The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
DKA2D

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NILAI MASAYRAKAT MALAYSIA, 2023-05-15 01:15:56

GEJALA SOSIAL

NILAI MASYARAKAT MALAYSIA
DKA2D

NAMA NO.MATRIK SUHANESH A/L MUNIANDY 03DKA22F1062 NATTHAWUT 03DKA22F1075 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA MPU23042T SEMESTER 2 2022/2023 DKA2D


PN. NAJIAH BINTI MOHD KHOLID SUHANESH A/L MUNIANDY 03DKA22F1062 NATTHAWUT 03DKA22F1075 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA


SOCIAL MEDIA | QUARTERLY REPORT DECEMBER 2020 GEJALA SOSIAL PENGENALAN Gejala sosial ialah tanda-tanda, alamat atau petanda tentang segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan atau perkara berkaitan dengan persahabatan, pergaulan dan aktiviti masa lapang Gejala sosial di Malaysia semakin meningkat. Gejala sosial dapat diklasifikasikan sebagai satu jenayah yang melibatkan etika dan moral individu.Jenayah ini bukan sahaja dilakukan oleh golongan remaja dan dewasa malahan kanak-kanak juga turut telibat dalam masalah.Secara umumnya masalah sosial merangkumi pelbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara


Selain itu, Gejala sosial dalam masyarakat berada di satu tahap yang membimbangkan pemimpin politik mahupun rakyat biasa. Antara bentuk gejala sosial yang sering melanda masyarakat dewasa ini dapat disebutkan seperti berikut: Oleh itu, satu langkah pro-aktif perlu dilakukan dan semua pihak perlu bertanggungjawab membendungnya.


PUNCA GEJALA SOSIAL Pengaruh negatif Keluarga Latar belakang pendidikan Kemiskinan Sikap individu


Pengaruh rakan sebaya antara pengaruh negatif yang juga boleh mendorong seseorang terlibat dalam gejala sosial disebabkan faktor pergolakan keluarga di rumah, mereka cenderung untuk berjumpa rakan sebaya bagi mencari ketenangan dan kegembiraan. Sebahagian daripada rakan sebaya ini pula adalah mereka yang mempunyai sikap negatif. Oleh itu, begitu mudah terikut-ikut dengan sikap rakan sebaya mereka. Apabila bersama rakan sebaya, cenderung untuk melakukan perkara tidak berfaedah seperti merokok, melepak di pusat membeli-belah dan m mmendapatkan hiburan di pusat-pusat hiburan Pengaruh negatif


Pengaruh Media massa tidak dinafikan memainkan peranan penting dalam pembangunan kebendaan dan mental rakyat. Banyak pihak terlupa bahawa dengan adanya media massa yang serba canggih dan berteknologi sebenarnya merupakan salah satu faktor yang boleh mempengaruhi budaya, nilai, sikap dan kelakuan sesebuah masyarakat. Mereka semakin terdedah kepada dunia yang menjadi makin kecil, terpengaruh kepada media massa melalui paparan adegan vandelisme di dalam majalah, televisyen dan internet.


KELUARGA Antaranya ialah ibu bapa kurang memberi didikan agama dan moral kepada mereka.Hal ini menyebabkan mereka akan berasa terlalu bebas untuk melakukan pelbagai perkara.Sebagai contohnya, membenarkan mereka keluar rumah hingga lewat malam tanpa menghiraukannya. Oleh itu,perkara ini menyebabkan remaja kehilangan pegangan dalam kehidupan dan bertindak sesuka hati. Jelaslah,ibu bapa seharusnya memberikan didikan agama dan moral kepada mereka sejak kecil lagi.


Selain itu,ibu bapa tidak memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anakanak.Hal ini kerana,ibu bapa terlalu menyerahkan tanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anak mereka kepada pembantu rumah atau pengasuh mereka dan sibuk bekerja ibarat kera di hutan disususkan,anak di rumah mati kelaparan.Sebagai contohnya,ibu bapa bekerja hingga lewat malam dan bekerja keras sehingga tidak menghiraukan anak-anak mereka di rumah.


Sikap individu seseorang merupakan sebab berlakunya gejala sosial. Kebanyakan orang yang terlibat dalam gejala sosial tidak mempunyai didikan agama dan moral yang mendalam.Mereka tidak takut pada dosa atau pembalasan Tuhan di atas perbuatan mereka. Mereka yang terbabit juga biasanya tidak sembahyang dan mengingkari perintah agama yang lain. Mereka berpendapat bahawa, kehidupan masa perlu diisi dengan hiburan dan keseronokan semata-mata. Sikap Individu


kemiskinan merupakan antara punca berlakunya gejala sosial dalam kalangan masyarakat yang kesempitan hidup , miskin serta terpengaruh kepada rakan - rakan yang mempunyai kemewahan hidup. Masalah ini mengakibatkan seperti mencuri , samun , ragut dan memberontak berlaku di kalangan mereka. Malah mereka terpaksa berbuat demikian bagi mendapatkan sumber kewangan bagi menampung hidup serta untuk mendapatkan hidup yang lebih baik dan mewah. Kemiskinan


8 1 4 9 6 3 7 5 0 2 Pendidikan juga antara punca gejala sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat . Hal ini disebabkan, kurang pendidikan dan keagamaan . Terdapat mereka yang faham agama itu dalam hal-hal yang berkaitan dengan ibadah sembahyang, puasa, tahlil, aqiqah dan beberapa juzuk kecil yang lain sahaja. Mereka tidak mendalami agama mereka sebagai sesuatu yang bertitik tolak dari akidah dan segala penyimpangan dari aspek hidup beragama bernoktahkan dosa dan pahala. Latar Belakang Pendidkan


Isu gejala sosial sering kita dengar telah mendatangkan kebimbangan walaupun kita telah mengetahui punca kepada masalah ini dan kita juga telah nampak kesan-kesan yang kita hadapi sekarang seperti kes pembuangan bayi, mat rempit, pelacuran dan sebagainya tapi kita masih tidak dapat mengatasi masalah ini walaupun kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen tapi masih tidak berjaya dan adakah ini berpunca undang-undang Malaysia yang masih tidak di perketatkan ataupun berpunca dari sikap ibu bapa yang tidak peduli dan sibuk mencari duit hingga tidak tahu apa yang masalah anak mereka ataupun berpunca dari dari masyrakat sekeliling yang cuba lepas tangan dengan menunding jari ke arah orang lain ataupun guru-guru yang tidak mengajar dengan baik tentang adab-adab pergaulan sesama remaja ataupun diri sendiri yang patut dipersalahkan kerana tersalah pilih kawan . Walaupun kita menunding jari diantara satu sama lain, masalah ini tidak diselesaikan kerana untuk mengatasi maslah ini kita hendaklah bekerjasama . Oleh itu hendaklah kita bekerjasama tanpa perlu menunding jari antara kita. KESIMPULAN


RUJUKAN https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2177/1/57.pdf https://www.johorkini.my/gejala-sosial-di-kalangan-remaja-perlu-ditangani/ BUKU NILAI MASYARAKAY MALAYSIA INTERNET


Click to View FlipBook Version