UNIT 1
KENCING MANIS &
KESANNYA
PENGENALAN
Kehamilan adalah satu masa yang penuh dengan perubahan dan
keseronokan.Begitu banyak perubahan dalam diri dan kehidupan seorang
wanita akan berlaku dalam proses kehamilan. Aspek penjagaan diri dan bayi
akan menjadi satu bahagian terpenting dalam kehidupan seseorang semasa
hamil. Perkara terakhir yang ingin difikirkan ialah kencing manis dan
bagaimana ia akan memberi kesan kepada seorang ibu dan bayi
Berita baiknya ialah wanita yang menguruskan kencing manis mereka
dengan baik semasa hamil boleh mempunyai kehamilan yang agak
normal dan melahirkan bayi yang sihat.
Sebelum menerangkan tent ang penjagaan pra-kehamilan, eloklah fahami dulu
berkenaan kencing manis. Oleh itu, bab ini akan memberi tumpuan kepada
pelbagai jenis diabetes, dan bagaimana kencing manis akan memberi kesan
kepada kehamilan.
OBJEKTIF
Pada akhir unit ini, peserta dapat:
Menerangkan maksud dan jenis-
1 jenis diabetes dalam kalangan ibu
hamil
2 Menjelaskan kesan diabetis ke
atas ibu dan kandungan
Menerangkan komplikasi kencing
3 manis yang makin teruk ketika
hamil
Apa itu 1 Kencing manis adalah gangguan di mana
badan tidak menghasilkan insulin atau
Kencing Manis tidak dapat menggunakan insulin yang
dihasilkannya dengan betul
Insulin ialah hormon yang dihasilkan oleh
2 pankreas untuk memecahkan makanan
kepada gula ringkas (glukosa)
Apabila insulin tidak dapat berfungsi dengan
3 baik, paras glukosa dalam darah akan menaik.
Tahap glukosa darah yang tinggi boleh
merosakkan saluran darah dalam pelbagai organ
4 Sekiranya paras glukosa dalam darah kekal
tinggi dalam tempoh yang berpanjangan,
ia boleh menyebabkan komplikasi kencing
manis yang serius
5 Perubahan gaya hidup sihat dan ubatan mampu
mengawal kencing manis agar terkawal
Jenis-Jenis Kencing Manis
Kencing Kencing Kencing
Manis Jenis 2 Manis Jenis 1 Manis Ketika
(Tubuh tiada Mengandung
(Rintangan
Insulin Dalam insulin)
Tubuh)
Kencing Manis Jenis 2 Semasa dikesan tubuh
Penyakit kencing manis pesakit masih
yang paling biasa terjadi
menghasilkan insulin
(90-95%) namun tidak dapat
berfungsi dengan baik
Lambat dikesan dan Apabila rintangan insulin
tidak ada gejala sehingga makin tinggi pankreas tidak
berfungsi dengan baik
beberapa tahun
Kesannya insulin makin
Ujian saringan secara berkurang, paras glukosa
berkala penting untuk meninggi dan komplikasi
kencing manis terjadi
diagnosa awal
KMJeeannnicsisin1g
Biasanya dikesan awal
ketika masih kanak-
kanak atau remaja.
Pesakit kencing manis Apabila tubuh pesakit sudah tidak mampu
jenis ini tidak dapat menghasilkan insulin, kadar glukosa dalam tubuh
menghasilkan insulin akan meningkat secara mendadak dan gejala
kerana sel yang kencing manis akan berlaku amat teruk.
menghasilkan insulin Pesakit kencing manis jenis 1 perlu merancang
dalam pankreas telah kehamilan kerana perubahan hormon semasa hamil
rosak. akan menyebabkan penetapan dos insulin dan
kawalan gula akan menjadi lebih mencabar.
Pesakit kencing manis
jenis 1 terpaksa
mengambil insulin
sepanjang hayat.
Kencing Manis Ketika Mengandung
GDM adalah kencing manis yang berlaku semasa
kehamilan dan selalunya hilang selepas bersalin.
GDM adalah penyakit kencing manis yang paling
banyak berlaku ketika hamil.
GDM juga hanya diklasi kasikan kepada para
wanita yang tidak pernah menghidap
kencing manis sebelum ini dan paras glukosa
dalam darah meningkat ketika hamil.
Ia tidak merujuk kepada wanita yang telah
menjadi pesakit kencing manis jenis 1 atau jenis 2
yang hamil.
Kencing manis semasa hamil biasanya berlaku semasa trimester
kedua kehamilan iaitu bulan 4-6 kehamilan.
Ini adalah masa apabila hormon kehamilan secara semula
jadi menyebabkan perubahan tubuh badan seseorang
menggunakan insulin.
Kehamilan menyebabkan banyak perubahan dalam metabolisme
anda, termasuk keadaan rintangan insulin yang serupa kepada
penyakit kencing manis jenis 2.
Biasanya ibu yang menghidap GDM tiada apa-apa gejala
kencing manis.
Oleh sebab itulah ketika kehamilan para ibu perlu minum air
gula untuk mengenalpasti pesakit GDM atau tidak.
Biasanya kencing manis ketika mengandung akan hilang
setelah bersalin.
Namun, para pesakit GDM berisiko tinggi untuk menghidap
kencing manis jenis 2.
Kesan Kencing Manis Pada Ibu
1 Glukosa dalam darah rendah 4Kerosakan retinal mata
(hypoglicemia) (retinopati)
Tubuh resistant kepada insulin dan perubahan 5Jangkitan salur kencing
hormon ketiika mengandung menyebabkan 6Bersalin secara pembedahan
2risiko hypoglicemia (pembedahan caesar)
Praeklampsia : Bahaya sebelum
sawan 7Diabetik ketoacidosis (DKA)
Gula dalam darah tinggi boleh menyebabkan
tekanan darah tinggi kepada ibu komplikasi teruk kencing manis
3 Kerosakan buah
pinggang (nefropati)
Kesan Kencing Manis Pada Kandungan
1 2 3
Bayi besar Bayi pramatang Paras glukosa dalam
(macrosomia) (kelahiran tidak bayi rendah (neonatal
> 4000g cukup bulan) hypoglycemia)
Lahir <37 minggu
4 5 6
Kemasukan ke Risiko kecacatan Air ketuban
Unit Rawatan Rapi pada bayi terlalu banyak
Neonatal (NICU) (congenital
malformation)
KOMPLIKASI KENCING MANIS MAKIN
TERUK
Penyakit mata Penyakit
(retinopathy) jantung
Penyakit saraf Penyakit buah
(neuropati) pinggang (nefropati)
Tekanan darah
tinggi
PENYAKIT MATA (RETINOPATHY)
Retinopati adalah kerosakan pada
saluran darah kecil di mata yang boleh
menyebabkan masalah penglihatan
Komplikasi ini boleh jadi makin teruk
ketika hamil
Sekiranya kencing manis tidak
terkawal, komplikasi boleh jadi makin
teruk tetapi sekiranya kencing manis
terkawal risiko untuk komplikasi
penyakit mata berkurang.
Wanita dengan kencing manis perlu
diperiksa oleh doktor pakar mata pada
trimester pertama kehamilan
PENYAKIT JANTUNG
Penyakit jantung yang biasanya berlaku
pada pesakit diabetes adalah penyakit
jantung koronari.
Ini terjadi apabila saluran darah menjadi
keras dan sempit disebabkan oleh plak
kolesterol.
Pemeriksaan jantung perlu dilakukan kepada
ibu kencing manis yang mempunyai risiko
dan sejarah penyakit jantung
Sekiranya ibu disahkan mempunyai penyakit
jantung koronari, rujukan kepada pakar sakit
jantung perlu dibuat
PENYAKIT SARAF (NEUROPATI)
Penyakit saraf boleh terjadi kepada ibu
mengandung yang menghidap kencing
manis.
Sekiranya berlaku masalah pada sistem
saraf yang mengawal kadar jantung atau
tekanan darah, ia boleh menjejaskan tubuh
seseorang untuk bertindak balas terhadap
tekanan zikal kehamilan
Neuropati perut (gastroparesis) atau usus
boleh menjejaskan nutrien untuk sampai
kepada ibu dan kandungan yang sedang
membesar.
PENYAKIT BUAH PINGGANG (NEFROPATI)
Paras glukosa dalam darah yang tinggi dan
tekanan darah tinggi boleh merosakkan
buah pinggang
Nefropati daripada kencing manis boleh
terjadi dalam bentuk ringan, di mana buah
pinggang masih berfungsi dengan normal
dan satu-satunya tanda adalah kehadiran
sejumlah kecil protein dalam air kencing
(dipanggil mikroalbuminuria).
Nefropati yang lebih teruk menyebabkan
fungsi buah pinggang makin merosot dan
nefropati boleh menjadi lebih teruk semasa
kehamilan
TEKANAN DARAH TINGGI
Wanita yang menghidap kencing manis
berisiko tinggi mendapat tekanan darah
tinggi semasa hamil
Tekanan darah perlu diperiksa secara
berkala semasa mengandung dan ubat
darah tinggi juga perlu ditukar semasa
mengandung
Sekiranya seseorang tidak mempunyai
tekanan darah tinggi sebelum hamil tetapi
menghidap diabetes,risiko untuk mendapat
preeklampsia juga agak tinggi berbanding
wanita yang tidak menghidap diabetes
KAEDAH OUTPUT YANG
PENYAMPAIAN DIJANGKAKAN
Flip-chart Menambahbaik pengetahuan wanita
Buku Elektronik terhadap kesan kencing manis pada
ibu dan kandungan
Menambah baik sikap wanita kencing
manis terhadap persediaan untuk
mengurangkan kesan dan komplikasi
kencing manis semasa hamil
<Penilaian>
1 Nyatakan jenis-jenis kencing manis yang boleh kena
pada wanita?
2 Nyatakan apakah kesan kencing manis pada
kandungan
3 Nyatakan komplikasi kencing manis pada ibu
semasa hamil?