The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bellaasrul20, 2023-09-24 12:48:33

TEMA 2 INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

TEMA 2 INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

TEMA 2 : INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA DISEDIAKAN OLEH : ALIEYA NABILA BINTI ASRUL EPENDI 4 ALAUDDIN AMALAN MEMBACA


Membaca jambatan ilmu, merupakan peribahasa yang menunjukkan kepentingan membaca kepada kita. Amalan membaca ini merupakan satu amalan yang amat berfaedah namun tidak ramai yang menjadikan amalan membaca sebagai hobi mereka. Kepentingan utama kemahiran membaca menjadi amalan masyarakat adalah kerana ia merupakan satu jambatan kepada ilmu dan pengetahuan. Sebagai manusia, kita tumbuh dan berkembang seiring dengan usia dan kemampuan kita. Semakin dewasa, semakin banyak perkara, komitmen dan tanggungjawab yang perlu ditanggung oleh setiap individu. Maka, penting untuk kita sentiasa memastikan setiap generasi berkembang dengan ilmu dan pengetahuan yang terbaik buat mereka. Salah satu cara untuk mendapatkan ilmu dan pengetahuan adalah dengan membaca. Seiring dengan amalan tersebut, adalah guru-guru di sekolah dan ahli keluarga serta rakan yang membimbing kita untuk memahami apa yang dibaca dengan lebih baik. Bak kata pepatah, hanya jauhari yang mengenal manikam. Apabila masyarakat kaya dengan ilmu dan pengetahuan, nescaya perkembangan masyarakat akan berlaku. Tegasnya, amalan membaca adalah kunci kepada penyebaran ilmu dan pengetahuan kepada ahli masyarakat. Pada pendapat anda, apakah kepentingan amalan membaca? Isi 1 :


Pada masa yang sama, amalan membaca dalam masyarakat dapat menambah baik penguasaan dan kefahaman bahasa yang dibaca. Dalam konteks ini, penguasaaan dan penyemarakkan bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu. Jikalau bukan kita, masyarakat yang tinggal di Tanah Melayu yang akan bertutur, menulis dan membaca bahasa ini, siapa lagi yang akan menggunakan bahasa tersebut? Secara amnya, membaca dapat menambah perbendaharaan kata yang kita ketahui sekaligus menambah nilai diri setiap individu. Semakin banyak kita membaca, semakin pelbagai prosa kata yang kita boleh gunakan. Begitu juga dengan penguasaaan bahasa asing seperti Bahasa Inggeris yang penting dalam era globalisasi pada hari ini. Jika masyarakat hari ini ingin berkembang seiring dengan era globalisasi, kita hendaklah juga mempelajari dan menguasai bahasa asing dengan membaca. Pada pendapat anda, apakah kepentingan amalan membaca? Isi 2:


Kepentingan lain amalan membaca di Malaysia adalah ia membantu meningkatkan pemikiran masyarakat secara kritis dan kreatif. Dari aspek perkembangan kanak-kanak, amalan membaca dapat membantu pertumbuhan kognitif serta menguatkan memori. Dari aspek golongan dewasa pula, membaca dapat membantu masyarakat untuk membuka minda dan tidak menjadi seperti katak yang duduk di bawah tempurung. Hal ini kerana, bahan bacaan yang dihasilkan terdiri daripada pelbagai jenis dan genre. Tetapi kita juga perlu memastikan bahan bacaan tersebut mempunyai kredibiliti yang disahkan. Penulis bahan bacaan hendaklah individu yang pakar dalam bidang yang ditulis dan memberikan fakta yang sahih dan tidak diputar belitkan. Hasilnya, masyarakat yang membaca pelbagai jenis bahan bacaan akan mempunyai pendapat yang lebih kritis dan mempunyai daya kreatif yang lebih baik. Pada pendapat anda, apakah kepentingan amalan membaca? Isi 3 :


Antara langkah yang diambil adalah, ibu bapa seharusnya membawa anak-anak mereka ke perpustakaan sebelum mereka di bangku sekolah lagi kerana minat membaca perlu dipupuk sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini kerana perpustakaan seperti sebuah tasik yang amat luas dengan ilmu. Perpustakaan juga menyediakan pelbagai bahan bacaan disertakan dengan kemudahan-kemudahan yang serba lengkap dan konduksif supaya para pengunjung dapat membaca buku dengan selesa. Antara keistimewaan lain adalah para pengunjung boleh menjadi ahli perpustakaan untuk meminjam buku dalam tempoh yang ditentukan. Mereka boleh meminjam dengan memilih buku-buku yang menjadi pilihan mereka seperti buku cerita, novel dan komik secara percuma. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha memupuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat? Isi 1 :


Jika ditelurusi, peranan kerajaan dalam memupuk amalan membaca juga tidak boleh disishkan. Pihak kerajaan boleh mengadakan kempen yang berkenaan seperti"Mari Membaca Malaysia" dan "Bangsa Membaca Bangsa" kerana dapat memupuk amalan membaca. Justerunya,pameran buku juga perlu dianjurkan oleh pihak penganjur. Hal ini kerana ,menganjurkan pameran buku merupakan salah satu cara untuk menarik minat masyarakat malaysia. Bagi golongan miskin, kerajaan boleh memberi buku yang percuma supaya golongan miskin juga boleh mendapat pengetahuan yang banyak. Izharnya, pihak kerajaan haruslah melakukan banyak usaha supaya amaln ini dapat dipupuk dalam diri masyarakat sebelum nasi menjadi bubur. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha memupuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat? Isi 2 :


Selain itu,pihak sekolah juga menggalas tanggungjawab yang besar untuk memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat. Guru sebagai insan yang penting bagi pelajar perlu mengajar pelajar supaya mengamalkan amalan membaca. Selain itu, pihak sekolah perlu menganjurkan program "NILAM" supaya dapat menggalakan pelajar. Pihak sekolah mengadakan pertandingan membaca dan memberi hadiah atau wang tunai. Pada mulanya, mungkin pelajar menyertai pertandingan untuk mendapatkan hadiah tetapi lama-kelamaan mereka akan menimbulkan minat tentang amalan membaca. Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk menggalakan amalan membaca yang lebih sistematik dan teratur dapat membentuk pelajar yang suka membaca dan menjadi insan yang cemerlang pada masa depan. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha memupuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat? Isi 3 :


Click to View FlipBook Version