The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-52398191, 2024-06-05 01:55:09

BUKU PROGRAM MPIBG 24

BUKU PROGRAM MPIBG 24

.


Pendahuluan Objektif Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-23 merupakan aktiviti rutin yang diadakan di sekolah setiap tahun sejajar dengan kehendak Pejabat Pendidikan Daerah Marang. Melalui persatuan ini pelbagai aktiviti untuk kepentingan sekolah khususnya para pelajar mampu digembleng dan direalisasikan serta diharapkan mampu memberi impak positif kepadakecemerlangan sekolah. 1. Memperkasakan kerjasama antara ibu bapa dan guru dalam pelbagai perkara. 2. Mengeratkan hubungan positif antara ibu bapa dan guru seta masyarakat setempat. 3. Memartabatkan nama baik sekolah melalui aktiviti berfaedah dan bermakna. 4. Membantu menangani pelbagai permasalahan pelajar secara bersama dalam aspek disiplin, akademik dan kokurikulum. 5. Menerapkan budaya penyayang dalam kalanagan ibu bapa dan guru terhadap kepentingan hubungan kekeluargaan sama ada di rumah mahupun disekolah. 6. Memberi komtmen yang tinggi terhadap kecemerlangan pelajar khususnya dalam aspek sahsiah diri, akademik dan kokurikulum. Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-23 Sesi 2024/25


ASSALAMUALAIKUM Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah rahmat kurniaNya dapat kita mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Sk Paya Resak kali ke 23 tahun 2024. Terima kasih Tuan YDP PIBG bersama AJK atas segala kerjasama dan sumbangan serta sokongan kepada pihak sekolah dalam menjayakan aktiviti dan program sekolah. Pemuafakatan antara PIBG dan pihak sekolah menjadi tunjang kepada kejayaan dan kecemerlangan dan hala tuju sekolah dalam pelbagai bidang. Jalinan dan kerjasama yang penuh bermakna ini akan memberi manfaat kepada anak-anak kita kea rah kemenjadian murid seperti mana yang kita harapkan. Dalam meniti arus dan gelombang perkembangan dalam bidang pendidikan sekarang, besarlah harapan saya serta pihak sekolah agar ibu-bapa memainkan peranan dalam memberi sokongan sepenuhnya terhadap pendididkan anak-anak kita. Sesungguhnya akan kami usahakan agar kita bersama-sama memahami dan menghayati Falsafah Kebanggsaan Negara yang digubal sebegitu murni untuk memakmuran dan kesejahteraan warga Malaysia. Kata alu-aluan Guru Besar


Bismillahirrahmanirrahim…. Segala puji bagi Allah S.W.T. , selawat dan salam kepada Nabi Muhammad S.A.W dengan limpah dan kurnia serta petunjuk dariNya dapatlah saya menyusun sepatah dua kata di dalam buku program sempena Mesyuarat Agung PIBG, SK Paya Resak untuk kali ini. Saya mewakili ahli jawatankuasa ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak atas kerjasama yang diberikan kepada PIBG dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas kami demi menyokong agenda kemenjadian murid. Sekalung penghargaan kepada Guru Besar, AJK PIBG, guru-guru dan semua kakitangan sekolah ini kerana kerjasama erat yang telah dimanifestasikan melalui aktiviti PIBG sekolah ini. Sepanjang sesi yang lalu, saya selaku YDP PIBG dan semua AJK sentiasa menyokong semua kokurikulum. Namun begitu, sejajar dengan era transformasi pendidikan terkini, aktiviti di luar bilik darjah juga perlu diperkasakan demi untuk membina sahsiah dan jati diri pelajar mendepani cabaran era digitalisasi dan IR 4.0. Justeru itu sokongan dari semua pihak dalam bentuk kewangan mahupun moral amat diperlukan agar fungsi PIBG mampu dipertingkatkan sebagai satu badan yang mewakili suara dan aspirasi ibu bapa dan guru guru sentiasa berperanan aktif dan relevan. Terima kasih kepada guru besar dan guru-guru yang sentiasa komited untuk mendidik pelajar walaupun didepani dengan pelbagai cabaran sejajar dengan perkembangan teknologi digital dan perubahan landskap sosial terkini. Komitmen pihak sekolah dalam memastikan agenda kecemerlangan pembentukan generasi karomiah insaniah amatlah dihargai. Akhir kata,saya mewakili PIBG ingin memohon maaf sekiranya ada kesilapan dan kekurangan saya semasa memikul tanggungjawab selaku YDP PIBG SK Paya Resak. Selamat bermesyuarat Agung PIBG untuk kali ini. Semoga penglibatan, sumbangan masa dan kewangan serta sokongan moral kita semua terhadap agenda pembangunan pendidikan SK Paya Resak dikurniakan keberkatan dan ganjaran oleh Allah SWT. Kata alu-aluan Yang Dipertua PIBG


AHLI JAWATANKUASA INDUK PENASIHAT : PUAN HAJAH NOOR AZAH BINTI ABD. WAHAB (GURU BESAR) PENGERUSI : TUAN DR. SYAHRUL HEZRIN BIN MAHMUD (YDP) PEN. KANAN PENTADBIRAN : PN. ROKIAH BINTI JUSOH PEN.KANAN HEM : ROSMADI BIN SALLEH PEN. KANAN KOKURIKULUM: ADHAMSHARI BIN AMAN @ABDUL HALIM PEN. KANAN PPKI : SITI MARIANI BINTI MUSTAFA PENYELARAS : AHMAD FAISAL BIN ALI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PERSIAPAN TEMPAT MOHD EFFENDI BIN IBRAHIM (K) UST. RADZI BIN MUHAMMAD KAMARUZZAMAN BIN MOHD@HARUN JOHARI BIN OMAR PEKERJA SWASTA HIASAN PENTAS NOR SURIANI BINTI AWANG (K) WAN AZLINA BT WAN YUSOF SOZIYANA BINTI JUSOH ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR MAZNAH BT AWANG MIN (K) BACKDROP/BANNER UST. OTHMAN BIN HARUN PA SISTEM /TAYANGAN VIDEO SAIFUL AFZAN BIN BARU (K) SHUKRI SHAMSUDDIN BIN ZAKARIA PENGACARA MAJLIS NORUL AFKAR BINTI HUSSIN (PERASMIAN) NORAZURA BINTI DERAMAN (MESYUARAT AGUNG) BUKU PROGRAM/BUKU ATUR CARA / PAMPLET AZALINA BT MOHD RANI (K ) HASLINDA BINTI ABDULLAH JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23 SK PAYA RESAK SESI 2024/2025


JURUGAMBAR/DOKUMENTASI JAMILAH BINTI ISMAIL (K) KHALID BIN MOHD AKIL PENCATAT MAJLIS PERASMIAN/ MINIT MESYUARAT SUFIAN BIN SHAFIE (K) UST. ZHARUDIN BIN MOHD NOR NOR RAFIDAH BINTI ALIAS SHARMILA BINTI MOHD PENDAFTARAN NORLIA BINTI MUDA (K) NORHAZWANI BINTI ROSLAM FATIMAH BINTI KASSIM UMMI LAILA BINTI MOHD TAUHID HADIAH/ CABUTAN BERTUAH NORHASYIMAH BINTI ISMAIL (K) NAFISAH BINTI ISMAIL SAKINAH BINTI TAWANG SUZANA BT ABULLAH PERSEMBAHAN/ SAMBUTAN DAN PROTOKOL HEZRIN BIN ABDUL GHANI (K) ROZIMI BIN MAHAMAD BACAAN DOA UST. MOHD HISHAMUDDIN BIN ISMAIL PENYEDIAAN MAKANAN VIP FATIMAH SUHAILA BT ABDUL WAHAB (K) UMI KHALTHOM BT JUSOH SAIDAH NAFISAH BINTI HASSAN PENYEDIAAN MAKANAN (AHLI PIBG/IBU BAPA) HANISAH BINTI ALI (K) HALIJAH BINTI HARUN NOR ASHIKIN BT. AB LAH ROZILA BINTI ISMAIL @MOHD NOR ROHAIZA ADILLA BT ARAHMA


8.30 pagi: Pendaftaran ibu bapa dan penjaga Para jemputan mengambil tempat 9.00 pagi: Ucapan Pengacara Majlis Bacaan Doa Ucapan YDP PIBG oleh Dr. Syahrul Hezrin bin Mahmud Ucapan Puan Guru Besar oleh Cg. Hajah Noor Azah binti Abd. Wahab Ucapan Perasmian oleh Dato’ Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku DIMP.,AMN.,KMN. Pengerusi Ketengah Holding Sdn. Bhd. Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sesi 2023 Penyampaian Sijil Penghargaan AJK PIBG sesi 2022/2023 & 2023/2024 10.30 pagi: Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 Cabutan bertuah Bersurai Aturcara Majlis MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23 SK PAYA RESAK SESI 2024/2025


NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-23 SK PAYA RESAK SESI 2024/2025


PERINGATAN MESYUARAT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 22 Tarikh : 22 Jun 2023 Hari : Khamis Masa : 3.00 petang Tempat : SK. Paya Resak, Marang Kehadiran : Rujuk Lampiran Ucapan Majlis Perasmian Mesyuarat Agong PIBG Agenda 1 UCAPAN PENASIHAT, PN. NOOR AZAH BT ABD.WAHAB GURU BESAR SK PAYA RESAK 1.1 Guru Besar, Cikgu Noor Azah Binti Abd. Wahab mengucapkan terima kasih kepada Penguru Bank Rakyat cawangan Marang, En. Omar @ Mohd. Fadli bin Yaacob kerana merasmikan mesyuarat Agong PIBG kali ke-22. 1.2 Guru Besar juga mengucapkan terima kasih kepada Pegawai Perhubungan Sekolah Puan Bidayatul Huda binti Mohd. Kasim kerana sudin hadir bersama-sama dalam Majlis Perasmian pada kali ini. 1.3 Di samping itu, Guru Besar juga mengucapkan terima kasih kepada YDP PIBG Dr. Syahrul Hezrin bin Mahmud, barisan pentadbiran, guru-guru dan ibu bapa kerana hadir ke mesyuarat. 1.4 Guru Besar berharap ibu bapa sentiasa memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk sama ada tenaga, idea, dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi kepada pihak sekolah dalam usaha mendidik anak-anak. 1.5 Di samping itu, sekiranya terdapat sebarang masalah ibu bapa boleh datang dan berbincang dengan guru dan pentadbir supaya sebarang isu dapat diselesaikan dengan baik melalui perbincangan dua hala.


Agenda 2 UCAPAN YDP PIBG DR SYAHRUL HEZRIN BIN MAHMUD 2.1 Dr. Syahrul Hezrin bin Mahmud mengucapkan rasa syukur kerana Mesyuarat Agong PIBG Kali ke 22 dapat dijalankan seperti yang telah dirancang dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. 2.2 Dr. Syahrul Hezrin bin Mahmud juga menyeru agar ibu bapa dapat memberikan sokongan padu kepada pihak sekolah dalam usaha membangunkan sahsiah diri dan meningkatkan pencapaian akademik murid-murid. 2.3 Dr.Syahrul Hezrin juga turut menyatakan perubahan system pendidikan Negara pada hari ini amat menuntut keprihatinan ibu bapa terhadap perkembangan pembelajaran anak masing-masing. 2.4 Dalam usaha meningkatkan pencapaian sekolah pihak sekolah memerlukan sumber kewangan yang mencukupi bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang untuk murid sepanjang tahun. 2.5 Dr.Syahrul Hezrin juga memberitahu fizikal persekitaran sekolah juga sudah dilakukan penambah baikan dengan mengecat bangunan dan membuat mural yang menarik sebagai salah satu langkah menarik minat anak-anak ke sekolah apabila persekiran sekolah menarik dan cantik. 2.6 Beliau juga menyatakan Pihak Jawatankuasa PIBG mencadangkan untuk membina mercu tanda sekolah. Agenda 3 UCAPAN PERASMIAN PENGURUS BANK RAKYAT CAWANGAN MARANG EN OMAR @ MOHD FADLI BIN YAACOB 3.1 En. Omar @ Mohd. Fadli bin Yaacob salam perkenalan kepada semua yang hadir kerana pertama kali menjadi tetamu jemputan sebagai Perasmi Mesyuarat Agong PIBG di SK Paya Resak. 3.2 Beliau menyatakan pihak Bank Rakyat sentiasa memberikan sokongan dalam usaha pembangunan pendidikan di sekolah-sekolah dengan menyalurkan sumbangan zakat dan setakat ini peruntukan agihan zakat hamper RM 400,000 di sekolah-sekolah seluruh daerah Marang.


3.3 Beliau menyeru hubungan baik antara ibu bapa dan guru sentiasa diteruskan demi kepentingan murid-murid dan menegaskan peranan ibu bapa bermula dari rumah sangat penting dalam membentuk sahsiah diri dan kecemerlang akademik. 3.4 Beliau juga berharap masyarakat terus memberikan sokongan kepada Bank Rakyat supaya pihak bank dapat memberikan lebih banyak manfaat kepada masyarakat semula. Agenda 4 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGONG KALI KE 21 Naib Yang Dipertua PIBG, En. Mohd Nasharuddin Bin Awang mencadangkan supaya minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong oleh Puan Che Ku Zuraida binti Che Ku Razak. Agenda 5 LAPORAN AKTIVITI PIBG BAGI SESI 2023/2024. 5.1 Dr. Syahrul Hezrin bin Mahmud membentangkan aktiviti penting yang dijalankan sepanjang sesi 2022/2023 : a. Gotong- Royong Perdana b. Sambutan Hari Raya Aidilfitri c. Sambutan Hari Guru d. Program Kacau Bubur Asyura e. Perkhemahan Sekolah f. Karnival Robotik g. Lawatan Pengawas. Makluman Agenda 6 MEMBENTANG, MENERIMA DAN MELULUS PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 OLEH BENDAHARI 6.1 Bendahari PIBG, Cikgu Mohd Effendi bin Ibrahim membentangkan laporan penyata kewangan bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2022 di m/s 22 dan 23. 6.2 Jumlah penerimaan setahun ialah sebanyak RM 29,464.52 6.3 Jumlah pembayaran ialah sebanyak RM 18,398.70 6.4 Baki terkini kewangan RM 11,065.82


6.5 YDP PIBG menyatakan sebarang pertanyaan dan perkara berbangkit akan dibuka selepas perbentangan selesai. Makluman Agenda 7 MEMBENTANG DAN MENCADANGKAN USUL 7.1 Puan Nurun Nadia binti Mohamad mencadangkan agar pihak menaik taraf tandas sekolah. Pn. Hjh. Noorazah bt Abd. Wahab selaku Guru Besar menyatakan bahawa tandas sekolah dan infrastruktur sekolah adalah di bawah Kememterian Pendidikan Malaysia dan sumber kewangan adalah daripada mereka kecuali kita mendapat sumbangan daripada PPD ataupun JPN. Pihak sekolah hanya menyelenggara alatan yang rosak seperti paip air dan sebagainya. Jika bajet disediakan, kita akan menaik taraf tandas sekolah. Dr Syahrul Hezrin berharap tandas murid dapat dinaik taraf dan murid-murid selesa untuk menggunakan tandas. Sumbangan daripada ibubapa juga dialualukan untuk menaik taraf tandas sekolah. 7.2 Puan Noraziah binti Hishamuddin mencadangkan supaya guru mengambil perhatian terhadap murid-murid yang merosakkan barangan kawan-kawan. Puan Guru Besar telah menyatakan bahawa pihak sekolah telah mengambil tindakan sewajarnya dalam menangani disiplin murid di sekolah. Nasihat dan teguran kepada murid-murid sentiasa diberikan dari semasa ke semasa terutamnay setiap kali perhimpunan pagi oleh cikgu yang bertugas atau cikgu disiplin. Guru yang mengajar di dalam kelas juga sentiasa memantau muridmurid yang nakal supaya tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Dr. Syahrul Hezrin menyatakan Pengawas Sekolah juga harus memainkan peranan untuk menjaga murid-murid bagi membantu guru. Ini untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak baik seperti buli berlaku di sekolah. 7.3 Puan Nursyafawati binti A. Salam mencadangkan agar waktu balik kelas KAFA untuk Tahap 1 dan 2 dapat diselaraskan kerana kekangan masa.


Puan Guru Besar menyatakan bahawa Kelas KAFA adalah bi bawah pengurusan Yayasan Islam dan penetapan Waktu balik yang dinyatakan adalah diluar bidang kuasa pihak sekolah. Pihak sekolah hanya boleh mencadangkan waktu balik tetapi keputusan mestilah bersama dengan Yayasan Islam. Dr. Syahrul Hezrin menyatakan waktu penyelarasan boleh dibincangkan tetapi kesannya mungkin hanya menyelesaikan masalah seorang tetapi tidak menyelesaikan masalah 100 orang yang lain. 7.4 Puan Nur Fadilla binti Mohd Ali mencadangkan agar pihak sekolah mengadakan kelas tambahan bagi subjek teras. Puan Guru Besar menyatakan bahawa pendidikan sekarang adalah tidak berasaskan peperiksaan. Sekarang kita melaksanakan pentaksiran bilik darjah secara berterusan dan holistik. Kelas tambahan memerlukan sokongan dan kebenran daripada ibubapa. Ibu bapa juga telah didedahkan dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Tahap penguasaan 1 hingga 6. Perbincangan dengan guru-guru boleh diadakan untuk mengadakan kelas tambahan. Dr. Syahrul Hezrin menyatakan bahawa murid-murid perlu menguasai subjeksubjek teras yang asas. Sekiranya mereka tidak dapat menguasai perkara asas, itu perlu dititikberatkan. 7.5 Puan Nor Hapiza binti Muhamad mencadangkan murid yang kerap tidak hadir diambil tindakan oleh pihak sekolah. Puan Guru Besar menyatakan Pekeliling telah ada dan tindakan boleh diambil untuk murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab. Pihak sekolah juga mengadakan program ziarah cakna untuk mengenalpasti masalah dan mengatasi masalah kerap tidak hadir ke sekolah. Sokongan ibubapa amat diperlukan untuk murid hadir ke sekolah. Dr. Syahrul Hezrin menyatakan bahawa murid yang mengalami masalah kewangan boleh mendapat bantuan daripada PIBG untuk memudahkan urusan mereka untuk hadir ke sekolah.


7.6 (Tiada nama) mencadangkan agar susu RMT ditukar kepada susu berperisa coklat. Puan Guru Besar menyatakan menu RMT dan susu RMT telah ditetapkan oleh Kementerian, pihak sekolah hanya menerima dan mengagihkan susu tersebut kepada murid-murid yang layak. 7.7 (Tanpa nama) mencadangkan agar pihak sekolah dapat menyediakan kemudahan air minuman seperti coway, cuckoo atau sebagainya. Dr. Syahrul Hezrin menyatakan bahawa kita akan mengadakan kemudahan air minuman Coway secepat mungkin. Ada di kalangan ibubapa yang ingin menyumbang selama setahun dan mungkin disambung oleh orang yang lain. 7.8 Puan Noor Ashidah binti Zam mencadangkan supaya pihak sekolah memantau penjualan makanan ringan di dalam kawasan sekolah. Puan Guru Besar menyatakan pihak sekolah sentiasa memantau penjualan makanan ringan di dalam kawasan sekolah. Sekiranya pihak sekolah terlepas pandang, kita akan segera memantau dan memaklumkan pihak kantin supaya tidak lagi menjual makanan tersebut. 7.9 Encik Khairil Hilwan bin Mohamad mencadangkan agar pihak kantin melanjutkan waktu jualan kantin sehingga waktu kelas KAFA. Puan Guru Besar telah berbincang dengan pengusaha kantin dan pengusaha kantin telah pun mula menjual air minuman dan seterusnya akan diperbanyakkan lagi jualan makanan dari semasa ke semasa. 7.10 Puan Shafini binti Adam mencadangkan agar pengawal keselamatan sentiasa mengawal lalulintas pada waktu murid-murid pulang. Puan Guru Besar menyatakan bahawa pengawal keselamatan sentiasa mengawal lalulintas dengan baik. Kon-kon yang diletakkan di hadapan pagar adalah bertujuan untuk melancarkan pergerakan masuk muri-murid masuk ke dalam kawasan sekolah. Beliau telah memalumkan kepada pengawal keselamatan supaya bertugas pada waktu pagi dan waktu balik. Jika ada sebarang masalah, ibu bapa boleh berhubung dengan pihak sekolah.


Dr. Syahrul Hezrin berharap ibubapa dapat memastikan keselamatan anak-anak semasa ke sekolah dan sentiasa berpesan supaya menjaga keselamatan diri semasa hadir ke sekolah selain bantuan daripada pengawal keselamatan. Pengawal keselamatan juga turut membantu murid-murid yang menghadapi kesukaran untuk melintas jalan. Agenda 8 HAL – HAL LAIN 8.1 YDP PIBG, Dr. Syahrul Hezrin mewakili ibubapa Persatuan Ibubapa dan Guru mencadangkan agar pihak sekolah mengutip sumbangan dana kecemerlangan dengan tujuan untuk meningkatkan kecemerlangan murid dalam pelbagai bidang dan bukan hanya tertumpu kepada bidang akademik sahaja. Dana khas ini adalah untuk kegunaan aktiviti kecemerlangan murid sepanjang tahun 8.2 Semua ahli mesyuarat bersetuju untuk mengutip sumbangan sebanyak RM10 untuk program kecemerlangan murid. Bendahari PIBG 8.3 Cikgu Siti Mariani binti Mustapa memaklumkan Kelab Cakna Penyayang Serta Muafakat Ibu Bapa dan Guru PPKI SK Paya Resak telah bersetuju untuk membuat kutipan sebanyak RM100 bagi menjalankan aktiviti dan program sepanjang sesi 2023/24. Makluman 8.4 En. Arifin Bin Yusof mengharapkan agar kipas di setiap kelas berfungsi dengan baik kerana sekarang ini cuaca panas dan jika kipas tidak berfungsi dengan baik, keadaaan ini tidak memberi keselesaan kepada murid. 8.5 Beliau juga mencadangkan kepada pihak sekolah agar membenarkan penjaga atau ibubapa masuk ke dalam kawasan sekolah untuk menghantar anak jika cuaca hujan. Agenda 9 UCAPAN PENANGGUHAN 9.1 Dr. Syahrul Hezrin Bin Mahmud meminta agar apa yang dibincangkan dalam mesyuarat pada hari ini dapat dilaksanakan segera ataupun secara berperingkatperingkat.


9.2 Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Guru Besar, Hajah Noor Azah Binti Abd. Wahab, Naib YDP PIBG, En. Mohd Nasharuddin Bin Awang, AJK PIBG, guru-guru serta ibubapa yang sudi hadir dan sekaligus dapat menjayakan mesyuarat pada kali yang ke- 22. 9.3 Mesyuarat ditutup dengan bacaan Surah Al- Asr dan ditangguhkan pada pukul 5.20 petang. Pencatat Minit : 1. En. Sufian Bin Shafie 2. En. Kamaruzzaman Bin Mohd @ Harun 3. Puan Nor Rafidah Binti Alias 4. Puan Sharmila Binti Mohd Tarikh : 22 Jun 2023 Disediakan oleh : Disahkan oleh : ......................... ............................ (Ahmad Faisal bin Ali) (Dr. Syahrul Hezrin bin Mahmud) Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG SK Paya Resak SK Paya Resak


LAPORAN PENYATA KEWANGAN PIBG BAGI TAHUN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2023


BIL NAMA IBU/BAPA DAN PENJAGA/GURU/AKP 1 AHMAD FAISAL BIN ALI 2 Faridah bt Endut 3 Johari bin Omar (guru) 4 MASSURAYA BT ABDUL GHANI 5 ROZNI BINTI AWANG 6 MASLIZA BINTI MAT NASIR 7 HEZRIN BIN ABDUL GHANI 8 Halijah Binti harun 9 ZAHARAH BINTI TARZAN 10 NORAZURA BT DERAMAN 11 Nor Faizah binti Mohd Nasir 12 KHALID BIN MOHD AKIL 13 AHMAD RADZI BIN MUHAMMAD 14 ROZANI BINTI YAAKUB 15 NUR SYAHIMA AMAN 16 NOR ATIKAH BINTI ABD GHANI 17 UMMI LAILA BT MOHAMAD TAUHID 18 MUHAMAD HATMI BIN YUSOFF 19 NOR FADHLINA BINTI ABDULLAH 20 Fatimah Binti Kassim 21 CHE WAN HALIMATU ZUBAIDAH BINTI CHE WAN EMBONG 22 ROKIAH BINTI JUSOH 23 SHARMILA MOHD 24 Mazni Binti Abu bakar @omar 25 WAN NUR AZMALIA BINTI WAN MOHD AZLAN 26 MOHD EFFENDI BIN IBRAHIM 27 Noor ashidah Bt zam 28 Intan maizura Binti Mohd yusoff 29 Mas ayu bt yunus 30 Maliati Binti Muhammad 31 Mariana Binti muhammad 32 Sakila binti abd hamid 33 WAN ZAFIDAH BINTI WAN MAJID 34 NORHAYATI BINTI YUSOF 35 Nor aini yusof 36 Azlia shahima Binti awang 37 Marina binti muda 38 Nor lidiana by Mohd jawari 39 Siti rufkah binti che ayub 40 Mazianum yuzaki 41 NOR SURIANI BT AWANG 42 MAZLINA BT A.RAHMAN 43 Masuji Ummaiah Shaharuddin 44 SHOBIRAH BINTI ZAMBERI 45 Norfarhan mohamad 46 Othman bin harun 47 Noriyalaila Bt sidek. 48 Noor afidah binti mamat 49 FATIMAH BINTI RAZAK 50 Noor atikah binti mamat 51 Sufian b. Shafie 52 Lydia jalal 53 NOR SHAHEERA BINTI ARIFIN 54 WAN NORHAZLINA BINTI WAN IBRAHIM 55 MOHD SHUKRI BIN ABD RAHMAN 56 Fatmawati binti mamat 57 Nurulnadia binti muhamad 58 ROZILA BT ISMAIL 59 Nurul madiana binti zamri 60 Suziyani by Draman 61 Nik Farah thaqifah Nik dir 62 Nor hapiza binti muhamad 63 NOR ASHIKIN BINTI AB.LLAH 64 Zalina binti ariffin 65 Suhaina binti Mat Zin 66 Rozimi b mahamad 67 CHE KU ZURAIDA BINTI CHE KU RAZAK 68 Noorulhuda hassan 69 Norain Binti muftar 70 Nur Sabrina tahniah Mohd fouzi 71 Khairil hilwan bin mohamad SENARAI KEHADIRAN IBU BAPA MESYUARAT AGUNG KALI KE-22 SESI 2022/23


72 Munirah binti hassan 73 Shafini binti Adam 74 MOHD NASHARUDDIN BIN AWANG 75 MOHD REDZUAN BIN MOHD AZIZ 76 SITI AISHAH BINTI CHE YUSOFF 77 Siti aisah Binti jusoh 78 Jahani muda 79 Siti norma bt mat noh 80 Zaleha md zin 81 Nurul Ain Mohd zaid 82 lydia binti jalal 83 NORAZIAN BINTI AWANG@SEPEI 84 Masliza bt abdullah 85 Aissah Dalila Bt razak 86 Nurulnadia binti muhamad 87 Norhaslinda binti mat salleh 88 MOHD SHAHIR FAWIRUL BIN MUSTAPAR 89 Ahmad saufi bin bakar 90 Salwani mamat 91 mohd zamri bin sslleh 92 Mariam by beraman 93 Noraziah binti hishanuddin 94 Anita binti Ghani 95 Sazrina ismail 96 Shukri Shamsuddin b Zakaria 97 NURUL AIN BINTI MOHD ZAID 98 Shukri 99 Noraziah bt mohd 100 zaida Binti Ngah 101 Rabiah Bt umar 102 Rosnah binti Kamaludin 103 suria bt sharif 104 Fatimah Norjaini Binti Mahri 105 Zauyah khalid 106 NOR FARIDAH BT ABDUL GHANI 107 Nor hayati yusoff 108 noraini binti muhamad 109 Zaleha Binti Sulong 110 Aznah binti yussof 111 fauzilah binti mohamad 112 Nur Fatehah Binti Mohammad 113 Syuhada binti mohamad 114 Aini Binti And Razak 115 Maimon Ismail 116 NORAZWA BINTI NGAH 117 FARAH FAIZATUL AZILA BT RAMLI 118 Nor amira shazwa binti zahari 119 Nadial Binti abd halim 120 norzaidah embong 121 Nurul ain 122 NURUL JANNAH AISYAH BINTI MOHAMAD 123 JASRIE NORAZIELA BINTI HISHAMUDDIN 124 Nor kasmawsti Bt mamat 125 Mohd faizul bin yusoff 126 NURA NILHAKIM BINTI WAHID 127 Rosniza Abd Ghani 128 ROBIAH ABDUL RAHMAN 129 NORMAHANUM BINTI MOHD NOR 130 SITI MARIANI BINTI MUSTAPA 131 affidah bt ibrahim fikri 132 Rokiah sepia 133 Mariah Bt saleeh 134 mohd ramdzam bin jusoh 135 Masturai binti musa 136 NOR RAFIDAH BINTI ALIAS 137 Siti sharah bt ismail 138 Nur atikah madihah binti marzuan 139 NOR RAFIDAH BINTI ALIAS 140 Wan Zainab wan mohamad 141 MOHD NAWI BIN MAT NOR 142 norlida a.wahab 143 WAN AZLINA BINTI WAN YUSOF 144 Nor Hasliza Kamarolzaman 145 Hafidah Hanim Othman 146 MELOR BINTI MUDA 147 Norhasyimah binti Ismail 148 Roshidah mohamed 149 NORFAZILA BINTI KAMARUDIN 150 Nor hidayah alias 151 Mohd Ali Zakhir bin Mohamad 152 Salina Binti mat ali 153 MOHD AZLIE BIN JAAFAR 154 ARIFFIN BIN YUSOF 155 yuhaida binti mohd yusof 156 Syuhaida Yusof 157 Syafawati Binti Mohd azemi 158 WAN MUHSINAH BINTI W. MURHDIN @ W. MUHSIN


159 NOOR ZAILATULAKMAR BT MOHAMED ARIFFIN 160 Mohamad shafperi bin hamzah 161 nurul ashida akma hassan 162 NORLEYZA BINTI MOHAMAD AREPIN 163 Siti Norizan Bt Ngah 164 MAZNAH BT AWANG MIN 165 Siti nurrulhijjah bt mohd lazim 166 Norahadiah tahirudin 167 Roos Aida Mohd azmi 168 Faizal hafizul bin Mohd zaki 169 Noraini binti Jusoh 170 norliati binti nik 171 AZALINA BINTI MOHD RANI 172 Muhamad syakir naim 173 FARAH NADIAH BINTI MUHAMAD NASIR 174 mas amira binti abdullah 175 Nurmiah arlinawati wahid 176 Mohd Syaiful lizam b. Abdullah 177 Norkasmani Binti Abdullah 178 SURIANA@PEROH BT YUSOF 179 Nurul Huda Mohd zali 180 Nor azizah Abidin 181 RAZALI BIN SANGKAD 182 Suzana Abdullah 183 Siti zaharah Bt abdullah 184 Hazwani sharom 185 Md Shahril bin Che Mahat 186 Nurfazrina Mazlan 187 Ahmad Akramin bin Abdul Rahman 188 Russilawati Binti Mohd rahami 189 Mohd fauzi bin mohd 190 Megat izzuan Ashraf 191 MUHAMMAD AMINUDDIN B MUDA 192 Ayu sapitri bit dahlan 193 Nur fatehah Binti Mohammad 194 Azizul haki bin muda 195 Fatimah Suhaila binti Abdul Wahab


1. Puan Noor Azah binti Wahab (GB-Penasihat) 2. Dr.Syahrul Hezrin bin Mahmud (Yang Dipertua PIBG) 3. En.Mohd. Nasharuddin bin Awang (Naib Yang Dipertua PIBG -Tugas-tugas Khas ) 4. Cg.Rokiah binti Jusoh (PK .Pentadbiran ) 5. Cg.Rosmadi bin Salleh (PK .Hem ) 6. Cg. Adhamshari bin Aman (PK .Kokurikulum ) 7. Cg. Siti Mariani binti Mustapa (PK .PPKI ) 8. Cg. Ahmad Faisal bin Ali (Setiausaha PIBG) 9. Cg.Mohd Effendi bin Ibrahim (Bendahari-Kutipan sumbangan) 10. En.Mustaffa bin Said (AJK 1- ibu bapa - Unit Perhubungan) 11. En.Muhammad Aminuddin bin Muda (AJK 2- ibu bapa - Unit KSIB) 12. En.Ariffin bin Yusof (AJK 3- ibu bapa - Unit Alumni) 13. Pn.Wan Nur Azmalia binti Wan Mohd Azlan (AJK 4- ibu bapa - Unit Tugas -tugas Khas) 14. Pn.Fatmawati binti Mamat (AJK 5- ibu bapa - Unit Kebajikan) 15. En.Mohd Rahim bin Razali (AJK 6- ibu bapa - Unit Perhubungan dan Audit) 16. Cg.Mohd.Khairuzzaman b Mohamed @Harun (AJK 1- guru - Unit Sukan dan Gotong Royong) 17. Cg.Nor Rafidah binti Alias (AJK 2- guru - Unit PIBKS - Pengisian data KPM) 18. Cg.Norazura binti Draman (AJK 3- guru - Tim.S.U - pencatat Minit mesy. 1) 19. Cg.Rozimi bin Mohamad (AJK 4- guru - Unit Alumni dan KSIB) 20. Cg.Fatimah binti Kassim (AJK 5- guru – Unit Kebajikan dan Pencatat Minit mesy.2) SENARAI JAWATANKUASA PIBG SK PAYA RESAK SESI 2022/2023 & 2023/2024


1. TENGKU SOFIA HANIS BINTI TENGKU SHAHRIL (SBPI BATU RAKIT ) 2. CHE ENGKU MUHAMMAD NASRULLAH BIN CHE ENGKU MOHD ABDULLAH (SMAASZA BATU BURUK) 3. ZAHRA ARISSA BINTI AZRUL NIZAN (SM SAINS DUNGUN ) 4. HANIS ZULAIKHA BINTI HASSAN (SM SAINS DUNGUN ) 5. RAYYAN RIZQIN BIN MOHD ZAMRI EHSAN (SM SAINS HULU TERENGGANU ) 6. MUHAMMAD DANISH IQBAL BIN BHARUDDIN (SBPI BATU RAKIT ) 7. AUNI WAFAA' BINTI ZAIROL AZWAN (IMTIAZ KUALA NERUS ) 8. WAN AUFA ATHIFA HUSNA BINTI WAN MOHAMAD AMIRUDDIN (SM SAINS HULU TERENGGANU ) 9. PUTRI IRYSS SOFIEA BINTI ISHAK (SM SAINS HULU TERENGGANU ) 10.WAN AMINUDDIN HAZIM BIN MOHD RIDHUANIZAM ( SMAASZA BATU BURUK ) SENARAI NAMA MURID ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2023


Sekalung Penghargaan Barisan Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 & 2023/2024 dan Warga SK Paya Resak merakamkan setinggi-tinggi Penghargaan kepada: Dato’ Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku DIMP.,AMN.,KMN. Pengerusi Ketengah Holding Sdn. Bhd. Puan Guru Besar SK Paya Resak, Puan Hajah Noor Azah binti Abd. Wahab Yang Dipertua PIBG SK Paya Resak, Dr. Syahrul Hezrin bin Mahmud Barisan AJK PIBG Sesi 2022/2023 & 2023/2024 Guru-guru dan AKP SK Paya Resak Ibu bapa / penjaga Dan semua yang terlibat Secara langsung atau tidak langsung Dalam usaha menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-23 ini.


Click to View FlipBook Version