The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amirahn270, 2022-06-15 04:23:06

Tugasan Ke-4 (Paskal The Movie)

TAJUK PROJEK :

3. Mengulas sesuatu plot cerita dari filem PASKAL The Movie yang berkaitan dengan
peggerak kesepaduan nasional

KUMPULAN 4
1)SITI NUR AMIRAH BINTI ROSLAN (03DPR21F2065)
2)SITI NUR AISYAH BINTI MOHD NASIR (03DPR21F2063)
3)NOR ALIS NATASHA BINTI HASSAN (03DPR21F2080)
4)NUR AUNI SYAFIQAH BINTI JAISIRON (03DPR21F2081)
5)NABILA AROFIEINNII BINTI MOHAMAD FATHEL (03DPR21F2082)

NAMA PENSYARAH –RUSLINAWATI BINTI ABD GHANI

LAPORAN PROJEK
(TUGASAN 4)
MPU21032

FILEM
PASKAL
THE MOVIE

PENSYARAH :PUAN RUSLINAWATI BINTI ABD GHANI

PENGHARGAAN

NAMA NAMA NAMA
SITI NUR AMIRAH BINTI ROSLAN NUR AUNI SYAFIQAH BINTI NOR ALIS NATASHA BINTI
NO PENDAFTARAN JAISIRON HASSAN
03DPR21F2065 NO PENDAFTARAN NO PENDAFTARAN
03DPR21F2081 03DPR21F2080

NAMA NAMA
NABILA AROFIEINNII BINTI SITI NUR AISYAH BINTI MOHD
MOHAMAD FATHEL NASIR
NO PENDAFTARAN NO PENDAFTARAN
03DPR21F2082 03DPR21F2063

1.1 PENGENALAN KEBUDAYAAN
PENGGERAK KESEPADUAN NASIONAL

Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) merupakan suatu alat
perkongsian maklumat yang berpotensi untuk mempertingkatkan
kualiti Pendidikan,ekonomi,politik dan juga social,sama ada digunakan
secara formal ataupun tidak formal.Ianya melangkui batas umur
etnik,gender sama ada lelaki atau perempuan,orang kurang
upaya,muda atau tua ,bangsa tanpa ada sempadan masa.Kemajuan
TMK ini sangat memberi kemudahan kepada manusia.Namun begitu
terdapat juga kesan negatif kepada pengguna.Hal ini bergantung
kepada pengguna untuk menggunakkan TMK sama ada untuk urusan
yang boleh memberi manfaat atau memberi mudarat.Dalam kontek
hubungan antara manusia,TMK tidak boleh dipisahkan .Boleh
dikatakan pada masa ini setiap orang menggunakan TMK bagi
berinteraksi dengan orang lain sama ada urusan peribadi atau
rasmi,perseorangan atau berkumpulan dan jarak jauh atau
dekat.Kebergantungan manusia dengan TMK menunjukkan ia adalah
salah satu alat berinteraksi dan berhubung,seterusnya dapat
merapatkan hubungan.

Dengan ini ,Filem Paskal The Movie merupakan sebuah filem yang
berjaya membawa para penonton kepada kesepaduan nasional. Ia
juga Berjaya menanam dalam diri penonton semangat
nasionalisme,patriotism ,dan menghargai keamanan yang dikecapi
sekarang.

1.2 –KEPENTINGAN KESEPADUAN
NASIONAL

TMK meliputi semua teknologi yagmembantu penyampaian maklumat
seperti radio, televisyen, telefon mudah alih komputer dan internet
Bertindak sebagai teknologi komunikasi sama ada jarak dekat atau jauh.
Secara mudah, TMK mesti bersifat penggunaan teknologi untuk
menyampaikan maklumat dan melibatkan komunikasi dua pihak
Dalam konteks kesepaduan nasional di Malaysia, TMK berperanan penting
dalam usaha memupuk semangat perpaduan erat dan mengekalkan
keamanan yang berterusan dalam masyarakat di Malaysia.
TMK memainkan peranan yang penting dalam revolusi industry 4.0 dengan
memperkenalkan pelbagai media seperti saluran maklumat melalui media
social Facebook, Instagram, WhatsApp, Telegram,Zooms dan lain-lain.
Semua alat in boleh menjadi medium utama dalam mengukuhkan
kesepaduan nasional.
Pemantapan kesepaduan nasional berpaksikan etika dan peradaban
Malaysia perlu seiring dengan perkembangan teknologi terkini, khususnya
TMK. TMK berperanan penting dalam usaha memupuk perpaduan erat dan
mengekalkan keamanan yang berterusan dalam kalangan masyarakat di
Malaysia.
Ia merupakan tapak digital yang memberi ruang kepada masyarakat
berinteraksi dan membina jaringan social. Aplikasi digital seperti
WhatsApp, Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Zooms contohnya
telah menjadi latar hidup masyarakat generasi semasa.
Dari filem PASKAL The Movie , penonton diajak untuk menghayati watak
serta plot cerita dan seterusnya mengambil iktibar daripada filem PASKAL
The Movie diantaranya ialah kekeluargaan , kasih sayang , semangat
patriotisme , nasionalisme berbanding dengan filem lain yang memaparkan
poronografi , cinta monyet ataupun cinta plastik dan sebagainya yang
membawa kepada keruntuhan ahlak generasi sekarang.

2.0 CARTA GANTT

Bulan Mei 2022 Jun 2022

Penerangan Mingg Mingg Minggu Minggu
u 10 u 11 13 14
Mingg Mingg Mingg
u u9 u 12

Membuat perancangan Projek

a. Menetapkan matlamat dan objektif
b. Membentuk draf aktiviti bersama ahli kumpulan
c. Merangka draf tentatif projek

Menghasilkan kertas projek dan membentangkan

Membentuk struktur organisasi, menyediakan
senarai semak tugasan
a. Nor Alis Natasha (Ketua projek)
b. Nur Auni Syafiqah (Timbalan Ketua Projek)
c. Siti Nur Aisyah (Perancang aktiviti kumpulan)
d. Siti Nur Amirah (Penyelaras bahan ICT dan

multimedia)
e. Nabila Arofieinnii (Editor)

Menetapkan butiran penting projek seperti tarikh,
masa, bahan dan seumpamanya.

Melaksanakan projek seperti yang dirancang dan
mengedarkan borang maklum balas penilaian
projek kepada ahli kumpulan serta
mungumpulkan bahan seperti dalam
perbincangan.

a. Menyediakan laporan bertulis serta mempunyai
gambar

b. Mengadakan post mortem aktivit dan membuat
refleksi dengan merujuk kepada borang
penilaian peserta.

3.0 FILEM PASKAL THE MOVIE

Pemilihan Cerita yang bersesuaian dengan tajuk cabaran kelesterian
etika dan peradaban ialah Filem Paskal The Movie. Filem Paskal The
Movie suatu filem arahan Adrian Teh,diterbitkan pada 27 September
2018 oleh Asia Tropical Films Golden Screen Cinemas Multimedia
Entertaiment Granatum Ventures Astro Show. Dari segi plot filem ini
mengambarkan pelbagai nilai-nilai yang baik yang boleh dicontohi
oleh semua masyarakat.

SINOPSIS

PASKAL THE MOVIE memgisahkan tentang Leftenan Komander Arman
Anwar, seorang anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) iaitu pasukan

elit Tentera Laut Diraja Malaysia. Namun ibunya tidak merestui
pekerjaannya kerana ayahnya juga seorang ahli PASKAL yang telah
terkorban semasa menjalankan tugas. Apabila rakan sepasukannya

terkorban dan seorang lagi diberhentikan , Arman membuat
keputusan untuk berhenti.

Namun, dia terhimpit dengan misi terakhir yang perlu diselesaikan

3.1 OBJEKTIF

1.Untuk membikin sebuah filem aksi yang benar-benar meninggalkan impak
kepada penonton memang bukan mudah waima dari mana-mana negara
dan Bahasa sekalipun
Tunjang utama kepada sebuah filem aksi pastinya adalah cerita yang
mengesankan , Teknik suntingan , sinematografi dan kemudiannya ditambah
dengn elemen kosmetik untuk menghidupkan karya berkenaan
Tidak cukup dengan itu , markah bonus untuk kesempurnaan sesebuah filem
aksi adalah dari aspek lakonan dan pemilihan tunjang utama yang
menerajui filem berkenaan

2.Begitu juga dengan pandangan awal penulis terhadap Paskal The Movie
atau Paskal yang baru sahaja membuka tirainya pada 27September lalu
dengan kutipan sebanyak RM7.5 juta dalam masa empat hari tayangan
Sementalah , tidak banyak filem aksi yang mengenengahkan fungsi total
badan beruniform di negara ini sebagai plot utama cerita dan lebih
mengutamakan kisah cinta filem Qhaliq . Maka, penulis meletakkan
harapan tinggi untuk melihat Paskal menjadi sebuah filem yang berbeza
Ternyata , pandangan skeptikal penulis di awalnya tidak semena mena
berubah sebaik sahaja 10 minit pertama PASKAL ditayangkan . Itu juga
adalah normal kerana secara psikologinya , 10 minit pertama itu dianggap
penting dalam menentukan tumpuan penonton untuk terus menonton filem
hingga tamat

3. Cerita PASKAL bermula dengan cukup baik dalam menterjemahkan dan
memberikan gambaran kepada penonton tentang perjalanan dan focus
utama filem arahan Adrian The Kean Kok atau Adrian The(King og
Mahjong,2015) ini.
Seperti mana yang penulis katakan di awal tadi , penceritaan dan
Garapan yang baik akan menentukan hala tuju sebuah filem aksi itu
dengan memberikan tumpuan kepada perkara yang tepat .
Dalam konteks PASKAL , semuanya berada dalam keadaan yang sempurna
. Ini bermaksud ia memiliki premis cerita yang baik dengan susunan yang
dilakukan secara teliti dan kemas

ULASAN

Paskal mungkin ialah sebuah filem yang lain daripada yang lain.
Ianya pertama kali dalam sejarah, kita diperlihatkan dengan aset
ketenteraan yang sebenar dalam sebuah filem yang padat dengan
aksi. Memang aku boleh katakan, aset ketenteraan kita hebat. Tidak
dinafikan.

Sebelum bercerita lanjut mengenai Paskal, aku nak beritahu bahawa
plot penceritaan Paskal dibina dengan mencantumkan dia tragedi
kisah benar. Dua kisah benar ini diselitkan dengan setting yang fiksyen
dan kemudiannya diselitkan supaya fit dengan watak dan juga twist.

Menonton Paskal ibarat menonton tiga episod siri tv mega yang
berbayar. Episod pertama, lanun Somalia, episod kedua, konflik
Hairul Azreen, dan episod tiga lanun Filipina.

SAMBUNGAN …

Pada aku, Paskal memang filem yang memuaskan. Namun, Paskal
bukanlah sebuah filem yang cukup sempurna untuk menjadikan ianya
sebuah filem aksi ketenteraan yang mengagumkan. Tapi, untuk taraf
dan kualiti masa sekarang, Paskal boleh dikira gah.

Selesai menonton Paskal, aku lebih mudah menyimpulkan bahawa
filem ini ialah pesta untuk menayangkan aset ketenteraan negara.
Filem ini diberi peluang untuk menunjukkan bahawa Malaysia juga
ada kekuatan dari aspek ketenteraan yang boleh diceritakan. Kita
dipaparkan dengan visual aset ketenteraan yang tak pernah
dipaparkan dalam filem Malaysia sebelum ni.

Selain pesta tayang aset ketenteraan, Paskal tak lebih tak kurang
hanyalah sebuah kisah tentang kawan makan kawan, pilihan yang
salah, salah tanggapan tentang Paskal, jiwa ibu yang sayangkan
anaknya, dan juga isteri yang menyayangi suaminya. Dimudahkan
cerita, Paskal masih ada elemen kasih sayang yang menjadi perencah
penyedap untuk mengisi lompong plot yang panjang.

SAMBUNGAN …

Elemen drama kekeluargaan ini memakan masa separuh daripada
filem. Ianya, pada aku secara peribadi menjadi aspek terlemah filem
ini. Elemen persahabatan, pengkhianatan dan kasih sayang digarap
ringkas namun gagal untuk dimuatkan dalam sebuah filem bercorak
aksi sebegini. Ianya seakan tidak fit dengan plot ketenteraan yang
ada. Rasa macam weird je!

Malah, beberapa dialog yang kaku dan skema menjadi pembunuh
kepada kualiti filem ini. Ianya sepatutnya diperkemaskan dengan baik
dan tidak sepatutnya terjadi. Malangnya, filem ni dah dicacatkan!

Namun, aku tidak dinafikan, saat pasukan Paskal beraksi, di situ ialah
antara kekuatan paling jitu filem ni. Bila lau dah nak rasa bosan
dengan plot kasih sayang tu, filem ni masukkan misi Paskal yang
membuatkan kita celik.

Baiklah, abaikan plot cinta dan kasih sayang ibu ayah tu. Fokus pada
adaptasi misi sebenar kepada filem ini dahulu. Pada aku, adegan
serangan dan aksi tempur Paskal dalam filem ni memang terbaik.
Ianya lebih baik dari J Revolusi, tetapi membandingkannya tidak
menjadikan filem Paskal lebih tinggi.

SAMBUNGAN…

Kebijakan lakonlayar untuk membina situasi tegang boleh dipuji. Paskal
berjaya mencipta situasi serangan pelantar minyak dengan baik. Malah
watak Zariff/ Jeb menjadi watak yang menyerlah kerana background
watak yang kukuh! Ianya seperti melihat watak jahat dalam filem
Hollywood.
Hairul Azreen diberi ruang untuk menyerlah berbanding rakan rakannya
yang lain. Namun, watak watak pasukan Paskal lain seperti Ustat antara
yang berjaya diserlahkan walaupun hanya menyelit sekali sekala. Hafizul
Kamal sebagai Yan juga antara yang menjadi lawaknya.
Agak mengecewakan sedikit apabila Amerul Affandi tidak diberi peluang
untuk menjadi lebih menyerlah dari apa yang kita lihat. Wataknya
ditampilkan agak besar, menjadi pembayang kepada apa yang bakal
menimpa pasukan Paskal, namun malangnya mempunyai kesudahan yang
mengecewakan.
Watak Amerul tenggelam dengan watak Jeb yang mana dibina dengan
keseimbangan yang gagal. Hubungan Jeb dan lanun tidak digambarkan
dengan jelas sekaligus menjadikan antagonis filem ni terlalu lemah. Kalau
nak ikut, watak lanun Somalia di awal filem lebih baik daripada lanun
finale filem ni.
Menonton Paskal memang buatkan kita meremang. Memang tak pernah
ada lagi dalam sejarah filem kita visual rakaman terjunan Halo. Kalau
terjunan Halo ni, mostly kita selalu layan dalam filem Mission Impossible je.

SAMBUNGAN…

Paskal berjaya buat adegan tu walaupun kerja kameranya tidak begitu kemas.
Aspek CGI filem ini memang sederhana. Beberapa scene darah yang menggunakan
implementasi CGI agak obviously fake namun masih boleh diterima. Ada scene CGI yang
terlalu teruk terutama sekali pada adegan akhir di tugu tu. But, ada yang menjadi seperti
scene tembakan udara. Terbaik tu!
Skor muzik filem ni berjaya menjadi pembawa emosi yang baik kepada setiap adegan
aksi filem ni. Setiap muzik latar berjaya memberikan adrenalinnya yang tersendiri
sekaligus memberikan rasa seperti menonton filem military daripada luar negara.
Apa aku mampu katakan, Paskal dihasilkan dengan gaya yang sederhana. Tiada visual
seakan filem Michael Bay, slow motion yang melampau, helikopter terbang menghadap
matahari, bendera Malaysia yang merata rata. Semua tu tiada. Tapi, ianya ialah sebuah
filem yang membuktikan bahawa kita mampu menghasilkan filem ketenteraan masa kini
yang sangat realistik. Yelah, sebelum ni kita selalu disajikan dengan filem askar zaman
sebelum mereka je. Ini baru gempak!
Aku simpulkan bahawa Paskal tidak sempurna. Ni jujur ni! Tapi, untuk sebuah genre
ketenteraan masa kini dengan aset canggih dari negara Malaysia, filem ni berjaya
mencapai objektifnya. Penonton berjaya dikagumkan dengan scene kapal selam, taktikal
serangan dan juga terjunan Halo. But, pembinaan plot harus dikemaskan lagi dan tidak
mengikut acuan filem Malaysia yang memerlukan aspek cinta sebagai perencah wajib.
So, mungkin aku lebih mengharapkan ada lagi filem seperti ini di masa hadapan untuk
menyempurnakan apa yang Paskal gagal sempurnakan. Buat masa ini, Paskal ialah
sebuah filem ketenteraan yang membuatkan kita sebagai rakyat Malaysia berbangga
dengan aset ketenteraan yang kita ada.

SAMBUNGAN…

3.3 CADANGAN

Pada pandangan saya, filem PASKAL THE MOVIE ini ialah filem
lakonan semula yang di arahkan oleh Adrian Teh . Dalamnya terakam
sejarah bangsa dan negara yang akan memotivasikan generasi hari
ini dan masa hadapan tentang keperitan kehidupan serta kentalnya
pejuangan mereka demi mempertahankan maruah negara yang
tercinta.

Di dalam filem ini, setiap momen dalam carita ini adalah mengisahkan
tentang kisah Pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang pasti
tidak diketahui ramai. Pemilihan cerita tentang Paskal adalah tepat
dengan apa yang telah dipersembahkan dalam filem ini, sedikit
sebanyak ia dapat membuka mata dan minda masyarakat untuk
melihat kehebatan pasukan ini dalam konteks yang lebih besar.

SAMBUNGAN…

CADANGAN

Tidak sedikit pun momen dalam filem Paskal dibazirkan begitu sahaja
dengan subplot yang tidak berkenaan dan menjejaskan jalan
ceritanya. Penulis tidak menafikan jika dilihat secara lazimnya, filem
Paskal adalah sesuatu yang normal dan sudah ditonton sebelum ini
menerusi filem-filem terbitan antarabangsa walaupun bukanlah
secara menyeluruh.

Akan tetapi, daripada cerita yamg biasa itu, olahan dan garapan
yang kemudiannya mencipta sebuah lakon layar yang berkesan itulah
yang menjadikan Paskal sebuah karya yang berada dalam kelas
tersendiri untuk sebuah filem aksi.
Penghasilan filem Paskal dibuat dengan begitu menyeluruh dan benar-
benar mengeskploitasi unit khas itu secara maksimum dalam
memberikan pendedahan kepada mesyarakat tentang fungsi sebenar
mereka.

5 TEMA FILEM PASKAL THE MOVIE

Antara tema filem ini ialah :
1. Patriotisme; Patriotisme berasal dari kata 'patriot' dan 'isme' yang memiliki arti sifat
kepahlawanan atau jiwa pahlawan, atau juga heroism serta patriotism dalam bahasa
Inggris. Pengorbanan tersebut dapat berupa harta benda atau jiwa dan raga
seseorang. Orang yang mempraktikkan patriotisme disebut dengan patriotik, yaitu
orang-orang yang memiliki rasa cinta terhadap Tanah Air sehingga rela dan berani
berkorban demi keberlangsungan hidup bangsa dan negara. Maka dari itu, perlu
bagi kita untuk meningkatkan sikap patriotisme dalam kehidupan sehari-hari.
2. Kekeluargaan; Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat; Kekeluargaan didefinisikan
sebagai; yg berkaitan dgn keluarga atau hubungan sebagai anggota di dalam
sesuatu keluarga (berasaskan perhubungan keturunan atau disebabkan perkahwinan.
Atau hubungan atau pertalian antara seorang dgn seorang yg lain sbg anggota
sesuatu keluarga (famili, kaum kerabat, dsb);
3. Nasionalisme; Menurut Marshall (1998;439) nasionalisme boleh ditakrifkan sebagai,
"Sentiment aspiration, and consciousness are all terms applied to what constitutes
nationalism, or valuation of the nation-state above all else. However, it also entails
certains assumptions about the will to self-determination, the existence and indeed
desirability of diversity, the superiority of the sovereign state over other forms of rule,
and the centrality of national loyalty to political power as basic form of legitimation."
4. Kasih Sayang dalam Persahabatan; KASIH SAYANG merupakan kepekaan dan
perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang
ikhlas.
5. Semangat Berpasukan; Secara ringkasnya kerja berpasukan merujuk kepada
pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan
menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan.
Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai
kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran
dan pengatahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi
pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama

(SILA IMBAS QR CODE DI SEBELAH KANAN
UNTUK MELIHAT VIDEO TEMA FILEM INI )

TEMA1 –PATRIOTISME

Gambar rajah dibawah merujuk kepada tema PATRIOTISME
Disini kita dapat melihat betapa mereka menunjukkan nilai cinta
akan negara seperti dialog “ Saya berkorban demi Negara “

TEMA 2-KEKELUARGAAN

Gambar yang dipamerkan menunjukkan nilai kekeluargaan yang
perlu dicontohi oleh setiap penonton , walaupun Arman sedang
menjalankan tanggungjawab , beliau tetap memikiran kesihatan
ibunya yang tercinta , dalam keadaan ibunya tidak memahami
keadaannya , beliau tetap taat dengan kata kata ibunya

TEMA 3 - NASIONALISME

Aksi yang ditunjukkan ini adaah situasi semasa pasukan PASKAL
membantu kepal yang hamper ditawan oleh sepasukan Lanun .
Situasi ini menunjukkan betapa kentalya mereka menghadapi segala
rintangan demi menyelematkan kapal dan mangsa yang berada di
dalamnya . Pasukan PASKAL ini lebih mementingkan tugas yang perlu
dilaksanakan berbanding nyawa mereka sendiri

TEMA 4 –KASIH SAYANG DALAM
PERSAHABATAN

Dalam babak yang ditunjukkan ini , menunjukkan nilai persahabatan yang
tinggi yang amat menyayat hati , walaupun hanya sekadar rakan setugas ,
hubungan mereka seolah olah adik beradik kandung kerana apabila ada
masalah yang timbul pasti mereka akan menghadapinbersama sama .
Setelah kematian Joshua semasa bertugas , Arman menggalas
tanggungjawab untuk menjaga isteri dan anak Joshua tanpa berkira
tentang wang dan sebagainya .

TEMA 5 – SEMANGAT BERPASUKAN

Gambar yang ditunjukkan di bawah adalah babak semasa mereka
bertugas . Semangat berpasukan yang tinggi yang ditunjukkan perlu
dicontohi oleh generasi muda sekarang supaya dapat menggalas
tanggungjawab yang diberikan dengan baik . Babak di bawah
menunjukkan pasukan mereka yang sedang bercuti dan rehat
denganorang yang tersayang tetapi apabila arahan untuk bertugas
dikeluarkan , mereka terus pergi ke destinasi yang diarahkan tanpa
memikiran tentang cuti dan rehat mereka .

3.5 NILAI DAN PENGAJARAN

Kajian ini menganalisis nilai patriotisme iaitu setia kepada negara
dalam filem PASKAL The Movie (2018). Analisis ini menggunakan
pendekatan lima elemen model Lasswell (1948) iaitu Who, Say
What, In Which Channel, To Whom dan With What Effect. Struktur
model Lasswell (1948) ini dapat mengenalpasti proses
penyampaian mesej yang disampaikan oleh pengirim dalam
konteks komunikasi yang memberi kesan kepada audiens terhadap
mesej yang diterimanya. Kajian ini mendapati elemen naratif yang
disampaikan melalui pemaparan adegan filem PASKAL The Movie
(2018) telah memperkuatkan mesej setia pada negara, sekaligus
mengangkat tema dan nilai patriotisme. Melalui kaedah
pemerhatian (tontonan filem), kajian mendapati bahawa dialog
memainkan peranan penting sebagai pembawa mesej yang
melambangkan nilai murni dalam konteks patriotisme. Selain itu,
bahasa filem menerusi adegan filem PASKAL The Movie (2018)
juga turut memberi gambaran jelas tentang representasi nilai
patriotisme terhadap keluarga, bangsa dan negara. Oleh itu,
kajian ini menterjemahkan impak mesej melalui medium filem
khususnya nilai patriotisme terhadap negara Malaysia.

3.6 -PENUTUP

Semangat patriotisme terutama dalam kalangan remaja masa
kini dapat ditingkatkan
menerusi Filem PASKAL.Sebagai contoh, penentangan yang
berlaku di Angola pada tahun 1998 dan di Teluk Aden pada
tahun 2011. Para anggota anggota elit Pasukan Khas Laut
(PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam
Misi Pengaman PBB di Angola dan misi merampas kapal
dagang daripada lanun Somalia sehingga sanggup
mengorbankan nyawa dan keluarga mereka. Kita diajarkan
tentang erti kesusahan dan kesulitan masyarakat dahulu dalam
memperjuangkan tanah air. Hal in sedikit sebanyak akan
menimbulkan perasaan cinta yang mendalam kepada
Negara sehingga akan menyebabkan mereka bersemangat
tinggi untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah dicapai.
Seramai 1 anggota PASKAL telah terkorban dalam membuat
risikan terhadap sekumpulan lanun Somalia , Semua kenderaan
dan tempat itu dibom dan ditinggalkan oleh lanun - lanun
Somalia .

SAMBUNGAN…

PENUTUP

Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di
Negara kita pada masa kini seperti yang didakwa oleh banyak
pihak. Hal in berlaku demikian kerana masing-masing sibuk dengan
urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan
perkara lain. Masyarakat zaman kini lebih mementingkan perkara
yang menguntungkan diri mereka sendiri. Oleh itu, mereka tidak
menitikberatkan semangat patriotisme dan tidak mengamalkan
semangat patriotik. Semoga iktibar yang diperolehi dari peristiwa
Filem PASKAL dapat meningkatkan semangat patriotisme rakyat
Malaysia.

4.0 KRITIKAN FILEM PASKAL THE MOVIE

JADUAL 1 : BENTUK KATA PINJAMAN

Contoh dialog

‘ Putuih legamen aku ni “

‘ dia kuat genetik pak dia legend ‘

“ Semua kru sudah diarahkan berlindung dalam citadel


“ tidak semua kawan-kawan dan keluarga kamu faham
akan kerja kita jadi anggap lah itu sebagai satu
ibadah “

1. Kritikan pakar Bahasa Melayu

Kod filem in ialah kata pinjaman daripada bahasa Inggeris. Jadual 4.1 menunjukkan contoh
percampuran kod kata pinjaman daripada bahasa Inggeris iaitu perkataan legamen, genetik,
dan Menurut Campbell (2004). perlakuan pinjaman perkataan daripada bahasa asing (donor
language) dan disesuaikan kepada bahasa penerima (recipient language) seterusnya, leksikal
yang dipinjam tersebut menjadi sebahagian daripada kamus bahasa merupakan proses
berlakunya kata pinjaman. Jika dilihat perkataan-perkatan seperti legamen dan genetik ini
merupakan perkataan yang mempunyai laras bahasanya tersendiri seperti laras Bahasa
sanskrit yang tiada istilahnya dalam bahasa Melayu. Bagi perkataan kru pula. pinjaman
daripada perkataan bahasa inggeris *crew*. Perkataan in berlaku perubahan ejaan
bersesuaian dengan Ieksikal bahasa Melayu. Seterusnya, bagi perkataan ibadah. Ibadah
merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab, Oleh hal yang demikian, bahasa
Melayu telah melakukan peminjaman leksikal bahasa Arab tersebut dengan melakukan
pengekalan bunyi dan makna asal seperti kata doa syarak dan ilmu. Berdasarkan S. Nathesan
(1996), bahasa Melayu telah menerima pengaruh bahasa luar sejak: 2000 tahun dahulu.
Pengaruh ini bermula daripada bahasa Sanskrit, diikuti oleh bahasa Arab pula abad ke-11
dan seterusnya peminjaman bahasa Inggeris secara meluas.Oleh hal yang demikian,
perkataan-perkataan dalam Jadual 1 jelas melihatkan percampuran kod yang berlaku dalam
filem Paskal The Movie berdasarkan bentuk kata pinjaman.

DATA CONTOH DIALOG
FE 1
FE 2 wahh.. Thank you
FE 3
Good job semua !

kalau korang tak nak boleh bagi
alasan yang cukup kuat aku
cadangkan korang semua give up
saja lah ,aku cakap give up !

Kritikan pakar Bahasa Asing
Percampuran kod berdasarkan jadual di atas merupakan
percampuran kod yang mempunyai fungsi ekspresif. Fungsi ini
menggambarkan emosi watak-watak yang tendapat dalam filem
Paskal The Movie. Emosi yang ditunjukkan menyebabkan
berlakunya percampuran bahasa asing. Hal ini juga sering
berlaku dalam perbualan harian masyarakat pada hari in untuk
menyampaikan emosi sama ada emosi gembira, marah ataupan
sedih. Data FE 1 dan PE 2 masing-masing memberikan penegasan
emosi yang gembira apabila menerma khabar gembim atan
menenma sesuatu danpada orang lain. Ucapan "Thank you"
dalam bahasa Inggeris lebih menunjukkan keterujaan berbanding
dalam bahasa Melayu 'terima kasih* yang diucap dengan penuh
kelembutan bersesuaian dengan adab orang Melayu. Selain itu,
bagi ayat *good job semua', perkataan ini sering digunakan
untuk memberikan pujian atas usaha orang lain menjayakan
sesuatu perkara. Ayat dalam bahasa Inggeris sangat ringkas dan
mudah diucapkan berbanding dalam bahasa Melayunya "usaha
yang baik semua'. Data FE: 3 iaitu penggunaan perkatian 'give
up * dalam ayat tersebut menunjukkan ekspresi Ketnardhant oleh
Tuan Maznan yang merupakan pelatih ketenteraan .

2.A) KRITIKAN DARIPADA PENGGIAT SENI

Namun kelemahan menonjolkan diri dari segi lakonan.
Terutamanya watak-watak sokongan dan sampingan yang
agak kaku. Malah lakonan pelakon utamanya Hairul Azreen
juga bukanlah yang terbaik, namun OK sahaja. Namun
ketangkasan menjalankan babak berlawan yang sengit
secara tidak langsung telah berjaya menutupi kelemahan
tersebut. Apa pun, kelemahan ini kecil sahaja dan tidak
merosakkan persepsi penonton terhadap filem ini secara
keseluruhan. Lagipun lakonan pelakon-pelakon utama lain
yang baik telahpun mengalihkan tumpuan penonton dari
kelemahan tersebut. Tetapi paling penting, filem ini
sememangnya mempunyai elemen-elemen patriotik yang
berkesan membuatkan anda bangga menjadi rakyat
Malaysia. Jika anda anggota pasukan keselamatan atau
mempunyai keluarga di kalangan anggota keselamatan,
bertambah-tambahlah kebanggaan anda tergolong dalam
golongan ini. Hasil pemerhatian didapati kebanyakan kata
pinjaman yang tendapat dalam percampuran.

https://experimeblog1.blogspot.com/2018/09/review-filem-
paskal-movie.html?m=1

2.B) KRITIKAN DARIPADA KISAH BENAR

Sebelum bercerita lanjut mengenai Paskal, aku nak
beritahu bahawa plot penceritaan Paskal dibina
dengan mencantumkan dia tragedi kisah benar. Dua
kisah benar ini diselitkan dengan setting yang fiksyen
dan kemudiannya diselitkan supaya fit dengan watak
dan juga twist.Elemen drama kekeluargaan ini
memakan masa separuh daripada filem. Ianya, pada
aku secara peribadi menjadi aspek terlemah filem ini.
Elemen persahabatan, pengkhianatan dan kasih
sayang digarap ringkas namun gagal untuk dimuatkan
dalam sebuah filem bercorak aksi sebegini. Ianya
seakan tidak fit dengan plot ketenteraan yang
ada.Malah, beberapa dialog yang kaku dan skema
menjadi pembunuh kepada kualiti filem ini. Ianya
sepatutnya diperkemaskan dengan baik dan tidak
sepatutnya terjadi.

https://experimeblog1.blogspot.com/2018/09/review
-filem-paskal-movie.html?m=1

3. KRITIKAN DARIPADA AKHBAR

Filem PASKAL The Movie diarahkan oleh Adrian Teh dan
diterbitkan oleh Asian Tropical Films, GSC, Multimedia
Entertainment, Granatum Ventures dan Astro Shaw.

PASKAL The Movie berkisarkan mengenai kisah kejayaan
anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja
Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998
dan misi merampas kapal dagang daripada lanun Somalia di
Teluk Aden pada 2011.

Diinspirasikan dari kisah benar, filem ini dibintangi oleh Hairul
Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit
Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan
ramai lagi.

Dalam pada itu, ketika berucap pada Majlis Penghargaan
PASKAL The Movie, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri
Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berharap agar
filem ini dijadikan sebagai asas dalam menarik lebih ramai
minat belia untuk menyertai dalam bidang pertahanan
negara.

https://experimeblog1.blogspot.com/2018/09/review-filem-
paskal-movie.html?m=1

5.0-REFLEKSI
(DIRI)

NOR ALIS NATASHA BINTI SITI NUR AMIRAH BINTI
HASAN ROSLAN
03DPR21F2080 03DPR21F2065

Refleksi yang saya dapat Refleksi yang saya dapat semasa
semasa menghasilkan projek ini menghasilkan projek ini ialah
ialah saya dapat mendalami saya dapat mengetahui cara
jalan cerita PASKAL THE MOVIE membuat projek menggunakan
serta mencari segala maklumat aplikasi (FLIPBOOK) dan
berkaitan dengan FILEM. menguruskan dengan baik. Saya
Antara pengajaran yang saya juga dapat mencari segala
dapat melalui cerita ini ialah maklumat filem di dalam google.
sentiasa berkerjasama dalam pengajaran yang saya perolehi
satu pasukan supaya objektif dari filem ini ialah sikap
tercapai dan dapat bertanggungjawab.
menyelesaikan tugas dengan Kisah sepasukan yang diberi
cara yang terbaik . FILEM ini juga tanggungjawab untuk melindungi
mengajar anak anak muda untuk negara daripada diserang lanun
terus tekad dalam menjalankan jahat. . Mereka berusaha untuk
misi walaupun apa jua rintangan menjaga keamanan negara
yang dihadapi. tanpa mengira keselamatan diri
Objektif filem ini Berjaya sampai sendiri. Filem ini memberikan
ke hati penonton dan dapat banyak unsur yang positif
memberikan banyak nilai dan kepada penonton. Filem ini juga
pengajaran kepada penonton. Berjaya menjadi satu filem yang
terkenal tentang semangat
patriotism.

5.0 REFLEKSI DIRI

SITI NUR AISYAH BINTI MOHD NUR AUNI SYAFIQAH BINTI
NASIR
JAISIRON
03DPR21F2063
03DPR21F2081

Refleksi yang saya dapat semasa Refleksi yang saya dapat semasa
menghasilkan projek ini ialah saya menghasilkan projek ini ialah saya
dapat berkerjasama denagan ahli dapat membaca dengan lebih
kumpulan untuk menyiapkan segala detail tentang objektif filem untuk
tugasan yang diberi untuk disampaikan kepada penonton.
menyiapkan segala tugasan yang Segala jalan cerita filem ini saya
diberi untuk menghasilkan dapat baca setiap satu.
(FLIPBOOK) tentang Filem Paskal. Antara refleksi yang saya dapat
Antara pengajaran yang saya melalui filem ini ialah menjalankan
dapat tentang filem ini ialah yang tugas dengan penuh semangat
saya dapat tentang hubungan patriotisme. Mereka sepasukan
silaturahim yang erat antara kawan menggangap tugasan yang
kawan kawan walaupun hanya diberikan itu satu Amanah yang
sebatas rakan di tempat kerja perlu dipikul demi menjaga
,mereka tetap rapat seperti adik- keamanan negara. Kumpulan
beradik kandung sendiri.tetap PASKAL sentiasa meletakkan
menjaga antara satu sama lain kepercayaan mereka kepada tuhan
walaupun bukan dalam waktu mereka untuk melindungi mereka
kerja.hubungan yang erat ini semasa menjalankan
memberi satu nilai yang positif tanggungjawab yang diberi.
kepada penonton supaya dapat
menjadian ia sesuatu yang perlu
dicontohi.

5.0 REFLEKSI DIRI

NABILA AROFIEINNII BINTI MOHAMAD FATHEL
03DPR21F2082

Mengikuti filem ini saya dapat berkerja dalam kumpulan serta
bertoleransi pengajaran yang saya dapat melalui filem ini ialah
menghormati orang yang lebih tua walau apa jua keadaan.nilai
positif ini perlu dicontohi oleh anak-anak muda supaya negara lebih
aman.nilai-nilai positif yang ditayangkan di dalam filem ini
merupakan nilai yang perlu dicontohi oleh anak-anak muda yang
bakal menjadi pemimpin negara .filem ini juga merupakan filem. Filem
ini juga merupakan filem patriotik yang patut mendapat
pengisytiharaan negara.

6.0- KESIMPULAN

Tidak dapat dinafikan filem PASKAL ini menggunakan template jalan
cerita Hollywood , namun filem ini sememangnya tanpa syak adalah
antara yang terbaik dalam industri filem aksi Malaysia . Dari sudut
yang lebih luas , ia adalah batu loncatan pertama untuk membikin
lebih banyak filem-filem aksi Malaysia yang lebih baik. Dengan kata
lain , memandangkan kini telah terbukti bahawa pembikin filem
Malaysia boleh membuat filem aksi sebegini hebat , mereka boleh
menumpukan kepada jalan cerita yang lebih luar biasa dan tidak
terkongkong oleh templete filem Hollywood . Barulah industri filem
tempatan dapat berkembang lebih jauh.

Memanglah jika dibandingkan dengan filem terbaik Hollywood , filem
ini tidaklah seberapa, tetapi jika dibandingkan di kalangan filem
tempatan , filem ini sememangnya antara yang terbaik , tanpa syak
lagi . Sebagai sebuah filem tempatan , kami mahu berikannya markah
10/10 , tetapi kami perlu adil kepada semua filem .

Filem ini sendiri memberi kesedaran kepada segenap lapisan
masyarakat untuk menghargai jasa dan pengorbanan para pejuan
negara .

8.0-RUJUKAN

Munirah Mustaffa et.al. 2020. Penghayatan Etika Dan
Peradaban,Kuching:Politeknik Kuching
Siti Zaharah Setapa et.al.2022.Penghayatan Etika Dan Peradaban
Subang Jaya:Penerbit Ehsan (M) Sdn.Bhd
https://wayangkini.com/tempatan/paskal-the-movie-akhirnya-sebuah-
filem-aksi-malaysia-terulung-telah-terhasil/
https://experimeblog1.blogspot.com/2018/09/review-filem-paskal-
movie.html?m=1
http://raimi-90.blogspot.com/2017/02/sinopsis-sergeant-
hassan.html?m=1

7.0 LAMPIRAN
1. AKHBAR

7.0 LAMPIRAN GERAK KERJA KUMPULAN


Click to View FlipBook Version