1 SEKOLAH KEBANGSAAN ST. FRANCIS ____________________________________________________________________________________________MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG BIL. 2 (2022/2023) Tarikh : 11 Mei 2023 Masa : 3:00 petang Tempat : Kelas 1 Brilliant Kehadiran 1. Pn. Zaridah binti Zuber Guru Besar 2. Pn. Asnah binti Shamsuddin PK Pentadbiran 3. Pn. Nor Azikha binti Ahmad PK Hal Ehwal Murid 4. Pn. Roslawati binti Ismail PK Kokurikulum5. Pn. Nor Lailinda Hanum binti Mat Desa Setiausaha 6. Pn. Che Wa binti Saad Bendahari 7. En. Sofiuddin bin Junid AJK Guru 8. En. Gobinath a/l Govindasamy AJK Guru 9. Pn. Azizah binti Ahmad Ghazali AJK Guru 10. Pn. Nor Rizan binti Abu Hassan AJK Guru 11. En. Yathavan a/l Doraisamy AJK Ibu bapa 12. En. Azizi bin Osman AJK Ibu bapa 13. Pn. Hazimah Mohd Hassan AJK Ibu bapa 14. Pn. Rohayu binti Jubidi AJK Ibu bapa Tidak Hadir Bersebab: 1. En. Mohd Idris bin Abdul Hamid YDP PIBG 2. En. Addy Adha bin Abu Hassan Shaari NYDP PIBG3. Pn. Nur Syafiqa Aqila binti Aziz Naib Setiausaha 4. Pn. Salina binti Mohd Yusoff AJK Guru 5. En. Zawawi bin Muhi AJK Ibu bapa 6. En. Mohd Syukri bin Mustapa AJK Ibu bapa 7. Pn. Jalilah binti Ugoh AJK Ibu bapa 8. Pn. Norazreen binti Abdul Wahab AJK Ibu bapa 9. Pn. Marshita binti Shariff AJK Ibu bapa
2 AGENDA : 1 UCAPAN PENASIHAT (Pn. Zaridah binti Zuber, Guru Besar SK St. Francis) 1.1 Pn. Zaridah mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat keranadapat sama-sama menghadiri Mesyuarat AJK PIBG Bil 2, bagi sesi 2022 / 2023. 1.2 Beliau memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menyertai pelbagai bentukpertandingan akademik yang telah dan bakal dijalankan sepanjang sesi persekolahantahun ini dengan tujuan memberi peluang penyertaan kepada murid bagi tujuanperekodan sijil PAJSK kelak. 1.3 Sehubungan dengan itu, pihak sekolah juga amat memerlukan bantuan kewangandari PIBG untuk menampung kos yuran penyertaan bagi pertandingan-pertandinganyangdisertai, memandangkan peruntukan wang kokurikulum yang diturunkan tidak mampumenampung sepenuhnya kos perbelanjaan. 1.4 Beliau mengharapkan sumbangan idea dari jawatankuasa dalammendapatkansumbangan luar sama ada dalam bentuk wang, mahupun peralatan dan perabot. 1.5 Beliau juga memaklumkan bahawa SK St Francis merupakan sekolah TS25yangterlibat dengan pelbagai program berkaitan Project Base Learning yang memerlukansatu persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang bermakna. Makluman2 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN PENYATA KEW ANGAN 2.1 Bendahari PIBG, Pn. Che Wa binti Saad membentang dua Penyata Kewangan PIBGSKSt. Francis yang berakhir pada 31 Disember 2022 dan penyata kewangan bermuladari 31 Disember 2022 yang berakhir pada 11 Mei 2023. 2.2 Pn. Azizah binti Ahmad Ghazali mencadangkan agar penyata kewangan tersebut disahkan dan disokong oleh Pn. Nor Rizan binti Abu Hassan. Makluman3 PERANCANGAN AKTIVITI PIBG 3.1 Sukan Tahunan Sekolah 3.1.1 Mengikut takwim sekolah, sukan tahunan sekolah bagi tahun 2023 akan diadakanpadaOktober 2023.
3 3.2 Karnival Permainan 3.2.1 Karnival permainan juga akan dilaksanakan tetapi bergantung kepada cuaca. 3.2.2 Permainan seperti golf, renang dan catur adalah dibenarkan, sebaliknya permainanseperti bola sepak berkemungkinan akan ditangguhkan walaupun pihak sekolahsudahmenyertai mesyuarat jawatankuasa, memandangkan cuaca yang panas pada ketikaini. Makluman4. Program-program lain 4.1 Latihan Silat Seni dicadangkan akan diadakan pada setiap hari Sabtu oleh jurulatihluar sebagai satu aktiviti pemantapan bagi murid yang berminat dengan kadar yuransebanyak RM20 sebulan. Hebahan akan dibuat dalam Group Support bagi yangberminat. 4.2 Pihak sekolah akan menjalankan projek sekolah TS25 iaitu menanampokok sachainci. Justeru itu pihak sekolah memerlukan sedikit peruntukan wang PIBGbagi kerja-kerjamenanam dan membina pancang. 4.3 Pihak sekolah bercadang memohon peruntukan dari lembaga sekolah bagi kerja-kerjamenambak dan memasang mozek di lantai laman KH dan sekitar dinding tandas. 4.4 Persaraan guru 4.4.1 Dua orang guru iaitu Puan Norhayati Hussin dan Puan Salawati Hassan bersarawajibmulai April dan Ogos 2023. 4.4.2 PIBG sekolah bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak Rm500 untuk sumbanganbagi setiap perjalanan majlis persaraan tersebut. 4.5 Mesyuarat Agung PIBG 4.5.1 PIBG sekolah bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 48 pada10Jun 2023, jam 8:30 pagi. 4.5.2 Borang cadangan usul diedarkan melalui google form dan pihak sekolah bersetujumenerima semua usul yang diberikan.
4 4.5.3 Cadangan usul hanya akan dibacakan sekiranya pemberi usul hadir dalamMesyuarat Agung dan jika sebaliknya, usul tersebut akan dibincangkan kemudian dalammesyuarat jawatankuasa berikutnya. Makluman5 Aktiviti Kokurikulum 5.1 Aktiviti kokurikulum ditangguhkan akibat cuaca yang panas, namun arahanuntukmelaksanakan perlu dilaksanakan juga dengan cadangan memendekkan masaaktiviti kokurikulum bagi tujuan menyelesaikan pengisian data PAJSK. 5.2 Aktiviti kokurikulum akan diperuntukkan selama 30 minit bagi setiap unit beruniform, kelab dan persatuan serta permainan yang hanya akan djalankan di dalamkelas sahaja. 5.3 Seorang murid tahun dua SK St Francis telah berjaya memenangi pingat emas dalamacara taekwando yang telah berlangsung di Kelantan. 5.4 Penyertaan acara akuatik oleh murid SK St Francis ditangguhkan kerana faktor cuaca. 5.5 Permainan kriket telah ditukar kepada bola baling untuk penglibatan ke peringkat daerahdan mesyuarat jawatankuasa pertandingan perlawanan bola baling telahpundihadiri, namun perlawanan terpaksa ditangguhkan juga disebabkan faktor cuaca. 5.6 Pihak sekolah berbesar hati dan mengalu-alukan sekiranya ada di kalangan AJKPIBGmahupun ibu bapa yang berpengalaman dan berminat untuk bersama-sama melatihdanmembimbing anak-anak Sk St Francis dalam acara-acara perlawanan yangdisertai pihak sekolah. Makluman6 Hal-hal lain 6.1 Kipas 6.1.1 Pihak sekolah memohon sumbangan PIBG bagi tujuan membeli kipas berdiri yangakandiletakkan di dalam kelas. 6.1.2 Hebahan akan dibuat dalam group support bagi ibu bapa yang ingin membuat sumbangan kipas kepada pihak sekolah untuk ditempatkan di kelas anak masing- masing.
5 7 UCAPAN PENANGGUHAN (Pn. Zaridah binti Zuber, Guru Besar SK St. Francis) Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang sudi hadir, berkongsi pandangan dalam merancang program dan aktiviti sekolah, selain mengharapkan agar apayang dilakukan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang. Disediakan oleh: Disahkan oleh: ……………………. ………………………(PN. NOR LAILINDA HANUM BINTI MAT DESA) (PN. ZARIDAH BINTI ZUBER) Setiausaha PIBG 2022/2023 Penasihat PIBG 2022/2023