The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sun and Clouds Summer Memories Writing Prompt (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by greggoreychai, 2022-07-13 00:55:13

UUKA ( GREGGOREY GEORGE, D20191089372)

Sun and Clouds Summer Memories Writing Prompt (1)

KEUMNADNAUNSGI-A

UANND(AUNUGKA)

ISI KANDUNGAN Muka surat

Perkara 1
2
1.0 Konsep 3-4

5-6
7
2.0 Perjanjian yang membentuk UUKA 8 - 10

11

3.0 Peraturan asas dalam UUKA



4.0 Nilai moral yang terkandung dalam UUKA



5.0 Kepentingan UUKA - Nota tambahan



6.0 Aktiviti Pengukuhan



Senarai Rujukan

1.0 KONSEP

Undang-undang kemanusiaan antarabangsa (UUKA) merupakan undang-
undang yang telah dimeterai atas dasarkemanusiaan bagimenentukan
batasan untuk menghadkan kesan-kesan konflik bersenjata. UUKA juga
berperanan untuk melindungi mereka yang tidak terlibat, atau tidak lagi
mengambil bahagian dalam peperangan, dan menghadkan cara dan
kaedah peperangan (UUKA, 2013).

UUKA dapat dilihat melalui peraturan tamadun purba dan agama dahulu
kala. Peperangan sejak dari dahulu lagi telah dihadkan dengan
pengamalan prinsip dan adat tertentu yang diterima secara meluas.
Pemetraian sejagat UUKA bermula pada abad ke-19. Sejak itu, negara-
negara di dunia telah bersepakat untuk menerima satu siri peraturan
yang praktikal, berdasarkan pengalaman pahit mereka dalam
peperangan. Peraturan ini berusaha untuk mencapai keseimbangan di
antara keprihatinan kemanusiaan dan keperluan ketenteraan sesebuah
negara. Sejak berkembangnya masyarakat antarabangsa, bilangan negara
yang menyumbang kepada pengembangan UUKA juga bertambah. Hari
ini, UUKA merupakan satu badan undang-undang sejagat (UUKA, 2013).









1

2.0 PERJANJIAN YANG MEMBENTUK UUKA

Konvensyen Geneva merupakan perjanjian antarabangsa pertama
dalam sejarah moden yang diterima sejagat oleh semua negara
(Konvensyen Geneva, 1949).
Perjanjian UUKA yang paling dikenali adalah empat Konvensyen
Geneva 1949 dan Protokol Tambahan kepada konvensyen tersebut.
Hal ini termasuklah juga perjanjian seperti :-

- Konvensyen 1954 mengenai Perlindungan Harta benda Warisan dalam
Situasi Konflik Bersenjata serta kedua-dua protokolnya;
- Konvensyen Senjata Biologi 1972
- Konvensyen Senjata Konvensional 1980 dan kelima-lima protokolnya;
- Konvensyen Senjata Kimia 1993;
- Konvesyen Ottawa 1997 mengenai Periuk Api;
- Protokol 2006 mengenai Saki Baki Bahan Letupan Selepas Perang
(Explosive Remnants of War/ERW).

2

3.0 Peraturan asas dalam UUKA

Secara ringkasnya, peraturan asas UUKA adalah merangkumi kepada
beberapa perkara iaitu :-

1. Pembatasan: Hak pihak-pihak yang bersengketa untuk
mengguna pakai cara (senjata) dan kaedah (contohnya taktik
peperangan) bagi mencederakan musuh adalah terbatas.

2. Penderitaan dan kemusnahan yang tidak wajar:
mengakibatkan penderitaan atau kemusnahan harta benda
secara tidak wajar bagi memaksa musuh untuk menyerah,
adalah dilarang.

3. Perbezaan di antara sasaran ketenteraan dengan orang
dan objek awam: Serangan yang ditujukan secara khusus
terhadap orang awam adalah dilarang.

4. Pertimbangan: Penggunaan cara dan kaedah peperangan
haruslah setimpal dibandingkan dengan kesan ketenteraan
yang dijangkakan akan diperolehi secara langsung.

5. Keperluan ketenteraan: Membenarkan penggunaan
kekerasan secara seimbang ketika konflik bersenjata untuk
memaksa musuh menyerah. Namun ianya bukan satu
alasan untuk berkelakuan tidak berperikemanusiaan
atau sebarang aktiviti yang dilarang oleh UUKA kepada
tahanan perang.

( UUKA, 2013)

3

Sambungan . . .

- UUKA juga menentukan beberapa simbol yang mudah dikenali
untuk digunakan sebagai lambang melindungi orang, tempat dan
objek. Lambang utama adalah Palang Merah, Bulan Sabit Merah
dan simbol-simbol yang mengenalpasti harta benda warisan dan
kelengkapan pertahanan awam. Berikut merupakan antara
contoh simbol tersebut;-

4

4.0 Nilai moral yang terkandung dalam UUKA

NILAI BAIK HATI

Maksud nilai ini ialah kepekaan terhadap keperluan dan kebajikan diri dan orang
lain dengan memberikan bantuan serta sokongan moral secara ikhlas. Hal ini
dapat dilihat didalam UUKA iaitu dimana para negara yang bersetuju didalam

UUKA peka terhadap keperluan dan kebajikan sesama dan telahpun memberikan
bantuan secara ikhlas.

NILAI BERTANGGUNGJAWAB

Maksud nilai ini ialah kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan
tugas serta kewajipan dengan sempurna. UUKA sememangnya sebuah undang-undang

yang sukar untuk dilaksanakan namun kehadiran para insan yang terdiri daripada
persatuan seperti Bulan Sabit Merah telah menunjukkan bahawa mereka sanggup

memikul tugas yang mulia ini.

NILAI KERAJINAN

Maksud nilai ini ialah usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan berdedikasi dalam
melakukan sesuatu. Hal ini dapat dilihat melalui sukarelawan yang telah bertungkus lumus

melaksanakan tugas mereka semasa berada di kawasan konflik peperangan.

5

NILAI KEBERANIAN

Maksud nilai ini ialah kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan
yakin dan tabah. Hal ini dapat dilihat apabila persatuan seperti Palang

Merah dan Bulan Sabit Merah berani ke kawasan yang mempunyai
konflik peperangan untuk membantu mangsa perang.

NILAI HORMAT

Maksud nilai ini menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati
peraturan institusi sosial. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan negara yang
menghormati peruntukan undang-undang kemanusiaan iaitu tidak menyakiti
tawanan perang seperti yang dilakukan oleh Ukrain terhadap tawanan perang Rusia.

6

5.0 KEPENTINGAN UUKA

Memelihara kesejahteraan masyarakat. Hal ini kerana walaupun
masyarakat global sukar mengelakkan berlakunya perang namun
sekurang-kurang melalui UUKA masyarakat global boleh membantu
membawa keluar mangsa perang yang tidak bersalah

Memelihara maruah tawanan perang. Hal ini kerana, tawanan
perang yang sudah ditahan haruslah tidak dilayan dengan cara yang
keji sehingga boleh menyebabkan maruah diri seseorang tawanan itu
terjejas

Memelihara alam sekitar. Hal ini kerana, melalui larangan
penggunaan senjata biologi, manusia dapat memelihara alam sekitar
seperti tempat-tempat hutan simpan yang jauh daripada kawasan
perang tetap terjaga.

Nota Tambahan

UUKA tidak bertanggungjawab dalam menentukan sesebuah negara perlu
berperang atau tidak ataupun menggunakan kekerasan.
Walaubagaimanapun UUKA akan digunakan semasa berlakunya konflik
bersenjata lebih-lebih lagi apabila melibatkan orang yang tidak terlibat
dalam peperangan (UUKA, 2013).

7

6.0 AKTIVITI PENGUKUHAN

A

Berdasarkan modul,
bincangkan bersama ahli

kumpulan mengapa
kawasan atau orang yang

mempunyai lambang
tersebut tidak boleh

diserang

8

B Baca dan fahami teks dibawah dan selesaikan isu tersebut
dengan membaca semula module yang disediakan

Negara X dan negara Y sudah lama tidak mempunyai
persefahaman yang kukuh. Hal ini menyebabkan berlaku
ketegangan di antara kedua-dua pemimpin negara tersebut
sehinggakan terdapat ura-ura mengatakan bahawa kedua
dua negara tersebut berkemungkinan akan berperang.
Hal ini menyebabkan mereka rakyat negara X dan Y berasa
takut dan bimbang.
Pada pandangan anda, mengapakah UUKA tidak dapat
digunapakai dalam situasi ini? Bincangkan.

9

c Laksanakan forum yang bertajuk “Kepentingan UUKA dalam
masyarakat global” berdasarkan maklumat di bawah

10

Senarai Rujukan

ICRC (t.t.). Meneroka Undang- ( Exploring Humanitarian Law ).diambil pada 13 Julai 2022
daripada https://www.icrc.org/en/doc/what-we-do/building-respect-ihl/education-
outreach/ehl/ehl-other-language-versions/eh-malay-methodology.pdf



ICRC (t.t.). Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa. Diambil pada 13 Julai daripada
https://sediaberkorban.wordpress.com/2013/05/02/undang-undang-kemanusiaan-
antarabangsa/

Mstar (2022), Ratusan askar Rusia berpaling tadah diambil pada 13 Julai 2022 dari Ratusan
askar Rusia didakwa berpaling tadah, kini berjuang untuk Ukraine - Dunia | mStar



Nasir, M. N., Ramli, Z., Alatas, S. M., Rahman, A. A. A., & Zulkifli, M. F. (2017). Undang-Undang
kemanusiaan antarabangsa dan perang terhadap keganasan : Suatu tinjauan kritikal

International Humanitarian Law and the war on terror : A critical review. Malaysian Journal
of Society and Space, 13(4), 106–116. http://journalarticle.ukm.my/12577/1/22252-63948-1-

PB.pdf
Unicef picture of childe (t,t) unicef – no place for children, retrieved by 13 July 2022 from

https://www.unicef.org/mena/reports/no-place-children



11

KOD DAN NAMA KURSUS:


HMV3033 KONFLIK DAN KESELAMATAN NEGARA DAN ANTARABANGSA


KUMPULAN/ SEMESTER:


KUMPULAN A / SEMESTER 6


FAKULTI:


SAINS KEMANUSIAAN


JABATAN:


JABATAN PENGAJIAN MORAL, SIVIK DAN PEMBANGUNAN KARAKTER


TAJUK:
PENTAKSIRAN AKHIRl
















Nama dan No. matrik


GREGGOREY GEORGE
D20191089372


Click to View FlipBook Version