BAHAGIAN LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
MALAYSIA
KERTAS PENERANGAN
KOD DAN NAMA AF-051-3:2015 0PERASI PENGELUARAN PADI
PROGRAM 3
AF-051-3:2015-C09 PEMASARAN PADI
TAHAP
NO. DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI
NO. AKTIVITI KERJA DAN 1. KENALPASTI PERALATAN DAN BAHAN PEMASARAN
PENYATAAN 2. LAKSANAKAN AKTIVITI PEMASARAN PADI
3. SEDIAKAN LAPORAN PEMASARAN PADI
NO. KOD AF-051-3:2015-C09/P(4/7) Muka Surat : 1 Drp 7
TAJUK :
KENDERAAN PENGANGKUTAN PADI
TUJUAN :
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada
pelatih tentang jadual dan masa penjualan padi, jenis-jenis kenderaan pengangkutan
padi dan keperluan kenderaan pengangkutan padi untuk pemasaran padi dengan lebih
terperinci.
NO. KOD AF-051-3:2015-C09/P(4/7) Muka Surat : 2 Drp 7
PENERANGAN :
Persediaan sebelum proses pemasaran padi perlu diberi perhatian supaya proses
tersebut memenuhi keperluan yang ditetapkan sama ada untuk penghasilan benih padi
atau beras. Prosedur pemasaran padi juga perlu dipatuhi supaya hasil padi yang dituai di
sawah dapat dipasarkan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa
contohnya Bahagian Kawal Selia Padi Dan Beras (BKSPB), Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
1. Jadual Dan Masa Penjualan Padi.
1.1 Masa operasi pusat belian
i. Masa operasi pusat belian padi yang dibenarkan oleh BKSPB bermula pada
pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.
ii. Kebenaran daripada pihak BKSPB diperlukan sekiranya masa operasi perlu
ditambah daripada waktu yang dibenarkan.
iii. Setiap pusat belian padi terdapat petugas untuk aktiviti menimbang padi,
petugas pemutuan dan seorang pegawai subsidi daripada Syarikat Padi
Beras Nasional Berhad (BERNAS).
iv. Pusat belian padi perlu dilengkapi dengan kemudahan asas seperti
jambatan penimbang, bilik timbang berkomputer, ruang penerimaan padi,
forklift dan lori.
2. Jenis-Jenis Kenderaan Pengangkutan Padi
2.1 Jenis kenderaan
Pengangkutan adalah salah satu komponen penting yang perlu diberi perhatian
semasa proses pemasaran padi ke pusat belian padi. Terdapat 3 jenis lori yang
digunakan untuk urusan jualan hasil padi iaitu :
i) Lori Ringan
ii) Lori Sederhana
iii) Lori Berat
NO. KOD AF-051-3:2015-C09/P(4/7) Muka Surat : 3 Drp 7
2.2 Keupayaan kadar muatan lori
a) Lori Ringan
Lori ringan adalah lori dengan berat gandar tanpa muatan (BTM) kurang
daripada 3 tan (kebiasaannya 4 roda dengan 2 gandar).
Pemandu lori ringan biasanya tidak perlu memohon lesen memandu kelas E
tetapi masih perlu menduduki satu kursus bagi mendapatkan Lesen Memandu
Vokasional Kenderaan Barangan [Good Driver’s License (GDL)].
Lori BTM kurang dari 3 tan paling banyak digunakan dalam operasi
mengangkut padi dari kawasan sawah ke pusat belian padi.
Rajah 1: Lori Ringan
b) Lori Sederhana
Lori sederhana mempunyai BTM antara 3 tan sehingga 7.5 tan (6 sehingga 12
roda dengan 2 ke 4 gandar).
Pemandu lori sederhana mestilah memiliki lesen memandu kelas E2 (sehingga
BTM 5 tan) atau E1 (sehingga BTM 7.5 tan).
Lori BTM 5 tan merupakan lori kedua terbanyak digunakan untuk mengangkut
dan memindahkan hasil padi.
NO. KOD AF-051-3:2015-C09/P(4/7) Muka Surat : 4 Drp 7
Rajah 2 : Lori Sederhana
c) Lori Berat
Lori berat adalah kenderaan terberat yang dibenarkan untuk digunakan di jalan
raya.
Bermula dengan berat tanpa muatan (BTM) seberat 7.5 tan, berat maksimum
kenderaan juga ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi
mengurangkan kesan kerosakan jalan akibat mendapan (kerana berat lori) dan
kehausan (akibat pusingan roda lori).
Lori jenis ini tidak digunakan bagi mengangkut padi dari kawasan sawah tetapi
lebih kepada mengangkut dan memindahkan padi dari pusat pengumpulan
padi ke kilang pemprosesan padi atau benih padi.
Rajah 3 : Lori Berat
NO. KOD AF-051-3:2015-C09/P(4/7) Muka Surat : 5 Drp 7
2.3 Permit pengangkutan
i. Permit ini dikeluarkan oleh BKSPB dan perlu disediakan sekiranya padi yang
dituai dari sawah perlu dihantar ke pusat belian padi yang melibatkan
pemindahan antara negeri.
ii. Dokumen ini perlu dibawa bersama semasa pemindahan padi.
Rajah 4 : Permit Pemindahan Padi
NO. KOD AF-051-3:2015-C09/P(4/7) Muka Surat : 6 Drp 7
3. Keperluan Kenderaan Pengangkutan Padi
Pengangkutan yang digunakan untuk menghantar padi ke pusat belian perlu
berkeadaan seperti berikut:
i. Bertutup (Kanvas)
ii. Lantai dan dinding tidak pecah
iii. Tag Materi Keselamatan
3.1. Bertutup (kanvas)
Memastikan padi tidak berterbangan dan rosak disebabkan oleh tiupan angin
atau hujan.
3.2. Lantai dan dinding tidak bocor
Memastikan padi tidak bertaburan atau hilang melalui lantai dan dinding
kenderaan pengangkutan yang telah bocor.
3.3. Tag materi keselamatan
Memastikan padi dihantar ke pusat belian yang telah ditetapkan sahaja.
NO. KOD AF-051-3:2015-C09/P(4/7) Muka Surat : 7 Drp 7
SOALAN :
1. Berapakah Berat Tanpa Muatan (BTM) untuk sebuah lori ringan?
A. Kurang daripada 3000 kg
B. Kurang daripada 7500 kg
C. Lebih daripada 3000 kg
D. Lebih daripada 7500 kg
2. Apakah kategori lori yang mempunyai BTM antara 3000 kg sehingga 7500 kg?
A. Lori terlalu berat
B. Lori sederhana
C. Lori berat
D. Lori ringan
3. Syarikat Amir Enterprise telah memindahkan padi dari pusat beliannya ke kilang
pemprosesan padi.Berat muatan tersebut ialah 30,000 kg.
Apakah kenderaan pengangkutan yang sesuai digunakan?
A. Lori berat
B. Lori ringan
C. Lori sederhana
D. Lori sederhana berat
4. Berikan tiga (3) kategori lori beserta klasfikasi BTM untuk urusan jualan padi.
a._______________________________
b._______________________________
c._______________________________
RUJUKAN:
1. Srajit K. De Datta (1981) Principles and Practices of Rice Production, John Wiley & Son.
Inc. USA, 0-471-08074-8.
2. Pakej Teknologi Padi (2008), Jabatan Pertanian, ISBN 978-983-047-139-6
Manual Teknologi Penanaman Padi Lestari (2008), MARDI, ISBN 978-967-936-536-8