PIMK 3033 Perang Bani Nadhir &
PENGAJIAN Bani Qainuqak
SIRAH
Perang Bani Qainuqa’
Perang Bani Qainuqa tercetus apabila bani tersebut terlebih dahulu telah melanggar
perjanjian dengan Rasulullah saw, dan berperang melawan baginda setelah perang
Badar dan sebelum perang Uhud serta melakukan perkhianatan terhadap Rasulullah.
Bani Qainuqa ialah adalah kumpulan yang jahat di antara 3 kumpulan Yahudi.
Mereka menetap dalam kawasan Madinah dan bekerja sebagai tukang emas, tukang
besi dan tukang yang membuat barang seperti pinggan mangkuk.
Disebabkan kerja mereka sedemikian, maka mereka mempunyai peralatan perang yang
mencukupi.
Bilangan pejuang mereka ialah seramai 700 orang dan merekalah kumpulan yang paling
berani serta angkuh dengan kekuatan yang mereka miliki.
Kemenangan umat islam dalam perang Badar menambahkan lagi kemarahan mereka.
Lalu mereka telah menimbulkan pelbagai masalah dan melakukan permusuhan
terhadap orang islam.
Rasulullah telah mengumpulkan serta memberi nasihat kepada mereka agar kembali
kepada kewarasan dan hidayah dan memberi amaran sekiranya mereka berterusan
melakukan hal tersebut sebagaimana yang berlaku terhadap kaum musyrikin Quraisy.
Tetapi, mereka dengan angkuhnya menyatakan bahawa orang musyrikin Quraisy
bodoh dan tidak berpengalaman. Mereka juga mencabar Rasulullah dengan
menyatakan bahawa mereka lebih kuat dan hebat berbanding kaum musyrikin
Quraisy. Namun begitu, Rasulullah bersabar.
Tindakan kaum Yahudi bani Qunaiqa yang terus berani menimbulkan kekacauan di
Madinah seperti menyempitkan kehidupan dengan menutup jalan sumber kehidupan
orang-orang islam semakin membimbangkan.
Ibnu Hisyam meriwayatkan dari ‘Abdullah bin Ja’far bin Al-Miswari bin Makhramah dari
Abu ‘Aun bahawa seorang wanita Arab datang membawa dagangannya ke tempat
pasar Yahudi banu Qainuqa’. Wanita tersebut lalu duduk di dekat seorang tukang
emas.
Tiba-tiba datanglah beberapa orang Yahudi kepada wanita Arab tersebut supaya
membuka penutup mukanya, tetapi ia menolak. Tanpa diketahui oleh wanita Arab itu,
secara diam -diam si tukang emas itu menyangkutkan (mengikatkan) ujung pakaian
yang menutup seluruh tubuhnya pada bahagian punggungnya.Ketika wanita itu
berdiri, terbukalah auratnya. Orang-orang yahudi yang melihatnya tertawa terbahak-
bahak. Dan wanita itu menjerit minta pertolongan.
Tiba-tiba, datang seorang lelaki muslim segera menyerang serta membunuh tukang
emas Yahudi tersebut.
Orang-orang Yahudi yang ada di situ mula bertindak balas dengan membunuh lelaki
muslim tersebut dan dilihat oleh keluarga lelaki tersebut.
Setelah Rasulullah mengetahui hal tersebut, tahap kesabaran Rasulullah tidak dapat
dibendung lagi.
Baginda melantik Abu Lubabah Bin Abd al-Mundhir untuk memangku baginda ke Madinah
manakala Hamzah Bin Abd. Muttalib sebagai pemegang bendera dan bergerak bersama-
sama tentera Islam ke perkampungan Bani Qunaiqa.
Rasulullah telah membuat kepungan terhadap orang-orang Yahudi yang sedang berkubu.
Peristiwa ini berlaku pada hari Sabtu pertengahan bulan Syawal tahun kedua Hijrah dan
berterusan selama 15 malam sehingga terbit anak bulan Zulkaedah.
Ketakutan yang ditimbulkan oleh Allah ke dalam diri dan hati orang-orang Yahudi telah
membuatkan mereka bersetuju untuk mengikut keputusan yang dibuat oleh Rasulullah
SAW tentang nyawa, harta benda, wanita dan anak mereka. Lalu mereka diberkas.
Tetapi, terdapat seorang yang munafik yang bernamaAbdullah bin Ubay Bin Salul mula
mendesak berkali-kali kepada Rasulullah untuk mengampunkan Bani Qunaiqa sehingga
Rasulullah marah dan berubah air muka baginda.
Rasulullah telah menyerahkan orang-orang Yahudi kepadanya dan menyuruh mereka
keluar dan tidak menetap di kawasan berdekatan dengan Madinah.
Rasulullah telah menahan harta mereka dan mereka bergerak ke Syam dan kebanyakkan
daripada mereka telah mati selepas tidak lama menetap di situ.
TAMAT
Perang Bani Nadhir
Pengkhianatan
Orang-orang Yahudi sangat membenci umat Islam, akan tetapi mereka tidak mahir
dalam berperang.
Oleh itu, mereka telah melakukan banyak tipu dan dan komplot bagi menjatuhkan
islam walaupun tanpa berperang.
Namun, mereka juga bimbang dan dan takut setelah berlakunya peristiwa Bani
Qunaiqa di samping mempunyai perjanjian dengan orang Islam.
Permusuhan dan pengkhianatan yang ditunjukkan dengan ketara selepas perang
uhud oleh orang Yahudi serta telah berhubung dengan Musyrikin di Mekah secara
rahsia.
Nabi Muhammad SAW memilih untuk bersabar, tetapi mereka semakin berani
sehingga akhirnya mereka berkomplot untuk melancarkan pembunuhan ke atas nabi.
r.
Pada suatu masa, Rasulullah dan para sahabat telah pergi ke tempat bani al-Nadir
untuk meminta kerjasama menjelaskan diat pembunuhan dua orang dari Bani Kilab
yang dibunuh oleh Amru Bin Umayyah al-Damriy.
Kerjasama tersebut adalah kemestian kerana perjanjian yang telah termetrai.
Rasulullah dan para sahabat diminta untuk duduk sementara menunggu apa yang
mereka janjikan.
Pada ketika itu, mereka telah berbincang untuk melakukan pembunuhan ke atas Nabi
iaitu dengan melontarkan batu penggiling daripada atas bumbung.
Seketika itu juga, Jibril telah turun dari sisi Allah kepada Nabi untuk memberitahu
mengenai rancangan jahat orang Yahudi.
Lantas baginda terus bangun dan beredar menuju ke Madinah diikuti oleh para
sahabatnya.
.
Diarah keluar
Tidak lama kemudian, Rasulullah telah mengutus Muhammad Bin Maslamah kepada Bani
al-Nadir untuk mengarahkan mereka keluar daripada Madinah dalam masa 10 hari dan
akan dipancung sekiranya masih berada di Madinah.
Mereka telah berkemas, namun ketua orang-orang munafik iaitu Abdullah Bin Ubay telah
mengutus utusan untuk mengarahkan untuk jangan keluar dan berlawan dan
memberitahu bahawa beliau akan datang bersama dua ribu orang untuk membantu.
Mereka mula mendapat keyakinan dan tekad untuk menentang.
Apabila Rasulullah telah menerima jawapan daripada ketua Bani al-Nadir iaitu Huyay Bin
Akhtab, baginda bertakbir bersama para sahabat dan terus bangun dan bergerak ke
tempat kaum Yahudi tersebut.
Menyerah kalah
Pengepungan berlangsung selama enam malam sahaja. Dikatakan bahawa ianya
berlangsung selama lima belas malam.
Allah telah mencampakkan perasaan takut ke dalam diri mereka dan disebabkan itu, mereka
telah menyerah diri dan melepaskan senjata masing-masing.
Mereka juga menghantar utusan kepada Nabi bagi menyatakan kesediaan untuk keluar
daripada Madinah.
Rasulullah telah bersetuju dan mengarahkan agar membawa semua keluar termasuk anak
pinak serta dibenarkan membawa semua harta mereka kecuali senjata.
Kemudian, mereka turun dan memusnahkan rumah mereka dengan tangan-tangan mereka
sendiri dan membawa barang-barang pada rumah mereka.
Kaum wanita dan kanak-kanak ditunggangkan di atas enam ratus unta dan berpindah ke
Khaybar dan Syam.
Peperangan Bani al-Nadir berlaku pada bulan Rabiulawal tahun 4 hijrah.
Keseluruhan surah al-Hasyr diturunkan oleh Allah adalah berkaitan dengan peperangan ini.
TAMAT
SEKIAN TERIMA
KASIH