MANUAL PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SESI PERSEKOLAHAN 2023/2024 TEL : 09-3239780 E-MAIL :[email protected] FAX: 09-3239780 cba3009.moe.gov.my SEKOLAH KEBANGSAAN BENTA 27300 BENTA PAHANG DARUL MAKMUR
BIL PERKARA-PERKARA 01 PANDUAN GURU 02 INFORMASI SEKOLAH Abstrak Biodata Peribadi Guru Besar Sekolah Transformasi 25 ( TS25 ) Falsafah Pendidikan Kebangsaan Sejarah Sekolah Senarai Nama Guru Besar SK Benta Visi, Misi dan Moto Objektif Sekolah Piagam Pelanggan Lencana SK Benta Ikrar Sekolah dan Ikrar Murid Lagu Sekolah Pelan Sekolah Kemudahan Sekolah Senarai Guru dan Kakitangan Sekolah 2023/2024 Enrolmen Murid Carta Organisasi Sekolah 2023/2024 Senarai Guru Kelas Bagi Tahun 20232024 MANUAL PENGURUSAN SESI PERSEKOLAHAN 2023/2024 ISI KANDUNGAN
03 MAKLUMAT UMUM Daftar Hari Kelepasan Am Negeri Pahang 2023/2024 Perincian Persekolahan 2023/2024 PIBG 2020/2023 Takwim Perancangan Sekolah 2023/2024 04 UNIT PENGURUSAN & KURIKULUM 2023/2024 Visi, Misi ,Objektif dan Matlamat Unit Kurikulum Carta Organisasi Kurikulum Penyelaras Bilik-bilik Khas Jadual Pemeriksaan Buku/Latihan Murid Carta Gantt Kurikulum
05 UNIT PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 2023/2024 Visi & Misi Hal Ehwal Murid Objektif & Matlamat Peraturan Sekolah Carta Organisasi Hal Ehwal Murid Jadual Guru Bertugas Mingguan Carta Gantt Hal Ehwal Murid 06 UNIT PENGURUSAN KO KURIKULUM 2023/2024 Carta Organisasi Ko Kurikulum Bidang Tugas Utama Unit Ko Kurikulun Tugas Jawatankuasa Ko Kurikulum Perturan Ko Kurikulum Carta Gantt Ko Kurikulum Jadual Pencerapan Ko Kurikulum Hal-hal Lain
PENGURUSAN PENTADBIRAN
BIL PERKARA-PERKARA 01 VISI & MISI 02 OBJEKTIF & MATLAMAT 03 PERATURAN SEKOLAH 04 CARTA ORGANISASI 05 BIDANG / TUGAS UTAMA 06 TAKWIM PERSEKOLAH 07 CARTA GANTT AKTIVITI / PENGURUSAN PENTADBIRAN SESI PERSEKOLAHAN 2023/2024 ISI KANDUNGAN
1.0 Hari Persekolahan. Hari persekolahan ialah pada hari Isnin hingga Jumaat. 1.1 Waktu persekolahan: Tahap Satu Isnin – ( 7.30 – 1.35 petang ) Selasa – Khamis ( 7.30 – 1.05 petang ) Tahap Dua Isnin – Khamis ( 7.30 – 1.35 petang ) *Tahap 1 & 2 – hari Jumaat ( 7.30- 12.05 tengah hari ) 1.2 Waktu rehat : 10.15-10.35 pagi 1.3 Loceng pagi dibunyikan pada pukul 7.30 pagi. 1.4 Semua guru diminta datang awal ke sekolah dan balik lewat daripada murid. 1.5 Semua guru dikehendaki balik selepas jam 2.00 petang. 1.6 Semua guru dikehendaki bersama-sama murid setiap kali perhimpunan. 1.7 Pakaian guru dikehendaki kemas seperti tercatat di dalam Pekeliling Kementerian. 1.8 Tanda nama ( name tag ) guru wajib di pakai semasa mengajar dan upacara rasmi di dalam dan luar sekolah. 1.9 Semua aktiviti sekolah sama ada kegiatan kokurikulum dan lain-lain adalahwajib dan ianya sebahagian daripada tugas guru. 1.10 Semua guru adalah guru disiplin. 1.11 Guru yang tidak hadir ke sekolah atau sakit, guru yang relief akan menggantikannya. 1.12 Guru ‘relief’ wajib masuk kelas. 1.13 Guru yang tidak hadir kerana sakit atau lain-lain seharusnya meninggalkan buku rekod mengajar untuk digunakan oleh guru “ relief “.
2.0 Perhimpunan Sekolah. 2.1 Perhimpunan sekolah adalah wajib bagi semua guru dan murid. 2.2 Perhimpunan mingguan pada hari Isnin. 2.3 Perhimpunan kokurikulum ( Hari Rabu ) sebulan sekali. 2.4 Guru bertugas adalah bertanggungjawab terhadap kelancaran perhimpunan dan keperluan lain: 2.4.1 Siaraya 2.4.2 Radio dan CD 2.4.3 Bendera Malaysia, Bendera Negeri Pahang dan Bendera Sekolah. 2.4.4 Pengawas yang bertugas 2.4.5 Umumkan perkara yang releven sahaja: - Disiplin murid - Aktiviti sekolah 2.5 Semasa Perhimpunan Mingguan: i ) Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Pahang dan lagu Sekolah ii ) Ikrar murid iii) Laporan guru bertugas mingguan sebelumnya. iv) Ucapan guru bertugas mingguan mengikut tema yang ditetapkan. v) Ucapan GPK ( GPK 1 / GPK HEM/GPK Kokurikulum ) - ( bergilir-gilir ) vi) Ucapan Guru Besar ( jika ada ) 2.6 Semua guru wajib berada di astaka semasa perhimpunan. 2.7 Guru bertugas perlu memastikan siaraya berfungsi dan mencukupi serta kerusi mengikut bilangan guru. 3.0 Kehadiran Guru 3.1 Semua guru wajib menulis nama ke dalam buku kehadiran dan menandatangani waktu pulang dari sekolah. 3.2 Guru yang lewat hadir sewajarnya berjumpa dengan guru besar. 3.3 Kehadiran pada waktu petang dan hari Sabtu untuk menjayakan aktiviti sekolah perlu dicatatkan . Ini membantu pihak pentadbiran sekolah memberi kredit tambahan kepada guru nanti.
4.0 Lewat Hadir ke Sekolah. 4.1 Sila berjumpa dengan guru besar. 4.2 Semua guru hendaklah mematuhi peraturan kerja waktu datang dan balik dari sekolah.Guru yang lewat masuk ke dalam kelas akan memberi gambaran yang negatif kepada pembentukan displin murid. 4.3 Jika didapati guru sering lewat ke sekolah, surat tunjuk sebab akan diberikan dan dijawab dalam tempoh satu minggu. 4.4 Amalan lewat masuk ke kelas mengajar tidak digalakkan sama sekali. Ianya adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. 4.5 Amalan guru balik awal daripada murid juga perlu dielakkan. Guru perlu mengawasi murid balik dari sekolah. Tanggungjawab menjaga keselamatanmurid adalah tanggungjawab semua guru . 5. 0 Tidak Hadir Bertugas. 5.1 Semua guru dikehendaki memberitahu pihak sekolah jika tidak hadir melalui telefon sebelum jam 7.00 pagi. 5.2 Guru yang datang lewat hendaklah berjumpa dengan guru besar dengan memberi sebab musabab kelewatan itu. 5.3 Guru tidak dibenarkan keluar meninggalkan kelas semasa mengajar kecuali mendapat kebenaran daripada guru besar terlebih dahulu. 5.3 Sila dapatkan sijil cuti sakit dari pihak hospital atau klinik berhampiran. Ketidakhadiran tanpa sijil boleh dikenakan tindakan cuti tanpa gaji. 5.4 Surat sakit ( MC ) hendaklah dihantar ke sekolah pada hari yang sama dan diserahkan kepada Pembantu Tadbir (PT). 6.0 Buku Rekod Mengajar 6.1 Buku rekod mengajar adalah dokumen rasmi yang sangat penting. 6.2 Lengkapkan semua ruangan yang disediakan dalam buku tersebut. 6.3 Ujian sumatif / pentaksiran hendaklah dijalankan mengikut takwimsekolah dan direkodkan. 6.4 Semua buku rekod hendaklah dihantar pada setiap hari Jumaat untuk semakan & tandatangan daripada guru besar / guru-guru penolong kanan. Jika cuti, buku rekod dihantar pada hari sebelumnya. 6.5 Penyediaan buku rekod mengajar yang kemaskini dan rancangan mengajar yang baik membantu guru dalam prestasi tahunan (PBPPP / LNPT).
7.0 Jadual Kedatangan Murid 7.1 Jadual kedatangan murid adalah dokumen penting. Jadual kedatangan adalah dokumen yang perlu diaudit. 7.2 Ia mesti disimpan di pejabat sekolah dan tidak boleh dibawa balik kerumah. 7.3 Semua ruang hendaklah diisi dengan jelas, bersih dan kemas. Murid dilarang sama sekali menanda atau mengisi mana-mana ruang di dalam tersebut. 7.4 Guru yang masuk kelas waktu pertama / guru relief dikehendaki menanda kehadiran murid ke dalam buku kehadiran dan menghantar ke pejabat sebelum jam 9.00 pagi. 7.6 Segala kesilapan hendaklah dipotong dan ditandatangani ringkas. Pemadam cecair tidak dibenarkan. 7.7 Murid yang tidak hadir tiga hari berturut-turut hendaklah dihantar surat peringatan kepada penjaga. Guru kelas adalah bertanggungjawab menulis surat kepada penjaga dan tandatangani oleh guru besar. 7.8 Salinan surat berkenaan hendaklah diserahkan kepada PK HEM. 7.9 Buku kedatangan hendaklah ditutup setiap akhir bulan dan diserahkan kepada PK HEM untuk semakan. 7.10 Buku kedatangan hendaklah ditutup setiap akhir persekolahan sehingga bulan Disember. 8.0 Pengurusan dan Organisasi Kelas 8.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada ketua kelas, penolong ketua kelas,ketua keceriaan dan kebersihan kelas dan sebagainya. 8.2 Menentukan perkara-perkara yang berikut perlu ada didalam kelas : 8.2.1 Jadual waktu 8.2.2 Jadual bertugas 8.2.3 Visi dan Misi Sekolah 8.2.4 Sudut-sudut mata pelajaran & sudut bacaan. 8.2.5 Perabot kelas seperti kerusi,meja guru dan murid mencukupi. 8.2.6 Papan tulis, papan kenyataan dalam keadaan baik dan teratur. 8.3 Guru kelas bertanggungjawab secara rasmi dalam semua urusan kelas.Wujudkan susunan kelas ke abad 21 8.4 Guru kelas hendaklah mengenali setiap murid dalam kelasnya dari segi belakang, status ekonomi dan minat murid.
9.0 Guru Bukan Guru Kelas. 9.1 Guru berkenaan boleh diarahkan menjalankan tugas guru kelas apabila diperlukan. 9.2 Guru bukan guru kelas boleh membantu guru kelas untuk menguruskan kelas ke arah yang lebih baik dapat meningkatkan mutu PdP. 10.0 Guru Ganti 10.1 Guru ganti seharusnya mengajar semasa menggantikan kelassemasa guru berkenaan tidak hadir. 10.2 Guru ganti menandatangani jadual kedatangan kelas murid berkenaan. 11.0 Aktiviti di Luar Kelas / di Luar Sekolah 11.1 Semua guru dan murid wajib terlibat mengikut jadual yangdiberikan.Sebarang kesulitan yang berbangkit, disebabkan oleh ketiadaan guru pengawas adalah tanggungjawab guru itu sendiri. 11.2 Pastikan guru memberi surat kebenaran penjaga kepada murid semasa membawa murid untuk aktiviti di luar kawasan sekolah. 11.3 PK Kokurikulum akan mengiringi murid bagi pertandinganperingkat zon atau daerah. 11.4 Pastikan keselamatan murid semasa aktiviti di sebelah petang juga di luar kawasan sekolah. 11.5 Guru juga hendaklah merekodkan / melaporkan aktiviti di sebelah mengikut unit masing-masing. 11.6 ‘Post Mortem’ hendaklah dibuat setelah selesai pertandingan oleh guru yang terlibat. 11.7 Kehadiran guru semasa aktiviti pada sebelah petang amatlah penting dan perlutepat pada masa yang dtetapkan. 11.8 Guru pengiring boleh membuat tuntutan.
12.0 Mesyuarat 12.1 Kehadiran mesyuarat adalah wajib bagi semua guru. 12.2 Mesyuarat kurikulum akan diadakan dengan PK sebagaipengerusi panitia mata pelajaran sekurang-kurangnya sebulan sekali. 12.3 Mesyuarat Kurikulum, Hem dan kokurikulum diadakan sekurang-kurangnya 4 x setahun. 12.4 Mesyuarat panitia akan diadakan selepas tiap kali ujian/ pentaksiran. 12.5 Semua mesyuarat akan diadakan selepas waktu persekolahan jam 1.40 petang. 12.6 Semua guru Penolong Kanan akan terlibat dalam semua mesyuarat disekolah. 12.7 Setiausaha setiap unit dikehendaki menyiapkan minit mesyuarat dalam masa 3 hari selepas bermesyuarat dan diedarkan kepada ahli yang terlibat. 13.0 Peperiksaan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS/PBD). 13.1 Pentaksiran akan diadakan 2 kali setahun ( mengikut takwim ) 13.2 Soalan mata pelajaran akan disediakan oleh pihak sekolah. Ujian bulanan ( sumatif ) boleh dibuat oleh guru mata pelajaran bagimenguji kemahiran yang dikuasai oleh murid.murid. 13.3 Semua guru diminta menyediakan JSU bagi peperiksaan P1 & PAK serta ujian bulanan. 13.4 Semua guru hendaklah memastikan PBD dijalankan dari masa semasa berdasarkan tajuk mengikut band aras kebolehan murid.
14.0 Guru Bertugas 14.1 Guru bertugas hendaklah datang awal sebelum jam 7.30 pagi ke sekolah daripada guru - guru lain. 14.2 Semua guru wajib hadir perhimpunan pada pagi Isnin. 14.3 Guru bertugas bertanggungjawab menguruskan alatan siaraya. 14.4 Bertanggungjawab terhadap ketenteraman sekolah dan mengawasi pelawat-pelawat rasmi dan tidak rasmi. 14.5 Mengawasi harta benda sekolah dan kebersihan persekitaran sekolah. 14.6 Melengkapkan buku laporan guru bertugas dan mengawasi murid pada waktu rehat di kantin sekolah. 14.7 Mengelolakan perhimpunan rasmi sekolah setiap hari Isnin. 14.8 Bertanggungjawab terhadap pergerakan murid datang dan balik sekolah. 14.9 Bertanggungjawab menghantar murid yang sakit ke rumah/ke hospital. 15.0 Pakaian Guru 15.1 Guru hendaklah kelihatan kemas dengan memakai pakaian yang sesuaisemasa bertugas. 15.2 Pakaian formal mesti dipakai semasa upacara rasmi sekolah dan memakai tandanama sepanjang masa. 15.3 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher setiap hari Isnin dan semuaguru perempuan hendaklah memakai kasut yang bertumit serta bertutup. 16.0 Pencerapan 16.1 Guru-guru akan dicerap oleh guru besar, GPK, ketua panitia dan rakan sejawat. 16.2 Guru hendaklah sentiasa bersedia mengajar mengikut rancanganmengajar dan BBM. 16.3 Pencerapan akan dijalankan mengikut jadual pencerapan yang telah ditetapkan.
17.0 Pengajaran dan Pembelajaran 17.1 Rancangan pelajaran hendaklah dirancang dengan teliti dan sesuaidengan kebolehan murid. 17.2 Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam keadaan yang menyeronokkan. 17.3 Pengajaran di luar kelas hendaklah digalakkan seperti penggunaanPSS, makmal komputer dan bilik tayangan adalah digalakkan. 17.4 Banyakkan latihan murid dan latihan yang diberi perlu mengikut aras murid serta sentiasa diperiksa. 17.5 Penilaian sumatif hendaklah dibuat setelah selesai mengajar sesuatu kemahiran. 17.6 Semua guru digalakkan menggunakan GOOGLE CLASSROOM dalam PdPc. 18.0 Pusat Sumber Sekolah ( PSS) 18.1 Guru hendaklah bersama dengan murid-murid semasa berada di PSS. 18.2 Sila catatkan nama dan tandatangan apabila meminjam peralatan PSS dalambuku pinjaman. 18.3 Semua buku yang dipinjam hendaklah dipulang mengikut tarikh yang ditetapkan. 18.4 Keceriaan PSS hendaklah sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa. 19.0 Bank Soalan. 19.1 Panitia mata pelajaran hendaklah menubuhkan bank soalan. 19.2 Koleksi soalan-soalan hendaklah ditambah dari semasa kesemasa. 19.3 Setiap panitia hendaklah menghantar salinan soalan kepada guru besar, PK 1& setiausaha peperiksaan. 19.4 Satu salinan soalan perlu disimpan ke dalam fail i- bank soalan. 19.5 Analisis keputusan pentaksiran / ujian hendaklah dibuat dicatat ke dalam buku/fail. 19.6 Soalan-soalan yang dikumpulkan mempunyai “ kebolehpercayaan” dan“ keesahan”.
20.0 Buku Kerja 20.1 Guru tidak dibenarkan menggunakan buku kerja semasa PdP. 20.2 Buku kerja hanya boleh digunakan sebagai kerja rumah dan diperiksa sepenuhnya Oleh guru. 20.3 Guru tidak boleh memaksa murid membeli buku kerja selainyang dicadangkan oleh pihak sekolah. 20.4 Penjaga digalakkan membeli buku kerja tambahan di rumah. 21.0 Buku Teks 21.1 Buku teks hendaklah digunakan semasa PdP dalam kelas. 21.2 Sentiasa mengingati kepada murid tentang penjagaan buku kelas. 21.3 Buku teks yang rosak atau hilang hendaklah diganti buku baru atau penjaga membayar nilai buku tersebut. 21.4 Buku teks diagihkan sebelum cuti akhir tahun persekolahan ( Tahun 2- 5 ) manakala buku teks murid tahun 1 akan diberi semasa program Orientasi tahun 1. 22.0 Buku Tulis Murid 22.1 Pastikan murid mempunyai buku tulis yang mencukupi. 22.2 Pastikan buku tulis disemak dan ditanda selepas murid membuat latihan. 22.3 Setiap bulan, buku hendaklah di tandatangani oleh ibu bapa. Ini memastikan ibu bapa menyemak latihan anak mereka di rumah. 23.0 Kerja Rumah 23.1 Berikan kerja rumah sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran setiap hariterutama mata pelajaran teras. 23.2 Kerja rumah yang dibekalkan perlu sesuai dengan tahap kecerdasan murid.
24.0 Waktu Balik Sekolah 24.1 Semua guru dikehendaki balik lewat daripada murid-murid. 24.2 Guru bertugas akan memastikan keselamatan murid semasa balik darisekolah. 24.3 Penjaga tidak dibenarkan membawa kenderaan masuk ke dalamkawasan sekolah semasa menghantar dan mengambil anak mereka darisekolah. 25.0 Menghukum / Mendenda Murid 25.1 Semua hukuman terhadap murid hanya boleh dilaksanakan oleh guru besar dan guru disiplin. 25.2 Guru dilarang menghukum murid seperti merotan, mencubit,mengetuk kepala dan mengeluarkan kata-kata kesat. 25.3 Menghukum murid berdiri di atas kerusi adalah dilarang sama sekali. 25.4 Menghukum murid menggunakan tali pinggang adalah dilarang sama sekali. 26.0 Pelawat 26.1 Galakan murid supaya menghormati guru, rakan sebaya dan pelawat luar. 26.2 Murid digalakan memberi salam apabila bersua dengan guru dan orang luar. 26.3 Jangan benarkan pelawat termasuk jurujual berjumpa dengan murid di kelas. 26.4 Pelawat atau jurujual hanya boleh berjumpa dengan guru,sekiranyareka mendapat kebenaran daripada guru besar terlebih dahulu. 27.0 Beratur 27.1 Semua murid diwajib beratur semasa keluar kelas untuk pergi ke bilikbilik utama juga semasa keluar rehat dan ke padang ( Pendidikan Jasmani) 27.2 Peranan pengawas dan ketua kelas bagi mengawasi murid-murid semasakeluar kelas. 28.0 Murid Bermasalah. 28.1 Guru kelas hendaklah mengenal pasti murid-murid yang bermasalah seperti ponteng. kelas, malas belajar, tidak menyiapkan kerja sekolah, nakal dan lain-lain. 28.2 Sebarang masalah murid rujuk kepada PK Hem, Kaunselor dan guru disiplin.
29.0 Panitia Mata Pelajaran. ` 29.1 Pengerusi panitia hendaklah merancang tahunan, mingguan dan harian. 29.2 Mengadakan mesyuarat mengikut takwim yang ditetapkan. 29.3 Menyelaras penggunaan buku tulis dan buku kerja. 29.4 Membuat bengkel pembinaan alat BBM. 29.5 Memberi kerjasama dan tunjuk ajar kepada guru baharu / guru praktikum dalampenyediaan buku rekod dan PdPc. 29.6 Menyediakan laporan panitia untuk dibentangkan dalam mesyuarat Kurikulum. 29.7 Merancang dan melaksanakan aktiviti panitia. 30.0 Budaya Membaca 30.1 Guru-guru digalakkan membaca dan meminjam buku dari PSS untuk menambah ilmu pengetahuan maklumat terkini. 30.2 Murid digalakkan membaca buku melalui pinjaman PSS dan bertukar buku dengan rakan-rakan. 30.3 Galakkan murid membaca buku di PSS pada waktu yang terluang. 31.0 Congak 31.1 Latihan congak hendaklah dibuat setiap hari selama lima minit sebelum aktiviti PdP bermula. 31.2 Guru menyoal murid berdasarkan topik seperti sifir, sebelum memulakan PdPc.
32.0 Harta Benda Sekolah. 32.1 Harta benda sekolah hendaklah dijaga sebagai harta benda sendiri. Kerusi dan meja dalam keadaan sempurna dan tidak membahayakan. 32.2 Sebarang kerosakan sila laporkan kepada pentadbir sekolah. 32.3 Lampu, kipas dan air hendaklah digunakan dengan cermat dan tidak membazir. 32.4 Pastikan kipas dan lampu ditutup suis sebelum meninggalkan kelas 33.0 Keluar Kelas 33.1 Murid dilarang sama sekali keluar kelas tanpa sebarang urusan. 33.2 Murid yang hendak keluar kelas seperti tandas, hendaklah menggunakan kad yang dibekalkan oleh guru. 34.0 Pembatalan Kegiatan Sekolah. 34.1 Sebarang pembatalan aktiviti Kokurikulum hendaklah dirujuk kepada PK Kokurikulum. 35.0 Laporan Kegiatan Sekolah. 35.1 Semua laporan kegiatan kokurikulum hendaklah dihantar ke pejabat paling lewat sehari selepas aktiviti berakhir. 35.2 Guru mesti merekodkan / menandatangani di dalam buku yang telah dibeli oleh murid. 35.3 Laporan yang dihantar hendaklah kemas dan lengkap. 35.4 Bagi aktiviti sukan & permainan , guru pengiring/ jurulatih yang membawa murid bertanding di peringkat zon/daerah/negeri mesti mengisi borang PAJSK. 35.5 Guru pengiring / guru penasihat permainan hendaklah mengisi Aplikasi Press bagi setiap aktiviti yang disertai oleh murid berkenaan, 35.6 Laporan bulanan perhimpunan kokurikulum mestilah dikemaskini bagi unit yang terlibat.
36.0 Waktu Rehat. 36.1 Murid tidak dibenarkan sama sekali berada di dalam kelas pada waktu rehat. 36.2 Murid tidak dibenarkan makan & minum semasa rehat di dalam kelas. 36.3 Guru dibenarkan makan di kantin mengikut waktu ‘ free “ selepas jam 8.15 pagi. 36.4 Apabila loceng dibunyikan guru dan murid masuk ke dalam kelas untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 37.0 Kebersihan dan Keceriaan Kelas. 37.1 Adalah menjadi tanggungjawab semua guru dan murid untuk memastikan kelas sentiasa ceria, bersih dan menarik. 37.2 Guru yang mengajar pada waktu pertama hendaklah memastikan kelas bersih sebelum aktiviti PdPc bermula. 37.3 Pastikan murid bertugas membersihkan kelas mengikut jadual tugasan yang diberikan. 37.4 Sebelum waktu pulang, guru memastikan kelas berada dalam keadaan bersihdan teratur. 38.0 Ibubapa / Penjaga 38.1 Guru hendaklah mengarahkan ibubapa / penjaga murid meminta kebenaran daripada pihak sekolah dahulu sebelum masuk ke kelas berjumpa dengan guru / anak mereka. 38.2 Arahan ini hendaklah dipatuhi untuk menjaga keselamatan guru dan murid. 39.0 Masa Tidak Mengajar 39.1 Tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah melainkan ada urusan penting dan mendapat kebenaran daripada guru besar.
40.0 Sistem Pemantauan 40.1 Menentukan sistem pemantauan yang berkesan. 40.2 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran. 40.3 Pengurusan Panitia. 40.4 Penilaian Peperiksaan. 40.5 Jadual Waktu 40.6 Pengurusan Kewangan. 40.7 Bilik-bilik Khas. 40.8 Menetapkan Jawatankuasa Pencerapan 40.9 Menetapkan jadual waktu pencerapan sekurang-kurangnya dua kali setahun. 41.0 Program Peningkatan 41.1 Mengadakan program peningkatan akademik berdasarkan kajian dan keperluan sekolah. 41.2 Merancang, melaksanakan, menilai dan menambah baik program. 41.3 Memastikan semua panitia mata pelajaran menjalankan aktiviti-aktiviti akademik. 42.0 Perkembangan Staf 42.1 Mengedar dan memproses borang keperluan latihan. 42.2 Mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan untuk meningkatkan aktivitiaktiviti akademik. 43.0 Bilik-Bilik Khas 43.1 Semua guru hendaklah mematuhi peraturan-peraturan penggunaan bilik-bilik khas seperti Makmal Sains, Makmal Komputer, PSS, Bilik Kemahiran Bilik Penilaian Berasaskan Sekolah ( PBS ), Bilik J-QAF, surau dan lain-lain. 43.2 Semua kunci-kunci bilik khas hendaklah disimpan di pejabat sekolah. Murid tidak dibenarkan mengambil kunci bilik-bilik khas kecuali mendapat kebenaran daripada guru.
44.0 44.1 Mengutip Wang dan Pembelian Buku Guru-guru tidak dibenarkan mengutip wang daripada murid-murid tanpa arahanatau mendapat kebenaran bertulis daripada guru besar. 44.2 Murid-murid tidak boleh diarah / dipaksa untuk memilih buku kerja /buku aktiviti buku bacaan tambahan dan lain-lain sebelum mendapat kebenaran daripada guru besar. 44.3 Sebarang kutipan wang / sumbangan sekolah hendaklah diserahkankepada Guru Besar secepat mungkin. 45.0 Fotostat 45.1 Bahan fotostat hendaklah diawal di hantar ke pejabat untuk difotostat (4 hari sebelum diperlukan) . 46.0 46.1 Urusan Pentadbiran Urusan pentadbiran hendaklah pada waktu pejabat. Isnin –Khamis : ( 8.00 pagi – 1.00 petang ) ( 2.00 – 5.00 petang) Jumaat : ( 8.00 pagi – 12.15 thari ) ( 2.45 - 5.00 petang ) 46.2 Semua guru dan staf hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan sebagai garis panduan dan dilaksanakan secara berhemah serta memupuk budaya kerja yang cemerlang. 47.0 Pendaftaran Murid 47.1 Pendaftaran kemasukan murid ke tahun satu/ prasekolah mesti diuruskan setiap tahun berdasarkan kepada syarat-syarat umur dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan/ Kementerian Pendidikan.
SEKALUNG BUDI Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Bersyukur kepada Ilahi kerana dengan rahmat dan keizinannya, kita masih diberi peluang untuk menyempurnakan tugas mulia sebagai pendidik yang sentiasa berusaha untuk melahirkan murid yang seimbang kemenjadiannya selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Buku Perancangan SK Benta 2023 yang telah bertungkus-lumus untuk menyediakan buku ini. Buku ini amat penting sebagai rujukan kepada semua warga sekolah dalam merealisasikan hasrat dan matlamat kita bersama. Alhadullilah, SK Benta telah dipilih dan diberi tanggungjawab untuk menjayakan Sekolah Transformasi ( TS25 ) bermula tahun 2020. Fokus utama SK Benta adalah meningkatkan kualiti guru dan kemenjadian murid selaras dengan matlamat program transformasi. Sekolah TS25 5.0 sekolah yang berkualiti lahir daripada pemimpin sekolah yang berkualiti dan guru yang berkualiti. Dengan ini akan dapat mengembangkan bakat, potensi dan kemenjadian murid-murid. Kerjasama dengan ibubapa dan komuniti akan dapat ditingkatkan kerana tanpa kerjasama ini sudah tentu kemajuan dan kejayaan SK Benta sukar dicapai. Tahun 2023 adalah destinasi kita dalam mentafsir sejauh mana visi dan misi kita terlaksana. Kemurnian jiwa dan semangat jitu tidak kenal lelah haruslah setara untuk menjayakan SK Benta sebagai Sekolah Transformasi TS25 5.0. Akhir kata, semoga kejayaan-kejayaan yang telah dicapai pada tahun-tahun sebelumnya akan menjadi pembakar semangat, tekad dan iltizam bagi meningkatkan lagi kejayaan pada tahun 2023. Bersama-sama kita berusaha ke arahnya. Sekian, wassalam dan terima kasih. SEKALUNG BUDI
BIODATA GURU BESAR NAMA PEGAWAI SITI AISHAH BT OMAR NO. KAD PENGENALAN 640609035752 JAWATAN GURU BESAR NAMA SKIM PERKHIDMATAN PPP SISWAZAH KATEGORI PPPS DG 44 TARIKH MULA BERKHIDMAT 01/12/1989 TARIKH LANTIKAN 01/02/1990 TARIKH DISAHKAN 19/11/2014 TARIKH DINAIKKAK PANGKAT KE JAWATAN SEKARANG 16/11/2014 TARIKH MULA BERKHIDMAT DI SK BENTA 01/12/2015 KELULUSAN AKADEMIK IJAZAH SARJANA MUDA KELULUSAN IKHTISAS IJAZAH SARJANA MUDA OPSYEN PENGAJIAN MELAYU NO FAIL JPNP 34466 ALAMAT RUMAH NO.5 LORONG TERATAI 8,TAMAN SERI BENTA 27300 BENTA,PAHANG NO TELEFON (P/ R/ HP) 0199809664
TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25 ) Program Transformasi Sekolah 2025 ( TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP ) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM ) 2013-2015. TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui : * Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan * Disokong kepimpinan yang berkualiti/berwawasan * Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi * Komitmen komuniti yang padu Latar Belakang dan Objektif Program Transformasi Sekolah * Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogiserta pembimbingkepimpinan;dan * Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid
Matlamat dan Teras TS25 Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025,iaitu : * Memantapkan kepimpinan sekolah * Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran * Mengukuhkan penglibatan, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid. Matlamat Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui, yang akan dicapai menerusi transformasi dalam lima teras berikut : * Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan * Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna * Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan * Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi * Komitmen komuniti yang padu
PEMANDU KBAT SEKOLAH KEBANGSAAN BENTA
PENYELARAS KBAT HEM ZAKARIA BIN OMAR PK HEM PENYELARAS KBAT NOOR ADZLIN ALLFA BT ISMAIL SETIAUSAHA NOR EZATUL AZHANAFIZA AJK DOKUMENTASI 1.NUR FARAHIYAH 2.NURUL NADRAH PEMANDU KBAT KBAT SOKONGAN KOMUNITI SWASTA ROZ AMIRAH BT MOHD ROSMI SU HAL EHWAL MURID KBAT KURIKULUM NOOR ADZLIN ALLFA BT ISMAIL SU KURIKULUM KBAT KO-KURIKULUM WAN MOHD YUSRI B WAN HAMZAH SU KO-KURIKULUM KBAT PEDAGOGI SITI NURULHASIKIN BT HANAFI KP BAHASA MELAYU KBAT BINA UPAYA MOHD FAIRUS B MOHD AFFADER KP SAINS PENGERUSI SITI AISHAH BT OMAR GURU BESAR AJK PROMOSI 1. HAMIRA BT ABD RAHMAN 2. MUHAMAD AZHAN B ABU HANIFAH KBAT SUMBER MAZLINA BT OMAR KP RBT SEMUA UNIT KURIKULUM/HEM/KO KURIKULUM SEMUA GURU MATA PELAJARAN KBAT PENTAKSIRAN LATIFAH BT ABD ATIFF KP MATEMATIK PENYELARAS KBAT KURIKULUM YUSNIDA BT JALIL PK PENTADBIRAN PENYELARAS KBAT KOKURIKULUM AZMI BIN IBRAHIM PK KO KURIKULUM JAWATANKUASA PEMANDU KBAT SEKOLAH PANDUAN GURU & STAFF SK BENTA SESI 2023/24
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Persekolahan di Benta bermula sebelum tahun 1926. Bangunan awal dibina oleh orang kampung di tapak bangunan kedai LKNP sekarang. Jumlah muridnya lebih kurang 20 orang yang kesemuanya lelaki.Beberapa tahun kemudian, bangunan baru beserta sebuah rumah guru telah dibina oleh orang kampung di tapak sekarang. Jumlah murid seramai 40 orang. Guru besar adalah En. Abdul Hamid. Disebabkan pertambahan bilangan murid, maka kerajaan telah membina bangunan tambahan dan sebuah rumah guru. Pada tahun 1979, sebuah bangunan dua tingkat mengandungi 6 biilik darjah, perpustakaan, bilik tayangan, pejabat, bilik guru besar dan kantin dibina. Seterusnya sekolah ini telah dipilih sebagai Pusat Kegiatan Guru Zon Benta. Bangunan PKG telah dibina pada tahun 1989 berhampiran dengan bangunan sekolah. Rumah guru telah ditambah sebanyak 2 buah dan bilangan murid seramai 343 orang. Sesi persekolah melibatkan 2 sesi iaitu tahun 1,2,5 dan 6 sesi pagi dan tahun 3 dan 4 sesi petang. Pada tahun 1992, persekolahan satu sesi bermula. Ini kerana kebanyakan murid berpindah ke SK Batu 13 yang baru dibuka. Pada tahun 2002, 2 bilik darjah lama telah siap diubah suai untuk dijadikan kelas Pra Sekolah. Penghujung tahun 2002, makmal komputer siap dibina. Pertengahan tahun 2003 bangunan baru 4 tingkat siap dibina yang mengandungi enam bilik darjah, pejabat, bilik guru, bilik mesyuarat, bilik SPBT, makmal sains, bengkel kemahiran hidup, bilik rawatan, bilik kaunseling, stor sukan, bilik am, pusat sumber, bilik tayangan, bilik muzik dan surau. SK Benta berada dalam kumpulan sekolah gred A kategori luar bandar. Kod sekolah ini ialah CBA3009. Sekolah ini terletak lebih kurang 25 kilometer dari Pejabat Pendidikan Daerah Lipis. Gambar 1 menunjukkan bangunan SK Benta. SEJARAH SEKOLAH
20 BIL NAMA TAHUN 1. En. Abdul Hamid - 30an 2. En. Dawi - 40an 3. En. Hitam bin Adam - 50an 4. En. Naz - 50an 5. Tan Sri Hj. Abdul Razak bin Hussien 1960 -1961 6. En. Ramli bin Awang 1961 -1971 7. En. Abdul Rahman 1971 -1975 8. En. Harun bin Gonjong 1976 9. En. Shamsuddin 1977 - 1988 10. En. M. Yusof bin Ismail 1989 – 1993 11. En. Mohd Nadzir 1993 – 1994 12. En. Baharuddin bin Abu Bakar 1994 – 1997 13. En. Hasami bin Mohamad 1997 – 2003 14. Tn. Hj. Abdul Molok bin Derani 2003 – 2007 15. En. Zainal Abidin bin Hj Ismail 2007 – 2013 16. Pn. Hamidah bt Abd Rahman 2014 – 2015 17. Pn. Siti Aishah bt Omar 2015 - SENARAI NAMA MANTAN GURU BESAR SK BENTA
VISI SEKOLAH KEBANGSAAN BENTA SEKOLAH UNGGUL TS25 MENJELANG 2025 MISI SEKOLAH KEBANGSAAN BENTA PENDIDIKAN UNGGUL KE ARAH PEMBENTUKAN MODAL INSAN MELALUI KEMENJADIAN MURID DAN SEKOLAH BERKUALITI TS25 MOTO SEKOLAH KEBANGSAAN BENTA SERLAHKAN KECEMERLANGAN BERTERUSAN
22 Lapan Objektif 1. Mengekalkan MTM 100% untuk semua mata pelajaran UPSR. 2. Murid mencapai penarafan TP 5 dan TP 6 dalam semua mata pelajaran. 3. Murid menguasai Kemahiran Asas setiap tahun. 4. Meningkatkan kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran guru. 5. Meningkatkan tahap disiplin murid melalui program terancang. 6. Memantapkan potensi murid dalam bidang Ko-akademik ke peringkat kebangsaan. 7. Mewujudkan persekitaran yang bersih, ceria dan kondusif. 8. Sistem pengurusan dan pentadbiran yang cekap. Falsafah dan Nilai Pada keseluruhan falsafah dan nilai sekolah ini mementingkan kecemerlangan keseluruhan kepada murid-murid serta menjadi tanggungjawab semua warga sekolah untuk membudayakan persekitaran sekolah yang kondusif. Berikut ialah falsafah dan nilai sekolah. “Berdisiplin, Berdedikasi Dan Sentiasa Bertindak Cemerlang berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta Visi, Misi, Matlamat dan Objektif Sekolah”. Setiap warga sekolah pula bertanggungjawab untuk mengamalkan budaya yang baik dan wajib diamalkan sepanjang berada di sekolah di bawah pemantauan semua guru dan murid sendiri. Terdapat tujuh nilai yang dilaksanakan di sekolah seperti berikut:- Menepati masa Berbudi bahasa Budaya ilmu OBJEKTIF SEKOLAH
Budaya ucap terima kasih Budaya penyayang Budaya kerja beretika Budaya cemerlang Untuk mengekalkan prestasi sekolah cemerlang, pihak sekolah telah memberi fokus kepada 15 perkara seperti di bawah. Kepimpinan berkesan Pemantauan berfokus Budaya ilmu amal Amalan pengajaran dan pembelajaran berkesan Program penandaan berkesan Pusat pengajaran dan pembelajaran unggul Lesson study (Kajian pembelajaran) Pembelajaran kendiri Gerak gempur berfokus (UPSR) Headcount akademik Audit akademik dan post mortem Kajian tindakan dan inovasi Sistem pengurusan dan penyampaian maklumat berkesan Pendokumentasian program Sahsiah terpuji
PIAGAM PELANGGAN Dalam usaha menjadikan Sekolah Kebangsaan Benta terbaik dan dinamik, pihak sekolah dengan nekad dan iltizam berikrar menyempurnakan hak-hak pelanggan dengan slogan seperti yang tertulis: “Ikhlas, Cepat, Betul dan Mesra” Warga SK Benta komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Antara hak pelanggan yang disediakan seperti berikut: 1. Berkhidmat kerana Allah dan kerja kerana ibadah. 2. Memastikan setiap murid mendapat layanan yang sama di sekolah. 3. Menentukan setiap guru berkhidmat di sekolah dan dapat melaksanakan pembelajaran dan pengajaran denganberkesan. 4. Menentukan urusan perkhidmatan setiap anggota perkhidmatan pelajaran di sekolah dapat diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan oleh PPD, JPN dan KPM. 5. Memastikan urusan penilaian dan peperiksaan dilaksanakan denganadil, licin, sempurna dan selamat. 6. Memberi layanan mesra dan sedia untuk membantu. 7. Bersedia untuk penerangan dan maklumat yang tepat dan jitu berasaskan data terkini. 8. Sentiasa bersedia dan terbuka untuk bekerjasama dengan PIBG untuk memajukan sekolah.
LENCANA SEKOLAH
IKRAR SEKOLAH Maka kami, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan kepada Tuhan Kesetian kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-Undang Kesopanan dan Kesusilaan IKRAR MURID Bahawasanya kami, murid-murid SK Benta dengan ini berikrar dan berjanji bahawa kami: Percaya Kepada Tuhan Belajar Untuk Kecemerlangan Menjaga Nama Baik Sekolah Menghargai Kebersihan Dan Alam Sekitar Menyuburkan Dan Meningkatkan Rasa Sayang Akan Diri, Keluarga, Guru, Masyarakat Dan Negara. Memantapkan Semangat Perpaduan Dalam Kalangan Murid
SK BentaGemilang Luhur budimu mulia jasamu, Engkau tempat kami bernaung, Jasamu tetapku kenang selalu, Kau lahirkan anak wawasan. C/O SK Benta tercinta SK Benta tersayang Ke arah kemajuan Menuju kejayaan Itu motivasi kami Semangat bekerja sama berjaya, Menuju cita-cita cemerlang, Moga Tuhan akan memuliakan, SK Benta Gemilang. Lagu ciptaan Lirik : Mohd. Ridzuan B. Ahmad Kamal : Mohd. Ridzuan B. Ahmad Kamal Norazamiah Bt Abdul Kadi
BLOK A BLOK C BLOK B BLOK D P R A PELAN SEKOLAH
KEMUDAHAN SEKOLAH 2023/2024 BIL JENIS KEMUDAHAN JUMLAH 1 BLOK PENTADBIRAN a BILIK GURU 1 b BILIK GURU BESAR 1 c BILIK GPK PENTADBIRAN 3 d BILIK PUSAT SUMBER SEKOLAH 1 e SURAU 1 f MAKMAL SAINS 1 g TANDAS GURU LELAKI 1 h TANDAS GURU PEREMPUAN 1 i BILIK BOSS 1 j BILIK DARJAH 9 k STOR ALATAN 1 l TANDAS MURID LELAKI 1 m TANDAS MURID PEREMPUAN 1 n KEDAI BUKU 1 2 BLOK B a BILIK DARJAH 5 b DEWAN TERTUTUP 1 c KELAS PEMULIHAN KHAS 1 e TANDAS MURID DAN TANDAS GURU 4 3 BLOK C a BILIK JQAF 1 4 BLOK D a PRA 2 5 BLOK ICT a MAKMAL KOMPUTER 1 5 LAIN-LAIN KEMUDAHAN a KANTIN 1 b PADANG BOLA SEPAK 1 c GELANGGANG BADMINTON/TAKRAW 1 d PONDOK PENGAWAL KESELAMATAN 1 e GARAJ KERETA 1 f DATARAN PERHIMPUNAN 1
BIL NAMA GURU NO KAD PENGENALAN OPSYEN GRED JAWATAN 1 PN SITI AISHAH BINTI OMAR 640609-03-5750 PENGAJIAN MELAYU DG44 2 PN YUSNIDA BINTI JALIL 700503-04-5348 PENGAJIAN INGGERIS DG42 3 EN ZAKARIA BIN OMAR 670521-03-5085 PENGAJIAN ISLAM DG42 4 EN AZMI BIN IBRAHIM 720414-06-5249 PENGAJIAN MELAYU DG44 5 AHMAD SAIFULNIZAM B AHMAD SUHAIMI 871016-06-5997 PENGAJIAN ISLAM DG41 6 AIMY NADIYAH BINTI ABDULKHALIL 860207-33-5802 PRASEKOLAH DG41 7 AZIZAH BINTI MOHAMED 730127-06-5384 PENGAJIAN ISLAM DG42 8 HAMIRA BINTI ABD RAHMAN 860510-33-5688 PENGAJIAN SOSIAL DG44 9 LATIFAH BINTI ABDUL LATIFF 780321-08-7128 MATEMATIK DG32 10 MAZLINA BINTI OMAR 760909-11-5056 RBT/MATEMATIK DG44 11 MAZLINA BINTI RASHID 711208-07-5484 PENGAJIAN MELAYU DG34 12 MOHD ARIFF HAKIM BIN ZULKIFLI 860520-46-5419 PENGAJIAN MELAYU DG41 13 MOHD FAIRUS BIN MOHD AFFADER 780611-06-5699 PENGAJIAN SAINS / BI DG48 14 MUHAMAD AZHAN BIN ABU HANIFAH 881217-06-5335 SAINS/PJ DG44 15 MUHD AMIRULL BIN DERAMAN 880917-09-5063 PRASEKOLAH DG41 16 NAZIRAH BINTI ZULKAFLI 930111-11-5582 PENDIDIKAN ISLAM DG41 17 NOOR ADZLIN ALLFA BINTI ISMAIL 740309-06-5544 PENGAJIAN MELAYU DG44 18 NOOR AZLIDA BT AWAMG @ MAT SALLEH 771202-03-6016 BAHASA ARAB DG44 19 NOR EZATUL AZHANAFIZA BT AHMAD BAHARUDIN 931006-11-5614 PENGAJIAN BM/PJ DG41 20 NOR HAFIZAH BT YAAKOB 791211-03-5734 PENDIDIKAN KHAS DG44 21 NORAZLINA BINTI KURMIN 810910-08-5790 BAHASA ARAB DG44 22 NORFARAHIYAH BT MAT GHANI 911103-03-5896 PEMULIHAN DG44 23 NORIZA BT ABDULLAH 690808-06-5108 BAHASA MELAYU DG42 24 NORMA BINTI HAT 840903-02-5818 PENDIDIKAN ISLAM DG32 25 NORNAZLINA BT HARUN 821002-06-5894 PENGAJIAN ISLAM DG44 26 NURUL NADRAH BT BAHARUDIN 920324-06-5946 PENGAJIAN INGGERIS DG41 27 NURUL NADRAH BT BAHARUDIN 920324-06-5946 PENGAJIAN INGGERIS DG41 28 RAHIMI BIN BAHARUDDIN 790428-03-5345 PENDIDIKAN KHAS DG48 29 ROZ AMIRAH BINTI MOHD ROSMI 920906-06-5882 TESL DG41 30 SITI NURULHASIKIN BT HANAFI 890216-06-5274 PENGAJIAN MELAYU DG44 31 WAN MAZRINA BT WAN BASRI 830108-06-5926 PENDIDIKAN ISLAM DG44 32 WAN MOHD YUSRI BIN WAN HAMZAH 900120-02-5637 SAINS/BI DG41 33 ZAMRI BIN AHMAD 820326-06-5511 BAHASA ARAB DG44 34 ZAWIAH BINTI JAAPAR 830217-03-5830 PENGAJIAN ISLAM DG44 35 SUHAIZA BT SUHAIMIN 760221065126 PEMBANTU TADBIR N19 36 EN RASANIZAN BIN MAT AMIN 670404-06-5605 PEMBANTU OPERASI N4 37 PN HAZLINA BT SUKORNOR 880427-03-6052 PPM N19 38 PN SITI RAHIMAH BINTI JAMALUDIN 831223-06-5248 PPM N19 39 PN RUZANA BINTI KAMARUZAMAN 860910-33-5054 PPM N19 SENARAI GURU DAN AKP
Bil Kelas Bilangan Murid Lelaki Perempuan Jumlah 1 Prasekolah 18 22 40 2 Pendidikan Khas 13 1 14 3 Tahun 1 20 17 37 4 Tahun 2 18 19 37 5 Tahun 3 18 14 32 6 Tahun 4 22 18 40 7 Tahun 5 19 20 39 8 Tahun 6 22 18 40 Jumlah Keseluruhan 150 129 279 ENROLMEN MURID
32 SITI AISHAH BT OMAR GURU BESAR ZAKARIA BIN OMAR GPK HEM ROZAMIRAH BT M.ROSMI SETIAUSAHA HEM YUSNIDA BT JALIL GPK PENTADBIRAN NOOR ADZLIN ALLFA BT ISMAIL SETIAUSAHA KURIKULUM AZMI BIN IBRAHIM GPK KO-KURIKULUM W MOHD YUSRI W HAMZAH SETIAUSAHA KO KURIKULUM AHMAD SAIFUL NIZAM PENGAWAS & DISIPLIN AHMAD SAIFUL NIZAM BILIK BOSS (SPBT ) NOR HAFIZAH RMT NOREZATUL AZHANAFIZA RIMUP NOR AZLINA BT KURMIN PEMBANGUNAN SAHSIAH NORIZA BT ABDULLAH PPDa ZAMRI B AHMAD BINA INSAN NNOR NAZLINA BT HARUN KWAMP,e-KASIH&YAYASAN KETUA PANITIA MATA PELAJARAN NOOR ADZLIN ALLFA PENYELARAS PBS NOOR AZLIDA PUSAT SUMBER NOR EZATUL PENYELARAS ICT MUHD AMIRULL PRASEKOLAH NOR HAFIZAH PENDIDIKAN KHAS AIMY NADIAH ABD KHALIL LADAP HAMIRA BT ABD RAHMAN JADUAL WAKTU NOOR ADZLIN ALLFA SU PEPERIKSAAN MUHAMAD AZHAN PBD MOHD ARIFF HAKIM SKPMG /DATA/SPPB MAZLINA BT RASHID INTERVENSI TAHAP 1 MOHD FAIRUS ASET ALIHKERAJAAN NUR FARAHIYAH PEMULIHAN NUR FARAHIYAH PENYELARAS UNIT UNIFORM HAMIRA BT ABD RAHMAN SIARAYA & TEKNIKAL MOHD ARIFF HAKIM APDM NURUL FARAHIYAH PROGRAM SUSU SEK SUHAIZA BT SUHAIMIN KEHADIRAN MURID SPS NORAZLINA BT KURMIN SETIAUSAHA PIBG NURUL NADRAH KANTIN SEKOLAH NOR NAZIRAH KEBAJIKAN&KESIHATANA N WAN MOHD YUSRI PENYELARAS PAJSK WAN MAZRINA BT WAN BASRI 3K MOHD ARIFF HAKIM SU SUKAN & PERMAINAN MAZLINA BT OMAR PENYELARAS SUKAN & PERMAINAN ZAMRI BIN AHMAD BIMBINGAN & KAUNSELING HAMIRA BT ABD RAHMAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR ROZAMIRAH BT M .ROSMI PENYELARAS SAMBUTAN & PERAYAAN RAHIMIE B BAHARUDDIN PENYELARAS KELAB & PERSATUAN JAWATANKUASA INDUK 2023/24
BIL KELAS NAMA GURU GURU BANTU 1 Pra Nilam Muhd Amirull bin Deraman PPM 2 Pra Zamrud Aimy Nadiyah bt Abdul Khalil PPM 3 PPKI Karisma Nor Hafizah bt Yaakob PPM 4 PPKI Potensi Rahimi bin Baharuddin PPM 5 1 Intelek Mazlina bt Rashid Nurul Farahiyah bt Mat Ghani 6 1 Inspirasi Nor Nazirah bt Zulkafli Norezatul Azhanafiza 7 2 Intelek Nurul Nadrah bt Baharuddin Wan Mohamad Yusri b Wan Hamzah 8 2 Inspirasi Latifah binti Latiff Mohd Fairus b Mohd Affader 9 3 Intelek Norma bt Hat Nor Azlina bt Kurmin 10 3 Inspirasi Zawiah bt Jaapar MohdAzhan bin Abu Hanifah 11 4 Intelek Azizah bt Mohamed Zamri bin Ahmad 12 4 Inspirasi Wan Mazrina bt Wan Basri Mohd Ariff Hakim b Zulkifli 13 5 Intelek Noriza bt Abdullah Ahmad Saiful Nizam b Mohd Suhaimi 14 5 Inspirasi Siti Nurulhasikin bt Hanafi Noor Azlida bt Awang@Mat Salleh 15 6 Intelek Mazlina bt Omar Roz Amirah bt Mohd Rosmi 16 6 Inspirasi Nur Nazlina bt Harun Hamira bt Abd Rahman SENARAI GURU KELAS & PEMBANTU
TAKWIM PERSEKOLAHAN SESI 2023/2024
TAKWIM PERSEKOLAHAN SESI 2023/2024
PENASIHAT SITI AISHAH BT OMAR YANG DIPERTUA PIBG MOHD YUSAIMI BSAMAD NAIB YANG DIPERTUA PIBG CHE HASNIDA BT ABD HAMID SETIAUSAHA MOHAMAD FAIRUS B MOHAMAD AFFADER BENDAHARI NOR AZLINA BT KURMIN AJK MOHD ARIFF HAKIM B ZULKIFLI ZAYADI B ABDUL MALIK AHMAD SAIFUL NIZAM B M SUHAIMI MUHAMMED FAZLI B MUHAMED ROZAMIRAH BT MOHD ROSMI MOHD AZWADI B MOHD ZIN NOR NAZIRAH BT ZULKIFLI NURUL HUDA BT ZAINUDDIN SURIANI BT RANI CARTA ORGANISASI PIBG SK BENTA 2020/2023 PEMERIKSA KIRA-KIRA PN NOR ALYA BT ISMAIL
HARI PERSEKOLAHAN PENGGAL 1 PENGGAL 2 PENGGAL 3 HARI PERSEKOLAHAN PENGGAL 1 HARI PERSEKOLAHAN PENGGAL 2 HARI PERSEKOLAHAN PENGGAL 3 20/03/2023 - 26/05/2023 05/06/2023 - 25/08/2023 04/09/2023 - 08/02/2024 JUMLAH MINGGU PERSEKOLAHAN JUMLAH MINGGU PERSEKOLAHAN JUMLAH MINGGU PERSEKOLAHAN 9 12 21 CUTI PERSEKOLAHAN PENGGAL 1 PENGGAL 2 PENGGAL 3 CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1 CUTI PENGGAL 2 CUTI PENGGAL 3 22.04.2023 - 30.04.2023 26.08.2023 - 03.09.2023 16.12.2023 - 01.01.2024 CUTI PENGGAL 1 27.05.2023 - 04.06.2023 ANALISIS TAKWIM JUMLAH MINGGU PERSEKOLAHAN 42 JUMLAH HARI PERSEKOLAHAN 194 ANALISIS TAKWIM JUMLAH MINGGU PERSEKOLAHAN 42 JUMLAH HARI PERSEKOLAHAN 194 TAKWIM INDUK SESI PERSEKOLAHAN 2023/2024 ANALISIS TAKWIM PERSEKOLAHAN
KALENDER SESI PERSEKOLAHAN 2023/2024
TAKWIM PERSEKOLAHAN SESI 2023/2024
TAKWIM PERSEKOLAHAN SESI 2023/2024