Dirasmikan oleh; Encik Omar @ Mohd Fadli bin Yaacob Pengurus Bank Rakyat Cawangan Marang, Terengganu.
Isi Kandungan Perkara Muka surat Pengenalan dan Objektif 1 Kata alu-aluan Guru Besar 2 Kata alu-aluan Yang DiPertua PIBG 3 Aturcara Majlis 4 Ahli Jawatankuasa Kerja 5-7 Surat Panggilan Mesyuarat Agung Kali ke22 8 Agenda Mesyuarat Agung Kali ke-22 9 Senarai AJK PIBG Sesi 2022/2023 10 Senarai Kehadiran Ibu Bapa Tahun 2022 11-14 Peringatan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-21 15-20 Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2022/2023 21 Laporan Kewangan PIBG Sesi 2022/2023 22-23 Penghargaan
Pendahuluan Objektif Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-22 merupakan aktiviti rutin yang diadakan di sekolah setiap tahun sejajar dengan kehendak Pejabat Pendidikan Daerah Marang. Melalui persatuan ini pelbagai aktiviti untuk kepentingan sekolah khususnya para pelajar mampu digembleng dan direalisasikan serta diharapkan mampu memberi impak positif kepadakecemerlangan sekolah. 1. Memperkasakan kerjasama antara ibu bapa dan guru dalam pelbagai perkara. 2. Mengeratkan hubungan positif antara ibu bapa dan guru seta masyarakat setempat. 3. Memartabatkan nama baik sekolah melalui aktiviti berfaedah dan bermakna. 4. Membantu menangani pelbagai permasalahan pelajar secara bersama dalam aspek disiplin, akademik dan kokurikulum. 5. Menerapkan budaya penyayang dalam kalanagan ibu bapa dan guru terhadap kepentingan hubungan kekeluargaan sama ada di rumah mahupun disekolah. 6. Memberi komtmen yang tinggi terhadap kecemerlangan pelajar khususnya dalam aspek sahsiah diri, akademik dan kokurikulum. 1
Kata alu-aluan Guru Besar 2 ASSALAMUALAIKUM Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah rahmat kurniaNya dapat kita mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Sk Paya Resak kali ke 22 tahun 2023. Terima kasih Tuan YDP PIBG bersama AJK atas segala kerjasama dan sumbangan serta sokongan kepada pihak sekolah dalam menjayakan aktiviti dan program sekolah. Pemuafakatan antara PIBG dan pihak sekolah menjadi tunjang kepada kejayaan dan kecemerlangan dan hala tuju sekolah dalam pelbagai bidang. Jalinan dan kerjasama yang penuh bermakna ini akan memberi manfaat kepada anak-anak kita kea rah kemenjadian murid seperti mana yang kita harapkan. Dalam meniti arus dan gelombang perkembangan dalam bidang pendidikan sekarang, besarlah harapan saya serta pihak sekolah agar ibu-bapa memainkan peranan dalam memberi sokongan sepenuhnya terhadap pendididkan anak-anak kita. Sesungguhnya akan kami usahakan agar kita bersama-sama memahami dan menghayati Falsafah Kebanggsaan Negara yang digubal sebegitu murni untuk memakmuran dan kesejahteraan warga Malaysia.
Kata alu-aluan Yang Dipertua PIBG Bismillahirrahmanirrahim…. Alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T. Selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W dengan limpah dan kurnia serta petunjuk dariNya dapatlah saya menyusun sepatah dua kata di dalam buku program sempena Mesyuarat Agung PIBG, SK Paya Resak untuk kali ini. Terlebih dahulu di kesempatan ini, saya mewakili ahli jawatankuasa ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak atas kerjasama yang diberikan kepada PIBG dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas kami demi menyokong agenda kemenjadian murid dapat dilaksanakan sebagaimana objektif yang telah disasarkan. Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada Guru Besar, AJK PIBG, guru-guru dan semua kakitangan sekolah ini kerana kerjasama yang erat yang telah dimanifestasikan melalui kerjasama sepenuhnya dalam kegiatan PIBG sekolah ini. Di samping itu juga, saya selaku YDP PIBG berpendirian untuk sentiasa menyokong semua aktiviti yang telah dirangka oleh pihak sekolah samada berbentuk aktiviti kurikulum mahupun kokurikulum. Namun begitu, sejajar dengan era transformasi pendidikan terkini, aktiviti di luar bilik darjah juga perlu diperkasakan demi untuk membina sahsiah dan jati diri pelajar mendepani cabaran masa depan yang mencabar. Justeru itu sokongan dari semua pihak dalam bentuk kewangan mahupun moral amat diperlukan agar fungsi PIBG mampu dipertingkatkan sebagai satu badan yang mewakili suara dan aspirasi ibu bapa dan guru guru sentiasa berperanan aktif dan relevan. Saya yakin dengan pentadbiran yang berintegriti dan berwibawa akan menyumbang kejayaan kepada pelajar di sekolah ini dalam pelbagai bidang. Komitmen pihak sekolah dalam memastikan agenda kecemerlangan pembentukan generasi masa depan berminda kelas pertama amatlah dihargai. Terima kasih kepada guru besar dan guru-guru yang sentiasa komited untuk mendidik pelajar walaupun didepani dengan pelbagai cabaran sejajar dengan perkembangan teknologi dan perubahan landskap sosial terkini. Akhir sekali,saya mewakili PIBG ingin memohon maaf sekiranya ada kesilapan dan kekurangan saya semasa memikul tanggungjawab selaku YDP PIBG SK Paya Resak. Selamat bermesyuarat Agung PIBG untuk kali ini. Semoga penglibatan, sumbangan masa dan kewangan serta sokongan moral kita semua terhadap agenda pembangunan pendidikan SK Paya Resak dikurniakan keberkatan dan ganjaran oleh Allah SWT. 3
Aturcara Majlis MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22 SESI 2023/2024 SK PAYA RESAK TAHUN 2023 3.00 petang : Pendaftaran Ibu Bapa/Penjaga : Para jemputan mengambil tempat 3.30 petang : Ucapan Pengacara Majlis : Bacaan Doa : Ucapan YDP PIBG oleh Dr. Syahrul Hezrin bin Mahmud : Ucapan Puan Guru Besar oleh Cg. Hajah Noor Azah binti Abd Wahab : Ucapan Perasmian oleh Pengurus Bank Rakyat Marang Encik Omar @ Mohd Fadli bin Yaacob 4.30 petang : Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-22 Pengumuman Cabutan Bertuah Bersurai 4
5
6
7
surat jemputan 8 Ruj. Kami : SKPR ,100-13/1/4( ) Tarikh : 15 Jun 2023 Semua ibu bapa/ penjaga murid Semua guru/ Akp Sk Paya Resak 21400, Marang. Tuan/Puan, NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA RESAK KALI KE-22 Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa, PIBG SK Paya Resak akan mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-22 sebagaimana butiranberikut: Tarikh : 22 Jun 2023. Hari : Khamis. Masa : 3.00 petang. Tempat : Kantin Sk Paya Resak. Dirasmikan Oleh: En. Omar@ Mohd Fadli bin Yaacob Pengurus Bank Rakyat Cawangan Marang. 2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut: 2.1 Ucapan Yang Dipertua PIBG 2.2 Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu 2.3 Membentang dan menerima Laporan Aktiviti Tahunan. 2.4 Membentang dan menerima Penyata Kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2022. 2.5 Membahas Usul-usul 2.6 Ucapan Penangguhan 3. Sebarang usul yang ingin di bawa ke Mesyuarat Agung tersebut bolehlah disalurkan melalui link https://forms.gle/9cNNyLwtrFMqWS9h6 yang disediakan . Pembawa usul wajib hadir pada Mesyuarat Agung. Semoga dengan kehadiran tuan/puan dapat menjayakan Mesyuarat Agung kali ini. Sekian, terima kasih. “ANJKAN MUAFAKAT NEKAD” “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (AHMAD FAISAL BIN ALI) Setiausaha PIBG, SK.Paya Resak
Agenda MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-22 SESI 2023/2024 SK PAYA RESAK TAHUN 2023 4.00 petang : Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-22 Agenda 1 Ucapan Aluan Pengerusi ( YDP) oleh Dr. Syahrul Hezrin bin Mahmud Agenda 2 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat kali ke-21 Agenda 3 Laporan Aktiviti PIBG Agenda 4 Membentang dan Menerima Penyata Kewangan (Bendahari PIBG) Agenda 5 Pembentangan Usul Agenda 6 Hal-halLain Agenda 7 Ucapan Penangguhan 9
JAWATANKUASA PIBG SK PAYA RESAK SESI 2022/2023 1.Puan Noor Azah binti Wahab (GB-Penasihat) 2.Dr.Syahrul Hezrin bin Mahmud (YDP) 3.En.Mohd. Nasharuddin bin Awang (N.YDP-Tugas-tugasKhas) 4.Cg.Mohd Effendi bin Ibrahim (Bendahari-Kutipan sumbangan) 5.Cg.Rokiah binti Jusoh (PK .Pentadbiran ) 6.Cg.Rosmadi bin Salleh (PK .Hem ) 7.Cg.Azizul Haki bin Muda (PK .Kokurikulum ) 8.Cg.Said bin Abd. Manaf (PK .PPKI ) 9.En.Mustaffa bin Said (AJK 1- ibu bapa - Unit Perhubungan) 10.En.Muhammad Aminuddin bin Muda (AJK 2- ibu bapa - Unit KSIB) 11.En.Ariffin bin Yusof (AJK 3- ibu bapa - Unit Alumni) 12.Pn.Wan Nur Azmalia binti Wan Mohd Azlan (AJK 4- ibu bapa - Unit Tugas-tugas Khas) 13.Pn.Fatmawati binti Mamat (AJK 5- ibu bapa - Unit Kebajikan) 14.En.Mohd Rahim bin Razali (AJK 6- ibu bapa - Unit Perhubungan dan Audit) 15.Cg.Mohd.Khairuzzaman b Mohamed @Harun (AJK 1- guru - Unit Sukan dan Gotong Royong) 16.Cg.Nor Rafidah binti Alias (AJK 2- guru - Unit PIBKS - Pengisian data KPM) 17.Cg.Norazura binti Draman (AJK 3- guru - Tim.S.U - pencatat Minit mesy. 1) 18.Cg.Rozimi bin Mohamad (AJK 4- guru - Unit Alumni dan KSIB) 19.Cg.Fatimah binti Kassim (AJK 5- guru – Unit Kebajikan dan Pencatat Minit mesy.2) 20.Cg.Husna Fathinah binti Mohd Maraie (AJK 6- guru - Audit- kelas Tambahan /sumbangan) 10
Senarai Kehadiran Ibu Bapa Tahun 2022 BIL. NAMA IBUBAPA /PENJAGA 1 MOHD ROSLI HUSIEN 2 NORLIDIANA MOHD JAWARI 3 ROZNI AWANG 4 ROZANI YAAKOB 5 MASLIZA MAT NASIR 6 CIK SALSIAH CHE DIN 7 MARIAH SALLEH 8 ROGAYAH BINTI MD. RADZIR 9 NOR FAIZAH MOHD NASIR 10 NOR AZURA DERAMAN 11 SALAMAH SALLEH 12 NOR HAFIZA MUHAMAD 13 NOOR AZWA MUHAMMAD 14 NURUL NADIA MUHAMMAD 15 MASLIZA BINTI ABDULLAH 16 UMMI SYARA NADHIRAH 17 TG. SHAHRIL KU ROHANI 18 SUTINAH BINTI ABD GHANI 19 ARIFFIN YUSOF 20 ROOS AIDAL MOHD AZMI 21 ROHANA GHANI 22 NORAIN BINTI MUFTAR 23 MAZNI ABU BAKAR 24 ABDUL SELIKIM IBRAHIM 25 SITI AISHAH HARUN 26 SYUHADA MOHAMAD 27 NOR FARAFIN ABDUL RAUF 28 NORAINI MOHAMAD 29 MALIATI MUHAMMAD 30 INTAN MAIZURA MOHD YUSOFF 31 SUZIYANI DERAMAN 32 NURUL HUDA HASSAN 33 ROKIAH SEPIA 34 NUR ATHIRAH ABDUL AZIZ 35 SITI ZALIHA YUSOFF 36 NOR HASLIZA KAMAROLZAMAN 37 NORWATI ARIFFIN 38 SABARIAH ABDULLAH 39 OTHMAN HARUN 40 SITI SHARAH ISMAIL 11
Senarai Kehadiran Ibu Bapa Tahun 2022 41 NURUL HUDA MOHD ZALJ 42 MAZIANUN YAZAKI 43 ABDUL HALIM MANSOR 44 MAIZATUL AKMAL ISMAIL 45 MOHD YUSOF 46 NUR ATIRAH JOHANA JOHARI 47 FAUZIAH BEGAM ABD . KARIM 48 NOR SHAHEERA ARIFFIN 49 WAN NOR HAZLINA BINTI WAN IBRAHIM 50 SITI ILYAHANA MD NOR 51 NOOR HAIZA BAHRING 52 ZAINOL AZWAN MUHAMMAD 53 SYUHAIDA BINTI YUSOFF 54 MOHD FAUZI MOHAMAD 55 MOHD NAZAR SYAH 56 MOHD FAIRUS YAHAYA 57 SYAHRUL HEZRIN MAHMUD 58 RAZLINDA ABDUL RAZAK 59 MOHD JUNID BAKAR 60 AHMAD FAISAL ALI 61 NOR KASMAWATI MAMAT 62 NOOR AMIRA ALIAS 63 NORAZWA NGAH 64 SITI NORIZAH NGAH 65 AIMAN HILMI ABDUL GHANI 66 MELOR BINTI MUDA 67 NOR FAZILA KAMARUDDIN 68 CHE MAH DULLAH 69 MUSTAFFA SAID 70 MOHD RAHIM RAZALI 71 AZLIDA JUSOH 72 FATIMAH BINTI RAZAK 73 MOHAMAD KHAMRI OTHMAN 74 NOR HIDAYAH ALIAS 75 NASHARUDDDIN AWANG 76 NOR AZREEN MOHD NOOR 77 ABD. RAHIM DERAMAN 78 SITI NOR AHYA HYDAYAH 79 RUSLI YUSUF 80 AINI ABU BAKAR 12
81 SUHAILA MAT ALI 82 HASLIZA RAMLI 83 NOR HURUDA MOHD RUSDI 84 MUHAMMAD AMIRUDDIN BIN MUSA 85 FADZLI AWANG 86 NORHASYIMAH ISMAIL 87 ROSLAINI BT MUDA 88 WAN AZLINA BT WAN YUSOF 89 NOR FAIZAH BT MOHD NASIR 90 HALIJAH BINTI HARUN 91 NURULNADIA BINTI MUHAMAD 92 FATMAWATI BINTI MAMAT 93 ROKIAH BT JUSOH 94 FATIMAH KASSIM 95 MARIANI BINTI MOHAMMAD 96 MUHAMAD HATMI BIN YUSOFF 97 ROZILA BINTI ISMAIL @ MOHD NOR 98 WAN NUR AZMALIA BINTI WAN MOHD AZLAN 99 MOHD ROSDI BIN AZAH @ ABDUL AZIZ 100 SUZANA BT ABDULULLAH 101 ROZIMI BIN MAHAMAD 102 MOHD NOORAZALEEBIN PADIAH 103 MOHD NOORAZALEEBIN PADIAH 104 SUHAINA MAT ZIN 105 MOHD ABDULHADI BIN JUSOH 106 ZAHIDAH BINTI SAPENYE 107 MARIANA BINTI MUHAMMAD 108 NORMAHANUM BINTI MOHD NOR 109 NUR SYAHIMA BINTI AMAN 110 NORHAYATI BINTI ARIFIN 111 AHMAD RADZI BIN MUHAMMAD 112 MASSURAYA BT ABDUL GHANI 113 NOR RAFIDAH BINTI ALIAS 114 SAID B ABD MANAF 115 AZIZUL HAKI BIN MUDA 116 SAKINAH BT TAWANG 117 HEZRIN BIN ABDUL GHANI 118 MARLIZA BINTI HUSSIN 119 NOR MAHNUN BINTI ABDUL LATIF 120 MARIANA BINTI MUHAMMAD Senarai Kehadiran Ibu Bapa Tahun 2022 13
121 SALMIE BINTI AWANG 122 ERNI YUSNITA BT MAT YUSOF 123 NIK NURULHUDA BINTI NIK NIZAM 124 NOR AZURA BINTI MAMAT 125 NOR FADHLINA BINTI ABDULLAH 126 MD ROHIZAL SALIM 127 MAZNAH BINTI AWANG MIN 128 UMMI SYARA NADHIRAH BINTI AHMAD 129 NORAZURA BT DERAMAN 130 NURATHIRAH BT ABDUL AZIZ 131 CHE ENGKU MOHD ABDULLAH BIN CHE ENGKU ALI 132 UMMI LAILA BINTI MOHAMAD TAUHID 133 MOHD RAMDZAM BIN JUSOH 134 NORUL AFKAR BT HUSSIN 135 WAN MOHD SHAHRIZAL BIN W YUNUS 136 NOR ASHIKIN BT AB.LLAH 137 AZALINA BINTI MOHD RANI 138 SITI NOR AHYA-HYDAYAH BINTI AHMAD 139 ISWADY FAZLY B MD. NOR 140 AHMAD FAISAL BIN ALI 141 NOR FARIDAHBT ABDUL GHANI Senarai Kehadiran Ibu Bapa Tahun 2022 14
Peringatan Mesyuarat Agung Kali ke-21 Tarikh : 24 Jun 2022 Hari : Jumaat Masa : 3.00 petang Tempat : SK Paya Resak, Marang 1.0 UCAPAN PENGERUSI MAJLIS, CG NORUL AFKAR BINTI HUSSIN 1.1 Majlis dimulakan dengan ucapan salam dan mengalu-alukan kedatangan Yang Berbahagia Dato Nik Dir bin Nik Wan Ku selaku pengarah Desabina Sdn Bhd, wakil PPD Marang merangkap Pegawai Perhubungan SKPR Pn Bidayahtul Huda bt Mohd Kassim, Yang Dipertua PIBG SK Paya Resak En Karim bin Abu Bakar, semua guru serta ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 21 sesi 2022/2023. 2.0 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG, ENCIK KARIM BIN ABU BAKAR 2.1 En. Karim Bin Abu Bakar mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Dato Nik Dir bin Nik Wan Ku untuk merasmikan mesyuarat pada hari ini. Beliau berasa syukur atas kehadiran Dato Nik Dir bin Nik Wan Ku ke sekolah SKPR. 2.2 Beliau memaklumkan SKPR telah ditubuhkan lebih kurang 20 tahun. Berlaku penambahan mendadak kemasukan murid terutama bagi Tahun 1 dan Tahun 2 sehingga terpaksa menggunakan surau lama sekolah sebagai penggunaan kelas. 2.3 En. Karim menjelaskan pihak sekolah membuat kutipan derma untuk membina surau baru di SKPR. Ini untuk keselesaan murid dan pembinaan sekarang siap pada kadar 90% dan memerlukan sumbangan lagi sebanyak 10% untuk kelengkapan surau ini. Beliau berharap agar pihak Yang Berbahagia Dato Nik Dir bin Wan Ku sudi memberi sumbangan kepada surau baru kepada pihak SKPR. 2.4 Sebagai wakil ibu bapa, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga guru dan pentadbir sekolah atas sumbangan ilmu kepada anak-anak kami dan semoga ilmu yang bermanfaat itu di terima oleh Allah S.W.T. 2.5 Beliau mengucapkan syukur kerana banyak kejayaan baru yang di kecapi oleh SKPR hasil kerjasama peranan guru besar dan ibu bapa pada hari ini. 2.6 Perubahan AJK PIBG yang baru akan di pilih pada hari ini. Beliau berharap ibu bapa menonjolkan diri untuk kepentingan murid. Selain itu, berharap agar ibu bapa memberi sumbangan PIBG setiap tahun kerana ada ibu bapa yang tidak menjelaskan sumbangan PIBG sebanyak RM30. Hasil kutipan tersebut amat diperlukan untuk kegunaan murid seperti aktiviti sukan, peperiksaan dan majlis tertentu. 2.7 Beliau mengharapkan kehadiran murid ke sekolah seperti biasa agar peratus kehadiran sasaran mencapai 92% setiap hari. Akhir kata beliau berharap ibu bapa tidak mencalonkan lagi beliau sebagai YDP PIBG SKPR kerana telah memegang jawatan ini selama 8 Tahun. 15
1.0 UCAPAN TUAN GURU BESAR, PENASIHAT PIBG ENCIK HANAPI BIN PUTEH 1.1 En Hanapi bin Puteh mengucapkan salam kedatangan Yang Berbahagia Dato Nik Dir bin Nik Wan Ku selaku pengarah Desabina Sdn Bhd, wakil PPD Marang merangkap Pegawai Perhubungan SKPR Pn Bidayahtul Huda bt Mohd, Yang Dipertua PIBG SK Paya Resak En Karim bin Abu Bakar, barisan penolong kanan, AJK PIBG, semua guru serta ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 21 ini. 1.2 Guru besar memberitahu ini merupakan kali pertama bersemuka bersama ibu bapa memandangkan sudah 2 tahun negara di landa Covid 19 dan tahun lepas mesyuarat PIBG diadakan secara online. 1.3 Beliau bersyukur dan berterima kasih atas kehadiran YB Dato Nik Dir bin Wan Ku ke sekolah untuk merasmikan mesyuarat agung pada kali ini. 1.4 Jumlah murid SKPR sekarang seramai 572 orang. Kenaikan mendadak ini menyebabkan tiada kelas lagi untuk menampung jumlah murid yang ramai. Pada tahun 2023 kelas Tahun 1 hanya ada dua kelas sahaja yang akan di buka. Jadi beliau berharap Ibu bapa di galakkan mendaftar segera kemasukan anak untuk tahun 2023. Manakala bagi murid Tahun 6 telah di tutup kemasukan murid baru buat masa ini. 1.5 Guru besar telah memohon bangunan siap segera untuk penambahan bangunan baru bagi menampung pertambahan murid dan berharap mendapat kelulusan nanti. 1.6 Jumlah bilangan guru di SKPR ialah 47 orang manakala AKP seramai 8 orang. 1.7 Mesyuarat Agung di wujudkan bertujuan untuk permuafakatan kerjasama antara ibu bapa dan guru. Kesefahaman tugas dan tanggungjawab untuk pengajaran guru dan pembelajaran anak-anak. Selain itu, perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat melengkapkan kemenjadian murid. 1.8 Berharap pemilihan AJK PIBG baharu kali ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin sesuai kecemerlangan anak-anak. 1.9 Akhir kata, jutaan terima kasih atas kehadiran YB Dato yang memenuhi undangan sekolah. Ucapan akhir dari Guru Besar bahawa beliau akan bersara dan menamatkan perkhidmatan pada bulan 11 tahun akhir tahun ini. 2.0 UCAPAN PN BIDAYAHTUL HUDA BT MOHD KASSIM, MERANGKAP PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH SK PAYA RESAK. 2.1 Pn Bidayahtul Huda mengucapkan ribuan terima kasih dan memanjat kesyukuran ke hadrat ilahi kepada semua ibubapa yang sudi hadir pada mesyuarat pada hari ini. 2.2 Beliau juga mengalu-alukan kehadiran Dato Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pengarah Desa Bina Sdn Bhd, En Karim Bin Abu Bakar Yang Dipertua PIBG, barisan Guruguru Penolong Kanan, guru-guru, ibu bapa yang dikasihi sekalian. 2.3 Pn Bidayatul Huda menyampaikan salam daripada pemangku PPD Marang En Radzi bin Mohamad yang tidak dapat hadir pada hari ini. 16
1.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada guru-guru atas inisiatif sekolah menyelesaikan mesyuarat PIBG. Beliau bersyukur atas kehadiran ibu bapa yang amat menggalakkan. 1.2 Beliau mengingatkan ibu bapa menitik beratkan kehadiran anak-anak ke sekolah pada waktu pagi dan juga kehadiran kelas KAFA petang kecuali anak-anak sakit tidak dapat hadir. 1.3 Berlaku juga kemasukan jawatan guru Agama baru akibat lambakan murid yang masuk ke SKPR. 1.4 Bagi murid Tahun 6 tiada lagi UPSR, tetapi akan menghadapi pentaksiran bilik darjah, PAJSK, Psikometrik dan ujian PKSK bagi yang ingin memohon asrama penuh. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada kepada ibu bapa kerana membantu anak-anak semasa PDPR secara online. 1.5 Akhir kata, buatlah pilihan yang terbaik bagi pemilihan AJK PIBG untuk kecemerlangan anak-anak kita. 2.0 UCAPAN PERASMIAN, DATO’ HJ NIK DIR BIN NIK WAN KU 2.1 Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Guru Besar,Guru Penolong Kanan guru guru dan juga wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah serta para ibu bapa dan murid sekalian. Bersyukur kita ke hadrat Ilalhi kerana dapat bersama-sama dalam mesyuarat PIBG dan berkongsi pendapat serta pandangan pada petang yang mulia ini. 2.2 Saya bukanlah asing lagi di Sek Kebangsaan Paya Resak, kerana 4 atau 5 tahun yang lepas saya sentiasa datang ke SKPR dan mengikuti juga perkembangan SKPR. 2.3 Seperti yang kita tahu, apa yang telah terjadi sebelum ini, di seluruh dunia iaitu wabak COVID 19 telah menjejaskan setiap negara dari segi sumber yang menjadi keperluan masyarakat di mana ianya telah disekat daripada merentasi dari sesebuah negara ke negara lain malah banyak peperangan di Ukrain menyebabkan punca sumber yang menjadi keperluan diberhentikan di negara lain terlebih dahulu. Sebagai rakyat, mereka sangat terkesan dengan fenomena ini. Ini menyebabkan kos hidup makin meningkat. 2.4 Saya juga turut risau tentang pendidikan anak-anak.dan apa yang lebih merisaukan saya ialah bagaimana serta apakah halatuju ibu bapa nanti yang akan mecorakkan anak masing-masing. Bagi anak murid yang tidak dapat A atau kurang mendapat A, ibu bapa perlulah bijak memberitahu dan memujuk anak masing-masing agar mengikuti latihan di pusat kemahiran yang terdapat di negara kita. Contohnya seperti Pusat Belia Negara, Pusat Giatmara, Kolej Kemahiran dan lain-lain lagi. 2.5 Kejayaan akan datang bergantung kepada kebolehan menilai dan kepandaian memilih kerjaya masing-masing. Malah, untuk pengetahuan, orang yang berjaya dalam bidang kemahiran telah ramai yang berjaya melanjutkan pelajaran ke negara luar. Ibu bapa haruslah memastikan anak-anak mempunyai pengetahuan dan tahap pendidikan yang baik.Kita hendaklah bersedia dari semasa ke semasa kerana selama 2 tahun, negara kita telah diserang oleh penyakit yang melanda seluruh dunia. Dan Malaysia adalah satu-satunya negara yang mengurung rakyatnya selama 2 tahun. Ini berikutan kerana kerajaan kurang cekap mengatasi pengurusan Covid 19. 17
1.1 Terima kasih lagi sekali kerana sudi menjemput saya ke Sekolah Paya Resak, dan jika ada jemputan lagi, sudah tentu saya akan datang lagi selepas ini. Setiap tahun, saya akan menyumbang sebanyak RM20,000 untuk pembinaan surau sekolah termasuklah juga dengan Sekolah Paya Resak ini. Kita akan bantu selagi surau belum siap. Dan saya akan menyumbang sebanyak RM 2000 lagi untuk tabung PIBG kita. Sekolah harus menghantar surat kepada saya untuk tindakan saya selanjutnya selepas ini. 1.2 Akhir sekali, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan mesyuarat PIBG kita yang ke -21 pada petang ini. 6.0 PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA MESYUARAT 6.1 Pengacara majlis (Cg. Norazura binti Draman) meminta agar ahli mesyuarat melantik seorang pengerusi sementara untuk mengendalikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke – 21 ini. Ahli PIBG sebulat suara telah memilih Encik Mohd Nasharudin bin Awang menjadi pengerusi sementara untuk Mesyuarat Agung PIBG kali ke – 21. 6.2 Encik Mohd Nasharudin bin Awang memberi ucapan aluan sbagai tanda penghargaan tidak terhingga kepada YDP PIBG, Encik Karim bin Abu Bakar, barisan pentadbir , guru – guru dan semua ahli mesyuarat hari ini kerana diamanahkan sebagai pengerusi sementara untuk mengendalikan mesyuarat agung pada kali ini. 7.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU Encik Mustafa Said mencadangkan agar minit Mesyuarat Agung PIBG yang lalu disahkan dan disokong oleh Puan Che Mah binti Dullah tanpa pindaan. 8.0 KEGIATAN / LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2021 (Cg Azalina binti Rani mewakili Setiausaha melaporkan aktiviti sepanjang tahun 2021) 8.1 Sumbangan kerusi batu untuk Kelas Pendidikan Khas (PPKI) 8.2 BAP sekolah 8.3 Persaraan GPK PPKI dan pertukaran 2 orang guru (mantan ajk PIBG yang lalu) 8.4 Belian buku resit dan tunai 8.5 Jamuan mesyuarat AJK PIBG 8.6 Mengurus Mesyuarat Agung PIBG kali Ke – 21 8.7 Baiki mesin pencetak (printer) dan beli dakwat Encik Ariffin bin Yusof mencadangkan aktiviti ini diterima dah disahkan tanpa pindaan serta disokong oleh Encik Muhammad Rahim bin Razali. 9.0 MEMBENTANG, MENERIMA DAN MELULUS PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2021 9.1 Ustazah Suzana binti Abdullah selaku bendahari PIBG telah membentangkan laporan penyata kewangan PIBG SK Paya Resak bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2021 di m/s 20. 9.2 Jumlah penerimaan setahun ialah sebanyak RM 19,503.52 9.3 Manakala jumlah pembayaran ialah sebanyak RM 3,591.80 9.4 Baki terkini ialah RM 15,911.72 18
9.5 Encik Syahrul Hezrin mengemukakan pertanyaan tentang mengapa kewangan pada tahun 2021 tidak dihabiskan. 9.6 Ustazah Suzana menyatakan bahawa tidak banyak perbelanjaan yang berlaku pada tahun 2021 berikutan aktitiviti – aktiviti yang berkurangan kerana COVID19. Encik Ariffin bin Yusof mengesahkan penyata kewangan Tahun 2021 dan disokong oleh Encik Syahrul Hezrin bin Mahmood 10.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 10.1 Tiada perkara berbangkit. 11.0PEMBENTANGAN USUL 11.1Puan Erni Yusnita bt. Mat Yusof mencadangkan agar pihak sekolah menyediakan mesin penapis air bagi kegunaan murid- murid khususnya. En. Hanapi bin Puteh selaku Guru Besar menyatakan kesediaan beliau bersama pihak pentadbir SK. Paya Resak akan berusaha untuk menyediakannya kelak. 11.2Puan Wan Nor Azmalia bt. Wan Mohd. Azlan mencadangkan supaya diwujudkan loker untuk mengatasi masalah beg berat. Tuan Guru Besar telah menjawab perkara itu di bawah arahan dan pembekalan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada masa sekarang, inisiatif dibuat dengan meninggalkan buku- buku di kelas. 12.0HAL-HAL LAIN 12.1En. Arifin bin Yusof memberi harapan agar usaha membesarkan sekolah dibuat selaras dengan pertambahan penduduk setempat. 13.0 PELANTIKAN AJK BAHARU SESI 2022/2023 YDP PIBG : Dr. Syahrul Hezrin bin Mahmud Naib YDP PIBG : En. Mohd Nasharudin bin Awang AJK Ibu Bapa : 1. En. Mustafa bin said 2. En. Arifin bin Yusof 3. En. Muhammad Aminuddin bin Muda 4. Pn. Wan Nur Azmalia bt Wan Mohd Azlan 5. Pn. Fatmawati bt Mamat Pemeriksa kira-kira : En. Mohd Rahim bin Razali AJK Guru akan di pilih oleh Tuan guru besar selepas mesyuarat PIBG. 19
14.0 HAL-HAL LAIN 14.1. Ahli mesyuarat telah dimaklumkan dan bersetuju untuk mengekalkan bayaran yuran PIBG sebanyak RM 30.00 setiap keluarga. 14.2. Urusan pengeluaran wang diberi kuasa kepada dua nama atau salah sorang daripada dua orang di bawah sebagai penanda tangan cek : 14.2.1. YDP PIBG - Dr.Syahrul Hezrin B. Mahmud (740423-11-5293) 14.2.2. SETIAUSAHA PIBG- En.Ahmad Faisal bin Ali (830104-11-5367) 14.2.3. BENDAHARI PIBG - En.Mohd.Effendi bin Ibrahim ( 750506-03-5175) 15.0UCAPAN PENANGGUHAN 15.1 Dr.Syahrul Hezrin bin Mahmud melahirkan pengharapan beliau agar kemenjadian murid menjadi perkara yang diambil berat oleh semua pihak. Aktiviti- aktiviti yang bermanfaat juga akan dirancang dan dijalankan mengikut peruntukan yang diperolehi nanti. Mesyuarat ditutup dengan bacaan surah Al- Asr dan ditangguhkan pada pukul 5.00 petang. Minit ini di catat oleh : 1. Pn Sharmila bt Mohd 2. Pn Rozila bt Ismail @ Mohd Nor 3. En Sufian bin Shafie 4. Pn Nor Faridah bt Abdul Ghani 5. Pn Nor Rafidah bt Alias Tarikh : 13 Julai 2022 Disediakan oleh : Disahkan oleh : .................................... ...................................................... (Ahmad Faisal bin Ali) (Dr. Syahrul Hezrin bin Mahmud) Setausaha Kehormat PIBG YDP PIBG 20
Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2022/2023 BIL BULAN AKTIVITI 1 Februari Anugerah Nilam peringkat sekolah 2 Anugerah Kecemerlangan KoKurikulum 3 Anugerah Kecemerlangan Kafa 4 Mac Gotong Royong Perdana peringkat sekolah 5 Solat Hajat Surau 6 Mei Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 7 Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 8 Jun Mesyuarat Agung PIBG kali ke-21 9 Ogos Program Kacau Bubur Asyura 10 September Sukan Tahunan Sekolah 11 November Program Perkhemahan Sekolah 12 Karnival Robotik 13 Lawatan Pengawas 14 Disember Showcase melalui Rekabentuk(Kmr) Marang 21
Laporan Kewangan PIBG Sesi 2022/2023 LAPORAN PENYATA KEWANGAN PIBG BAGI TAHUN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2022 TARIKH PERKARA JUMLAH (RM) PENERIMAAN Baki bank di bawa ke hadapan 14241.52 22.2.2022 Baki Sumbangan Dana PIBG 2021 1,590.00 19.3.2022 Baki Gotong Royong Perdana peringkat sekolah 53.00 20.3.2022 Baki Jamuan Solat Hajat Surau 25.00 03.8.2022 Sumbangan DESABINA SDN BHD (Dato' Nik Dir) 2,000.00 24.8.2022 Sumbangan Bubur Asyura PIBG 2022 3,705.00 31.12.202 2 Sumbangan Dana PIBG 2022 7,850.00 JUMLAH 29,464.52 PEMBAYARAN 08.1.2022 Hadiah Pertukaran AJK (2 orang guru )daripada pihak PIBG 180 23.2.2022 Sumbangan Anugerah Nilam peringkat sekolah 250 23.2.2022 Sumbangan Anugerah Kecemerlangan Ko Kurikulum 300 24.2.2022 Sumbangan Anugerah Kecemerlangan KAFA 600 19.3.2022 Sumbangan Peralatan Gotong Royongdan Keceriaan peringkat sekolah 500 10.5.2022 Sumbangan Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah(Makan minum murid) 1500 10.5.2022 Sumbangan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah(Hadiah drp PIBG) 300 03.6.2022 Makan Minum Mesyuarat AJK kali 1/2021-2022 84 03.6.2022 Hadiah PIBG untuk Persaraan PK Pentadbiran Cg.Hjh.Fouziah 100 04.6.2022 Baiki Bilik -Bilik Khas. 2120 13.6.2022 Perbelanjaan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 21 3001 22
Laporan Kewangan PIBG Sesi 2022/2023 28.6.2022 Beli Printer dan Kertas A4 (Pengurusan PIBG) 783 23.7.2022 Sumbangan Membeli Kelengkapan Hoki Sekolah 2064 12.8.2022 Makan Minum Mesyuarat AJK kali 1/2022-2023 100 24.8.2022 Perbelanjaan Program Bubur Asyura(Semua murid) 2100 14.9.2022 Sumbangan Sukan Tahunan Sekolah 1000 19.9.2022 Bayaran Pos Laju Surat KETENGAH 7.90 11.10.2022 Belian Alat Tulis dan Resit(Pengurusan PIBG) 108.80 01.11.2022 Sumbangan Program Perkhemahan Sekolah 500 07.11.2022 Sumbangan Karnival Robotik 600 30.11.2022 Sumbangan Lawatan Pengawas 600 05.12.2022 Sumbangan Showcase melalui Rekabentuk(Kmr) Marang 150 05.12.2022 Hadiah PIBG untuk Persaraan Guru Besar Cg. Hanapi 100 22.12.2022 Sumbangan Majlis Jamuan Persaraan untuk Jemputan AJK PIBG 350 21.12.2022 Sumbangan Pembelian Baju Graduasi 1000 JUMLAH 18398.70 JUMLAH PENERIMAAN 29,464.52 JUMLAH PEMBAYARAN 18398.70 BAKI SEHINGGA 31.12.2022 (JUMLAH) 11065.82 23
Catatan 25
Sekalung Penghargaan Barisan Jawatankuasa PIBG 2022/2023 dan Warga SK Paya Resak merakamkan setinggi-tinggi Penghargaan kepada: Encik Omar @ Mohd Fadli bin Yaacob Pengurus Bank Rakyat Cawangan Marang, Terengganu Puan Guru Besar SK Paya Resak, Cg. Hajah Noor Azah binti Abd. Wahab Yang Dipertua PIBG SK Paya Resak, Dr. Syahrul Hezrin bin Mahmud Barisan AJK PIBG 2022/2023 Guru-guru dan AKP SK Paya Resak Ibu bapa / penjaga Dan semua yang terlibat Secara langsung atau tidak langsung Dalam usaha menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-22 ini.