MAKSUD & HUKUM TAHARAH
BAHASA
Suci dan bersih
ISTILAH
Suci dan bersih daripada hadas dan najis
HUKUM
WAJIB ketika ingin melaksanakan ibadat solat dan
tawaf, memegang, membawa atau menyentuh al-Quran
Firman Allah SWT :
Maksud :
Sesungguhnya Allah SWT suka kepada orang
yang banyak bertaubat dan membersihkan diri
TAHARAH
MENYUCIKAN MENGANGKAT
NAJIS HADAS
MENYUCIKAN NAJIS
MUKHAFFAFAH
MUTAWASSITAH
MUGHALLAZAH
MENGANGKAT HADAS
KECIL BESAR
BERWUDHUK TAYAMUM MANDI
ALAT BERSUCI
Air Mutlak
Debu tanah yang suci
Batu yang suci atau Benda kesat
7SUMBER AIR MUTLAK
AIR HUJAN
AIR SUNGAI
AIR LAUT
AIR EMBUN
AIR MATA AIR
AIR PERIGI
AIR SALJI
JENIS AIR
AIR MUTLAK
AIR MUSTAKMAL
AIR MUSYAMMAS
AIR MUTANNAJIS
AIR MUTLAK
PENGERTIAN
Air yang suci dan boleh digunakan untuk bersuci
SIFAT
Air bersih yang belum digunakan untuk bersuci
Air yang tidak berubah bau, warna atau rasa dengan sebab
benda asing yang dimasukkan ke dalamnya
PENGGUNAAN
Mandi wajib, berwudhuk dan membasuh sesuatu yang terkena najis
AIR MUSTAKMAL
PENGERTIAN
Air yang suci tetapi tidak boleh digunakan untuk bersuci
SIFAT
Air mutlak yang telah digunakan untuk bersuci
PENGGUNAAN
Boleh diminum dan digunakan untuk perkara yang tidak
berkaitan dengan mengangkat hadas atau bersuci
AIR MUSYAMMAS
PENGERTIAN
Air yang disimpan dalam bekas logam (kecuali emas
dan perak) yang terdedah kepada cahaya matahari
SIFAT
Air mutlak yang terdedah kepada cahaya matahari di
negeri yang iklimnya terlalu panas
PENGGUNAAN
Makruh apabila digunakan ketika masih panas
AIR MUTANNAJIS
PENGERTIAN
Air yang dimasuki atau terkena najis
SIFAT
Air yang dimasuki najis dan jumlahnya tidak sampai dua
kolah, walaupun tidak mengubah bau, warna dan rasa
Air yang tidak mengalir yang berubah warna, bau atau
rasanya apabila dimasuki najis walaupun melebihi dua kolah
PENGGUNAAN
Tidak sah bersuci dengannya dan tidak boleh diminum
KEPENTINGAN BERSUCI
Sentiasa bersiap sedia untuk beribadat
Memelihara kesihatan dan menghindari penyakit
Mewujudkan persekitaran yang ceria dan kondusif
Menjadikan tempat ibadat sentiasa selesa
Meningkatkan maruah diri dan ketamadunan umat
Mendapatkan keredhaan dan kasih sayang Allah SWT
PERBEZAAN ANTARA
SUCI DENGAN BERSIH
• BERSIH
Pakaian yang terkena najis dan dibasuh dengan sabun tetapi tidak
menggunakan air mutlak
-Bersih tetapi tidak suci
-Tidak boleh digunakan untuk solat
• SUCI
Kotoran yang bukan najis dan boleh dibersihkan dengan hanya
menggunakan sapu tangan atau tisu sahaja
-Tidak bersih tetapi suci
-Boleh digunakan untuk solat