Anak ikan yang suka
menipu
Di sebuah lautan, terdapat seekor
anak ikan yang nakal. Ia bernama
Tony. Tony tidak disukai rakan-
rakannya kerana ia suka menipu.
Ketika ikan lain sedang bermain,
Tony akan menjerit “Jerung!
Jerung! Bersembunyi cepat!” Ikan-
ikan itu ketakutan lalu
bersembunyi di celah-celah batu.
Ikan-ikan kecil itu percaya kata-
kata Tony, walaupun mereka
selalu tertipu dengan helah Tony.
Pada suatu hari, Tony
menghampiri rakan-rakannya itu.
Ia ingin mempermainkan rakan-
rakannya seperti biasa.
Tiba-tiba muncul seekor jerung
menghampiri mereka. Namu
Tony tidak menyedari kehadiran
jerung itu. “Jerung! Jerung!” jerit
ikan-ikan itu.
Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi
di celah-celah batu. Tony tidak
menghiraukan jeritan rakan-
rakannya. Ia menyangka mereka
cuba mempermainkannya.
“baiklah kamu semua menang! Di
sini mana ada jerung!
Tak usah kamu semua
mempermainkan aku!” jerit Tony.
Jerung itu berenang menghampiri
Tony. Tony tidak sempat
melarikan diri. Ia dimakan oleh
jerung.
TAMAT…