The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NOR LAILINDA HANUM BINTI MAT DESA KPM-Guru, 2023-06-08 09:09:01

BUKU PROGRAM MESY AGUNG PIBG 2023

BUKU PROGRAM MESY AGUNG PIBG 2023

10 JUN 2023 (SABTU) 8:00 PAGI DATARAN NILAM SK ST FRANCIS 2023 KALI KE-48 “Bulatkan tekad , Perteguh muafakat, Berusaha secara sepadu”


2 KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Senarai Kandungan 2 2 Atur Cara Majlis 3 3 Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 48 4 4 Jawatankuasa Induk Dan Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 48 5 5 Jawatankuasa PIBG SK St.Francis Sesi 2022/2024 6 6 Notis Panggilan Mesyuarat Agung kali ke 48 7 7 Minit Mesyuarat Agung PIBG SK St.Francis kali ke -47 8-16 8 Laporan Aktiviti Sekolah dengan kerjasama PIBG 2022 Lampiran Kehadiran Mesyuarat Agung PIBG SK St.Francis kali Ke-47/2022 17 9 Lampiran Kehadiran Mesyuarat Agung PIBG SK St.Francis kali Ke-47/2022 18 10 Penyata Terimaan dan Perbelanjaan wang yang berakhir pada 19 11 Usul PIBG 2023 20-22 12 Sekalung Penghargaan 23


3 ATUR CARA MAJLIS 8.00 pagi - Pendaftaran - Ketibaan ibu bapa 8:30 pagi - Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis - Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Negeri Perak - Bacaan Doa - Ucapan YDP PIBG - Ucapan Guru Besar - Jamuan Ringan 10:00 pagi - Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 48 bermula 12:00 tgh - Bersurai


4 1. Ucapan YDP PIBG sesi 2022/2024 2. Ucapan Penasihat 3. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG SK St.Francis Kali ke-47 2022/2024 4. Laporan Aktiviti 2022 5. Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan 6. Perkara Berbangkit 7. Perbahasan Usul 8. Hal-hal lain AGENDA MESYUARAT


5 JAWATANKUASA PELAKSANA PENYAMBUT TETAMU Pn. Zaridah binti Zuber En. Muhamad Idris bin Abdul Hamid En. Addy Adha bin Abu Hassan Shaari Pn. Asnah binti Samsuddin Pn. Nor Azikha binti Ahmad Pn. Roslawati binti Ismail PENGACARA MAJLIS Pn. Nor Rizan binti Abu Hassan PENDAFTARAN Pn. Mahani binti Yaacob Pn. Rohani binti Mohammad SIARAYA En. Gobinath A/LGovindasamy En. Mohd Kamal bin Mukhtar PENGURUSAN MAKANAN (TETAMU JEMPUTAN,AJK PIBG & IBU BAPA) Pn. Salina binti Mohd Yusoff Pn. Norainita binti Parkir Pn. Shuhida binti Kamaruddin Pn. Nor Hazimah binti Mohd Hassan Pn. Norazreen Binti Abdul Wahab Pn. Jalilah binti Ugoh FOTOGRAFI En. Gobinath A/LGovindasamy En. Azizi bin Osman BACAAN DOA En. Sofiuddin bin Junid GEGANTUNG/BANNER Pn. Madihah binti Ahmad Basri Pn. Rohaizah binti Jaafar PENCATAT MINIT Pn. Nur Syafiqa Aqila binti Aziz Pn. Futri Najuwa binti Salleh BUKU PROGRAM & LAPORAN KEWANGAN Pn. Nor Lailinda Hanum binti Mat Desa Pn. Che Wa binti Saad Pn. Mazura binti Abdul Rashid PERSIAPAN DEWAN/PENTAS Sebelum Pn. Salawati binti Hassan Pn. Rasidah binti Abdol Majid Pn. Azizah binti Ahmad Ghazali Pn. Malarvily A/P Renganathan Pn. Wan Nor Suzana binti W. Daud Selepas Pn. Jeyanthy A/P Kuppusamy Pn. Nor Azlina binti Ibrahim En. Sangaran a/l Dason En. Yathavan a/l Doraisamy En. Mohd Syukri bin Mustapa En. Zawawi bin Muhi JAWATANKUASA INDUK Penasihat : Pn. Zaridah binti Zuber (Guru Besar SK St.Francis) Pengerusi : En. Muhamad Idris bin Abdul Hamid (YDP PIBG ) Naib pengerusi : En. Addy Adha bin Abu Hassan Shaari (NYDP PIBG) Pn. Asnah binti Samsuddin (PK. Pentadbiran) Pn. Nor Azikha binti Ahmad (PK. Hal E hwal Murid) Pn. Roslawati binti Ismail (PK. Kokurikulum) Setiausaha : Pn. Nor Lailinda Hanum binti Mat Desa Bendahari : Pn. Che Wa Binti Saad


6 JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SESI 2022/2024 Bil NAMA JAWATAN 1 En. Mohamad Idris bin Abdul Hamid YDP PIBG/Pengerusi 2 En. Addy Adha bin Abu Hassan Shaari NYDP PIBG 3 Pn. Nor Lailinda Hanum binti Mat Desa Setiausaha PIBG 4 Pn. Nur Syafiqa Aqila binti Aziz Naib Setiausaha PIBG 5 Pn. Che Wa binti Saad Bendahari PIBG AJK GURU 6 En. Gobinath A/L Govindasamy AJK 7 En. Sofiuddin bin Junid AJK 8 Pn. Azizah binti Ahmad Ghazali AJK 9 Pn. Nor Rizan binti Abu Hassan AJK 10 Pn. Salina binti Mohd Yusoff Juruaudit Guru AJK IBU BAPA 11 En. Sangaran A/L Nadason AJK 12 En. Yathavan A/L Doraisamy AJK 13 En. Azizi bin Osman AJK 14 En. Mohd Syukri bin Mustapa AJK 15 En. Zawawi bin Muhi AJK 16 Pn. Hazimah binti Hj. Mohd Hassan AJK 17 Pn. Norazreen binti Abdul Wahab AJK 18 Pn. Rohayu binti Jubidi AJK 19 Pn. Jalilah binti Ugoh AJK 20 Pn. Marshita binti Shariff Juruaudit Ibu bapa JUMLAH GURU (JK) 8 orang JUMLAH IBU BAPA (JK) 12 orang JUMLAH AJK PIBG 20 orang


7 Persatuan Ibu bapa dan Guru, Kod Sek: ABB1044 SK St Francis, E-mel : [email protected] Jalan Raja Omar, 32000 Sitiawan, Perak Darul Ridzuan. Ruj.Kami: SKSFPIBG/2023(3) Tarikh : 30 Mei 2023 Ibu bapa / penjaga Tuan, JEMPUTAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 48 SK ST FRANCIS Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sehubungan dengan itu, tuan dipersilakan untuk hadir dalam mesyuarat tersebut yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut: Tarikh : 10 Jun 2023 (Sabtu) Masa : 8:00 pagi Tempat: Tahun 6 Brilliant 3. Kehadiran tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian terima kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah. .............................................. MUHAMAD IDRIS BIN ABDUL HAMID Yang Dipertua, Persatuan Ibu bapa dan Guru, SK St.Francis. s.k. 1. Guru Besar _________________________________________________________________________ “PERAK SEJAHTERA 2030”


8 SEKOLAH KEBANGSAAN ST. FRANCIS Tarikh : 28 Mei 2022 Masa : 8:30 pagi Tempat : Dewan SK St. Francis Kehadiran : 64 orang Perasmi : En. Issamudin Bin Ibrahim (Wakil YDP MPM Manjung) AGENDA : 1 UCAPAN PENGERUSI (En. Mohd Marzuki bin Abd Ghani, YDP PIBG) 1.1 Mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kehadiran dan komitmen yang diberikan bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK St Francis kali ke-47. 1.2 Beliau turut menzahirkan rasa gembira atas keprihatinan dan tanggungjawab bersama yang diberikan dari ibu bapa dan guru dalam menjaga keselamatan murid di sekolah. 1.3 Turut mengucapkan terima kasih khasnya kepada pihak sekolah yang telah dapat menguruskan pembelajaran dengan baik dalam pelbagai situasi dan kekangan masa kini. 1.4 Beliau turut memberikan gambaran kepada ibu bapa berhubung TS25 yang antara pengisiannya adalah mengubah landskap dan mengembangkan pemikiran murid dengan mengesan dan menggilap bakat murid sedia ada, yang mana ibu bapa digalakkan untuk berbincang dan berkolaborasi dengan pihak sekolah terhadap bakat anak yang berjaya dikesan. 1.5 Mengalukan penglibatan, kerjasama dan sokongan ibu bapa dalam apa jua program yang dijalankan pihak sekolah, melalui perkongsian idea dan kemahiran tertentu yang amat diperlukan oleh pihak sekolah. 1.6 Beliau turut berharap agar PIBG dapat dijadikan antara saluran yang sesuai dan terbaik dalam menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul melibatkan sekolah. Tindakan: Makluman 2. UCAPAN PENASIHAT (Pn. Zaridah binti Zuber, Guru Besar SK St. Francis) 2.1 Pn. Zaridah mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat kerana dapat sama-sama menghadiri Mesyuarat Agung PIBG SK St. Francis Kali Ke-47. 2.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada En. Marzuki atas penerangan ringkas berkaitan PIBG. MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 47/2022


9 2.3 Beliau turut memaklumkan kepada semua ahli mesyuarat mengenai kehadiran murid ke sekolah yang didapati meningkat selepas berakhirnya PKP dan tiada lagi pengecualiaan bagi kehadiran murid ke sekolah mulai sesi persekolahan yang baru sahaja bermula mulai Mac 2022. 2.4 Surat amaran akan dikeluarkan bagi murid yang tidak hadir sekitar 3 ke 7 hari persekolahan tanpa sebab, disusuli dengan surat penggantungan dan pemberhentian sekolah. 2.5 Ahli mesyuarat turut dimaklumkan berhubung penggunaan kantin yang terhad pada waktu rehat, iaitu mengikut kesesuaian dan penggiliran, memandangkan saiz kantin yang kecil, selain peningkatan jumlah murid yang mencecah sehingga 328 orang murid pada tahun ini. 2.6 Permohonan sumbangan set kerusi batu telahpun dipohon ke pihak Majlis Perbandaran Manjung dan pihak sekolah masih menunggu jawapan. I2.7 Ibu bapa mahupun penguasaha van sekolah dipohon agar tidak lewat mengambil anak dan memperlahankan kenderaan di kawasan sekolah, terutamanya ketika waktu puncak pulang persekolahan selain tidak memberhentikan kenderaan di petak kuning yang telah disediakan. 2.8 Ucapan terima kasih juga diberikan atas komitmen dan kerjasama seluruh ibu bapa terhadap keselamatan anak-anak ketika berada di kawasan sekolah. 2.9 Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih atas segala sumbangan PIBG samaada dalam bentuk material mahupun kewangan yang telah diguna pakai oleh pihak sekolah bagi keceriaan dan program peningkatan murid, selain turut memaklumkan bahawa kutipan yuran PIBG akan mula dibuat mulai sesi persekolahan 2022, setelah dua tahun tiada kutipan yuran dibuat, kerana mengambil kira keadaan segelintir keluarga yang berkemungkinan terkesan akibat dari pandemik covid19. Mesyuarat hari ini akan membuat keputusan mengenai perkara tersebut. 2.10 Beberapa lakaran kejayaan murid turut dizahirkan oleh beliau melalui pencapaian beberapa orang murid SK St. Francis dalam pertandingan-pertandingan yang telah disertai sepanjang tahun lepas. 1. Mengarang Sajak : Johan : Muhammad Aniq Rizqi bin Rahizam (4M) 2. Dendangan Syair : Naib Johan : Muhammad Adib bin Idrus (6M) 3. Deklamasi Sajak : Naib Johan : Muhammad Aniq Arsyad bin Abdul Fatah (6B) 4. Pidato : Tempat ke empat : Muhammad Aniq Arsyad bin Abdul Fatah (6B) 5. Menulis Cerpen : Tempat ke lima : Muhammad Zakwan bin Nazri (5B) 6. Golf : 1. Muhammad Syabil Barik Bok bin Jasmy Shahdi (6B) 2. Muhammad Syakiff Bahzi Bok bin Jasmy Shahdi (3B) Tindakan: Makluman


10 3. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 3.1 Setiausaha PIBG, Pn. Mazura binti Abdul Rashid membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke – 46. 3.2 Pn. Hazimah binti Hj. Mohd Hassan mencadangkan agar minit mesyuarat disahkan dan disokong oleh Pn. Rasidah binti Abdol Majid. Tindakan: Makluman 4. PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI 2021 4.1 Pn. Mazura binti Abdul Rashid membentangkan Laporan Tahunan Aktiviti 2021 sepertimana berikut: 1. Mesyuarat AJK PIBG Bil 2 – (22/2/2021) 2. Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2021 3. Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2021-(10/4/2021) 4. Mesyuarat AJK PIBG Bil 3 – (26/1/2022) 5. Taklimat Pelaksanaan PDPR Dalam Norma Baru – (6/6/2021) 6. Program Gerbang Rezeki (fasa 1-3)- Sumbangan barang keperluan asas 7. Penyerahan Pelaporan PBD Akhir Tahun (9/12/2021) 8. Taklimat Pengoperasian dan Pembukaan Sekolah (11/11/2021) 9. Mesyuarat AJK PIBG Bil 4 – (19/5/2022) Tindakan: Makluman 5. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN 5.1 Bendahari PIBG, Pn. Mahani binti Yaacob membentang Penyata Kewangan PIBG SK St. Francis yang berakhir 20 Mei 2022. 5.2 En. Addy Adha bin Abu Hassan Shaari mencadangkan agar penyata kewangan yang berakhir 20 Mei 2022 disahkan dan disokong oleh Pn. Jaliah binti Ugoh. 5.3 Pn. Zaridah memaklumkan bahawa perbelanjaan Sambutan Hari Guru dan Hari Raya, sejumlah RM690 telahpun digunakan bagi penyediaan makanan murid sahaja. Tindakan: Makluman 6. PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2020/2022 6.1 En. Marzuki membubarkan barisan AJK PIBG Sesi 2020/2022 serta mengucapkan terima kasih atas kerjasama terhadap program-program yang telah dijalankan. 6.2 Pn. Zaridah telah melantik En. Marzuki sebagai Pengerusi Sementara. Tindakan: Makluman 7. PELANTIKAN AJK PIBG BAHARU SESI 2022/2024 7.1 En. Marzuki membuka cadangan untuk pelantikan AJK PIBG Sesi 2022/2024 kepada semua ahli mesyuarat yang hadir.


11 Yang Dipertua PIBG 7.2 En. Sofiuddin bin Junid mencadangkan agar En. Mohd Idris bin Abdul Hamid dilantik sebagai YDP PIBG Sesi 2022/2024. 7.3 Encik Marzuki mengumumkan En. Mohd Idris bin Abdul Hamid sebagai Yang Dipertua PIBG Sesi 2022/2024. Naib Yang Dipertua PIBG 7.4 Pn. Hazimah binti Mohd Hassan mencadangkan agar En. Addy Adha bin Abu Hassan Shaari dilantik sebagai NYDP PIBG Sesi 2022/2024. 7.5 Encik Marzuki mengumumkan En. Addy Adha bin Abu Hassan Shaari dilantik sebagai Yang Dipertua PIBG Sesi 2022/2024. AJK PIBG (Ibu Bapa / Penjaga) 7.6 Cadangan AJK PIBG adalah seperti berikut: 1. Pn. Rasidah mencadangkan En. Sangaran A/L Nadason. 2. Pn. Nor Lailinda Hanum mencadangkan En. Azizi bin Osman. 3. En. Addy Adha mencadangkan En. Zawawi bin Muhi. 4. En. Mohd Shahrizal mencadangkan En. Mohd Syukri bin Mustapa. 5. En. Sangaran mencadangkan En. Yathavan A/L Doraisamy. 6. Pn. Asnah mencadangkan Pn. Jalilah binti Ugoh. 7. Pn. Mazura mencadangkan Pn. Rohayu binti Jubidi. 8. Pn. Marshita mencadangkan Pn. Norazreen binti Abdul Wahab. 9. Pn. Munira mencadangkan Pn. Marshita binti Shariff. 7.7 En. Marzuki mengumumkan AJK PIBG Sesi 2022/2024 seperti berikut: 1. En. Sangaran A/L Nadason. 2. En. Azizi bin Osman. 3. En. Zawawi bin Muhi. 4. En. Mohd Syukri bin Mustapa. 5. En. Yathavan A/L Doraisamy. 6. Pn. Jalilah binti Ugoh. 7. Pn. Rohayu binti Jubidi. 8. Pn. Norazreen binti Abdul Wahab. 9. Pn. Marshita binti Shariff. 7.8 Pn. Zaridah membentangkan barisan AJK PIBG Sesi 2022/2024 seperti berikut: Yang Dipertua : En. Mohd Idris bin Abdul Hamid Naib Yang Dipertua : En. Addy Adha bin Abu Hassan Shaari Setiausaha : Pn. Nor Lailinda Hanum binti Mat Desa Naib Setiausaha : Pn. Nur Syafiqa Aqila binti Aziz Bendahari : Pn. Che Wa binti Saad


12 AJK Guru : 1. En. Sofiuddin bin Junid 2. En. Gobinath A/L Govindasamy 3. Pn. Nor Rizan binti Abu Hassan 4. Pn. Azizah binti Ahmad Ghazali AJK Ibu Bapa : 1. En. Sangaran A/L Nadason 2. En. Azizi bin Osman 3. En. Zawawi bin Muhi 4. En. Mohd Syukri bin Mustapa 5. En. Yathavan A/L Doraisamy 6. Pn. Jalilah binti Ugoh 7. Pn. Rohayu binti Jubidi 8. Pn. Norazreen binti Abdul Wahab Juruaudit (Guru) : Pn. Salina binti Mohd Yusoff Juruaudit (Ibu Bapa) : Pn. Marshita binti Shariff 7.9 Pn. Zaridah memaklumkan kepada semua ahli mesyuarat mengenai perkara-perkara berikut: 7.9.1 Berlaku penukaran tandatangan untuk cek Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan St. Francis dengan nombor akaun 86-0122060-8 selaras dengan keputusan pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi pada Mesyuarat Agung PIBG 2022 seperti berikut: Yang Dipertua: MOHD IDRIS BIN ABDUL HAMID Setiausaha : NOR LAILINDA HANUM BINTI MAT DESA Bendahari : CHE WA BINTI SAAD 7.9.2 Bagi tujuan pengeluaran wang dari akaun PIBG Sekolah Kebangsaan St. Francis, sekurang-kurangnya dua tandatangan Ahli Jawatankuasa Tertinggi diperlukan bagi mengesahkan cek berkuatkuasa mulai tarikh mesyuarat ini. Tindakan: Makluman 8. PERKARA BERBANGKIT 8.1 (perkara 4.1.6) En. Marzuki mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah membuat sumbangan, yang mana segala sumbangan telahpun selesai diagih kepada ibu bapa dan murid yang terkesan dengan covid 19. 8.2 (perkara 4.1.7) En. Marzuki menyeru kepada ibu bapa agar dapat hadir ke sekolah bagi penyerahan pelaporan PBD mengikut tarikh yang ditetapkan pihak sekolah sebagai tanda sokongan, juga mengambil berat terhadap potensi dan perkembangan prestasi pembelajaran anak-anak yang sentiasa dinilai sepanjang berasa di sekolah. Tindakan: Makluman


13 9. PERBAHASAN USUL 9.1 Usul 1 (Aktiviti Sains oleh Pn. Jamatun binti Harun) 9.1.1 Mencadangkan agar guru menyediakan bahan-bahan aktiviti terlebih dahulu. Ibu bapa akan membuat bayaran setelah aktiviti selesai. • Guru besar memaklumkan bahawa beliau melarang sama sekali untuk guru mengutip duit dari murid-murid kerana ia menyalahi peraturan. • Namun demikian, cadangan agar guru menyediakan terlebih dahulu bahan-bahan aktiviti dengan bayaran kemudian akan dibawa ke mesyuarat panitia sekolah untuk berbincang dan mengambil keputusan bagi solusi penyelesaian permasalahan tersebut. Tindakan: Sekolah 9.2 Usul 2 (Kerja sekolah oleh Pn. Roselina binti Ismail) 9.2.1 Berharap agar guru dapat memberi kerja rumah setiap hari kepada murid. • Guru besar memaklumkan bahawa perkara ini telahpun dibincang dalam mesyuarat panitia pada awal tahun sebelum sesi persekolahan bermula iaitu berkaitan dasar-dasar panitia mata pelajaran. • Hasil mesyuarat panitia telah memutuskan agar kerja rumah diberi mengikut keperluan sahaja, memandangkan pentaksiran bilik darjah turut dilaksanakan selain mengambil kira kekangan masa murid, kesibukan murid untuk ke sekolah agama dan waktu rehat murid. • Kerja sekolah tidak akan diberi sekiranya murid telah menguasai pembelajaran pada hari berkenaan tetapi bergantung kepada guru mengikut keperluan agar murid tidak terbeban. Tindakan: Makluman 9.3 Usul 3 (Beg berat oleh Pn. Norhani binti Ismail) 9.3.1 Mencadangkan agar murid mempunyai almari penyimpanan buku sendiri di sekolah untuk menyimpan buku yang tidak perlu dibawa balik ke rumah. • Guru besar memaklumkan bahawa KPM telah menetapkan dasar terkini bahawa murid-murid tahap 1 akan terlibat sekitar 3 hingga 4 mata pelajaran sehari, sementara murid tahap 2 pula sekitar 5 hingga 6 mata pelajaran. • Penetapan buku aktiviti juga tidak boleh digunakan di sekolah, sementara buku latihan maksimum dua buah sahaja dibenarkan sehari. • Pihak sekolah tidak boleh menyediakan laci untuk penyimpanan buku murid memandangkan sekolah mubaligh tiada peruntukan yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi tujuan tersebut. • Permohonan kepada Lembaga Pengurus Sekolah juga tidak dibenarkan bagi tujuan pembelian perabot. • Pihak sekolah telahpun mengikut dasar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berhubung isu beg berat melalui penyediaan jadual yang telah disediakan dengan mengurangkan kuantiti buku mengikut dasar ketetapan KPM. • Justeru itu, ibu bapa dipohon agar memastikan anak-anak mengikut jadual yang telah diberikan.


14 • Guru besar memaklumkan pihak sekolah akan bersama-sama mengusahakan sumber kewangan selain mengalu-alukan sumbangan dari PIBG bagi penyediaan kotak buku murid. • Usul ini menurut beliau akan dibincangkan semula dalam mesyuarat jawatankuasa kelak untuk mendapatkan dana bagi penyediaan kotak buku tersebut. Tindakan: Sekolah 9.4 Usul 4 (Tali leher oleh Pn. Roselina binti Ismail) 9.4.1 Mencadangkan agar sekolah menjual tali leher berzip bagi memudahkan murid • Akan diusahakan dengan sedikit kenaikan harga mengikut situasi semasa. Tindakan: Sekolah 9.5 Usul 5 (Yuran PIBG oleh Pn. Norazreen binti Abdul Wahab) 9.5.1 Mencadangkan agar kutipan sumbangan/yuran PIBG dibuat pada awal persekolahan iaitu semasa proses pembelian buku. • Guru besar memaklumkan bahawa pihak sekolah tidak dibenarkan mengutip sebarang sumbangan tanpa kebenaran. • Kutipan yuran PIBG hanya boleh dibuat selepas Mesyuarat Agung dijalankan dengan jumlah kutipan yang dipersetujui bersama diminitkan. • Minit mesyuarat bersama borang permohonan permit mengutip yuran atau sumbangan perlu dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri untuk mendapatkan kelulusan jabatan bagi membuat kutipan sumbangan PIBG oleh pihak sekolah. • Keputusan mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan penetapan sumbangan PIBG bagi tahun 2022 adalah sebanyak RM50.00 bagi setiap keluarga. Tindakan: Bendahari 9.6 Usul 6 (Kipas oleh En. Nor Mohd Nordin bin Mohd Zin) 9.6.1 Mencadangkan pemasangan kipas tambahan di Dataran Nilam agar murid lebih selesa ketika melakukan aktiviti dan sebarang program di sekolah. • Guru Besar memaklumkan tiada ruang untuk pemasangan kipas siling selain kos wiring yang mahal. • Sumbangan dari semua pihak amat dialu-alukan bagi yang ingin menyumbang kipas berdiri memandangkan pihak sekolah tiada peruntukan. • Guru Besar turut memaklumkan berhubung bumbung bocor di dataran nilam dengan kos baik pulih menampal bumbung tersebut mencecah lebih RM3000 tetapi disebabkan kerosakan yang banyak, maka kebocoran tersebut tidak boleh ditampal sebaliknya perlu dibuat pengubahsuaian keseluruhannya. • Dataran Nilam digunakan sepenuhnya bukan sahaja untuk perhimpunan rasmi sekolah, tetapi juga untuk aktiviti dan program lain sekolah. • Pihak sekolah akan cuba mendapatkan dana dan sumbangan bagi cadangan pemasangan kipas. Tindakan: Sekolah


15 9.7 Usul 7 (Rombongan oleh En. Shahrul Afiz bin Azmanshah) 9.7.1 Mencadangkan supaya sekolah mengadakan rombongan sambil belajar sewaktu cuti semester sekolah. • Akan diusahakan sekiranya tiada halangan dengan memberi keutamaan terlebih dahulu kepada murid tahun enam. Tindakan: Sekolah 9.8 Usul 8 (Waktu pulang oleh En. Shahrizul Nazha bin Mat Nasir) 9.8.1 Mencadangkan agar waktu pulang murid diselaraskan sekitar jam 12:30-1:00 sahaja bagi memudahkan urusan ibu bapa yang bekerja. • Keputusan mesyuarat menetapkan waktu pulang murid mengikut jadual waktu sedia ada yang telah ditetapkan. Tindakan:Makluman 9.9 Usul 9 (Laluan oleh En. Mohd Abas bin Ismail) 9.9.1 Memohon agar pihak sekolah dapat membuka laluan pakir guru untuk laluan ibu bapa ketika menghantar dan mengambil murid dari sekolah. • Keputusan mesyuarat menetapkan untuk tidak membuka laluan pakir guru kepada ibu bapa kerana didapati tidak sesuai dan merbahaya, kerana dikhuatiri akan dijadikan laluan pintas oleh kenderaan luar yang melalui kawasan itu. Tindakan: Makluman 9.10 Usul 10 (Kawalan kenderaan/lalu lintas oleh En. Faisal Ikram bin Abd Samad) 9.10.1 Mencadangkan supaya sekolah mewujudkan papan tanda amaran seperti “Jangan berhenti di tengah jalan”, “Jangan pandu laju” di kawasan pintu pagar sekolah. • Guru Besar memaklumkan bahawa papan tanda tersebut telahpun disediakan. Tindakan: Makluman 9.11 Usul 11 (Tandas oleh En. Faisal Ikram bin Abd Samad) 9.11.1 Mencadangkan agar pihak sekolah mengadakan kempen kebersihan tandas. • Guru Besar memaklumkan bahawa murid telah sedia maklum dan sentiasa diingatkan akan kebersihan tandas pada setiap hari. • Pihak sekolah juga dalam usaha membina satu tandas duduk bagi murid berkeperluan khas. Tindakan: Makluman 9.11.2 Mencadangkan agar pekerja pembersihan ditambah jika perlu. • Keputusan mesyuarat memutuskan mengikut ketetapan sedia ada dengan tiga orang pekerja cucian. Tindakan: Makluman


16 HAL-HAL LAIN 10.1 Ucapan Yang Dipertua PIBG baharu • Encik Mohd Idris menyatakan bahawa amanah yang diberi adalah suatu ibadat yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya, selain meyakini bahawa setiap ibu bapa mempunyai matlamat masing-masing dalam menjayakan anak-anak. • Beliau turut mengalu-alukan kerjasama dan perkongsian idea yang baik melalui group kelas yang ditubuhkan dalam usaha membangunkan kemenjadian anak-anak. Tindakan: Makluman UCAPAN PENANGGUHAN 11.1 Pn. Zaridah mengucapkan terima kasih kepada pengerusi sementara Mesyuarat Agung iaitu En. Marzuki bin Abdul Ghani, atas segala jasa dan komitmen beliau terhadap pihak sekolah selama ini, dengan harapan agar beliau terus maju jaya dan sentiasa dapat melapangkan diri ke SK St. Francis bagi membantu serta membimbing pihak sekolah dalam mendepani isu-isu semasa sekolah mahupun mengadakan sebarang taklimat dan bicara ilmu kepada warga sekolah. 11.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan kehadiran ibu bapa ke Mesyuarat Agung pada hari ini dan mengharapkan agar ibu bapa dapat kerap merujuk sebarang info rasmi berkaitan sekolah yang diutarakan samaada melalui group kelas mahupun group support. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari. Disediakan oleh: Disahkan oleh: …………………………………………. ……………………………………….. (PN. NOR LAILINDA HANUM MAT DESA) (EN. MOHAMAD IDRIS B. ABDUL HAMID) Setiausaha PIBG SK St. Francis Yang Dipertua PIBG SK St. Francis Sesi 2022/2024 Sesi 2022/2024


17 Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan: Mesyuarat AJK PIBG Bil 2 –(22/2/2021) Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan -2021 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2021-(10/4/2021) Mesyuarat AJK PIBG Bil 3-(26/1/2022) Taklimat Pelaksaaan PDPR Dalam Norma Baru –(6 /6/2021) Program Gerbang Rezeki ( fasa 1 – 3 ) (Sumbangan barang keperluan asas) Penyerahan Pelaporan PBD Akhir Tahun( 9.12.2021) Taklimat Pengoperasian dan Pembukaan Sekolah (11/11/2021) Mesyuarat AjK PIBG bil 4 (19/5/2022) LAPORAN TAHUNAN 2022


18 AJK/IBUBAPA DAN GURU 1 ROHAIZAH BTJAAFAR 36 NORRAZREEN BT ABD WAHAB 2 MAZURA BT ABDUL RASHID 37 MOHD KAMAL BIN MUKHTAR 3 38 NORHAMIZA BT ABDUL WAHAB 4 NORAINITA BT PAKIR 39 MARSHITA BT SHARIFF 5 MOHD ZAFUAN B BAKHTAR 40 SHALENE GUNALAN 6 CHE WA BT SAAD 41 YANTI BT MAD AMIN 7 MOHD HANIS BIN BRAHIM 42 MOHD HAFIDZ BIN MOHD HASSAN 8 NOR RIZAN BT ABU HASSAN 43 GOBINATH A/L GOVINDASAMY 9 NOR HAYATI BT HUSSIN 44 ARUMUGAM 10 JEYANTHY A/P KUPPUSAMY 45 ROSMAN BIN YAAKUB 11 FUTRI NAJWA BT SALLEH 46 YATHAVAN A/L DORAISAMY 12 NOORUL KHADIJAH BT ADNAN 47 13 SITI AIDA BT OSMAN 48 ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD 14 RASIDAH BT ABDOL MAJID 49 ANYA ANAK STEPHEN 15 SALINA BT MOHD YUSOFF 50 LADY MAGDA LENY ANAK AJIN 16 ASNAH BT SAMSUDDIN 51 JUNAIDAH BT HUSAIN 17 MAHANI BT YAACOB 52 ADDY ADHA BIN ABU HASSAN SHAARI 18 RAJA NORBAINI BT RAJA AZAM 53 THILAGA VATHI A/P NALLIAH 19 SITI AISHAH BT REZALI 54 PUNISWARY A/P MUNIANDY 20 PARAMESWARY A/P DEVAN 55 MASHUATINA BT MD ZAINI 21 RENGANATHAN A/L NARAYANAN 56 NOOR HASHIMA 22 MOHD IZZAF BIN IBRAHIM 57 MAHALETCYHUMY A/P MUNUSAMY 23 NORMIMI BT ABU HASAN 58 FADZIL B.MOHD ALI 24 SOFIUDDIN B JUNID 59 MOHAMMAD FUAD B.MUHAMAD YUSOP 25 NURULEANA BT NOH 60 NANTHAKUMAR A/L ARUMUGAM 26 61 SITI ASMAH BINTI ALANG 27 HAIRIL FADDLI BIN PIAH 62 RAJA NOR ASHIKIN BT.RAJA ISMAIL 28 NOR LAILINDA HANUM BT MD DESA 63 AZMAN B. ABDUL RAZAK 29 SASIKALA A/P PERIANAN 64 OGY BT SANUSI 30 MALARVILY A/P RENGANATHAN 65 SURIANI BT. ABD LATIF 31 ZARIDAH BT ZUBER 66 KALAIMAGAL VIMAL RAJ 32 AZWAN BIN HUSSIN 67 MOHD ADAM BIN IDRIS 33 MOHD MARZUKI BIN ABD GHANI 68 SHARLINA BT.MAHMOOD 34 NOR FARADILLA BT JAMIL 69 NORLIZAWATI BT ABDUL RAZAK 35 NOR HAZIMAH BT MOHD HASSAN 70 MOHD KHAIRI BIN ABAS SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 47/2022 SEKOLAH KEBANGSAAN ST.FRANCIS 32000 SITIAWAN ,PERAK. TARIKH MASA TEMPAT 28 Mei 2022 8.30 Pagi Sk St.Francis


19 PENYATA KEWANGAN PIBG SK ST FRANCIS, SITIAWAN BAGI TEMPOH 31. 12. 2022 HINGGA 10. 06. 2023 PENDAPATAN PENGELUARAN BIL TARIKH DEBIT AMAUN BIL TARIKH KREDIT AMAUN 1 31.12.2022 BAKI PADA 31.12.2022 RM 8 636.88 1 11.05.2023 MESYUARAT AJK PIBG KALI KE 2 RM 154.00 2 09.01.2023 SUMBANGAN AHLI RM 100.00 2 08.06.2023 SUMBANGAN PESARAAN RM 500.00 JUMLAH PERBELANJAAN RM 654.00 BAKI WANG RM 8 082.88 JUMLAH RM 8 736.88 JUMLAH RM 8 736.88 BAKI DI BANK : RM8 016.88 BAKI DI TANGAN : RM 66.00 JUMLAH BESAR : RM8 082.88 BERAKHIR PADA : 10.06.2023 DISEDIAKAN OLEH : DISEMAK OLEH : .................................. ….............................................. (PN.CHE WA BT SAAD) (PN. SALINA BT MOHD YUSOFF) BENDAHARI PIBG 2022/2024 JURU AUDIT 1


20 USUL MESYUARAT 2023 KATEGORI USUL BIL. ISU PEMBAWA USUL USUL/CADANGAN KURIKULUM 1. GURU OPSYEN DANIAL BIN SHAARI MUHAMMAD QARIZH BIN DANIAL (1B) Memastikan bilangan guru mengikut opsyen mencukupi. HAL EHWAL MURID 2. TALI LEHER NOR HANI BINTI ISMAIL MUHAMMAD HAFIZI BIN ABD QAYYUM (4B) Mencadangkan agar tidak perlu memakai tali leher. 3. BEG BERAT NORDIANA BINTI JAMIL WABIL HABIB BIN MUHAMMAD NASUHA (4M) Mencadangkan sistem loker diwujudkan kerana beg masih lagi berat meskipun sudah mengikut jadual waktu. 4. BEG BERAT SITI NADIRAH BINTI MUSTAFFA MUHAMMAD NAQEEB RAYYAN (1B) Mencadangkan perkhidmatan loker simpanan buku teks bagi mengatasi masalah beg berat. 5. LALU LINTAS HAIRIL FADDLI BIN PIAH MUHAMMAD RAEES BIN HAIRIL FADDLI (3M) Mencadangkan agar tiada kenderaan memakir di kawasan laluan utama dan tiada istilah drive true untuk turun naik murid.


21 KATEGORI USUL BIL. ISU PEMBAWA USUL USUL/CADANGAN 6. PINTU PAGAR AHMAD ZAYYAT BIN REMLEE MUHAMMAD FAHIM UMAIR (1B) Mencadangkan agar 1. Kawasan pintu pagar sekolah dilapangkan ketika ibu bapa/penjaga menjemput anak. 2. Elakkan double parking 7. PINTU PAGAR SASIKALA PERIANAN SHARVIN NATHAN (4B) Mencadangkan agar pintu pagar lain disediakan bagi pelajar yang menaiki van. 8. PINTU PAGAR BELAKANG (KAWASAN PARKING GURU) NORDIANA BINTI JAMIL WABIL HABIB BIN MUHAMMAD NASUHA (4M) Mencadangkan agar pintu pagar di kawasan parking guru dibuka pada waktu balik bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas supaya ada laluan keluar lain ke jalan utama. LAIN-LAIN 9. PERJUMPAAN IBU BAPA DAN GURU MOHD ZAHIRAN BIN SULAIMAN MUHAMMAD ZAMEER AKMAAR (1B) Mencadangkan agar kerap diadakan perjumpaan antara guru dan ibu bapa bagi mengetahui perkembangan pelajaran anak-anak. 10. COOLER PAULA/PAUL SUMAN MICHAEL JEREMY PAUL (1B) Mencadangkan pemasangan cooler di setiap kelas.


22 KATEGORI USUL BIL. ISU PEMBAWA USUL USUL/CADANGAN 11. TEMPAT REFILL AIR JAMATUN BINTI HARUN MUHAMMAD ADAM HAKIMI BIN ABDULLAH (6B) Mencadangkan agar pihak sekolah menyediakan tempat refill air bagi murid mengambil air setelah kehabisan air yang dibawa. 12. JAMUAN HARI RAYA NORIZAWANEE BINTI IBRAHIM MUHAMMAD ALIF SHAHDAN BIN ARBAIN Mencadangkan agar diadakan jamuan raya bersama guru, murid dan ibu bapa.


23 S EKALUNG PENGHARGAAN Warga SK St.Francis dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak atas kerjasama dan sumbangan menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 48 PIBG SK ST. Francis ; “Bulatkan tekad , Perteguh muafakat, Berusaha secara sepadu”


Click to View FlipBook Version