The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azwasuhada02, 2022-03-26 09:31:39

KEM AMALI KURSUS REKREASI DAN KESENGGANGAN 2022 (148 × 105mm) (1)

KEM AMALI KURSUS REKREASI DAN KESENGGANGAN 2022

KEM AMALI KURSUS

REKREASI DAN


KESENGGANGAN 2022

PDPP PENDIDIKAN JASMANI OKTOBER 2021

TEMPAT : PULAU TUBA, LANGKAWI
TARIKH : 29 - 31 MAC 2022

ANJURAN : JABATAN PENDIDIKAN JASMANI

DAN KESIHATAN

KATA ALU-ALUAN PENGARAH
IPGKSAH

Dr. Hj. Ridzuan bin Ahmad

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah
kurnianya pelajar PDPP Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim dapat
melaksanakan Program Rekreasi dan Kesenggangan pada kali ini. Saya
ingin mengucapkan tahniah kepada pensyarah dan juga pelajar yang
terlibat kerana telah melaksanakan program ini dengan jayanya.

Program yang diadakan ini adalah untuk memberi peluang dan
pengalaman kepada para pelajar mempelajari cara-cara menguruskan
sesuatu program secara sistematik dan berkesan. Di samping itu,
perlaksanaan program ini juga merupakan salah satu wadah untuk
menyatukan dan meningkatkan lagi kerjasama antara semua pelajar dan
pensyarah. Selain itu, program ini juga merupakan satu landasan untuk
melahirkan insan dan guru yang bertanggungjawab, dinamik dan
cemerlang dalam pelbagai aspek. Ini kerana setiap aktiviti yang dilakukan
sepanjang program ini mempunyai peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan. Dari situ kita akan dapat menilai bagaimana seorang guru itu
mendidik diri mereka untuk mengikut peraturan-peraturan berikut.

Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah serta syabas kepada pelajar
PDPP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Abdul Halim kerana telah berjaya melaksanakan Program
Rekreasi dan Kesenggangan ini dengan cemerlang.

KATA ALU-ALUAN PENSYARAH

Tuan Syed Ahmad Ezahar bin Syed Ambon

BCK

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah syukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan
kurnianya, kita dapat bersama-sama melaksanakan Program Rekreasi
dan Kesenggangan pada kali ini. Dalam kesempatan ini, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pensyarah yang sudi
mengikuti program pada kali ini. Saya juga ingin mengucapkan syabas
kepada pelajar- pelajar PDPP Pendidikan Jasmani Semester 2, Institut
Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim kerana telah bertungkus
lumus dalam menjayakan program pada kali ini.

Tujuan Program Rekreasi dan Kesenggangan ini dilaksanakan adalah
untuk memberikan penekanan kepada pelajar-pelajar dalam
memahami konsep Program Rekreasi dan Kesenggangan secara
berpasukan. Selain itu pelajar juga didedahkan tentang cara-cara
melaksanakan aktiviti rekreasi dan kesenggaangan secara berpasukan
dengan baik. Pelajar-pelajar juga perlu mengaplikasi kemahiran
penyelesaian masalah dalam menjalankan aktiviti rekreasi dan
kesenggangan ini.

Dengan itu, besarlah harapan saya agar program ini dapat
meningkatkan kefahaman dan pengetahuan pelajar-pelajar dengan
lebih mendalam bagi subjek Rekreasi dan Kesenggangan ini kerana
ianya amat berguna kepada bakal guru-guru untuk melaksanakan
program-program dengan baik apabila berkhidmat di sekolah nanti.

Sekian, terima kasih.

KATA ALU-ALUAN PENGARAH PROGRAM

REKREASI & KESENGGANGAN
Ahmad Badrulmunir Bin Abd Malek

Bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana memberikan
kesempatan kepada pelajar-pelajar PDPP Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Abdul Halim untuk
bersama-sama melaksanakan Program Rekreasi dan Kesenggangan
pada kali ini. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada para pensyarah serta rakan-rakan kerana telah bersama-sama
melaksanakan program ini.

Program ini dilaksanakan di Pulau Tuba, Langkawi Kedah selama 3 hari
2 malam. Bilangan pelajar yang mengikuti program ini ialah 21 orang
dimana 10 orang pelajar lelaki dan 11 orang pelajar perempuan.
Manakala pensyarah pembimbing yang mengikuti program ini pula
seramai lima orang pensyarah dan seorang Timbalan Pengarah.
Aktiviti-aktiviti yang telah dirancang sepanjang program ini adalah
aktiviti ice breaking, abseiling, bengkel ikatan dan simpulan, water
confident, kayak/island hopping, nature walk, night orienteering dan
malam kebudayaan.

Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk memastikan pelajar-
pelajar PDPP memahami konsep Program Rekreasi dan Kesenggangan
secara berpasukan. Selain itu objektif program ini juga adalah untuk
memberikan pendedahan kepada pelajar untuk melaksanakan aktiviti
rekreasi dan kesenggangan secara berpasukan dan akhir sekali ialah
untuk memastikan pelajar-pelajar mengaplikasi kemahiran
penyelesaian masalah dalam menjalankan aktiviti rekreasi dan
kesenggangan ini.

Oleh itu, saya berharap semoga program pada kali ini dapat
memberikan manfaat dan ilmu pengetahuan yang meluas kepada
pelajar- pelajar PDPP yang terlibat. Sekian, dari saya, terima kasih.

PENDAHULUAN

Mengikut kamus, rekreasi merupakan kegiatan yang
menyeronokkan dan boleh menyegarkan kembali kesihatan
dan melapangkan fikiran seperti riadah, beristirehat dan
melakukan aktiviti yang dapat menghiburkan hati. Rekreasi
juga melibatkan sukan dan konsep utama sukan rekreasi
adalah untuk mendapat kepuasan kendiri (personal
fulfillment). Oleh itu, pelajar PDPP Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan Semester 2 merancang mengadakan program
rekreasi di Pulau Tuba, Langkawi bagi memenuhi keperluan
mata pelajaran Rekreasi dan Kesenggangan (PJMS2092R).
Seramai 21 guru pelatih telah terlibat dalam program
rekreasi kali ini.

OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk memastikan para pelajar PDPP
yang menghadiri dapat :

Melatih rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap keselamatan
orang lain.
Melahirkan insan yang bersedia berdepan dengan risiko dalam
kehidupan melalui pembinaan emosi yang baik.
Membina dan mengekalkan keadaan mental, fizikal, emosi dan
sosial yang sihat serta melahirkan guru yang berpengetahuan
luas, berdisiplin dan bersatu padu.
Meningkatkan kecergasan guru pelatih.
Mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru-guru pelatih.

BUTIRAN PROGRAM

JADUAL PROGRAM

JADUAL PROGRAM

SEKRETARIAT
PELAKSANA

PENASIHAT : TN. SYED AHMAD EZAHAR BIN SYED AMBON BCK

PENGARAH : AHMAD BADRULMUNIR BIN ABD MALEK

TIMBALAN PENGARAH : SITI KHADIJAH BINTI A.GHANI

SETIAUSAHA : RAIHAN BINTI MAT RASID

BENDAHARI : SHAHEERA ILYANI BINTI NOR MAZLAN

BIRO PROGRAM & AKTIVITI:

NUR SYAHEEDA BINTI RUSLAN
MUHAMMAD AZAMUDDIN BIN MOHD RODZI
MUHAMMAD HAFIZUL SHAFIQ BIN ZAINUN

NUR AINA AFIQAH BINTI ZAINUL ASRI
MUHAMMAD AFIQ BIN ZULKIFLI

BIRO PENGURUSAN & PENDAFTARAN PESERTA :

NUR SHAZANA BINTI MUHAMMAD SHUKRI
NUR ILIA ILIANI BINTI AHMAD ZAINULADHHA

BIRO PENEMPATAN & PENGANGKUTAN :

MUHAMMAD IZZAT BIN CHE PA

BIRO KESELAMATAN, KEROHANIAN & KEBAJIKAN

MUHAMMAD AKMAL BIN OTHMAN
MUHAMMAD NAZRI BIN AZMAN

MUHAMAD HISHAM BIN ABDULLAH

SEKRETARIAT
PELAKSANA

BIRO MAKANAN & MINUMAN :

MOHAMMAD HAFIZZUDIN BIN NOOR MASRI
NOROSNANI BINTI IBRAHIM



BIRO PERALATAN DAN TEKNIKAL :

AZIF NAJMI BIN ARIFIN@MOAIN
NUR HIDAYAH BINTI MOHAMAD NIZAM



BIRO MULTIMEDIA :

SITI AISHAH BINTI ABDUL RAHIM
CHE KU AZWA SUHADA BINTI CHE KU ABDULLAH

PETA LOKASI

PELAN TAPAK PERKHEMAHAN

PERATURAN-PERATURAN

KESELAMATAN PERKHEMAHAN

Semasa perkhemahan, tuan/puan hendaklah menjalinkan silaturrahim, kenal-
mengenali dan hormat menghormati antara satu sama lain.
Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang
ditetapkan.
Semua peserta diwajibkan menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap
program
Menjaga segala peralatan yang disediakan. Dilarang merosakkan atau
memindahkan peralatan ke tempat lain.
Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok dalam
kawasan perkhemahan .
Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam
kawasan perkhemahan.
Tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada binatang-binatang.
Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan
demikian juga sebaliknya tanpa kebenaran.
Hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan tidak boleh memakai selipar atau
kain pelikat sama ada ke dewan makan atau keluar daripada tapak
perkhemahan.
Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali.
Setiap peserta tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing
selepas jam 12.00 tengah malam.
Tidak dibenarkan memancing, berburu, dan menangkap binatang tanpa
kebenaran semasa perkhemahan.
Peserta yang melanggar peraturan keselamatan ini akan dikenakan tindakan
oleh jawatankuasa keselamatan/urusetia.
Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman dari luar semasa
perkhemahan kecuali dibenarkan.
Tidak dibenarkan keluar dari kawasan tapak perkhemahan kecuali semasa
aktiviti rasmi.
Penjagaan diri/peralatan/harta persendirian perlu diberi keutamaan.
Aktiviti air perlu dijalankan di bawah penyeliaan dan pengawasan pihak yang
bertanggungjawab.
Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran pihak
penganjur.
Peraturan-peraturan lain akan dimaklumkan dari semasa ke semasa jika
difikirkan perlu.

SENARAI AKTIVITI

Ice breaking/team building
Abseiling
Bengkel ikatan dan simpulan
Water confident/kayak
Island hopping
Nature walk
Night orienteering
Malam kebudayaan

JADUAL MEMASAK

HARI PERTAMA

JADUAL MEMASAK

HARI KEDUA

JADUAL MEMASAK

HARI KETIGA

JADUAL SENTRI

JADUAL IMAN & BILAL

PENUTUP

Pihak jabatan PJK IPG Sultan Abdul Halim menaruh
harapan yang tinggi agar Program Rekreasi dan
Kesenggangan ini dapat dilaksanakan dengan
sempurna dan mencapai objektif yang disasarkan
seperti yang dinyatakan. Harapan Jabatan PJK agar
program ini juga dapat mencapai kejayaan dan
keberkesanan penyampaian ilmu kepada semua
pelajar.

SENARAI PELAJAR

SENARAI PELAJAR

PENAJA

- ADUN GUAI
- IMMALITE SDN BHD
- PUAN AISHAH (BROKER TANAH)
- MUNIR HUSNA HOMESTAY
- HOUSE BOAT KENYIR
- RED HOUSE & BAKERY
- ED LORI
-HxN


Click to View FlipBook Version