INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM TUGASAN KERJA KURSUS TAHUN AKADEMIK : 2023 Program: PDPP Nama Pelajar: Kod: EDUP2132 Semester / Tahun : Semester 2 Tahun 1 Nama Kursus: Profesionalisme Keguruan Ambilan : Okt 2022 Kumpulan : PDPP PEND ISLAM (RENDAH) (T1S2.01,2.02,2.03, 2.04, 2.05, 2.06, 2.07 & 2.08) PDPP B ARAB (RENDAH) T1S2.09 PDPP PEND ISLAM (MEN) (T1S2.10 & 2.10) PDPP TAHFIZ (MEN) T1S2.11, 2.12, 2.13 & 2.14) PDPP PPC BA (MEN) T1S2.15 PDPP PPC BA (MEN) T1S2.16 Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar 1. Penulisan Akademik 20/2/2023 16/3/2023 2. Persembahan 17/3/2023 28/3/2023 Hasil Pembelajaran Kursus: 1. Menganalisis ciri-ciri profesional dan akauntabiliti guru dalam meningkatkan perkembangan serta pembangunan profesionalisme guru (C4, A3, HP2, HP11, KKG2, KEP10) 2. Menilai kualiti guru, serta peranan guru sebagai pemimpin instruksional dan juga dalam pembangunan tadbir urus insan dan kewarganegaraan (C5, HP2, KKG7) 3. Membentangkan analisis isu-isu semasa berkaitan etika dan perundangan dalam pendidikan (C4, A3, HP2, HP5, KKG2 , KMK2) Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran kursus 1, dan 3. Objektif Kerja kursus: Pelajar dapat: 1. Menghasilkan satu penulisan akademik yang dapat menganalisis ciri-ciri profesionalisme dan akauntabiliti dalam meningkatkan perkembangan serta pembangunan profesionalisme guru. 2. Mempersembahkan hasil kajian dan analisa isu-isu semasa berkaitan etika dan perundangan dalam pendidikan.
Tugasan 1: Penulisan Akademik (40%) (Tugasan Individu) Profesion perguruan merupakan bidang yang memerlukan guru bertugas di mana juga penempatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sama ada di kawasan bandar, luar bandar ataupun di pedalaman. Antara cabaran yang dihadapi oleh guru-guru yang mengajar di kawasan pedalaman iaitu faktor sikap individu, keselamatan, kemudahan asas pengajaran dan infrastruktur, dan sosiobudaya. Kebanyakan guru enggan dan ingkar untuk mengajar di kawasan pedalaman mengakibatkan masalah kekurangan tenaga pengajar untuk mengajar di sekolah pedalaman terus berlaku setiap tahun. Sedangkan murid-murid di Kawasan pedalaman memerlukan guru untuk mendidik dan membantu mereka dalam pelajaran. Mahyuddin & Maizura, 2017) Berdasarkan pernyataan di atas: 1. Tonton telefilem Cikgu Limau Kasturi. 2. Cerakinkan peringkat-peringkat perkembangan dengan mengaitkan peningkatan dalam perkembangan serta pembangunan profesionalisme guru tersebut berdasarkan Teori Keprihatinan Fuller (1969). 3. Jika anda berada di SK Limau Kasturi dan bertugas seperti Cikgu Halim, cirikan akauntabiliti diri anda sebagai seorang guru di sana. 4. Pelajar perlu menghasilkan satu penulisan akademik yang panjangnya 1400 patah perkataan Tugasan 2: Persembahan (20%) (Tugasan Individu) Anda adalah seorang Pegawai Tatatertib Kementerian Pendidikan dan dikehendaki menyampaikan syarahan kepada guru-guru sekolah dengan mengupas isu-isu etika berkaitan Profesionalisme Guru dalam kalangan guru di sekolah. Berdasarkan pernyataan di atas: 1. Perincikan isu-isu semasa berkaitan etika, iaitu PdPc, pengurusan bilik darjah dandidiplin perkhidmatan guru yang dihadapi oleh guru-guru. 2. Kaitkan bagaimana isu-isu ini melibatkan etika dan perundangan dalam pendidikan. 3. Cadangkan cara-cara untuk mengatasinya. 4. Sampaikan hasil tugasan dalam bentuk syarahan menggunakan rakaman digital yang juga mengandungi slide penerangan dan video. 5. Masa syarahan tidak melebihi 30 minit/orang. PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS 1. Penulisan Akademik (Tugasan Individu) a) Pelajar diminta menghantar Penulisan Akademik dalam bentuk salinan digital kepada pensyarah mengikut tarikh yang ditetapkan. 2. Persembahan (Tugasan Individu) a) Anda dikehendaki membuat rakaman video berkaitan tugasan yang diberikan. b) Pelajar dikehendaki menggunakan pelbagai kemahiran berkaitan teknologi maklumat bagi meningkatkan kreativiti persembahan.
c) Pelajar perlu merujuk kepada Garis Panduan,Pekeliling Ikhtisas dan Pekeliling Am yang berkaitan. d) Pelajar diminta merakamkan syarahan dan menghantar dalam bentuk softcopy dalam link Google Drive yang disediakan oleh pensyarah mengikut tarikh yang ditetapkan. 3. Format Penulisan Tugasan: Format penulisan esei adalah seperti berikut; I. Font Arial II. Saiz huruf ialah 11 point III. Langkau 1.5 baris IV. Penulisan rujukan mengikut format APA 7th ed 6. Amalan plagiat tidak dibenarkan dan hasil tugasan akan ditolak. 5. Muka depan kerja kursus hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut: I. Nama pelajar II. Angka Giliran III. No Kad Pengenalan IV. Kumpulan/ Unit V. Kod dan Nama Kursus VI. Nama Pensyarah VII. Tarikh Hantar VIII. Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah. 6. Tarikh penghantaran keseluruhan tugasan kerja kursus ini iaitu jawapan, Penulisan Akademik dan pembentangan adalah mengikut tarikh yang ditetapkan. 7. Tugasan ini membawa markah 100. Tugasan disediakan oleh: Disemak oleh: Hashimah Siti Romlah (DR HASHIMAH HASHIM) ( SITI ROMLAH ) Penyelaras Kursus EDUP2132 Pakar Bidang SME EDUP2132 Tarikh: 30/1/2023 Tarikh: 31/1/2023 Disahkan oleh: Azmi (DR MOHD AZMI BIN MAT YUSOFF) Ketua Jabatan Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Pendidikan Islam
EDUP3093 PROFESIO RUBRIK PEMARKAHAN PE Deskriptor HP2 (30%) Amat Cemerlang 28 - 30 Cemerlang 24 - 27 Kemahiran menganalisis maklumat/ data, membuat perkaitan (C4) dan menilai (A3). Sangat berkebolehan mengnalisis peringkatperingkat perkembangan guru dari filem pendek tersebut, berdasarkan Teori Keprihatinan Fuller (1969), berserta hujah sokongan, dalam peningkatan perkembangan guru tersebut Berkebolehan mengnalisa peringkatperingkat perkembangan guru dari filem pendek tersebut, berdasarkan Teori Keprihatinan Fuller (1969), berserta hujah sokongan, dalam peningkatan perkembangan guru tersebut A mp p d te T F h p p te Deskriptor HP11 (10%) 9-10 7-8 Etika dan Profesionalisme - prinsip- prinsip perilaku yang menjadi amalan di tempat kerja dan persekitaran (KEP10) Sangat berkebolehan menganalisis maklumat/data, membuat perkaitan dan akauntabiliti sebagai seorang guru Berkebolehan menganalisis maklumat/data, membuat perkaitan dan akauntabiliti sebagai seorang guru A m m m a s
NALISME KEGURUAN NULISAN AKADEMIK (40%) Kepujian 18 - 23 Lulus 15 - 17 Gagal 0 - 14 Agak berkebolehan mengnalisa peringkatperingkat perkembangan guru dari filem pendek ersebut, berdasarkan Teori Keprihatinan Fuller (1969), berserta hujah sokongan, dalam peningkatan perkembangan guru ersebut Kurang berkebolehan mengnalisa peringkatperingkat perkembangan guru dari filem pendek tersebut, berdasarkan Teori Keprihatinan Fuller (1969), berserta hujah sokongan, dalam peningkatan perkembangan guru tersebut Tidak berkebolehan mengnalisa peringkatperingkat perkembangan guru dari filem pendek tersebut, berdasarkan Teori Keprihatinan Fuller (1969), berserta hujah sokongan, dalam peningkatan perkembangan guru tersebut 5-6 3-4 1-2 Agak berkebolehan menganalisis maklumat/data, membuat perkaitan dan akauntabiliti sebagai seorang guru Kurang berkebolehan menganalisis maklumat/data, membuat perkaitan dan akauntabiliti sebagai seorang guru Tidak berkebolehan menganalisis maklumat/data, membuat perkaitan dan akauntabiliti sebagai seorang guru
EDUP3093 PROFESIONALISME KE TUGASAN 2 : PERS Deskriptor HP2 Kemahiran Kognitif (10%) Amat Cemerlang 9 - 10 Cemerlang 7 -8 Kemahiran menganalisis maklumat/ data, membuat perkaitan (C4) dan menilai (A3). Sangat berkebolehan memperincikan isu-isu semasa berkaitan etika, PdPc/PDPr dan pengurusan bilik darjah yang dihadapi oleh guru. Sangat berkebolehan mengaitkan bagaimana isu-isu ini melibatkan etika dan perundangan dalam pendidikan. Sangat berkebolehan mencadangkan caracara untuk mengatasi isuisu tersebut. Berkebolehan memperincikan isu-isu semasa berkaitan etika, PdPc/PDPr dan pengurusan bilik darjah yang dihadapi oleh guru. Berkebolehan mengaitkan bagaimana isu-isu ini melibatkan etika dan perundangan dalam pendidikan. Berkebolehan mencadangkan caracara untuk mengatasi isuisu tersebut. Deskriptor HP5 Kemahiran Komunikasi (10%) Amat Cemerlang 9 - 10 Cemerlang 7 -8 Kemahiran Komunikasi (HP5) Sangat berkebolehan menyampaikan idea yang berkesan dan petah berhujah berdasarkan bukti slide dan video yang sangat berkesan. Berkebolehan menyampaikan idea yang berkesan dan petah berhujah berdasarkan bukti slide dan video yang berkesan.
EGURUAN RUBRIK PEMARKAHAN SEMBAHAN (20%) Kepujian 5 - 6 Lulus 3 -4 Gagal 0 - 2 Agak berkebolehan memperincikan isu-isu semasa berkaitan etika, PdPc/PDPr dan pengurusan bilik darjah yang dihadapi oleh guru. Agak berkebolehan mengaitkan bagaimana isu-isu ini melibatkan etika dan perundangan dalam pendidikan. Agak berkebolehan mencadangkan caracara untuk mengatasi isuisu tersebut. Kurang berkebolehan memperincikan isu-isu semasa berkaitan etika, PdPc/PDPr dan pengurusan bilik darjah yang dihadapi oleh guru. Kurang berkebolehan mengaitkan bagaimana isu-isu ini melibatkan etika dan perundangan dalam pendidikan. Kurang berkebolehan mencadangkan caracara untuk mengatasi isuisu tersebut. Tidak berkebolehan memperincikan isu-isu semasa berkaitan etika, PdPc/PDPr dan pengurusan bilik darjah yang dihadapi oleh guru. Tidak berkebolehan mengaitkan bagaimana isu-isu ini melibatkan etika dan perundangan dalam pendidikan. Tidak berkebolehan mencadangkan caracara untuk mengatasi isuisu tersebut. Kepujian 5 - 6 Lulus 3 -4 Gagal 0 - 2 Agak berkebolehan menyampaikan idea yang berkesan dan petah berhujah berdasarkan bukti slide dan video yang agak berkesan. Kurang berkebolehan menyampaikan idea yang berkesan dan petah berhujah berdasarkan bukti slide dan video yang kurang berkesan. Tidak berkebolehan menyampaikan idea yang berkesan dan petah berhujah berdasarkan bukti slide dan video yang tidak berkesan.