The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by LLJ, 2021-04-23 02:17:58

SJK(C) JEMENTAH 1 | Woi Liang Keat | Tan Sri Dato’(Dr) Haji Muhyiddin Bin Haji Muhammad Yassin

Buku Skrap Digital - Tokoh Pemimpin Johor

➢ Woi Liang Keat
➢ Kelas 5K
[email protected]
➢ SJKC Jementah 1

Jalan Padang, 85200 Jementah, Segamat, Johor.



Perkara Muka Surat
1.0 Pendahuluan 1-2
2.0 Biodata 3
3.0 Pendidikan 4
4.0 Kerjaya 5-6
5.0 Sumbangan 7 - 13
6.0 Nilai Kepimpinan 14
7.0 Penutup / Kesimpunan 15
8.0 Sumber rujukan 16

Siapakah Tokoh Pemimpin
Johor yang akan saya
perkenalkan ini?

1

Yang Amat Berhormat
Tan Sri Dato’(Dr) Haji Muhyiddin
Bin Haji Muhammad Yassin

2

❖ Dilahirkan pada 15 Mei 1947
❖ Ahli Politik Malaysia
❖ Perdana Menteri ke-8
❖ Berasal dari Bandar Maharani, Muar

3

❖ Mendapat Pendidikan awal di SK Maharani dan SK Ismail ( sekolah aliran
Inggeris )

❖ Meneruskan pelajaran di Government English School di Muar (sekolah
menengah).

❖ Melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya pada tahun 1968 dan berjaya
memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi dan Pengajian Melayu
(1970).

4

Sektor Awam
❖ memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor

Darul Ta'zim (Bahagian Latihan dan Biasiswa) (1970)
❖ kemudiannya Penolong Pegawai Daerah Muar (1974).
Sektor Korporat
❖ bertugas di beberapa buah anak syarikat pelaburan milik

kerajaan negeri Johor Darul Ta'zim, (GLC), Perbadanan Kemajuan Ekonomi
Negeri Johor Darul Ta'zim (PKENJ); kini Perbadanan Johor (JCorp).
❖ Antara tahun 1974 hingga tahun 1978, memegang beberapa jawatan penting
di SGS Ates Sdn Bhd sebagai Pengurus Perjawatan; Pengarah Urusan, Sri
Saujana Berhad dan Sergam Berhad serta Pengarah Syarikat, Equity Mal
(Johor) Sdn Bhd.

5

❖ berkhidmat dengan beberapa jawatan kabinet kerajaan persekutuan
sebagai Menteri Belia dan Sukan (1995-1999)

❖ Menteri Hal Ehwal Pengguna (1999-2004)
❖ Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (2004-2008)
❖ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri 2008-2009).
❖ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Malaysia pada tahun

2009.

6

Sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim
➢ Kebijaksanaan beliau merancang dan mentadbir telah merancakkan

ekonomi Johor Darul Ta'zim dengan pertumbuhan melebihi kadar 9
peratus, iaitu lima tahun berturut-turut.
➢ Di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin, negeri Johor Darul
Ta'zim mengalami guna tenaga penuh yang hanya dikecapi
sebilangan kecil negara di dunia.
➢ Di bawah Tan Sri Muhyiddin juga, sebagai Pengerusi, Perbadanan
Kemajuan Ekonomi Negeri Johor Darul Takzim menjadi simbol
kejayaan konglomerat Melayu di seluruh negara.
➢ Dasar penswastaan negeri Johor Darul Ta'zim memberi faedah kepada
semua rakyat kerana wang yang dijimatkan dapat membina banyak
kemudahan di seluruh Johor Darul Ta'zim dan mekanisme
kejayaan ekonomi Melayu dikongsi menerusi Amanah Saham Johor.

7

Sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta'zim
➢ Syiar Islam turut cemerlang di bawah Tan

Sri Muhyiddin. Mahkamah Syariah dan kedudukan pegawai-
pegawai mahkamah dinaikkan taraf.
➢ Masjid lama diperbaiki serta dibesarkan dan masjid-
masjid baharu dibina.
➢ Tenaga pengajar sekolah-sekolah agama ditambah
dengan memperkenalkan Kursus Perguruan Asas Guru Agama
Kerajaan Johor Darul Ta'zim.

8

Sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia
❑ mengkaji Dasar Belia Negara yang telah digubal pada tahun 1985 dan

telah digubal menjadi Dasar Pembangunan Belia Negara[41] pada

tahun 1997 ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
❑ menggerakkan program Rakan Muda yang diasaskan oleh 'Bapa Rakan

Muda', Tan Sri Abdul Ghani Othman, dan mendapat sambutan di luar

dugaan di mana lebih 500,000 orang belia mendaftar diri dalam enam

bulan pertama ia diperkenalkan.
❑ menggerakkan operasi pembersihan rasuah bola sepak ketika

menerajui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. dengan
❑ meletakkan Sukan Komanwel 1998 sebaris

acara sukan peringkat dunia yang lain. Sukan Komanwel

1998 merupakan kejohanan pertama diadakan di benua Asia. Ia

berlangsung di Kompleks Sukan Bukit Jalil yang disiapkan khusus

untuk Sukan Komanwel 1998.

9

Sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna Malaysia
o mewujudkan lebih banyak perniagaan baharu sehingga

peningkatannya melebihi 36%.
o memperkenalkan Skim Penetapan Harga Barang

yang dikuatkuasakan pada musim perayaan.
o merealisasikan Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599)

bagi mengawal selia aktiviti perniagaan dan memberi
perlindungan kepada para pengguna.

10

Sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
❑menjenamakan pertanian sebagai sebuah kerjaya yang menguntungkan dan

mempelopori ‘Pertanian adalah Perniagaan’.
❑mengubah minda dan persepsi masyarakat sehingga ramai siswazah dalam

pelbagai disiplin serta organisasi korporat begitu berminat menceburi
bidang pertanian.
❑menghidupkan semula pameran MAHA dengan konsep baharu sehingga
mendapat sambutan di luar jangkaan dan menjadi medan perniagaan,
pengenalan kepada teknologi pertanian dan maklumat terkini.
❑mencetuskan idea dan menggerakkan Konvensyen Pertanian Kebangsaan
2007 bagi mencari dan merumuskan formula untuk memajukan industri
pertanian negara.

11

Sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia
➢ mengetuai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia

(Ministry of International Trade and Industry Malaysia).
➢ memperkenalkan cogan 'Think Business' sebagai teras Kementerian

Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia supaya para pegawai di
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia memahami
pemikiran dan bertindak seperti golongan korporat, seterusnya memberi
tumpuan untuk mengangkat sektor perdagangan dan perindustrian
Malaysia.

Sebagai Menteri Dalam Negeri Malaysia
❖mengumumkan komitmen kerajaan bagi menangani masalah lambakan

pendatang asing tanpa izin.
❖satu program serah diri secara sukarela atau dikenali sebagai Program 3+1

telah diperkenalkan bagi memberi peluang kepada para PATI untuk
dihantar pulang ke negara asal mereka

12

Sebagai Menteri Pelajaran Malaysia dan Menteri Pendidikan I Malaysia
➢ Pemansuhan PPSMI
mengembalikan semula kaedah mengajar matapelajaran Matematik dan Sains
yang menggunakan Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia di atas
permintaan orang ramai di semua sekolah rendah dan menengah di seluruh
Malaysia.
➢ Sekolah Dalam Hospital
melaksanakan Program Hati Nurani: Sekolah Dalam Hospital, hasil cetusan
ilham, isteri beliau, Puan Sri Datin Paduka Hajjah Noorainee Abdul Rahman
yang juga penaung program dan telah dilaksanakan dengan jayanya hasil
daripada kerjasama Yayasan Nurul Yaqeen, Kementerian Pelajaran Malaysia
dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

13

➢ Selalu tampil berucap dengan gaya santai, selain
sentiasa mengukuti perkembangan terkini isu tular
dalam kalangan rakyat

➢ Semangat juang yang kental dan pengalaman yang luas

14

Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’(Dr) Haji Muhyiddin Bin Haji Muhammad Yassin,
Perdana Menteri Malaysia ke-8 merupakan anak kebanggan negeri Johor. Sebagai seorang
anak jati negeri Johor, kita haruslah menjadikannya sebagai contoh teladan kita agar kita juga
dapat mengharumkan negeri Johor pada suatu hari nanti.

15

➢ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/660650/biodata-tan-sri-muhyiddin-
yassin

➢ https://www.malaysia.gov.my/portal/content/151
➢ https://www.sinarharian.com.my/article/72213/BERITA/Nasional/Muhyiddin-terbaik-

kerana-semangat-kental-banyak-pengalaman
➢ https://ms.wikipedia.org/wiki/Muhyiddin_Yassin
➢ https://www.pubiperak.com/kenali-latar-belakang-muhyiddin-yassin-perdana-menteri-

malaysia/

16

Sekian,
terima kasih.


Click to View FlipBook Version