SMK TINGGI MELAKA
Jalan Chan Koon Cheng
75000 Melaka
Lawatan Penanda Aras
SMAN 5 TARUNA BRAWIJAYA
JAWA TIMUR
1 Nov 2022 | Selasa | 9.30 pg - 1.00 ptg
ATUR CARA MAJLIS
9.30 PAGI KETIBAAN TETAMU
SESI BERGAMBAR
9.45 PAGI BERGERAK KE DEWAN OPTIMIST
9.50 PAGI NYANYIAN LAGU PATRIOTIK
UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS
BACAAN DOA
10.00 PAGI PERSEMBAHAN MULTIMEDIA
10.05 PAGI UCAPAN PENGETUA MHS
10.15 PAGI UCAPAN PENGETUA SMAN 5 TARUNA BRAWIJAYA JAWA
TIMUR
10.25 PAGI ACARA MENANDATANGANI SIJIL JARINGAN KERJASAMA
10.30 PAGI PERSEMBAHAN DARI MHS
10.50 PAGI PERSEMBAHAN DARI SMAN 5 TARUNA BRAWIJAYA JAWA
TIMUR
11.05 PAGI PENYAMPAIAN CENDERAHATI
11.15 PAGI JAMUAN MAKAN TENGAH HARI
12.00 TGH LAWATAN KE GALERI MHS / SEKITAR SEKOLAH
1.00 PTG BERSURAI
JAWATANKUASA
INDUK
PENGERUSI : TN. HJ. JOHAN BIN OTHMAN
NAIB PENGERUSI 1 : PN. ZAWIYAH BINTI MOHD
NAIB PENGERUSI 2 : TN. HJ. ABD RAZAK BIN SAARI
NAIB PENGERUSI 3 : PN. RUSLINDAH BINTI RASUL
NAIB PENGERUSI 4 : PN. LYZA BINTI TAHA
PENYELARAS : PN. NURHANY BINTI ABD RAHMAN
PEN. PENYELARAS : EN. OMAR SARIF BIN MARJUKI
SETIAUSAHA : PN. ROHAYATI BINTI A.RAHMAN
JAWATANKUASA
PELAKSANA
PENYAMBUT TETAMU SIARAYA MULTIMEDIA
BARISAN PENTADBIN EN FIRDAUS BIN MOHD NOR @ PN NOOR AZRINA BINTI
AJK SAMBUTAN ABD. HALIM JASMI
EN NURULAKMALUDEN BIN
SIJIL DAN CENDERAMATA BUKU PROGRAM
JAMAIAN CIK MUNIRAH BINTI MOHD HALIA PN AZLIN BINTI ABD GHANI
PELAJAR ASRAMA
CENDERAMATA
PENGERUSI MAJLIS PN LOH EV ONNE
CIK SITI NUR ANNISA’ BINTI ALIM DOKUMENTASI
PN SURIANI BINTI MUSA
PERSIAPAN TEMPAT PERSEMBAHAN SIJIL AJK GURU
PN ZULINA BINTI OMAR
EN TUAN EDEROS BIN TUAN JALIL PN ZARINA BINTI OTHMAN
EN OMAR SARIF BIN MARJUKI EN ZAKI BIN SALEH
SIJIL MURID JAMUAN
PN SITI ZUBAIDAH BINTI MUSA
PN NOR AZAH BINTI SAID
PN ROHAYATI BINTI A.RAHMAN
PN NUR FARHANAH BINTI MD AMIR
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka atau lebih dikenali sebagai Sekolah Tinggi Melaka (MHS)
merupakan sekolah kedua tertua di Malaysia setelah Penang Free School. Sekolah yang kini megah
berdiri di Jalan Chan Koon Cheng, Melaka ini telah melahirkan ramai anak Malaysia yang kini namanya
gah dalam mahupun luar negara menerusi bidang masing-masing. Malah beberapa kejayaan dalam
mahupun luar negara telah beberapa kali dikecapi sehingga ke hari ini. Malah, pelbagai pengiktirafan
telah diterima oleh SMK Tinggi Melaka antaranya sebagai salah satu sekolah premier di Malaysia, dan
Anugerah Sekolah Cemerlang (Kategori Lonjakan Saujana SPM). Baru baru ini SMK Tinggi Melaka telah
diiktiraf sebagai salah sebuah sekolah kluster kecemerlangan di Malaysia.
Bermula pada 7 Disember 1826, STM dengan rasminya ditubuhkan. Penubuhan ini adalah tidak lama
setelah negeri Melaka menjadi wilayah jajahan Inggeris (17 Mac 1824). Penubuhannya adalah ilham
Thomas H. Moore yang telah datang ke Melaka pada 1825 atas undangan Milne untuk menjadi tenaga
pengajar di Anglo Chinese College. Dalam suratnya yang bertarikh 4 Januari 1825, beliau Thomas H.
Moor telah menyatakan hasratnya kepada Arundel di Kota London untuk membuka sebuah sekolah
aliran Inggeris di Melaka. Ilham beliau telah mendapat sokongan dan perhatian daripada beberapa
orang yang berpengaruh, termasuklah James Humphrey iaitu seorang “Superintendent” dalam London
Society’s Mission. Dengan bantuan mereka semua inilah secara rasmi “Malacca Free School” dibuka.
Latar belakang kepada pengasasan sekolah ini berikutan penutupan sebuah sekolah Belanda-Melayu
yang ditubuhkan oleh mubaligh Kristian pada 1819. Sekolah Belanda-Melayu itu terpaksa ditutup
berikutan pertukaran pemerintahan Belanda kepada Inggeris. Bermula dengan nama “Malacca Free
School”, sekolah yang sepatutnya dikemudi oleh mubaligh-mubaligh Kristian terpaksa diambilalih oleh
kerajaan British berikutan masalah kewangan dan pentadbiran yang dihadapi oleh mubaligh-mubaligh
Kristian ini.
STM bukan sahaja membuka pintunya kepada semua bangsa dan agama, namun ia juga memberikan
pelajaran percuma kepada para pelajarnya. Justeru, ia dinamakan “free” (percuma atau bebas). Ini
berbeza dengan Penang Free School (1816) dan Singapore Free School (1823) yang sezaman dengan STM,
yang mana kedua-dua sekolah ini hanya “free” dari segi pengambilan pelajar sahaja, tetapi
mengenakan bayaran (yuran) kepada pelajar-pelajarnya.
Catatan sejarah menunjukkan sepucuk surat yang bertarikh 19 April 1825, menyatakan betapa
perlunya diwujudkan sebuah sekolah Inggeris di Melaka. Surat itu dikirimkan kepada majlis
perbandaran yang ditandatangani oleh wakil gereja, Encik J. Humprey, J. W. Oversee dan A. W.
Baumgarten. Akhirnya sekolah itu dibuka pada 7 Disember 1826 dengan hanya 18 orang pelajar.
Pengetua Malacca Free School yang pertama ialah Encik T. H. Moore.
Tidak lama kemudian bilangan pelajar di sekolah itu meningkat sehingga 200 orang. Waktu belajar
bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan disambung dari jam 2 petang hingga jam 4 petang.
Bilangan pelajar Melayu pada masa itu tidak ramai kerana kebanyakan ibu bapa menghantar anak-
anak mereka ke sekolah Melayu atau sekolah agama. Walaupun bahasa pengantarnya ialah bahasa
Inggeris, bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Portugis dan Bahasa Cina juga diajar.
Pada bulan Ogos 1878, kerajaan British mengambil alih pentadbiran sekolah tersebut daripada
golongan paderi dan menamakannya Malacca High School atau Sekolah Tinggi Melaka. Pengetuanya
yang baru ialah Encik A. Armstrong. Pada tahun 1931, Sekolah Tinggi Melaka berpindah ke tapak
barunya di Jalan Chan Koon Cheng hingga sekarang.
Sekalung Penghargaan
Pihak SekoladhanMUercaaBkpaaamnrkiTsaaenrnimSP
aetieKnlagawgsiaih-ttkinepgagdi aPenghargaan
STSeidmMaukAaLNPa5inhgaTskuAYngRanUDgNaTAelalamBAhRSrTMaeeArsre
lWtniaIbjnaaIJity.ASaYkecaAanrJaMALaWjalniAsgPsTuIneMngaUAnRdtaau
Terima Kasih