang seorang sahaja sudah memadai kerana tidak
memerlukan usaha yang lebih berbanding wau bersaiz besar.

Kawasan yang sesuai juga menjadi faktor utama untuk wau berjaya dinaikkan. Hal ini
kerana jika tempat tidak sesuai digunakan seperti kawasan tidak lapang, berpokok dan ada
bangunan maka wau tidak dapat naik dengan sempurna kerana tekanan angin berkurang.
Berbanding dengan kawasan yang lapang seperti tepi pantai, di tengah sawah padi dan
padang yang tekanan angin tinggi amat sesuai dimainkan wau kerana tiada sebarang sekatan
atau halangan.

32

16.0 LAMPIRAN
PROSES PEMBUATAN WAU

33

HASIL TEMURAMAH
34

17.0 RUJUKAN

Addy Saufi Wau - Sejarah dan Asal – usul
http://adisaufi.blogspot.com/2010/05/wau-sejarah-dan-asal-usul.html

Hasrul Hassan. (2019, April 2). Wau Seri Bulan, Wau Tradidi Melayu Perak.
https://www.hasrulhassan.com/2019/04/wau-seri-bulan-wau-tradisi-melayu-
perak.html.

Maruwiah Ahmat (2012) Permainan Tradisional

Sejarah wau. (n.d.). Permainan Tradisional.
https://warisankebanggaanku.weebly.com/sejarah-wau.html

S. (2022, June 17). Permainan Tradisional di Malaysia. Permainan Tradisional.
http://srivalli0201.blogspot.com/2014/10/permainan-tradisional-kaum-kaum-di.html

Salina Abdul Manan, Zuliskandar Ramli & Azni Hanin Hamzah (2015) Warisan Kelantan

Samat bin Man (2022, Jun 2) Temubual pembuatan wau

Sejarah wau. (n.d.). Permainan Tradisional.
https://warisankebanggaanku.weebly.com/sejarah-wau.html

Siti Nurfarawahida binti Abdul Rahim (2012) Peranan Tourism Information Centre (Tic)
Dalam Mempromosikan Pesta Wau Antarabangsa 2012

User, S. (2020, September 14). Permainan Tradisi. JWN 2020.
https://www.heritage.gov.my/adat-budaya/permainan-tradisi.html

Zuliskandar Ramli., & Adi Baharudin. (2015). Warisan Kelantan. Perbadanan Muzium
Negeri Kelantan.

35

Zulfadlisidek. (2019, April 15). Wau-Identiti Bangsa.
https://zulfadlisidek-uum.blogspot.com/2019/04/wau-identiti-bangsa.html

Hasrul Hassan. (2019, April 2). Wau Seri Bulan, Wau Tradidi Melayu Perak.
https://www.hasrulhassan.com/2019/04/wau-seri-bulan-wau-tradisi-melayu-
perak.html.

36


Click to View FlipBook Version