The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amirsyazani92, 2022-07-01 12:39:05

BUKU MESYUARAT AGUNG KALI KE-6 (2022)

BUKU MESYUARAT AGUNG KALI KE-6 (2022)

MESYUARAT AGUNG KALI KE 6
SAR. KAFA INTEGRASI

AL-HIJRAH KOTA KEMUNING

DIRASMIKAN OLEH:

TUAN HJ HAZMIRUL BIN AB AZIZ
PENGERUSI KAFA AL-HIJRAH

TARIKH : 02 JULAI 2022
MASA : 08.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN SEK. KAFA AL-HIJRAH

T

ISI KANDUNGAN

PERKARA M/S

KATA KATA ALUAN KETUA GURU SAR KAFAI (I) AL-HIJRAH 1
KATA KATA ALUAN PENGERUSI SAR KAFAI (I) AL-HIJRAH 2
AGENDA MESYUARAT 3
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN 4
SENARAI AJK PELAKSANA MESYUARAT 5
RAKAMAN MINTI MESYUARAT KALI KELIMA 6-16
LAPORAN ANALISA PEPERIKSAAN 17-18
AKTIVITI SEKOLAH TAHUN 2020-21 18-19
LAPORAN KEWANGAN 2020 dan 2021 20-21
USUL YANG DITERIMA 2020 22-27

KATA ALU-ALUAN KETUA GURU

‫َاﻟ �ﺴ َﻼ ُم �َﻠَ ْﯿ ُ ْﲂ َو�َ َﺮَﰷﺗُ ُﻪ ِﷲ َو َر ْ َﲪ ُﺔ‬

Saya ingin memanjatkan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan
keizinanNya, maka sekali lagi warga KAFA AL-HIJRAH dapat mengadakan Mesyuarat
Agung Kali Ke-6.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama tuan puan untuk
sama-sama hadir melapangkan masa bagi tujuan menjayakan dan memeriahkan majlis ini.
Jutaan terima kasih juga kepada semua Jawatankuasa yang banyak membantu pihak
sekolah. Kerjasama seperti ini sesungguhnya membantu aktiviti sekolah secara tidak
langsung serta memperlihatkan di sekolah ini aktif dan berfungsi.

KAFA Al-Hijrah Kota Kemuning telah memiilih moto sekolah yang berbunyi “BERILMU,
BERAMAL BERTAKWA”. Moto ini dicipta bertujuan untuk mengembeling semua tenaga
pihak yang terlibat untuk mencapai kejayaan khasnya untuk murid-murid semua bukan
sekadar duniawi tetapi akhirat juga dititik beratkan. Kejayaan demi kejayaan telah kita kecapi
namun, tanpa usaha dan kerjasama dari semua pihak, kejayaan ini tidak mungkin dapat
dicapai. Harapan saya semoga usaha murni dari kita semua dapat diteruskan demi
kemajuan sekolah ini.

Akhir sekali, saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengerusi sekolah, guru-
guru, para pelajar serta warga kerja kafa Al-Hijrah Kota Kemuning atas kejayaan
mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-6 ini. Saya berdoa semoga Kafa Al-Hijarah kota
kemuning ini menjadi sekolah yang dapat melahirkan modal insan cemerlang sebagaimana
yang dihasratkan oleh kerajaan kita.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KERANA ALLAH.”

NOR AZIZAH BT ASPAN
Ketua Guru
SAR kafa int. Al-Hijrah Kota Kemuning

1

KATA ALU-ALUAN PENGERUSI SEKOLAH

‫َاﻟ �ﺴ َﻼ ُم �َﻠَ ْﯿ ُ ْﲂ َو�َ َﺮَﰷﺗُ ُﻪ ِﷲ َو َر ْ َﲪ ُﺔ‬

Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana kita semua diberikan kesempatan untuk menghadiri mesyuarat
agung Kafa Al-Hijrah 2022. Kehadiran ibubapa ke mesyuarat ini membuktikan bahawa kita semua
prihatin terhadap persekolahan anak-anak.
Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa dan penjaga untuk memastikan mereka sentiasa
mengambil tahu akan semua perkara yang berkaitan dengan pembelajaran anak-anak.
Perubahan suasana semasa dan sistem pembelajaran yang sentiasa berkembangan memerlukan
keperihatinan ibubapa terhadap pendidikan anak -anak dipertingkatkan terutamanya ilmu
akhirat.
Anak-anak amat dahagakan kasih sayang ibubapa. Saya menyeru semua ibubapa agar
mengenali lebih dekat anak-anak kita agar kita dapat memastikan anak-anak kita membesar
ke arah yang positif. Dibekalkan dengan ilmu agama secukupnya, yang mana kita tidak
sempat untuk mengajar dan kita memerlukan guru guru ini yang membantu kita dalam
mendidik. Kejayaan sebenar ibubapa bukan sekadar ilmu dunia untuk anak anak, tetapi
kejayaan yang terbesar adalah mampu melahirkan anak anak yang celik ilmu agama yang
mana akan membantu kita diakhirat kelak.
Saya berharap semua pihak akan terus memberikan sumbangan dan sokongan kepada guru guru dalam
memastikan suasana pembelajaran yang selesa dapat disediakan untuk anak-anak kita belajar di
sekolah ini.

Akhir kata, saya dan seluruh ahli jawatankuasa sekolah Kafa Al-Hijrah ini mengucapkan
ribuan terima kasih di atas sokongan dan bantuan semua pihak dalam menjayakan semua program
yang dijalankan oleh pihak sekolah dan Jemaah Pengurusan Sekolah. Sekian terima kasih.

(Hj HAZMIRUL BIN AB AZIZ)
Pengerusi Sekolah
SAR kafa int. Al-Hijrah Kota Kemuning

2

TENTATIF PROGRAM

8.30 pg : Pendaftaran
8.45 pg : Para jemputan berkumpul di dewan
9.30 pg
9.45 pg : Bacaan Doa
: Ucapan Aluan dan Perasmian oleh
11.00 pg
Pengerusi Sekolah

: Penyampaian cenderamata kepada
Perasmi

: Minum pagi

: Ucapan Guru Besar
: Mesyuarat Agung Kali Ke-6 dimulakan
: Ucapan Pengerusi
: Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali

Ke-6
: Perkara-perkara berbangkit
: Membentangkan dan mengesahkan

Laporan Kewangan Tahun 2020
: Membahaskan usul
: Hal-hal lain
: Ucapan Penangguhan

: Bersurai

3

JAWATANKUASA KECIL PENGELOLA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-6

PENGERUSI
TUAN Hj HAZMIRUL BIN AB AZIZ

SETIAUSAHA
NOOR FADZLINA BT MD RADZI

BENDAHARI
NOR AZIZAH BT ASPAN
AHLI JAWATANKUASA

1- TUAN HJ HAZMIRUL BIN AB AZIZ
2 - EN. MOHD NIZAM B. ABDULLAH

3- EN. NAZRULNIZAM BIN NAZRI
4- EN. ROSMAN B. SAPIAI

5- EN. AHMAD SYURKI B. RAMLI
6- EN. ZAIDI B. IBRAHIM

7- PUAN NORIZAM BT YAAKOB
8. PUAN SITI HAWA BT ABU HASSAN
9. PUAN SITI NORHAFIZAH BT MD TOKIT

10-- JUNAIDAH BT SHARIM
11-NOR AZIZAH BT ASPAN
12-NOOR FADZLINA BT MD RADZI
13-NORHALAWATI BT ISMAIL
14- SITI KHADIJAH BT KADIR
15- SITI ZARINA BT AYEOP
16- BASHARAH BT ZAKARIA
17- ABDUL MUHAIMIN B. ABD RAHMAN
18- MOHAMAD AQRAM B. ZAINUDIN

PEMERIKSA KIRA KIRA
1- EN. ZAIDI B. IBRAHIM

4

JAWATANKUASA KECIL PENGELOLA
MESYUARAT AGUNG KALI KE-6

PENGERUSI : TUAN HJ HAZMIRUL BIN AB AZIZ
PENASIHAT : USTAZAH NOR AZIZAH BT ASPAN
SETIAUSAHA : USTAZAH NOOR FADZLINA BT MD RADZI
NAIB SETIAUSAHA : USTAZAH NORHALAWATI BT ISMAIL
PENGERUSI MAJLIS : USTAZAH KHAISAL SYAIRAH SYAZWAN BT MOHD RIDZUAN

BACAAN DOA : USTAZ ABDUL MUHAIMIN B. ABD RAHMAN

SIARAYA/SERANTA : USTAZ ABDUL MUHAIMIN B. ABD RAHMAN
: MOHAMAD AQRAM B. ZAINUDIN

PERSIAPAN TEMPAT : USTAZAH BASHARAH BT ZAKARIA
: USTAZAH SITI SAFFIYAH BT ADZNAN SHAHIDI

HADIAH/CENDERAHARI : USTAZAH NURUL SHUHADAH BT ABU BAKAR
: USTAZAH SITI ZARINA BT AYEOP

BUKU ATURCARA : USTAZAH NOOR FADZLINA BT MD RADZI

TEKS UCAPAN : USTAZAH AINAA ANIS BT AZAHARI

JAMUAN MAKAN : USTAZAH SITI KHADIJAH BT KADIR
: USTAZAH NOOR SYUHADA BT HANADIN

DISIPLIN/KEBERSIHAN/ : USTAZAH ROSMINAH BT MOHD ELA

KESELAMATAN : USTAZAH MOHAMAD AQRAM B. ZAINUDIN

PENYAMBUT TETAMU : USTAZAH SYAMSYATUL MARDIAH BT AKBAR ALI

PENCATAT MINIT : USTAZAH NORHALAWATI BT ISMAIL
: USTAZAH NURUL SHUHADAH BT ABU BAKAR

5

MINIT MESYUARAT AGUNG
KALI KE-5

SAR/KAFA(I)KK.KLG 07/004/01. bil (05/16)
KAFA INTEGRASI ALHIJRAH. KOTA KEMUNING

TARIKH : 7 MAC 2020

HARI : SABTU

MASA : 8.00 pagi

TEMPAT : DEWAN SAR (KAFA INT) AL-HIJRAH KOTA KEMUNING.

.

AGENDA MESYUARAT TINDAKAN

Ucapan Pendahuluan

1.1- Ucapan pembukaan oleh ketua guru Ustazah Nor Azizah, majlis dimulakan
dengan bacaan bacaan Al-Fatihah dan doa oleh Ust Mohammad Aqram b.
Zainuddin

1.2- Mengucapkan terima kasih kepada ibu dan bapa yang melapangkan masa
untuk hadir dan sama sama berkumpul untuk berbincang dan mencapai kata
sepakat dalam melaksanakan program kecemerlangan anak anak pada
mesyuarat kali ini.

1.3- Syukur kehadrat Ilahi kerana kerjasama semua guru guru telah berjaya
melaksanakan pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2019 dan harapan semoga
ibu bapa memberikan komitmen yang tinggi, saranan dan sokongan kepada
pihak sekolah untuk mencapai ke satu tanda aras yang lebih baik untuk masa
akan datang.

1.4- Memaklumkan info berkaitan sekolah kini telah mudah untuk guru salurkan
kerana telah diwujudkan group wassap mengikut kelas masing-masing.

1.5- Seramai 738 jumlah murid bagi tahun 2020, yang mana pihak pengurusan
terpaksa menolak permintaan untuk memasuki sekolah bagi tahun ini. Ini
kerana kelas terlalu padat dan ruangan untuk kelas terhad. Tahniah untuk
guru guru kerana berjaya mengawal yg mana ada seramai 47 orang bilangan
murid untuk dua kelas yang paling ramai.

1.6- Beliau mengingatkan ibu bapa dan guru semua, bahawa tugas mendidik ini
bkn hanya sekadar disekolah sahaja. Tetapi perlu ada kesinambungan
dirumah juga agar pembelajaran anak berterusan walau dimana berada.
Maksudnya anak akan sentiasa belajar tidak kira disekolah atau berada
dirumah atau dimana mana berada. Ilmu ini bukan sekadar diatas kertas
sahaja tetapi persekitaran, pergaulan dan adab juga perlu diajarkan kepada
anak anak kita.

6

Ucapan Pengerusi Jemaah Pengurusan Sekolah

2.1- Mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru guru dan ibu bapa juga
berbesar hati kerana dijemput untuk berucap bagi mengantikan Tuan Pengerusi
sekolah yang tidak dapat hadir. Bersyukur kerana dapat kita semua berkumpul
disini untuk menghadiri mesyuarat kali ini.

2.2- Menyeru supaya ibu bapa mengambil peluang untuk menghadiri mesyuarat
agung sekolah anak anak, ini kerana dengan menyertai mesyuarat sekolah itu
memberikan rasa tanggungjawab dan mengambil berat kepada persekolahan
anak anak, disamping dapat memberikan buah fikiran dan pandangan untuk
memajukan serta menambahbaikan dan meningkatkan prestasi kecemerlangan
anak anak.

2.3- Ibu bapa mesti menerapkan dan menetapkan supaya anak anak rajin
membaca al-quran dan solat walau dimana jua berada, ini kerana kehidupan hari
ini semakin mencabar. Pendidikan agama sangatlah penting dalam membentuk
jalan kehidupan hidup anak anak kita semua.

2.4- Mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru guru yang tidak jemu dalam
memberikan tunjuk ajar dan mendidik anak anak untuk terus berjaya dalam
pelajaran didunia dan akhirat. Cemerlang bukan sahaja dalam pelajaran tetapi
untuk akhirat juga supaya kehidupan menjadi lebih baik, akademik dan agama
mesti seiring.

2.5- Anak-anak amat dahagakan kasih sayang ibubapa. Saya menyeru semua
ibubapa agar mengenali lebih dekat anak-anak kita agar kita dapat memastikan
anak-anak kita membesar ke arah yang positif. Dibekalkan dengan ilmu agama
secukupnya, yang mana kita tidak sempat untuk mengajar dan kita memerlukan
guru-guru ini yang membantu kita dalam mendidik. Kejayaan sebenar ibubapa
bukan sekadar ilmu dunia untuk anak-anak, tetapi kejayaan yang terbesar adalah
mampu melahirkan anak-anak yang celik ilmu agama yang mana akan
membantu kita diakhirat kelak

2.6- Berharapsemuapihakakanterusmemberikansumbangandansokongankepadaguru-
gurudalammemastikansuasanapembelajaranyangselesadapat disediakan untuk anak-
anak kita belajar di sekolah ini. Akhir kata, saya dan seluruh ahli jawatankuasa
sekolah KafaAl-Hijrah ini mengucapkanribuanterimakasihdiatassokongandanbantuan
semuapihakdalam menjayakan semua program yang dijalankan oleh pihak
sekolah dan AJKPengurusansekolah.

Ucapan Ketua Guru Kafa Al Hijrah

3.1- Mengucapkan ribuan terima kasih kepada perasmi iaitu Ustaz Zamril Anuar
B. Shaibon dan kepada pengerusi sekolha Tuan Hj Hazmirul B. Ab Aziz. Bersyukur
kehadrat Ilahi kerana diberikan kesihatan yang baik kepada kita semua pada hari
ini, dilapangkan diri dengan menghadirkan diri dalam mesyuarat pada kali ini.
Saya sangat berbesar hati dengan kehadiran tuan puan smua pada hari ini. Ini

7

menunjukkan keprihatinan kita dalam membentuk dan membantu pihak sekolah
sekiranya ada yang masih kekurangan dalam mendidik dan merealisasikan
impian ibu bapa dengan kejayaan anak anak dalam bidang agama. Insyaallah
semoga dipermudahkan kita semua.

3.2- Tahniah juga saya ucapkan kepada guru guru kerana dapat mengendalikan
satu kelas yang mana ada seramai 47 orang murid. Ini kerana permintaan terlalu
tinggi. Disebabkan mereka benar benar mahu mendapatkan ilmu agama maka
kita terima masuk kesini walaupun ada kelas yang padat. Alhamdulillah guru
dapat menempuhi segala perti getir dalm menyampaikan ilmu akhirat disamping
menerapkan nilai sahsiah kedalam diri anak anak murid.

3.3- Selalu mengingatkan guru guru supaya peka dengan pembelajaran murid
didalam kelas dan disekolah kerana zaman sekarang tidak seeprti dahulu yang
mana zaman sekarang terlalu pantas sebarang berita dan maklumat tersebar.
Mohon juga kepada ibu bapa supaya mengingatkan kepada anak anak bahawa
sentiasa membuat benda yang baik dan menjaga adab perilaku. Selain diajar
akhlak disekolah, perlu juga diterapkan nilai nilai murni bermula dari rumah
sendiri.

3.4- Mengharapkan dengan adanya aktiviti mesyuarat agung tahunan ini dapat
mengeratkan hubungan diantara guru dan ibubapa disamping memberikan
sokongan kepada guru guru serta anak anak. Tanpa sokongan dari ibu bapa,
anak anak tidak bersemangat datang kesekolah. Tunjukkan bahawa mereka ini
sentiasa diambil berat dalam pelajaran. Guru guru hanya menyampaikan ilmu
tetapi ibubapa bertanggungjawab sepenuhnya dalam mendidik anak anak
menjadi insan yang berilmu, beragama dan berakhlak mulia.

Ucapan Pegawai Pentadbiran Jabatan Agama Islam Jais

4.1- Mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah dan ibu bapa yg
menjemput beliau untuk merasmikan mesyuarat agong kali ke5 ini.

4.2- Memberikan penjelasan kepada ibu bapa tentang hak ekskusif ahli
jawatankuasa pengurusan sekolah yang mana tidak dipanggil PIBG ini kerana
berbeza dari segi beberapa faktor.

4.3- Pemilihan pengerusi Jemaah pengurusan sekolah tidak boleh dilantik
didalam mesyuarat. Tetapi automatik terlantik sekiranya beliau adalah pengerusi
surau atau masjid dimana sekolah kafa berada dikawasan tersebut. Tetapi
sekiranya pengerusi menolak maka beliau boleh melantik atau mencalonkan
sesiapa yang layak untuk menjadi pengerusi sekolah.

4.4-Sekolah kafa yang menumpang surau atau masjid sepatutnya saling serasi
dengan pihak masjid dan surau dalam mengendalikan program program yang
berkaitan secara langsung atau pun tidak. Bermaksud boleh bergabung dalam
mengendalikan program bersama masyarakat dan murid.

4.5-Semua benda akan dikongsikan bersama sama masjid/surau contohya
seperti tandas, surau, ruang solat, persekitan luar masjid dan ruang legar masjid.

8

4.6- Jawatan bendahari tidak boleh dipertandingkan, kerana ketua guru akan
terlantik secara automatik tidak seperti dalam PIBG yang mana jawatan ini
terlantik dengan pemilihan.

4.7-Menyeru kepada ibubapa supaya menyetai Jemaah pengurusan sekolah
untuk membantu pihak sekolah dalam memberikan cadangan dan usul usul yang
membina untuk memajukan sekolah dan menambahbaik prestasi anak anak
dalam pelajaran.

4.8-Jemaah pengurusan perlu merancang bagaimana mahu meningkatkan
prestasi dan perjalanan sekolah dengan mengadakan mesyuarat bagi menaikkan
sekolah dan menjadi orang tengah diantara sekolah dan ibubapa jika ada
masalah yang timbul dan tidak dapat diselesaikan oleh pihak sekolah.

4.9-Anak anak melayu dizaman ini kebanyakkannya hilang keyakinan dan jati diri,
tidak berani serta kurang bermotivasi. Berbeza dengan kaum lain yang mana
mereka saling bekerjasama dan dan sentiasa bertolak ansur, ini berbeza dengan
orang melayu yang suka bergaduh berpanjangan. Buangkanlah sifat mazmumah
dalam diri kita, semaikan sifat berkasih sayang yang mana seperti zaman
kegemilangan Islam dahulu yang mana bukan berperang tetapi berjihad kepada
benda yang baik mengikut ajaran Islam yang gemilang.

4.10- Jatuh dan bangun sekolah adalah gabung jalin diantara pihak ibu bapa,
sekolah dan surau. Wujudkan pemikiran Islam yg lebih moden dan berfikir
mengikut edaran zaman iaitu alaf 21 bukan berfikiran seperti zaman dahulu.

4.11- Dari segi kewangan sekolah, sekiranya pihak ibu bapa yang hadir
kemesyuarat telah bersetuju akan kenaikan yuran sebanyak rm10, maka ada ibu
bapa yang tidak bersetuju tetapi tidak hadir ketika mesyuarat, maka mereka
yang tidak hadir adalah tidak berhak untuk mempertikaikan sebarang perubahan
atau sesuatu yang baru telah diperkenalkan ketika mesyuarat berlangsung.

4.12- Kita perlu perbaiki semula dengan mendedahkan anak anak dengan
motivasi sebagai pembakar semangat supaya menjadi hebat dalam bidang yang
pakar kerana ini adalah fardhu kifayah, yang mana sekiranya tiada diantara kita
yang beragama Islam yang mewakili bidang pakar tersebut maka semua akan
mendapat dosa. Kita sebagai khalifah bukan untuk diri sendiri tetapi besar
tanggungjawab kepada ahlinya.

4.13- Kami di Jabatan Agama Islam bukan sekadar berperanan berkaitan agama
sahaja, tetapi merangkumi pelbagai aspek. Antaranya berkaitan masjid, nikah
kawin cerai, pendidikan dan syariah. Pernah diletakkan dibawah kementerian
pendidikan, tetapi dipulangkan semula kepada pejabat agama. Ini kerana kaum
lain juga hendak mendapatkan keistimewaan seperti mana kita dapat.

4.14- Beliau mendoakan agar maju jaya dalam perjuangan, jangan kita hancurkan
sekolah agama dan tulisan jawi. Bersama kita untuk terus menyokong kerana
kita tetap berkongsi tuhan yang satu, berkongsi nabi yang satu dan kalimah
shahadah yang sama.

9

4.15- Ustaz Zamril meramikan mesyuarat agung kali ke 5. Penyampaian
cenderahati oleh pengerusi sekolah yang baru En. Hazmirul bin Ab. Aziz.

Tayangan Video Program Dan Aktiviti Sepanjang Tahun 2019

Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung kali ke-5

4.1- Minit Mesyuarat telah Dicadangkan oleh En. Mohd Nizam Bin Abdullah
Disahkan Oleh Puan Noriza

Pembentangan Laporan Kewangan 2019

7.1- Ustazah Nor Azizah, bendahari kafa al-hijrah membentangkan laporan
kewangan yang berakhir 31 disember 2019 untuk disahkan.
Cadangan: En. Zaidi Bin Ibrahim
Sokongan: Pn. Norozam

Soalan: En. Zaidi b. Ibrahim
i – Adakah bil air dan letrik berasingan diantara surau dan sekolah.

Jawapan: Ustazah Nor Azizah
Untuk makluman tuan puan, bil air adalah dibayar oleh sekolah dan bahagian
belakang surau yang dijadikan kelas adalah dana dari yuran murid, segala
perbelanjaan kerosakan dan elaun guru juga dari yuran bulanan.
Seramai 9 orang guru rakyat yang dibayar sendiri elaun oleh sekolah. Pihak jais
tidak dapat memberikan guru secukupnya kerana kekurangan guru, jadi pihak
sekolah terpaksa mencari guru dan membayar elaun guru menggunakan kutipan
dari yuran murid.

Sekolah ada mendapat bantuan dari kerajaan negeri sebanyak
rm35 ribu, telah digunakan untuk mengecat dan baik pulih sekolah.

Perbincangan Usul

Soalan: EN. MOHD SHAH BANI B. MOHD ZAHIR
-Loker perlu diperbanyakkan lagi.

Jawapan: Ustazah Nor Azizah
-Ini hanyalah inisiatif pihak sekolah tetapi bukanlah menjadi kewajipan untuk
menyediakan loker kepada semua pelajar. Ini kerana kita kekurangan tempat
dan terhad. Tiada tempat yang startegik untuk penambahan. Terima kasih untuk
cadangan.

10

Soalan: EN. MOHD AFIZA
Mohon jangan dibuang jika ada baju sekolah agama yang tertinggal dekat
sekolah, baru 2 minggu sekolah bermula sudah 2 pasang saya belikan yg lain.
Terima kasih atas prihatin

Jawapan: USTAZAH NOR AZIZAH
Baju sekolah yang murid tinggalkan biasanya tidak dibuang, tp dikumpulkan
setempat oleh pihak surau. Kadangkala murid tidak mencari atau bertanya, ada
kalanya sampai berbulan bulan baju itu tidak dituntut.

Soalan: PUAN HALINA SARTIJAN
Membina bumbung lutsinar ditengah dataran antara surau dan bangunan
sekolah untuk kegunaan ketika ketika hujan terutamanya

Jawapan: USTAZAH NOR AZIZAH
Terima kasih atas cadangan, kawasan berbumbung yang dinyatakan telah
disuarakna kepada pihak surau, dan pihak surau dan pihak kontraktor masih
dalam perbincangan.

Soalan: PUAN NIK FAUZIAH BT MAT ZAIN
Mohon untuk sediakan laluan berbumbung daripada KAFA ke SKBK2 untuk
keselesaan murid murid ketika hujan.

Jawapan: USTAZAH NOR AZIZAH
Terima kasih, tetapi laluan yang dinyatakan adalah diluar bidang kuasa pihak
sekolah, dan kos untuk menyediakan terlalu tinggi dan sekolah tidak mampu
menampung kos tersebut.

Soalan: EN. MOHD FAIZAL RAZALI
Pertingkatkan kebersihan dan keselamatan ditandas murid (tepi) kantin yang
diamati terlalu kotor disamping kerosakan alatan (bidet, paip). Keadaan toilet
murid adalah pada aspek keselamatan juga amat rendah berbanding toilet guru.
Harap pembersihan toilet tidak double standart oleh pengurusan sekolah.

Jawapan: USTAZAH NOR AZIZAH
Sekolah menumpang tandas surau dan guru juga menggunakan tandas yang
sama sepertimana murid, sebarang kerosakan tandas adalah dibawah seliaan
pihak surau. Disini tidak timbul isu double standart seperti dinyatakan. Tandas
yang digunakan adalah atas ihsan pihak surau. Harap maklum.

Soalan: EN. JAFRIZAL B. ABD RAHMAN
Pertama kali ank berskolah disini dan belum ada apa-apa usul. Hanya akan
mengikuti perjalan sekolah terlebih dahulu.

Jawapan: USTAZAH NOR AZIZAH
Terima kasih atas makluman.

11

Soalan: EN. MOHD HAIZAL B. ZAINAL ABIDIN
Bayaran yuran bulanan melalui online, bank in sebagai salah satu cara
pembayaran.

Jawapan: USTAZAH NOR AZIZAH
Terima kasih, sekolah perlu berbincang terlebih dahulu, ini kerana memang
memudahkan ibubapa tetapi menyukarkan pihak sekolah sekiranya ingin
membuat kewangan, kerana perlu tulis satu satu didalam buku suwa. Didalam
buku ini tidak boleh bertaip tetapi kena menulis menggunakan tangan sahaja.

Soalan: PN. NORAZLINA BT JAMALUDDIN
Buku tulis yang belum habis digunakan pada tahun lepas boleh diguna pakai
pada tahun berikutnya bagi mengelakkan pembaziran.

Jawapan: USTAZAH NOR AZIZAH
Terima kasih, berkaitan buku tulis adalah diatas kebijaksanaan ibubapa dalam
menyelesaikan masalah ini. Sekiranya masih ada banyak kosong boleh saja
digunakan.

Soalan: EN. MOHD YUSRI B. ABD HALIM
Program bersama ibu bapa 2 bulan sekali untuk membersihkan atau
mencantikkan bilik darjah anak anak.

Jawapan: USTAZAH NOR AZIZAH
Alhamdulillah cadangan yang baik, tempoh yang dicadangkan adalah terlalu
dekat, ini kerana persekitaran sekolah adalah terhad dan tidak memerlukan
tenaga yang ramai untuk membersihkan. Kita hanya tumpukan pada keceriaan
kelas sahaja buat masa ini. Tetapi sekiranya ada ibu bapa yang berkelapangan
boleh sahaja datang dan kita akan berikan satu tarikh dan masa.

Soalan: PN. NORIHAN B. MOHAMED
Waktu balik kalau pelajar beratur untuk keluar lagi bagus sebab ada pelajar
terjatuh sebab berlari hendak mengambil kasut dirak. Ini boleh membentuk
disiplin untuk pelajar juga.

Jawapan: USTAZAH NOR AZIZAH
Terima kasih atas cadangan. Kita akan cuba mendisiplinkan murid dengan
beratur seperti yang telah dicadangkan. Tetapi kadang kadang murid terlalu
teruja ketika hendak balik, terutama apabila melihat van atau ibu bapa yang
telah sedia menunggu. Dan jumlah murid yang terlalu ramai membuatkna
keadaan menjadi tidak terkawal.

12

Soalan: PN. PUAN HANIZA BT KAMARI
Memberikan kelas tambahan atau kelas bimbingan untuk darjah 4 hingga 6
supaya lebih cemerlang dalam upkk dan psra.

Jawapan: USTAZAH NOR AZIZAH
Terima kasih atas cadangan. Seperti yang sedia maklum. pihak sekolah telah
mengadakan kelas tambahan untuk darjah 5 dan 6 sahaja terlebih dahulu. Akan
tetapi pihak sekolah juga akan menwujudkan kelas tambahan untuk pelajaran
jawi bagi pelajar yang lemah jawi. Ini kerana sekiranya murid lemah dalam jawi
beliau akan ketinggalan kerana tidak boleh mengenal, menulis dan membaca.
Pelajaran semuanya ditulis menggunakan tulisan jawi.

Soalan: EN. MOHD SHAH BANI B. MOHD ZAHIR
Loker perlu diperbanyakkan, meja perlu ditambah mengikut bilangan pelajar.

Jawapan: USTAZAH NOR AZIZAH
Terima kasih. Untuk makluman, meja sekolah hanya tidak cukup ketika hari mula
sesi persekolah awal tahun sahaja, masalah ini telah selesai. Dan untuk loker
pula seperti yang telah dimaklumkan. Kita ketiadaan ruang yang cukup untuk kita
tempatkan. Ini kerana ruang sekolah yang terhad.

Soalan: PN. NORAZLINA BT JAMALUDDIN
Buku tulis yang belum habis digunakan pada tahun lepas boleh diguna pakai
pada tahun berikutnya bagi mengelakkan pembaziran.

Jawapan: USTAZAH NOR AZIZAH
Terima kasih, berkaitan buku tulis adalah diatas kebijaksanaan ibubapa dalam
menyelesaikan masalah ini. Sekiranya masih ada banyak kosong boleh saja
digunakan.

Soalan: EN. RIDZUAN BIN MOHD SALIM
Tindakan tegas dikenakan penjual makanan ringan diluar sekolah agama.

EN. ZAIDI B. IBERAHIM
Pantau penjual makanan ringan diluar kawasan sekolah

PUAN KHAIRUNNISWAH
Pemantauan penjaja dihadapan pintu kecil surau yang menjual makanan tidak
sihat terutamanya mee maggi.

Jawapan: Ustazah Nor Azizah
Pihak sekolah telah meletakkan kain rentang untuk melarang penjaja berjualan
makanan dan jajan yang tidak sihat. Akan tetapi tidak dihiraukan dan kain
rentang tersebut telah ditanggalkan tanpa pengetahuan pihak sekolah. Kes ini
tidak dapat diselesaikan walaupun telah ada laporan kepada pihak MBSA tetapi
penjaja hanya beredar seketika sahaja. Dan meneruskan jualan seperti biasa
apabila pihak majlis beredar.

13

Jawapan: EN. MOHD NIZAM
Telah berulang kali diingatkan kepada murid tentang bahayanya makanan yang
tidak berkhasiat. Cadangan saya supaya dipasangkan kain rentang tentang
bahaya makanan dan dilarang menjaja pada 3 tempat supaya penjaja dapat
membacanya. Kita tidak melarang berjualan sebenarnya. Tetapi makanan yang
dijual mestilah yang berkhasiat seperti buah buah dan roti bukan makanan
seperti meggi, air botol atau gas, jajan dan sebagainya.

Soalan: EN. HISHAMUDDIN B. MOKSIN
Pastikan pintu pagar besar ditutup setiap pagi supaya kereta tidak masuk
dalam kawasan masjid untuk menggelakkan kemalangan yang tak diingini.

Jawapan: USTAZAH NOR AZIZAH
Untuk makluman, memang pintu pagar ditutup supaya kereta tidak boleh masuk.
Hanya membuka pagar kecil dibahagian tengah sahaja sebagai laluan murid.

Soalan: EN ROSMAN BIN SAPIAI
Mengapa murid murid tidak solat asar bersama sama orang dewasa.

Jawapan: USTAZAH NOR AZIZAH
Tujuan untuk melatih murid menjadi imam, jika murid solat berjemaah dengan
Jemaah surau, murid tidak berpeluang memlatih menjadi imam dan
mempraktikkan apa yang telah dipelajari. Hanya solat zohor kita benarkan untuk
murid berjemaah dengan Jemaah surau.

Jawapan/cadangan: EN ROSMAN BIN SAPIAI
Saya berpandangan keadaan ini tidak berpihak kepada murid, tetapi lebih
kepada pihak surau. Jangan jadikan anak anak mangsa, saya perlukan sokongan
ibubapa supaya anak anak dapat solat berjemaah dengan Jemaah surau. Saya
tekankan supaya pengerusi sekolah panjangkan kepada pihak surau. Kita
mestilah bertindak secara ilmiah bukna mengikut emosi semata. Sekolah kafa
adalah dalam kawasan surau dan telah diajarka solat berjemaah diawal waktu.
Tetapi kita sendiri membiarkan anak anak supaya tidak mengendahkan solat
berjemaah dan melambat lambatkan solat. Sangatlah perlu supaya pengerusi
bawakan kepada pihak surau.

Jawapan: EN. HAZMIRUL (PENGERUSI KAFA)
Terima kasih kepada En Rosman, saya akan usulkan kepada pihak surau
berkenaan perkara ini. Saya akan pastikan murid dapat solat bersama sama
dengan Jemaah. Dan sebulat suara bersetuju bagi membolehkan murid solat
bersama Jemaah.

Soalan: PUAN ZURINI ZAKARIA
Jika dilihat semula buku peraturan murid (hijau)adalah sama seperti tahun
sebelum ini, kandungan dan cetakan adalah sama, soalan saya adakah buku ini
wajib dibeli sekiranya anak sudah memilikinya pada tahun sebelum ini. Pihak
sekolah perlu menandakan tidak/perlu pada makluman pembayaran yuran awal
tahun persekolahan.

Jawapan: USTAZAH NOR AZIZAH
Selesai.

14

Perlantikan ahli Jawatankuasa Yang Baru

9.1- Sepuluh orang AJK akan dilantik, terdiri dari 6 orang wakil ibu bapa dan 4
orang wakil dari pihak guru. Senarai nama nama AJK yang baru akan diserahkan
kepada pihak JAIS

9.2- Pemilihan AJK 2016-2017

1. En. Mohd Nizam bin Abdullah –Mencadangkan
-En Rosman bin Sapiai

En Nazrulnizam b. Nazri – Menyokong

2. Puan Junaidah –Mencadangkan-

-En Mohd Nizam bin Abdullah

Puan Norizam - Menyokong

3. Pn. Siti Norhafizah bt Md Tokit -Mencadangkan-
-Pn Junaidah

Pn Siti Zarina bt Ayeop - Menyokong

4. En Nazrulnizam b. Nazri -Mencadangkan-
-En. Zaidi b. Ibrahim

En. Mohd Nizam bin Abdullah - menyokong

5.Pn Norhalawati bt Ismail -Mencadangkan-
- En Nazrulnizam b. Nazri

Pn. Siti Norhafizah bt Md Tokit - menyokong

6. Pn Normazura bt Shahidan -Mencadangkan-
- Puan Norizam

Pn Noor Syuhada bt Hanadin - menyokong

7. En. Mohd Nizam bin Abdullah -Mencadangkan-
- Pn. Siti Norhafizah bt Md Tokit

Pn Rosminah bt Mohd Ela - menyokong

8. Puan Norizam -Mencadangkan-
-Pn Siti Hawa bt Abu Hassan

En. Yusof - menyokong

9. En. Mohd Nizam bin Abdullah -Mencadangkan-
En Syurki b. Ramli

15

Pn. Siti Norhafizah bt Md Tokit -Menyokong

Pn. Suzila mencadangkan ditutup

Sebulat suara semua bersetuju dengan percalonan yang telah dicadangkan.
Hal-hal lain

Yuran 2020
7.1-Ambil dari Jabatan Pendidikan Islam Selangor (JAIS). Pakej B Rm 15 untuk
pendaftaran, Untuk peralatan bergantung kepada pembekal buku. Harap ibu
bapa bersetuju dengan yuran pada tahun 2020 in kerana sama seperti tahun
2019.Pemberitahuan untuk mendapat mandat persetujuan tiada perubahan
yuran.

7.2- Kamil daerah, sekolah akan menghantar wakil peserta dari sekolah kita
untuk beberapa acara yang telah dipilih. Antaranya nasyid, marhaban, hafazan,
penulisan jawi, dan solat jenazah.

Ucapan penangguhan telah berakhir pada pukul 11.20 pagi. Majlis telah diakhiri
dengan bacaan doa oleh ust Aqram.
11.25 bersurai

DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH:

………………………………….. ……………………………………
(NOOR FADZLINA BT MD RADZI) (NOR AZIZAH BT ASPAN)
SETIAUSAHA KAFA AL-HIJRAH KETUA GURU KAFA AL-HIJRAH

16

ANALISA PEPERIKSAAN

ANALISIS PENCAPAIAN PSRA

MATA 2016 2017 2018 2019 2020 2021
PELAJARAN 73 88
JUMLAH CALON 101 90 TIADA PEPERIKSAAN
PSRA 69 79 TIADA PEPERIKSAAN
86 72
TAUHID/ FEQAH 85 82
92 70
AKHLAK/SIRAH 72 79 82 75
99 94
BAHASA ARAB 67 87

TAJWID 52 71
JAWI 71 86

Analisa Pencapaian PSRA

AKHLAK/SIRAH BAHASA ARAB TAJWID JAWI

72 67 71 79 87 71 86 85 92 82 99 94
52 82 70 75

2016 2017 2018 2019 2020 2021

ANALISIS PENCAPAIAN UPKK % LULUS
100%
TAHUN 8 A LULUS KESELURUHAN 100%
100%
2016 35 99 100%
2017 29 112
2018 12 107 100%
2019 16 103
2020
TIADA PEPERIKSAAN
2021
70 259
17

ANALISIS PENCAPAIAN PSRA 2016-2019

BIL PANGKAT 2016 2017 2018 2019

1 MUMTAZ 14 11 12 2
2 JAYYID JIDDAN 17 33 31 14
3 JAYYID 15 16 24 29
4 MAQBUL 22 18 22 28
5 MUSAADAH 5 19 10 16
68 78 89 73
JUMLAH LULUS 93.15 89.7% 89.90 82.02
PERATUS

AKTIVITI SEKOLAH TAHUN 2022

BIL BULAN TAQWIM KURIKULUM 2022
KAFA INTEGRASI AL-HIJRAH KOTA KEMUNING
1
AKTIVITI
2 FEBRUARI GOTONG ROYONG
MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA
3 MESYUARAT SEMUA PANITIA KALI 1
KUTIPAN YURAN BAGI SESI 2022/2023
4 PERSEKOLAHAN BERMULA
AKU JANJI PENGAWAS
5 MAC PEMBENTUKAN FIRQAH AMAL ISLAMIL (KAMIL)
6 IHYA RAMADHAN
PROGRAM NUZUL QURAN
7 PEMBINAAN SOALAN UP 1
PENCERAPAN GURU KALI PERTAMA
8 PROGRAM KHATAM AL-QURAN
PENGHANTARAN SOALAN UP1
9 MEMPERKASA BAHASA ARAB
SAMBUTAN HARI GURU DAN HARI RAYA
10 APRIL PENDAFTARAN UPKK DAN PSRA
UJIAN PRESTASI PERTAMA
11 PENTAKSIRAN PBD TAHAP 1 DAN DARJAH 4
KAMIL ACARA IKK (KAFA SHJ)
12 MESYUARAT GURU KALI KE2

13

14 MEI
15

16

17

18 JUN
19

20

18

22 PERTANDINGAN BACAAN IQRA’ THP 1

23 PENGHANTARAN KEPUTUSAN UJIAN PRESTASI PERTAMA

24 JULAI PERTANDINGAN TULISAN KHAT

25 MESYUARAT GURU KALI KE 3

26 POSTMORTEM UJIAN PRESTASI PERTAMA

27 PEMBINAAN SOALAN PERTENGAHAN TAHUN

28 OGOS SERAHAN SOALAN PERTENGAHAN TAHUN
29 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN DAN PBD TAHAP 1 DAN DRJH 4

30 SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

31 KURSUS PERKEMBANGAN STAFF

32 SEPTEMBER MAJLIS BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT

33 PENCERAPAN GURU MENGAJAR KALI KE2

34 SEMAKAN BUKU LATIHAN

35 OKTOBER PEMBINAAN SOALAN UJIAN PRESTASI KEDUA

36 SERAHAN SOALAN UJIAN PRESTASI KEDUA

37 NOVEMBER UJIAN PRESTASI KEDUA
38 MESYUARAT GURU KALI KE 4, POSTMORTEM UJIAN PRESTASI KEDUA

39 MESYUARAT GURU KALI PERTAMA 2023/2024

40 PROGRAM PENYEMBELIHAN TAHUN 5

41 JANUARI PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH
42 PROGRAM MASTERCHEF

43 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN/PENTAKSIRAN PBD

44 MENITI REMAJA

45 FEBRUARI HARI KECEMERLANGAN SEKOLAH
46 HARI GRADUASI TAHUN 6

19

PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN BAGI
BULAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2020

SAR (KAFA INT) AL-HIJRAH KOTA KEMUNING

LAPORAN KEWANGAN

JANUARI 2020 HINGGA DISEMBER 2020

BI PENERIMAAN AMAUN BI PERBELANJA AMAUN
AN
LL 4,135.00
1,948.85
1 Yuran Persekolahan Murid 201,749.00 1 Yuran KAMIL 2018 & KAMIL sekolah 4,243.00
4,541.50
2 Sewa Kantin 1,200.00 2 Panjar Wang Runcit 21,600.00
116,152.00
3 Sumbangan (pelbagai) 57.00 3 Produk Biro & peralatan sekolah 18,000.00
13,332.00
4 Keperluan pejabat 48,700.00
2,025.00
5 Elaun Ketua Guru, GPK1 & HEM 5,093.90
2,795.85
6 Elaun Guru Rakyat & guru ganti 1,511.40
1,544.00
7 Elaun Pembersih Kawasan Sekolah 1,189.00
4,975.00
8 Elaun kerani 2,425.00
5,319.21
9 Elaun tambahan guru-guru
408.00
10 Elaun Kelas Tambahan 4,330.00
3,590.00
11 Bil Elektrik 22,356.00
6,300.00
12 Bil Air 27,290.00
3,325.00
13 Bil Internet 6,309.00
1,690.00
14 Bil Photostat (meter charge) 1,100.00
2,705.00
15 Pusat Kegiatan Guru / Kursus guru & murid
46.00
16 Program & aktiviti sekolah 338,979.71
295,118.18
17 Majlis perpisahan Pengerusi KAFA 634,097.89

18 Ujian, Peperiksaan & Percubaan UPKK/PSRA

19 Services Pemadam Api

20 Keceriaan Sekolah

21 Mesyuarat Agong

22 KWSP majikan & pekerja

23 Sumbangan

24 Bonus akhir tahun

25 Pemulangan yuran seminar darjah 6

26 Baik pulih

27 Service aircond pejabat & kelas surau
28 Sumbanagn khairat/musibah

29 Buku Amali (PCHI) & buku tarbiah

30 Caj Perkhidmtan Bank

JUMLAH PENERIMAAN 203,006.00 JUMLAH PEMBAYARAN

BAKI TAHUN 2019 431,091.89 BAKI DIBAWA KEHADAPAN

JUMLAH BESAR 634,097.89 JUMLAH BESAR

Disediakan oleh: Disemak oleh Disahkan oleh:

(NOR AZIZAH BT ASPAN) (ZAIDI BIN IBRAHIM) (HJ HAZMIRUL BIN AB AZIZ)
Bendahari Pemeriksa Kira-kira Pengerusi
SAR (Kafa Int.) Al-Hijrah Kota SAR (Kafa Int.) Al-Hijrah Kota SAR (Kafa Int.) Al-Hijrah Kota
Kemuning Kemuning Kemuning

20

PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN BAGI
BULAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2021

SAR (KAFA INT) AL-HIJRAH KOTA KEMUNING

LAPORAN KEWANGAN

JANUARI 2021 HINGGA DISEMBER 2021

BIL PENERIMAAN AMAUN BIL PERBELANJA AMAUN
AN
3,399.00
1 Yuran Persekolahan Murid 357,937.50 1 Yuran KAMIL 2018 & KAMIL sekolah 1,493.00
42,437.70
2 Sewa Kantin 500.00 2 Panjar Wang Runcit 3,197.30
18,000.00
3 Kutipan buku (pelbagai) 86,719.00 3 Produk Biro & peralatan sekolah 128,200.00
10,800.00
4 Keperluan pejabat 20,196.00
43,200.00
5 Elaun Ketua Guru, GPK1 & HEM
-
6 Elaun Guru Rakyat & guru ganti 6,408.85

7 Elaun Pembersih Kawasan Sekolah 508.20
1,620.85
9 Elaun kerani 1,740.61
2,580.00
10 Elaun tambahan guru-guru 1,725.00

12 Elaun Kelas Tambahan -
-
13 Bil Elektrik 3,111.97
434.00
14 Bil Air 1,050.00
-
15 Bil Internet 21,370.00
3,600.00
16 Bil Photostat (meter charge) 13,240.00
700.00
17 Pusat Kegiatan Guru / Kursus guru & murid 118.00
3,304.80
20 Majlis persaraan ustzh Salmah 1,410.00
3,192.00
21 Program Motivasi UPKK & PSRA 969.00
1,395.00
22 Sumbangan iftar surau & guru 46.00
339,447.28
23 Ujian, Peperiksaan & Percubaan UPKK/PSRA 400,827.40
740,274.68
24 Services Pemadam Api

25 Khatam Tadarrus

28 Mesyuarat Agong

29 KWSP majikan & pekerja

30 MP KAFA (cenderahati)

31 Sumbangan hari raya murid & guru

35 Ink printer & format komputer

36 Pemulangan yuran murid

37 Baik pulih / pendawaian

38 Service aircond pejabat & kelas surau

39 Papan carta organisasi / bunting

41 Beli mesin punch card

42 Buku Amali (PCHI) & buku tarbiah

41 Caj Perkhidmtan Bank

JUMLAH PENERIMAAN 445,156.50 JUMLAH PEMBAYARAN

BAKI TAHUN 2020 295,118.18 BAKI DIBAWA KEHADAPAN

JUMLAH BESAR 740,274.68 JUMLAH BESAR

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

(NOR AZIZAH BT ASPAN) (ZAIDI BIN IBRAHIM) (HJ HAZMIRUL BIN AB AZIZ)
Bendahari Pemeriksa Kira-kira Pengerusi
SAR (Kafa Int.) Al-Hijrah Kota SAR (Kafa Int.) Al-Hijrah Kota SAR (Kafa Int.) Al-Hijrah Kota
Kemuning Kemuning Kemuning

21

USUL DARI IBU/ BAPA /PENJAGA

BIL NAMA USUL

1. EN. MOHD SHAH BANI Soalan:
B. MOHD Loker perlu diperbanyakkan lagi.

Jawapan: Ustazah Nor Azizah
-Ini hanyalah inisiatif pihak sekolah tetapi bukanlah
menjadi kewajipan untuk menyediakan loker kepada
semua pelajar. Ini kerana kita kekurangan tempat dan
terhad. Tiada tempat yang startegik untuk penambahan.
Terima kasih untuk cadangan.

Soalan

2. ZAHIREN.MOHD AFIZA Mohon jangan dibuang jika ada baju sekolah agama yang
tertinggal dekat sekolah, baru 2 minggu sekolah bermula

sudah 2 pasang saya belikan yg lain. Terima kasih atas

prihatin

Jawapan: USTAZAH NOR AZIZAH
Baju sekolah yang murid tinggalkan biasanya tidak
dibuang, tp dikumpulkan setempat oleh pihak surau.
Kadangkala murid tidak mencari atau bertanya, ada
kalanya sampai berbulan bulan baju itu tidak dituntut.

Soalan:

3. PUAN HALINA SARTIJAN Membina bumbung lutsinar ditengah dataran antara
surau dan bangunan sekolah untuk kegunaan ketika

ketika hujan terutamanya

Jawapan: USTAZAH NOR AZIZAH
Terima kasih atas cadangan, kawasan berbumbung yang
dinyatakan telah disuarakna kepada pihak surau, dan
pihak surau dan pihak kontraktor masih dalam
perbincangan.

Soalan:

4. PUAN NIK FAUZIAH BT Mohon untuk sediakan laluan berbumbung daripada Sk
MAT ZAIN KAFA ke SKBK2 untuk keselesaan murid murid ketika

hujan.

Jawapan: USTAZAH NOR AZIZAH
Terima kasih, tetapi laluan yang dinyatakan adalah diluar
bidang kuasa pihak sekolah, dan kos untuk menyediakan
terlalu tinggi dan sekolah tidak mampu menampung kos
tersebut.

22

5. EN. MOHD FAIZAL Soalan:
RAZALI Pertingkatkan kebersihan dan keselamatan ditandas
murid (tepi) kantin yang diamati terlalu kotor disamping
kerosakan alatan (bidet, paip). Keadaan toilet murid
adalah pada aspek keselamatan juga amat rendah
berbanding toilet guru. Harap pembersihan toilet tidak
double standart oleh pengurusan sekolah.

Jawapan: USTAZAH NOR AZIZAH
Sekolah menumpang tandas surau dan guru juga
menggunakan tandas yang sama sepertimana murid,
sebarang kerosakan tandas adalah dibawah seliaan pihak
surau. Disini tidak timbul isu double standart seperti
dinyatakan. Tandas yang digunakan adalah atas ihsan
pihak surau. Harap maklum.

Soalan:

Pertama kali ank berskolah disini dan belum ada apa-apa

6. EN. JAFRIZAL B. ABD usul. Hanya akan mengikuti perjalan sekolah terlebih
RAHMAN dahulu.

Jawapan: USTAZAH NOR AZIZAH
Terima kasih atas makluman.

EN. MOHD HAIZAL B. Soalan:
ZAINAL ABIDIN
7. Bayaran yuran bulanan melalui online bank in sebagai
salah satu cara pembayaran.

Jawapan: USTAZAH NOR AZIZAH
Terima kasih, sekolah perlu berbincang terlebih dahulu,
ini kerana memang memudahkan ibubapa tetapi
menyukarkan pihak sekolah sekiranya ingin membuat
kewangan, kerana perlu tulis satu satu didalam buku
suwa. Didalam buku ini tidak boleh bertaip tetapi kena
menulis menggunakan tangan sahaja.

8. Soalan:
Buku tulis yang belum habis digunakan pada tahun lepas
PN. NORAZLINA BT boleh diguna pakai pada tahun berikutnya bagi
JAMALUDDIN mengelakkan pembaziran.

Jawapan: USTAZAH NOR AZIZAH
Terima kasih, berkaitan buku tulis adalah diatas
kebijaksanaan ibubapa dalam menyelesaikan masalah
ini. Sekiranya masih ada banyak kosong boleh saja
digunakan.

23

9. EN. MOHD YUSRI B. ABD Soalan:
HALIM Program bersama ibu bapa 2 bulan sekali untuk
membersihkan atau mencantikkan bilik darjah anak

anak.

Jawapan: USTAZAH NOR AZIZAH
Alhamdulillah cadangan yang baik, tempoh yang
dicadangkan adalah terlalu dekat, ini kerana persekitaran
sekolah adalah terhad dan tidak memerlukan tenaga
yang ramai untuk membersihkan. Kita hanya tumpukan
pada keceriaan kelas sahaja buat masa ini. Tetapi
sekiranya ada ibu bapa yang berkelapangan boleh sahaja
datang dan kita akan berikan satu tarikh dan masa.

10. PN. NORIHAN B. Soalan:
MOHAMED Waktu balik kalau pelajar beratur untuk keluar lagi bagus
sebab ada pelajar terjatuh sebab berlari hendak
mengambil kasut dirak. Ini boleh membentuk disiplin
untuk pelajar juga.

Jawapan: USTAZAH NOR AZIZAH
Terima kasih atas cadangan. Kita akan cuba
mendisiplinkan murid dengan beratur seperti yang telah
dicadangkan. Tetapi kadang kadang murid terlalu teruja
ketika hendak balik, terutama apabila melihat van atau
ibu bapa yang telah sedia menunggu. Dan jumlah murid
yang terlalu ramai membuatkna keadaan menjadi tidak
terkawal.

Soalan:

PN. PUAN HANIZA BT Memberikan kelas tambahan atau kelas bimbingan untuk

11. KAMARI darjah 4 hingga 6 supaya lebih cemerlang dalam upkk

dan psra.

Jawapan: USTAZAH NOR AZIZAH
Terima kasih atas cadangan. Seperti yang sedia maklum.
pihak sekolah telah mengadakan kelas tambahan untuk
darjah 5 dan 6 sahaja terlebih dahulu. Akan tetapi pihak
sekolah juga akan menwujudkan kelas tambahan untuk
pelajaran jawi bagi pelajar yang lemah jawi. Ini kerana
sekiranya murid lemah dalam jawi beliau akan
ketinggalan kerana tidak boleh mengenal, menulis dan
membaca. Pelajaran semuanya ditulis menggunakan
tulisan jawi.

24

11. EN. MOHD SHAH BANI Soalan:

B. MOHD ZAHIR Loker perlu diperbanyakkan, meja perlu ditambah

mengikut bilangan pelajar.

Jawapan: USTAZAH NOR AZIZAH
Terima kasih. Untuk makluman, meja sekolah hanya
tidak cukup ketika hari mula sesi persekolah awal tahun
sahaja, masalah ini telah selesai. Dan untuk loker pula
seperti yang telah dimaklumkan. Kita ketiadaan ruang
yang cukup untuk kita tempatkan. Ini kerana ruang
sekolah yang terhad.

12. PN. NORAZLINA BT Soalan:
JAMALUDDIN Buku tulis yang belum habis digunakan pada tahun lepas
boleh diguna pakai pada tahun berikutnya bagi
mengelakkan pembaziran.

Jawapan: USTAZAH NOR AZIZAH
Terima kasih, berkaitan buku tulis adalah diatas
kebijaksanaan ibubapa dalam menyelesaikan masalah
ini. Sekiranya masih ada banyak kosong boleh saja
digunakan.

Soalan:
Tindakan tegas dikenakan penjual makanan ringan diluar
sekolah agama.

EN. RIDZUAN BIN MOHD Pantau penjual makanan ringan diluar kawasan sekolah
SALIM

Pemantauan penjaja dihadapan pintu kecil surau yang
13. menjual makanan tidak sihat terutamanya mee maggi.

EN. ZAIDI B. IBERAHIM

PUAN KHAIRUNNISWAH Jawapan: Ustazah Nor Azizah
Pihak sekolah telah meletakkan kain rentang untuk
melarang penjaja berjualan makanan dan jajan yang
tidak sihat. Akan tetapi tidak dihiraukan dan kain rentang
tersebut telah ditanggalkan tanpa pengetahuan pihak
sekolah. Kes ini tidak dapat diselesaikan walaupun telah
ada laporan kepada pihak MBSA tetapi penjaja hanya
beredar seketika sahaja. Dan meneruskan jualan seperti
biasa apabila pihak majlis beredar.

Jawapan: EN. MOHD NIZAM
Telah berulang kali diingatkan kepada murid tentang
bahayanya makanan yang tidak berkhasiat. Cadangan
saya supaya dipasangkan kain rentang tentang bahaya
makanan dan dilarang menjaja pada 3 tempat supaya
penjaja dapat membacanya. Kita tidak melarang
berjualan sebenarnya. Tetapi makanan yang dijual

25

mestilah yang berkhasiat seperti buah buah dan roti
bukan makanan seperti meggi, air botol atau gas, jajan
dan sebagainya.

Soalan:

Pastikan pintu pagar besar ditutup setiap pagi supaya

kereta tidak masuk dalam kawasan masjid untuk

14. EN. HISHAMUDDIN B. menggelakkan kemalangan yang tak diingini.

MOKSIN Jawapan: USTAZAH NOR AZIZAH

Untuk makluman, memang pintu pagar ditutup supaya

kereta tidak boleh masuk. Hanya membuka pagar kecil

dibahagian tengah sahaja sebagai laluan murid.

Soalan:
Mengapa murid murid tidak solat asar bersama sama
orang dewasa.

Jawapan: USTAZAH NOR AZIZAH

Tujuan untuk melatih murid menjadi imam, jika murid

15. EN ROSMAN BIN SAPIAI solat berjemaah dengan Jemaah surau, murid tidak
berpeluang melatih menjadi imam dan mempraktikkan

apa yang telah dipelajari. Hanya solat zohor kita

benarkan untuk murid berjemaah dengan Jemaah surau.

Jawapan/cadangan: EN ROSMAN BIN SAPIAI
Saya berpandangan keadaan ini tidak berpihak kepada
murid, tetapi lebih kepada pihak surau. Jangan jadikan
anak anak mangsa, saya perlukan sokongan ibubapa
supaya anak anak dapat solat berjemaah dengan Jemaah
surau. Saya tekankan supaya pengerusi sekolah
panjangkan kepada pihak surau. Kita mestilah bertindak
secara ilmiah bukna mengikut emosi semata. Sekolah
kafa adalah dalam kawasan surau dan telah diajarka
solat berjemaah diawal waktu. Tetapi kita sendiri
membiarkan anak anak supaya tidak mengendahkan
solat berjemaah dan melambat lambatkan solat.
Sangatlah perlu supaya pengerusi bawakan kepada pihak
surau.

Jawapan: EN. HAZMIRUL (PENGERUSI KAFA)
Terima kasih kepada En Rosman, saya akan usulkan
kepada pihak surau berkenaan perkara ini. Saya akan
pastikan murid dapat solat bersama sama dengan
Jemaah. Dan sebulat suara bersetuju bagi membolehkan
murid solat bersama Jemaah.

26

Soalan:
Jika dilihat semula buku peraturan murid (hijau)adalah
sama seperti tahun sebelum ini kandungan dan cetakan
adalah sama, soalan saya adakah buku ini wajib dibeli
sekiranya anak sudah memilikinya pada tahun sebelum
ini. Pihak sekolah perlu menandakan tidak/perlu pada
16. PUAN ZURINI ZAKARIA makluman pembayaran yuran awal tahun persekolahan.

Jawapan: USTAZAH NOR AZIZAH
Selesai.

PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh pengerusi. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih

kepada semua ibu bapa yang memberikan kerjasama di dalam mesyuarat agong
ini. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau kemusykilan berkaitan dengan
pengurusan sekolah atau guru, bolehlah berbincang dengan pihak sekolah.

b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.15 pagi

Disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh,

..........................................……… ……...............................………....

(Noor Fadzlina Bt Md Radzi) (Hj Hazmirul bin Ab Aziz)
Setiausaha Kafa Al-Hijrah Pengerusi Kafa Al-Hijrah
Tarikh: Tarikh:

27


Click to View FlipBook Version