The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENYEDIAAN DOKUMEN PEMASARAN PADI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shamsuri salleh, 2021-08-04 13:23:20

AF-051-3:2015-C02/P(2/7)

PENYEDIAAN DOKUMEN PEMASARAN PADI

Keywords: KP 2/7

BAHAGIAN LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

KOD DAN NAMA AF-051-3:2015 0PERASI PENGELUARAN PADI
PROGRAM L3
AF-051-3:2015-C09 PEMASARAN PADI
TAHAP

NO. DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI

NO. AKTIVITI KERJA DAN 1. KENALPASTI PERALATAN DAN BAHAN PEMASARAN
PENYATAAN 2. LAKSANAKAN AKTIVITI PEMASARAN PADI
3. SEDIAKAN LAPORAN PEMASARAN PADI

NO. KOD AF-051-3:2015-C02/P(2/7) Muka Surat : 1 Drp 9

TAJUK :

PENYEDIAAN DOKUMEN PEMASARAN PADI

TUJUAN :
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada
pelatih tentang jenis-jenis dokumen semasa pemasaran padi, jenis-jenis dokumen
selepas pemasaran padi dan kepentingan dokumen pemasaran padi dengan lebih
terperinci.

NO. KOD AF-051-3:2015-C09/P(2/7) Muka Surat : 2 Drp 9

PENERANGAN :
Persediaan sebelum proses pemasaran padi perlu diberi perhatian supaya proses
tersebut memenuhi keperluan yang ditetapkan sama ada untuk penghasilan benih padi
atau beras. Prosedur pemasaran padi juga perlu dipatuhi supaya hasil padi yang dituai di
sawah dapat dipasarkan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa
contohnya Bahagian Kawal Selia Padi Dan Beras (BKSPB), Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

1. Jenis-Jenis Dokumensemasa Pemasaran Padi:
Dokumen yang diperlukan semasa proses jualan hasil padi ialah:
i) Kad Daftar Pesawah – digunakan untuk jualan padi secara perseorangan.
ii) Nota Hantaran – digunakan untuk jualan padi secara berkelompok atau Estet.
iii) Permit Pemindahan Padi Benih – digunakan jika berlaku proses pemindahan
padi antara negeri.

2. Jenis-Jenis Dokumen Selepas Pemasaran Padi :
Dokumen yang diperlukan selepas proses jualan padi ialah:
i) Resit Timbang
ii) Resit Belian padi

3. Jelaskan Kepentingan Dokumen Pemasaran Padi:

2.1 Kad Daftar Pesawah
i) Kad daftar pesawah dikeluarkan oleh pihak BERNAS dan perlu disertakan
sekiranya padi dituai dari kawasan sawah yang diusahakan secara
individu.
ii) Ia mengandungi maklumat pengusaha sawah seperti nama, alamat,
nombor daftar dan luas usaha.
iii) Dokumen ini perlu diserahkan kepada pusat belian padi semasa
menimbang padi untuk tujuan proses pembayaran subsidi harga padi.

NO. KOD AF-051-3:2015-C09/P(2/7) Muka Surat : 3 Drp 9

Rajah 1 : Contoh Muka Hadapan Kad Daftar Pesawah
Rajah 2 : Contoh Kad Daftar Pesawah

NO. KOD AF-051-3:2015-C09/P(2/7) Muka Surat : 4 Drp 9

2.2 Nota Hantaran
i) Nota hantaran jualan padi perlu disediakan sekiranya padi dituai dari
kawasan projek pakatan peladang.
ii) Ia mengandungi maklumat seperti nama projek, nama pengusaha sawah,
nama pusat belian padi, nombor kad pengenalan dan tandatangan
pengusaha sawah.
iii) Dokumen ini perlu diserahkan kepada pusat belian padi semasa
menimbang padi untuk tujuan proses pembayaran subsidi harga padi
secara kelompok.

Rajah 3 : Nota Hantaran

NO. KOD AF-051-3:2015-C09/P(2/7) Muka Surat : 5 Drp 9

2.3 Resit Timbang

Rajah 4 : Contoh Resit Timbang
Rajah 5 : Contoh Resit Timbang

NO. KOD AF-051-3:2015-C09/P(2/7) Muka Surat : 6 Drp 9

2.4 Permit Pemindahan Padi Benih
i) Permit ini dikeluarkan oleh Bahagian Kawalselia Padi & Beras (BKSPB)
dan perlu disediakan sekiranya padi yang dituai dari sawah perlu dihantar
ke pusat belian padi yang melibatkan pemindahan antara negeri.
ii) Dokumen ini perlu dibawa bersama semasa pemindahan padi.

Rajah 6 : Permit Pemindahan Padi

NO. KOD AF-051-3:2015-C09/P(2/7) Muka Surat : 7 Drp 9

2.5 Resit Belian padi

Dokumen yang dikeluarkan oleh pusat belian padi untuk tujuan pembayaran.
Maklumat yang terdapat didalam resit belian padi ialah berat kasar, berat
bersih, potongan kelembapan padi, potongan kotoran padi dan harga
padi.Berikut adalah contoh rajah resit belian padi:

Rajah 7 : Contoh Resit Belian Padi

NO. KOD AF-051-3:2015-C09/P(2/7) Muka Surat : 8 Drp 9

Rajah 8 : Contoh Resit Belian Padi

NO. KOD AF-051-3:2015-C09/P(2/7) Muka Surat : 9 Drp 9
SOALAN :

1. Berikan dua (2) dokumen yang diperlukan semasa proses jualan padi?
a. _________________________________________________________________
b. _________________________________________________________________

2. Berikan dua (2) dokumen yang terlibat selepas jualan padi.
a. _________________________________________________________________
b. _________________________________________________________________

3. Apakah Dokumen yang terlibat semasa pemindahan padi?
____________________________________________________________________

RUJUKAN:
1. Srajit K. De Datta (1981) Principles and Practices of Rice Production, John Wiley & Son.

Inc. USA, 0-471-08074-8.
2. Pakej Teknologi Padi (2008), Jabatan Pertanian, ISBN 978-983-047-139-6

Manual Teknologi Penanaman Padi Lestari (2008), MARDI, ISBN 978-967-936-536-8


Click to View FlipBook Version