KUASAI DIGITAL MARKETING
TEKNIK DAN STRATEGI BERKESAN TARIK PELANGGAN BER
HASIL JUALAN MEROKET BERSAMA POKETTO
BELGIAN CHOCOLATE
TUNJANG UTAMA SEBUAH PERNIAGAAN ADALAH MARKETING
Kalau nak tahu kenapa jawapan dia adalah marketing dianggap
tunjang utama kerana pertumbuhan sebuah perniagaan ialah
berdasarkan dari segi Teknik atau strategi yang berkesan.
Hampir 90% perniagaan yang lumpuh kerana Teknik dan strategi
dalam memasarkan produk mereka boleh dikatakan gagal
Apa tujuan buat Marketing?
Tujuan marketing ialah untuk membentuk rangka strategi yang jelas
agar dapat mencapai sasaran
Marketing juga dapat mengenalpasti kesalahan Teknik jualan.
Tujuannya untuk memasarkan produk produk anda ke satu tahap
yang lain. Tanpa pelan yang betul marketing akan membuatkan
anda tidak konsisten dalam mencapai matlamat anda.
Terdapat banyak channel marketing yang terbukti berkesan di masa
kini. Medium ini memudahkan kita untuk memasarkan dengan lebih
cepat dan mendapat audience yang lebih ramai. Jadi kami akan
senaraikan channel yang mudah dan hasil pasaran lebih tinggi.
FACEBOOK
TWITTER TIKTOK
Channel
YOUTUBE INSTAGRAM
Terdapat 5 channel yang kami senaraikan untuk anda dimana anda
tak perlu mengeluarkan satu sen pun modal untuk membuat iklan.
Percaya atau tidak 80% perniagaan memasarkan produk mereka
disini.
FACEBOOK
Tahukah anda seramai 1.8 juta sehari pengguna Facebook sehari
di seluruh dunia? Ya, memang ramai jadi secara logiknya boleh ke
anda bagitahu kepada suku pengguna Facebook itu yang anda ni
memasarkan produk ? Jawapannya semestinya lah..
Facebook sendiri juga telah mengeluarkan beberapa medium
untuk pengguna menjual produk. Cukup sekadar tahu medium ini
anda dah boleh kaut keuntungan yang banyak. Jadi kita akan pergi
ke satu per satu apa yang ada.
Fb live
Untuk semua team poketto boleh
menggunakan FB live ni sekurang
kurangnya 3 kali sehari untuk
memastikan anda dapat engagement
yang lebih tinggi.
Pastikan setiap viewer anda menekan
butang share setiap kali anda
membuat live ini.
messenger
Salah satu cara untuk menaikkan kepercayaan prospek anda adalah
sering menjawab segala persoalan yang diberikan oleh prospek.
Anda tidak perlu menulis Panjang Panjang. Ini kerana Poketto HQ
sudah dikenali ramai orang. Lagipun anda bukan menjual produk
kecantikan yang perlu anda beri keterangan.
Marketplace
Ramai yang berangappan mengunakan Marketplace susah tapi
ternyata bila anda sudah mula mengunakkan sebenarnya mudah
sahaja. Jadi kita tunjukkan kelebihan mengunakkan marketplace
•Prospek ramai kerana marketplace ini ibarat pasar malam untuk
peniaga online.
Pembeli yang datang mencari barang.
•Trafik yang tinggi.
•Tidak perlu update setiap hari.
•Tidak perlu buat iklan.
•Menjimatkan masa, tidak perlu layan PM atau whatsapp.
•Tidak perlu pandai "copywritting" memukau hati pelanggan.
•Tidak perlu pandai ayat-ayat "close sales".
Tiktok
TikTok tidak direka untuk membuat anda wang tetapi untuk
menyediakan tempat yang selamat untuk menerbitkan video 15 saat
anda dan berinteraksi dengan orang lain adalah medium ini
mempunyai pengikut tersendiri. Boleh menjadi berkesan sebagai
platform pemasaran media sosial untuk produk dan perkhidmatan
anda sendiri. Jadi sekiranya untuk menjual Poketto haruslah
membuat posting untuk mendapat penonton. Jadi, boleh menjadi
cara yang baik untuk mempromosikan dan menjual silang.
Gambar di atas adalah potongan posting yang di buat tahun lepas.
Jadi untuk makluman anda awal posting memanglah kurang likes
dan comment jadi anda harus konsisten dalam membuat posting
untuk mendapatkan kepercayaan. Percaya atau tidak tengok sahaja
lah posting posting kami di tiktok untuk anda jadikan rujukan untuk
anda buat posting yang hangat.
Instagram
Setakat feedback yang sekarang ini saya dapat Instagram adalah
medium utama untuk Poketto HQ. Ini juga disebabkan kita focus
iklan sahaja dalam RM20,000 di Instagram. Kos ini juga tidak begitu
besar kerana kita memerlukan iklan ini untuk agen dan dropship kita
memasarkan dan menguatkan branding kita. Jadi mudahlah untuk
anda jual pada customer anda.
Mudah sahaja sebenarnya, selain dari iklan berbayar kita juga ada
buat free marketing juga jadi anda jangan ingat yang semua iklan
harus berbayar ya..
InstaStory
INSTALIVE
POSTING HARIAN
FREE MARKETING
TWITTER
Adakah anda pengguna Twitter tegar? Seperti anda, saya juga
menggunakan Twitter sebagai salah satu media untuk menaikkan
jenama Poketto HQ. Kalau anda perasan, Twitter sekarang tidak
lagi sama seperti versi terdahulu. Ia telah jauh berubah dan
berkembang sejak tiga hingga empat tahun yang lepas dan saya
pasti ia akan terus melakukan perubahan untuk kekal relevan.
Jadi, kita semua amat serasi dengan Facebook namun kita juga
perlu sedar yang penggunaan Twitter juga sama efektifnya
berbanding Facebook dan ia juga mampu untuk menaikkan sesuatu
jenama. Ini caranya:
Memilih sasaran pasaran.
Memilih pengikut yang sesuai
Mencari pengikut seramai mungkin.
Berkongsi link tidak kurang lima kali sehari
Bina kredibiliti anda.
Dengan cara ini, mereka akan lebih mengenali saya dengan lebih
dekat, secara tidak langsung mereka akan mengenali apa yang
anda buat.
YOUTUBE
Dalam zaman digital marketing ni, kalau tidak mengunakan youtube
channel, mungkin anda akan dikategorikan ketinggalan dan
ditinggalkan pesaing bertiang-tiang jauhnya.. Nak ke kena tinggal?
Kalau mengikutkan statistik dari google pada tahun 2007, youtube
antara carian tertinggi di internet
Untuk anda yang masih baru, youtube merupakan ‘jalan’ terbaik
untuk anda bina brand awareness dan mudah untuk anda ‘connect’
dengan customer. yang penting, video mudah viral
KENAPA KENA GUNA YOUTUBE ?
Kat sini, team poketto tunjukkan kenapa anda patut guna
Youtube..Fakta ni mengikut study dari Digiday pada tahun 2015
• Ikut kajian, sebanyak 81.2% pengguna internet gunakan youtube.
• Lebih 98.3% pengguna berumur 18 ~ 24 tahun..Dan average time
mereka spent adalah 10jam 15minit
• 300 jam video di-upload setiap minit
• Sebanyak 44% lelaki spend lebih masa berbanding wanita…
Jadi kali ni, team poketto akan kongsikan cara untuk anda dapat
tingkatkan traffic ke youtube channel dan secara tak langsung
tingkatkan sales anda..
MANGGO CHEESECAKE
masa
Untuk bina trust dan engagement, anda boleh tetapkan panjang
video antara 3 minit setengah hingga ke 4 minit..
Cuba masukkan content sepadat mungkin. Kalau terlalu lama,
mungkin audience tak minat nak tonton video anda..
Keyword
Seperti yg anda tahu, youtube merupakan 2nd largest search
engine selepas google..Jadi, keywords carian anda kena letak
dalam caption, tajuk dan description.
Pendek kata, optimize-kan youtube SEO.
planning
Untuk nampak konsisten dan smooth, anda kena buat planning.
Setiap video mesti ada objektif dan target.
Jadi lepas ni anda boleh gunakan Teknik ini di Youtube channel
masing masing dalam marketing strategy anda. Youtube antara
platform yang terbaik untuk anda sebarkan maklumat tentang
poketto.
PANDAN GULA MELAKA
PROSPEK KUALITI
Cara untuk mengenal pasti prospek anda mengikut kesesuaian
menjual produk pokketo ialah :
1) Umur
2) Lokasi
3) Jantina
4) Life style
Target prospek berkualiti
Anda haruslah mengenalpasti prospek berkualiti
ataupun tidak untuk membeli Poketto.
Kebiasaanya prospek yang kualiti kita biasa
menggunakan facebook dan selalu mengikuti
perkembangan mengenai makanan
tips
Untuk elakkan diri dari kena block di whatsapp or facebook
group anda boleh juga gunakan tips “delay time”.
Delay time ni boleh gunakan untuk spam di facebook group
dan whatsapp. Jadikan spam 10 nombor atau group dalam 2
jam dan lakukan dalam 5 kali sehari.
So satu hari anda dapat 50 prospek atau group yang dipost.
Mudah sebenarnya cuma hanya anda yang menentukan.
OREO CRUMBITES
4. Offline marketing
Selain mengunakan media sosial untuk menarik ribuan prospek
diluar sana, kami suggestkan anda menggunakan juga Teknik offline
juga. why not kita run juga offline punya Teknik kan?
Offline kena ada cara juga tak boleh semberono je guys, so pastikan
Teknik yang betul dulu..
CAR BOOT SALES
Pacak lah bunting yang Poketto dah sediakan dekat
Kawasan yang ramai orang, cuma pastikan tapak yang
selamat
- area pam minyak
- Depan kedai makan yang ramai orang.
- tapak pasar malam atau pasar tani
Gerai
Untuk sesiapa yang mempunyai masa terluang boleh juga buka stall
jual Poketto setiap hari ataupun hujung minggu sahaja. Pastikan
tapak itu mempunyai crowd untuk tarik lebih ramai pelanggan
DOOR TO DOOR
Saya pasti Kawasan rumah anda mesti ada rukun tetangga ataupun
pusat komuniti perumahan, anda semua boleh edarkan Poketto di
group whatsapp tu. Tepek tepek je setiap hari mesti ada yang
berminat.
BERRYLICIOUS
Posting
Untuk bab ni kita akan tunjukkan waktu yang berkesan untuk
posting Poketto. Anda tak perlu setiap 1 jam nak posting
sebenarnya, fakta dah mengeluarkan data peak time iaitu masa
orang ramai buka media social jadi mudahnya lah anda focus
posting time tu je. Cuma ingat jangan terlalu Hard sell.. Pastikan
anda ada content yang sesuai untuk post.
8 am – 10 am
Waktu ini adalah waktu pelanggan anda ke pejabat, kelas dan
sebagainya. Lebih mudah dikatakan mereka di dalam kereta, jalan
kaki dan sebagainya.
Tidak sesuai untuk anda menjual pada waktu ini.
Anda boleh post sesuatu yang relax atau iklan soft sell berkaitan
produk Poketto.
Teknik ini dilakukan secara halus dan lebih kepada
memperkenalkan, rekomen, bercerita dan tak nampak seperti anda
menjual.
12 pm – 2 pm
Waktu rehat tengah hari atau orang keluar dari pejabat
untuk rehat. Masa ini sesuai untuk anda lakukan sedikit
hard – sell atau story telling kerana pelanggan anda sedang
bersantai dan akan melayari media sosial mereka. Hard –
sell disini anda boleh membuat jualan seperti promosi dan
menerangkan secara terperinci tentang produk anda
termasuk harga dan sebagainya.
Oleh sebab awal tadi anda dah buat iklan soft- sell dengan
melihat produk tersebut yang mampu membantu mereka.
Kenapa buat hard – sell masa ini adalah sebab prospek
mempunyai masa untuk membuat bayaran kerana mereka
sedang berehat waktu ini.
4 pm – 6 pm
Ini adalah waktu kebanyakannya orang akan pulang dari tempat
kerja. Masa ini anda boleh buat follow – up prospek tadi.
Disebabkan sebelum mereka pulang sebahagiannya mempunyai
free time untuk membuat bayaran ataupun mengetahui detail
Poketto tersebut.
8 pm – 10 pm
Pada masa ini pelanggaan anda mungkin banyak masa lapang dan
relax. Masa ini sangat sesuai untuk anda promokan lagi Poketto
kerana engagement yang tinggi adalah masa ini.
Kaedah storytelling ataupun force selling boleh digunakan pakai
masa ini.
Storytelling akan menarik perhatian pembaca dan pembeli untuk
membaca lanjut berkaitan dengan produk poketto. Jadi anda boleh
bersantai dan mudah faham untuk prospek membaca posting dan
menjadikan mereka berpotensi untuk membeli.
Force selling ialah anda meletakkan masa atau tempoh tertentu
untuk prospek membuat bayaran dengan segera.
CHEESE
Kebanyakan orang yang buka car boot sales dan pacak tapak ni
tidak kenal dengan pelanggan mereka. Anda seharunya tahu
pelanggan anda agar tidak membuang masa seharian berniaga tapi
sales sedikit.
Anda seharusnya mempunyai idea dengan cara mengenal
pelanggan anda yang ingin buat jual beli. Maksud kami, tahu kepada
siapa yang ada ingin jual sebagai contoh :
umur
Poketto adalah makanan berasaskan dari frozen atau sejuk lebih
sinonim kita panggil “dessert” jadi anda seharusnya tahu umur yang
meminati “dessert” ini. Ya, golongan muda dan berumur pasti suka
kerana manis dan sejuk. Jadi sekiranya anda buka tapak pastikan
tempat itu mempunyai dua golongan umur ini.
lokasi
Setiap tapak yang dibuka mempunyai daya tarikan berbeza. Oleh
sebab itu, pemilihan Kawasan juga memain peranan penting. Anda
seharusnya kaji dahulu tapak yang nak dibuka itu adakah
mempunyai orang yang ramai? Kalau anda meniaga di Kawasan
taman pastikan dari segi penduduk Kawasan tersebut.
jantina
Untuk poketto dari segi jantina kita tidak mempunyai masalah
kerana lelaki dan perempuan potensi membeli tinggi. Sebab poketto
ini makanan yang sejuk dan sedap adalah kudapan untuk dua
jantina ini.
Life style
Jika anda buka tapak kita suggestkan tempat yang berdekatan
pusat kerajaan atau pun office penjawat swasta ini kerana
makanan kita viral dan mudah tersebar golongan yang berkerja
ini pasti akan sambar dulu dan mampu mendapat potensi
prospek yang cepat.
Mindset usahawan
Kalau nak tahu agen dan stokis kita dah pernah Berjaya mencapai
jutaan ringgit untuk sebulan. Jadi pentingnya kita mempunyai
mindset usahawan ini agar kita mempunyai pelan dan time frame
mencapai seperti mereka.
team
Dengan mempunyai team yang kuat untuk hit jualan yang banyak
sangat mudah. Tanpa team yang betul anda akan penat menjual dan
strategi tersebut akan kucar kacir kan anda sendiri.
Dengan adanya team maka target sales anda akan mudah dicapai
Contoh : “ Nampak tak ?
Keberkesanan mempunyai
Anda mengumpul 10 agen yang team lagi mudah untuk
ingin join membuka tapak anda mencapai jualan
berasingan tempat. Setiap yang lebih banyak.”
tempat menjual 30 kotak poketto
anda akan dapat sales RM 4,800
sehari. Banyak kan?
Positif dan konsisten
Apa sekali pun anda harus fikiran positif kerana sekarang anda dah
mempunyai team yang kuat. Bila anda mempunyai team jadi anda
sudah pun di panggil LEADER!
Team anda seharusnya jelas dengan matlamat yang nak dicapai
agar mudah mencapai sales yang tinggi. Sebagai contoh jika agen
anda tidak mahu menjual Poketto beliau jual produk lain takkan
anda nak bersedih, seharusnya kumpulkan agen anda dan buat
discussion untuk plan seterusnya. Barulah anda boleh mencapai
jutaan ringgit sebulan.
Sekarang anda dah cukup semuanya dari segi team dan positif
pastikan pula anda konsisten. Ya.. Kalau sebulan anda boleh
mencapai RM 20,000. pastikan bual seterusnya mencapai lebih dari
amaun bulan lepas. Kalau anda tidak konsisten maka sukarlah untuk
anda capai jualan yang anda inginkan.
Tarik pelanggan
Teknik 1
Bagi salam, dan beritahu anda menjual Poketto viral ini
Teknik 2
Beritahu yang harini anda memberi free delivery kepada pembeli
waktu ini dan ada berada area Kawasan perumahan kalau beliau
nak beli.
Teknik 3
Apabila mereka setuju untuk membeli, anda pancing lah dengan
kata stok poketto tinggal 3 sahaja kalau beliau setuju untuk ambil 3
Poketto anda.
Teknik 4
Jika pembeli setuju pastikan anda mengambil gambar mereka dan
post dia social media . Minta juga pembeli itu postkan gambar itu
Bersama account Poketto anda. Haaa, kan dah dapat free promo
dari customer tu..
• Setiap kali posting itu anda seharusnya menyatakan terima kasih
dan minta support lagi dikemudian hari
( ini untuk membuatkan pembeli rasa dihargai)
• Ini salah satu cara soft sell, pastikan anda buat lagi cara ini pada
semua orang yang anda kenal yang berhampiran rumah anda.
• Sentiasa upkan promo poketto kerana setiap perayaan ataupun
sambutan Poketto HQ memang bagi promo kaw kaw jadi rajin lah
pasarkan pada orang sekeliling.
TIPS PENTING
“Jangan buat setiap hari
pada orang yang dah beli
hari sebelumnya pastikan
anda buat pada prospek
yang berlainan”