POLIO
Nama : Nur Armiela Fadhleana Binti Azlan
Kelas : 2KAA (21/22)
Sekolah : SMK Majakir Papar, Sabah
APAKAH ITU POLIO ?
¤ Penyakit Polio adalah penyakit berjangkit
disebabkan virus polio yang menyerang sistem saraf
manusia dan boleh menyebabkan kelumpuhan
kekal. Sekiranya kegagalan pernafasan berlaku, ia
boleh membawa maut kepada manusia.
SIAPAKAH YANG BERISIKO MENDAPAT
PENYAKIT POLIO ?
¤ Individu yang tiada sejarah pelalian polio lengkap
adalah berisiko dijangkiti virus polio jika;
- Tidak menggunakan bekalan air bersih.
- Tidak menggunakan tandas dengan sempurna.
- Mempunyai sistem imun yang rendah.
- Sejarah terkini perjalanan ke kawasan yang
berlaku wabak folio.
- Mengendalikan spesimen makmal virus polio.
BAGAIMANAKAH CARA VIRUS POLIO
MEREBAK ?
¤ Virus Polio menjangkiti manusia secara fekal-oral. Virus dalam
najis kes yang dijangkiti polio memasuki tubuh melalui beberapa
cara seperti;
- Memakan makanan / minuman tercemar.
- Tangan tercemar dan menyentuh mulut tanpa mencuci tangan
dengan sempurna.
- Apabila objek seperti mainan tercemar dimasukkan ke dalam
mulut.
Apabila Virus ini masuk ke dalam badan, ia akan membiak
dalam usus. Invididu yang dijangkiti boleh menyebarkan virus
kepada orang lain walaupun tidak menunjukkan sebarang
gejala.
APAKAH TANDA DAN GEJALA
PENYAKIT POLIO ?
¤ Kebanyakan orang yang dijangkiti virus polio tidak menunjukkan
sebarang gejala. Hanya 1 daripada 4 orang dengan jangkitan
virus polio akan mengalami gejala demam selesema. Gejala-
gejala ini biasanya dialami selama dua (2) hingga lima (5) hari
dan kemudian sembuh dengan sendiri tanpa sebarang
komplikasi. Walau bagaimanapun, sebilangan kecil kes akan
mengalami gejala lebih serius akibat jangkitan pada otak dan
saraf tunjang seperti :
- Kebas
- Lumpuh
- Kematian
BAGAIMANAKAH CARA MENCEGAH
PENYAKIT POLIO ?
¤ Cara terbaik untuk melindungi diri daripada jangkitan
polio adalah dengan mendapatkan vaksin polio. Di
Malaysia, vaksin polio diberi sebanyak empat (4) dos
secara kombinasi bersama vaksin difteria, pertussis,
tetanus, Haemophilus Influenzae type b (Hib) kepada
kanak-kanak yang berumur 2, 3, 5 dan 18 bulan.
Vaksin ini diberi secara percuma untuk warganegara
di semua fasiliti kesihatan kerajaan dan caj minima
dikenakan bagi bukan warganegara.
JENIS VAKSIN POLIO YANG
DIGUNAKAN DI MALAYSIA
¤ OPV digunakan dalam Program Imunisasi Kebangsaan
sejak tahun 1972. Pada tahun 2008, OPV ditukarkan
kepada inactivated poliovirus vaccine (IPV) yang
diberi secara suntikan. Ia bagi mencegah kejadian
vaccine-derived poliovirus (VDPV) dan vaccine-
associated polio paralysis (VAPP)
ADAKAH VAKSIN POLIO SELAMAT
DIBERIKAN KANAK-KANAK DAN KESAN
SAMPINGANNYA
¤ Ya, Vaksin polio adalah selamat dan berkesan kepada
kanak-kanak bagi mencegah penyakit polio.
¤ Kebanyakan kanak-kanak yang menerima vaksin polio
IPV tidak mengalami kesan sampingan. Kesan
sampingan yang berlaku adalah ringan seperti
kemerahan dan kesakitan di bahagian suntikan. Ia
sembuh tanpa rawatan.