INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
BATU PAHAT, JOHOR
TUGASAN KERJA KURSUS
GWP1092 WACANA PENULISAN
NAMA PELAJAR : NUR MAISARAH HUSNA BINTI BIRRAN
ANGKA GILIRAN : 2021292310233
NOMBOR KAD PENGENALAN : 030525060194
KUMPULAN/ UNIT : PPISMP/ PA4
KOD DAN NAMA KURSUS : GWP1092 WACANA PENULISAN
NAMA PENSYARAH : PN. ZURAIDAH BINTI TALIB
TARIKH HANTAR : TUGASAN 2 : 11 MAC 2021
Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tanda tangan Pelajar : Tarikh:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT, JOHOR
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS
Nama :NUR MAISARAH HUSNA BINTI BIRRAN Angka Giliran:
Kod: GWP1092 Nama Kursus: WACANA PENULISAN
Pensyarah :PN. ZURAIDAH BINTI TALIB
Tarikh Hantar : Tarikh Terima Diisi oleh pensyarah
Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tanda tangan Pelajar : Tarikh : .
Perincian Maklum Balas Kerja Kursus Moderator (jika berkaitan)
Pemeriksa Kekuatan:
Kekuatan:
Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:
Tanda tangan: Tarikh: Tanda tangan: Tarikh:
Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.
Catatan (jika ada)
Tanda tangan Pelajar : Tarikh :
ISI KANDUNGAN
Kandungan Muka Surat
Borang Maklum Balas Kerja Kursus 1
PENGHARGAAN 2
2
TUGASAN 2 : 3
CARA-CARA PEMBELAJARAN DALAM TALIAN YANG EFEKTIF 3
UNTUK PELAJAR DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU 4
PENDAHULUAN 5
LATAR BELAKANG PERBINCANGAN
Fahami Konsep Pembelajaran atas Talian
Menggunakan Aplikasi Pengurusan Masa
Menggunakan Aplikasi Pemberi Motivasi
PENUTUP 6
BIBLIOGRAFI 7
LAMPIRAN 8
PENGHARGAAN
Alhamdullilah, bersyukur yang tidak terhingga diberi kepada Tuhan Yang Maha Esa yang
mempermudahkan penyiapan kerja kursus Penulisan Akademik dengan baik.
Ribuan terima kasih juga saya didekasikan kepada pensyarah Pn.Zuraidah binti Talib yang
banyak menghulurkan bantuan ketika saya kekeliruan untuk menyemournakan tugasan ini.
Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada kedua ibu bapa saya kerana sentiasa
memberikan dorongan dan semangat. Keikhlasan mereka memberikan bantuan sama ada
dari segi masa, tenaga dan kewangan amat saya hargai. Biar jasa jadi kenangan.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu
dan memberikan tunjukajar kepada saya.. Bantuan kalian amat saya hargai.
Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya
secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.
1
TUGASAN 2 :
CARA-CARA PEMBELAJARAN DALAM TALIAN YANG EFEKTIF UNTUK PELAJAR DI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Oleh:
Nur Maisarah Husna binti Birran
Pendidikan Islam 4
PENDAHULUAN
Sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat
penjuru dunia ini tentang isu pandemik COVID 19.Saban hari sering menghiasi dada-dada
akhbar,didendang di corong-corong rodio dan ditonton di kaca-kaca peti gambar tentang
kegelisahan sejumlah besar masyarakat mengenai isu pendidikan kerana pembelajaran atas
talian bagi persekolahan rasmi merupakan perkara yang baharu.Pembelajaran atas talian
boleh didefinasikan sebagai sebarang bentuk pengajaran dan pembelajaran yang
disampaikan melalui penggunaan teknologi digital.Bahan pembelajaran dan pengajaran
disampaikan dalam pelbagai variasi, antaranya dalam bentuk grafik visual, perkataan, animasi
video mahupun dalam bentuk audio(Rahiza, 2020). Penulisan ini akan memberi tumpuan
kepada cara-cara pemberlajaran atas talian yang efektif untuk pelajar di Institut Pendidikan
Guru.Dalam konteks ini tidak dapat disangkal bahawa setiap insan mempunyai cara tersediri
untuk berlajar malah ada juga yang mencipta kaedah tersendiri.Sehubungan dengan itu, disini
akan dibincangkan tentang teknik-teknik pembelajaran atas talian yang efisien, sistematik dan
realistik, bersesuaian dengan kehidupan seorang perlajar Institut Pendidikan Guru.
2
LATAR BELAKANG PERBINCANGAN
Fahami Konsep Pembelajaran atas Talian
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa memahami konsep adalah
asas dalam menguasai sesuatu perkara sebelum perkara tersebut dapat dilaksanakan
dengan baik.Hal ini demikian kerana apabila anda mengetahui konsep yang tepat pelajar akan
lebih jelas dalam meneroka cara yang betul agar matlamat dapat dicapai.Ini akan menjadikan
jalan-jalan yang dilalui lebih jelas dan lancar.Pelajar seharusnya fahami bahawa dalam
pembelajaran atas talian mereka harus mendedakasikan sejumlah besar masa dengan baik,
mempunyai disiplin diri dalam melaksanakn tugas atau menghadiri kuliah serta menyediakan
keperluan asas untuk pembelajaran atas talian seperti tempat berlajar yang selesa, capaian
internet yang baik dan platform pembelajarann seperti komputer riba dan telefon pintar (Wan
Aziaris Azizi, 2015).Persediaan yang lengkap amat penting untuk menjayakan sesuatu
perkara yang ingin dilaksanakan.Justikasinya, pelajar akan mempunyai bekalan yang cukup
untuk mengelakkan sebarang gangguan yang boleh memberikan impak yang negatif terhadap
pembelajaran mereka,contoh ketara yang sering timbul ialah gangguan internet,tempat yang
bising serta kekurangan bahan rujukan atas talian.Penyingkiran gangguan ini sedikit
sebanyak akan membantu untuk pelajar memberikan fokus sepenuhnya terhadap
pembelajaran mereka.Fokus adalah lebih penting dari usaha atas impian yang besar kerana
untuk mencapai mimpi kita tidak boleh membazirkan tumpuan kepada perkara-perkara remeh
yag tidak memberi impak kepada diri sendiri. Tumpuan penuh harus diberi terhadap tindakan
yang menjamin penghasilan terbaik dan mengabaikan perkara-perkara lain(Martin Meadows,
2015). Thorndike (1932)mengatakan pembelajaran menjadi lebih berkesan sekiranya sudah
wujud kesediaan dalam diri murid-murid untuk menerimanya.(Seperti dinyatakan dalam
Khamaruddin Hussin, 1993).Ini dapat mengukuhkan isi bahawa pemahaman konsep
pembelajaran atas talian amatlah penting dan perlu diberi keutamaan.
3
Menggunakan Aplikasi Pengurusan Masa
Seterusnya, alternatif lain bagi memastikan pembelajaran atas talian menjadi efektif
untuk pelajar di Institut Pendidikan Guru ialah pengurusan masa yang baik oleh pelajar
dengan menggunakan aplikasi-aplikasi yang dapat membantu perlajar menguruskan masa
mereka.Pengurusan masa boleh ditakrifkan sebagai cara perancagan dan pengurusan
tempoh melaksanakan sesuatu aktiviti.Pembelajaran atas talian akan bercampur-aduk
dengan aktiviti harian di rumah jika pelajar tidak melaksanakan perancangan yang
betul.(Principe, 2015).Sesetengah pelajar sering menangguhkan kerja yang diberi kerana
situasi pembelajaran atas talian menyebabakan mereka terlupa tanggungjawab mereka
sebagai seorang pelajar manakala terdapat juga keadaan lain dimana pelajar diberi tugas
yang banyak pada satu masa oleh guru-guru berlainan.Sebagai seorang pelajar,kita
seharusnya bijak dalam mencari penyelesaian dan bukanlah sekadar mencari alasan
sahaja.Situasi ini dapat diselesaikan sekiranya pelajar meyenaraikan semua tugasan dalam
aplikasi yang dapat memberi peringatan kepada pelajar tentang tugas yang belum
selesai.Dalam pada itu, senarai akan disusun dengan mengutamakan kerja yang rumit dan
perlu dihantar dalam waktu terdekat (Henry, 2020). Selain itu, sesetengan aplikasi memberi
perkhidmatan peringatan pelbagai aktiviti harian pelajar seperti berolahraga, minum air dan
tidur.Hal ini demikian kerana setiap aktiviti amat penting dan memberi impak yang besar
dalam hidup pelajar.Pemikiran pelajar hanya untuk belajar seharusnya tidak ditafsirkan
bahawa perlajar perlu berlajar sepenuh masa dari terbit fajar hingga terbenam
matahari.Aktiviti harian seperti menonton televisyen, bermain, berehat, tidur dan riadah juga
perlu dititik beratkan kerana kesihatan badan dan minda juga memberi kesan yang besar
kepada pretasi pembelajaran pelajar (Tracy ,2016).Bagi membuktikan perkara ini bukti yang
boleh dipertengahkan adalah kajian yang dilaksanakan oleh Mohd Najib dan Choong Yoon
Weng (2000) mengatakan pelajar pelajar yang mengamalkan pengurusan masa yang baik
adalah mereka yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang kerana mereka tahu
untuk mengatur masa belajar serta menentukan keutamaan dalam menyelesaikan sesuatu
tugasan atau kerja.Dapatan ini selari dengan apa yang telah dinyatakan oleh Carl R. Zulauf
(1999).Kesimpulanya, kehidupan pelajar cemerlang memerlukan aplikasi sitematik untuk
membantu mereka menguruskan diri terutama dalam megehadkan penggunaan gadjet
kepada perkara yang tidak berfaedah.
4
Menggunakan Aplikasi Pemberi Motivasi
Sementara itu, formula seterusnya dalam mewujudkan pembelajaran atas talian yang
berkesan untuk pelajar di Institut Pendidikan Guru ialah setiap pelajar sewajarnya mempunyai
platform motivasi seperti aplikasi-aplikasi ThinkUp, Fabulous, Motivate, Forest, Strides, My
Wonderful Days Journal, Habitica dan MindMeister.Perkara ini amat penting agar emosi
pelajar sentiasa stabil dalam melaksanakan pembelajaran.Pelbagai masalah boleh
timbul.Lebih-lebih lagi apabila pembelajaran atas talian dilaksanakan (Shamsul Arrieya Arrifin,
2020). Hal ini berpunca apabila mereka tidak dapat menyertai kelas atau tidak dapat
mendengarnya dengan jelas kerana gangguan internet.Walaubagaimanapun, seorang pelajar
yang mempunyai motivasi yang tinggi akan sedia upaya mencari alternatif yang lain seperti
bertanya kawan tentang pelajaran yang tidak difahami dan mencari rujukan dari sumber bukan
atas talian. Namun demikian, adalah normal sebagai manusia sekiranya motivasi jatuh
sehingga menyebabkan kehilangan harapan lalu membuat keputusan untuk berhenti
mencuba.Walakin begitu, ini bukanlah alasan untuk terus tersungkur kerana masih ada
pelbagai cara untuk kita mengembalikan semula motivasi kita.Tambahan pula, aplikasi-
aplikasi ini menyediakan penggunaan di luar talian.Menurut Freeman (2014) setiap orang
mempunyai cara tersendiri untuk mengambakar semula motivasi mereka, kita seharusnya
mencari perkara yang dapat menguatkan semangat kita dalam masa yang sama amat penting
untuk mengenal pasti punca-punca yang sering menjatuhkan diri daripada mencapai
matlamat yang ingin kita tuju.Selain itu,terdapat juga aplikasi yang merekod pencapaian
dalam proses mencapai impian kita.Aplikasi ini memberi semangat kepada pengguna
sekiranya prestasi mereka menurun.Lebih menarik, aplikasi ini membantu penguna
membuang tabiat buruk mereka dan mencadangakan alternatif untuk mencapai
matlamat.Tambahan pula, mempunyai impian juga boleh menjadi salah satu pembakar
semangat kerana kita mempunyai sebab yang jelas untuk terus teguh berdiri dan bertahan.Bill
Copeland pernah mengatakan bahawa masalah terbesar jika tidak mempunyai gol adalah
anda akan menghabiskan masa berpenat lelah berlari mengelilingi padang namun hakikatnya
anda tidak akan mendapat sebarang mata.(Seperti dinyatakan dalam Freeman, 2014).
Manusia bukanlah robot, mereka masih mempunyai emosi yang boleh mengawal segala
kehidupan mereka, terkadang apabila motivasi kita hilang, segenap tubuh seakan letih dan
tidak berdaya untuk melakukan apa-apapun. Oleh yang demikian,aplikasi motivasi amat
penting dalam kehidupan pelajar untuk memastikan mereka dapat bertahan dalam dugaan
berlajar atas talian.
5
PENUTUP
Sebagai menggulung segala yang telah diperkatan di atas, amat penting bagi
pelajar Pendidikan Institut Guru untuk mengamalkan kaedah-kaedah efektif dalam
melaksanakan pembelajaran atas talian.Kaedah yang dilakukan perlulah meliputi segala
aspek kehidupan.Pertama, aspek fizikal iaitu mengenal pasti keperluan dengan memahami
konsep pembelajaran atas talian.Seterusnya, dari segi rohani iaitu dalam mendisplinkan diri
untuk menguruskan masa dengan lebih baik dengan aplikasi-aplikasi yang dapat mengawal
diri dengan ketat.Selain itu, tidak dilupakan dari segi emosi iaitu penggunaan aplikasi
motivasi untuk memastikan diri sentiasa bersengat untuk belajar.
(1125 Patah Perkataan)
6
BIBLIOGRAFI
Carl R. Zulauf, A. K. (1999). Use Of Time And AcademicPerformance Of College Students:
Does Studying Matter? AmericanAgricultural Economics Association.
Freeman, L. (2014). Motivation For Success: The Road Map to Creating Your Own Path to
Success. Larry Freeman.
Henry, B. (2020). Time Management: How to Stop Procrastinating, Get More Done and
Increase Your Productivity While Working From Home (Simply Strategies to Increse
Productivity). Brett Henry.
Hussin, K. (1993). Pengajaran lisan : Kemahiran mendengar dan bertutur. Kumpulan
Budiman Sdn Bhd.
Khor Kwan Hooi, C. C. (2012). Pengurusan Masa: Faktor Kemerosotan Keputusan Pelajar
Sains? Jabatan Sains,IPGKampus Tuanku Bainun, Bkt Mertajam.
Meadows, M. (2015). How to Think Bigger: Aim Higher, Get More Motivated, and
Accomplish Big Things. Meadows Publishing.
Principe, H. R. (2005). Factors Influencing Students’ Academic Performance In The First
Accounting Course: A Comparative Study BetweenPublic And Private Universities In
Puerto Rico. Argosy University, Florida.
Rahiza, (2020, November 26). 4 Cara-cara Berlajar dengan Lebih Efektif atas Talian
‘Online’. Kolej 10 UPM.
https://k10.upm.edu.my/artikel/4_cara_cara_belajar_dengan_lebih_efektif_atas_talian_onlin
e-59486
Shamsul Arrieya Arrifin, (2020, April 18). PKP: Kaedah Pembelajaran Efektif di dalam Talian.
MD Malaysia Dateline. https://malaysiadateline.com/pkp-kaedah-pembelajaran-efektif-
di-dalam-talian/
Tracy, B. (2016). Master Your Time, Master Your Life: The Breakthrough System to Get
More Resaults, Faster, in Every Area of Your Life. Penguin.
Wan Aziaris Aziz, (2015, November 19). Pembelajaran Atas Talian (EPSA, Coursera, EDX,
Futurelearn). Wadah ICT UKM. http://www.ukm.my/wadahict/pembelajaran-atas-
talian-epsa-coursera-edxfuturelearn/
7
LAMPIRAN
8