TEKNIK MENJAWAB SOALAN KBAT SEJARAH PT3
ISI + HURAIAN + CONTOH+INFERENS + KESIMPULAN
CONTOH SOALAN :
Apakah usaha yang boleh dilakukan untuk memastikan kekayaan hasil bumi
di negara kita sentiasa mencukupi? (4 markah)
CONTOH JAWAPAN SEPERTI BERIKUT:
ISI : KERAJAAN MESTILAH MENGUATKUASA UNDANG-UNDANG
NEGARA
HURAIAN : KESANNYA, SUPAYA NEGARA AKAN MAKMUR
CONTOH : CONTOHNYA, MENGETATKAN UNDANG-UNDANG DALAM
PENGAMBILAN HASIL HUTAN NEGARA
INFERENS : INFERENSNYA, (SALIN SOALAN) MELALUI KERJASAMA DARI
SELURUH MASYARAKAT SUPAYA NEGARA KITA AKAN SENTIASA
SEJAHTERA.
KESIMPULAN : OLEH ITU, JELAS MENUNJUKKAN (SALIN SOALAN).
Contoh jawapan lengkap
Usaha yang boleh dilakukan untuk memastikan kekayaan hasil
bumi di negara kita sentiasa mencukupi ialah kerajaan mestilah
menguatkuasa undang-undang negara. Kesannya, supaya negara
akan makmur. Contohnya, mengetatkan undang-undang dalam
pengambilan hasil hutan negara. Inferensnya, usaha ini dapat
dilakukan melalui kerjasama dari seluruh masyarakat supaya
negara kita akan sentiasa sejahtera. Oleh itu, jelas menunjukkan
usaha ini boleh dilakukan untuk memastikan kekayaan hasil bumi
di negara kita sentiasa mencukupi.
TEKNIK MENJAWAB SOALAN KBAT SEJARAH PT3
SIRI 2
ISI + HURAIAN + CONTOH+INFERENS + KESIMPULAN
CONTOH SOALAN :
SEJAUHMANAKAH KEBERKESANAN PENTADBIRAN YANG SISTEMATIK
MAMPU MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA? (4 MARKAH)
CONTOH JAWAPAN SEPERTI BERIKUT:
ISI : KERAJAAN DAPAT MEMASTIKAN POLITIK NEGARA STABIL
HURAIAN : KESANNYA, SUPAYA NEGARA AKAN AMAN
CONTOH : CONTOHNYA, PEMILIHAN PENGUNDIAN PEMIMPIN DALAM
PILIHAN RAYA DIJALANKAN SECARA ADIL
INFERENS : INFERENSNYA, (SALIN SOALAN) MELALUI MASYARAKAT YANG
BERSATU PADU MELAHIRKAN NEGARA KITA YANG HARMONI
KESIMPULAN : OLEH ITU, JELAS MENUNJUKKAN (SALIN SOALAN).
Contoh jawapan lengkap
Keberkesanan pentadbiran yang sistematik mampu mempertahankan
kedaulatan negara KERANA politik negara akan stabil. Kesannya, negara akan
aman. Contohnya, pemilihan pengundian pemimpin dalam pilihan raya
dijalankan secara adil. Inferensnya, keberkesanan pentadbiran yang
sistematik mampu mempertahankan kedaulatan negara melalui masyarakat
yang bersatu padu melahirkan negara kita yang harmoni. Oleh itu, jelas
menunjukkan keberkesanan pentadbiran yang sistematik mampu
mempertahankan kedaulatan negara.
TEKNIK MENJAWAB SOALAN KBAT SEJARAH PT3
SIRI 3
ISI + HURAIAN + CONTOH+INFERENS + KESIMPULAN
CONTOH SOALAN :
Sebagai pemimpin masa hadapan, cadangkan langkah yang boleh diambil
bagi mengelakkan campur tangan dan peluasan pengaruh asing di negara
kita.
CONTOH JAWAPAN SEPERTI BERIKUT:
ISI : PEMIMPIN MESTILAH MEMPUNYAI SIKAP BERTANGGUNGJAWAB
MEMBUAT KEPUTUSAN DEMI NEGARA
HURAIAN : KESANNYA, SUPAYA NEGARA AKAN MAJU DAN SUKAR DIJAJAH.
CONTOH : CONTOHNYA, KERAJAAN MEMBUAT KERJASAMA DENGAN
NEGARA JIRAN SEPERTI SINGAPURA DALAM PERTAHANAN
NEGARA.
INFERENS : INFERENSNYA, (SALIN SOALAN) MELALUI MASYARAKAT YANG
SALING BERSATU PADU SUPAYA NEGARA KITA AKAN AMAN
KESIMPULAN : OLEH ITU, JELAS MENUNJUKKAN (SALIN SOALAN).
Contoh jawapan lengkap
Sebagai pemimpin masa hadapan, langkah yang boleh diambil bagi
mengelakkan campur tangan dan peluasan pengaruh asing di negara kita
ialah pemimpin mestilah mempunyai sikap bertanggungjawab membuat
keputusan demi negara. Kesannya, supaya negara akan maju dan sukar
dijajah. Contohnya, kerajaan membuat kerjasama dengan negara jiran
seperti singapura dalam pertahanan negara. Inferensnya, langkah ini
mestilah melalui masyarakat yang saling bersatu padu supaya negara kita
akan aman. Oleh itu, jelas menunjukkan langkah ini boleh diambil pemimpin
bagi mengelakkan campur tangan dan peluasan pengaruh asing di negara
kita.
TEKNIK MENJAWAB SOALAN KBAT SEJARAH PT3
SIRI 4
ISI + HURAIAN + CONTOH+INFERENS + KESIMPULAN
CONTOH SOALAN :
Apakah kesan sekiranya negara kita dijajah semula oleh kuasa barat?
(4 markah)
CONTOH JAWAPAN SEPERTI BERIKUT:
ISI : POLITIK NEGARA AKAN TIDAK STABIL
HURAIAN : KESANNYA,NEGARA AKAN KUCAR KACIR.
CONTOH : CONTOHNYA, MASYARAKAT AKAN HIDUP DALAM PEPERANGAN
SEPERTI DI SYRIA DAN PALESTIN.
INFERENS : INFERENSNYA, (SALIN SOALAN) EKONOMI TEMPATAN NEGARA
AKAN MUNDUR MENYEBABKAN MASYARAKT HIDUP DALAM
KEMISKINAN.
KESIMPULAN : OLEH ITU, JELAS MENUNJUKKAN (SALIN SOALAN).
Contoh jawapan lengkap
Kesan sekiranya negara kita dijajah semula oleh kuasa barat ialah politik
negara akan tidak stabil. Kesannya, negara akan kucar kacir. Contohnya,
masyarakat akan hidup dalam peperangan seperti di Syria dan Palestin.
Inferensnya, kesan ini akan menjadikan ekonomi tempatan negara mundur
menyebabkan masyarakat hidup dalam kemiskinan. Oleh itu, jelas
menunjukkan kesan negatif sekiranya negara kita dijajah semula oleh kuasa
barat
TEKNIK MENJAWAB SOALAN KBAT SEJARAH PT3
SIRI 5
ISI + HURAIAN + CONTOH+INFERENS + KESIMPULAN
CONTOH SOALAN :
Perpaduan tunjang pembangunan masa depan negara. Jelaskan.
(4 markah)
CONTOH JAWAPAN SEPERTI BERIKUT:
ISI : EKONOMI NEGARA AKAN MENINGKAT
HURAIAN : KESANNYA,NEGARA AKAN MAJU
CONTOH : CONTOHNYA, MASYARAKAT BEKERJASAMA DALAM
MEMBANGUNKAN INDUSTRI KECIL SEDERHANA TEMPATAN
INFERENS : INFERENSNYA, (SALIN SOALAN) TARAF HIDUP RAKYAT AKAN
MENINGKAT MENYEBABKAN MASYARAKAT HIDUP DALAM
SEJAHTERA
KESIMPULAN : OLEH ITU, JELAS MENUNJUKKAN (SALIN SOALAN).
Contoh jawapan lengkap
Perpaduan tunjang pembangunan masa depan negara KERANA ekonomi
negara akan meningkat. Kesannya, negara akan maju. Contohnya,
masyarakat bekerjasama dalam membangunkan industri kecil sederhana
tempatan. Inferensnya, perpaduan tunjang pembangunan masa depan
negara kerana taraf hidup rakyat akan meningkat menyebabkan masyarakat
hidup dalam sejahtera. Oleh itu, jelas menunjukkan perpaduan tunjang
pembangunan masa depan negara.
TEKNIK MENJAWAB SOALAN KBAT SEJARAH PT3
SIRI 6
ISI + HURAIAN + CONTOH+INFERENS + KESIMPULAN
CONTOH SOALAN :
PERUSAHAAN INDUSTRI KECIL SEDERHANA:
MASRAM BAHULU
NORLIN FROZEN FOODS
ZAAS AGRO ENTERPRISE
Penyataan 1: Perusahaan Anak Tempatan
Pada pendapat anda, Bagaimanakah perusahaan di atas mampu memberi
impak kepada pembangunan negara? (4 markah)
CONTOH JAWAPAN SEPERTI BERIKUT:
ISI :MEWUJUDKAN PELUANG PEKERJAAN
HURAIAN : KESANNYA,NEGARA AKAN MAJU
CONTOH : CONTOHNYA, MEMBUKA PELUANG PEKERJAAN KEPADA
PENDUDUK LUAR BANDAR SEPERTI PERUSAHAAN MAKANAN
KEREPEK PISANG
INFERENS : INFERENSNYA, (SALIN SOALAN) TARAF HIDUP RAKYAT AKAN
MENINGKAT MENYEBABKAN MASYARAKAT HIDUP DALAM
HARMONI
KESIMPULAN : OLEH ITU, JELAS MENUNJUKKAN (SALIN SOALAN).
Contoh jawapan lengkap
Perusahaan di atas mampu memberi impak kepada pembangunan negara
KERANA dapat mewujudkan peluang pekerjaan. Kesannya, negara akan
maju. Contohnya, membuka peluang pekerjaan kepada penduduk luar
bandar seperti perusahaan makanan kerepek pisang. Inferensnya,
perusahaan ini mampu memberi impak kepada pembangunan negara kerana
taraf hidup rakyat akan meningkat menyebabkan masyarakat hidup dalam
harmoni. Oleh itu, jelas menunjukkan perusahaan tempatan mampu
memberi impak kepada pembangunan negara.