BERDAYA TAHAN
DALAM MENOLAK
ANASIR-ANASIR
EKSTREMISME DAN
RADIKALISME
Cetakan Pertama 2021
© Kementerian Hal Ehwal Ugama
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua
bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada penerbit.
Diterbitkan oleh:
Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam
Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei
Pengkatalogan Data-dalam-Penerbitan (Cataloguing-in-Publication)
BERDAYA tahan dalam menolak anasir-anasir ekstremisme dan radikalisme,
-- Bandar Seri Begawan : Kementerian Hal Ehwal Ugama, 2021. 43 pages ; 29.7cm x 16.7cm.
ISBN 978-99917-45-58-9 (paperback)
1. Terrorism -- Religious aspects – Islam. 2. Radicalism -- Religious aspect – Islam.
3. Islam and politics. 4. Islamic fundamentalism. 5. Violence.
363.325 BER (DDC 23)
Penyelaras penerbitan, hiasan kulit, set taip dan reka letak oleh:
Unit Kaunseling dan Kefahaman Agama (KAFA)
Kementerian Hal Ehwal Ugama
Dicetak oleh:
Ezy Printing Services & Trading Co. Sdn Bhd
Negara Brunei Darussalam
Berdaya Tahan Dalam Menolak Anasir-Anasir Ekstremisme dan Radikalisme
Kementerian Hal Ehwal Ugama telah menubuhkan satu mekanisme yang berperanan khusus
menangani fahaman ekstremisme dan radikalisme, termasuk menawarkan khidmat islah
bagi individu atau kumpulan yang memerlukannya. Mekanisme tersebut ialah penubuhan
Unit Kaunseling dan Kefahaman Agama (KAFA) yang berperanan melaksanakan pelbagai
jenis program penyelidikan, taklimat, pengendalian kaunseling dan menerbitkan risalah-
risalah berkaitan kesedaran awam mengenai ekstremisme dan radikalisme.
Unit Kaunseling dan Kefahaman Agama (KAFA)
Pejabat Setiausaha Tetap
Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU)
Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama
Jalan Dewan Majlis, Berakas,
BB3910, Negara Brunei Darussalam.
Tel: 2382525, 2382526 (328, 329)
E-mail: [email protected]
Isi Kandungan Halaman
7
1 Kata-Kata Aluan 8
2 Kata Pengantar 9-11
12
2 Pendirian Negara Brunei Darussalam 13
14
3 Maksud Ekstremisme Dan Radikalisme Dalam Berugama
15-17
4 Pengganasan, Ektremisme Dan Radikalisme Menurut Al-Quran
18
5 Pengganasan, Ektremisme Dan Radikalisme Menurut Al-Hadith 19-20
6 Bagaimana Internet Dan Media Sosial Boleh Menjurus Kepada Bahan-bahan Yang Berunsurkan 21
Ekstrem Dan Radikal? 22
23
7 Ubaya-Ubaya Dengan Medium Sebaran 24
25-26
8 Kes-kes Berkaitan Unsur-unsur Ekstrem Dan Radikal Di Brunei Darussalam
9 Insiden Pengganasan Di Asia Tenggara
10 Lindungi Diri Dan Keluarga Daripada Diradikalisasi
11 Antara Faktor-faktor Yang Mendedahkan Diri Dan Keluarga Awda Kepada Ekstremisme
12 Mengenalpasti Antara Tanda-tanda Kebiasaan Kelakuan Individu Atau Kumpulan Yang Diradikalisasi
13 Beberapa Istilah-istilah Dalam Ugama Islam Yang Sering Disalahertikan Oleh Kumpulan Pelampau
14 Bersama Mencegah Ekstremisme Dan Radikalisme 27-28
29
15 Undang-undang Yang Boleh Digunakan Untuk Mengambil Tindakan Ke Atas Individu Yang Terlibat Dengan 30
Kegiatan Ekstrem Dan Radikal
31-33
16 Ubaya-ubaya: Bertindak Dengan Bijak 34
35
• Tips membina kedayatahanan diri 36
• Siapa Harus Saya Hubungi? 37
• Di Mana Saya Boleh Mendapatkan Nasihat Dan Bimbingan Ugama? 38
39
• Pastikan Guru Al-Qur’an / Guru Ugama / Penceramah Ugama Mempunyai Kebenaran Majlis Ugama 40
Islam Brunei 41
42
• Ikuti Platform Pendidikan Ugama Dan Bimbingan Atau Kaunseling Yang Diungkayahkan Oleh 43
Kementerian Hal Ehwal Ugama
• Ikuti Majlis-Majlis Ilmu, Keugamaan Serta Program-Program Ugama Anjuran Kerajaan Dan Swasta Yang
Diiktiraf
• Program Keugamaan Untuk Belia
• Akses Platform Pembelajaran Ugama Melalui Laman Web Dan Aplikasi-Aplikasi Mobile Yang Diperakui
• Senarai Aplikasi Penghayatan Amalan Berugama Di Brunei Darussalam
• Apakah Caranya Bagi Individu Menyalurkan Semangat (Enthusiasme)
• Pelbagai Projek Yang Diterajui Oleh Pihak Kerajaan KDYMM Disediakan Bagi Menjamin Keselesaan Dan
Kesejahteraan Rakyat Brunei Darussalam, Khususnya Bagi Membantu Mereka Yang Memerlukan.
Kata-Kata Aluan Buku
“Berdaya Tahan Dalam Menolak Anasir-Anasir Ekstremisme dan Radikalisme”
بسم الله الّرحمن الّرحيم
الحمد لله ر ّب العالمين وبه نستعين على أمور الدنيا والدين وال ّصلاة وال ّسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا مح ّمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Alhamdulillah. Buku ini disediakan oleh Unit Kaunseling dan Kefahaman Agama (KAFA). Penerbitannya yang julung kali ini akan sama dimanfa’atkan oleh Unit KAFA yang
ditubuhkan khas di Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan khalayak ramai. Ia menyediakan penjelasan keislaman mengenai gerakan radikalisme dan ekstremisme yang
memanipulasi ajarannya. Dengan itu ia sesuai menjadi bahan untuk mengukuhkan ketahanan diri dalam menolak pengaruh anasir-anasir ekstremisme dan radikalisme.
Negara kita sebagai anggota masyarakat antarabangsa telah menyatakan sikap “mengutuk semua bentuk keganasan dan sama sekali menolak ekstremisme dan
radikaIisme" iaitu sebagaimana dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan Dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam sesi pleno kedua Sidang Asia-Eropah (ASEM) ke-10 di Milan, Itali pada 17 Oktober 2014. Kerana itu, menurut baginda "Brunei
juga menyokong Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (2170) dan (2178) untuk membendung aktiviti kumpulan-kumpulan pengganas”, dan
seterusnya baginda menyatakan sikap kesaksamaan negara kita bahawa “pada masa yang sama, Negara Brunei Darussalam juga berpendapat bahawa punca keganasan dan
ekstremisme perlu ditangani secara menyeluruh“.
Maka sangat mustahak orang ramai dan semua pihak - tidak terhad kepada KAFA - dalam perkhidmatan ugama khasnya mempunyai kefahaman yang jelas tentang gerakan
ekstremisme dan radikalisme yang memanipulasi ajaran Islam. Dari kefahaman itu akan mudah mereka menjelaskan bahayanya kepada kemurnian Islam sebagai ugama
Rahmatan lil-‘Aalamin yang disalahgunakan sehingga menjadi ancaman terhadap keselamatan dan keamanan sejagat.
Dengan itu saya mengucapkan tahniah atas daya usaha penyediaan buku ini. Semoga niat dan hajat murni yang mendorongkannya akan ditaufeqkan oleh Allah Subhanahu
wa Ta’ala ke arah yang diredhai-Nya dan sekalian yang berusaha akan mendapat ganjaran baik dan mulia dari Allah dengan limpah kurnia kasih sayang-Nya.
والسلام
Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia
Ustaz Haji Awang Badaruddin Bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman
Menteri Hal Ehwal Ugama
Kementerian Hal Ehwal Ugama
Negara Brunei Darussalam
Kata Pengantar
بسم الله الّرحمن الّرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبرکاته
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف المرسلين سيدنا محمد وعلى أله وصحبه أجمعين
Segala puji dan syukur kehadrat Allah Subhanahu wa Ta’ala, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu AIaihi Wasallam kerana dengan
izinNya jua, dapat diungkayahkan penerbitan Buku ‘Berdaya Tahan Dalam Menolak Anasir-Anasir Ekstremisme dan Radikalisme’ edisi pertama tahun 1442H/2021M.
Penerbitan buku kecil ini adalah kesinambungan dari penubuhan Unit Kaunseling dan Kefahaman Agama (KAFA) di Kementerian Hal Ehwal Ugama pada 7 Januari 2019
sebagai satu mekanisme khusus menangani pemikiran ekstrem dan radikal yang memanipulasi ajaran Islam. Dalam hal ini, Kementerian ini melihat akan kepentingan dan
keperluan untuk menyenaraikan platform dan program yang diperakui bagi mencari maklumat ugama di Negara Brunei Darussalam sebagai usaha menolak anasir-anasir
ekstremisme dan radikalisme.
Bagi melaksanakan perkara ini, Unit Kaunseling dan Kefahaman Agama (KAFA), Pejabat Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama telah berusaha merangka dan
mengumpul maklumat yang berkaitan bagi menjayakan penerbitan buku kecil ini. Melihat kepada usaha tersebut, saya dengan tulus ikhlas merakamkan ucapan terima
kasih yang setinggi-tingginya kepada pegawai-pegawai yang terlibat dalam penyediaan buku ini dan mengharapkan objektif penyediaannya yang antara lain bagi
mendidik dan memberikan kesedaran awam serta memberigakan kepada masyarakat mengenai ancaman-ancaman keselamatan pengganasan global dan serantau serta
tips menghindarinya dapat dicapai dengan izin dan rahmat Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Saya juga berdoa semoga semua pihak yang terlibat dalam penerbitan buku ini akan mendapat rahmat dan ganjaran dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dunia dan akhirat.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
وبالله التوفيق والهداية
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Yang Mulia Awang Haji Mohammad Rosli Bin Haji Ibrahim
Setiausaha Tetap
Kementerian Hal Ehwal Ugama
Negara Brunei Darussalam
PENDIRIAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
“ We support all regional
and international efforts
in countering terrorism”
(Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin
Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam sempena Sidang Perbahasan
Sesi Perhimpunan Agung PBB ke-69 di General
Assembly Hall, New York pada 25 September 2014)
9
“…Negara Brunei Darussalam mengutuk
keganasan dalam semua bentuk dan sama sekali
menolak ekstremisme dan radikalisme. Brunei juga
menyokong Resolusi Majlis Keselamatan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (2170) dan
(2178) baru-baru ini untuk membendung aktiviti
kumpulan-kumpulan pengganas. Pada masa yang
sama, Negara Brunei Darussalam juga
berpendapat bahawa punca keganasan dan
ekstremisme perlu ditangani secara menyeluruh…”
(Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam pada sesi pleno kedua Sidang Kemuncak
Asia-Eropah (ASEM) ke-10, di Dewan Persidangan Utama Milano
Congressi, Milan, Itali pada 17 Oktober 2014)
10
“…kepentingan menangani keganasan dan ekstremis yang
melampau secara komprehensif melalui pendidikan dan
pertukaran ‘people-to-people’….”
“…kepentingan mengatasi ancaman yang berpunca
daripada keganasan dan ekstremis yang melampau dengan
cara yang komprehensif bagi menangani kelemahan sosial
melalui pendidikan, sikap toleransi, moderasi dan
kefahaman….”
(Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal
Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien
Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di
California, Amerika Syarikat, pada 16 Februari 2016)
11
MAKSUD EKSTREMISME DAN RADIKALISME
DALAM BERUGAMA
Ekstremisme merupakan suatu Ektremisme / Radikalisme dalam berugama
fahaman, suatu sikap atau suatu adalah keluar dari batas-batas (Al-Hudud)
perlakuan yang melampaui batas
sehingga melebihi had dan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah ﷻdan
yang sewajarnya sama ada daripada
perspektif peraturan mahupun RasulNya. Ia merupakan pemikiran atau
daripada perspektif kemanusiaan. tindakan yang melampau di luar batasan
wasatiyyah (bersederhana menurut
Radikalisme adalah fahaman atau ketetapan Nabi Muhammad ﷺberdasarkan
kepercayaan yang menginginkan fahaman Ahli Sunnah Waljama’ah) yang
perubahan dasar yang mendadak jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
dan menyeluruh dalam politik dan
sosial. 12
Pengganasan, Ekstremisme dan Radikalisme amat dibenci dalam Islam bahkan mana-mana
perbuatan yang berbentuk keganasan adalah merupakan dosa besar dan dijanjikan dengan
ﷻ:
Tafsira.n.n.yaا:ََِجي ًع النما َس أَ ْحيَا balasan azab yًعاaجيnََِgَسaاmالنمaَلtَتpَ قeّمنَاdََكأiَhَف.ضFِ iرrَْلmْ اaفnِ ٍدAَساllَفahأَْو بِغَِْْي نَْف ًسا قَتَ َل َمن.....
نَْف ٍس
َوَم ْن أَ ْحيَا َها فَ َكأََّمنَا
“…Sesiapa yang membunuh seseorang (dengan sengaja) bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain, atau kerana
melakukan kerosakan di muka bumi maka sesungguhnya dia seolah-olah membunuh manusia seluruhnya. Dan sesiapa
yang memelihara kehidupan seseorang maka dia seolah-olah telah memelihara kehidupan manusia seluruhnya…”
(Al-Maidah, ayat 32)
قح ْل ََي أَْه َل الْ ِكتَا ِب َلا تَ ْغلحوا ِف ِدينِ حك ْم َغَْْي اْْلَ ِِّق َوَلا تَتمبِعحوا أَْهَواءَ قَْوٍم قَ ْد َضُلّوا ِمن قَْب حل َوأَ َضُلّوا َكثًِْيا َو َضُلّوا َعن َسَواِء ال مسبِيِل
Tafsirannya:
Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampau dalam ugama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah
kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga
(sekarang) mereka telah tersesat (َنjaيu ِدhْف )ِسdحمaْلrاi بjُّalيaُِحnاyلaَهnللgا betul“ (Al-Maidah, ayat 77)
Tafsirannya:
اْلَْر ِض إِ من ِف الْ َفسا َد تَْب ِغ َولا.....
“...Janganlah engkau melakukan kerosakan di bumi, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melakukan
kerosakan.” (Al-Qasas, ayat 77)
Secara umum, terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran yang menjelaskan larangan melakukan kerosakan di dunia. 13
Pengganasan, Ekstremisme dan Radikalisme amat dibenci dalam Islam bahkan mana-mana
perbuatan yang berbentuk keganasan adalah merupakan dosa besar dan dijanjikan dengan
balasan azab yang amat pedih. Ini sepertimana yang dijelaskan dalam hadits-hadits
Rasulullah, antaranya, Sabda Rasulullah ﷺ:
َِِْْ َوا ْستَعِينحوا ِبلْغَ ْدَوِِ َوالمرْو َحِِ َو ََ ٍْْء ِم َن ال ُّد، َوأَبْ ِشحروا، فَ َس ِِّدحدوا َوقَاِربحوا، َولَ ْن يح َشامد ال ِِّدي َن أَ َح ٌد إِملا َغلَبَهح،إِ من ال ِِّدي َن يح ْسٌر
Maksudnya:
“Sesungguhnya ugama (Islam) itu mudah, dan tidaklah sama sekali seseorang yang tasyaddud dalam berugama
melainkan pasti ugama itu akan mengalahkannya, oleh sebab itu hendaklah kamu menepatinya dan menghampirinya
dan bergembiralah (dengan berita itu). Dan mohon pertolonganlah kamu di waktu pagi, petang dan sedikit daripada
waktu malam.
Maksudnya: فِإَّمنَا َهلَ َك َم ْن قَْبلِ حك ْم ِبلْغحلحِِّو ِف ال ِِّديْ ِن،( إَِمي حك ْم َوالْغحلحمو ِف ال ِِّديْ ِنHadith Riwayat Al-Bukhari)
“Berhati-hatilah kamu dan berhati-hatilah mengenai sikap melampau dalam berugama, kerana sesungguhnya telah
binasa orang-orang sebelum kamu disebabkan sikap ghuluw (melampau) mereka dalam berugama.”
(Hadith Riwayat Ibn Hibban)
Secara umum, terdapat banyak hadith-hadith Rasulullah ﷺyang menjelaskan amaran dan larangan melakukan pengganasan, ekstremisme dan radikalisme .
14
BAGAIMANA INTERNET DAN MEDIA SOSIAL BOLEH
MENJURUSKAN KITA KEPADA BAHAN-BAHAN
YANG BERUNSURKAN EKSTREM DAN RADIKAL?
Setiap aktiviti dalam internet Sistem algoritma dalam internet
seperti enjin carian, klik, dan media sosial mampu
tontonan dan sebagainya mengawasi, mengumpul dan
mempunyai sistem algoritma menganalisis sejarah aktiviti
tersendiri bagi memudahkan pengguna.
pengguna.
Kemudian, data sejarah aktiviti
Walaubagaimanapun tersebut disimpan dan diproses
terkadang maklumat yang untuk memaparkan bahan yang
diberikan adalah tidak sesuai. berkaitan dengan apa yang
selalu dicari oleh pengguna
Contohnya... internet.
15
KADAR PENGGUNAAN INTERNETYANG TINGGI
RISIKO TERPENGARUH DENGAN EKSTREMISME / RADIKALISME
Mengikut statistik Digital in 2020 Global Overview, penggunaan
internet di Negara Brunei Darussalam adalah sangat tinggi iaitu
pada kadar 94 peratus dari populasi Negara adalah pengguna
internet.
Dengan kadar penggunaan internet yang tinggi ini, rakyat
dan penduduk Brunei terutamanya di kalangan para belia
adalah berisiko terdedah kepada bahan-bahan propaganda
kumpulan pelampau dan pengganas.
16
BAGAIMANA INTERNET DIEKSPLOITASI OLEH KUMPULAN PELAMPAU?
Antaranya:
Pengambilan rekrut
Kumpulan pelampau menyalurkan bahan-bahan propaganda di internet dan
media sosial dengan tujuan mempengaruhi penerima maklumat untuk meraih
simpati atau merekrut pengikut.
Sumber dana
Kumpulan pelampau boleh menyamar di sebalik nama-nama pertubuhan
kebajikan atau institusi pendidikan dan sebagainya untuk mengumpul dana
dalam talian bagi tujuan agenda mereka.
Permainan dalam talian (online gaming)
Terdapat permainan dalam talian yang berunsur keganasan juga sering
dieksploitasi oleh kumpulan pelampau bagi mempengaruhi kalangan belia
khasnya. Contohnya: Call of Duty(COD), Player Unknown's Battlegrounds
(PUBG).
17
UBAYA-UBAYA DENGAN MEDIUM SEBARAN
Kumpulan pelampau menyalurkan bahan-
bahan ekstrem melalui pelbagai medium
sebaran seperti:
Media Sosial Saluran televisyen Ceramah / tazkirah / Keluarga atau rakan Majalah, buku, poster,
(Facebook, Telegram, dan digital media perkumpulan yang yang terpengaruh brosur dan lain-lain
mengandungi unsur- dengan fahaman
Wechat, Whatsapp, unsur kebencian dan ekstrem dan radikal yang mempromosikan
Tiktok, Twitter, fahaman ekstrem dan
ekstrem
Instagram, emel dan radikal
lain-lain)
18
KES-KES BERKAITAN UNSUR-UNSUR
EKSTREM DAN RADIKAL
DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
19
20
KEGANASAN DI ASIA TENGGARA
ANTARA INSIDEN KEGANASAN
ASIA TENGGARA 2016-2020
21
LINDUNGI DIRI DAN KELUARGA DARIPADA
DIRADIKALISASI
Sesiapa sahaja boleh diradikalisasi Tips ringkas melindungi ahli keluarga
dengan pengaruh bahan-bahan dari ekstremisme dan radikalisme:
berunsurkan ekstrem / radikal.
Ancaman ekstremisme / radikalisme 1. Memupuk nilai-nilai Melayu Islam
tidak mengenal mana-mana bangsa, Beraja (MIB) kepada ahli keluarga
jantina, peringkat umur atau dalam menjalani kehidupan
kewarganegaraan tertentu. Bahkan berkeluarga, bermasyarakat dan
tidak pula ada kaitan dengan mana- bernegara.
mana agama. Secara umumnya,
individu-individu yang terpengaruh 2. Membangun kemahiran ahli
ekstremisme / radikalisme boleh keluarga dalam literasi informasi
berasal dari pelbagai latar belakang agar mampu berdaya tahan.
agama, sosio-ekonomi, pendidikan,
dan tahap kesihatan mental. 22
ANTARA FAKTOR-FAKTORYANG MENDEDAHKAN
DIRI DAN KELUARGA AWDA KEPADA EKSTREMISME
1) PERSEPSI YANG NEGATIF TERHADAP DIRI SENDIRI 4) KURANG KRITIKAL DALAM MEMBUAT PENILAIAN
• Merasa diri tidak bernilai • Cepat membuat kesimpulan sebelum membuat penelitian
• Kekosongan jiwa yang tidak terpenuhi yang mendalam dan adil
• Tidak mengambilkira situasi dan keadaan realiti semasa
2) HUBUNGAN KELUARGA YANG RENGGANG dalam membuat keputusan
• Keperluan emosi yang tidak dipenuhi dalam • Bertindakbalas secara tergesa-gesa terhadap maklumat yang
keluarga diterima
• Kurang bimbingan dan sokongan dari ahli keluarga
5) KHILAF DALAM PROSES PERUBAHAN
3) KURANG MEMAHAMI MAQASID SYARI’AH • Salah memahami cara menebus dosa
• Kurang memahami kehendak ugama • Salah memilih guru atau sumber bahan sebagai rujukan
• Memahami ugama mengikut kefahaman sendiri
• Menyalahtafsir ayat-ayat Al-Quran, Al-Hadith dan 6) KONFLIK IDENTITI
kata-kata Ulama • Kehendak untuk menjadi sebahagian dari satu-satu organisasi
• Menyalahertikan istilah-istilah murni dalam tanpa usul periksa
ugama • Ingin mencari status atau perhatian dengan cara apa jua pun
23
MENGENALPASTI ANTARA TANDA-TANDA
KEBIASAAN KELAKUAN INDIVIDU ATAU KUMPULAN
YANG DIRADIKALISASI
• Memutuskan hubungan silaturrahim dan hanya • Menzahirkan kebencian kepada individu atau kumpulan tertentu
mahu berkawan dengan lingkungan yang baru dengan alasan nas-nas ugama
dikenali
• Bersikap paranoia dan berpandangan yang dapat
• Menzahirkan simbol-simbol atau lambang yang memecahbelahkan masyarakat
digunakan kumpulan-kumpulan pengganas
• Berpegang dengan keyakinan yang bulat terhadap teori-teori dan
• Memaksa dalam berda’wah bagi mendapatkan wacana konspirasi
sokongan atau keyakinan terhadap ideologi mereka
• Belajar secara intensif & eksklusif hanya kepada bahan-bahan
Antara sifat dan tanda golongan berkenaan ideologi atau kepercayaan tertentu sahaja
pelampau ialah:
o Cepat bertindak balas • Menghalalkan kekerasan bagi mempertahankan tujuan atau
o Tergopoh-gopoh ideologi tertentu
o Mudah emosi
o Cepat mempercayai apa yang • Obses / taksub kepada bahan-bahan berkaitan akhir zaman atau
kemunculan Nabi Isa
didengar
o Mudah berpuas hati
o Mudah mengikut apa yang disuruh.
Diolah dan diterjemah dari Resilient Muslims: Safeguarding Against Radicalisation oleh Majlis Ugama Islam Singapura 24
BEBERAPA ISTILAH-ISTILAH DALAM UGAMA ISLAMYANG
SERING DISALAHERTIKAN OLEH KUMPULAN PELAMPAU
Al-Wala’ wal Bara’ Takfiri Hijrah
Mereka meyakini akan kewajiban memutuskan Mereka meyakini bahawa siapa sahaja yang tidak bersetuju Mereka mewajibkan untuk berhijrah (berpindah) dari Darul
hubungan dengan orang kafir dan orang Islam dengan tafsiran kefahaman mereka terhadap ugama adalah ahli Kufr (negeri atau kawasan yang tidak menjalankan hukum
yang melakukan maksiat serta menunjukkan sifat bid’ah atau kafir. Allah) kepada Darul Islam atau Daulah Islam sebagai cara
permusuhan tanpa keinginan untuk berbaik-baik. mendekatkan diri kepada Allah.
Mereka enggan menegur sapa orang-orang Islam yang tidak
Mereka meyakini akan kewajiban menolak sependapat dengan mereka bahkan menganggap terkeluar dari Mereka menganggap akan terus berdosa selagi mana
pemimpin atau sistem politik yang mereka anggap ugama Islam. menetap di Darul Kufr.
tidak Islami dan melarang membuat perjanjian
damai dengan pemimpin atau negara bukan Mereka menganggap hanya pandangan mereka yang benar dan Konteks tuntutan berhijrah dalam al-Quran selalu
Islam. selain mereka perlu ditentang bahkan dengan kekerasan jika digandingkan dengan faktor luaran seperti menyelamatkan
perlu. diri dari penindasan atau mendapatkan kebebasan. Hijrah
Orang Islam wajib menjauhkan diri dari tidak dituntut jika sekiranya tidak ada ancaman yang
melakukan maksiat, bukan memutuskan Takfir (mengkafirkan seseorang) tidak boleh dilakukan oleh mendesak untuk melakukannya seperti kisah Abu Nuaim
hubungan dengan pelakunya. Rasulullah ﷺ mana-mana pihak dan individu, tetapi hanya dapat diputuskan an-Nahm.
sendiri melayani ahli maksiat dengan pendekatan oleh pihak yang mempunyai autoriti.
yang berhikmah. Selagi mana tuntutan ugama masih dapat dipenuhi oleh
Konsep takfir adalah hak Allah, maka kita tidak boleh individu Muslim, maka ia diharuskan untuk terus menetap
Orang Islam wajib taat kepada pemerintah selagi mengkafirkan seseorang, kecuali Allah dan Rasulnya yang telah di tempat tersebut. Menetap di suatu tempat atau
mana bukan dalam perkara-perkara maksiat mengkafirkannya. Jika ada orang yang mengkafirkan seseorang menjelajahi seluruh pelusuk dunia dalam mencari rezeki
[Surah An-Nisa 59]. Rasulullah ﷺsendiri maka janganlah membalas dengan mengkafirkannya balik. adalah diharuskan.
membuat perjanjian damai dengan orang bukan
Islam sepertimana termaktub dalam Sahifat Takfiri adalah merupakan salah satu dari dosa paling besar (min Hadith tentang hijrah: Dari ‘Aisyah, beliau berkata:
Madinah serta Perjanjian Hudaibiyyah. al-kaba‘ir). Ianya mempunyai penjelasan khusus dan ada Rasulullah ﷺbersabda, maksudnya: Tidak ada hijrah
beberapa bahagian seperti Takfiri Sifat dan Takfiri Khusus. setelah penaklukan kota Mekkah, akan tetapi jihad dan
niat, dan jika kamu diminta (pemerintah) untuk pergi
berjihad maka pergilah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
BEBERAPA ISTILAH-ISTILAH DALAM UGAMA ISLAMYANG
SERING DISALAHERTIKAN OLEH KUMPULAN PELAMPAU
Khilafah Bai’ah Jihad
Mereka meyakini akan kewajiban menolak mana-mana Mereka meyakini akan kewajiban membuat ikrar janji setia Mereka memahami bahawa tuntutan jihad tidak ada
sistem pemerintahan yang berjalan pada masa ini dan (bai’ah) kepada khalifah 'Daulah Islam’ yang mereka makna lain selain mengangkat senjata untuk berperang.
hanya mendokong sistem pemerintahan khilafah. anggap sebagai sah.
Mereka memahami makna jihad adalah bertujuan
Mereka menganggap perlantikan khalifah oleh kumpulan Mereka meyakini bahawa sesiapa sahaja yang telah semata-mata untuk menghapuskan orang-orang kafir
pelampau adalah sah dan wajib ditaati. berbai’ah adalah terikat selamanya dan mengingkari dari muka bumi.
tuntutannya pula akan mengundang bala.
Islam tidak pernah menetapkan jenis sistem Jihad dalam Al-Quran membawa banyak pengertian
pemerintahan tertentu dan tidak pula melarang Membuat ikrar janji setia kepada ‘khalifah Daulah Islam’ termasuk berusaha bersungguh-sungguh dengan azam,
sebarang sistem pemerintahan yang ada selagi mana ia telah ditolak oleh ulama-ulama kontemporari kerana da’wah, nasihat, ilmu dan lainnya. Kefahaman betul
tidak melanggar asas-asas Syariat Islam. perlantikannya tidak mengikut Syara’. Amalan sistem mengenai pengertian jihad perlu dilihat kepada
pemerintahan mereka juga telah terbukti banyak konteks kenapa ayat-ayat tersebut diturunkan, nasikh
Lebih 120 orang ulama telah bersepakat menolak cara melakukan kemungkaran dan melanggar hukum. dan mansukhnya dan lain-lain bersandarkan kaedah
perlantikan khalifah kumpulan pelampau kerana tidak dan dalil yang kukuh.
dilantik menurut kaedah yang diiktiraf Syara’. Bai’ah yang wajib dipegang selamanya hanyalah bai’ah
kepada Allah dan Rasulullah ( ﷺBai’ah Mutlaqah). Jihad menjadi Fardu ‘Ain apabila musuh menyerang;
Konsep khilafah terbit daripada keperluan politik Manakala selain keduanya, melepaskan bai’ah adalah atas arahan pemerintah; pemerintah menghendaki
semasa dan bukan semestinya dari nas ugama semata- diharuskan, malah mendapat ganjaran pahala, jika ia kepakarannya; ia berada dalam medan pertempuran
mata. Teori Khilafah ialah sistem politik yang mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan secara langsung. Pada masa aman, jihad menjadi Fardu
diperundangkan berdasarkan keperluan lanskap politik, Syara’ (Bai’ah Muqayyadah). Kifayah.
sosial dan keugamaan pada masa tersebut. Oleh sebab
itu Sayyidina Abu Bakar dipilih sebagai Khalifah pertama Bai’ah disebutkan di dalam Al-Qu’ran dan Hadith Tujuan perang bukan untuk menghapuskan orang kafir
menggantikan Rasulullah selepas kewafatan Baginda. semuanya bertujuan untuk membawa kepada kebaikan dari muka bumi, akan tetapi untuk menolak
Beliau dipilih semasa perhimpunan para sahabat yang dan menegakkan kebenaran dan sekaligus mencegah dari permusuhan (daf’u al-i’tida). Oleh karena itu, apabila
membincangkan penentuan siapa yang paling layak dari dosa dan kerosakan. Adapun anggapan berkaitan dengan lawan tidak lagi menyerang (menyerah) maka
segi kepakaran pemerintahan bagi memimpin orang- mati dalam jahiliyyah bermaksud mati tanpa pemimpin peperangan wajib dihentikan.
orang Islam.
BERSAMA MENCEGAH EKSTREMISME / RADIKALISME
Antara peranan masyarakat adalah seperti berikut:
27
BERSAMA MENCEGAH EKSTREMISME / RADIKALISME
Antara peranan masyarakat adalah seperti berikut:
28
UNDANG-UNDANGYANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK
MENGAMBIL TINDAKAN KE ATAS INDIVIDUYANG
TERLIBAT DENGAN KEGIATAN EKSTREM DAN RADIKAL
➢ Perintah Anti Keganasan 2011
➢ Penggal 133 - Akta Keselamatan Dalam Negeri
Edisi 1984
29
UBAYA-UBAYA ❖ Program Keugamaan Untuk Belia
BERTINDAK DENGAN BIJAK ❖ Akses Platform Pembelajaran
Ugama Melalui Laman Web Dan
❖ Tips Membina Kedayatahanan Diri Aplikasi-aplikasi Mobile Yang
❖ Siapa Harus Saya Hubungi? Diperakui
❖ Di Mana Saya Boleh Mendapatkan
❖ Senarai Aplikasi Penghayatan
Nasihat Dan Bimbingan Ugama? Amalan Berugama Di Brunei
❖ Pastikan Guru Al-Qur’an / Guru
❖ Apakah Caranya Bagi Individu
Ugama / Penceramah Ugama Menyalurkan Semangat
Mempunyai Kebenaran / Tauliah (Enthusiasme)
Majlis Ugama Islam Brunei
❖ Ikuti Platform Pendidikan Ugama ❖ Pelbagai Projek Yang Diterajui
Dan Bimbingan Atau Kaunseling Yang
Diungkayahkan Oleh Kementerian Oleh Pihak Kerajaan KDYMM
Hal Ehwal Ugama
❖ Ikuti Majlis-Majlis Ilmu, Keugamaan Disediakan Bagi Menjamin
Serta Program-program Ugama
Anjuran Kerajaan Dan Swasta Yang Keselesaan Dan Kesejahteraan
Diiktiraf
Rakyat Brunei Darussalam,
Khususnya Bagi Membantu
Mereka Yang Memerlukan. 30
TIPS MEMBINA KEDAYATAHANAN DIRI
Dalam membina kedayatahanan diri, setiap fakta
haruslah disemak dengan teliti bagi mengesahkan
kesahihan dan kebenaran maklumat yang diterima
sebelum membuat kesimpulan atau ditularkan.
Berikut adalah beberapa soalan asas dalam menilai
maklumat atau berita yang diterima:
31
TA’KID Setiap kali menerima sesuatu maklumat,
pastikan 5 langkah berikut:
()تأكيد
TELITI ANALISIS KAJI IMBANGI DIDIK
T ASingkatannKya: TA’KIDI D
Ta’kid ( )تأكيدdalam Bahasa Arab membawa maksud ‘memastikan’.
Menganalisis sumber dan isi kandungan Mengimbangi dapatan yang ada bagi
dengan lebih mendalam untuk pemahaman mencapai kesimpulan yang adil dan
yang lebih baik. seimbang.
Teliti Analisis Kaji Imbangi Didik
Meneliti dari mana sumber Mengkaji lebih lanjut kebenaran Mendidik orang lain dengan
maklumat diperolehi, adakah maklumat tersebut dari sumber yang maklumat yang betul, jika
sumber itu boleh dipercayai?
lain atau pihak yang berautoriti. perlu.
32
BAGAIMANA KITANI MEMERANGI
BERITA PALSU (FAKE NEWS)
Isu mengenai dengan informasi yang diputarbelitkan (Fake News) sudah pun berlaku di zaman Rasulullah ﷺsendiri.
Allah ﷻmemerintahkan supaya kitani sentiasa memastikan semua informasi yang diterima adalah betul dan tepat.
Firman Allah ﷻyang tafsirnya:
“Wahai orang-orang yang beriman jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita maka
selidikilah kebenarannya (kerana dikhuatiri) kamu akan menimpakan kepada suatu kaum (perkara yang tidak
diingini) dengan sebab kejahilan kamu sehingga menyebabkan kamu menjadi orang yang menyesal atas apa yang
telah kamu lakukan”
(Surah Al-Hujurat, ayat 6)
Rasulullah ﷺbersabda yang bermaksud:
“Cukuplah seseorang dikatakan sebagai pendusta apabila dia bercakap mengenai semua yang didengar (tanpa
menyelidiki kebenarannya).”
(Hadith Riwayat Muslim)
Ayat dan hadits yang disebutkan di atas menekankan bahawa maklumat mesti disahkan sebelum menerimanya.
Adalah mustahak bagi masyarakat Islam untuk sentiasa waspada dan berhati-hati ketika menerima sebarang
maklumat yang meragukan. 33
SIAPA
HARUS SAYA HUBUNGI?
Sekiranya awda menemui sesiapa sahaja yang menunjukkan unsur-unsur
fahaman ekstrem dan radikal, bertindaklah secara proaktif dengan
mendapatkan bantuan segera. Awda boleh merujuk kepada platform dan
saluran berikut:
Sekiranya ingin Sekiranya ingin Sekiranya ingin
mendapatkan bimbingan melaporkan sebarang melaporkan sebarang
atau perbincangan aktiviti yang berunsurkan aktiviti yang
mengenai isu-isu yang keganasan atau sebarang mencurigakan berkaitan
berkaitan dengan ajaran yang meragukan, ekstremisme dan
ekstremisme dan hubungilah: radikalisme, hubungilah
radikalisme, hubungilah Jabatan Keselamatan
Unit KAFA, KHEU melalui: Pasukan Polis Diraja Dalam Negeri (JKDN)
Brunei (PPDB) melalui melalui:
1. Talian bantuan Unit talian 993.
KAFA: 2382525 (ext328)
2. Emel KAFA: Bahagian JKDN hotline: 133
[email protected] Penguatkuasaan Ugama Emel JKDN:
(BPU), KHEU melalui BPU [email protected]
hotline: 8980055.
34
DI MANA SAYA BOLEH
MENDAPATKAN NASIHAT
ATAU BIMBINGAN UGAMA?
▪ Terdapat pelbagai entiti di bawah KHEU yang boleh awda rujuk untuk
mendapatkan nasihat atau bimbingan ugama seperti Pusat Da’wah Islamiah (PDI),
Jabatan Pengajian Islam (JPI), Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM), Kolej Universiti
Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dan lain-lain.
▪ Bagi sebarang penjelasan mengenai unsur-unsur kefahaman ekstrem, radikal dan
pemikiran liberal khasnya bolehlah merujuk kepada asatizah / pegawai KAFA yang
berperanan menawarkan khidmat bimbingan, kaunseling dan perbincangan
ugama dalam isu-isu yang berkaitan.
▪ Guru yang bertauliah mengajar Al-Qur’an, mengajar Ugama dan berceramah
Ugama yang mendapat kebenaran daripada Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB).
✓ Pastikan guru al-Qur’an / guru ugama / penceramah ugama yang awda jemput
untuk mengajar telah mendapatkan tauliah kebenaran dalam tempoh yang
sah dari MUIB.
✓ Lawati laman sesawang berikut untuk menyemak senarai asatizah yang telah
diberikan tauliah MUIB: http://www.kheu.gov.bn/theme/home.aspx 35
PASTIKAN GURU AL-QUR’AN / GURU UGAMA /
PENCERAMAH UGAMA MEMPUNYAI KEBENARAN
MAJLIS UGAMA ISLAM BRUNEI
Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah, 2013 memperuntukkan seperti berikut:
“229 (1). Mana-mana orang yang mengajar sesuatu perkara yang berkaitan dengan ugama
islam tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis adalah melakukan suatu kesalahan dan
hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum
penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali”
36
IKUTI PLATFORM PENDIDIKAN UGAMA DAN BIMBINGAN
ATAU KAUNSELING YANG DIUNGKAYAHKAN OLEH
KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
Kementerian Hal Ehwal Ugama mempunyai pelbagai platform dan program penghayatan
dan pembelajaran ugama Islam yang merangkumi pelbagai peringkat umur dan keperluan
masyarakat, seperti:
▪ Majlis Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Malah pelbagai program telah dirancang untuk para pelajar
▪ Program Belia dan Muslimah Masjid, JHEM, pada tahap yang berbeza seperti kanak-kanak, remaja, dewasa
dan warga emas, dengan pembelajaran ugama yang relevan
KHEU dan praktikal.
▪ Ceramah-ceramah dan kelas mengaji di masjid-
Layari laman sesawang dan akaun media sosial rasmi KHEU
masjid. untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut:
▪ Ceramah-ceramah di radio, tv, dan RTBGO • http://www.kheu.gov.bn/Theme/Home.aspx
▪ Program-program anjuran PDI, KHEU • ‘Kementerian Hal Ehwal Ugama’
▪ Kursus Asas Haji, JUH, KHEU • ‘@kheu.brunei’
▪ Taklimat ‘Keluargaku Harapanku’, JHES, KHEU
▪ Program Kesedaran Halal, JHES, KHEU
▪ Buku-buku, risalah dan majalah terbitan PDI dan
KUPU SB
37
IKUTI MAJLIS-MAJLIS ILMU, KEUGAMAAN SERTA PROGRAM-PROGRAM
UGAMA ANJURAN KERAJAAN DAN SWASTA YANG DIIKTIRAF
Rasulullah ﷺbersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah ﷻakan memudahkan baginya jalan untuk
ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab
Allah (Al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan),
diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah ﷻakan menyebut mereka pada malaikat yang
berada di sisi-Nya”. [Hadits Riwayat Muslim (4867)]
Sila rujuk senarai nama-nama syarikat swasta yang menawarkan khidmat program keugamaan yang diberi kebenaran
oleh Majlis Ugama Islam Brunei melalui talian 2382525 (ext: 388)
38
PROGRAM KEUGAMAAN UNTUK BELIA
Program-program keugamaan Pelbagai program telah
khas untuk belia telah dilaksanakan seperti:
dilaksanakan oleh pihak
kerajaan melalui Kementerian 1) Program Kesempurnaan
Hal Ehwal Ugama dan jabatan- Sembahyang
jabatan di bawahnya menerusi
pendidikan ugama wajib dan 2) Khatam Al-Quran
aktiviti-aktiviti ko-kurikulum
3) Halaqah Program Tahsin
Program keugamaan untuk Al-Quran
belia ini bertujuan untuk
membentuk belia cemerlang 4) Program Keugamaan
duniawi dan ukhrawi Senegara
5) Program Hayya Bilarabiyyah
6) Program Bijak Jawi
7) Program Belia Masjid dan
lain-lain
39
AKSES PLATFORM PEMBELAJARAN UGAMA
MELALUI LAMAN WEB DAN APLIKASI-APLIKASI
MOBILEYANG DIPERAKUI
Terdapat banyak kandungan mengenai ugama Islam di internet dan platform media sosial.
Namun, tidak semua kandungan ugama ini memberikan panduan ugama yang betul
dan sesuai untuk umat Islam di Brunei Darussalam. Justeru kita perlu berhati-hati ketika
mendapatkan bimbingan ugama secara dalam talian. Sebahagian dari kandungannya sengaja
disebarkan dengan niat buruk untuk menimbulkan ketidak harmonian dan ketidakpercayaan. Pada masa
yang sama, beberapa kandungan tersebut mungkin tidak boleh dipercayai dan mengandungi unsur-unsur maklumat
palsu dan tidak berasas.
KHEU mempunyai pelbagai saluran pembelajaran Islam dalam talian yang boleh biskita rujuk untuk sebarang rujukan
pembelajaran: Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Berakas, BB3910,Negara Brunei Darussalam.
Telipon: 2382525, 2382526, 2382311. Fax: 245785. Emel: [email protected]
Ketahui lebih lanjut mengenai Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan melayari laman web KHEU. Laman web KHEU
adalah platform sehenti yang bertujuan untuk memberi inspirasi dan memperkasa umat Islam Brunei Darussalam
dengan menyediakan kandungan yang berpusatkan Islam.
40
SENARAI APLIKASI PENGHAYATAN AMALAN BERUGAMA DI
BRUNEI DARUSSALAM, ANTARANYA:
MUSHAF BRUNEI iBANTU SOLAT DIKIR SYARAFIL ANAM
DARUSSALAM
DOA RATIB AL-ATTAS
YAASIN DAN TAHLIL ISLAMIC MIND RTBGO – NUR ISLAM
* Pastikan aplikasi penghayatan amalan berugama yang anda akses mendapat kelulusan dari Bahagian Penapisan PDI, KHEU. Sila rujuk PDI, Kampong 41
Pulaie, Jalan Pusat Da'wah, B4310, Negara Brunei Darussalam. Tel: 2383996
APAKAH CARANYA BAGI INDIVIDU
MENYALURKAN SEMANGAT (ENTHUSIASME)
Rakyat Brunei Darussalam Bersama rakan, keluarga dan
memainkan peranan penting sanak saudara, kita dapat
untuk saling menyokong dan menghidupkan kembali
memupuk nilai-nilai positif semangat kesukarelawan dan
seperti daya tahan dalam menyalurkan semangat
menghadapi cabaran semasa, kekitaan untuk membantu
inklusif dalam menjalin mereka yang memerlukan.
hubungan damai dengan Mari kita saling
orang lain dan memberikan memotivasikan diri kitani
sumbangan dalam mencari untuk turut serta dan
kebaikan bersama untuk menyumbang kepada pelbagai
masyarakat. misi kemanusiaan dan sosial.
42
PELBAGAI PROJEKYANG DITERAJUI OLEH PIHAK KERAJAAN KEBAWAH DULI YANG
MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DANYANG DI-PERTUAN NEGARA
BRUNEI DARUSSALAM DISEDIAKAN BAGI MENJAMIN KESELESAAN DAN
KESEJAHTERAAN RAKYAT BRUNEI DARUSSALAM, KHUSUSNYA BAGI MEMBANTU
MEREKAYANG MEMERLUKAN
Terdapat badan, yayasan, organisasi dan jabatan yang boleh anda rujuk,
seperti:
Yayasan Sultan Haji Majlis Ugama Islam
Hassanal Bolkiah Brunei
Jabatan Pembangunan Dana Pengiran Muda
Masyarakat Mahkota
43
berdaya tahan
dalam menolak anasir-
anasir ekstremisme
dan radikalisme
Semoga garis panduan / tips yang terkandung
dalam buku ini dapat memberikan maklumat,
pendedahan dan panduan kepada belia dan
masyarakat bagi mengelakkan diri dari
terpengaruh kepada fahaman dan aktiviti
berunsurkan ekstremisme dan radikalisme.
TERIMA KASIH
[email protected]