The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muazzimrl52, 2022-06-08 23:31:10

PERLEMBAGAAN MENJAMIN PERPADUAN KAUM

MPU21032 PENGHAYATAN EYIKA
DAN PERADABAN

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MENJAMIN
PERPADUAN KAUM

AHLI KUMPULAN (01DEE21F1137)
MUHAMMAD MUAZZIM BIN KHALID (01DEE21F1145)
LISACHWINDEEP BIN GUDEEP SINGH (01DEE21F1146)
NURUL HAZIQAH BINTI HASLY

NAMA PENSYARAH : PUAN SITI ZAHARAH BINTI
SETAPA

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN (m/s -3,4,5)
>PERLEMBAGAAN
>PERSEKUTUAN
>PERPADUAN

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN (m/s-6)

PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN MENGENAI (m/s-7,8,9)
ISU-ISU PERPADUAN
>ISLAM AGAMA RASMI
>KEDUDUKAN RAJA MELAYU
>KEWRGANEGARAAN

KESIMPULAN (m/s-11)

PENGENALAN PERLEMBAGAAN

PERLEMBAGAAN ialah peraturan atau undang-undang sama ada bertulis atau
tidak bertulis yang menentukan organisasi pemerintahan kerajaan,

pembahagian kuasa antara pelbagai kerajaan iaitu Persekutuan, Negeri dan
Kerajaan Tempatan serta prinsip-prinsip dalam pentadbiran negara.

Perlembagaan merupakan elemen penting dalam amalan sistem politik
demokrasi. Perlembagaan terbahagi kepada dua, iaitu bertulis dan tidak

bertulis. Perlembagaan Malaysia atau dikenali sebagai Perlembagaan
Persekutuan merupakan contoh perlembagaan bertulis. Perlembagaan
bertulis ialah bentuk perlembagaan yang dikumpulkan dan disusun dalam
satu dokumenBagi sesebuah negara yang berdaulat, perlembagaan adalah
sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara dan setiap individu perlu
mematuhi keluhurannya. Kita dapat melihatnya pada Rukun Negara ketiga
iaitu Keluhuran Perlembagaan di mana Perlembagaan Persekutuan menjadi
undang-undang tertinggi negara dan panduan kepada segala pentadbiran
negara. Selain itu, perlembagaan juga berperanan sebagai satu panduan bagi
pembentukan undang-undang sama ada untuk pihak kerajaan, rakyat atau
sesiapa sahaja. Pada masa yang sama, tidak ada satu institusi yang boleh

mengatasi ketinggian Perlembagaan Persekutuan.

PERSEKUTUAN

Persekutuan [pĕr-sĕ-ku-tu-an] atau federasi [fé-dé-ra-si] ( bererti "perjanjian", melalui
terbitan ) ialah sebentuk yang terdiri daripada sebilangan negeri atau rantau yang separuh

berpentadbiran sendiri yang disatukan oleh satu pemerintahan pusat. Dalam sesebuah
negara persekutuan, status pentadbiran sendiri bagi neger-negeri komponen lazimnya
dikukuhkan oleh perlembagaan dan tidak wajar diubah oleh keputusan yang dibuat oleh

kerajaan/pemerintah pusat yang hanya menyebelahi satu pihak.

Bentuk kerajaan atau Pemerintahan beraja.

Persekutuan ini boleh berupa suatu kawasan pelbagai etnik, atau meliputi sebidang tanah
wilayah yang amat luas, namun tidak semestinya begini. Persekutuan lazimnya ditubuhkan

melalui persetujuan asal antara sebilangan negeri berdaulat.

PERPADUAN

Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan
sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka.Ia perhubungan sosial
yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi

ataupun sains kemasyarakat.

Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas
atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling
menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula,
terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan

sosial ataupun masyarakat.

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN
MALAYSIA

PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN DAN

ISU-ISU PERPADUAN

ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI PERSEKUTUAN

Di dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3 Fasal (1) menyatakan bahawa
Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan
dengan aman dan damai. Agama-agama lain yang ada di negara ini adalah bebas

diamalkan malah rumah-rumah ibadat turutdibina bagi memudahkan
penganutnya untuk menjalankan tanggungjawab keagamaan masing-masing.

Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua agama di negerinya sendiri dan
Bagindadiperuntukkan menjadi ketua agama bagi Negeri Melaka, Pulau Pinang,
dan WilayahPersekutuan dan juga Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub

dalam Perkara 3 (3). Selaindari negeri-negeri tersebut, Rajanya sendiri adalah
ketua agama Islam di negeri tersebut

KEDUDUKAN RAJA-RAJA MELAYU

Setelah kemerdekaan, institusi pemerintahan beraja diteruskan dengan beberapa
pindaan supayadapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen. Raja-raja di

bawah Perlembagaantahun 1957 dikehendaki terima nasihat-nasihat daripada
menteri-menteri dan bertindak mengikutnasihat tersebut. Manakala, Yang di-Pertuan

Agong, dikehendaki bertindak menurut jemaahmenteri. Ketua utama Persekutuan
ialah Yang di-Pertuan Agong.

Perkara 32 PerlembagaanPersekutuan telah meletakkan institusi diraja pada
kedudukan kukuh dengan pengisytiharanYang di-Pertuan Agong sebagai ketua utama

negara sebagaimana tertera dalam lagu kebangsaanke atas ‘takhta’ yang membawa
‘kerahmatan dan kebahagiaan daripada kurniaan Tuhan

KEWARGANEGARAAN

Perkara ini terkandung di dalam Bahagian 3, Perkara 14 hingga 22 yang
menyebut mengenaihak serta cara-cara mendapatkan kewarganegaraan
Malaysia. Manakala Perkara 23 hingga 28membahas berkenaan cara atau ciri-
ciri yang menyebabkan seseorang warganegara bolehterlucut dan dilucutkan
hak warganegaranya.Secara umumnya, kewarganegaraan seseorang itu boleh
didapatkan melalui beberapacara. Pertama, melalui Kuat Kuasa Undang-
undang. Kedua, kewarganegaraan yang didapatkansecara pendaftaran atau

permohonan. Ketiga, kewarganegaraan secara kemasukan
naturalisasi.Keempat, kewarganegaraan secara percantuman wilayah. Namun,

hak-hak sebagai seorang warganegara Malaysia bukanlah kekal kerana
terdapatsyarat-syarat tertentu yang mesti dipatuhi oleh setiap warganegara.
Hak-hak tersebut boleh terlucut atau dilucutkan oleh Perlembagaan Malaysia
jika pemegangnya melakukan sesuatutindakan yang bertentangan dengan

kehendak perlembagaan itu. Kewarganegaraan juga bolehdilucutkan oleh
perlembagaan jika individu tersebut membuktikan bahawa dia tidak lagi
setiakepada negara melalui tindakan atau percakapannya. Penderhakaan
yang dilakukan oleh individutersebut sama ada di dalam mahupun di luar

negara juga menyebabkan perlembagaan berhak menarik balik
kewarganegaraan seseorang itu.



KESIMPULANNYA

Perlembagaan merupakan kunci kepada
masyarakat di Malaysia demi memelihara
dan mengekalkan keamanan dan perpaduan
antara kaum bagi kesejahteraan rakyat dan

kemakmuran negara ini. Adalah suatu
kewajipan dan tanggungjawab semua rakyat

Malaysia untuk mematuhi Perlembagaan
Persekutuan selaras dengan Rukun Negara

kita.


Click to View FlipBook Version