JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI
POLITEKNIK METRO KUALA LUMPUR
MPU23032 PENGAJIAN ISLAM
E-FOLIO
USMAN BIN HAZMAN 28DDT22F1030
WAN MUHAMMAD ADIB BIN WAN ROSLAN 28DDT22F1023
MUHAMMAD RIDZUWAN BIN CHE PA 28DDT22F1013
ABDUL RAFIQ BIN ABDUL RAHMAN 28DDT22F1024
PENSYARAH:
USTAZAH RUSHIDAH BINTI MD ROSDI
SESI I : 2022/2023
GEJALA KERUNTUHAN
AKHLAK
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
PENGHARGAAN 2
PENGENALAN 3
ISI 4-9
PENUTUP 10
RUJUKAN 11
LAMPIRAN 12-15
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan kesyukuran
kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurnianya, kami
dapat menyiapkan tugasan E-Folio dengan sempurna dalam
jangka masa yang telah ditetapkan. Kami juga ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Rushidah
Binti MD Rosdi selaku pensyarah Pengajian Islam yang telah
banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta berkongsi
maklumat dalam membantu kami menyiapkan tugasan E-
Folio ini.
Selain itu, kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada pihak Politeknik Metro Kuala Lumpur
atas kemudahan yang telah disediakan kepada kami seperti
kemudahan pusat sumber bagi mendapatkan buku rujukan
yang berkaitan dengan tugasan dan kemudahan Wifi bagi
memudahkan kami untuk mendapatkan maklumat yang
berkaitan dangan tugasan E-Folio ini. Kami juga ingin
mengucapkan jutaan terima kash kepada ahli-ahli kumpulan
kami atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan serta
sepanjang kami menyiapkan tugasan E-Folio ini.Akhir sekali,
kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-
rakan sekelas kerana sudi memberi tunjuk ajar dan dorongan
serta berkongsi maklumat dan tidak lokek dalam
menyalurkan pandangan dan maklumat sepanjang kami
menyiapkan kerja kursus ini.
PENGENALAN
Keruntuhan akhlak merupakan salah satu masalah sosial di
Malaysia. Keruntuhan akhlak bermaksud pelbagai
perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa
sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan
struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat
ataupun negara.
Peribahasa " Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
Negara" cukup untuk menggambarkan kepentingan anak
muda masa kini kerana merekalah yang bakal mewarisi
tampuk kepimpinan negara pada masa akan datang. Namun
malangnya mutakhir ini, terpampang di dada-dada akhbar
isu penyalahgunaan barang-barang terlarang yang juga
melibatkan anak muda. Dalam arus modenisasi ini, pemuda
sama ada yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
ataupun tidak sering tewas dan dibicarakan dalam isu
penyalahgunaan barang barang terlarang. Isu ini tidak asing
lagi bagi rakyat Malaysia kerana anak muda telah lam
dibelenggu masalah ini bahkan sebelum pandemik COVID
-19 melanda negara kita. Pelbagai usaha telah dilakukan
oleh pihak kerajaan, universiti, keluarga dan juga
masyarakat setempat untuk mengurangkan kes-kes ini tetapi
kesan pengurangannya amatlah sedikit.
GEJALA SOSIAL
-Gejala sosial dilihat sebagai satu perlakuan manusia yang terkeluar dari batas-
batas normal dan diterima umum, baik dari aspek agama, sosial serta budaya
kehidupan masyarakat.
-Gejala sosial merupakan fenomena modenisasi dan kejutan budaya yang
melanda golongan remaja dan belia. Keadaan ini berlaku disebabkan kesan
globalisasi yang melanda di seluruh dunia. Konsep dunia tanpa sempadan yang
pada awalnya ditumpukan kepada perkembangan ekonomi telah menular dalam
hampir semua ruang lingkup kehidupan manusia sejagat.
-Penagihan dadah, seks bebas, rempit, isu bohsia, buli di sekolah, lari dari
rumah, buang bayi, rogol dan penganiayaan kanak-kanak.
Keadaan umat islam pada zaman ini:
• Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang tidak terbatas tanpa
sebarang
perasaan malu.
• Terlalu berani mengadakan perhubungan jenis secara haram dan seks bebas
tidak
pernah rasa berdosa dan takut pada pembalasan selepas mati.
• Berkelakuan tidak senonoh antara lelaki dengan perempuan di kalayak ramai
ataupun
di tempat tersembunyi.
• Bersekedudukan lelaki dengan perempuan seumpama suami isteri tanpa
melalui akad
nikah yang sah.
• Sudah terlalu ramai orang Islam hari ini teramat berani dan tanpa ada perasaan
ragu
sanggup melahirkan anak luar nikah atau “anak haram”.
Penggunaan barang terlarang
(Penyalahgunaan Dadah)
Dadah ialah bahan kimia yg dapat mengubah perasaan, daya persepsi,
fikiran dan tindakan yg waras.
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan:
“Dadah ialah bahan kimia sama ada asli atau tiruan yang diperoleh daripada
daun, getah atau pokok, apabila dimasukkan ke dlm
tubuh secara dimakan, dihisap atau disuntik, boleh mengubah struktur atau
fungsi tubuh”
Prof. Madya Dzulkifli Abdul Razak – artikel,”Dadah: Senario sejagat
yang membimbangkan”
“Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang
mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal,
rohani, tingkahlaku pengguna apabila digunakan. Kesannya, seseorang akan
bergantung hidup kepada dadah.
Penyalahgunaan dadah menurut Islam:
Tiada ayat al-Quran atau hadis mengenai dadah secara khusus
Firman Allah s.w.t:
-Maksudnya: “..dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu
ke dalam kebinasaan..”(al-Baqarah: 195)
-Maksudnya: “wahai orang-orang yang beriman! Bahwa sesungguhnya
arak dan judi, dan pemujaan berhala dan bertenung nasib adalah
perbuatan keji dari perbuatan syaitan”(al-Maidah:90-91)
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan – penyalahgunaan
dadah – haram kecuali untuk tujuan perubatan
PERGAULAN BEBAS
(SEKS BEBAS)
Zina ialah persetubuhan lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa
melalui perkahwinan yang sah (Zina).
Seks yang menyimpang:
• Homoseksual, Lesbian (musaqah),Onani / masturbasi, Bestially, Fetish,
Molested,
Exhibition.
Sumbang Mahram:
Seseorang yang bersetubuh dengan seorang yang tidak dibenarkan
berkahwin
oleh hukum syarak sebab keturunan, sesusuan dan perkahwinan.
Membendung seks terlarang:
• Berkahwin secara sah
• Mengawal pandangan mata
• Mengasingkan tempat tidur
• Menutup aurat dengan sempurna
• Menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas dan serius
termasuk menetapkan hukuman yg lebih berat
PUNCA KERUNTUHAN
AKHLAK
• Ibubapa gagal memainkan peranan
– Tidak ambil berat soal agama
– Mengabaikan tanggung jawab
– Kebebasan tidak terbatas
– Sikap liberal yang tiada bertempat
• Keluarga yang tidak sempurna
• Hilang pedoman hidup
• Pengaruh luar yang tidak seimbang
• Budaya barat yang tiada beretika
• Trend masyarakat barat menjadi cara hidup kita
• Peraturan dan undang-undang yang diabaikan
• Golongan berilmu tidak memainkan peranan
• Pengaruh media massa
Faktor Keruntuhan Akhlak
• Kerenggangan dalam keluarga
• Individualistik
• Materialistik
• Kurangnya didikan agama
• Kerapuhan jatidiri
• Pergaulan dan persekitaran
• Media massa
• Penyalahgunaan teknologi
PENUT
UP
Melihat kepada permasalahan dan gejala sosial yang melanda para
pelajar IPT dan remaja kita pada hari in amatlah mencemaskan.
Tindakan untuk mengawalnya sudah sampai ke tahap yang dianggap
terdesak.
Pertaruhannya adalah masa depan negara dan generasi Malaysia.
Walaupun sudah banyak kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak
mengenai sikap dan tingkahlaku pelajar dan remaja tetapi kajiannya
lebih bersifat tujuan akademik dan tertumpu kepada punca masalah dan
biasanya bersifat umum sahaja. Di sebabkan terlalu banyak punca yang
diramalkan , tindakan untuk membendung masalah tidak lagi berfokus.
Meskipun ada cadangan mengenai cara mana mengatasi masalah,
namun ia hanya berakhir di meja perbincangan, forum atau seminar.
Memang ada program yang dirangka untuk remaja dan pelajar tetapi
ianya hanya member manfaat kepada segelintir mereka sahaja dan lebih
bersifat komersial. Ibu bapa, guru-guru,pensyarah-pensyarah dan
masyarakat perlulah berganding bahu dan bekerjasama dalam memikul
tanggungjawab mendidik anak-anak dan para pelajar. Sebagai
masyarakat mikro, sekolah atau universiti sepatutnya mempunyai ciri-
ciri yang ada dalam masyarakat makro. Oleh itu adalah wajar supaya
pelajar didedahkan akan kesan buruk dalam masyarakat malalui
interaksi mereka di sekolah atau universiti. Kerajaan juga perlu
melancarkan satu kempen yang menyeluruh untuk menyedarkan remaja
dan pelajar supaya menghindarkan diri dalam apa jua bentuk gejala
buruk yang boleh merosakkan diri dan nama baik keluarga mereka.
Golongan ini juga perlu didedahkan dengan pengetahuan undang-
undang agar mereka gementar dengan hukuman.
Oleh itu segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus
dibendung dan di atasi supava ia tidak terus mewujudkan ancaman
besar terhadap aset yang tidak ternilai ini.
RUJUKAN
-KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
-PDRM,AADK,KKM dan PPDP
-www.sinarharian.com.my
-http://newshangat.blogspot.com/2016/01/media-sosial-dikatakan-
menjadi-punca.html
-https://lamintang.org/journal/index.php/ij-
humass/article/view/21#:~:text=Selain%20itu%2C%20masalah%2p
ergaulan%20bebas,bebas%20dalam%20kalangan%20remaja%20sek
olah.
-http://mpw2043syariahkias.blogspot.com/2017/02/punca-dan-
kesan-keruntuhan-akhlak.html
LAMPIRAN
LAMPIRAN
LAMPIRAN
LAMPIRAN