The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yasmin, 2022-03-31 13:06:28

BMMB 1104 KONSEP, FUNGSI DAN MANIFESTASI AKAL BUDI KESUSASTERAAN MELAYU

YASMIN SYAHIRA BINTI DUET, BMMB1104 PB 1

BMMB1104 TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK

KONSEP, FUNGSI DAN

MANIFESTASI AKAL BUDI

KESUSASTERAAN MELAYU

YASMIN SYAHIRA BINTI DUET

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah S. W. T atas rahmat dan limpah kurnianya, kerja kursus BMMB 1104
ini dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Penulisan kerja kursus ini
menerangkan dengan terperinci mengenai takrif, jenis, bentuk dan ciri-ciri kesusateraan
Melayu. Selain itu, fungsi-fungsi kesusateraan Melayu dan manifestasi akal budi dalam
sebuah pantun, syair, seloka dan gurindam juga diterangkan dalam penulisan ini.

Semasa menghasilkan kerja kursus ini, banyak halangan dan cabaran yang dihadapi.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya Dr.
Rahmah Binti Abdul Ghani yang banyak membantu dan tidak lokek berkongsi ilmu untuk
menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupakan juga ibu bapa saya yang sentiasa memberi
semangat serta pensyarah-pensyarah bagi subjek lain dan kawan-kawan saya yang banyak
memberi tunjuk ajar.

Sekian, terima kasih.

1.0 TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU

Kamus Dewan Edisi Kempat (2017) mendefinisikan sastera sebagai hasil
seni ataupun karya tulisan seseorang dalam bentuk prosa atau puisi yang
mempunyai ciri-ciri keistimewaan tertentu. Perkataan sastera berasal
daripasa bahasa Sanskrit iaitu ‘castra’ yang membawa maksud kitab suci.
Jika dikaji dengan lebih mendalam ‘su’ membawa maksud indah, baik dan
lebih berfaedah manakala ‘sastera’ membawa maksud huruf atau buku.
Seterusnya, ‘susastera’ ialah kumpulan buku-buku yang mempunyai bahasa
yang indah dan isi yang baik. Dapat disimpulkan bahawa kesusasteraan
ialah kehalusan atau estetika dan bahasa (Ali Ahmad, 1994).

2.0 JENIS KESUSASTERAAN

MELAYU

Kesusasteraan boleh dibahagikan
kepada dua kategori utama iaitu
naratif dan bukan naratif sekiranya
hasil sastera tersebut dikategorikan
secara semantik iaitu dari segi isi.

2.1 KESUSASTERAAN NARATIF

Kesusasteraan naratif merupakan hasil sastera yang mempunyai perkembangan plot. Perkembangan plot
merupakan bahan sastera yang menceritakan suatu peristiwa yang mengandungi unsur watak, masa dan
tempat. Kesusasteraan naratif juga terdapat dalam bentuk lisan dan tulisan. Contoh naratif lisan ialah
mitos, lagenda dan cerita rakyat manakala contoh naratif tulisan ialah sastera hikayat dan sastera panji.
Kebiasaannya, kesusasteraan naratif hanya terdapat dalam bentuk prosa tetapi boleh juga didapati
dalam bentuk puisi naratif seperti Syair Siti Zubaidah. Kesusasteraan jenis ini sering kali dijumpai dalam
bentuk drama, komik, cerpen, filem dan sebagainya sebagai hiburan dalam kehidupan seharian.

2.2 KESUSASTERAAN BUKAN NARATIF

Manakala, kesusasteraan bukan naratif pula bertentangan dengan kesusasteraan naratif
iaitu tidak mengandungi plot. Jenis kesusasteraan ini mempunyai lebih banyak ekspresi
pengarang berbanding dengan kesusasteraan naratif. Oleh itu, kesusasteraan bukan
naratif lebih banyak dihasilkan dalam bentuk puisi seperti pantun. Pantun merupakan
sejenis puisi yang diwujudkan untuk menyampaikan pemikiran dan perasaan seseorang.

3.0 BENTUK KESUSASTERAAN
MELAYU

3.1 PROSA 3.2 PUISI

Prosa merupakan karya sastera Bahasa Puisi pula merujuk kepada hasil karya sastera
Melayu yang ditulis dalam ayat-ayat biasa yang ditulis dengan tidak mematuhi tatabahasa
dan menggunakan tatabahasa yang mudah yang telah ditetapkan dalam Bahasa Melayu.
serta disusun dalam bentuk karangan. Hal ini dikatakan demikian kerana puisi tidak
Selain itu, prosa lebih mudah difahami terdiri daripada ayat yang lengkap dan hanya
berbanding puisi kerana sifatnya yang menggunakan frasa-frasa yang disusun dalam
menggunakan bahasa yang mudah bentuk barisan. Secara umumnya, puisi
difahami masyarakat. Contoh prosa yang merupakan bahasa berirama dan mempunyai
sering dihasilkan ialah novel, cerpen dan rentak tersendiri apabila dibaca. Antara contoh
skrip drama. puisi ialah ssajak, pantun, seloka syair,
gurindam, mantera dan sebagainya.

4.0 CIRI-CIRI KESUSASTERAAN MELAYU

4.1 KEINDAHAN
Keindahan dalam kesusasteraan Melayu dapat dilihat melalui gaya dan
lenggok bahasa yang digunakan dalam karya tersebut. Terdapat empat
syarat yang perlu dipenuhi oleh karya sastera sebelum dinilai keindahannya
iaitu keutuhan, keselarasan, keseimbangan dan fokus kepada sesuatu unsur.

4.2 MENCERMINKAN PENGALAMAN
Pengalaman diungkapkan melalui bahasa di dalam karya sastera.
Pengalaman di sini merujuk kepada tindak balas yang utuh dari jiwa manusia
yang digambarkan secara realiti. Kebiasaannya, penulis karya sastera
menggunakan pengalaman mereka sendiri sebagai idea utama untuk
menghasilkan karya mereka bagi memberikan impak yang lebih realistik
kepada pembaca.

4.0 CIRI-CIRI KESUSASTERAAN MELAYU

4.3 PENGALAMAN SENI
Nilai seni karya sastera dapat dilihat melalui perkara yang disampaikan, cara dan bentuk
perkara tersebut disampaikan. Melalui karya sastera juga, pembaca dapat memahami dan
merasai fikiran dan perasaan penulisnya. Perkara ini terjadi apabila pembaca benar-benar
menghayati karya yang dibacanya. Oleh itu, pembaca akan mendapat pengalaman dan
nilai-nilai seni daripada hasil karya tesebut. Selain itu, penulis juga akan berasa puas dan
gembira apabila hasil karya mereka dapat diterima dengan baik oleh para pembaca.

4.4 KARYA SENI
Karya sastera merupakan karya seni. Terdapat tiga perkara yang dapat membezakan
karya sastera dengan karya bukan sastera iaitu sifat fiksyen, nilai-nilai estetik dan gaya
bahasa yang khusus. Fiksyen membawa makna karya sastera yang dihasilkan melalui
imaginasi penulis berdasarkan pengalaman mereka sendiri. Selain itu, penulis dapat
mengungkapkan isi hati mereka dengan jelas dan mendalam menggunakan nilai-nilai
estetik.

5.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU

5.1 HIBURAN
Karya sastera digunakan untuk menghiburkan dan membawa keseronokan kepada
pembaca. Oleh itu, karya tersebut perlulah mempunyai keindahan kata-kata yang
diungkapkan dan irama yang tersusun agar diterima oleh masyarakat sebagai karya yang
diminati ramai. Selain itu, karya sastera untuk hiburan juga tidak mempunyai plot yang
kompleks. Contohnya, konflik di dalam karya tersebut mestilah tidak memaksa pembaca
untuk berfikir secara mendalam dan mempunyai penutup yang memuaskan hati
pembaca yang menginginkan hiburan.

5.2 PENDIDIKAN
Karya sastera ini bertujuan untuk mengubah pemikiran dan membawa kesedaran kepada
masyarakat. Selain itu, karya ini boleh dijadikan sebagai bahan pengajaran secara
langsung atau tidak langsung kepada masyarakat di samping memberi pengajaran dan
nasihat. Oleh itu, pendidik bertanggungjawab untuk menyampaikan pengetahuan dan
sentiasa membuat latihan. Hal ini dikatakan demikian kerana penjagaan latihan akan
menjadi kebiasaan yang akan berkembang menjadi adat atau membentuk keperibadian
seseorang.

5.3 DAKWAH
Secara umumnya, dakwah ialah mendorong manusia untuk berbuat kebajikan dan
mencegah mereka daripada perbuatan mungkar. Oleh itu, karya sastera dakwah
bertujuan untuk mendidik pembaca agar memiliki unsur moral di samping
menyampaikan pesan suci Tuhan. Karya sastera ini mestilah disampaikan secara
tidak langsung dan halus melalui mesej yang tersirat. Hal ini dapat mengelakkan
sesetengah orang terasa hati dan tidak selesa kerana agama merupakan isu yang
sensitif.

5.4 KRITIKAN SOSIAL
Kritikan sosial merupakan satu bentuk komunikasi dalam masyarakat yang
bertujuan sebagai pengawalan terhadap jalan cerita dalam sistem bermasyarakat.
Oleh itu, tindakan membandingkan dan memerhati secara teliti amatlah penting
untuk mengetahui perkembangan tentang baik atau buruknya kualiti suatu
masyarakat. Semasa kritikan sosial dilakukan, terdapat tiga perkara yang perlu
diambil kira iaitu penilaian, perbandingan dan pengungkapan mengenai sesuatu
masyarakat.

6.0 MANIFESTASI AKAL BUDI
KESUSASTERAAN MELAYU

Kamus Dewan Edisi Keempat (2017) mendefinisikan manifestasi
sebagai perbuatan yang memperlihatkan sesuatu atau
menjadikannya nyata. Akal pula membawa makna fikiran manakala
budi bermaksud kebijaksanaan. Jadi, dapat disimpulkan bahawa
manifestasi akal budi ialah mewujudkan sesuatu menjadi kenyataan
dengan menggunakan buah fikiran.

6.1 PANTUN
Pantun merupakan bentuk puisi tradisional yang terdiri daripada empat baris serangkap, empat perkataan sebaris dam
mempunyai rima a, b, a, b. Setiap rangkap tersebut terbahagi kepada pembayang dan maksud. Seterusnya, pantun juga ialah
pengucapan yang digunakan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap sesuatu dengan tujuan menyindir, berjenaka
atau memberi nasihat.

Contoh pantun:
Diam lisan banyak merenung,

Lompat tinggi anak tupai;
Hendak hati memeluk gunung,
Apa daya tangan tak sampai.



Baris pertama pantun membawa maksud bahawa kita perlulah sentiasa menjaga mulut dan berhati-hati apabila berkata-kata.
Hal ini kerana, apabila kita tersalah bicara, hati seseorang akan terluka. Baris yang kedua pula menggambarkan bahawa rupa
tidak mempengaruhi kekuatan seseorang. Di sini kita dapat melihat bahawa anak tupai yang kecil tersebut dapat melompat
dengan tinggi. Seterusnya, dua baris yang terakhir menerangkan mengenai harapan seseorang yang terlalu tinggi sehingga
mustahil untuk mencapainya. Jadi, jika kita mempunyai harapan, pastikan mengukur baju di badan sendiri terlebih dahulu agar
kita tidak menyesal di kemudian hari kerana tidak dapat mencapai apa-apa kejayaan.

6.2 SYAIR
Syair berasal dari Parsi dan kedatangan Islam ke Nusantara telah membawanya sekali. Syair merupakan sejenis puisi berlagu,
mempunyai rangkap dan rima tetap a, a, a, a. Seterusnya, syair ialah satu pernyataan yang berlarutan untuk mengemukakan
cerita, buah fikiran, nasihat atau pujian. Kebiasaannya, syair dinyanyikan untuk mengiringi tarian-tarian tertentu seperti tarian
boria.

Contoh syair:
Dengarlah anak ibu berpesan,
Lengkapkan diri dengan pelajaran,

Hanyalah itu jadi bekalan,
Untuk hidup di masa depan.



Baris pertama dan kedua syair menerangkan bahawa seorang ibu berpesan kepada anaknya supaya melengkapkan diri
dengan pelajaran. Hal ini kerana baris ketiga dan keempat menyatakan bahawa ilmu yang telah dipelajari akan menjadi
bekalan untuk masa depan. Seperti yang kita tahu, seseorang yang mempunyai ilmu akan sentiasa berjaya dan mereka yang
tidak mempunyai ilmu tidak akan berjaya. Selain itu, seorang ibu juga mempunyai naluri yang kuat mengenai perkara yang
baik untuk anaknya. Jadi, jelaslah bahawa sebagai seorang anak, kita seharusnya sentiasa mendengar kata ibu dan bapa.

6.3 SELOKA
Seloka merupakan bentuk puisi Melayu Klasik dan berbentuk bebas. Seloka tidak mempunyai bentuk tetap dari segi baris,
rima akhir dan tidak mempunyai pembayang. Seterusnya, puisi seloka digunakan untuk mengkritik sebarang perlakuan
negatif masyarakat tanpa menyinggung perasaan mereka. Oleh itu, seloka sangat bersesuaian dengan sifat masyarakat
Melayu yang mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan.

Contoh seloka:
Aduhai malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,

Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,



Dua baris pertama menerangkan betapa malangnya Pak Kaduk kerana ketamakannya sendiri sehingga tidak sedar bahawa
raja sudah menukar ayamnya. Walaupun ayamnya telah menang, tetapi kampungnya tetap tergadai kerana perjanjiannya
dengan raja tersebut. Dua baris yang terakhir pula menerangkan bahawa Pak Kaduk membuang nasi yang dimilikinya dan
pulang kelaparan kerana tiada makanan. Di sini kita dapat melihat betapa membazirnya sikap Pak Kaduk yang sanggup
membuang nasi walaupun hanya tinggal sehelai sepinggang. Jadi, sebagai masyarakat yang berilmu dan dapat berfikir secara
rasional, sikap tamak dan membazir hendaklah dielakkan kerana sikap tersebut dapat memakan diri sendiri.

6.4 GURINDAM
Gurindam mempunyai pengaruh dari Hindu. Gurindam terdiri daripada dua baris serangkap. Baris pertama dipanggil syarat
yang menyatakan sesuatu fikiran atau peristiwa dan baris kedua dipanggil jawab menjelaskan apa yang telah dinyatakan di
baris pertama. Seterusnya, gurindam digunakan untuk didikan, hiburan, gambaran masyarakat melayu lama dan di majlis
formal.

Contoh gurindam:
Orang yang rajin membaca buku,

Banyak ilmu ia tahu.



Gurindam ini menerangkan bahawa orang yang rajin membaca buku akan mendapat banyak ilmu pengetahuan bak kata
pepatah jauh perjalanan, luas pemandangan. Ilmu pengetahuan tersebut dapat dijadikan sebagai panduan sepanjang hidup.
Hal ini kerana ilmu pengetahuan tidak akan pudar ditelan zaman malah menjadi semakin berguna. Oleh itu, sikap suka
membaca haruslah dipupuk sejak kecil lagi agar masyarakat yang suka membaca dapat diwujudkan. Selain itu, seseorang yang
berilmu akan disegani dan dihormati masyarakat. Sudah terang lagi bersuluh bahawa sikap suka membaca mendatangkan
banyak manfaat.

7.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, kesusasteraan Melayu ini merupakan antara karya kebanggaan
masyarakat Melayu yang wujud sejak dulu. Karya ini hendaklah dihargai dengan
mempraktikkan setiap iktibar yang telah diperoleh ketika membaca karya tersebut. Pelbagai
karya kesusasteraan yang dapat kita analisis seperti seloka Pak Pandir yang menjadi satu karya
kegemaran masyarakat. Justeru itu, generasi masa kini hendaklah lebih peka dan lebih cakna
terhadap bahan kesusasteraan negara kita agar tidak tenggelem dek zaman teknologi yang
kian membangun. Walaupun teknologi kian membangun kita perlulah mengekalkan khazanah
negara yang mampu dijadikan sebagai tanda kebanggaan negara kita. Sudah terang lagi
bersuluh bahawa karya-karya kesusasteraan yang telah dihasilkan banyak memberikan impak
positif kepada para pembaca kerana mengandungi pelbagai unsur kehidupan yang boleh
dijadikan pengajaran dan diambil iktibar.

8.0 RUJUKAN

Ali Ahmad. (1994). Pengantar Pengajian Kesusasteraan. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Contoh Pantun Kiasan dan Maknanya. (n.d.). Kumparan. Retrieved March 31, 2022, from
https://kumparan.com/kabar-harian/contoh-pantun-kiasan-dan-maknanya-1wPYfKyvxnk/4
Hardia Ziqin. (2011). Dirgahayu BianglalaKu: Kesusasteraan Melayu. Dirgahayu BianglalaKu.
http://hardiaziqin.blogspot.com/2011/10/kesusasteraan-melayu.html
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2017). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Maydora Marcus. (2018, Julai 9). KRITIKAN SOSIAL DALAM SASTERA. Maydora Marcus.
https://maydoracom.wordpress.com/2018/07/09/kritikan-sosial-dalam-sastera/
Mimbar Kata. (n.d.). Pengertian Kesusasteraan Melayu. Blogspot.com. Retrieved March 31, 2022,
from https://mimbarkata.blogspot.com/2012/09/pengertian-kesusasteraan-melayu.html
Mohd Rodzi. (n.d.). Fungsi sastera dalam masyarakat. Www.academia.edu.
https://www.academia.edu/10263421/Fungsi_sastera_dalam_masyarakat
Nasir. (2012, Jun 16). SASTERA MELAYU: GURINDAM. SASTERA MELAYU.
http://ransnasir.blogspot.com/2012/06/gurindam.html
Nasir. (2012, Mei 31). SASTERA MELAYU: SELOKA. SASTERA MELAYU.
http://ransnasir.blogspot.com/2012/05/seloka.html
Nasir. (2012, Mei 31). SASTERA MELAYU: SYAIR. SASTERA MELAYU.
http://ransnasir.blogspot.com/2012/05/syair.html
Nurussyifa’ Mohd Hairi, & Siti Khadijah Zahari. (2021). Konsep dan Fungsi Kesusasteraan Melayu
dalam Karya Sastera. Prezi.com. https://prezi.com/p/dm7pemnyhz0l/disediakan-oleh-nurussyifa-
binti-mohd-hairi-siti-khadijah-binti-zahari/
Tarahap. (2020, April 25). Makna Syair: Ciri-Ciri, Fungsi Dan Contoh Syair.
https://www.tarahap.xyz/2020/04/makna-dan-ciri-ciri-syair.html


Click to View FlipBook Version