Pengenalan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 -2025 merupakan satu pelan
strategik jangka panjang yang mensasarkan kualiti pendidikan Negara dipertingkatkan dalam
tempoh 13 tahun dengan pelaksanaan tranformasi pendidikan secara menyeluruh. Lima (5) aspirasi
sistem dan enam (6) aspirasi murid telah dikenalpasti sebagai pemangkin untuk memacu
kecemerlangan pendidikan Negara di masa hadapan. Antara keberhasilan daripada pelaksanaan
transformasi pendidikan ialah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat untuk meletakkan
Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA
dalam tempoh 15 tahun.
Bagi mencapai hasrat tersebut, semua pihak perlu saling menyokong serta memainkan
peranan masing-masing. Guru-guru khususnya perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan
kemahiran serta amalan-amalan baru pengajaran dan pembelajaran yang relevan dengan
perkembangan dan keperluan abad ke-21, kemahiran berfikir yang merentas semua disiplin ilmu
dalam kalangan murid perlu diberi keutamaan. Kemahiran berfikir guru dan murid terutama dalam
konteks Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan perkara keperluan atau keutamaan dalam
menentukan kejayaan transformasi pendidikan seperti yang digariskan dalam PPPM 2013-2025.
Tentatif Program
MASA PERKARA
8.00 pagi – 8.30 pagi
8.30 pagi – 11.30 pagi : Pendaftaran Perserta
11.30 pagi – 11.40 pagi : Bacaan Doa
12.00 tgh.
Ucapan Aluan Pengerusi
(Encik Kharuddin bin Abd. Rauf)
Pengetua
SMK Dato’ Jaafar Johor Bahru
Slot 1 – Bengkel
Oleh Puan Hajah Norazah binti Beduroding
(Guru Kanan Sains dan Matematik)
SMK Dato’ Abdul Rahman Andak
Slot 2 – Sesi Soal Jawab
: Penilaian & Rumusan
: Bersurai
Ahli Jawatankuasa
BENGKEL PEREALISASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM PDP
DAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) BAGI MATAPELAJARAN FIZIK
Penasihat : Encik Kharuddin bin Abd. Rauf
Pengetua
Pengerusi : Encik Adnan bin Shamsudin
Timbalan Pengerusi : Encik Zainal bin Mohd Yusof
PK Pentadbiran
Naib Pengerusi : Zaleha binti Adnan
GKMP Sains & Math
Setiausaha : Encik Mohd Airil Syah bin Noordin
AJK Encik Christopher Emmanuel Raj a/l Vellan
Cik Koh Kai Ling @ Norhalinda
Teknikal : Encik Ahmad Ridzuan bin Mohamad
Back Drop & Buku Program :
Bacaan Doa :
Terima Kasih
Terima kasih diucapakan kepada Tuan Pengetua Encik Kharudin bin Abd Rauf di
atas bimbingan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.
Tidak dilupakan juga Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru , SISC+ PPDJB,
Majlis Pemufakatan Daerah Fizik PPDJB, Panel Perunding Fizik Daerah Johor
Bahru serta guru-guru fizik yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.
Terima kasih juga kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung.
Encik Kharuddin bin Abd. Rauf Encik Adnan bin Shamsudin
Pengetua SMK Dato’ Jaafar Perserta NPQEL Ambilan 2022
(Mentor)