E-Portfolio PSVK3453 ASAS KRAF TRADISIONAL PSVK3453
Nama pelajar : SITI MAZLINAH BINTI ABDUL NAIB angka giliran : 2021012340114 No. Kad pengenalan : 020810-12-0476 Kod dan nama kursus : Psvk3453 ASAS KRAF TRADISIONAL Tarikh hantar : 10 OKTOBER 2023
KANDUNGAN ALAT DOMESTIK ALAT PERMAINAN ALAT PERTAHANAN DIRI PERHIASAN DIRI BATIK TEKAT UKIRAN TENUNAN ANYAMAN TEMBIKAR PRAKATA 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan rahmatnya akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan seni saya ini. Terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah kursus ini iaitu Tuan Thadius Gugau, pensyarah subjek Asas Kraf Tradisional, yang sangat prihatin dan banyak membantu saya dalam menghasilkan projek ini. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada pensyarah, saya dapat memahami dengan baik kursus ini dan dapat pengaplikasikan pengetahuan dalam tugasan ini. Selain itu, saya juga ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan rakanrakan seperjuangan saya kerana banyak memberikan sokongan dan dorongan serta menghulurkan bantuan bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga saya tujukan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah dihulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat saya laksanakan dengan baik dan jayanya. PRAKATA Tuan Thadius Gugau Pensyarah PSVK3453
Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. BIDANG KRAF TRADISIONAL
ALAT DOMESTIK Alat domestik merupakan barangan keperluan harian seperti perkakasan dapur yang digunakan bagi memudahkan urusan seharian. NYiru KUKUR KELAPA TUDUNG SAJI SENDUK KAYA
Nyiru juga bermaksud badang, ayakan, tampian, tampah dan penampi. Nyiru lazimnya diperbuat daripada buluh atau rotan, berbentuk bujur atau bulat, beranyam rapat dan bingkainya beranyam tulang belut sebagai bekas tampi padi atau beras, juga sebagai tempat untuk menjemur ikan. Nyiru juga digunakan untuk membersihkan antah daripada beras sebelum ditanak. mengasingkan beras dan antah, menjemur bahan makanan seperti pisang, kerepek ubi, tepung, gula yang telah ditumbuk. KEGUNAAN NYIRU NYIRU
TEKNIK PENGHASILAN NYIRU Memotong dan mengupas bambu 1. 2. Membentuk dan mereka dasar atau tapak 3. proses anyaman dengan memasukkan bambu sesuai dengan pola atau desain 4. Membentuk pembidang nyiru 5. Menggabung tapak dan pembidang dengan mengikat 6. Proses mengemas dan finishing
Presentations are communication tools used lectures, and more. BIDANG PERMAINAN Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Dahulu, permainan ini biasanya di mainkan untuk mengisi masa lapang selepas kerja-kerja menanam padi congkak wau gasing wayang kulit
CONGKAK Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah Congkak zaman moden kebanyakkannya diperbuat dengan plastik keras atau kayu mampat, dan dengan pelbagai jenis rekaan. Congkak juga diubahsuai menjadi mudah alih (portable), dan boleh dibimbit untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Buah congkak lazimnya menggunakan biji guli, buah saga, biji plastik, batu kecil, dan biji getah. Buah congkak tidak mempunyai bentuk yang tetap; apa-apa sahaja yang agak bulat dan sesuai boleh digunakan. Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan APA ITU CONGKAK? PAPAN CONGKAK BUAH CONGKAK
PROSES PENGHASILAN CONGKAK Siapkan bahan-bahan yang diperlukan, iaitu papan atau kayu yang sesuai dan biji-bijian atau bola kecil. Pahat kayu tersebut untuk membuat lubang. Tebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai 'rumah' Varniskan papan congkak dengan warna perang kekuningan, Tebuk lubang dalam dua baris dan dinamakan 'kampung' yang mempunyai jumlah bilangan tertentu. Masukkan biji congkak ke dalam papan dan congkak sedia untuk dimainkan
PENGENALAN KEPADA KERIS Perkataan Keris dipercayai berasal dari suku kata "kerik" ringkasan daripada perkataan "Malang Kerik" dari perkataan bahasa jawa kuno yang merujuk kepada senjata awal hulunya berupa orang. Keris mula dicipta di Jawa dan kemudiannya tersebar diseluruh Nusantara. Keris ialah sejenis senjata pendek Austronesia yang digunakan sejak 600 tahun dahulu. Keris ialah sejenis senjata tikam bermata dua secara umumnya digunakan untuk mempertahankan diri (misalnya sewaktu bersilat) Digunakan sebagai alat kebesaran diraja Keris juga merupakan lambang kedaulatan orang Melayu Keris menjadi lambang kekuatan, kedaulatan dan keagungan sesebuah kerajaan dan bangsa Melayu KEGUNAAN KERIS
i. PROSES PENGHASILAN KERIS Proses mencampurkan besi. 1. 2. Proses menempa. 3. Proses membentuk dan mengikir bilah 5. Proses membentuk dan meratakan hulu keris 6. Proses finishing, termasuk pengasahan dan penambahan lapisan pelindung 4. Proses penghalusan keris
ALAT PERHIASAN DIRI Alat perhiasan diri ialah alat yang menjadi pelengkap kepada pemakaian kita. Masyarakat melayu lama mempunyai beberapa alat perhiasan diri yang sinonim dan menjadi lambang keunikan masyarakat melayu hingga kini Lazimnya alat perhisan diri menjadi pelengkap pakaian di dalam majlis-majlis istiadat, majlis perkahwinan dan sebagainya. Pada masa kini alat perhiasan diri telah diubahsuai dan dimodenkan selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini. CUCUK SANGGUL DOKOH PENDING
PENGENALAN KEPADA CUCUK SANGGUL Cucuk sanggul antara salah satu perhiasan diri bagi wanita Melayu, India dan Cina peranakan untuk mendandan rambut mereka yang panjang mengurai dan lebat. Bagi suku kaum Orang Asli, buluh atau kayu dijadiakan sebagai cucuk sanggul selepas ia diukir dengan teliti dan menarik sekali. Peranan utama cucuk sanggul yang sebenar ialah untuk menyemat dan menahan sanggul supaya tidak terburai. KEGUNAAN
PROSES PENGHASILAN CUCUK SANGGUL Sediakan bahan dan alatan yang diperlukan 1. 2. Balutkan cekak rambut dengan reben bersesuaian 3. Tambahkan hiasan bunga pada cekak rambut 4. Kemaskan cucuk sanggul 5. Cucuk sanggul siap untuk digayakan
Batik secara mudahnya boleh difahami dengan satu jenis kain yang dihasilkan melalui proses menerap lilin cair dan mencelup warna. BATIK MOTIF BATIK Motif flora Motif fauna Motif abstrak Motif geometri ALAT DAN BAHAN Canting- Mecanting batik Kain putih - Melukis batik Berus- Menyapu warna Lilin- Bahan untuk mecanting batik. Damar- Bahan untuk mecanting batik. Sodium silikat-mematikan warna Kuali- Merebus kain Dye batik-mewarna batik
JENIS BATIK Batik cetak atau Batik blok mempunyai corak timbul digunakan untuk menerap lilin cair ke atas kain Batik canting (batik lukis) Batik yang menggunakan alat canting dan melilinkan bahagian untuk dibuat corak Batik pelangi Batik yang menggunakan kaedah ikat dan celup.
PROSES PENGHASILAN BATIK LUKIS Melukis corak batik pada kain 1. 6. Jemur produk yang dihasilkan sehingga kering 2. Memanaskan dan mengawal suhu lilin 4. Membancuh dan mewarnakan corak yang dipilih dengan menggunakan pewarna 3. Menggunakan canting yang telah diisi dengan lilin cair untuk mencorakkan kain. 5. Mematikan warna dengan sodium silikat
TEKAT Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam benang emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk bunga tekat. BAHAN DAN ALAT Bahan asas penting untuk mencipta tekat ialah benang emas, benang putih dan kain dasar dari jenis kain baldu. Di samping itu terdapat juga bahan dari rotan sega, kertas tebal dan kanji (gam) yang digunakan untuk mempulur. Penggunaan mempulur akan menjadikan bentuk sulaman timbul.
Tekatan dibuat sehingga seluruh bentuk mempulur tertutup oleh sulaman Benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh benang putih melalui jarum yang sedang matanya Kain dasar yang tebal tetapi lembut daripada jenis baldu yang berbulu halus dan berkilat ditegangkan pada pemidang kayu Proses pertama ialah membentuk empulur.
UKIRAN MAKSUD Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Ianya dapat dilihat dalam kehidupan masyarakat melayu terutamanya pada ukiran-ukuran yang terdapat pada rumah-rumah tradisional. Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi Ukiran larik Tebuk timbul Tebuk tembus bersilat Tebuk tembus tidak bersilat TEKNIK UKIRAN
ALAT DAN BAHAN UKIRAN
PROSES PENGHASILAN UKIRAN KAYU Melukis corak pada kertas Menekap corak pada kayu Melurut dan mengukir dengan mengukir dengan pisau wali Melicin Memahat Mengilatkan dengan syelek
Susunan bunga penuh Songket sulam tabur Susunan bercorak TENUNAN Tenunan adalah suatu proses hasil jalinan atau sulaman benang-benang secara selang-seli antara benang loseng (yang menunggu) dengan benang pakan (yang mendatang ) untuk dijadikan sehelai kain. Benang dan pewarna ialah bahannya. Alatnya pula terdiri daripada kek tenunan, kek mengarat, rahak, peleting buluh (bobbin), lidi daun kelapa, papan gulung, anak kayu, dua belira, sikat dan jentera, jarum culik, batang anak kayu, kayu karat, benang losen, lidi nibung atau buluh, benang batang bunga songket, darwin pakan, darwin benang emas, cuban, torak pakan, torak benang emas dan sumbi Alat dan bahan JENIS CORAK TENUNAN
1, Benang yang telah kering dimasukkan ke dalam sejenis alat yang bernama rahak untuk diputarkan pada satu alat yang bernama peleting. Proses ini dipanggil melerai 3, Benang yang telah dianing akan digulung pada papan gulung mengikut lebar gigi jentera dan panjang losen pada papan gulung yang hendak dipasung PROSES PENGHASILAN TENUNAN 2, Benang yang telah menjalani proses melerai dimasukkan ke dalam alat menganing untuk menentukan ukuran 4. Menyampuk ialah proses memasukkan benang losen ke dalam gigi jentera atau sikat
PROSES PENGHASILAN TENUNAN 5. Menghubung ialah proses menyambungkan benang daripada losen kepada benang yang tertinggal pada jentera. 6. Mengarak dilakukan dengan melilit benang asing atau benang karat kepada kayu karat, termasuk benang losen. 7. Cara menyolek reka corak adalah dengan menyusulkan lidi-lidi buluh pada benang losen yang dikehendaki 8. Menenun adalah proses terakhir, iaitu benang losen dipangkah oleh benang pakan untuk dijadikan kain
ANYAMAN ALAT DAN BAHAN KEGUNAAN ANYAMAN Rotan Buluh Mengkuang Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahanbahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Menghasilkan pelbagai jenis kraftanganPelbagai Bentuk-bentuk anyaman dibuat berdasarkan fungsinya seperti dibentuk menjadi bakul, topi, tudung saji, tikar dan aneka rupa bentuk yang digunakan setiap hari
PROSES MENGHASILKAN ANYAMAN SURAT KHABAR 1.Sediakan bahan dan alatan yang diperlukan 2. Bahagikan kertas kepada 4 bahagian secara memanjang 3. Gulungkan kertas yang telah dibahagikan 4. Bentuk tapak anyaman (bakul)
PROSES MENGHASILKAN ANYAMAN SURAT KHABAR 5. Anyam kertas secara berselangseli untuk membentuk design yang diinginkan 6. Kemaskan bakul yang telah siap dianyam 7. Warnakan bakul dengan varnish supaya bakul terlihat lebih menarik dan lebih kukuh 8. Kemaskan bakul yang telah siap diwarnakan
TEMBIKAR Tembikar sarawak lABU SAYONG Tembikar merupakan salah satu hasil kraftangan tradisional yang diperbuat daripada tanah liat untuk tujuan keperluan harian, upacara kematian, dan keagamaan seperti yang diamalkan oleh masyarakat peribumi di Sarawak KEGUNAAN TEMBIKAR ALATAN DAN BAHAN Tanah liat, damar, ayak, dawai pemotong, pinggan, papan gelek, batu sungai, pengukir kayu dan besi, span dan tong
JENIS TEMBIKAR DI MALAYSIA
PROSES PENGHASILAN TEMBIKAR MENGGUNAKAN TEKNIK PUTARAN
RUJUKAN
SEKIAN TERIMA KASIH