The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Haisyah Saidin, 2022-11-08 11:09:05

BUKU SISIPAN PPIM

NURUL BALQIS

jagung boleh dijadikan bahan penambah
nilai semasa menyediakan hidangan untuk
pesakit.

TARIKH :17 .03.2022

HARI : Rabu
MASA : 2.40 – 3.40 petang
TEMPAT : Kediaman Masing-masing
( Googlemeet )
TAJUK : Permata Berharga
TAHAP : Puteri Sulong

4.1 Pergaulan
PERGAULAN
Manusia tertakluk untuk memelihara dua
bentuk hubungan iaitu hubungan dengan
Allah(hablumminallah) dan hubungan
sesama manusia (hablumminannas) Secara
fitrahnya, manusia tidak boleh hidup
keseorangan , seperti mana Adam a.s yang

minta dijadikan teman iaitu Hawa
meskipun telah dilimpahi dengan pelbagai
kenikmatan dan kesenangan di syurga. Kita
saling memerlukan antara satu sama lain
dan saling bergantungan untuk
meneruskansurvival kehidupan.Dalam
Islam, konteks pergaulan adalah cukup luas
dan mencakupi segenap aktiviti harian kita
seperti dalam urusan jual beli,
kerja,belajar,perubatan,penyaksian di
mahkamah dan sebagainya.Kita digalakkan
untuk saling mengenali antara satu-sama
lain dan ini amat bertepatan dengan firman
Allah SWT di dalam Surah Al-Hujurat : ayat
13 yang berbunyi

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami
telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan Kami telah menjadikan
kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan (dan
beramah mesra antara satu dengan Yang
lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di
sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya
di antara kamu, (bukan Yang lebih
keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,
lagi Maha mendalam pengetahuannya
(akan keadaan dan amalan kamu).

TERDAPAT 3 PERINGKAT DALAM
PERGAULAN MENURUT ISLAM :
1.Peringkat berkenalan (taaruf)
Untuk membantu kita untuk saling
kenal-mengenali.
2.Peringkat memahami (tafahum)
Dapat memahami sifat, latar belakang
akhlak seseorang. Dengan ini mudahlah
kita untuk menentukan orang yang akan
menjadi teman kita.
3.Peringkat tolong-menolong (taawun)
Dengan tolong-menolong sesama manusia,
kita dapat mengeratkan hubungan sesama

manusia.

SENARIO YANG DIHADAPI OLEH UMAT
ISLAM
Aliran Barat/Sekuler
Aliran yang mahukan wanita dan lelaki
bercampur sesama mereka semaksima
mungkin

Aliran ke Timuran
Diwarnai Islam tradisi yang mempunyai
makna dan tafsiran tersendiri iaitu
bagaimana seharusnya batas pergaulan
antara jantina
Aliran Kemujudan
Aliran ini menunjukkan dalam banyak
masyarakat Islam abad ini, wanita
terpenjara dan dinafikan hak-hak mereka
yang sudah dijelaskan dalam Al-Quran.
Kesimpulannya, melalui ketiga-tiga aliran
ini sudah pastinya mempunyai banyak
kelemahan dan mendatangkan banyak
masalah kepada umat Islam.

ADAB-ADAB PERGAULAN DALAM ISLAM
Di dalam agama Islam, terdapat beberapa adab
yang harus ditekankan. Antaranya ialah :
1.Menundukkan pandangan
Allah memerintahkan kaum lelaki merendahkan
pandangannya. Sebagaimana Allah telah
berfirman :
Katakanlah kepada laki-laki yang beriman:
Hendaklah mereka menahan pandangannya dan
memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada
kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan
katakanlah kepada wanita yang beriman:
Hendaklah mereka menahan pandangannya dan
memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 31)
2. Menutup Aurat
Sebagaimana Allah telah berfirman dan jangan lah
mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang
biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka
melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur:
31)
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua

jenis
Dari Abu Daud Said al-Khudri .a. berkata:
Rasulullah SAW bersabda:
Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki,
begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat
wanita.
3.Tidak berdua-duaan di antara Lelaki dan
Perempuan

Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat)
dengan wanita kecuali bersama mahramnya.
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW
bersabda:
Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan
dengan seorang wanita, kerana syaitan akan
menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad &
Tirmidzi)
4.Tidak melunakkan percakapan

Seorang wanita dilarang melunakkan
percakapannya ketika bercakap selain daripada
suami. Allah SWT telah berfirman;
Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti
wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka
janganlah kamu tunduk dalam berbicara
(berkata-kata yang menggoda) sehingga
berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam
hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan
yang baik. (al-Ahzaab: 32)
Imam Ibnu Kathir juga berkata;
Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh
ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta
kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu
hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain
tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah
seorang wanita berbicara dengan orang lain
sebagaimana dia berbicara dengan suaminya.
(Tafsir Ibnu Kathir 3/350)
5.Tidak bersentuhan dengan kaum berlawanan
jenis

Dari Maqil bin Yasar .a. berkata;
Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan
jarum besi itu masih lebih baik daripada
menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya.
(Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam
Kabir)


Click to View FlipBook Version