MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA
M S S M 2021
CABARAN KEMAHIRAN BOLA JARING
BAWAH 15 & 18 TAHUN
2021
1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
1.1 Pertandingan ini adalah tertakluk kepada peraturan MSSM mengikut perubahan yang
dipersetujui ( Modified Sports).
1.2 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan akan diputuskan
seperti berikut:
1.2.1 Sebarang kejadian akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola yang
sedang berkuatkuasa.
1.3 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan adalah
MUKTAMAD.
2. JENIS PERTANDINGAN
2.1 Pertandingan secara individu antara MSS Negeri.
2.2 Kategori yang dipertandingkan :
2.2.1 Perempuan Individu Bawah 18 Tahun
2.2.2 Perempuan Individu Bawah 15 Tahun
2.2.3 Perempuan Individu Bawah 12 Tahun
3. PENDAFTARAN PASUKAN
3.1 Pemain
3.1.1 Tiap-tiap negeri akan mendaftar dan menghantar 10 pemain individu bagi
mewakili negeri masing-masing.
3.1.2 Tiap-tiap pemain diwajibkan bermain dalam peringkat umurnya sahaja.
3.1.3 Semua peserta peringkat umur 12/15/18 tahun kebawah hendaklah memuat
naik salinan Kad Pengenalan/My Kid/Salinan Sijil Kelahiran ke dalam
‘Google Form’ yang disediakan oleh pihak penganjur.
3.1.4 Pendaftaran pemain akan dibuat melalui Google Form.
3.1.5 Hanya pemain yang berdaftar sahaja layak menyertai kejohanan ini.
3.1.6 Penyertaan murid hendaklah secara sukarela dan mendapat kebenaran bertulis
daripada ibu bapa bagi menyertai pertandingan . Borang kebenaran ibu bapa
harus dimuat naik dalam Google Form pendaftaran.
3.2 Pegawai Pasukan
3.2.1 Bilangan Pegawai hendaklah terdiri daripada pegawai wanita sahaja iaitu :
i) 1 Pengerusi Teknik
ii) 3 Pengurus Pasukan
iii) 3 Jurulatih
iv) 3 Pengadil
4. KELAYAKAN PEMAIN
4.1 Taraf kelayakan pemain adalah tertakluk kepada Peraturan 3 (Kelayakan dalam
Peraturan AM MSSM Lampiran B)
4.2 Pelajar yang menerima surat tawaran kemasukkan ke Tingkatan 6 Rendah KPM
wajib disahkan pendaftaran oleh Pengetua/Penolong Kanan beserta bahan/dokumen
sokongan yang lain seperti Salinan Buku Kehadiran.
5. SISTEM PERTANDINGAN
5.1 Kesemua negeri akan memuat naik (upload) video individu pemain melakukan
kesemua kemahiran yang dinyatakan melalui laman YouTube atau Facebook. Pemain
perlu memuat naik (upload) ‘link’ video tersebut ke ‘Google Form’.
5.2 Pemenang akan ditentukan berdasarkan lakuan teknik kemahiran yang betul dan
catatan masa terpantas.
6. PAKAIAN
6.1 Pemain
6.1.1 Pemain-pemain perlu memakai pakaian sukan yang sesuai.
7. GELANGGANG/ALATAN
7.1 Saiz bola untuk semua peringkat umur ialah saiz 5.
7.2 Pita Ukur
7.3 ‘Masking Tape’
7.4 Jam randik (Stopwatch (Aplikasi tersedia di Video Kamera atau telefon bimbit)
7.5 4 Kon/botol air mineral 500 ml
7.6 Kerusi Plastik berukuran +- 33 inci x 14 inci x 17 inci
8. HADIAH DAN SIJIL
8.1 Kesemua pemain yang menyertai kejohanan ini akan menerima Sijil Penyertaan.
8.2 Semua pemenang setiap kategori tempat 1- 30 akan menerima Medal dan Sijil
Pemenang.
9. PENGADILAN
9.1 Semua pasukan akan diadili oleh Jawatankuasa yang dilantik oleh Jawatankuasa
Pengelola.
9.2 Keputusan juri adalah muktamad.
10. PEMBATALAN PENYERTAAN
10.1 Penyertaan Pemain adalah terbatal jika:
10.1.1 berlaku perlanggaran peraturan pertandingan.
10.1.2 rakaman video yang diedit dan tidak mematuhi garis panduan membuat
rakaman.
11. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
11.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan ini, akan diputuskan
oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusannya
adalah MUKTAMAD.
Aktiviti 1
Gerak Kaki (‘Figure of Eight’)
1. Pemain mulakan dengan berdiri di kon 1.
2. Pemain lari pecut ke kon 2, lari undur ke kon 3, lari pecut ke kon 4 dan lari
undur ke kon 1 untuk menamatkan satu larian.
3. Pemain membuat 5 X larian.
4. Setelah selesai, terus ke aktiviti 2.
5. Rujuk video yang disertakan.
6. Rakaman masa dimulakan apabila pemain mula berlari dari kon 1 dan masa
rakaman tamat apabila pemain tamat melakukan aktiviti ke 8.
Alatan yang diperlukan:
1. Bola saiz 5
2. 4 kon / botol air mineral 500 ml
2 meter
2 meter
Aktiviti 2
Kemahiran Mengendalikan Bola Individu: Bola ‘Figure of Eight’ mengelilingi
Lutut
1. Pemain berdiri dengan kedua-dua kaki dirapatkan dan lutut dibengkokkan sedikit
di garisan permulaan aktiviti 4
2. Pegang bola di satu tangan dan hantarkan ke tangan yang lain di sekitar
kawasan lutut di hadapan badan. Kemudian bawa bola kembali dengan satu
tangan dan hantarkan ke tangan yang lain di bahagian belakang badan di sekitar
kawasan lutut.
3. Bola akan dilalukan di sekitar lutut secara putaran.
4. Bola tidak boleh menyentuh lutut.
5. 5 kali berpusing dari sebelah kanan dan 5 kali dari sisi kiri.
6. Setelah selesai, terus ke aktiviti 3
7. Rujuk Video yang disertakan.
Alatan yang diperlukan:
1. Bola saiz 5
Aktiviti 3
Kemahiran Asas : Hantaran Aras Dada
1. Pemain akan melakukan hantaran aras dada dari jarak 3m ke dinding.
2. Pemain perlu berdiri di belakang garisan dengan satu kaki di hadapan dan
satu lagi di belakang.
3. Lakukan hantaran aras dada sebanyak 10 kali.
4. Setelah selesai, terus ke aktiviti 4 dengan menggunakan stesen aktiviti 1.
5. Rujuk Video yang disertakan.
Alatan yang diperlukan:
1. Bola saiz 5
2. Masking Tape
Aktiviti 4
Gerak Kaki ( Pelbagai Larian)
1. Pemain mulakan dengan berdiri di kon 1.
2. Pemain lari tepi (side-step) ke kon 2, lari pecut ke kon 3, lari tepi
menghadap kon 1 dan 2 ke kon 4 dan lari pecut ke kon 1 untuk
menamatkan satu larian.
3. Pemain membuat 5 X larian.
4. Setelah selesai, terus ke aktiviti 5 menggunakan stesen aktiviti 3.
5. Rujuk video yang disertakan.
Alatan yang diperlukan:
1. Bola saiz 5
2. Masking Tape
2 meter
2 meter
Aktiviti 5
Kemahiran Asas : Hantaran Aras Bahu
1. Pemain akan melakukan hantaran aras bahu dari jarak 3m ke dinding.
2. Pemain perlu berdiri di belakang garisan dengan satu kaki di hadapan dan satu
lagi di belakang.
3. Lakukan hantaran aras bahu sebanyak 10 kali menggunakan tangan kanan dan
10 kali menggunakan tangan kiri.
4. Setelah selesai, teruskan ke aktiviti 6.
5. Rujuk video yang diberikan.
Alatan yang diperlukan:
1. Bola saiz 5
2. Masking Tape
Aktiviti 6
Kemahiran Bola (‘Ball Tap’)
1. Pemain berdiri menghadap berhampiran dengan dinding untuk kemahiran Hantaran
Bola Sebelah Tangan.
2. Pemain melantun bola ke dinding dengan ulangan pantas sebanyak 20 kali
menggunakan tangan kanan dan menukar dengan menggunakan tangan kiri sebanyak
20 kali.
3. Setelah selesai, teruskan ke aktiviti 7.
4. Rujuk video yang diberikan.
Alatan yang diperlukan:
1. Bola saiz 5
Aktiviti 7
Kemahiran Gerak Kaki dan Kepantasan Menangkap Bola
(Fast Feet and Catch)
1. Pemain memerlukan kerusi plastik.
2. Pemain berdiri badan membelakangi kerusi. Pemain melambung bola ke atas di depan
pemain, berlari mengelilingi kerusi dan berlari semula ke hadapan kerusi untuk
menangkap bola sebelum bola melantun di lantai. Walaubagaimanapun bola masih
dibenarkan melantun di lantai HANYA sekali sahaja.
3. Pemain membuat melakukan aktiviti ini, 3 larian ke kiri dan 3 larian ke kanan.
4. Setelah selesai, teruskan ke aktiviti 8 dengan menggunakan stesen aktiviti 1.
5. Rujuk video yang diberikan.
Alatan yang diperlukan:
1. Bola saiz 5
2. Kerusi plastik ketinggian +- 33 inci x 14 inci x 17 inci
Aktiviti 8
Kemahiran Gerak Kaki dan Mendarat
1. Pemain berdiri di kon 1, lari pecut ke kon 2 dan mendarat dengan kaki kanan, lari undur
ke kon 3, lari pecut ke kon 4 dan mendarat dengan kaki kiri dan lari undur semula ke kon
1. Lakukan aktiviti ini sebanyak 5 kali.
2. Masa akan ditamatkan apabila pemain tiba semula ke kon 1 setelah selesai 5 kali larian.
3. Rujuk video yang diberikan.
Alatan yang diperlukan:
1. Bola saiz 5
2. Kon / Botol Air Mineral 500 ml
2 meter
2 meter
Layout Ukuran Gelanggang 2 meter
9m
Dinding
2m
2 meter
1m
1m
1m
1m
9m 3m