SEKOLAH KEBANGSAAN SETIAWANGSA
KUALA LUMPUR
PERUBAHAN
ZAMAN
REMAJA
NAMA : NUR AMNA FAQIHAH BINTI MOHD NAZRUDDIN
TAHUN : UPM 4
0
ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKA SURAT
Pendahuluan ``` ………. 2
Akil Baligh ………. 3
Perubahan fizikal
baligh perempuan ………. 4
Penjagaan kebersihan
diri ketika haid ………. 5
Cara menghargai diri ………. 6
1
PENDAHULUAN
Pembentukan golongan remaja menjadi satu persoalan yang
amat penting dalam senarai tugas dan tanggungjawab
sesuatu masyarakat dan negara. Sejauh mana sesuatu
masyarakat itu mampu membentuk golongan remaja
berlandaskan falsafah dan matlamat yang ingin dicapai,
maka sejauh itu jugalah masa depan masyarakat tersebut
dan tamadunnya akan berada di landasan dan hala tuju
yang ingin digapainya (Sulaiman Ibrahim 2000:63).
Dalam Kamus Dewan Edisi Baru (1993:1046), remaja ditakrifkan sebagai 'sudah
cukup umur atau muda'. Mereka pada umumnya mempunyai perasaan yang berbeza di
dalam kehidupan; mengikut lokasi kependudukan dan identiti yang dipengaruhi oleh
budaya hidup mereka sendiri. Namun begitu, secara tidak langsung mereka berkongsi
dalam aspek-aspek penumpuan dan pemerhatian, naluri kemudaan, harapan dan
semangat serta daya perjuangan mereka (UNESCO t.th:2).
Menurut perspektif Islam, tidak ada dinyatakan istilah remaja secara khusus.
Namun golongan tersebut termasuk dalam kategori pemuda yang seringkali dinyatakan
dengan pengertian bahasanya iaitu syabab atau fataa. Manakala menurut istilah pula,
remaja atau pemuda ini membawa erti satu peringkat umur manusia yang bermula
daripada akil baligh sehingga menjelang akhir usia 30 an (Fuad Ifrah al-Bustani
1982:352).
2
AKIL BALIGH
Akil baligh akan dialami bila anda meningkat dewasa. Akil baligh ialah peringkat
kematangan anggota seksual dan sistem reproduktif seseorang.
Tanda akil baligh bagi lelaki ialah ihtilam. Berlaku ejakulasi atau pancutan air mani
kali pertama ketika tidur. Manakala akil baligh perempuan pula ialah menarke. Menarke
ialah haid pertama. Akil baligh biasanya berlaku sekitar umur 9 tahun hingga 16 tahun.
Ada yang mengalaminya lebih awal dan ada juga yang lewat.
Kemungkinan sebab-sebab akil baligh awal adalah :
Nutrisi yang lebih baik
Stres
Bahan kimia di dalam makanan
3
PERUBAHAN FIZIKAL BALIGH PEREMPUAN.
Permulaan akil baligh berbeza antara individu. Remaja perempuan kebiasaannya mula
akil baligh antara umur 8-13 tahun, tetapi proses akil baligh setiap perempuan adalah
berbeza. Payudara akan mula membesar, bulu kemaluan mula tumbuh, ovari dan rahim
mereka akan mula bersedia untuk mengalami haid.
Semasa akil baligh, adalah normal untuk mengalami perubahan fizikal berikut:
1. Badan berbentuk dengan pinggul melebar - mungkin mengalami peningkatan berat
badan terutamanya di kawasan pinggul. (Jangan bimbang, ini bermakna anda
sedang mendapat bentuk badan wanita!)
2. Peningkatan berat badan dan ketinggian.
3. Payudara mula berkembang, pada awalnya seperti pembengkakan kecil dan ia
menjadi lebih besar.
4. Jerawat dan muka mula berminyak.
5. Suara menjadi semakin matang.
6. Bulu mulai tumbuh terutamanya di kawasan kemaluan dan ketiak.
7. Kelenjar peluh menjadi lebih aktif, peluh bercampur dengan bakteria pada kulit dan
menghasilkan bau badan.
8. Cairan faraj (keputihan)
9. Kedatangan haid.
4
PENJAGAAN KEBERSIHAN DIRI KETIKA HAID
5
CARA MENGHARGAI DIRI SENDIRI
Setiap remaja mengalami perubahan diri selepas akil baligh seperti muka ditumbuhi
jerawat, berat dan dan ketinggian bertambah. Mereka perlu menghargai perubahan yang
berlaku pada diri mereka. Perlu menerima perubahan fizikal yang berlaku dengan hati
yang terbuka.
Cara remaja menghargai diri mereka ialah:
i) Perlu berpakaian kemas dan tampil menarik untuk menambahkan
keyakinan diri.
ii) Menjaga batas pergaulan sesama rakan
iii) Menjaga sentuhan dengan rakan-rakan terutama yang berlainan jantina.
iv) Mengamalkan pertuturan yang sopan
Dengan cara ini, diri kita akan lebih dihormati oleh rakan-rakan.
6