Persekutuan Pengakap Malaysia
Cawangan Daerah Gombak
Selangor
BUKU LOG PENGAKAP
LENCANA KEMAJUAN
KERIS GANGSA
NAMA PENUH 37
NO K/P M 6640
DARJAH SJK T BATU CAVES
NO KUMPULAN
NO PENDAFTARAN
SEKOLAH
KESETIAAN
1. MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU- LIRIK
Negaraku,
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
2. (a) MENGENAL BENDERA MALAYSIA
(b). BENDERA NEGERI SELANGOR
Bendera Selangor
Bendera Selangor mempunyai empat bahagian yang berwarna kuning dan merah. Setiap
warna mempunyai maksud yang tersendiri. Warna kuning bermaksud danging dan merah
bermaksud darah.
Daging dan Darah adalah unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada
negeri Selangor ini.
Bulan dan bintang yang berda diatas sebelah kiri adalah menunjukkan Islam adalah agama
rasmi Negeri Selangor. Untuk menunjukkan kesucian Agama Islam diwarnai dengan
Warna Putih.
3. (a). LAMBANG SEJAGAT PENGAKAP
4. MENGETAHUI LAMBNG PENGAKAP MALAYSIA
MAKSUD :
● KELOPAK MENGHALA KE ATAS
Melambangkan setiap ahli pengakap hendaklah taat kepada tuhannya.Setiap ahli
pengakap mestilah mempunyai agama dan mempercayai kewujudan tuhan yang maha
esa.
● KELOPAK YANG MENGHALA KE KANAN
Melambangkan setiap ahli pengakap mestilah mematuhi semua undang-undang
pengakap.
● KELOPAK YANG MENGHALA KE KIRI
Melambangkan seorang pengakap seharusnya berusaha untuk menolong orang pada
setiap masa.
● BINTANG PECAH LIMA DIKELOPAK KIRI KANAN LAMBANG
Terdapat 10 undang-undang pengakap yang seharusnya dituruti oleh setiap ahlinya.
● IKATAN YANG MENYATUKAN KETIGA-TIGA KELOPAK
Melambangkan ikatan persaudaraan pengakap sedunia.
● LINGKARAN TALI SEKELILING LOGO
Melambangkan persaudaraan pengakap dunia.
(B). COGAN KATA PENGAKAP KANAK- KANAK
-Buat Sehabis Baik-
5. MAKLUMAT PENGAKAP SEKOLAH
Pengerusi : Pn.S.Sarasvathy (Guru Besar)
Timb Pengerusi : Pn.K.Kalai Selvy (PK Koku)
Naib- Naib Pengerusi : Pn.Nokalathalli (PK Kurikulum)
Pn.Rathna (PK Hem)
Ketua Pemimpin Pn.N.Retha (PK Petang)
P.Ketua Pemimpin : Pn.L.Bhavani
: Pn.A.Karppagam
Pn.N.Noka Lachmee
Pn.K.Vennila
Pn.S.Subhara Dewi
6. AHLI ENAM SEKAWAN
-TULIS NAMA ENAM ORANG AHLI KUMPULAN PENGAKAP ANDA-
7. MENGENAL AGAMA DAN TEMPAT IBADAT DI MALAYSIA
❖ Masjid – untuk yang beragama Islam
❖ Kuil - untuk yang beragama Hindu
❖ Gereja - untuk yang beragama Kristian
❖ Tokong – untuk yang beragama Buddha
KESIHATAN DAN KESELAMATAN
1. KEPENTINGAN KESIHATAN DAN KEBERSIHAN GIGI
● Kebersihan Gigi
i. Memberus gigi sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Dengan memberus gigi,makanan dan
kuman yang melekat di celah-celah gigi dapat dibersihkan.
ii. Berjumpa doktor gigi dengan segera untuk mendapat rawatan apabila gigi sakit.
iii. Berjumpa doktor gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali.
iv. Mengelakkan memakan makanan yang manis dan bercoklat.
● Menjaga kebersihan Kuku
i. Elakkan tabiat menggigit kuku kerana kuman dan kekotoran di celah kuku akan masuk secara
langsung ke dalam tubuh.
ii. Tidak membiarkan kuku menjadi panjang.
iii. Memotong kuku dari semasa ke semasa.
● Menjaga kebersihan tangan dan kaki
i. Membasuh tangan pada setiap kali sebelum menjamah makanan dan selepas
makan, tidak kira sama ada menggunakan sudu atau tidak.
ii. Memakai kasut yang sesuai dengan kaki dan memberikan keselesaaan.
iii. Memelihara kaki supaya dapat bergerak dengan selesa dan bersih daripada sebarang
kekotoran.
● Menjaga kebersihan rambut
i. Pengakap perlu menjaga rambut agar sentiasa kemas dan bersih.
ii. Rambut mestilah disikat kemas.
iii. Gunakan ubat atau syampu yang sesuai untuk mengatasi masalah rambut berkutu dan
kelemumur.
iv. Mencuci rambut sekurang-kurangnya dua hari sekali dan menggunakan minyak rambut.
● Menjaga pernafasan
i. Sentiasa bernafas melalui hidung.
ii. Udara yang memasuki tubuh badan melalui hidung lebih bersih berbanding dengan melalui
mulut.
iii. Bulu-bulu hidung dapat memerangkap dan menjaring kekotoran yang berada di dalam udara
sebelum memasuki paru-paru.
iv. Lord Baden Powell dalam buku Scouting For boys menyatakan, kaum-kaum asli di benua
Afrika melatih anak-anak mereka untuk bernafas melalui hidung.
2. BAHAYA MENERIMA PIL DAN GULA-GULA DARIPADA ORANG YANG TIDAK
DIKENALI
i. Kita tidak seharusnya menerima sebarang atau menelan apa juga jenis pil atau gula-
gula yang diberi kepada kita terutama daripada orang yang tidak dikenali
ii. Sebenarnya pil atau gula-gula yang mereka berikan adalah sejenis dadah yang
berbahaya kepada kesihatan tubuh badan.
iii. Salah satu sifat najis dadah ialah , apabila kita menggunakan buat pertama kali, kita
ingin merasainya bubat kali kedua
3. BAHAYA BERMAIN BENDA TAJAM
i. Pisau cukur kepunyaan ayah atau abang adalah sangat tajam dan berbahaya
ii. Ia boleh melukakan tangan atau jari tanpa disedari
iii. Semasa perkhemahan atau perjumpaan pek pengakap tidak dibenarkan membawa pisau lipat
iv. Ini untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini
4. BAHAYA BERMAIN BAHAN LETUPAN
Bermain bahan letupan sangat bahaya kerana sebab-sebab yang berikut :-
i. Boleh menyebabkan kebakaran rumah, bangunan dan sebagainya
ii. Mendatangkan kecederaan tubuh badan seperti buta mata, putus jari, melecur dan lain-lain
iii. Mencemarkan alam sekitar melalui asap dan bunyi yang dikeluarkan
5. CARA-CARA MENDAPATKAN PERTOLONGAN
i. Sebagai seorang pengakap, kita tidak boleh berasa panik atau terkejut apabila
berhadapan dengan situasi kemalangan
ii. Apabila melihat kebakaran pada suatu bangunan dan melihat asap atau api dari
bangunan tersebut, kamu boleh memberitahu orang dewasa dengan berteriak, ‘Api,
api,api!’ dan sebagainya
iii. Kita juga boleh memberitahu atau menelefon pihak bomba atau polis apabila
berlaku kemalangan tidak diduga
iv. Seharusnya kita perlu mengetahui nombor telefon kecemasan iaitu 999 dan 994
v. Kita juga perlu menyediakan sebuah buku alamat untuk diisi nombor penting seperti nombor
balai polis, balai bomba, hospital, ibu bapa dan kaum keluarga
6. PERATURAN BERJALAN DAN MELINTAS JALAN
i. Apabila berjalan kaki, sentiasa ikut sebelah kanan jalan, iaitu menghadap kenderaan
dari hadapan
ii. Pastikan mata sentiasa memandang ke hadapan, bukan menunduk memandang
jalan. Beratur sewaktu menunggu bas dan berdiri di atas bebendul jalan. Apabila
turun dari bas, tunggulah sehingga bas bergerak jauh sebelum menyeberang jalan
raya.
iii. Jangan jalan beriringan atau bersaing, sebaliknya hendaklah berbaris, kecuali jika
berjalan di lorong yang dikhususkan untuk pejalan kaki.
iv. Apabila menyeberang jalan, gunakan tempat-tempat yang selamat untuk melintas
seperti di tempat-tempat lampu isyarat, jejantas, lintasan bawah tanah, dan lintasan
zebra.
v. Jika menggunakan lampu isyarat untuk melintas, pastikan isyaratnya dipatuhi, iaitu
berhenti apabila lampu merah, melintas semasa lampu hijau. Pastikan semua
kenderaan betul-betul berhenti sebelum melintas.
vi. Jika tiada kemudahan untuk melintas jalan, berhati-hatilah semasa melintas jalan.
Pandang ke kanan, pandang ke kiri dan pandang ke kanan sekali lagi. Setelah
didapati tiada kenderaan atau kenderaan itu jauh barulah menyeberang jalan.
vii. Jika menggunakan jejantas untuk melintas jalan, jangan berlari atau tergopoh gapah
semasa menaiki tangga
KECEKAPAN
KECEKAPAN
Mengetahui Latihan Mengetahui cara Mengetahui peraturan
Kawat Kaki memanjat tali ( tinggi tali memakai lencana dan
tidak lebih dari 3 meter)
lain-lain
Mengetahui cara Mengetahui cara yang
mengikut Simpul Buku betul memakai dan Mengetahui segala
Sila dan kegunaannya. menjaga pakaian isyarat Pengakap dan
seragam Pengakapnya. arah tempat yang
hendak dituju dengan
menggunakan tanda
isyarat Sulit Pengakap
Mengetahui kedudukan tempat-
tempat awam seperti perhentian
bas, keretapi, hospital, balai polis
dan arah tempat- tempat itu di
kawasan tempat tinggal supaya
dapat menunjukkan arah kepada
orang yang memerlukan bantuan.
1. PERGERAKAN ASAS KAWAD
Asas Perbarisan
Setiap pengakap boleh melakukan pergerakan asas perbarisan dengan betul dan serentak.
Mereka seharusnya dapat memberi hukuman atau sebagai ketua perbarisan dalam
patrolnya sendiri.
Mereka perlu sentiasa berlatoh melakukan pergerakan asas perbarisan. Di bawah ini,
terdapat beberapa pergerakan dalam asas perbarisan.
Masuk Baris
Biasanya, arahan akan diberikan oleh ketua perbarisan atau lebih dikenali sebagai
jurukawat. Kedudukan ahli pengakap bergantung pada arahan yang diberikan oleh
jurukawat.
Pada kebiasaannya, semasa latihan perbarisan, pengakap berada dalam tiga barisan.
Apabila masuk baris, ahli pengakap dikehendaki berada dalam ’sedia’.
Sedia
Berdiri dengan kedua-dua tumit dirapatkan dan hujung kaki dibuka lebih kurang 12 cm
hingga 15 cm.
Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan, genggaman tangan diletakkan ke penjahit seluar,
buka dada, dagu didongakkan ke atas supaya dapat memandang ke hadapan.
Senang Diri
Keadaan dada dan kepala pengakap semasa kedudukan ’senang diri’ adalah sama seperti
kedudukan ’sedia’.
Letakkan tangan kanan di atas tangan kiri, ibu jari bersilang dan pastikan jari-jari rapat dan
lurus. Tangan diletakkan ke paras punggung dan pastikan lengan rapat ke tubuh.
Rehatkan Diri
Kedudukannya sama seperti ’senang diri’.
Perbezaannya adalah tangan diletakkan di paras pinggang dan pastikan siku tidak bersentuh
dengan tubuh.
Ke Kanan Lurus dan Pandang Hadapan
Penanda barisan, iaitu pengakap yang berada di barisan hadapan kanan sekali tidak perlu
melakukan pergerakan.
Apabila arahan diberikan, semua pengakap yang berada di barisan hadapan, kecuali
’penanda’ keluarkan kaki kiri ke hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak kaki ke tanah.
Diikuti kaki kanan diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah di sebelah kaki kiri.
Pastikan kedua-dua kaki rapat. Pandang muka ke kanan, dan dalam masa yang sama angkat
genggaman tangan kanan supaya menyentuh bahu orang di sebelah kanan.
Betulkan barisan dengan cara menggerakkan kaki sehingga barisan menjadi lurus.
Pada masa yang sama, pengakap yang berada di barisan tengah dan barisan belakang perlu
mengikut menggerakkan kaki supaya kedudukannya yang selari dengan pengakap yang
berada di sebelah kanan dan hadapan masing-masing sambil muka ditolehkan ke kanan.
Apabila barisan sudah menjadi lurus, hentikan pergerakan kaki dan berada dalam keadaan
diam.
Apabila mendengar arahan ’pandang depan’, jatuhkan tangan kanan dan dengan serentak
palingkan muka ke hadapan. Kedudukan ini mesti dalam keadaan ’sedia’.
Ke Kanan Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’.
Apabila mendengar hukuman ke kanan pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki
kanan sebanyak 90° ke kanan.
Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia.
Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri.
Ke Kiri Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan sedia.
Apabila mendengar hukuman ke kiri pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kiri
sebanyak 90° ke kiri.
Angkat kaki kanan dan hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan
sedia.
Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan.
Ke Belakang Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan sedia.
Apabila mendengar hukuman ke belakang pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki
kanan sebanyak 180° ke belakang mengikut arah pusingan jam.
Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia.
Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri.
Buka Barisan
Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap yang berada dalam barisan hadapan dan barisan
belakang sahaja.
Pengakap dalam barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakkan. Pengakap berada
dalam keadaan sedia.
Apabila mendengar hukuman, Pengakap di barisan hadapan bergerak dua langkah ke
hadapan dan pengakap di barisan belakang bergerak dua langkah ke belakang.
Seterusnya hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya
berada dalam keadaan sedia semula.
Tutup Barisan
Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap dalam barisan hadapan dan belakang. Pengakap
yang berada di barisan tengah tidak melakukan sebarang pergerakkan.
Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’.
Apibila mendengar hukuman tutup barisan, Pengakap di barisan hadapan bergerak dua
langkah ke belakang manakala di barisan belakang bergerak dua langkah ke hadapan.
Seterusnya, hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan supaya
berada dalam keadaan sedia semula.
Langkah Ke Sebelah
Hukuman langkah ke sebelah boleh diberikan dalam dua pergerakkan, iaitu langkah ke
sebelah kanan dan langkah ke sebelah kiri. Pengakap berada dalam kedudukan sedia.
Apabila mendengar hukuman langkah ke sebelah kanan, Pengakap dikehendaki
mengangkat dan meletakkan kaki kanan di sebelah kanan kira-kira 20 inci.
Seterusnya, angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan
sedia.
Apabila mendengar hukuman langkah ke sebelah kiri, Pengakap dikehandaki mengangkat
dan meletakkan kaki kiri disebelah kiri kira-kira 20 inci.
Seterusnya, angkat kaki kanan dan hentak di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan
sedia.
Paras
Tujuan arahan paras diberikan supaya barisan dibentuk adalah menarik dan senang
membuat pergerakkan.
Bentuk paras bergantung kepada jurukawat dan jenis pertandingan yang ingin
dilaksanakan. Empat jenis paras yang boleh diberikan iaitu:-
Paras ahli tinggi di tengah;
Paras ahli rendah ditengah;
Paras ahli tinggi di kiri; dan
Paras ahli rendah di kiri.
Keluar Baris
Arahan ini diberikan bertujuan untuk memberi masa rehat untuk melakukan aktiviti
seterusnya.
Apabila hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan, bergerak 3 langkah
ke hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah.
Bersurai
Arahan ini diberikan apabila semua aktiviti hari tersebut selesai atau tamat. Apabila
hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan, memberi hormat pengakap,
bergerak 3 langkah ke hadapan denga kaki kiri bergerak dahulu dan akhirnya berpecah.
HUKUMAN KAWAD
1. Baris, baris sedia…
2. Baris, senang diri….
3. Rehatkan diri…..
4. Scout….
1. Luruskan barisan,
2. Scout,
3. Buka barisan, Gerak…,
1. Ke kanan lurus,
2. Pandang depan….,
1. Bergerak ke kanan, kanan sing..,
2. Menghadap kehadapan, kiri Sing…,
1. Bergerak ke kiri, kiri Sing…,
2. Menghadap kehadapan, kanan Sing…,
1. Menghadap kebelakang, belakang sing…,
2. Menghadap ke hadapan, belakang sing…,
1. Dua langkah ke kiri, Gerak…,
1. Tutup barisan, Gerak…,
2. Keluar……….Baris.
2. CARA MEMANJAT TALI (TINGGI TALI TIDAK LEBIH 3 METER)
Memanjat tali memerlukan kombinasi 2 anggota iaitu tangan dan kaki. Cara melakukan aktiviti
ini adalah dengan :-
1. Pegang tali pada aras muka dan sepitkan tali antara kedua-dua belah kaki.
2. Gunakan kekuatan kedua-dua belah tangan untuk memanjat dan kedua-dua belah kaki untuk
bertahan.
3. Semasa kaki bertahan, tangan hendaklah menjangkau ke bahagian atas tali sekaligus
menarik badan keatas.
4. Seterusnya gunakan tangan untuk bertahan sementara kaki dinaikan menurut tali.
5. Langkah 2-3 diulang sehingga sampai atas.
Nota: sesetengah tali memberi kesan kepada tangan dan kaki kamu semasa melakukan aktiviti ini
terutamnya semasa menuruni tali. Oleh itu berhati-hati untuk mengelakan tangan kamu tidak
melecer. Sarung tangan digalakan digunakan semasa memanjat tali.
3. MENGETAHUI KEDUDUKAN TEMPAT – TEMPAT AWAM DI KAWASAN
TEMPAT TINGGAL
-Lukiskan peta lakar tempat tinggal anda dengan tempat –tempat awam berhampiran.
LAKARAN TEMPAT TINGGAL ANDA
IBUPEJABAT POLIS DAERAH GOMBAK
Alamat: Polis Diraja Malaysia, 53100 Gombak, Selangor.
HOSPITAL SELAYANG
Alamat: Lebuhraya Selayang - Kepong, 68100 Batu Caves, Selangor
BALAI BOMBA BATU CAVES
Alamat: Persiaran 1, Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor
4. CARA PEMAKAIAN DAN MENJAGA PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP
5.ISYARAT – ISYARAT PENGAKAP
Kegunaan : digunakan semasa pengembaraan di dalam hutan atau mendaki bukit. Ahli pengakap
perlu mempelaji supaya apabila sesat didalam hutan, ahli pengakap boleh memberikan isyarat
supaya ahli yang lain boleh menjejaki dengan mudah. Isyarat boleh dibuat menggunakan batu,
rumput, ranting kayu, lorekkan pada tanah dan sebagainya.
6. SIMPULAN DAN IKATAN
Simpulan Buku Sila
Untuk sambung dua utas tali yang sama besar.Suatu simpulan yang tegap dan tidak
mudah lucut.Ia digunakan untuk mengikat benda -benda kecil seperti mengikat layar
kapal, bungkusan, mematikan simpulan pada anduh, dan mengikat khemah yang dilipat.
Tindih Kasih
Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh mencerut.Ia juga digunakan untuk
kerja-kerja menyelamat,iaitu dengan cara mengikatkan tali pada pinggang.
Simpulan Bunga Keti
Untuk sambung dua utas tali yang tidak sama besar atau tali yang berlainan
jenisnya.Digunakan untuk sambung tali penarik bendera ke tali di penghujung bendera
dalam flag break.
Simpulan Pengail
Untuk sambung dua utas tali yang halus, licin, dan sama besar seperti tali pancing.Ia
digunakan oleh nelayan untuk mengikat tali pukat dan jala.
Ikatan Manuk
Ikatan ini digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau pancang.Ia berfungsi
sebagai permulaan dan penamat atau untuk mematikan ikatan seraya, ikatan silang gunting,
ikatan lantai, ikatan silang nombor lapan.Ikatan ini juga digunakan untuk membuat
gejet(permulaan bagi ikatan-ikatan yang telah disebutkan diatas tadi).
(B) BUKU SILA
-SILA LEKAT HASIL SIMPUL ANDA-
Kegunaannya:
1. menyambungkan dua tali yang sama besar.
2. mengikat bungkusan,
3. mengikat atau mematikan anduh.
D. PENYERTAAN
1. Menjadi ahli perpustakaan sekolah/ perpustaakaan awam tempatan; menunjukkan Pengakap
Kanak – Kanak telah membaca sekurang- kurangnya TIGA (3) buah buku dan dapat
menceritakan balik isi ceritanya kepada Pemimpin Pengakap.
CONTOH ULASAN PEMBCAAN BUKU CERITA:
JUDUL BUKU HATI KERA TERTINGGAL
PENGARANG
PENERBIT RUBIAH JUSOH
MUKA SURAT
KUALITI BOOKS: PETALING JAYA (2010)
TARIKH
MEMBACA 25 JENIS FIKSYEN / BUKAN
ULASAN
BUKU FIKSYEN
20.02.2021 BAHASA BM BI BT
BUKU
Cerita ini mengisahkan tentang seekor kura- kura yang inginkan hati kera untuk
mengubati penyakit isterinya. Sedang ia berfikir tentang masalahnya itu, ia ternampak
seekor kera yang berada di atas pokok sedang makan buha jambu air. Kura- kura telah
berbohong kera dengan mengatakan ada jambu air yang lagi sedap seberang sungai. Kera
gembira dan terus naik ke atas kura- kura. Selepas itu, kura- kura memberitahu bahawa
ia inginkan hati kera. Kera itu telah memberitahu bahawa hatinya tertinggal di atas pokok
jambu air tadi. Kura- kura tanpa berfikir panjang membawa kera itu ke pokok yang
dikatakan oleh kera. Akhirnya, kura- kura itu dibohong oleh kera. Nilai murni yang
diperolehi daripada cerita ini ialah jika kita mempunyai niat yang tidak baik segala
rancangan pasti akan gagal.
JUDUL BUKU THE CHILD IN THE WATER
PENGARANG
PENERBIT AMY ANIS FIRDAUS
MUKA SURAT
PUSTAKA SEGAR
TARIKH
MEMBACA 30 JENIS FIKSYEN / BUKAN
ULASAN
BUKU FIKSYEN
30.03.2021 BAHASA BM BI BT
BUKU
One day, a tadpole swim was swimming near a swamp. A sepilai fish
warns him not to swim there as it is a dangerous place. The tadpole was
sad as his siblings were missing. They were separated when a haruan fish
attacked them. The sepilai learns that the tadpole was a baby frog.
Suddenly, a haruan fish appeared. They hide to save themselves. The fish
was sad as it thought the tadpole was eaten by the haruan fish. A few days
later, the fish met the tadpole. Now it has grown bigger and a few days
later, it changed into a frog. Moral value: Every living creature has a
different life cycle.
JUDUL BUKU SCRAPING THE SKY
PENGARANG
PENERBIT GREG DE LOPEZ
MUKA SURAT
EXPRESS EDUCATION SDN. BHD.
TARIKH
MEMBACA 30 JENIS FIKSYEN / BUKAN
ULASAN
BUKU FIKSYEN
20.04.2021 BAHASA BM BI BT
BUKU
Cities all over the world are known by their skylines. Towering buildings
scrape the sky and give the cities the look they have today. These buildings
are known as skyscrapers. They are some of the largest structures built by
humans. Vast amounts of super-strength materials go into every
skyscraper built. To be safe enough for people to work and live in, they
must be carefully designed. Among the famous skyscrapers mentioned in
this book is the Sears Tower, Woolworths Building, Empire State
Building and many others famous scrapers in America. Moral value: As
land in cities becomes scarcer, some people see super-tall buildings as a
necessity.
2. MEMBUAT SATU BARANG PERMAINAN REKAAN SENDIRI DARI BAHAN
BUANGAN.
CONTOH:
3. Menjalankan SATU daripada aktiviti berikut:
A. MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PERSEMBAHAN PENTAS DI SEKOLAH.
atau
B. MEMBUKA AKAUN SIMPANAN
CONTOH:
Salinan Muka Hadapan Buku Akaun Bank Atau Salinan Hadapan Penyata Bank
NOTA: Ahli pengakap yang telah mempunyai akaun simpanan di bank dikehendaki
menunjukkan bukti/fotostat Salinan Muka Hadapan Buku Akaun Bank Atau Salinan
Hadapan Penyata Bank dan melekatkannya di dalam buku log Pengakap.
NAMA BANK: .......................................................
NO. AKAUN: ….....................................................
E. PERKHIDMTAN
1. MEMBANTU IBU BAPA DI RUMAH SETIAP HARI DENGAN
MENYEMPURNAKAN TUGASANYA ITU DENGAN MEMUASKAN (PENGESAHAN
DAN PERAKUAN IBU BAPA DALAM BUKU LOG)
CONTOH:
SENARAI TUGAS YANG KAMU TELAH BANTU KERJA-KERJA IBU BAPA KAMU
DALAM TEMPOH SEMINGGU YANG LEPAS
NO TARIKH SENARAI TUGAS
1. Membasuh pinggan
2. Mengemas rumah
3. Mencuci kereta
4. Mencuci longkang
5. Menyiram bunga
6. Mencuci bilik air/tandas
Saya, ibu / bapa atau penjaga kepada ahli Pengakap, mengesahkan bahawa saya telah berpuas
hati terhadap bantuan dan pertolongan yang diberikan kepada kami.
Segala maklumat yang saya beri saya akui benar.
Tandatangan
......................................................................................
Nama:...........................................................................
Tarikh:..........................................................................
GAMBAR BUKTI:
2. MEMBANTU GURU / KAKITANGAN SEKOLAH DALAM MENJAGA
KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH (PENGESAHAN DAN PERAKUAN
GURU / KAKITANGAN SEKOLAH DALAM BUKU LOG)
GAMBAR BUKTI :
CONTOH:
AKTIVITI GOTONG – ROYONG
Saya, pemimpin kepada ahli Pengakap, mengesahkan bahawa saya telah berpuas hati terhadap
bantuan dan pertolongan yang diberikan kepada kami.
Segala maklumat yang saya beri saya akui benar.
Tandatangan
......................................................................................
Nama:...........................................................................
Tarikh:..........................................................................