The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amirahn270, 2022-10-18 01:34:14

PENGAJIAN ISLAM JIRAN

PENGAJIAN ISLAM JIRAN

MPU23032-PENGAJIAN ISLAM

PENSYARAH:
PUAN KHODZIRAH BINTI AHMAD
AHLI KUMPULAN:
NUR ADREANA SAFFIYAH BT MOHD NAZRI (03DPR21F2059)
EZZA RIDIANI MISYA BT ROZISHAM (03DPR21F2072)
NOR HANAN AMANI BT ISMAIL(03DPR21F2078)

ISI KANDUNGAN

Bil Kandungan Halaman

• PENGENALAN 3

• KONSEP KEJIRANAN DAN DEFINISI KEJIRANAN 4-6

• HUKUMAN BAGI ORANG YANG MENYAKITI JIRAN 6

• KATEGORI JIRAN DAN JENIS JIRAN 6-7

• HAK JIRAN YANG PERLU DIPELIHARA 8

• HAK HAK JIRAN DALAM ISLAM 9

• HIKMAH DAN ADAB BERJIRAN TETANGGA MENURUT IMAM GHAZALI 10-13

• KESIMPULAN 14

• RUJUKAN 15

PENGENALAN

Hubungan yang utuh sesama anggota masyarakat ialah salah satu ciri ciri
masyarakat yang berkualiti, yakni sebuah masyarakat yang bukan sahaja berjaya
mewujudkan persekitaran yang aman dan juga harmoni sesama mereka malah
menjadi aset penting buat sesebuah Negara.

Setelah menyedari hakikat ini,Islam awal awal lagi menekankan betapa pentingnya
menjalinkan hubungan yang erat dalam kalangan masyarakatnya.Begitu indahnya
Islam,SubhanAllah! Namun, suruhan ini bukan terhad untuk sesama Islam sahaja,
malahan pelbagai agama,bangsa,warna kulit ,bahasa dan keturunan juga disuruh
supaya menjalinkan hubungan baik sesama manusia lebih lebih lagi jiran
tetangga.Hubungan baik sesama jiran tetangga sangat dititikberatkan dalam Islam
kerana ia merupakan salah satu cara hidup Islam sejak dulu lagi.

Dalam usaha mengekalkan keharmonian dalam hidup berjiran, hubungan yang baik
dan mesra sesama jiran tetangga tanpa mengira agama dan bangsa memainkan
peranan yang sangat penting sekali. Muslim yang bertimbang rasa dan menyedari
serta memahami hukum-hukum agama, adalah merupakan manusia yang paling
baik hubungannya terhadap jiran-jirannya. Mereka akan sentiasa menghormati dan
menimbulkan perasaan ihsan apabila berinteraksi sesama jiran. Islam banyak
menggariskan panduan agar umatnya sentiasa menjaga dan memelihara hubungan
dengan jiran.

KONSEP KEJIRANAN

Jiran mencakupi kepada semua orang Muslim dan kafir, orang taat beribadah dan
orang fasik, teman atau musuh, orang asing dan pribumi, orang baik dan orang
jahat, saudara dan bukan saudara, yang paling berdekatan rumahnya dan yang
berjauhan. Samada yang tinggal di atas, bawah, kiri, kanan, depan dan belakang
yang mencapai 40 buah rumah (Ibnu Hajar Al-Asqalani, 2010, Imam Al-Ghazali,
2009). Ini sesuai dengan hadis Rasulullah S.A.W dari Abu Daud yang bermaksud

‘Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga’

(Riwayat Abu Daud)

Kejiranan bererti suasana atau perhubungan yang positif dalam sesebuah kawasan,
saling melindungi dan bantu-membantu antara satu dengan yang lain (Persatuan
Penduduk Jentayu, 2011).

Jiran adalah mereka yang duduk dalam penempatan yang sama dengan
penempatan kita. Islam amat memelihara hak sesama manusia serta memandu
manusia untuk mencapai keharmonian dan kebahagiaan di dunia dan akhirat turut
memasukkan aspek-aspek penting yang memandu hubungan kejiranan supaya
manusia dapat hidup dalam keadaan aman dan selesa serta mendapat kebahagiaan

DEFINISI KEJIRANAN

Berdasarkan syarak, jiran ialah orang yang berdekatan dengan rumah kita sama ada
di kanan, kiri, di depan atau belakang mahupun di tingkat atas ataupun bawah
hingga 40 rumah dari setiap sudut.Dalam perkataan Arab, jiran membawa maksud
orang yang tinggal sebelah menyebelah atau tetangga. Oleh itu, dapat disimpulkan
bahawa semangat kejiranan membawa erti satu suasana dan perhubungan yang
positif dalam satu-satu kawasan kejiranan. Ini menunjukkan bahawa Islam menitik
beratkan hubungan harmoni dan persaudaraan di antara satu sama lain dan agama
Islam ialah sebaik-baik agama yang menghubungkan pertalian dan kebaikan di
antara sesama manusia.Menetapkan lingkungan jiran dan had jiran dalam sesuatu
kawasan berbeza-beza menurut keadaan tertentu dan suasana. Bahkan menurut Al-
Alusi dalam Kitabnya Ruhul Ma’ani Fi tafsiril Qur’an Al-Azim Wa Sab’ul Masani
bahawa penetapan jiran ini dan lingkunganya secara zahir kembali kepada uruf (adat
setempat). Ini pendapat yang agak tepat kerana dalam kaedah syarak menyebutkan
setiap yang datang dari perintah syarak ialah mutlak dan sekiranya tidak ada
penerangan jelas dari kaedah melaksanakannya juga tidak dapat dijelaskan dari
pemahaman zahir bahasa maka dikembalikan kepada adat kebiasaan dalam
melaksanakannya.

Dalil Al-Quran

Tuntutan supaya menjalinkan hubungan baik sesama jiran dijelaskan dalam firman
Allah SWT bermaksud :

''Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak
anak yatim, orang orang miskin, jiran tetangga yang dekat,jiran tetangga yang jauh,
orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu
miliki''.

(An-Nisa:36)

Berdasarkan huraian ayat diatas, yang dikatakan jiran ialah :

a)Orang yang tinggal serumah dengan kita.

b)Orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita.

c)Orang yang tinggal dalam lingkungan jarak 40 buah rumah dari rumah kita dari
segenap penjuru.

d)Orang yan tinggal senegeri dengan kita.

Hadith-hadith yang menceritakan akan kepentingan berlaku baik kepada jiran :

Daripada Abi Syuraih RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda
(‫) َم ْن َكا َن يُ ْؤ ِم ُن بِالل ِه َوا ْليَ ْو ِم ا ْْل ِخ ِر َف ْليُ ْح ِس ْن إِلَى َجا ِره‬
Maksudnya: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka
hendaklah dia berbuat baik kepada jirannya.” [Riwayat Muslim (77)]

Daripada Ibn Umar R.anhuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ُ‫ َحتَّى َظنَ ْن ُت أَ َّنهُ َسيُ َو ِرثُه‬،‫َما َزا َل ِج ْب ِري ُل يُو ِصينِي بِا ْل َجا ِر‬

Maksudnya: “Jibril sentiasa berwasiat kepadaku agar berlaku baik kepada jiran
sehingga aku menyangka bahawa jiran itu akan mewarisi hartaku.” [Riwayat al-
Bukhari (6015)]
Imam al-Nawawi menukilkan kata-kata daripada al-Qadhi ‘Iyadh bahawa makna
hadith ini adalah sesiapa yang beriltizam dengan syariat Islam maka wajib ke
atasnya untuk memuliakan atau berlaku baik kepada jiran dan tetamunya. Semua ini
menunjukkan akan kepentingan hak berjiran serta galakan memeliharanya. Ini
kerana, Allah SWT telah berpesan atau mewasiatkan agar berlaku baik kepada
mereka melalui firman-Nya di dalam al-Quran dan juga hadith Nabi SAW. [Lihat: al-
Minhaj ‘ala Syarh Sahih Muslim, 18/2]

Sebuah kisah yang berlaku di zaman Rasulullah SAW apabila seorang lelaki datang
kepadanya dan mengadu akan perihal jirannya yang suka menyakitinya:

HUKUMAN BAGI ORANG YANG MENYAKITI JIRANNYA

‫ِر‬D‫ل َّنا‬a‫ ا‬r‫ي‬ipِ‫ ف‬a‫ َي‬d‫ ِه‬a:‫َل‬A‫ َقا‬b،u‫ِن َها‬H‫ َسا‬u‫ ِب ِل‬ra‫ َها‬i‫َن‬r‫ا‬a‫ي َر‬h‫ ِج‬R‫ي‬A‫ُ ْؤ ِذ‬b‫ا ت‬e‫ َه‬rّ‫أَ َن‬k‫ر‬aَ ‫ ْي‬t‫ َغ‬a:،‫ا‬،‫ َو َوِصيَ َاص َِدمقََهتِا َه‬،‫ ِإ َّن فُ ََلنَ َة يُ ْذ َك ُر ِم ْن َكثْ َرةِ َص ََلتِ َها‬،ِ‫ يَا َر ُسو َل الله‬:‫َقا َل َر ُجل‬
Maksudnya: Telah berkata seorang lelaki kepada Rasulullah SAW: “Wahai
Rasulullah SAW, sesungguhnya wanita ini terkenal dengan banyaknya solat,
berpuasa dan bersedekah tetapi dia sentiasa menyakiti jirannya dengan lidahnya.”
Lalu Nabi SAW bersabda: “Dia akan masuk ke dalam neraka.” [Riwayat
Ahmad (9675)][Sanadnya adalah hasan berdasarkan penilaian daripada
Syeikh Syu’aib al-Arna’outh]

Berdasarkan hadis ini, orang yang suka menyakiti jirannya sama ada dengan
perbuatannya atau lisannya (ucapannya) maka orang seperti ini akan dicampakkan
ke dalam api neraka di akhirat kelak walaupun dia merupakan seorang yang
banyak melakukan ibadah.

KATEGORI JIRAN
Islam mengangkat peranan jiran dalam kehidupan bermasyarakat malah
sumbangan bakti jiran sangat penting kepada kehidupan manusia.Firman Allah
s.w.t
‫۞ٱَۡلوقُٱ ۡ ۡرع َببُ َُٰدىواَْوٱٱۡلل ََّي ََٰلتَ َم َوَٰ ََىل َوتُٱۡلۡش َمِر ََٰسكُ ِكوياْ ِنبِ ِهَوۦٱۡلٔ َجَشا ِۡير ِٗٗذۖايَو ِبٱۡٱلۡلقََُٰۡورِلَبَو َدٱَٰۡليى ِن ََصوِإاٱۡلِۡحح َج َٰ َاس ِٗبنِار ِبٱٱَۡۡولل ِب َُِججذۢننُي ِِبب‬
Maksudnya:
Sembahlah Allah dan janganlah kamu mensekutukannya dengan sesuatupun dan
berbuat baiklah kepada kedua ibubapa, sanak saudara, anak-anak yatim, orang-
orang miskin, jiran dekat dan jiran jauh.(Surah an-Nisa : 36)
Allah s.w.t menggabungkan antara perintah beribadah kepada-Nya dan perintah
berbuat baik
pada makhluk-Nya. Oleh sebab itu diperintahkan untuk berbuat baik kepada jiran,
baik
muslim ataupun kafir, saudara dekat ataupun jauh, bersebelahan ataupun
berjauhan. Namun
demikian, jiran yang masih ada hubungan saudara, haknya lebih jelas daripada
jiran yang
bukan saudara, hak jiran yang muslim lebih agung daripada jiran yang kafir dan
yang
Bersebelahan haknya didahulukan daripada jiran yang jauh.

Dapat disimpulkan bahawa jiran mempunyai tiga tinggkatan:
i. Jiran yang memiliki tiga hak, iaitu jiran yang muslim yang dekat. Mereka ini
memiliki hak berjiran, hak islam dan hak saudara.
ii. Jiran yang memiliki dua hak, iaitu jiran yang muslim, iaitu jiran yang memiliki hak
berjiran dan hak islam.
iii. Jiran yang memiliki satu hak, iaitu jiran yang kafir. Mereka memiliki hak berjiran
sahaja

JENIS ATAU PEMBAHAGIAN JIRAN

Jiran Sesama Muslim Yang Mempunyai Hubungan Persaudaraan

Jiran sesama muslim yang mempunyai hubungan persaudaraan ialah saudara
terdekat kita, oleh itu, jika kita mempunyai jiran jenis yang pertama ini, mereka
berhak mendapat layanan sebagai seorang muslim, kerabat serta sebagai seorang
jiran.

Jiran Muslim Yang Tidak Mempunyai Hubungan Persaudaraan

Walaupun mereka bukan terdiri daripada darah daging kita atau suadara kira, tetapi
kita perlulah menghormati mereka dan sentiasa bersikap baik kerana mereka
mempunyai hak sebagai seorang muslim dan sebagai seorang jiran.

Jiran Bukan Islam

Jiran yang bukan beragama Islam, tidak boleh diangga sebagai musuh. Hal ini
kerana mereka tetap mempunyai hak sebagai seorang jiran. Oleh itu kita masih perlu
menghormati mereka dan tidak menyakitki mereka seperti sabda Nabi Muhammad
S.A.W;

“ Barang siapa yang menyakiti orang asing, bererti dia menyakiti diriku, dan barang
siapa yang menyakiti aku bererti dia menyakiti Allah.”

HAK JIRAN YANG PERLU DIPELIHARA

Rasulullah s.a.w. selalu dipesan oleh malaikat Jibril supaya berbuat baik kepada
jiran. Dalam sebuah hadis sahih; diriwayatkan daripada Aisyah r.a. Baginda Mulia
telah bersabda: “Jibril sentiasa berpesan kepadaku tentang jiran, sehingga aku
menyangka Jibril akan menjadikan jiran itu sebagai waris (kepada jirannya).” (Hadis
riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Tirmizi).

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Tidak sempurna iman, jika kamu tidur dalam kekenyangan
sedang jiran tetangga mu menangis kerana kelaparan.Kes sosial yang pertama
dibicarakan di mahkamah Allah Subhanahuwata’ala di hari kiamat ialah tentang jiran,
samada kita mendakwa jiran atau jiran yang akan mendakwa kita. Misalnya jiran kita
uzur, miskin dan kita tidak pernah menolongnya. Dalam kes sepetti ini, jiranlah yang
akan mendakwa kita di akhirat nanti.

At-Tabrani meriwayatkan daripada Jabir r.a. daripada Nabi s.a.w., Baginda bersabda;
“Jiran itu 3 golongan iaitu, jiran dengan 1 hak, iaitu jiran yang musyrik. Dia hanya ada
hak kejiranan. Kedua, jiran dengan 2 hak iaitu jiran yang beragama Islam. Dia ada
hak kejiranan dan ada hak Islam dan yang ketiga jiran dengan 3 hak iaitu jiran
beragama Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Dia ada hak kejiranan,
ada hak Islam dan ada hak hubungan kekeluargaan.”

Satu ketika Rasulullah SAW berkumpul bersama dengan para sahabat. Kemudian
salah seorang sahabat berkata bahawa dia memiliki seorang jiran wanita yang sering
berpuasa disiang hari dan di malam harinya bersembahyang tahajjud. Tetapi
Rasulullah mengatakan bahawa wanita itu adalah ahli Neraka. Sahabat bertanya,
mengapa demikian. Jawab Baginda Rasulullah SAW, “Wanita itu selalu menyakiti
jiran tetangga dengan lidahnya, tidak ada kebaikan lagi baginya dan dia adalah ahli
Neraka.

Nabi menyatakan lagi dalam hadisnya:

Jika ia meminta tolong kepadamu, Engkau akan menolongnya. Jika ia minta
pinjaman, engkau akan memberikan pinjaman kepadanya. Jika ia memerlukan
sesuatu, engkau akan memberikannya. Jika ia sakit engkau akan menziarahinya,
Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya, jika ia
tertimpa bahaya, engkau turut sedih bersamanya. Jika ia meninggal dunia, engkau
turut menghantar jenazahnya. Jangan sekali-kali engkau meninggikan rumahmu
sehingga menyekat angin untuk sampai kerumahnya kecuali dengan izinnya. Jangan
mengganggu perasaannya dengan bau masakan kamu, melainkan engkau akan
memberikan sedikit dari makanan itu. Jika engkau beli buah-buahan, berikan sedikit
kepadanya. Jika engkau tidak mahu memberikannya maka hendaklah engkau
memasukan buah-buahan itu ke dalam rumah secara rahsia supaya tidak kelihatan
olehnya dan janganlah mem biarkan anakmu memakan buah-buahan itu dihadapan
anaknya, kelak anak jiran itu akan menangis mahukan buah tersebut.

HAK HAK JIRAN DALAM ISLAM

Sebagai jiran kita, masing-masing ada kewajipan dan ada hak. Abdullah Nasih
`Ulwan dalam bukunya Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam, ada memberikan empat
asas yang semua pihak patut fahami, malah mengamalkannya:

a) Jangan menyakiti jiran

Dasar ini memberi erti tidak boleh sama sekali melakukan zina, mencuri, mengutuk
dan mencampakkan sampah sarap ke rumah jiran atau membuang perut ikan di
dalam longkang ketika proses memasak sehingga bau busuk melepasi hingga ke
rumah jiran, lalat dan langau yang datang menghurung sampah sarap dan perut ikan
juga boleh menggangu ketenteraman jiran . Jadi perbuatan buruk terhadap jiran
anda itu amatlah salah. Leih dasyat lagi apabilan terdapat jiran yang sanggup
melakukan zina atau melakukan pencurian terhadap jiran adalah sepuluh kali ganda
lebih buruk daripada melakukannya kepada pihak lain.

b) Memelihara jiran

Setiap daripada kita wajib memelihara kepentingan jiran. Sikap ini menandakan hati
‫ة‬yِ ‫َم‬a‫يَا‬n‫ ْل ِق‬gَ‫ َم ا‬b‫َي ْو‬eُ‫ه‬rَ‫ن‬s‫َع ْي‬ihُ‫ه‬.‫الل‬S‫َّر‬eَ‫َق‬k‫ن ا‬aِ ‫م‬lِ i‫ ْؤ‬l‫ ُم‬aMgai NksaubdinSyAaW: “Bmaernagnigngsiaatpkaanmuemmabtenryiakaangkaer gseemntbiairsaaa‫ن‬nَ ‫َع ْي‬ke‫ َّر‬p‫اَق‬a‫ ْن‬d‫ َم‬a
seorang mukmin, maka Allah akan memberikan kegembiraan kepadanya pada hari
kiamat”.Jika kita menjaga kepentingan mereka umpamanya memantau rumahnya
ketika jiran tetangga pulang ke kampung halaman semasa musim perayaan atau cuti
panjang daripada diceroboh oleh pencuri dengan memaklumkan jiran tersebut lalu
terus melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis, kita sebenarnya telah
berbuat baik kepada jiran dengan menjaga kepentingan mereka. Bayangkan situasi
ketika hari kiamat, tiada siapa yang boleh membantu kita kecuali Allah SWT. Dunia
menjadi kelam kabut, manusia dan alam seluruhnya menjadi seperti debu-debu
yan11g berterbangan. Pada saat itulah kita mengharapkan pertolongan Allah.
Penulis sangat yakin dan percaya bahawa Allah SWT tidak pernah memungkiri
janjiNya

c) Berbuat baik kepada jiran

Dengan maksud jika jiran bergembira seperti dapat menantu, anak-anak lulus
dengan baik dalam peperiksaan atau pelajaran, maka ikutlah sama memberikan
tahniah dan jika mereka berduka kerana kematian keluarganya, berilah takziah,
walaupun bukan seagama. Malah jika mereka ditimpai sakit ziarahilah mereka. Jika
anda bertemu berilah salam atau sapalah mereka. Ertinya, jika ada keperluan
mereka kepada pertolongan, mereka hendaklah dibantu. Dalam hal ini nabi
Muhammad s.a.w. meletakkan mereka yang menghormati jiran itu sebagai tanda
orang yang beriman.

HIKMAH BERADAP DENGAN JIRAN

Terdapat banyak hikmah yang kita dapat perolehi sekiranya kita mengamalkan nilai
murni dalam kehidupan bermasyarakat dan berjiran.Antara hikmah yang kita dapat
kecapi apabila mengamalkan nilai-nilai murni semasa berada di kejiranan ialah:

1.Kehidupan akan dipenuhi dengan keharmonian dan kedamaian.Kita tidak mungkin
akan mempunyai sebarang masalah antara satu sama lain.

2.Sebarang kemungkaran dapat dibasmi dengan mudah dan cepat.Kes-kes seperti
kecurian dan pecah rumah juga dapat dibendung sekiranya masyarakat mengetahui
segala adab berjiran.

3.Pengamalan adab yang sepatutnya di kawasan kejiranan dapat meringankan
segala kerja yang berat.Sebagai contoh,kerja-kerja seperti jamuan atau kenduri
dapat dilaksanakan dengan mudah sekiranya semua jiran menghulurkan bantuan.

4.Sifat individualistik dalam diri juga dapat dihakis.

5.Pengamalan nilai murni dalam kalangan masyarakat dapat menyatukan
masyarakat ke arah kemajuan dan kehidupan yang lebih berkualiti.Sebarang kata
putus atau keputusan juga dapat diputuskan dengan adil dan saksama.

ADAB BERJIRAN TETANGGA MENURUT IMAM GHAZALI

• Dewasa ini, kesuntukkan waktu demi mengisi keperluan hidup membuatkan
antara kita tidak mengamalkan semangat kejiranan kerana tidak sempat untuk
bertegur sapa sesama jiran. Hal ini akan membuatkan perhubungan sesama ahli
masyarakat menjadi kurang mesra. Selain itu, kegagalan sesetengah individu
memahami konsep kejiranan dengan baik juga akan membuatkan berlakunya
perselisihan faham dan akan mewujudkan aura perhubungan yang negatif.
Keadaan ini pasti akan memperlahankan proses perpaduan dan boleh
menimbulkan perasaan kekok apabila sesakali bersua muka ditempat awam sama
ada di pasar malam, surau atau masjid bahkan ketika di kenduri perkahwinan
dikawasan kejiranan

• . Kepentingan adab berjiran amat penting dan dititik beratkan di dalam agama
Islam. Adab semasa pergaulan sesama jiran bermaksud segala sikap, percakapan
di dalam perbualan, senyuman, budi, pekerti, perangai, tingkahlaku dan tabiat
mestilah ikhlas semata-mata kerana Allah SWT dan ianya mestilah bersendikan
Al-Quran dan Al-Sunnah. Islam telah menggariskan beberapa adab yang perlu
dipatuhi di dalam kehidupan berjiran. Antara yang paling ditekankan ialah ketika
berbicara sesama jiran. Hal ini kerana, setiap apa yang dibicarakan oleh
seseorang, ia menggambarkan apa yang ada didalam kotak fikirannya serta
perangainya. Bagi setiap muslim, semasa bersosial perlu mengelak
membicarakan sesuatu yang tidak berfaedah.

• Imam Al-Ghazali menukilkan kisah di dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulumuddin’ bahawa
hak jiran bukanlah sekadar mencegah diri kita daripada menyakiti atau perbuatan
yang tidak menyenangkan hati jiran sahaja, tetapi hendaklah bersabar menahan
perasaan jika disakiti bahkan lebih daripada itu. Hendaklah kita memberi
pertolongan kepada jiran dan menunjukkan rasa kasih sayang.

• Diceritakan bahawa Ibnu Muqaffa’ pada suatu hari mendengar bahawa jirannya
akan menjual rumah yang didiaminya kerana hendak membayar hutang yang
sudah banyak ditanggungnya. Pada waktu itu, Ibnu Muqaffa’ berkata “Sekiranya
dijual, tentu saya tidak memperolehi kerhormatan bernaung di bawah rumahnya”.
Tidak lama kemudian, dia menemui jirannya itu dan memberikan wang mengikut
kadar rumah itu sebagai sedekah dan berkata, “Janganlah saudara menjual
rumah saudara ini.

Imam Al-Ghazali juga telah turut menyenaraikan hak-hak seseorang
muslim terhadap jirannya untuk kita sama-sama mengambil iktibar
dan pengajaran yang berguna sebagai panduan bersama ketika
berinteraksi dengan jiran tetangga iaitu:
Hendaklah mendahulukan ucapan salam kepadanya setiap kali
bertemu·
Jangan terlalu banyak bertanya kepadanya tentang keadaannya
sehari-hari·
Menziarahi dirinya atau kaum keluarganya apabila sakit ataupun
ditimpa musibah·
Tunjukkan bahawa kita turut berdukacita dan bersimpati jika mereka
ditimpa musibah dan bersegera memberikan pertolongan jika perlu
sekalipun tanpa diminta·
Menyatakan perasaan gembira apabila mereka memperoleh
kesenangan atau kurniaan Allah SWT·
Ampunilah segala kesalahan-kesalahan atau keburukkannya, baik
dengan apa-apa cara sekalipun·
Jangan membuat sesuatu yang tidak menyenangkan jiran kita
umpamanya meletakkan batang kayu di dinding rumahnya·
Jangan menyempitkan jalan menuju ke rumahnya·
Jangan mengintai-ngintai apa yang dibawa olehnya ke dalam
rumahnya·
Tutuplah kecacatan atau kekurangan yang nampak di matamu dan
jangan hebohkan kepada sesiapapun·
Berikanlah dia semangat untuk terus berusaha menghadapi
kesukaran apabila kesukaran menimpanya·
Jangan lalai menjaga rumahnya pada waktu dia tiada atau sedang
bermusafir·
Jangan mendengar kata-kata orang lain yang mengeji dirinya, yang
berupa umpatan atau berita-berita yang tidak menyenangkan·
Tundukkan matamu sewaktu melihat isteri/suaminya·
Jangan selalu memandang hamba/pembantu rumahnya·
Bersikap lemah lembut terhadap anak-anaknya baik dalam
percakapan atau lain-lain·
Tunjukkan sesuatu yang tidak diketahui oleh saudaranya, baik yang
dalam urusan keduniaan atau keakhiratan.

KESIMPULAN

Hendaklah kita semua yang beriman kepada Allah dan rasul serta hari akhirat
mentaati perintah agama dalam memuliakan jiran dan menunaikan hak-hak kejiranan
sebaik dan semampu yang dapat diusahakan sebagai memenuhi kewajipan sebagai
seorang yang beriman.
• ‫َلَ يُ َك ِل ُف َّلَّلاُ نَ ْف ًسا ِإَ َّل ُو ْس َع َها‬
s“eTkidaadkalrakheAmllaamh pmuealentnaykak”a(nAtla-Bnagqgaurnaghja:w2a8b6)p.ada seseorang melainkan dengan

Hak kejiranan dan panduan yang diberikan oleh Islam tidak lain ialah untuk
mencapai apa yang disebutkan sebagai salah satu daripada kebahagiaan dan
keamanan dalam hidup.

Sabda rasulullah salallahualaihiwasalam : “Empat perkara daripada tanda
kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal yang lapang dan jiran
yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada
kbeabiku,rsuekrktaante(mkepsautstainhgagnaal tyaaungdesreitma)piiat ldaahnmkeemndiliekriajiarannyaynagngbujarhuakt”,.isteri yang tidak

(hadith sahih riwayat Ibn Hibban dalam sahihnya no. 4032 dan Abu Nuaim dalam
Hilyatul Auliya no. 388 Jilid 8 dan isnad hadith ini sahih dengan menepati syarat
Syaikhain diriwayatkan juga oleh Ahmad m/s 1445 Jilid 1 dan Hakim no. 2640 dan
Bazzar serta Tibrani dengan lafaz yang hampir sama), yang mempunyai anak-anak,
jiran dapat menjadi teman dan contoh kepada perkembangan anak-anak dan
persekitaran yang terbentuk memberikan kesan kepada masa depan mereka.

Memiliki jiran yang beragama dan Jiran merupakan teman sekehidupan yang berada
berhampiran dengan kehidupan kita seharian dan mereka mempengaruhi
keselesaan dan persekitaran hidup diri kita dan ahli keluarga. Bagi soleh dapat
mempengaruhi kehidupan anak-anak dan memberikan contoh serta persekitaran
yang selamat serta selesa kepada ahli keluarga. Juga dengan memenuhi
tanggungjawab dan peranan sebagai jiran yang baik merupakan salah satu daripada
tanda keimanan dan contoh kebaikan kepada diri sendiri dan keluarga.

Tidaklah bergelar muslim yang baik dan benar apabila seseorang itu memiliki nama
terkenal dan berceramah atau melakukan dakwah tabligh ke masjid-masjid dan
rumah orang lain sedangkan jirannya sendiri tidak didakwah dan kewajipan kepada
ahli keluarga dan jiran yang berhampiran pun tidak dipenuhi.

Islam itu mementingkan hubungan kemanusiaan yang baik dan menghimpunkan di
antara keimanan kepada Allah dan hari akhirat dengan kelakuan baik serta akhlak
dan budi perkerti mulia terhadap insan dan hamba Allah yang lain.

Msteeamprepilraathti stkianitbgadgbaaelbkruasag” m.inad-as:a“mYaa menjadi jiran yang baik dan berdoa kepada Allah swt di
Allah berikanlah aku perlindungan dari jiran yang jahat

• RUJUKAN
• http://tazkirah.rawangpost.com/2015/06/adab-adab-berjiran-menurut-imam-al.html
• http://sekutumbungaros.blogspot.com/

• http://dee5adis17hakjiranpolisas.blogspot.com/2018/01/konsep-kejiranan-dan-hak-
hak-jiran.html

• http://fatientierah.blogspot.com/2017/03/hak-hak-jiran.html


Click to View FlipBook Version