The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Dasar Dan Ketetapan Sekolah 2023-Pentadbiran

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by epengurusanyba8308, 2023-11-01 02:43:44

Dasar Dan Ketetapan Sekolah 2023-Pentadbiran

Dasar Dan Ketetapan Sekolah 2023-Pentadbiran

1 KEMENTERIAN PENDIDIKAN SEKOLAH KEBANGSAAN HJ BUJANG SEBANGAN DASAR DAN KETETAPAN


2 PERATURAN-PERATURAN PENTADBIRAN PENTADBIRAN • Pegawai kerajaan tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Semua guru dikehendaki membaca dan mematuhi Perintah Am tersebut. • Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan. • Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang. • Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan. • Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas. • Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah. • Bertanggungjawab menjaga harta benda sekolah. • Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang dinamik, cekap dan berkesan. KEDATANGAN GURU • Berada di sekolah sekurang-kurangnya lima (5) minit sebelum jadual pertama persekolahan dan balik selepas semua murid balik atau masa yang ditetapkan oleh Guru Besar. • Semua Staf hendaklah mengimbas cap jari masuk dan masa balik dengan sendiri. • Guru perlu memaklumkan ketidakhadiran ke sekolah kepada Guru Besar dengan segera. • Rekod Mengajar, buku rujukan, anak kunci bilik-bilik khas dan surat akuan doktor hendaklah diserahkan kepada Guru Besar semasa bercuti. • Kelewatan atas sebab tertentu perlu dimaklumkan kepada Guru Besar. • Mendapat tanda merah sebanyak 3 kali akan mendapat amaran bertulis pertama. 3 kali kedua akan mendapat amaran bertulis kedua dan 3 kali seterusnya akan dipanjangkan ke PPD untuk laporan tindakan tatatertib. • Semua staf hanya dibenarkan mengambil sekali dalam sebulan sahaja kebenaran keluar pejabat untuk urusan peribadi iaitu dengan syarat berada sekurang-kurangnya 4 jam atau separuh dari waktu bekerja pada hari berkenaan. Sumber rujukan JPA(SARAAN)(S)1619 Klt.16(7) bertarikh 9 Disember 2009.


3 PERHIMPUNAN • Semua guru perlu hadir dalam perhimpunan rasmi yang diadakan pada setiap hari Selasa. • Guru bertugas mingguan hendaklah mengendalikan perhimpunan ini. Atur cara perhimpunan hendaklah dijalankan seperti yang telah ditetapkan mengikut Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1984 KP.(BS)8591/Jld.II/(24) bertarikh 14.7.84 dan ketetapan sekolah. • Semua staf dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah (Mesyuarat Guru, Mesyuarat Agung PIBG, Hari Sukan Sekolah dan Hari Anugerah Cemerlang.) PERATURAN PEJABAT • Semua staf ditegah mengambil fail-fail atau dokumen dari pejabat sekolah tanpa keizinan Guru Besar. Surat-surat penting untuk tindakan guru yang berkenaan boleh difotokopi dengan memaklumkan kepada ketua kerani sekolah dan direkodkan. • Semua staf dilarang : ➢ Membaca surat-surat yang berada di atas meja Guru Besar, Penolong Kanan atau Kerani. ➢ Mengambil/membaca Buku Diari Sekolah melainkan dengan keizinan Guru Besar atau Penolong Kanan. ➢ Mengambil/menulis buku-buku stok kecuali guru yang berkenaan dipertanggungjawabkan. ➢ Berbual-bual atau membuat kerja yang tidak berkaitan dengan urusan. ➢ Mengarah kakitangan pejabat untuk membuat sesuatu urusan tanpa kebenaran Guru Besar atau Penolong Kanan. ➢ Menggunakan telefon pejabat untuk tujuan peribadi. ➢ Semua staf dikehendaki berada di bilik pentadbiran atau bilik kelas atau bilik rehat sekolah sahaja dan tidak boleh berada di kuarters guru tanpa kebenaran Guru Besar semasa waktu bekerja melainkan pada waktu rehat pukul 9.45 pagi dan untuk urusan TERTENTU. Kegagalan mematuhinya boleh dikenakan surat penjelasan/ surat tunjuk sebab/ potong cuti rehat khas/ diberi cuti tanpa gaji/ TINDAKAN TATATERTIB.


4 SURAT-MENYURAT • Semua surat rasmi hendaklah dikirim melalui Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak yang berkenaan. • Surat yang diedarkan kepada guru hendaklah diambil tindakan dengan kadar segera dalam masa tidak melebihi 2 hari bekerja kecuali dokumen yang memerlukan tindakan segera pegawai. • Jika surat tersebut ditujukan kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada Guru Besar, surat itu boleh disimpan setelah tindakan diambil. • Semua staf dilarang mengambil salinan surat dari fail pejabat. • Semua surat yang diambil dari peti surat PPD atau lain-lain sumber perlu disemak terlebih dahulu oleh penerima dan diserahkan kepada Guru Besar serta disemak semula sebelum direkod oleh Pembantu Tadbir sekolah. KUNJUNGAN KE PPD DAN JPN • Semua staf tidak digalakkan ke PPD atau JPN tanpa kebenaran daripada Guru Besar dan hendaklah berpakaian kemas dan sopan. CUTI CUTI REHAT/CUTI PENGGAL • Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP(PP)0046.SJ/A/(30) Bertarikh 24 Disember1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah. • Guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti. CUTI SAKIT • Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh pegawai perubatan kerajaan. • Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam setahun. • Cuti sakit yang melebihi 90 hari dalam setahun sama ada berterusan atau sebaliknya akan dilaporkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan untuk menentukan pembayaran gaji.


5 CUTI TANPA GAJI • Mengikut Perintah Am Bab C Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. • Cuti Tanpa gaji kakitangan bukan guru boleh diberi selepas semua cuti rehat telah habis. • Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari. • Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan ke luar negeri hanya boleh diambil sekali dalam tempoh 4 tahun. • Kelulusan Cuti Tanpa gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun diluluskan oleh Pengarah Pendidikan Negeri. • Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. • Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti. CUTI REHAT KHAS • Cuti rehat Khas ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja. • Cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab kecemasan dan upacara agama bagi tempoh 10/15 hari dalam setahun (Dengan syarat tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran) CUTI KE LUAR NEGARA • Semua guru yang hendak bercuti ke luar negara mesti mendapat kelulusan Jabatan Pendidikan Negeri. Borang permohonan perlu diisi selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti. PAKAIAN • Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur. • Pakaian berbentuk seluar dan baju yang merupakan pakaian negara lain tidak dibenarkan bagi guru perempuan. • Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut yang sesuai dan kemas. • Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dikehendaki memakai pakaian yang sesuai iaitu:- ➢ Guru Perempuan : Seluar trek, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.


6 ➢ Guru Lelaki : Seluar trek /seluar panjang yang sesuai, kemeja sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit. • Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dikehendaki memakai pakaian rasmi selepas waktu tersebut kecuali atas kebenaran guru besar dan kes tertentu Sahaja. • Pada hari Rabu, semua guru digalakkan memakai pakaian seragam unit masingmasing.Pada hari Khamis, semua guru diwajibkan memakai baju batik. • Pada hari Jumaat, semua guru lelaki digalakkan memakai pakaian baju Melayu yang lengkap. • Guru lelaki dikehendaki menggunakan tali leher pada setiap hari Selasa. • Semua guru hendaklah menunjukkan penampilan yang kemas dan beretika. PERHUBUNGAN SESAMA GURU/ MURID/ KLIEN • Semua staf perlu memupuk hubungan profesional yang baik, sihat dan semangat kerja berpasukan. • Semua staf perlu menanam rasa hormat menghormati di antara satu sama lain. • Semua staf perlu mengamalkan percakapan dan tutur kata yang sopan untuk mengelakkan gangguan emosi rakan yang lain. • Semua staf perlu mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata kesat sama ada terhadap Pentadbir, rakan, murid atau klien. BILIK GURU • Kebersihan dan keselamatan bilik guru serta harta benda sekolah merupakan tanggungjawab semua staf. • Waktu Senggang (free period) guru hendaklah dipenuhi melakukan perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dan perlu berada di dalam bilik guru dan bukan berada dirumah/kuarters/kantin/kedai/ lain-lain tempat untuk membuat urusan lain. • Guru tidak digalakkan membenarkan murid berada di bilik guru. PERJAWATAN DAN PENGAJARAN • Guru yang menghadapi masalah dalam bidang perjawatan boleh berurusan dengan Guru Besar. • Guru yang menghadapi masalah dalam pengajaran boleh berurusan dengan Ketua Panitia Mata Pelajaran, Guru Cemerlang, Penolong Kanan atau Guru Besar. • Staf yang bermasalah TIDAK akan disokong untuk sebarang kenaikan pangkat TBBK/pengesahan dalam perkhidmatan/ Hakiki atau perpindahan.


7 • Pentadbir tidak akan berkompromi dari segi kenaikan pangkat jika seseorang pegawai tidak menunjukkan kelayakan untuk dinaikkan pangkat sama ada secara TBBK atau sebagainya. TUGAS • Guru yang diberikan tugas-tugas kurikulum, HEM, kokurikulum dan pentadbiran perlu melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab. PELAWAT • Semua pelawat perlu berjumpa dengan Guru Besar/ Penolong Kanan terlebih dahulu. • Guru-guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Guru Besar. PEMBELIAN • Sebelum pesanan dilakukan, guru perlulah mendapatkan sekurang-kurangnya 3 sebutharga sebagai perbandingan harga. • Guru yang hendak membeli Bahan Bantuan Mengajar mesti memohon kebenaran dengan menggunakan borang nota minta yang diperoleh di pejabat dengan disahkan oleh Ketua Panitia/ Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Guru Besar. • Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan. Semua invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok. MESYUARAT GURU • Guru Besar akan mengadakan mesyuarat guru dari semasa ke semasa dan kehadiran semua staf adalah wajib. • Semua staf juga diwajibkan menghadiri mesyuarat yang diadakan oleh Penolong Kanan dan Ketua Panitia. BUKU STOK DAN INVENTORI • Penolong Kanan / Ketua Panitia dan guru-guru bertanggungjawab menguruskan buku stok/ inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan kemas kini. Buku ini akan disemak dari semasa ke semasa oleh Guru Besar/ Penolong Kanan. TANDA NAMA • Semua staf wajib memakai tanda nama pada hari persekolahan dan majlis rasmi di sekolah.


8 KEAHLIAN KELAB STAF/ PIBG • Semua staf secara automatik menjadi anggota kelab staf atau PIBG sekolah. PENGGUNAAN ALAT-ALAT • Semua peralatan perlu digunakan dengan betul, mengikut peraturan dan mendapat kebenaran daripada pihak yang berkenaan. • Guru bertanggungjawab menjaga peralatan yang digunakan dan memulangkannya dalam keadaan yang baik.Sebarang kerosakan perlu dilaporkan. ARAHAN DAN PEKELILING • Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar perlu dibaca dengan teliti dipatuhi dan ditandatangani setelah selesai dibaca. • Sekiranya pekeliling itu daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan /Pejabat Pendidikan Daerah guru hendaklah kembalikan ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil. • Guru atau pihak berkenaan yang gagal mematuhi semua arahan yang ditetapkan akan diberi amaran bertulis. SEMUA JENIS PROGRAM SEKOLAH • Semua jenis program sekolah perlu mendapatkan kebenaran dari guru besar terlebih dahulu. • Kertas kerja perlu dikemukan untuk perhatian pegawai penyemak dan pegawai pelulus. • Semua staf perlu menghadirkan diri sehingga TAMAT masa program. Ketiadaan perlu dimaklumkan kepada guru besar terlebih dahulu. Kegagalan mendapatkan kelulusan daripada guru besar menyebabkan pegawai di kategorikan KELUAR TANPA KEBENARAN dan boleh di kenakan TINDAKAN TATATERTIB. • Semua jenis program perlulah di laporkan pelaksanaannya dalam tempoh 14 hari selepas pelaksanaan ke dalam tapak laporan yang di sediakan.


Click to View FlipBook Version