The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-9640371, 2021-09-02 08:55:35

GPS POSTER (4)

GPS POSTER (4)

GPS PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER
KEMPEN PENGAMBILAN AIR KOSNG DALAM KALANGAN MURID

JPN SELANGOR

LAMPIRAN 2

GARIS PANDUAN DAN SYARAT – SYARAT
PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER
KEMPEN PENGAMBILAN AIR KOSONG DALAM KALANGAN MURID
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021

PERINGKAT NEGERI SELANGOR

1. MAKLUMAT PERTANDINGAN
1.1 Tema pertandingan ialah “#murahmudahsihat”.
1.2 Pertandingan Melukis dan Mewarna Poster Kempen Pengambilan Air Kosong
Dalam Kalangan Murid Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan
mencungkil bakat dan kreativiti murid dalam menyampaikan mesej kesedaran
dan pengajaran supaya mengamalkan gaya hidup sihat dengan berpandukan
tema yang telah diberikan.
1.3 Pertandingan ini bermula pada 16 Ogos 2021.
1.4 Tarikh tutup penyertaan ialah pada 15 September 2021, jam 5.00 petang.
Penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.
1.5 Penyertaan adalah PERCUMA.
1.6 Penyertaan pertandingan terbuka kepada semua murid warganegara
Malaysia, sekolah menengah dan sekolah rendah KPM.

2. OBJEKTIF
Objektif pertandingan melukis poster kempen pengambilan air kosong dalam kalangan
murid ini adalah untuk:
2.1 Meningkatkan kesedaran murid berkaitan kepentingan menjaga kesihatan
melalui pengambilan air kosong.
2.2 Membiasakan pengambilan air kosong dalam kalangan murid bagi menangani
masalah berlebihan berat badan dan obesiti dan mencegah penyakit tidak
berjangkit (NCD).
2.3 Menggalakkan penyertaan murid dan sekolah dalam mempromosikan kempen
pengambilan air kosong.
2.4 Memberikan markah tambahan kepada murid bagi penyertaan aktiviti
Peringkat Kebangsaan dalam penilaian PAJSK.
2.5 Meningkatkan kreativiti murid dalam bidang seni visual.

1

GPS PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER
KEMPEN PENGAMBILAN AIR KOSNG DALAM KALANGAN MURID

JPN SELANGOR

3. PENGANJUR
Pertandingan ini adalah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

4. SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN
4.1 Setiap penyertaan mestilah merupakan kerja asal/asli.
4.2 Penyertaan terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu:-

KATEGORI SEKOLAH RENDAH (9-12 TAHUN)
Jenis Karya
Catan/Media Campuran
Bahan
Campuran Media Kering & Basah contoh cat air, cat akrilik,
Saiz Karya cat minyak dan cat poster, pensel, pensel warna, pen teknikal,
Tema pen marker, pastel, crayon dan lain-lain media yang
bersesuaian dan mudah bagi proses penghantaran

Kertas lukisan A3 sahaja
(11.69 inci x 16.54 inci)

“AirKosong: Pilihan Lebih Baik, Gaya Hidup Sihat”

KATEGORI SEKOLAH MENENGAH (13-16 TAHUN)
Jenis Karya
Bahan Catan/Media Campuran

Saiz Karya Campuran Media Kering & Basah contoh cat air, cat akrilik, cat
Tema minyak dan cat poster, pensel, pensel warna, pen teknikal, pen
marker, pastel, crayon dan lain-lain media yang bersesuaian
dan mudah bagi proses penghantaran

Kertas lukisan atau kanvas bersaiz
maksima A2 (16.54 inci x 23.39 inci)
atau minima A3 (11.69 inci x 16.54 inci)

“AirKosong: Pilihan Lebih Baik, Gaya Hidup Sihat”

2

GPS PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER
KEMPEN PENGAMBILAN AIR KOSNG DALAM KALANGAN MURID

JPN SELANGOR

4.3 Pertandingan dibahagikan kepada Peringkat Negeri dan Peringkat Kebangsaan
seperti berikut:

a) Peringkat Negeri:
Penjurian awal akan berlaku di Peringkat Negeri. Pemenang tempat
Pertama hingga Ketiga di setiap kategori akan mewakili negeri ke
Peringkat Kebangsaan.

b) Peringkat Kebangsaan:
Pemenang tempat Pertama hingga Ketiga Peringkat Negeri akan
dipertandingkan bagi setiap kategori.

4.4 Penyertaan oleh murid perlu mendapat pengesahan daripada pengetua atau
4.5 guru besar.
4.6 Penyertaan adalah secara individu dan kos adalah ditanggung sepenuhnya oleh
4.7 peserta.
4.8 Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Malaysia sahaja.
Karya yang dilukis hendaklah tidak mengandungi unsur-unsur perkauman, politik
4.9 dan juga isu-isu yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia.
Idea dan karya mestilah hasil ciptaan sendiri dan tidak pernah disiarkan dalam
4.10 media cetak mahupun internet. Plagiat adalah tidak dibenarkan sama sekali.
4.11 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya terdapat unsur-unsur plagiat.
Setiap karya yang dihantar sebagai penyertaan akan dijadikan bahan dan hak
milik penganjur. Penganjur mempunyai hak sepenuhnya untuk digunakan dalam
mana-mana platform yang bersesuaian.
Hasil karya perlu dihantar melalui sekolah ke Unit Hal Ehwal Murid, Pejabat
Pendidikan Daerah bersama-sama dengan Lampiran B (Borang Penyertaan)
Peserta perlu mengisi Borang Kebenaran Ibu Bapa/Penjaga seperti dilampiran.

5. FORMAT LUKISAN DAN KEMASAN PENGHANTARAN
5.1 Lukisan tangan sahaja dibenarkan. Penggunaan media cetakan digital TIDAK
dibenarkan.
5.2 Jenis karya ialah berbentuk lustrasi, catan atau campuran.
5.3 Hasil karya murid perlu dihantar melalui sekolah ke PPD bersama-sama dengan
Borang Penyertaan (Lampiran B) perlu dimasukkan dalam sampul surat yang
bersesuaian dan tidak dilipat, selamat dan terjaga keasliannya dari sebarang
kecacatan yang boleh memberi kesan kepada pemarkahan.

3

GPS PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER
KEMPEN PENGAMBILAN AIR KOSNG DALAM KALANGAN MURID

JPN SELANGOR

6. JADUAL PELAKSANAAN PERTANDINGAN
6.1 Jadual pelaksanaan pertandingan adalah seperti berikut:

Bil. Perkara Tempoh
Tempoh penyediaan karya dan penghantaran 16 Ogos hingga 15
September 2021
1. 22 September 2021
karya ke PPD 22-30 September 2021

2 Tarikh akhir PPD hantar karya terbaik ke JPN 08 Oktober 2021

3. Penjurian Peringkat Negeri 11-15 Oktober 2021
Tarikh akhir penghantaran karya pemenang 25 Oktober 2021
(Jangkaan)
4.
Peringkat Negeri oleh JPN ke KPM.
Penjurian Peringkat Kebangsaan - Penjurian

5.
Profesional
Majlis Penyampaian Hadiah

6.
Peringkat Kebangsaan

7. PENJURIAN

7.1 Penjurian akan diadakan di Peringkat Daerah, Negeri dan Peringkat
Kebangsaan.

7.2 Sekurang-kurangnya tiga (3) orang juri professional yang terlibat dalam bidang
teknikal, bahasa dan kesihatan akan menjadi penilai di Peringkat Negeri dan
Peringkat Kebangsaan.

7.3 Penjurian Peringkat Kebangsaan akan menggunakan penjurian profesional
sepenuhnya.

7.4 Kriteria yang akan dinilai berdasarkan keaslian, tema, mesej, konsep,
kekemasan/kebersihan, kreativiti, nilai murni/positif, warna dan ilustrasi.

4

GPS PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER
KEMPEN PENGAMBILAN AIR KOSNG DALAM KALANGAN MURID

JPN SELANGOR

8. KEPUTUSAN PERTANDINGAN
8.1 Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan tidak
akan dipertimbangkan.
8.2 Pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur sebaik sahaja selesai penjurian
Peringkat Negeri atau Peringkat Kebangsaan.

9. HADIAH PEMENANG
9.1 Setiap kategori pertandingan Peringkat Negeri akan menerima hadiah yang
disediakan oleh JPN mengikut ketetapan masing-masing
9.2 Setiap kategori pertandingan Peringkat Kebangsaan akan menerima hadiah, plak
dan sijil yang disediakan oleh penganjur.

10. BORANG PENYERTAAN

10.1 Semua borang boleh dimuat turun melalui https://bit.ly/infolukisair
10.2 Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui [email protected] atau
semua Pegawai 3K daerah masing-masing.

CATATAN:
Pihak sekolah perlu memastikan semua peserta dan pihak terlibat mengamalkan garis
panduan pencegahan penularan COVID-19 yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara
(MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada setiap masa sepanjang tempoh
aktiviti penghasilan karya.

-TAMAT-

5


Click to View FlipBook Version