BAHAGIAN AKIDAH
TAJUK : BERIMAN KEPADA RASUL
UNIT 2 :
SIRAH RINGKAS 25 RASUL
1. NABI ADAM AS
• Nabi yang pertama
• Baginda digelar ‘Abu Al Basyar’ ( ) أبو البشر
kerana baginda manusia pertama yang dicipta
oleh Allah swt
• Nabi Adam as berhadapan dengan iblis yang
cuba menyesatkan baginda sehigga anak
cucunya (kita semua manusia)
2. NABI IDRIS AS
• Nabi Idris as ialah generasi ke5 daripada
keturunan nabi Adam as
• Baginda ialah nabi yang pandai dalam ilmu
penulisan dan jahitan
رسول 3. NABI NUH AS
اولوالعزم
• Nabi Nuh as berdakwah selama 950 tahun siang
dan malam tetapi hanya sebahagian kecil
umatnya yang beriman.
• Kebanyakan umat baginda kufur termasuklah
isteri dan seorang anak baginda
• Baginda membina bahtera untuk menyelamatkan
orang yang beriman daripada banjir besar
4. NABI HUD AS
• Nabi Hud as diutuskan kepada kaum Ad yang
tinggal di Ahkaf di Yaman
• Allah swt mendatangkan angin ‘Sar sar’ iaitu
angin sejuk yang sangat kencang kerana
kaumnya menolak dakwah baginda
5. NABI SOLEH AS
• Nabi Soleh as dutuskan kepada kaum Thamud
yang tinggal di al Jihru yang terletak di Arab
Saudi
• Nabi Soleh as membuktikan kenabian baginda
dengan mukjizat mengeluarkan seekor unta
daripada celah batu, tetapi kaum Thamud
membunuh unta tersebut
• Allah swt memusnahkan mereka dengan suara
pekikan dari langit
رسول
اولوالعزم
6. NABI IBRAHIM AS
• Nabi Ibrahim as digelar Abu al Anbiya’ ( )ابوالانبياءyang bermaksud bapa kepada nabi-
nabi kerana ramai nabi dan rasul lahir daripada keturunan baginda.
• Baginda berhadapan dengan Namrud seorang raja yang kafir dan zalim di Babylon
yang terletak di Iraq
• Baginda dijatuhkan hukuman bakar oleh Namrud dan dihalau daripada tanah air
sendiri. Baginda membawa isteri dan anak baginda, Ismail ke semenanjung tanah arab
dengan perintah Allah swt.
• Baginda diuji oleh Allah swt agar menyembelih anak baginda, nabi Ismail as
• Kepatuhan nabi Ibrahim as dan anaknya nabi Ismail as menjadi syiar dalam ibadah
korban
7. NABI LUT AS
• Nabi Lut as ialah anak saudara nabi Ibrahim as
• Baginda diutuskan kepada kaum Sadom yang
mengamalkan jenayah liwat
• Allah swt menurunkan hujan batu dan
menterbalikkan bumi ke atas mereka.
Peninggalan negeri Sadom dijumpai terletak di
kawasan laut mati di Negara Jordan
8. NABI ISMAIL AS
• Nabi Ismail as bersama dengan ibunya saidatina
Hajar dihantar oleh bapanya nabi Ibrahim as ke
bumi Mekah ketika baginda masih kecil
• Baginda membantu bapanya nabi Ibrahim as
membina Kaabah.
• Daripada keturunan baginda yang mulia lahir
nabi Muhammad saw
9. NABI ISHAK AS
• Nabi Ishak as dilahirkan oleh saidatina
Sarah, isteri pertama nabi Ibrahim as
• Baginda diutuskan kepada kaum Kun’an di
Palestin
• Daripada keturunan baginda lahir para nabi
dan rasul bani Israil
10. NABI YAAKUB AS
• Nabi Yaakub as ialah putera kepada nabi Ishak as
• Yaakub dalam Bahasa Ibrani ialah “Israel” yang
bermaksud hamba Allah.
• Baginda dikurniakan 12 orang putera yang
mengembangkan keturunan bani Israel
• Asal usul bani Israel ialah daripada keturunan
baginda
11. NABI YUSUF AS
• Nabi Yusuf as ialah putera kepada nabi Yaakub as
• Dilahirkan di Iraq dan baginda cicit nabi Ibrahim as
• Nabi Yusuf as dikurniakan ketampanan rupa paras
dan ilmu mentafsir mimpi
• Baginda telah mentafsir mimpi raja Mesir mengenai
peristiwa kemarau yang akan berlaku sehingga dapat
menyelamatkan ekonomi Mesir
12. NABI SYU’AIB AS
• Nabi Syu’aib berketurunan nabi Ibrahim as
• Baginda diutuskan kepada penduduk Madyan
yang mengamalkan penipuan dalam urusan
sukatan dan timbangan ketika berjual beli
• Allah swt menimpakan azab kepada mereka
dengan berlakunya gempa bumi kerana
keingkaran mereka
13. NABI AYUB AS
• Nabi Ayub berketurunan nabi Ibrahim as
• Allah swt menguji nabi Ayub as dengan
kehilangan harta, kematian anak dan sakit
yang lama
• Berkat kesabaran baginda, Allah swt telah
menyembuhkan penyakitnya
14. NABI ZULKIFLI AS
• Nabi Zulkifli as ialah putera nabi Ayub as
• Nama baginda di sebut dalam al Quran
bersama dengan nabi Idris as, nabi Ismail as,
dan nabi Ilyasa as
• Baginda merupakan antara nabi yang tinggi
kesabaran dalam berdakwah
رسول 15. NABI MUSA AS
اولوالعزم
• Nabi Musa as dilahirkan di Mesir ketika Firaun melancarkan
arahan agar semua anak lelaki bani Israel dibunuh
• Allah swt mengilhamkan kepada ibu baginda agar
menghayutkannya ke sungai Nil. Baginda telah berdakwah
kepada Firaun agar beriman kepada Allah swt
• Firaun bertindak menentang nabi Musa as beserta pengikutnya
dan mengejar baginda sehingga ke laut Merah.
• Allah swt mewahyukan kepada nabi Musa agar memukul laut
dengan tongkatnya lalu laut terbelah menjadi laluan yang
selamat untuk nabi Musa dan pengikut baginda
16. NABI HARUN AS
• Nabi Harun as ialah saudara kepada nabi
Musa as
• Allah swt menganugerahkan baginda
kepetahan berbicara dan melantik
baginds sebagai pembantu nabi Musa as
dalam berdakwah
17. NABI DAUD AS
• Nabi Daud as ialah keturunan nabi Yaakub as
• Baginda dilantik menjadi raja Palestin
• Baginda memiliki suara yang merdu dan
kemahiran melembutkan besi
• Baginda terkenal dengan amalan berpuasa
selang sehari
18. NABI SULAIMAN AS
• Nabi Sulaiman as ialah putera nabi Daud as
• Baginda boleh menguasai angin, jin dan
haiwan dalam pemmerintahannya
• Kehebatan nabi Sulaiman as telah dapat
menawan empayar Saba’
19. NABI ILYAS AS
• Nabi Ilyas as berketurunan nabi Harun as yang
diutuskan kepada bani Israel yang menyembah
berhala
• Dakwah baginda ditentang oleh kaumnya dan
mereka membuat perancangan membunuh baginda
• Akhirnya Allah swt menurunkan bala kemarau yang
panjang kepada mereka
20. NABI ILYASA’A AS
• Nabi Ilyasa’a as ialah sahabat setia nabi
Ilyas as
• Setelah nabi Ilyas as wafat, baginda
dilantik menjadi rasul dan menyambung
perjuangan nabi Ilyas as
21. NABI YUNUS AS
• Nabi Yunus as diutuskan kepada penduduk Nainawa di Iraq, tetapi
mereka mengingkari dakwah baginda.
• Baginda keluar dari Nainawa dengan menumpang sebuah kapal yang
sarat dengan muatan
• Ketika kapal tersebut dilanda taufan di tengah laut, undian dilakukan
untuk mengurangkan bebanan kapal tersebut. Baginda dicampakkan
ke dalam laut lalu ditelan ikan Nun
• Baginda sentiasa bertasbih kepada Allah ketika berada dalam perut
ikan sehinggalah Allah swt mengeluarkan baginda daripadanya dan
kembali semula kepada kaumnya untuk berdakwah
22. NABI ZAKARIA AS
• Nabi Zakaria as berketurunan nabi Daud as yang
diutuskan kepada bani Israel di Palestin .
• Allah swt mengurniakan seorang anak bernama
Yahya ketika usianya telah lanjut
• Baginda membesarkan saidatina Maryam binti Imran
yang merupakan ibu nabi Isa as
• Baginda wafat kerana dibunuh oleh raja yang zalim
23. NABI YAHYA AS
• Nabi Yahya as ialah putera nabi Zakaria as.
• Ibu baginda bernama Isyak ialah saudara
perempuan saidatina Maryam, ibu nabi Isa
• Baginda dihukum bunuh bersama-sama
bapanya nabi Zakaria as kerana menentang
raja yang zalim
رسول 24. NABI ISA AS
اولوالعزم
• Nabi Isa as merupakan rasul bani Israel yang terakhir
• Mukjizat baginda terzahir apabila dilahirkan tanpa bapa
• Ketika masih bayi, nabi Isa as dikurniakan kebolehan berkata-
kata untuk mempertahankan kebenaran ibunya
• Baginda menyeru kaumnya supaya mengesakan Allah.
Pengikut baginda digelar “al Hawariyuun”
• Baginda ditentang hebat oleh orang Yahudi sehingga mereka
merancang untuk membunuh baginda, tetapi Allah swt
menyelamatkan baginda lalu diangkat ke langit
رسول
اولوالعزم
25. NABI MUHAMMAD SAW
• Nabi Muhammad saw berketurunan Quraisy iaitu kabilah yang paling
mulia daripada keturunan nabi Ismail as.
• Antara gelaran baginda termasuklah al Amin( )الآمين, Khatimun
Nabiyyin ( )خاتم النبين, dan Sayyidil Mursalin)(سيد المرسلين
• Baginda berhadapan tentangan musyrikin Quraisy de Mekah, yahudi
dan munafikin di Madinah
• Nabi Muhammad saw diutuskan kepada seluruh umat manusia hingga
ke akhir zaman.
• Mukjizat terbesar baginda ialah al Quran al Karim
ISI-ISI PENTING LAIN
MAKSUD RASUL ULUL AZMI
- Rasul yang mempunyai kecekalan dan ketabahan hati
menghadapi ujian dalam berdakwah
MAKSUD MUKJIZAT
- Mukjizat ialah perkara luar biasa yang dikurniakan oleh
Allah swt kepada nabi dan rasul untuk membuktikan
kebenaran kenabian dan kerasulan mereka.
(1) Mukjizat Maknawiyah Mukjizat yang difahami dengan pemikiran dan perhatian
(2) Mukjizat Hissiyyah berdasarkan ilmu.
Kekal hingga kiamat iaitu mukjizat al Quran
Mukjizat yang dapat dikesan memalui pancaindera tetapi tidak
berkekalan
Disediakan oleh Rafidah Yusof